Adab-Adab Berhari Raya

raya

Hari Untuk BergembiraSolat Hari RayaAdab-Adab LainTakbir RayaPuasa 6 HariPuasa 6 VS Rumah TerbukaKesilapan Di Hari Raya

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا ، فَقَالَ : ” مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ ؟ ” قَالُوا : كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا : يَوْمَ الْأَضْحَى ، وَيَوْمَ الْفِطْرِ “

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai dua hari yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam  bertanya: “Apakah dua hari ini?” Mereka menjawab: “Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah.” Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Aidul Adha dan Aidil Fitri.” [Sunan Abu Daud, Kitab as-Solat, hadis no : 961]

Hari untuk bergembira

Berdasarkan riwayat di atas, ditunjukkan bahawa hari raya adalah hari untuk bergembira. Ini bermaksud apa sahaja perkara yang menggembirakan boleh dilakukan pada hari tersebut selagi mana ia tidak melanggar syara’, atau sehingga meninggalkan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Antara perkara yang sudah menjadi adat kebiasaan masyarakat Malaysia, dan elok diamalkan ialah:

– amalan saling ziarah menziarahi antara satu sama lain

– meraikan tetamu dengan makanan yang enak-enak

– menggembirakan kanak-kanak dengan duit raya

Dan banyak lagi perkara menggembirakan yang dilakukan dalam masyarakat.

Oleh kerana itu, amalan mengucapkan tahniah seperti ‘Selamat Hari Raya’ dan sebagainya adalah dibenarkan di sisi Islam.

Jubair bin Nafir berkata:

كان أصحابُ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ إذا التقوْا يومَ العيدِ يقولُ بعضُهم لبعضٍ : تقبل اللهُ منَّا ومنكَ

Sahabat-sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, apabila mereka bertemu pada hari raya, mereka akan mengucapkan kepada satu sama lain: Semoga Allah menerima amalan kami dan kalian. [Fathul Bari, Bab Makan Sebelum Solat Raya, Imam Ibn Hajar berkata isnadnya hasan]

Di bawah merupakan beberapa jawapan Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin tentang saling mengucapkan tahniah pada hari raya:

“التهنئة بالعيد جائزة ، وليس لها تهنئة مخصوصة ، بل ما اعتاده الناس فهو جائز ما لم يكن إثماً” اهـ .

Mengucapkan tahniah pada hari raya adalah dibenarkan. Tiada ucapan tahniah yang khusus. Apa sahaja yang biasa orang ramai ucapkan maka ia dibolehkan selagi mana ia bukan sesuatu dosa.

Kata beliau lagi:

“هذه الأشياء لا بأس بها ؛ لأن الناس لا يتخذونها على سبيل التعبد والتقرب إلى الله عز وجل ، وإنما يتخذونها على سبيل العادة ، والإكرام والاحترام ، ومادامت عادة لم يرد الشرع بالنهي عنها فإن الأصل فيها الإباحة” اهـ .

Ini merupakan perkara yang tiada apa-apa masalah. Ini kerana manusia tidak menjadikan ia sebagai jalan beribadah kepada Allah atau mendekatkan diri kepada Allah. Mereka melakukannya sebagai adat kebiasaan, memuliakan dan menghormati orang lain. Selagi mana adat itu tidak terdapat larangan daripada syara’, maka hukum asalnya ialah harus. [ http://islamqa.info/ar/49021 ]

SOLAT HARI RAYA

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ : ” أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى : الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ ” ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ ، قَالَ : ” لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا “

Ummu ‘Athiyyah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa muslimin.Aku berkata: “Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?” Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Hendaklah saudarinya memakaikan dia dengan tudungnya”. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Eidain, hadis no : 890]

Hukum Solat Hari Raya

Ulama berbeza pendapat tentang hukum mendirikan solat hari raya. Mereka terbahagi kepada tiga pendapat:

Ia adalah sunat muakkad di sisi mazhab Syafie. Ini juga adalah pendapat Malik, Abu Hanifah, Daud az-Zahiri dan jumhur ulama.

Sebahagian Ashab Imam Abu Hanifah berpendapat ia adalah fardhu kifayah. [Al-Majmu’, 5/6]

Waktu Solat Hari Raya

Masa solat hari raya bermula daripada terbitnya matahari, dan sehingga tergelincirnya matahari (iaitu masuknya waktu Zuhur). Solat hari raya Aidilfitri digalakkan untuk dilewatkan untuk memberi masa orang ramai menunaikan zakat fitrah. Manakala solat hari raya Aidiladha digalakkan untuk diawalkan agar ibadah korban dapat disegerakan. Ini berdasarkan riwayat dhaif berikut:

أخبرنا الرَّبِيعُ قال أخبرنا الشَّافِعِيُّ قال أخبرنا إبْرَاهِيمُ قال حدثني أبو الْحُوَيْرِثِ أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم كَتَبَ إلَى عَمْرِو بن حَزْمٍ وهو بِنَجْرَانَ أَنْ عَجِّلْ الْغُدُوَّ إلَى الأَضْحَى وَأَخِّرْ الْفِطْرَ وَذَكِّرْ الناس.

Diriwayatkan daripada Abu al-Huwairits bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menulis kepada ‘Amr bi Hazm ketika beliau berada di Najran supaya beliau menyegerakan solat Aidiladha dan melewatkan solat Aidilfitri dan mengingatkan manusia.

[Al-Umm, 1/232, Al-Sunan Al-Kubra, Bab al-Ghuduw Ila al-‘Idain, no: 6369, 3/282. Imam al-Baihaqi menyatakan: Riwayat ini Mursal. Aku telah mencarinya dalam seluruh riwayat surat tulisan baginda kepada ‘Amr bin Hazm, akan tetapi aku tidak menemuinya. Imam an-Nawawi dalam Al-Majmu 5/6 menyatakan riwayat ini mursal dhaif, dan perawi bernama Ibrahim jua dhaif].

Sesiapa yang terlepas daripada menunaikan solat ini secara berjemaah, maka dia boleh melakukannya secara bersendirian dan ia dikira tunai selagi masih belum tergelincir matahari. Seandainya telah tamat waktu, dia boleh mengqadhanya. [Al-Majmu’, 5/6].

Lokasi solat hari raya

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى ، فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلَاةُ

‘Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam akan keluar ke musolla pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah solat [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, hadis no: 956]

Imam an-Nawawi berkata dalam Syarah Sahih Muslim:

هَذَا دَلِيل لِمَنْ قَالَ بِاسْتِحْبَابِ الْخُرُوج لِصَلَاةِ الْعِيد إِلَى الْمُصَلَّى ، وَأَنَّهُ أَفْضَل مَنْ فَعَلَهَا فِي الْمَسْجِد ، وَعَلَى هَذَا عَمَل النَّاس فِي مُعْظَم الْأَمْصَار ، وَأَمَّا أَهْل مَكَّة فَلَا يُصَلُّونَهَا إِلَّا فِي الْمَسْجِد مِنْ الزَّمَن الْأَوَّل ، وَلِأَصْحَابِنَا وَجْهَانِ أَحَدهمَا الصَّحْرَاء أَفْضَل لِهَذَا الْحَدِيث ، وَالثَّانِي وَهُوَ الْأَصَحّ عِنْد أَكْثَرهمْ الْمَسْجِد أَفْضَل إِلَّا أَنْ يَضِيق . قَالُوا : وَإِنَّمَا صَلَّى أَهْل مَكَّة فِي الْمَسْجِد لِسَعَتِهِ ، وَإِنَّمَا خَرَجَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمُصَلَّى لِضِيقِ الْمَسْجِد ، فَدَلَّ عَلَى أَنَّ الْمَسْجِد أَفْضَل إِذَا اِتَّسَعَ

Ini merupakan dalil kepada mereka yang menggalakkan untuk keluar mendirikan solat raya di musolla. Ia lebih afdhal daripada dilakukan di masjid. Ini  merupakan apa yang dipraktikkan oleh kebanyakan tempat. Adapun penduduk Mekah, mereka tidak mendirikan solat raya melainkan di masjid sejak zaman awal lagi. Ulama mazhab kami (mazhab Syafie) mempunyai dua pendapat dalam hal ini. Pendapat pertama menyatakan solat di kawasan lapang lebih afdhal berdasarkan hadis di atas. Pendapat kedua, dan ini merupakan pendapat yang paling kuat di sisi kebanyakan ulama mazhab Syafie bahawa masjid lebih afdhal melainkan jika masjid itu sempit. Mereka berkata: Sesungguhnya penduduk Mekah mendirikan solat raya di masjid kerana saiznya yang luas. Keluarnya nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ke musolla adalah kerana saiz masjid yang sempit. Ini menunjukkan bahawa masjid lebih afdhal jika ia luas. [Syarah Sahih Muslim, 6/483-484].

Imam an-Nawawi menghuraikan lebih lanjut lagi dalam Al-Majmu’:

  • Ulama-ulama mazhab Syafie membenarkan solat raya di kawasan lapang dan masjid.
  • Jika di Mekah, maka solat di Masjid al-Haram lebih afdhal.
  • Jika tidak dapat ke tanah lapang kerana keuzuran seperti hujan, sakit, jauh dan sebagainya, maka tiada khilaf di sisi mazhab Syafie bahawa mereka dituntut mendirikan solat itu di masjid.
  • Jika tiada keuzuran untuk ke masjid, dan masjid pula sempit, maka tiada khilaf di sisi mazhab Syafie bahawa mendirikannya di tanah lapang lebih afdhal.
  • Seandainya masjid itu luas, maka ulama mazhab Syafie berbeza pendapat, dan yang paling kuat ialah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Syafie sendiri bahawa solat di masjid lebih afdhal.
  • Jika masjid itu luas, akan tetapi Jemaah pergi solat di tanah lapang, maka itu adalah khilaf awla, akan tetapi bukanlah perbuatan yang makruh.
  • Jika sengaja solat di masjid yang sempit sedangkan mampu solat di tanah lapang, maka ia makruh kerana itu akan menyempitkan mengurangkan keselesaan Jemaah.
  • Seandainya imam pergi mendirikan solat di tanah lapang, hendaklah dia melantik seorang pengganti imam untuk mengimami solat raya di masjid bagi mereka yang tidak mampu pergi ke masjid kerana tua, sakit, jauh dan sebagainya.
  • Seandainya masjid itu sempit, dan terdapat keuzuran untuk solat di tanah lapang seperti hujan, imam hendaklah melantik wakil-wakilnya untuk mengimami solat di tempat-tempat lain.
[Al-Majmu’, 5/7-8].

Bolehkah wanita keluar mendirikan solat hari raya?

Di sisi mazhab Syafie wanita-wanita tua dan yang tidak menarik perhatian orang ramai digalakkan pergi keluar untuk menunaikan solat hari raya. Adapun untuk wanita-wanita muda dan mereka yang cantik adalah dimakruhkan daripada keluar menunaikan solat hari raya.

Mazhab Syafie berhujah dengan riwayat berikut:

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتْ لَوْ أَدْرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ‏.‏ قُلْتُ لِعَمْرَةَ أَوَ مُنِعْنَ قَالَتْ نَعَمْ‏.‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Seandainya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mendapati apa yang dilakukan oleh kaum wanita, nescaya baginda akan melarang mereka (daripada ke masjid) sebagaimana dilarangnya wanita Bani Israel. Yahya bin Sa’id berkata: Aku bertanya kepada ‘Amrah: Mereka dilarang? Beliau menjawab: Ya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, no: 869].

Akan tetapi, hal ini akan bercanggah dengan riwayat Ummi ‘Atiyyah yang telah disebutkan sebelum ini yang secara jelas menyebutkan:

((Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah.)).

Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Syarah Sahih Muslim menyebutkan kenapa mazhab Syafie memakruhkan kehadiran wanita muda ke masjid:

قَالَ أَصْحَابُنَا : يُسْتَحَبُّ إِخْرَاجُ النِّسَاءِ غَيْرِ ذَوَاتِ الْهَيْئَاتِ وَالْمُسْتَحْسَنَاتِ فِي الْعِيدَيْنِ دُونَ غَيْرِهِنَّ ، وَأَجَابُوا عَلَى إِخْرَاجِ ذَوَاتِ الْخُدُورِ وَالْمُخَبَّأَةِ بِأَنَّ الْمَفْسَدَةَ فِي ذَلِكَ الزَّمَنِ كَانَتْ مَأْمُونَةً بِخِلَافِ الْيَوْمَ ، وَلِهَذَا صَحَّ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : لَوْ رَأَى رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ الْمَسَاجِدَ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ . قَالَ الْقَاضِي عِيَاضٌ : وَاخْتَلَفَ السَّلَفُ فِي خُرُوجِهِنَّ لِلْعِيدَيْنِ ، فَرَأَى جَمَاعَةٌ ذَلِكَ حَقًّا عَلَيْهِنَّ مِنْهُمْ أَبُو بَكْرٍ وَعَلِيٌّ وَابْنُ عُمَرَ وَغَيْرُهُمْ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ ، وَمِنْهُمْ مَنْ مَنَعَهُنَّ ذَلِكَ مِنْهُمْ عُرْوَةُ وَالْقَاسِمُ وَيَحْيَى الْأَنْصَارِيُّ وَمَالِكٌ وَأَبُو يُوسُفَ ، وَأَجَازَهُ أَبُو حَنِيفَةَ مَرَّةً وَمَنَعَهُ مَرَّةً .

Ulama-ulama kami berkata: Digalakkan mengeluarkan kaum wanita yang tidak menarik pada dua hari raya. Mereka menjawab tentang hadis yang menyebutkan dikeluarkan jua anak-anak dara yang yang sentiasa berada dalam rumah bahawa pada zaman tersebut aman daripada kerosakan tidak seperti hari ini. Oleh itu, telah sahih daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha beliau berkata: Seandainya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melihat apa yang kaum wanita lakukan, nescaya baginda akan menghalang mereka daripada ke masjid sebagaimana dihalangnya kaum wanita Bani Israel. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: Ulama salaf berbeza pendapat tentang keluarnya kaum wanita pada dua hari raya. Sekelompok ulama berpendapat kaum wanita turut dituntut keluar solat hari raya, antara ulama yang berpendapat begini ialah Abu Bakar, Ali, Ibn Umar dan selain mereka. Yang menghalang pula ialah ‘Urwah, Al-Qasim, Yahya al-Ansari, Malik, Abu Yusuf. Abu Hanifah pernah membenarkan, dan pernah jua menghalang.

[Syarah Sahih Muslim, 6/485].

Akan tetapi kerana zahir hadis nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membezakan pun antara kaum wanita yang cantik atau tidak, muda atau tua, maka yang benar ialah mereka semua tetap dituntut keluar solat hari raya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan:

وَفِيهِ اسْتِحْبَابُ خُرُوجِ النِّسَاءِ إِلَى شُهُودِ الْعِيدَيْنِ سَوَاءٌ كُنَّ شَوَابَّ أَمْ لَا وَذَوَاتِ هَيْئَاتٍ أَمْ لَا

Pada hadis ini terdapat galakkan keluarnya kaum wanita menyaksikan dua hari raya. Sama sahaja bagi wanita muda atau tidak, menarik atau tidak.

[Fathul Bari, 2/545].

Ulama kontemporari dari Arab Saudi, Al-Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin telah menjawab dengan baik sekali persoalan ini dan membantah pendapat yang melarang kaum wanita keluar solat raya.

وسئل فضيلته – رحمه الله تعالى -: أيهما أفضل للمرأة الخروج لصلاة العيد أم البقاء في البيت؟

Al-Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin ditanya: Manakah yang lebih afdhal untuk wanita. Keluar mendirikan solat raya atau tinggal di rumah?

فأجاب فضيلته بقوله: الأفضل خروجها إلى العيد؛ لأن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أمر أن تخرج النساء لصلاة العيد، حتى العواتق وذوات الخدور يعني حتى النساء اللاتي ليس من عادتهن الخروج أمرهن أن يخرجن إلا الحيض فقد أمرهن بالخروج واعتزال مصلى العيد

Al-Shaikh menjawab: Yang lebih afdhal adalah mereka keluar ke tempat solat raya. Ini kerana nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh kaum wanita keluar untuk solat raya sehinggakan anak-anak dara dan mereka yang sentiasa di dalam ruamah iaitu wanita yang kebiasaannya bukan keluar dari rumah, baginda menyuruh mereka untuk keluar. Adapun wanita haidh, mereka juga disuruh keluar hanya sahaja mereka diminta menjauhkan diri daripada tempat solat raya.

فالحائض تخرج مع النساء إلى صلاة العيد، لكن لا تدخل مصلى العيد؛ لأن مصلى العيد مسجد، والمسجد لا يجوز للحائض أن تمكث فيه، فيجوز أن تمر فيه مثلاً، أو أن تأخذ منه الحاجة، لكن لا تمكث فيه، وعلى هذا فنقول: إن النساء في صلاة العيد مأمورات بالخروج ومشاركة الرجال في هذه الصلاة، وفيما يحصل فيها من خير، وذكر ودعاء.

Wanita haidh keluar bersama wanita-wanita lain yang pergi solat hari raya akan tetapi mereka tidak masuk ke tempat solat raya itu. Ini kerana tempat solat raya itu dikira masjid, dan masjid tidak dibenarkan untuk wanita haidh duduk di situ akan tetapi dibenarkan untuk lalu dan semisalnya, atau mengambil sesuatu barang di situ, akan tetapi tidak boleh duduk di situ. Oleh itu kami berkata: Sesungguhnya untuk solat raya, wanita di suruh untuk keluar untuk bersama-sama dengan kaum lelaki dalam solat raya, dan kebaikan yang terhasil daripadanya seperti zikir dan doa.

* * *

سئل فضيلة الشيخ: ما حكم خروج النساء إلى المصلى وخاصة في زماننا هذا الذي كثرت فيه الفتن، وأن بعض النساء تخرج متزينة متعطرة، وإذا قلنا بالجواز فما تقولون في قول عائشة رضي الله عنها «لو أن رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رأى ما أحدث النساء لمنعهن المسجد»؟

Al-Shaikh ditanya: Apakah hukum keluarnya wanita ke tempat solat raya khususnya pada zaman kita ini yang banyaknya kerosakan, dan sebahagian wanita pula keluar dalam keadaan berhias-hias dan berwangi-wangian. Seandainya kita berkata bolehnya mereka keluar, apa kata tuan tentang kata-kata ‘Aisyah Seandainya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melihat apa yang kaum wanita lakukan, nescaya baginda akan menghalang mereka daripada ke masjid.

فأجاب فضيلته بقوله: الذي نرى أن النساء يؤمرن بالخروج لمصلى العيد يشهدن الخير، ويشاركن المسلمين في صلاتهم، ودعواتهم، لكن يجب عليهن أن يخرجن تفلات، غير متبرجات ولا متطيبات، فيجمعن بين فعل السنة، واجتناب الفتنة.

Al-Shaikh menjawab: Kami berpendapat wanita turut disuruh untuk keluar ke tempat solat raya untuk menyaksikan kebaikan dan bersama-sama dengan kaum Muslimin dalam solat mereka. Akan tetapi wajiblah ke atas mereka keluar dalam keadaan sopan, tidak bertabarruj dan tidak berwangi-wangian. Lalu mereka telah menggabungkan melakukan sunnah dan menjauhi fitnah/kerosakan.

وما يحصل من بعض النساء من التبرج والتطيب، فهو من جهلهن، وتقصير ولاة أمورهن. وهذا لا يمنع الحكم الشرعي العام، وهو أمر النساء بالخروج إلى صلاة العيد.

Apa yang dilakukan sebahagian wanita dengan bertabarruj dan berwangi-wangian, maka ini daripada kejahilan mereka dan kelalaian wali mereka. Ini tidaklah menghalang hukum syara’ yang asal iaitu wanita disuruh keluar ke tempat solat raya.

وأما قول عائشة رضي الله عنها فإنه من المعروف أن الشيء المباح إذا ترتب عليه محرم فإنه يكون محرماً، فإذا كان غالب النساء يخرجن بصورة غير شرعية فإننا لا نمنع الجميع، بل نمنع هؤلاء النساء اللاتي يخرجن على هذه الصورة فقط.

Adapun perkataan ‘Aisyah; sesungguhnya memang diketahui bahawa sesuatu yang harus apabila disertai dengan yang haram, maka ia menjadi haram. Apabila kebiasaan wanita keluar dengan cara yang tidak patuh syariat, sesungguhnya kita tidaklah boleh melarang kesemua wanita. Bahkan yang kita larang hanyalah wanita-wanita yang keluar dengan cara tidak patuh syariat itu.

[Majmu’ Fatawa wa Rasail Li Ibn al-Uthaimin, 16/210-212].

Imam al-Syaukani menyebutkan di dalam Nailul Authar:

والحديث وما في معناه من الأحاديث قاضية بمشروعية خروج النساء في العيدين إلى المصلى من غير فرق بين البكر والثيب والشابة والعجوز والحائض وغيرها ما لم تكن معتدة أو كان خروجها فتنة أو كان لها عذر .

Hadis ini menunjukkan disyariatkan keluarnya wanita pada dua hari raya ke tempat solat raya tanpa membezakan antara anak dara, janda, muda, tuan, haidh dan lain-lain selagi mana mereka bukan dalam keadaan iddah atau keluarnya mereka itu menimbulkan kerosakan, atau wanita itu mempunyai uzur.

Kemudian al-Syaukani menukilkan pendapat-pendapat ulama dalam hal ini:

Sunat dan tidak dibezakan antara tua dan muda. Ini pendapat Abu Hamid daripada mazhab Hanbali, dan Al-Jurjani daripada mazhab Syafie.

Dibezakan antara wanita muda dan tua. Al-‘Iraqi berkata: Ini pendapat majoriti ulama mazhab Syafie berdasarkan kenyataan Imam al-Syafie sendiri di dalam Al-Mukhtasar.

Dibenarkan tanpa disunatkan secara mutlak: Ini zahir kalam Imam Ahmad sebagaimana yang Ibn Qudamah nukilkan.

Makruh. Imam at-Tirmizi meriwayatkan pendapat ini daripada Sufyan at-Tsauri, Ibn al-Mubarak. Ini jua pendapat Malik, Abu Yusuf. Ibn Qudamah menghikayatkan ia daripada pendapat An-Nakhaie, Yahya bin Sa’id al-Ansori.

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan daripada An-Nakhaie bahawa makruh untuk wanita muda keluar ke tempat solat raya.

Wajib untuk semua wanita keluar solat raya. Al-Qadhi ‘Iyad meriwayatkan hal ini daripada Abu Bakar, Ali dan Ibn Umar.

Al-Syaukani menyimpulkan:

والقول بكراهة الخروج على الإطلاق رد للأحاديث الصحيحة بالآراء الفاسدة ، وتخصيص الشواب يأباه صريح الحديث المتفق عليه وغيره

Pendapat yang memakruhkan wanita keluar secara mutlak merupakan penolakan kepada hadis hadis-hadis sahih dengan pandangan yang rosak, dan mengkhususkan wanita muda (untuk dilarang) adalah ditolak oleh hadis-hadis yang jelas yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan selainnya. [Nailul Authar, 3/342].

Bolehkah solat sunat sebelum solat hari raya?

Di sisi mazhab Syafie, boleh tanpa makruh untuk makmum mendirikan solat sunat sebelum mendirikan solat hari raya dan selepasnya sama ada di rumah, di jalan atau tempat didirikan solat hari raya sebelum hadirnya imam. Akan tetapi solat sunat ini tidaklah berkaitan dengan solat hari raya. Oleh itu boleh makmum mendirikan solat tahiyatul masjid, dhuha dan sebagainya. Akan tetapi imam dimakruhkan melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat raya supaya orang tidak menyangka ia sunnah. Solat tahiyatul masjid imam akan cukup dengan solat raya itu dan kerana itu imam digalakkan datang lewat.

Sebahagian ulama memakruhkan solat sunat sebelum solat hari raya. Ini diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Al-Sya’bi, Ahmad.

Sebahagian ulama pula memakruhkan sebelum solat hari raya, dan boleh selepasnya. Ini diriwayatkan daripada Abu Mas’ud, ‘Alqamah, An-Nakhaie, At-Tsauri, Al-Awzaie dan Ashab al-Ra’yi.

Sebahagian menyatakan makruh di tempat yang didirikan solat raya, akan tetapi tidak makruh di selainnya. [Al-Majmu’, 5/13-14].

Adakah digalakkan pergi awal ke masjid?

Ya, makmum digalakkan pergi awal ke masjid sejak selepas Subuh. Ini sama seperti solat Jumaat. Adapun Imam, digalakkan untuk datang lewat ke tempat solat raya sehingga sampai waktu untuk mendirikan solat hari raya.

Ini berdasarkan hadis berikut:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى ، فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلَاةُ

‘Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam akan keluar ke musolla pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah solat [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, hadis no: 956]

Tatacara Solat Hari Raya

1) Dua Rakaat

عَنْ عُمَرَ، قَالَ صَلاَةُ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَانِ وَالْفِطْرِ رَكْعَتَانِ وَالنَّحْرِ رَكْعَتَانِ وَالسَّفَرِ رَكْعَتَانِ تَمَامٌ غَيْرُ قَصْرٍ عَلَى لِسَانِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏

Umar radiallahu ‘anhu berkata: Solat Jumaat 2 rakaat, Solat hari raya ‘Aidilfitri dua rakaat, Aidiladha dua rakaat, solat musafir dua rakaat. Ia sempurna tanpa qasar berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. [Sunan an-Nasaie, Kitab Taqsir al-Solat, no: 1440].

Jumlah rakaatnya adalah 2 rakaat. Ini adalah ijma’ ulama. [Al-Majmu’, 5/17].

3) 7 kali takbir pada rakaat pertama, 5 kali takbir pada rakaat kedua

عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” كَانَ يُكَبِّرُ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى فِي الْأُولَى سَبْعَ تَكْبِيرَاتٍ ، وَفِي الثَّانِيَةِ خَمْسًا “

‘Aisyah radiallahu ‘anha menyatakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bertakbir dalam solat raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama, dan lima kali pada rakaat kedua [Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, hadis no: 972, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud].

Cara yang minima untuk sah solatnya ialah solat 2 rakaat seperti solat-solat yang lain. Adapun cara yang sempurna ialah dengan melakukan tatacara yang sunnah iaitu:

  • Takbir 7 kali pada rakaat pertama, dan 5 kali pada rakaat kedua (tidak termasuk takbiratul ihram dan intiqal).
  • Membaca doa istiftah selepas takbiratul ihram.
  • Berhenti seketika antara setiap takbir itu, dan berzikir kepada Allah.
  • Selepas takbir yang ke 7 atau yang ke 5, terus membaca isti’azah.
  • Di sunatkan mengangkat tangan pada setiap takbir. Ini berdasarkan riwayat berikut:

، عَنْ بَكْرِ بْنِ سَوَادَةَ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كَانَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ مَعَ كُلِّ تَكْبِيرَةِ فِي الْجِنَازَةِ وَالْعِيدَيْنِ “. [ص:413] وَهَذَا مُنْقَطِعٌ.

Daripada Bakr bin Sawadah, bahawa ‘Umar al-Khattab r.a akan mengangkat kedua tangannya bersama setiap takbir dalam solat jenazah dan solat hari raya. [Al-Baihaqi dalam Al-Sunan Al-Kubra, Kitab Solat al-Eidain, no: 6189. Imam al-Baihaqi menyatakan riwayat ini munqathi’].

  • Ulama bersepakat dikuatkan suara ketika membaca ayat al-Quran dan bertakbir.
  • Seandainya terlupa melakukan takbir-takbir itu dan telah ruku’, maka tidak perlu mengulanginya. Jika dia kembali bangun untuk bertakbir, batal solatnya. Begitu juga jika teringat untuk bertakbir ketika sedang membaca al-Fatihah atau selepas membaca surah sebelum ruku’. Maka tidak perlu mengulangingya mengikut qaul qadim. Akan tetapi jika teringat selepas taawuz sebelum al-Fatihah, maka boleh disempurnakan takbir-takbir itu.
  • Jika seseorang masbuq, dan terlepas takbir-takbir itu dengan imam, dia tidak perlu mengulanginya.
  • Solat hari raya sunnah dilakukan secara berjemaah, dan ia juga boleh dilakukan secara sendirian. [Al-Majmu’, 5/16-18].

Beberapa khilaf ulama

 

  • Jumlah takbir zawaid. Di sisi mazhab Syafie adalah 7 takbir di rakaat pertama, dan 5 takbir di rakaat kedua. Ini merupakan pendapat majoriti sahabat dan ulama selepasnya.

Sebahagian ulama berpendapat sebanyak 7 takbir untuk kedua-dua rakaat. Ini diriwayatkan daripada sebahagian sahabat seperti Ibn Abbas, Al-Mughirah, Anas r.a, Ibn al-Musayyib, An-Nakhaie.

Sebahagian berpendapat sebanyak 6 takbir pada rakaat pertama, dan 5 takbir pada rakaat kedua. Ini pendapat Malik, Ahmad, Abu Tsaur dan Al-Muzani.

Abdullah bin Mas’ud r.a berpendapat 5 takbir untuk rakaat pertama dan 4 takbir untuk rakaat kedua.

Terdapat riwayat lain daripada Ibn Mas’ud menyatakan 3 takbir untuk setiap rakaat. Inilah yang dipegang oleh Abu Hanifah. Dan ada beberapa pendapat lain lagi. [Al-Majmu’, 5/19].

  • Masa untuk takbir zawaiad. Di sisi mazhab Syafie ia dilakukan antara doa istiftah dan taawuz. Ini pendapat majoriti ulama selain Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah berpendapat takbir zawaid dibuat selepas membaca surah.

Ulama mazhab Syafie berhujah dengan riwayat berikut:

‘Amru bin al-‘Auf r.a berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ فِي الْعِيدَيْنِ فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى بِسَبْعِ تَكْبِيرَاتٍ , وَفِي الثَّانِيَةِ خَمْسَ تَكْبِيرَاتٍ قَبْلَ الْقِرَاءَةِ ”

Rasulullah s.a.w bertakbir dalam solat raya pada rakaat pertama sebanyak 7 takbir dan rakaat kedua sebanyak 5 takbir sebelum membaca al-Quran. [Al-Sunan Al-Kubra, Kitab al-Eidain, no: 6173. Imam at-Tirmizi berkata: Aku bertanya kepada Imam al-Bukhari tentang hadis ini. Beliau menjawab: Tiada di dalam bab ini apa-apa yang lebih sahih daripada riwayat ini. Begini jualah pendapat aku] [Al-Majmu’, 5/19].

  • Mengangkat tangan ketika takbir zawaid. Ia sunnah di sisi mazhab Syafie. Ini juga pendapat ‘Atho’, Al-Awza’ie, Abu Hanifah, Muhammad, Ahmad, Daud dan Ibn al-Munzir. Adapun di sisi Imam Malik, hanya diangkat pada takbiratul ihram. Ini jua pendapat At-Tsauri, Ibn Abi Laila, dan Abu Yusuf. [Al-Majmu’, 5/20].
  • Zikir ketika takbir zawaid. Mazhab Syafie, ia disunnahkan. Ini jua pendapat Ibn Mas’ud, Ahmad dan Ibn al-Munzir. Malik dan Al-Awzaie pula berkata tidak dibaca. [Al-Majmu’, 5/20]
  • Doa istiftah. Mazhab Syafie ia dibaca sebelum takbir zawaid. Al-Awzaie berkata ia dibaca selepas takbir zawaid. [Al-Majmu’, 5/20]
  • Ta’awwuz. Mazhab Syafie, ia dibaca selepas takbir zawaid. Ini jua pendapat Ahmad, Muhammad bin Al-Hassan. Abu Yusuf berpendapat ia dibaca sebelum takbir zawaid. [Al-Majmu’, 5/20]
  • Terlupa takbir zawaid. Di sisi mazhab Syafie apabila sudah mula membaca al-Fatihah, maka tidak perlu bertakbir lagi. Ini pendapat Ahmad dan Muhammad bin Al-Hassan. Adapun Abu Hanifah dan Malik berpendapat bertakbir selagi belum ruku’. [Al-Majmu’, 5/20]

Solat sebelum khutbah

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : سَمِعْتُهُ يَقُولُ ” إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمَ الْفِطْرِ فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ “

Jabir bin ‘Abdullah radiallahu ‘anhu berkata bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada hari raya aidilfitri dan memulakan solat sebelum khutbah. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, hadis no: 958]

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ ـ رضى الله عنهم ـ فَكُلُّهُمْ كَانُوا يُصَلُّونَ قَبْلَ الْخُطْبَةِ‏.‏

Daripada Ibn ‘Abbas r.a, beliau berkata: Aku menyaksikan solat eid bersama Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, Umar, dan Uthman r.a, semuanya mendirikan solat sebelum khutbah. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, no: 962].

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ ـ رضى الله عنهما ـ يُصَلُّونَ الْعِيدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ‏.‏

Daripada Ibn ‘Umar r.a, Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, Umar r.a, mereka solat raya sebelum melakukan khutbah. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, no: 963].

  • Di sunatkan selepas solat raya untuk melakukan dua khutbah di atas mimbar. Jika khutbah dilakukan sebelum solat, maka itu perkara yang buruk, maka khutbah itu tidak diambil kira, dan disunatkan untuk diulang selepas solat.
  • Tatacara khutbahnya adalah seperti khutbah Jumaat, akan tetapi dibenarkan untuk khatib duduk walau mampu berdiri sebagaimana solat sunat dibenarkan duduk walau mampu berdiri.
  • Di sunatkan memisahkan antara dua khutbah dengan duduk sebagaimana khutbah Jumaat. Di sunatkan duduk sebelum memulakan khutbah.
  • Khatib juga disunatkan memulakan khutbah dengan takbir sebanyak 9 kali pada khubah yang pertama, dan takbir 7 kali pada khutbah yang kedua. Takbir-takbir ini bukanlah sebahagian daripada khutbah sebaliknya ia adalah mukadimah.
  • Disunatkan makmum mendengar khutbah, dan ia bukanlah termasuk daripada syarat solat hari raya.
  • Jika seorang makmum sampai ketika imam sedang berkhutbah, jika tempat itu di selain masjid, maka makmum hendaklah terus duduk. Dia boleh mengqadha solatnya kemudian sama ada di situ atau di rumah atau di tempat lain.

Jika tempat itu di masjid, makmum itu hendaklah mendirikan solat eid ketika khutbah itu, dan itu dikira jua termasuk tahiyatul masjid. Ini pendapat yang asoh dalam mazhab Syafie. Pendapat kedua menyatakan dia solat tahiyatul masjid, dan selesai khutbah, dia solat raya pula di masjid itu.

  • Di sunatkan imam mengulangi khutbah jika disedari terdapat sekelompok jemaah yang tidak dapat mendengar khutbah. Ini berdasarkan hadis berikut:

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهما ـ أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَصَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ، فَرَأَى أَنَّهُ لَمْ يُسْمِعِ النِّسَاءَ، فَأَتَاهُنَّ وَمَعَهُ بِلاَلٌ نَاشِرَ ثَوْبِهِ فَوَعَظَهُنَّ، وَأَمَرَهُنَّ أَنْ يَتَصَدَّقْنَ، فَجَعَلَتِ الْمَرْأَةُ تُلْقِي، وَأَشَارَ أَيُّوبُ إِلَى أُذُنِهِ وَإِلَى حَلْقِهِ‏.‏

Ibn ‘Abbas r.a berkata: Aku menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w akan solat sebelum khutbah, lalu baginda melihat kaum wanita tidak mendengarnya. Lalu baginda pergi kepada mereka, dan bersama-sama baginda Bilal yang membentangkan pakaiannya. Lalu baginda menasihati mereka, baginda menyuruh mereka bersedekah. Lalu kaum wanita pun bersedekah. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, no: 1449]. [Al-Majmu’, 5/21-23].

 

1- Mandi Hari Raya

عَنْ مَالِك ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ” كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى “

Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’, bahawa ‘Abdullah Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta’, Kitab al-Eidain, hadis no: 426].

Ulama mazhab Syafie menyatakan digalakkan untuk mandi pada pagi hari Raya. Ini berdasarkan atsar Ibn Umar di atas dan diqiaskan dengan hari Jumaat. Masa untuk mandi pula, pada pendapat yang paling kuat dalam mazhab Syafie ialah dibolehkan untuk mandi sama ada selepas fajar atau sebelum fajar.

Mandi ini digalakkan untuk semua sama ada yang hadir mendirikan solat raya mahupun yang tidak hadir. Begitu juga digalakkan berhias-hias, memotong kuku, berwangi-wangian sebagaimana dilakukan pada hari Jumaat.

[Al-Majmu’, 5/9].

2- Makan Sebelum Pergi Solat Raya

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ “

‘Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam tidak bertolak keluar pada pagi hari raya Aidilfitri melainkan selepas baginda sallallahu ‘alaihi wassalam sudah memakan kurma. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jum’ah, hadis no : 906]

عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – كَانَ لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ، وَكَانَ لَا يَأْكُلُ يَوْمَ النَّحْرِ حَتَّى يَرْجِعَ

Daripada Burairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah keluar pada pagi hari raya Aidilfitri melainkan baginda telah makan, dan pada raya Aidiladha pula tidaklah baginda makan melainkan selepas pulang. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Siyam, no: 1756, Shaikh al-Arnaouth berkata: Sahih Lighairihi]

Ulama-ulama mazhab Syafie bersepakat bahawa digalakkan makan sebelum mendirikan solat sunat Aidilfitri. Seandainya belum makan sebelum keluar, hendaklah makan sebelum mendirikan solat. Digalakkan memakan kurma dengan bilangan yang ganjil.

Untuk hari Aidiladha pula digalakkan melewatkan makan sehingga selepas solat raya.

Imam al-Syafie berkata dalam al-Umm:

وَنَحْنُ نَأْمُرُ من أتى الْمُصَلَّى أَنْ يَطْعَمَ وَيَشْرَبَ قبل أَنْ يَغْدُوَ إلَى الْمُصَلَّى وَإِنْ لم يَفْعَلْ أَمَرْنَاهُ بِذَلِكَ في طَرِيقِهِ أو الْمُصَلَّى إنْ أَمْكَنَهُ وَإِنْ لم يَفْعَلْ ذلك فَلاَ شَيْءَ عليه وَيُكْرَهُ له أَنْ لاَ يَفْعَلَ وَلاَ نَأْمُرُهُ بهذا يوم الأَضْحَى وَإِنْ طَعِمَ يوم الأَضْحَى فَلاَ بَأْسَ عليه.

Kami menyuruh sesiapa yang ke musolla untuk makan dan minum sebelum bertolak ke musolla. Jika dia tidak melakukannya, kami menyuruhnya melakukannya di dalam perjalanan atau di musolla seandainya dia boleh melakukannya. Jika dia tidak melakukan hal itu, tidak ada apa-apa masalah ke atasnya akan tetapi adalah dimakruhkan untuk dia tidak melakukan hal itu. Tidaklah kami menyuruh hal ini pada hari raya Aidiladha. Jika dia makan jua pada hari Aidiladha, tidak mengapa. [Al-Umm, 1/233].

Apakah tujuan hal ini?

Antara hikmahnya yang membezakan antara raya Aidiladha dan Aidilfitri ialah pada Aidilfitri disunnahkan untuk membayar zakat fitrah sebelum solat raya, lalu digalakkan makan pada pagi itu agar dapat bersama-sama dengan orang miskin pada waktu itu. Manakala bersedekah pada raya Aidiladha iaitu dengan mengagihkan daging korban berlaku selepas solat raya, makan digalakkan agar dapat bersamaan dengan orang-orang miskin.

Disebutkan jua antara hikmahnya ialah kerana sebelum Aidilfitri diharamkan makan dan minum, maka digalakkan makan sebelum solat agar dapat membezakan dengan hari sebelumnya. Manakala Aidiladha hari sebelumnya bukanlah hari terlarang makan dan minum. [Al-Majmu, 5/8]

4- Pergi dan Pulang Dari Masjid Dengan Jalan Yang Berbeza

عَنْ جَابِرِ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ “

Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam akan memilih jalan yang berbeza pada hari raya [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, hadis no : 986]

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّهُ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ فِي طَرِيقٍ وَيَرْجِعُ فِي أُخْرَى وَيَزْعُمُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ ‏.

Daripada Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma, bahawa beliau pergi ke tempat solat raya dengan jalan lain dan pulang dengan jalan yang lain dan beliau menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan hal itu. [Sunan Ibn Majah, Kitab Iqamah al-Solah wa Al-Sunnah Fi Ha, no: 1299. Shaikh al-Arnaouth menyatakan ia hasan lighairihi].

Ulama membahaskan apakah hikmah pergi dan balik dengan jalan yang berbeza dengan pelbagai hikmah. Antaranya baginda s.a.w pergi dengan jalan yang lebih jauh dan pulang dengan jalan yang lebih dekat supaya lebih banyak pahala. Ada yang menyatakan baginda bersedekah pada jalan balik dan pergi. Ada yang menyatakan untuk memuliakan penduduk dua jalan itu. Ada yang menyatakan agar dua jalan itu menjadi saksi di akhirat kelak dan banyak lagi.

Seseorang tetaplah disunatkan mengamalkan sunnah ini walau dia tidak menemui atau mengetahui apa-apa hikmah padanya. [Al-Majmu’, 5/13].

5- Berhias dan memakai pakaian yang terbaik

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ قَالَ : أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوقِ فَأَخَذَهَا ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيدِ وَالْوُفُودِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ لَهُ فَلَبِثَ عُمَرُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَلْبَثَ ، ثُمَّ أَرْسَلَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجُبَّةِ دِيبَاجٍ ، فَأَقْبَلَ بِهَا عُمَرُ ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قُلْتَ إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ لَهُ وَأَرْسَلْتَ إِلَيَّ بِهَذِهِ الْجُبَّةِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَبِيعُهَا أَوْ تُصِيبُ بِهَا حَاجَتَكَ ” .

‘Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Umar radiallahu ‘anhu mengambil sebuah jubah  sutera yang dijual di pasar. Beliau  membawa pakaian itu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu Umar radiallahu ‘anhu berkata: “Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk hari raya dan menyambut utusan-utusan.” Rasulullah Saallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda: “Ini adalah pakaian orang yang tidak akan mendapat sebarang bahagian (di akhirat). Selepas sekian lama, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menghantar sehelai jubah sutera kepada ‘Umar. Beliau terus membawa jubah itu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam dan berkata: Ya Rasulullah ! Sesungguhnya engkau pernah menyatakan bahawa ini merupakan pakaian buat manusia yang tidak mendapat sedikit bahagian pun di akhirat, tetapi kenapa engkau hantar jubah ini kepada aku?

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: Engkau boleh menjualnya, atau memenuhi keperluan engkau dengannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eidain, hadis no : 902]

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghuraikan hadis di atas:

وأنها مأخوذة من تقريره صلى الله عليه و سلم على أصل التجمل وإنما زجره عن الجبة لكونها كانت حريرا

Galakan (untuk berhias pada hari raya difahami daripada) Diamnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam (di atas cadangan Umar untuk memakai pakaian yang cantik pada hari raya) menunjukkan asalnya ialah berhias. Sesungguhnya baginda menolak kerana pakaian itu daripada kain sutera. [Fathul Bari, 2/510].

Galakan memakai pakaian yang terbaik ini adalah sama untuk yang pergi keluar mendirikan solat raya dan yang duduk di rumah. Ini kerana hari raya adalah hari untuk berhias-hias. [Al-Majmu’, 5/10].

Dalil-dalil pensyariatan takbir raya

Firman Allah:

وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” [Al-Baqarah: 185].

Begitu juga hadis Ummu Atiyyah berkaitan solat raya yang disebutkan tujuan semua wanita keluar ke tempat raya adalah agar dapat bertakbir bersama orang ramai.

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ، قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ‏.‏

Daripada Ummu ‘Atiyyah beliau berkata: Kami disuruh untuk keluar pada hari raya sehingga kami mengeluarkan anak-anak dara daripada tempat tinggal mereka, sehingga kami mengeluarkan wanita haidh, dan mereka duduk di belakang orang ramai. Mereka bertakbir bersama takbir orang ramai, berdoa dengan doa mereka, dan mereka mengharapkan keberkatan dan kesucian hari tersebut. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eid, no: 971].

Imam al-Syafie rahimahullah berkata dalam al-Umm:

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : فِي شَهْرِ رَمَضَانَ ( وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ , وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ ) فَسَمِعْت مَنْ أَرْضَى مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْقُرْآنِ يَقُولَ : لِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ عِدَّةَ صَوْمِ شَهْرِ رَمَضَانَ وَتُكَبِّرُوا اللَّهُ عِنْدَ إكْمَالِهِ عَلَى مَا هَدَاكُمْ , وَإِكْمَالُهُ مَغِيبُ الشَّمْسِ مِنْ آخِرِ يَوْمٍ مِنْ أَيَّامِ شَهْرِ رَمَضَانَ

Allah s.w.t berfirman berkaitan bulan Ramadhan: “…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” Aku pernah mendengar daripada ahli-ahli al-Quran yang aku redha dengan mereka, mereka berkata: mencukupkan bilangan dalam ayat ini bermaksud mencukupkan bilangan puasa bulan Ramadhan dan membesarkan Allah (dengan bertakbir) selepas selesai menyempurnakannya di atas petunjuk yang Dia kurniakan kepada kalian. Sempurnanya (hari-hari puasa) bermula daripada tenggelamnya matahari pada hari akhir bulan Ramadhan.

فَإِذَا رَأَوْا هِلالَ شَوَّالٍ أَحْبَبْتُ أَنْ يُكَبِّرَ النَّاسُ جَمَاعَةً , وَفُرَادَى فِي الْمَسْجِدِ وَالأَسْوَاقِ , وَالطُّرُقِ , وَالْمَنَازِلِ , وَمُسَافِرِينَ , وَمُقِيمِينَ فِي كُلِّ حَالٍ , وَأَيْنَ كَانُوا , وَأَنْ يُظْهِرُوا التَّكْبِيرَ , وَلا يَزَالُونَ يُكَبِّرُونَ حَتَّى يَغْدُوَا إلَى الْمُصَلَّى , وَبَعْدَ الْغُدُوِّ حَتَّى يَخْرُجَ الإِمَامُ لِلصَّلاةِ ثُمَّ يَدَعُوا التَّكْبِيرَ . .

Apabila kelihatannya anak bulan, aku suka agar orang ramai bertakbir, tidak kira sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, di pasar, jalan, mahupun di rumah, tidak kira sama ada mereka orang musafir atau bermukim, dalam semua keadaan di mana sahaja mereka berada dan hendaklah mereka bertakbir dengan kuat. Mereka hendaklah terus bertakbir sehinggalah mereka bergerak ke musolla (untuk solat raya), apabila tiba di musolla sehinggalah imam keluar untuk mendirikan solat (raya). Kemudian hendaklah mereka berhenti bertakbir.

ثم روى عن سعيد ابْن الْمُسَيِّبِ وَعُرْوَةَ بْن الزُّبَيْرِ وَأَبي سَلَمَةَ وَأَبي بَكْرِ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أنهم كانوا يُكَبِّرُونَ لَيْلَةَ الْفِطْرِ فِي الْمَسْجِدِ يَجْهَرُونَ بِالتَّكْبِيرِ .

Diriwayatkan daripada Sa’id bin al-Musayyib, ‘Urwah bin az-Zubair, Abu Salamah, dan Abu Bakar bin Abdul Rahman bahawa mereka bertakbir pada malam raya aidilfitri di masjid dan mereka menguatkan suara ketika bertakbir.

 

Imam al-Faryabi dalam Ahkam al-Eidain mengumpulkan banyak atsar berkaitan takbir raya, antaranya:

عَنْ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ ” أَنَّهُ كَانَ يُكَبِّرُ بِالْخُرُوجِ إِلَى الْخُطْبَةِ وَالصَّلاةِ “

Daripada ‘Umar bin ‘Abdul Aziz bahawa beliau akan bertakbir ketika keluar untuk khutbah raya dan solat.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ : ” أَنَّهُ كَانَ يُكَبِّرُ إِذَا غَدَا إِلَى الْمُصَلَّى يَوْمَ الْعِيدِ

Daripada Ibn ‘Umar bahawa beliau akan bertakbir dalam perjalan ke musolla pada hari raya.

أَبُو الأَصْبَغِ عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ يَحْيَى ، قَالَ : سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ نَافِعٍ كَيْفَ كَانَ مَالِكٌ يَفْعَلُ فِي التَّكْبِيرِ ؟ ، قَالَ : كَانَ يُكَبِّرُ إِذَا أَتَى الْمُصَلَّى حَتَّى يَجِيءَ الإِمَامُ “

Abu al-Asbagh Abdul Aziz bin Yahya berkata: Aku bertanya kepada Abdullah bin Nafi’: Bagaimanakah Imam Malik bertakbir? Beliau menjawab: Beliau bertakbir apabila beliau hendak pergi ke musolla sehinggalah imam tiba.

 

Jenis-jenis takbir

Takbir raya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu takbir mutlak/mursal dan takbir muqayyad. Takbir mursal ialah yang dibaca pada bila-bila masa, manakala takbir muqayyad ialah yang dibaca selepas solat.

Takbir mursal

Takbir mursal disyariatkan untuk kedua-dua jenis hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha iaitu bermula daripada terbenam matahari malam hari raya.

Waktu tamat untuk takbir mursal hari raya Aidilfitri pula, ulama mazhab Syafie berbeza pendapat kepada 3 pendapat.

  • Ia berakhir apabila imam mengangkat takbiratul ihram untuk solat raya. Dan ini pendapat yang asoh dalam mazhab Syafie.
  • Ia berakhir apabila imam keluar untuk mendirikan solat raya.
  • Apabila imam selesai mendirikan solat raya, dikatakan jua apabila selesai dua khutbah raya.

Dua pendapat terakhir ini hanya dilakukan oleh mereka yang tidak pergi mendirikan solat raya di mana mereka akan berhenti bertakbir apabila mereka tahu imam sudah selesai solat. Adapun yang ikut solat dan mendengar khutbah, mereka hendaklah memfokuskan kepada mendengar khutbah.

Untuk takbir mursal ia dilakukan di mana sahaja apabila masih dalam tempoh waktunya sama ada di rumah, jalan, pasar, masjid

[Al-Majmu’, 5/32].

Takbir Muqayyad

Takbir muqayyad iaitu yang dilakukan selepas solat disyariatkan untuk raya Aidiladha, dan ini ijma’.

Adapun untuk hari raya Aidilfitri, ulama mazhab Syafie berbeza pendapat sama ada ia disyariatkan atau tidak.

Pendapat majoriti ulama mazhab Syafie, dan ini paling asoh menyatakan bahawa takbir muqayyad tidak disyariatkan untuk Aidilfitri. Ini kerana tidak dinukilkan daripada Nabi s.a.w melakukan takbir muqayyad untuk Aidilfitri.

Pendapat yang kedua menyatakan ia disyariatkan sebagaimana hari raya Aidiladha. Untuk pendapat kedua ini, maka takbir muqayyad akan dilakukan selepas solat Maghrib, Isya, dan Subuh hari raya.  Begitu juga selepas solat sunat dan qadha yang dilakukan dalam tempoh tersebut.

[Al-Majmu’, 5/32-33, 36].

Menguatkan suara ketika bertakbir

Digalakkan untuk menguatkan suara ketika bertakbir sama ada takbir mutlaq mahupun muqayyad. [Al-Majmu’, 5/39].

Lafaz Takbir

Terdapat beberapa lafaz takbir yang diriwayatkan daripada para sahabat nabi, antaranya:

: ” اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَأَجَلُّ , اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah Maha Besar sebenar-benar kebesaran, Allah Maha Besar sebenar-benar kebesaran, Allah benar-benar Maha Besar. Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Kitab as-Solat, no: 5504]

‘Abdullah bin Mas’ud pula membaca lafaz di bawah:

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Kitab as-Solat : 5491]

Terdapat lafaz-lafaz takbir yang pelbagai. Ini kerana takbir raya adalah sesuatu yang luas.

Imam al-Son’ani menyatakan dalam Subulussalam:

وفي الشرح صفات كثيرة واستحسانات عن عدة من الأئمة ، وهو يدل على التوسعة في الأمر وإطلاق الآية يقتضي ذلك

Penjelasan tentang lafaz takbir sangat banyak daripada berberapa ulama. Ini menunjukkan bahawa perintah bentuk takbir cukup luas. Kemutlakan ayat yang memerintahkan takbir juga menuntut demikian. [Subulussalam, 2/72].

وَإِنْ زَادَ فقال : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اللَّهَ مُخْلِصِينَ له الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ : فَحَسَنٌ

Imam Syafie berkata: : Seandainya dia menambah dengan menyebut: [lafaz takbir yang diamalkan di Malaysia]….. maka ia sesuatu yang baik [al-Umm, 1/241].

Wanita Turut Bertakbir

Akan tetapi hendaklah wanita tidak meninggikan suara ketika bertakbir.

Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata dalam Fathul Bari:

ولا خلاف في أن النساء يكبرن مع الرجال تبعاً ، إذا صلين معهم جماعة ، ولكن المرأة تخفض صوتها بالتكبير .

Tiada perbezaan pendapat untuk wanita bertakbir bersama kaum lelaki, apabila mereka solat jemaah bersama mereka. Akan tetapi wanita hendaklah merendahkan suaranya.

 

thank

Sunnah Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى الله قَالَ : ” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Abu Ayub al-Ansori radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1991]

Terdapat banyak faedah melakukan puasa enam di bulan Syawal. Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyenaraikan beberapa faedah tersebut:

1) Mendapat pahala puasa setahun

أن صيام ستة أيام من شوال بعد رمضان يستكمل بها أجر صيام الدهر كله كما سبق

Berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal selepas Ramadhan akan melengkapkan pahala puasa menjadi seperti pahala puasa selama setahun penuh sebagaimana telah disebut pada hadis di atas

2) Menyempurnakan kekurangan pada puasa Ramadhan

 أن صيام شوال و شعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة و بعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل و نقص فإن الفرائض تجبر أو تكمل بالنوافل يوم القيامة كما ورد ذلك عن النبي صلى الله عليه و سلم من وجوه متعددة و أكثر الناس في صيامه للفرض نقص و خلل فيحتاج إلى ما يجبره و يكمله من الأعمال

Puasa dalam bulan Syawal dan Sya’ban umpama solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu. Ia akan menyempurnakan kekurangan yang ada pada amalan fardhu tersebut. Sesungguhnya amalan-amalan fardhu akan diperbaiki atau disempurnakan oleh amalan-amalan sunat pada hari kiamat kelak sebagaimana yang ada dalam pelbagai hadis-hadis nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kebanyakan manusia mempunyai kekurangan dan kecacatan pada amalan fardhu mereka yang mana ia memerlukan kepada pembaikan dan penyempurnaan melalui amalan-amalan (sunat)

3) Petanda puasa Ramadhan diterima Allah

 أن معاودة الصيام بعد صيام رمضان علامة على قبول صوم رمضان فإن الله إذا تقبل عمل عبد وفقه لعمل صالح بعده كما قال بعضهم : ثواب الحسنة الحسنة بعدها فمن عمل حسنة ثم اتبعها بعد بحسنة كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى كما أن من عمل حسنة ثم اتبعها بسيئة كان ذلك علامة رد الحسنة و عدم قبولها

Melaksanakan puasa sunat selepas bulan Ramadhan merupakan satu petanda bahawa puasa Ramadhan kita diterima Allah. Sesungguhnya apabila Allah s.w.t menerima amalan seseorang, Dia akan menjadikannya tetap melakukan kebaikan selepas itu. Sebahagian ulama berkata: Ganjaran kepada kebaikan adalah kebaikan selepasnya. Sesiapa yang melakukan kebaikan, lalu mengikuti selepasnya dengan kebaikan yang lain, ia merupakan petunjuk amalan kebaikan yang pertama diterima Allah. Begitu juga jika seseorang melakukan kebaikan, kemudian diikuti dengan melakukan kejahatan, ia merupakan petanda kebaikan yang pertama tadi tertolak dan tidak diterima Allah.

4) Tanda bersyukur kerana berjaya beribadat di bulan Ramadhan

أن صيام رمضان يوجب مغفرة ما تقدم من الذنوب كما سبق ذكره و أن الصائمين لرمضان يوفون أجورهم في يوم الفطر و هو يوم الجوائز فيكون معاودة الصيام بعد الفطر شكرا لهذه النعمة فلا نعمة أعظم من مغفرة الذنوب [ كان النبي صلى الله عليه و سلم يقوم حتى تتورم قدماه فيقال له : أتفعل هذا و قد غفر الله لك ماتقدم من ذنبك و ما تأخر ؟ فيقول : أفلا أكون عبدا شكورا ]

Puasa Ramadhan akan memastikan pelakunya mendapat keampunan untuk dosa-dosa yang telah dilakukan. Mereka yang berpuasa mendapat ganjaran mereka pada hari raya, dan hari tersebut merupakan satu kurniaan kepada mereka. Oleh itu melaksanakan puasa selepas hari raya merupakan satu bentuk kesyukuran untuk nikmat tersebut. Sungguh tiada nikmat yang lebih besar daripada nikmat diampuninya dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering bangun mendirikan solat di waktu malam sehingga bengkak-bengkak kakinya, lalu dikatakan kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam: Kenapa engkau lakukan semua ini sedangkan Allah telah mengampuni dosa mu yang lalu dan yang akan datang. Jawab baginda sallallahu ‘alaihi wasallam: Adakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur?

كان بعض السلف إذا وفق لقيام ليلة من الليالي أصبح في نهاره صائما و يجعل صيامه شكرا للتوفيق للقيام و كان وهب بن الورد يسئل عن ثواب شيء من الأعمال كالطواف و نحوه ؟ فيقول : لا تسألوا عن ثوابه و لكن اسألوا ما الذي على من وفق لهذا العمل من الشكر للتوفيق و الإعانة عليه

Sebahagian generasi salaf (tiga generasi awal Islam) apabila mereka berjaya bangun malam (untuk beribadah), mereka akan bangun pagi dan berpuasa pada siangnya. Puasa itu dijadikan sebagai tanda kesyukuran di atas petunjuk  yang membolehkan mereka bangun (beribadah) di waktu malam. Pada suatu hari, Wahab bin al-Warid ditanya tentang pahala untuk amalan seperti tawaf dan sebagainya. Lalu dia menjawab: Jangan kalian tanya tentang pahalanya. Sebaliknya tanyalah apa yang patut dilakukan oleh orang yang berjaya melakukan ibadah tersebut sebagai tanda bersyukur di atas petunjuk dan bantuan (Allah) untuk melaksanakan (ibadah tersebut). [Ringkasan daripada kata-kata Ibn Rajab al-Hanbali dalam Lathoif al-Ma’arif m/s 190-191]

Tatacara Melakukan Puasa Enam

Puasa enam di bulan Syawal boleh dilakukan pada bila-bila masa di bulan Syawal.

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:

قَالَ أَصْحَابُنَا : يُسْتَحَبُّ صَوْمُ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَوَّالٍ ، لِهَذَا الْحَدِيثِ قَالُوا : وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَصُومَهَا مُتَتَابِعَةً فِي أَوَّلِ شَوَّالٍ فَإِنْ فَرَّقَهَا أَوْ أَخَّرَهَا عَنْ شَوَّالٍ جَازَ

Ulama-ulama Syafiiyyah berkata: Disunatkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berdasarkan hadis ini (hadis Abu Ayyub al-Ansari) mereka berkata: Disunatkan melaksanakan puasa tersebut berturut-turut pada awal Syawal. Seandainya seseorang melakukannya secara berasingan (tidak berturut-turut) atau melewatkannya ke akhir Syawal, maka ia tetap dibenarkan. [al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab]

Hendaklah mengqadha puasa Ramadhan terlebih dahulu

Sewajarnya seseorang yang mempunyai hutang puasa Ramadhan, hendaklah dia menyempurnakan dahulu puasa Ramadhan tersebut. Walaupun terdapat khilaf ulama’ di dalam hal ini, akan tetapi mendahulukan qadha’ itulah yang terbaik. Ini berdasarkan hadis di atas yang menunjukkan bahawa puasa Ramadhan itu perlu disempurnakan dahulu barulah kita mendapat pahala puasa setahun penuh apabila ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal.

Sa’id bin al-Musayyib  pernah ditanya berkaitan puasa Zulhijjah, beliau menjawab :

لَا يَصْلُحُ حَتَّى يَبْدَأَ بِرَمَضَانَ

Tidak sewajarnya ia dilakukan kecuali selepas dia sudah mula (mengqadhakan) puasa Ramadhan [Sahih al-Bukhari, Kitab Puasa, Bab Bilakah Qadha Puasa Ramadhan]

Khusus mengenai puasa sunat Syawal, al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan:

فمن كان عليه قضاء من شهر رمضان فليبدأ بقضائه في شوال فإنه أسرع لبراءة ذمته و هو أولى من التطوع بصيام ستة من شوال فإن العلماء اختلفوا فيمن عليه صيام مفروض هل يجوز أن يتطوع قبله أو لا

Sesiapa yang mempunyai hutang puasa Ramadhan, hendaklah dia memulakan dengan melakukan qadha puasa tersebut dalam bulan Syawal. Sesungguhnya ini akan mempercepatkan pembebasan dirinya daripada kewajipan yang ada, dan ia lebih utama daripada melakukan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Ilmuan Islam berbeza pendapat tentang mereka yang mempunyai hutang puasa wajib, adakah dibenarkan atau tidak untuk melakukan puasa sunat sebelum melaksanakan hutang-hutang puasa wajib tersebut.

 و على قول من جوز التطوع قبل القضاء فلا يحصل مقصود صيام ستة أيام من شوال إلا لمن أكمل صيام رمضان ثم أتبعه بست من شوال

Untuk pendapat yang menyatakan dibolehkan untuk melakukan puasa sunat sebelum qadha puasa wajib. Pahala (puasa setahun) untuk puasa sunam enam hari di bulan Syawal tidak akan diperolehi melainkan untuk sesiapa yang menyempurnakan dahulu puasa Ramadhannya kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal.

و من بدأ بالقضاء في شوال ثم أراد أن يتبع ذلك بصيام ستة من شوال بعد تكمله قضاء رمضان كان حسنا لأنه يصير حينئذ قد صام رمضان و أتبعه بست من شوال

Sesiapa yang memulakan dengan mengqadha puasa Ramadhan dalam bulan Syawal, kemudian dia mahu meneruskan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal selepas menyempurnakan qadha’nya, maka itulah yang bagus.  Ini kerana dengan cara itu dia telah menyempurnakan puasa Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal. [Ringkasan daripada Lathoif al-Ma’arif m/s 192]

Tidak sempat puasa sunat kerana qadha puasa?

Seorang Muslimah dari Jordan pernah bertanya kepada Shaikh Abdul Aziz bin Baz:

بدأت في صيام الست من شوال ولكني لم أستطع إكمالها بسبب بعض الظروف والأعمال حيث بقي عليَّ منها يومان، فماذا أفعل يا سماحة الشيخ؟ هل أقضيها؟ وهل عليَّ إثم في ذلك؟

Saya telah mula melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, akan tetapi aku tidak mampu menyempurnakannya kerana sebab-sebab dan urusan tertentu hingga menyebabkan masih ada berbaki dua hari lagi. Apa yang perlu lakukan wahai sheikh? Adakah aku perlu mengqadhanya? Adakah aku berdosa untul hal tersebut?

Shaikh Bin Baz rahimahullah menjawab:

صيام الأيام الستة من شوال عبادة مستحبة غير واجبة، فلك أجر ما صمت منها ويرجى لك أجرها كاملة إذا كان المانع لك من إكمالها عذراً شرعياً؛ لقول النبي صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا)) رواه البخاري في صحيحه. وليس عليك قضاء لما تركت منها. والله الموفق.

Puasa enam hari di bulan Syawal merupakan ibadah sunat dan bukannya wajib. Saudari akan mendapat pahala untuk puasa-puasa yang telah saudari lakukan, dan semoga saudari juga memperolehi pahala yang penuh seandainya perkara yang menghalang saudari daripada menyempurnakan puasa itu merupakan satu keuzuran yang diiktiraf syara’. Ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:  Seandainya seseorang itu sakit, atau bermusafir, nescaya Allah akan menulis untuknya (ganjaran) seperti amalan yang dia akan lakukan ketika bermukim dan sihat [Sahih al-Bukhari : 2791]. Oleh kerana itu, saudari tidak perlu mengqadha puasa sunat yang telah saudari tinggalkan. [http://www.binbaz.org.sa/mat/613]

Ini menunjukkan jika seorang Muslimah tidak sempat menghabiskan puasa enam kerana dia sibuk mengqadha puasa Ramadhan sedangkan dia berazam untuk berpuasa enam, dia tetap akan memperolehi pahala puasa enam tersebut.

Bolehkah digabung antara puasa Qadha dan Sunat?

Terdapat perbezaan pandangan ilmuan Islam dalam hal ini, Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman menyatakan: Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik. Ini kerana pilihan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujah-hujah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh menggabungkan puasa qadha (yang wajib) dengan puasa Syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat Isyak dengan terawih, atau Subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu Subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (bekas ahli Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain. Ini kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajipannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam. [ http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/182-puasa-ganti-syawal-a-ziarah-raya.html  ]

Pendapat mazhab Syafie dalam bab gabung puasa:

BOLEHKAH PUASA QADHA’ CAMPUR PUASA 6 SYAWAL?

JAWAPAN oleh Ustaz Syed Syahridzan:
Secara ringkas permasalahan ini merupakan khilaf di kalangan para ulama. Namun menurut fuqaha’ mazhab Syafi’ie berpendapat bahawa harus(dibolehkan) menggabungkan antara puasa wajib seperti qadha’, nazar dan kafarah dengan puasa sunat, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitab “al-Asybah wa al-Nazair”:

.صام في يوم عرفة مثلا قضاء أو نذرا، أو كفارة ; ونوى معه الصوم عن عرفة، فأفتى البارزي بالصحة، والحصول عنهما

Maksudnya: Seseorang yang berpuasa pada hari Arafah contohnya untuk (niat) qadha’ atau nazar atau Kaffarah dan dia berniat bersamanya puasa (sunat) Arafah, maka al-Barizi memfatwakan ia adalah sah dan mendapat kedua-duanya(pahala qadha’ dan sunat).

(الأشباه والنظائر للإمام السيوطي, الكتاب الأول في شرح القواعد الخمس التي ذكر الأصحاب أن جميع مسائل الفقه ترجع إليه. باب ما يترتب على التمييز: الإخلاص)

Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi’ie, namun pahala yang dianugerah tidak sempurna jika tidak dilakukan secara berasingan, iaitu puasa qadha’ dan sunat tidak digabungkan tetapi dilakukan pada hari yang berlainan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karangannya “Nihayah al-Muhtaj”:

ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غيرهما أو في نحو يوم عاشوراء حصل له ثواب تطوعها كما أفتى به الوالد تبعا للبارزي والأصفوني والناشري والفقيه علي بن صالح الحضرمي وغيرهم، لكن لا يحصل له الثواب الكامل المرتب على المطلوب لا سيما من فاته رمضان وصام عنه شوالا لأنه لم يصدق عليه المعنى المتقدم،

Maksudnya: Jika seseorang berpuasa di bulan Syawal untuk tujuan qadha’ atau nazar atau selainnya, atau seperti berpuasa di hari Asyura, maka dia akan dapat pahala puasa sunat sepertimana yang difatwakan oleh bapa saya(Syahabuddin al-Ramli) sebagai susulan (fatwa) dari al-Barizi, al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka. Tetapi tidak akan dapat pahala yang lengkap disebabkan perkara yang dituntut(puasa yang berasingan), lebih-lebih lagi sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikan ia di bulan Syawal. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan makna yang terawal.

(نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج للشيخ شمس الدين الرملي, كتاب الصيام, باب صوم التطوع, فصل إفراد الجمعة بالصوم)

Menurut fatwa Imam al-Ramli di atas menunjukkan bahawa lebih afdal puasa qadha’ dilaksanakan secara berasingan untuk mendapatkan puasa yang lengkap lagi sempurna.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa tidak sah digabungkan antara puasa sunat dan qadha’ berdasarkan amalan Saidatina Aisyah Radiyallahu ‘anha yang melewatkan puasa qadha’ beliau pada bulan Sya’ban, seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Aisyah berkata:

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Saidatina Aisyah RA seorang yang kuat ibadah termasuklah berpuasa, tidak mungkin beliau meninggalkan puasa 6 Syawal. Penangguhan puasa qadha oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa beliau tidak mengabungkan antara puasa qadha’ dan 6 Syawal. Jika Aisyah menggabungkan kedua-duanya nescaya beliau tidak perlu menangguh puasa gantinya.

KESIMPULAN

1) Puasa gabungan antara qadha dan 6 syawal diharuskan menurut ulama-ulama mazhab Syafi’ie.

2) Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi’ie tetapi ganjaran atau pahala puasa tidak sempurna, kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan.

3) Ramai(majoriti) di kalangan ulama feqh kotemporari berpegang kepada pandapat yang tidak mengharuskan puasa gabungan antara qadha dan sunat.

4) Puasa yang berasingan tanpa digabungkan niat puasa qadha dan sunat adalah amalan yang lebih tepat dengan kehendak hadith Saidatina Aisyah RA, oleh kerana itu ia dihukum sebagai lebih afdal oleh ulama Syafi’iyyah.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi https://www.facebook.com/syed.shahridzan/posts/10152624837299801?fref=nf

 

Majlis rumah terbuka adalah satu adat kebiasaan umat Islam di Malaysia. Ia sering menimbulkan konflik apabila yang dijemput ingin melakukan puasa enam, apatah lagi wanita yang perlu mengqadhakan puasa Ramadhannya. Di bawah dibawakan hadis-hadis berkaitan dan fatwa ulama berkaitan hal ini.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وقَالَ زُهَيْرٌ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ وَهُوَ صَائِمٌ ، فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput untuk makan sedangkan dia berpuasa, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Bab al-Soim Yud’a Littho’am, hadis no: 1947]

Kata Imam an-Nawawi dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim:

قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا إِذَا دُعِيَ وَهُوَ صَائِم : ( فَلْيَقُلْ : إِنِّي صَائِم ) مَحْمُولٌ عَلَى أَنَّهُ يَقُول لَهُ اِعْتِذَارًا لَهُ وَإِعْلَامًا بِحَالِهِ ، فَإِنْ سَمَحَ لَهُ وَلَمْ يُطَالِبْهُ بِالْحُضُورِ سَقَطَ عَنْهُ الْحُضُور ، إِنْ لَمْ يَسْمَح وَطَالَبَهُ بِالْحُضُورِ لَزِمَهُ الْحُضُور ، وَلَيْسَ الصَّوْم عُذْرًا فِي إِجَابَة الدَّعْوَة ، وَلَكِنْ إِذَا حَضَرَ لَا يَلْزَمهُ الْأَكْل وَيَكُون الصَّوْم عُذْرًا فِي تَرْكِ الْأَكْلِ ، بِخِلَافِ الْمُفْطِر فَإِنَّهُ يَلْزَمهُ الْأَكْل عَلَى أَصَحّ الْوَجْهَيْنِ عِنْدَنَا

Arahan berkata: Sesungguhnya aku berpuasa bertujuan untuk dia memohon keuzuran (daripada yang menjemput) dan untuk memaklumkan hal keadaannya (yang sedang berpuasa). Jika si penjemput memberikan keuzuran dan tidak menuntutnya untuk hadir, maka dia tidak perlu hadir. Jika si penjemput tidak memberikan keuzuran dan tetap menuntutnya untuk hadir, maka wajib untuk dia hadir. Puasa bukanlah satu keuzuran untuk tidak memenuhi jemputan. Akan tetapi apabila dia hadir ke majlis itu, dia tidak wajib untuk makan, dan puasanya itu menjadi sebab keuzuran untuk dia tidak makan. Ini berbeza dengan orang yang tidak berpuasa, dia wajib untuk makan. Ini merupakan pendapat yang kuat daripada dua pendapat mazhab kami (mazhab Syafie).

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا ، فَلْيُصَلِّ ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا ، فَلْيَطْعَمْ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput, hendaklah dia memenuhi jemputan itu. Jika dia berpuasa, hendaklah dia berdoa, jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan.

[Sahih Muslim, Kitab al-Nikah, Bab al-Amr bi Ijabati ad-Da’I ila Da’wah, hadis no: 2493]

Kata Imam Nawawi:

اِخْتَلَفُوا فِي مَعْنَى ( فَلْيُصَلِّ ) قَالَ الْجُمْهُور : مَعْنَاهُ فَلْيَدْعُ لِأَهْلِ الطَّعَام بِالْمَغْفِرَةِ وَالْبَرَكَة وَنَحْو ذَلِكَ ، وَأَصْل الصَّلَاة فِي اللُّغَة الدُّعَاء

Ulama berbeza pendapat tentang maksud “Falyushol”. Majoriti ulama berkata: Ia bermaksud doakanlah untuk yang menyediakan makanan dengan keampunan dan keberkatan dan selainnya. Ini kerana asal perkataan solat daripada sudut bahasa adalah doa.

Katanya lagi:

وَأَمَّا الصَّائِم فَلَا خِلَاف أَنَّهُ لَا يَجِب عَلَيْهِ الْأَكْل ، لَكِنْ إِنْ كَانَ صَوْمه فَرْضًا لَمْ يَجُزْ لَهُ الْأَكْل لِأَنَّ الْفَرْض لَا يَجُوز الْخُرُوج مِنْهُ ، وَإِنْ كَانَ نَفْلًا جَازَ الْفِطْر وَتَرْكه . فَإِنْ كَانَ يَشُقّ عَلَى صَاحِب الطَّعَام صَوْمه فَالْأَفْضَل الْفِطْر ، وَإِلَّا فَإِتْمَام الصَّوْم . وَاَللَّه أَعْلَم

Orang yang berpuasa, tiada perbezaan pendapat bahawa dia tidak wajib untuk makan. Jika puasanya itu adalah puasa wajib, maka tidak boleh dia makan ini kerana puasa wajib tidak boleh dibatalkan. Jika itu adalah puasa sunat, maka dia boleh membatalkan puasanya itu. Jika meneruskan puasa akan menyusahkan tuan rumah yang sudah pun menyediakan hidangan, maka lebih elok berbuka, jika tidak, hendaklah dia menyempurnakan puasanya.

 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنَّهُ قَالَ : ” صَنَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا فَأَتَانِي هُوَ وَأَصْحَابُهُ ، فَلَمَّا وُضِعَ الطَّعَامُ , قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : إِنِّي صَائِمٌ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعَاكُمْ أَخُوكُمْ وَتَكَلَّفَ لَكُمْ ، ثُمَّ قَالَ لَهُ : أَفْطِرْ وَصُمْ مَكَانَهُ يَوْمًا إِنْ شِئْتَ “

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Aku menyediakan makanan untuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda dan sahabat-sahabatnya datang kepada aku. Apabila makanan telah dihidangkan, salah seorang daripada mereka berkata: Sesungguhnya aku berpuasa. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Saudara kalian telah menjemput kalian dan bersusah payah untuk kalian. Lalu baginda berkata kepada lelaki itu: Berbukalah, dan gantilah pada hari lain jika engkau mahu.

[Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Jumu’ah, Jumma’u Abwabi Zakati al-Fitr, hadis no: 7723. Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari berkata: Isnadnya hasan]

Di dalam Ensiklopedia Fiqh Kuwait disebutkan:

وَإِنْ كَانَ الْمُدْعُوُّ مُتَطَوِّعًا بِالصَّوْمِ . . فَقَدْ ذَهَبَ الشَّافِعِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ إِلَى أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ لَهُ الْفِطْرُ وَالأْكْل إِنْ كَانَ يَشُقُّ عَلَى صَاحِبِ الدَّعْوَةِ صَوْمُهُ وَعَدَمُ أَكْلِهِ مِنْ طَعَامِهِ لإِمْكَانِ تَدَارُكِ الصَّوْمِ بِنَدْبِ قَضَائِهِ…. وَلِمَا فِيهِ مِنْ إِدْخَال السُّرُورِ عَلَى أَخِيهِ الْمُسْلِمِ (4) . وَإِنْ لَمْ يَشُقَّ عَلَى صَاحِبِ الدَّعْوَةِ فَالإْمْسَاكُ أَفْضَل لِلصَّائِمِ .

Seandainya yang dijemput itu sedang melakukan puasa sunat. Ulama-ulama mazhab Syafie dan Hanbali berkata disunatkan untuk dia membuka puasanya jika tindakan dia berpuasa dan tidak makan akan memberatkan kepada yang menjemput, dan kerana dia boleh mengqadhakan puasa sunatnya pada hari yang lain… ini kerana hal ini juga akan menyenangkan hati saudaranya yang menjemput itu. Akan tetapi jika hal itu tidak memberatkan orang yang menjemput, maka meneruskan puasa adalah lebih afdhal.

Di dalam Matholib Aula an-Nuha disebutkan:

إذَا لَمْ يَكُنْ فِي تَرْكِهِ الْأَكْلَ كَسْرُ قَلْبِ الدَّاعِي كَانَ تَمَامُ صَوْمِ التَّطَوُّعِ أَوْلَى مِنْ فِطْرِهِ .

Apabila tidak makan itu tidak memberikan kesan buruk kepada hati si penjemput, maka menyempurnakan puasa sunat itu lebih utama daripada membatalkannya.

قَالَ الشَّيْخُ تَقِيُّ الدِّينِ : وَهُوَ أَعْدَلُ الْأَقْوَالِ ، وَقَالَ : وَلَا يَنْبَغِي لِصَاحِبِ الدَّعْوَةِ الْإِلْحَاحُ فِي الطَّعَامِ أَيْ : الْأَكْلِ لَلْمَدْعُوِّ إذَا امْتَنَعَ مِنْ الْفِطْرِ فِي التَّطَوُّعِ أَوْ الْأَكْلِ إنْ كَانَ مُفْطِرًا ؛ فَإِنَّ كِلَا الْأَمْرَيْنِ جَائِزٌ ، وَإِذْ أَلْزَمَهُ بِمَا لَا يَلْزَمُهُ كَانَ مِنْ نَوْعِ الْمَسْأَلَةِ الْمَنْهِيِّ عَنْهَا

Ibn Taimiyyah berkata: Ini merupakan pendapat yang paling adil. Tidak patut tuan rumah@orang yang menjemput untuk memaksa tetamu memakan makanan apabila dia enggan membatalkan puasa sunatnya, atau dia enggan makan jika dia tidak berpuasa. Sesungguhnya kedua-dua hal ini adalah boleh. Apabila mewajibkan ke atasnya sesuatu yang tidak wajib, maka itu adalah daripada perkara yang dilarang.

Markaz Fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqeh dalam fatwa no 11515 menyebutkan:

فمن دعي إلى طعام وكان صائماً صوماً غير واجب فالأفضل له أن يفعل ما يراه أصلح من إتمام الصوم مع الامتناع عن إجابة الدعوة، أو إتمام الصوم مع حضور الوليمة والمشاركة بالدعاء لأهلها، أو إجابة الدعوة وقطع الصوم بالأكل معهم.

Sesiapa yang dijemput untuk makan sedangkan dia sedang melakukan puasa sunat. Maka yang lebih afdhal untuk dia ialah melakukan apa yang dia lihat lebih baik, iaitu sama ada meneruskan puasa dan tidak menghadiri jemputan itu, atau meneruskan puasa tetapi tetap hadir majlis tersebut dan mendoakan kepada tuan rumah, atau dia memenuhi jemputan dan membatalkan puasa lalu makan bersama-sama mereka.

[ http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=11515 ]

Berdasarkan kesemua di atas, dapat kita simpulkan:

1-     Puasa sunat boleh dibatalkan jika ada jemputan makan

2-     Mana yang lebih afdhal, ia bergantung kepada keadaan, adakah puasanya kita itu akan menyakitkan hati tuan rumah atau tidak. Jika ia menyakitkan hati tuan rumah, maka lebih elok berbuka, jika tidak, lebih elok teruskan puasa.

3-     Jika kita meneruskan puasa, hendaklah kita mendoakan tuan rumah.

4-     Hal ini juga perlu melihat situasi yang dijemput. Jika dia seorang wanita, dia perlu mengqadhakan puasa Ramadhannya, kemudian melakukan puasa enam, jika dia tetap membatalkan puasa enamnya, ditakuti dia tidak sempat melakukan puasa enam kerana akan tamat bulan Syawal atau haidhnya akan datang lagi.

5-     Sebagai umat Islam, kita perlu sedar, puasa enam adalah sunnah dalam bulan Syawal, tidak wajar kita berkecil hati jika ada tetamu kita tidak makan kerana mereka berpuasa. Open-house adalah adat dalam hari raya, puasa enam adalah sunnah, tidak wajar kerana adat kita mendesak orang lain meninggalkan sunnah.

6-     Open-house realitinya sering menjemput ramai orang, jadi tiada masalah jika kita tidak memakannya apatah lagi jika situasi wanita haidh yang sudah disebutkan.

Hari raya sering dicemari dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya. Antara isu-isu yang timbul ialah:

Pergaulan Bebas Lelaki dan Perempuan

Ini sering berlaku apabila saling ziarah menziarahi. Adat Melayu bersalam-salaman sesama saudara hatta termasuk dengan sepupu, ipar duai yang hakikatnya adalah ajnabi. Begitu juga ramai terkeliru dalam bab mahram apabila bersalaman dengan suami/isteri kepada adik beradik ayah dan ibu kita. Hakikatnya mereka itu juga bukan mahram.

عَنْ أَبِي الْعَلاءِ ، حَدَّثَنِي مَعْقِلُ بْنُ يَسَارٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

Ma’qil bin Yasar radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ditusuknya kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih untuknya daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal untuknya. [Imam at-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, Ma’qil Bin Yasar, hadis no: 16911]

Menjadikan Hari Raya Sebagai Hari Kesedihan

Antara amalan popular di Malaysia ialah amalan menziarahi kubur pada pagi raya. Amalan ini bertentangan dengan konsep hari raya iaitu hari untuk bergembira. Menziarahi kubur adalah untuk mengingati kematian, dan ia akan mengingatkan kita kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Maka ia sedikit merosakkan konsep hari raya sebagai hari kegembiraan.

Shaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz bin Baz menghuraikan dengan terperinci:

ليس لهذا أصل الخروج للقبور بعد صلاة العيد إنما عادة لبعض الناس, فإذا زاروا القبور يوم العيد, أو يوم الجمعة, أو في أي يوم ما في يوم مخصوص, تخصيص يوم العيد, أو تخصيص الجمعة, أو تخصيص يوماً آخر ليس له أصل, ولكن السنة أن يزور القبور دائماً بين وقت وآخر على حسب التيسير, إذا كان وقته يسمح في يوم الجمعة, في يوم العيد في أوقات أخرى يفعله, أما أن يظنوا أن لهذا اليوم خصوصية فلا, لكن السنة أن يزوروا القبور عندما يتيسر ذلك, لقوله – صلى الله عليه وسلم -: (زوروا القبور فإنها تذكركم الآخرة),

Amalan menziarahi kubur selepas solat raya tiada asalnya. Ia merupakan kebiasaan sekelompok masyarakat. Apabila mereka menziarahi kubur pada hari raya, hari Jumaat, atau pada mana-mana hari yang khusus. Pengkhususan hari raya, hari Jumaat atau hari-hari lain untuk menziarahi kubur adalah sesuatu yang tiada asalnya. Akan tetapi yang sunnah ialah sering menziarahi kubur pada waktu yang dia berkesempatan menziarahinya. Jika waktu itu bersamaan dengan hari Jumaat, hari raya, atau waktu-waktu yang lain, maka dia boleh melakukannya. Adapun jika sesiapa beranggapan bahawa hari itu adalah hari yang khusus, maka tidak boleh. Yang sunnah ialah menziarahi kubur pada waktu yang dia berkesempatan menziarahi. Ini berdasarkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Ziarahlah kubur. Sesungguhnya ia akan mengingatkan kalian kepada hari akhirat.

Kata beliau lagi:

ولكن المؤمن يتحرى الأوقات التي يحصل له فيها فرصة؛ لأن الإنسان قد تشغله المشاغل, فإذا تيسر له فرصة في الجمعة, أو في يوم العيد أو في غير ذلك فعل ذلك زار القبور

Akan tetapi orang beriman adakalanya terpaksa mencari waktu yang kosong (untuk menziarahi kubur). Ini kerana mereka sibuk dengan urusan kehidupan. Jika hari yang mereka berkelapangan itu jatuh pada hari Jumaat, atau hari raya, atau hari-hari yang lain, maka bolehlah dia menziarahi kubur. [ http://www.binbaz.org.sa/mat/20371 ]

Markaz Fatwa pimpinan Dr. ‘Abdullah al-Faqeh, dalam fatwa no: 24912 menyatakan:

وليس لزيارة القبور وقت محدد، لا يوم الجمعة ولا يوم العيد ولا غيره، بل فعلها في يوم العيد لا ينبغي، لما في ذلك من حصول الحزن وتجدده في يوم جعله الله للفرح والسرور

Tiada waktu yang khusus untuk ziarah kubur. Tidak juga pada hari Jumaat, tidak juga hari raya, atau hari-hari yang lain. Bahkan menziarahi kubur pada hari raya adalah perkara yang tidak patut dilakukan. Ini kerana itu akan mendatangkan kesedihan pada hari yang telah Allah jadikan sebagai hari kegembiraan dan berseronok. [http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=24912  ]

 Memakai Pakaian Yang Tidak Menepati Syariat

Seperti telah disebutkan, kita memang digalakkan memakai pakaian yang elok dan terbaik pada hari raya. Akan tetapi hendaklah pakaian itu menutup aurat dan menepati syariat.

Etika pakaian yang tidak menutup aurat ini sering terjadi pada kaum lelaki dan perempuan. Antaranya ialah:

– memakai pakaian yang nipis sehingga kelihatan aurat.

– yang lelaki pula memakai baju yang singkat, dan seluar yang londeh sehingga ketika sujud boleh ternampak bahagian yang tidak sepatutnya.

– memakai pakaian yang ketat khususnya kaum wanita. Banyak fesyen pakaian yang tidak menepati syariat seperti kebaya ketat, hatta abaya atau jubah sekalipun. Adakalanya jika kita lihat, fesyen asal baju melayu dan baju kurung yang ‘simple’ itu lebih menepati syariat.

Wanita Berhias Berlebihan dan Memakai Wangian

Oleh kerana hari raya adalah hari kegembiraan, kadang-kala wanita tersilap langkah sehingga berhias berlebih-lebihan untuk mencantikkan diri sedangkan kecantikan dan memperindahkan diri itu hanya boleh dilakukan untuk menarik perhatian si suami. Dalam istilahnya ialah dipanggil tabarruj. Firman Allah:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

Hendaklah kalian (isteri-isteri nabi) tinggal di rumah kalian, dan janganlah kalian bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang jahiliyyah terdahulu [al-Ahzab : 33]

Apakah itu tabarruj?

Ulama tafsir memberikan pelbagai maksud kepada maksud tabarruj jahiliyyah, antaranya:

– membuka aurat

– membuat gaya yang menggoda

– berhias dan menzahirkan kecantikan

Maka termasuklah di dalam ini wanita yang mencantik-cantikkan dirinya apabila keluar rumah pada hari raya.

Begitu juga wanita memakai wangian yang ia dilarang hatta ketika hendak pergi ke masjid, maka di tempat lain yang mempunyai bukan mahram, lebih lagi terlarang.

عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَتْ : قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ ، فَلَا تَمَسَّ طِيبًا

Zainab radiallahu ‘anha yang merupakan isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada kami: Apabila salah seorang daripada kalian pergi ke masjid, janganlah dia memakai wangian [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 679]

عَنْ الْأَشْعَرِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ ” .

Abu Musa al-Asya’ari radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu berjalan melalui sesuatu kaum agar mereka dapat menghidu baunya, maka dia adalah perempuan zina [Sunan an-Nasaie al-Sughra, Kitab az-Zinah Min al-Sunan, hadis no: 5062, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan dalam Sahih an-Nasaie]

Ini tidaklah bermaksud wanita perlu membiarkan tubuh badan mereka busuk hingga mengganggu orang ramai. Mereka masih boleh menggunakan deodoron yang menghilangkan bau busuk, tetapi tidak mengeluarkan bau sehingga orang lain boleh terhidu.

Meninggalkan Terus Amalan Soleh

Masjid mulai sunyi sepi selepas tamatnya Ramadhan. Al-Quran mula tidak lagi berusik. Amal-amal soleh yang ketika Ramadhan giat dilakukan terus ditinggalkan. Ditakuti ini adalah petanda Ramadhan kita tidak diterima Allah.

Lebih ditakuti lagi, solat-solat fardhu yang wajib mula diabaikan. Kegembiraan pada hari raya bukanlah bermaksud kita terbebas daripada kewajipan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *