Monthly Archives: December 2017

Bagaimanakah rasanya ketika roh kita ditarik?

Kubur Mengikut Sunnah

Tahukah kita apa yang akan terjadi kepada kita ketika kita meninggal dunia? Apakah yang akan berlaku ketika roh kita ditarik.

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ ، قَالَ : خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فِي جِنَازَةِ رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ ، فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْقَبْرِ ، وَلَمَّا يُلْحَدْ ، فَجَلَسَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ ، كَأَنَّ عَلَى رُؤُوسِنَا الطَّيْرَ ، وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ فِي الأَرْضِ ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ ، فَقَالَ : اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ مَرَّتَيْنِ ، أَوْ ثَلاَثًا

Al-Bara’ bin ‘Azib radiallahu ‘anhu berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi sallahu `alaihi wassallam. Sebaik sahaja tiba di kubur dan ketika jenazah itu dimasukkan ke liang lahad, maka Rasulullah sallahu `alaihi wassallam pun duduk, lalu kami pun duduk di sekeliling baginda. Suasana menjadi hening seakan-akan di atas kepala kami terdapat seekor burung. Nabi sallahu `alaihi wassallam memegang sebilah lidi seraya mencungkil-cungkil tanah, kemudian mengangkat kepalanya. Kemudian baginda bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada azab kubur. Baginda mengulang-ulang ucapannya itu sebanyak dua atau tiga kali” Read more

APAKAH PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN KEPADA WANITA YANG HAIDH ATAU NIFAS?

Muslimah haidh dan nifas

Muslimah haidh dan nifas

Perkara-perkara yang disepakati/ijma berkaitan wanita haidh/nifas

1-      Solat

Mu’azah meriwayatkan:

أَنَّ امْرَأَةً، قَالَتْ لِعَائِشَةَ أَتَجْزِي إِحْدَانَا صَلاَتَهَا إِذَا طَهُرَتْ فَقَالَتْ أَحَرُورِيَّةٌ أَنْتِ كُنَّا نَحِيضُ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَلاَ يَأْمُرُنَا بِهِ‏.‏ أَوْ قَالَتْ فَلاَ نَفْعَلُهُ‏.‏

Seorang wanita berkata kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anhu: Perlukah salah seorang daripada kami menggantikan solatnya apabila dia suci? ‘Aisyah radiallahu ‘anhu berkata: Adakah engkau golongan Haruriyyah? Kami mengalami haidh di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda tidak menyuruh kami melakukannya (iaitu mengganti solat).[1]

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِذَا أَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَدَعِي الصَّلاَةَ، وَإِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِي عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّي ‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila datangnya haidh, maka tinggalkanlah solat. Apabila telah selesai haidh, mandilah dan dirikanlah solat.[2]

Haram untuk mendirikan sebarang jenis solat tidak kira solat itu sunat atau fardhu. Begitu juga disepakati tidak perlu mengqadha solat tersebut.[3] Read more

MEMASAK DAN MENGEMAS RUMAH: KERJA SUAMI ATAU ISTERI?

suami tolong isteri

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشْكُو إِلَيْهِ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى وَبَلَغَهَا أَنَّهُ جَاءَهُ رَقِيقٌ فَلَمْ تُصَادِفْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَجَاءَ فَقَعَدَ بَيْنِي وَبَيْنَهَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى بَطْنِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى خَيْرٍ مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَوْ أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا فَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Daripada Ali radiallahu ‘anhu, bahawa Fatimah radiallahu ‘anhu datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengadu tentang tangannya yang cedera disebabkan alat menggiling. Dia mendapat tahu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat beberapa hamba perempuan, akan tetapi dia tidak dapat menemui baginda. Fatimah pun memberitahu hal itu kepada ‘Aisyah ra. Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pulang, ‘Aisyah memberitahu baginda tentang hal tersebut. Ali menyatakan: Lalu baginda pun datang kepada kami ketika kami sudah di tempat tidur, lalu kami pun bangun. Akan tetapi Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh kami dengan berkata: Tetaplah di tempat tidur kamu berdua. Baginda datang lalu duduk di antara ku dan Fatimah sehingga aku dapat merasai kesejukan kedua kaki baginda pada perut ku. Baginda berkata: Mahukah aku tunjukkan kepada kalian apa yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu mahu tidur, bertasbihlah 33 kali, tahmidlah 33 kali, dan bertakbirlah 34 kali. Itu lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu.[1]

Read more