Adab Makan dan Minum Mengikut al-Quran dan as-Sunnah

1) Makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat

Firman Allah s.w.t:
وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ (٨٨(
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. [al-Maidah : 88]

2) Menjauhi pembaziran
وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Makan dan minumlah. Janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebihan [al-A’raf : 31]
عَنْ مِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ ، فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ “
Miqdan bin Ma’dikarib r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:  Tidaklah seorang manusia memenuhi satu bekas yang lebih berbahaya berbanding perutnya sendiri. Cukup untuk seseorang itu makan sekadar untuk dapat menegakkan tulang belakangnya. Namun jika tidak ada pilihan , maka hendaklah sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.
[Sunan at-Tirmizi : 2315, Hadis Hasan Sahih]
عَنْ نَافِعٍ ، قَالَ : كَانَ ابْنُ عُمَرَ لَا يَأْكُلُ حَتَّى يُؤْتَى بِمِسْكِينٍ يَأْكُلُ مَعَهُ ، فَأَدْخَلْتُ رَجُلًا يَأْكُلُ مَعَهُ ، فَأَكَلَ كَثِيرًا ، فَقَالَ : يَا نَافِعُ ، لَا تُدْخِلْ هَذَا عَلَيَّ ، سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ ” .
Nafi’ berkata: Ibn ‘Umar r.a tidak akan makan sehinggalan orang miskin dibawa untuk makan bersamanya. Pada suati hari aku membawa seorang miskin untuk makan bersamanya. Lelaki itu makan terlalu banyak, lalu Ibn ‘Umar r.a berkata: Wahai Nafi’! Jangan engkau bawa lelaki ini kepada ku. Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Orang beriman makan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus.
[Sahih al-Bukhari : 5001]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَافَهُ ضَيْفٌ وَهُوَ كَافِرٌ ، فَأَمَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشَاةٍ ، فَحُلِبَتْ فَشَرِبَ حِلَابَهَا ، ثُمَّ أُخْرَى فَشَرِبَهُ ، ثُمَّ أُخْرَى فَشَرِبَهُ حَتَّى شَرِبَ حِلَابَ سَبْعِ شِيَاهٍ ، ثُمَّ إِنَّهُ أَصْبَحَ فَأَسْلَمَ ، فَأَمَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشَاةٍ ، فَشَرِبَ حِلَابَهَا ، ثُمَّ أَمَرَ بِأُخْرَى فَلَمْ يَسْتَتِمَّهَا ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” الْمُؤْمِنُ يَشْرَبُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَشْرَبُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ “
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w melayani seorang tetamu yang bukan Islam. Rasulullah s.a.w mengarahkan agar susu kambing diperah untuknya. Lalu susu kambing pun diperah, dan tetamu itu meminumnya, kemudian diperah lagi dan dia meminumnya, kemudian diperah lagi lalu dia meminumnya sehinggalah dia meminum susu perahan daripada tujuh ekor kambing.
Pada keesokan harinya, lelaki itu memeluk Islam. Rasulullah s.a.w pun menyuruh agar dibawakan kambing untuk diberikan susu kepada lelaki itu. Lelaki itu pun meminum susunya. Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh agar diperah susu lagi, akan tetapi lelaki itu tidak dapat untuk meminumnya lagi. Baginda s.a.w pun bersabda: Orang beriman minum dengan satu usus, dan orang kafir minum dengan tujuh usus.
[Sahih Muslim : 3850]

3) Membaca Basmalah
عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ ” .
‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah s.a.w, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah s.a.w bersabda kepada ku: Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.
[Sahih al-Bukhari : 4984]
Seandainya terlupa
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى ، فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ ، فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ 
‘Aisyah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu makan, hendaklah dia menyebut nama Allah s.w.t. Seandainya dia terlupa untuk menyebut nama Allah s.w.t sebelum makan, hendaklah dia membaca: Dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya.
[Sunan Abu Daud : 3278, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih dalah Sahih Abi Daud]
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ ، فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ ، قَالَ الشَّيْطَانُ : لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ ، وَإِذَا دَخَلَ ، فَلَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ ، قَالَ الشَّيْطَانُ : أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ ، وَإِذَا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ ، قَالَ : أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ “
Jabir bin ‘Abdullah r.a meriwayatkan dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya, dan dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata: Tiada tempat tidur untuk kalian, dan tiada makanan untuk kalian. Seandainya dia masuk, dan tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya, syaitan akan berkata: Kalian telah mendapat tempat tidur. Seandainya dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata: Kalian telah mendapat tempat tidur dan makan malam.
[Sahih Muslim : 3769]

4) Makan makanan yang hampir dengan kita

عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ ” .
‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah s.a.w, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah s.a.w bersabda kepada ku: Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.
[Sahih al-Bukhari : 4984]
5) Makan dan minum dengan tangan kanan
عَنْ جَدِّهِ ابْنِ عُمَرَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ ، وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ “
‘Abdullah Ibn ‘Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kalian makan, makanlah dengan tangan kanannya, apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.
[Sahih Muslim : 3771]
عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ ، حَدَّثَنِي إِيَاسُ بْنُ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ ، أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشِمَالِهِ ، فَقَالَ : ” كُلْ بِيَمِينِكَ ” ، قَالَ : لَا أَسْتَطِيعُ ، قَالَ : ” لَا اسْتَطَعْتَ مَا مَنَعَهُ إِلَّا الْكِبْرُ ” ، قَالَ : فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ .
Salamah bin al-Akwa’ r.a menceritakan bahawa seorang lelaki telah makan bersama Rasulullah s.a.w dengan menggunakan tangan kirinya. Rasulullah s.a.w bersabda: Makanlah dengan tangan kanan mu. Lelaki itu menjawab: Aku tidak mampu. Rasulullah s.a.w berkata: Engkau memang tidak akan mampu. Tidak ada yang menghalang engkau (daripada menggunakan tangan kanan) melainkan kerana sifat bongkak! Salamah r.a berkata: Lelaki itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangannya ke mulut (untuk makan).
[Sahih Muslim : 3773]
6) Mulakan makan pada bahagian tepi pinggan

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا وُضِعَ الطَّعَامُ فَخُذُوا مِنْ حَافَتِهِ ، وَذَرُوا وَسَطَهُ ، فَإِنَّ الْبَرَكَةَ تَنْزِلُ فِي وَسَطِهِ “
Ibn ‘Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila makanan diambil, ambillah makanan yang ada di bahagian tepi, dan tinggalkan yang di bahagian tengah. Sesungguhnya keberkatan itu turun pada bahagian yang tengah.
[Sunan Ibn Majah : 3276. Shaikh al-Albani mensahihkannya, Sahih al-Jami’ : 829]
7) Makan dengan tiga jari

عَنْ ابْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَأْكُلُ بِثَلَاثِ أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا ” .
Ka’ab bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakan tiga jari, dan baginda s.a.w menjilat tangannya sebelum mengelapnya.
[Sahih Muslim : 3797]
8) Menjilat jari dan bekas makanan selepas makan

عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَمَرَ بِلَعْقِ الْأَصَابِعِ وَالصَّحْفَةِ ، وَقَالَ : ” إِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ فِي أَيِّهِ الْبَرَكَةُ “
Jabir r.a meriwayatkan Nabi s.a.w menyuruh untuk menjilat jari jemari dan bekas makanan. Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya kalian tidak tahu di manakah terletaknya barakah.
[Sahih Muslim : 3799]

9) Mengutip makanan yang terjatuh

عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا وَقَعَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ ، فَلْيَأْخُذْهَا فَلْيُمِطْ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى وَلْيَأْكُلْهَا ، وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ ، وَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ بِالْمِنْدِيلِ حَتَّى يَلْعَقَ أَصَابِعَهُ ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ الْبَرَكَةُ “
Jabir r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Jika makanan salah seorang daripada kalian terjatuh, ambillah ia kembali, buanglah bahagian yang terkena kotoran, dan makanlah ia. Jangan biarkan ia untuk syaitan. Janganlah seseorang itu mengelap tangannya dengan tuala melainkan selepas dia sudah menjilat jari-jemarinya. Sesungguhnya dia tidak tahu di bahagian manakah pada makanannya yang mempunyai barakah.
[Sahih Muslim : 3800]
10) Menjauhi mencela makanan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : ” مَا عَابَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ ، كَانَ إِذَا اشْتَهَى شَيْئًا أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ “
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w tidak pernah menghina makanan sama sekali. Jika baginda s.a.w mengingini makanan itu, baginda s.a.w akan makan, jika baginda s.a.w tidak suka, baginda s.a.w akan meninggalkannya.
[Sahih Muslim : 3851]
11) Makan beramai-ramai dan berkongsi makanan

جَابِرُ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” طَعَامُ الْوَاحِدِ يَكْفِي الِاثْنَيْنِ ، وَطَعَامُ الِاثْنَيْنِ يَكْفِي الْأَرْبَعَةَ ، وَطَعَامُ الْأَرْبَعَةِ يَكْفِي الثَّمَانِيَةَ “
Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang.
[Sahih Muslim : 3843]
عَنْ  وَحْشِي بْن حَرْبٍ، أَنَّ أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالُوا : ” يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّا نَأْكُلُ وَلَا نَشْبَعُ ، قَالَ : فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ ؟ ، قَالُوا : نَعَمْ ، قَالَ : فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ “
Wahsyi bin Harb r.a menceritakan bahawa para sahabat nabi s.a.w pernah berkata: Ya Rasulullah, kami makan tetapi kami tidak kenyang. Baginda s.a.w menjawab: Boleh jadi kalian makan sendirian? Jawab mereka: Benar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Makanlah beramai-ramai, sebutlah nama Allah, kalian akan mendapat barakah padanya.
[Sunan Abu Daud : 3275, Shaikh al-Albani menghasankannya dalam Sahih Abi Daud]
عَنْ جَابِرٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” أَحَبُّ الطَّعَامِ إِلَى اللَّهِ مَا كَثُرَتْ عَلَيْهِ الأَيْدِي”
Jabir r.a meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda: Makanan yang paling dicintai Allah ialah yang paling banyak tangan padanya.
[at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat : 7514, Shaikh al-Albani menghasankannya. Sahih al-Jami’ : 171]
12) Meminta izin sebelum mengambil bahagian makanan orang lain

عَنْ جَبَلَةَ بْنِ سُحَيْمٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ ، يَقُولُ : ” نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنْ يَقْرِنَ الرَّجُلُ بَيْنَ التَّمْرَتَيْنِ حَتَّى يَسْتَأْذِنَ أَصْحَابَهُ “
Ibn ‘Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w melarang daripada mengambil dua biji kurma sehinggalah dia meminta izin daripada sahabatnya.
[Sahih Muslim : 3817]
13) Memberikan makanan dan minuman kepada orang di sebelah kanan dahulu

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يُحَدِّثُ ، قَالَ : أَتَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي دَارِنَا فَاسْتَسْقَى فَحَلَبْنَا لَهُ شَاةً ، ثُمَّ شُبْتُهُ مِنْ مَاءِ بِئْرِي هَذِهِ ، قَالَ : فَأَعْطَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَشَرِبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ عَنْ يَسَارِهِ وَعُمَرُ وِجَاهَهُ وَأَعْرَابِيٌّ عَنْ يَمِينِهِ ، فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ شُرْبِهِ ، قَالَ عُمَرُ : هَذَا أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، يُرِيهِ إِيَّاهُ ، فَأَعْطَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْأَعْرَابِيَّ وَتَرَكَ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ ، وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” الْأَيْمَنُونَ الْأَيْمَنُونَ الْأَيْمَنُونَ ” ، قَالَ أَنَسٌ : فَهِيَ سُنَّةٌ فَهِيَ سُنَّةٌ فَهِيَ سُنَّةٌ
‘Abdullah bin Abdul Rahman mendengar Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w datang ke rumah kami, dan meminta minuman. Kami pun memerahkan susu kambing buatnya dan mencampurkannya dengan air daripada perigi ku ini. Aku pun memberikan susu itu kepada Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w terus minum. Ketika itu Abu Bakar r.a berada di kirinya, ‘Umar r.a di hadapannya, dan seorang Arab Badwi di kanannya. Setelah Rasulullah s.a.w selesai minum, ‘Umar r.a berkata: Ini Abu Bakar ya Rasulullah, berikan dia minum. Lalu Rasulullah s.a.w memberikan minuman itu kepada orang Arab Badwi tadi, dan membiarkan Abu Bakar dan ‘Umar r.a. Rasulullah s.a.w pun bersabda: Dari kanan, dari kanan, dari kanan. Anas r.a berkata: Inilah sunnah, inilah sunnah, inilah sunnah.
[Sahih Muslim : 3792]
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِشَرَابٍ فَشَرِبَ مِنْهُ وَعَنْ يَمِينِهِ غُلَامٌ وَعَنْ يَسَارِهِ أَشْيَاخٌ ، فَقَالَ لِلْغُلَامِ : ” أَتَأْذَنُ لِي أَنْ أُعْطِيَ هَؤُلَاءِ ؟ ” ، فَقَالَ الْغُلَامُ : لَا وَاللَّهِ لَا أُوثِرُ بِنَصِيبِي مِنْكَ أَحَدًا ، قَالَ فَتَلَّهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَدِهِ
Sahl bin Sa’ad as-Sa’idi meriwayatkan Rasulullan s.a.w diberikan minuman lalu baginda s.a.w pun minum. Di sebelah kanannya ada seorang kanak-kanak dan di kirinya pula ada lelaki tua. Nabi s.a.w bertanya kepada budak lelaki itu: Apakah engkau mengizinkan aku untuk memberikan minuman ini kepada mereka? Budak lelaki itu menjawab: Tidak, demi Allah, aku tidak akan memberi keutamaan kepada seorangpun daripada bahagian ku. Rasulullah s.a.w pun memberikan minum itu ke tangan budak lelaki tersebut.
[Sahih Muslim : 3793]
14) Menggunakan bekas makanan selain daripada emas dan perak

حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي لَيْلَى ، أَنَّهُمْ كَانُوا عِنْدَ حُذَيْفَةَ فَاسْتَسْقَى ، فَسَقَاهُ مَجُوسِيٌّ فَلَمَّا وَضَعَ الْقَدَحَ فِي يَدِهِ رَمَاهُ بِهِ ، وَقَالَ : لَوْلَا أَنِّي نَهَيْتُهُ غَيْرَ مَرَّةٍ وَلَا مَرَّتَيْنِ ، كَأَنَّهُ يَقُولُ : لَمْ أَفْعَلْ هَذَا وَلَكِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” لَا تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ وَلَا الدِّيبَاجَ ، وَلَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ ، وَلَا تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهَا ، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَنَا فِي الْآخِرَةِ ” .
‘Abdurrahman bin Abu Laila menceritakan  bahawa mereka sedang berada bersama Huzaifah, lalu beliau (Huzaifah) meminta minuman. Lantas seorang Majusi memberinya minum. Ketika Majusi tersebut meletakkan gelas pada tangannya, Huzaifah terus mencampakkannya seraya berkata; “Kalau bukan kerana aku telah melarang sekali atau dua kali” seakan beliau mengatakan: Aku tidak akan melakukan ini (membuang gelas). Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kalian memakai sutera atau kain bersulam sutera, jangan minum daripada bekas emas dan perak, dan jangan makan daripada pinggan emas dan perak, sesungguhnya semua itu adalah untuk mereka di dunia dan untuk kita di akhirat kelak.
[Sahih al-Bukhari : 5033]
15) Makan dan minum dalam keadaan duduk kecuali jika tiada tempat duduk

عَنْ أَنَسٍ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” زَجَرَ عَنِ الشُّرْبِ قَائِمًا “
Anas r.a meriwayatkan nabi s.a.w melarang daripada minum dalam keadaan berdiri.
[Sahih Muslim: 3778]
 أَخْبَرَنِي أَبُو غَطَفَانَ الْمُرِّيُّ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ قَائِمًا فَمَنْ نَسِيَ فَلْيَسْتَقِئْ “
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah seseorang daripada kamu minum dalam keadaan berdiri. Sesiapa yang lupa, hendaklah dia memuntahkan (minumannya).
[Sahih Muslim : 3782]
عَنْ أَنَسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ : ” نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا ” ، قَالَ : قَتَادَةُ ، فَقُلْنَا : فَالْأَكْلُ ، فَقَالَ : ” ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ “
Anas r.a menceritakan, bahawa Nabi s.a.w melarang daripada minum sambil berdiri. Qatadah berkata: Kami bertanya kepada Anas r.a: Bagaimana pula dengan makan? Jawab Anas r.a: Itu lebih teruk atau lebih jijik.
[Sahih Muslim : 3779]

Dalil membolehkan berdiri

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : ” شَرِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمًا مِنْ زَمْزَمَ “
Ibn ‘Abbas r.a berkata: Nabi s.a.w minum air zam-zam dalam keadaan berdiri.
[Sahih al-Bukhari : 5215]
عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، قَال : ” كُنَّا نَأْكُلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَمْشِي ، وَنَشْرَبُ وَنَحْنُ قِيَامٌ “
Ibn ‘Umar r.a berkata: Kami makan ketika zaman Rasulullah s.a.w dalam keadaan berjalan, dan kami minum dalam keadaan berdiri.
[Sunan at-Tirmizi: 1799, Hasan Sahih Gharib]
 عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : ” رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَشْرَبُ قَائِمًا وَقَاعِدًا , وَيُصَلِّي حَافِيًا وَمُنْتَعِلًا , وَيَنْصَرِفُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ “
‘Aisyah r.a berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w minum dalam keadaan berdiri dan duduk, solat dalam keadaan tidak memakai kasut dan berkasut,  dan berpaling dari sisi kanan dan kirinya.
[Sunan An-Nasaie As-Sughra: 1345, Shaikh al-Albani menyatakan isnadnya sahih dalam Sahih Sunan an-Nasaie]
Terdapat cara duduk yang dilarang:
عَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ ، قَالَ : كُنْتُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ لِرَجُلٍ عِنْدَهُ : ” لَا آكُلُ وَأَنَا مُتَّكِئٌ “
Abu Juhaifah r.a berkata: Aku bersama dengan nabi s.a.w ketika baginda s.a.w berkata kepada seseorang yang bersamanya: Aku tidak pernah makan dalam keadaan duduk mengiring
[Sahih al-Bukhari : 5007] (duduk seperti kebiasaan raja-raja zaman dahulu, duduk seakan berbaring di sisi, sambil dikipas oleh para dayang, dan sambil menonton tarian gelek L)

16) Bernafas tiga kali ketika minum


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ ” يَشْرَبُ فِي ثَلاثَةِ أَنْفَاسٍ ، إِذَا أَدْنَى الإِنَاءَ إِلَى فِيهِ سَمَّى اللَّهَ ، فَإِذَا أَخَّرَهُ حَمِدَ اللَّهَ ، يَفْعَلُ بِهِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ “
Abu Hurairah r.a menyatakan Rasulullah s.a.w minum dengan tiga nafas. Apabila baginda s.a.w mendekatkan bekas air ke mulutnya, baginda s.a.w akan menyebut nama Allah, apabila telah minum, baginda s.a w memuji Allah. Baginda s.a.w melakukannya sebanyak tiga kali.
[at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat : 858, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis sahih, As-Silsilah As-Sahihah:  1277]
17) Bernafas di luar gelas

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” نَهَى أَنْ يُعْطِيَ الرَّجُلُ بِشِمَالِهِ شَيْئًا أَوْ يَأْخُذَ بِهَا ، وَنَهَى أَنْ يَتَنَفَّسَ فِي إِنَائِهِ إِذَا شَرِبَ ” .
Abu Qatadah r.a berkata: Rasulullah s.a.w melarang daripada memberi atau mengambil sesuatu daripada orang lain menggunakan tangan kiri, baginda s.a.w juga melarang daripada bernafas di dalam bekas ketika minum.
[Sahih Muslim : 5340]

18) Galakan makan bersama hamba

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا صَنَعَ لِأَحَدِكُمْ خَادِمُهُ طَعَامَهُ ثُمَّ جَاءَهُ بِهِ وَقَدْ وَلِيَ حَرَّهُ وَدُخَانَهُ ، فَلْيُقْعِدْهُ مَعَهُ ، فَلْيَأْكُلْ ، فَإِنْ كَانَ الطَّعَامُ مَشْفُوهًا قَلِيلًا فَلْيَضَعْ فِي يَدِهِ مِنْهُ أُكْلَةً أَوْ أُكْلَتَيْنِ “
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang hamba menyediakan makanan untuk tuannya, kemudian dia datang dalam keadaan sudah merasai kepanasan dan asap makanan tersebut, hendaklah di suruh hamba itu duduk bersama tuannya dan makan. Seandainya makanan itu sedikit, maka letaklah makanan di tangannya satu atau dua suap.
[Sahih al-Bukhari : 3150]
19) Galakan belanja orang lain makan

عَنْ زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى ، حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلَامٍ ، قَالَ : لَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ ، انْجَفَلَ النَّاسُ قِبَلَهُ ، وَقِيلَ : قَدْ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَدْ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ ، قَدْ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ ، ثَلَاثًا ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ فَلَمَّا تَبَيَّنْتُ وَجْهَهُ , عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهِ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلُ شَيْءٍ سَمِعْتُهُ تَكَلَّمَ بِهِ , أَنْ قَالَ : ” يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ “
‘Abdullah bin Salam r.a berkata: Ketika nabi s.a.w tiba di madinah, orang ramai berlari-lari ke arahnya, sambil berkata: Rasulullah telah datang! Rasulullah telah datang! Rasulullah telah datang!”. Aku pun ikut serta bersama orang ramai untuk melihat baginda s.a.w Setelah aku melihat wajahnya, aku tahu bahawa wajah itu bukan wajah pendusta. Ucapan pertama aku dengar daripadanya ialah:
“Wahai orang ramai! Sebar luaskan salam, adakan jamuan makan, hubungkan silaturahim, sembahyanglah pada waktu malam, ketika orang ramai sedang nyenyak tidur, kalian akan masuk syurga dengan kesejahteraan”.
[Sunan Ibn Majah : 3250, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Ibn Majah]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَاضْرِبُوا الْهَامَ تُورَثُوا الْجِنَانَ “
Abu Hurairah r.a meriwayatkan nabi s.a.w bersabda: Sebarkanlah salam, berikanlah makan, pancunglah leher-leher orang kafir, nescaya kalian akan mewarisi syurga.
[Sunan at-Tirmizi : 1773, hasan sahih gharib]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، أَنَّ رَجُلًا سَأَل رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ ؟ قَالَ : ” تُطْعِمُ الطَّعَامَ ، وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ “
‘Abdullah bin ‘Amru r.a meriwayatkan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Islam yang manakah yang terbaik? Jawab baginda s.a.w: Memberikan makan dan menebarkan salam kepada sesiapa yang dia kenali dan dia tidak kenali.
[Sahih al-Bukhari : 27]
20) Menjemput orang miskin ke jamuan makan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ : ” شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ يُدْعَى لَهَا الْأَغْنِيَاءُ وَيُتْرَكُ الْمَسَاكِينُ ، وَمَنْ لَمْ يَأْتِ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ “
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Seburuk-buruk jamuan makanan, ialah jamuan perkahwinan yang mana hanya menjemput orang-orang kaya, dan meninggalkan orang-orang miskin. Sesiapa yang tidak memenuji jemputan, sesungguhnya dia telah engkar ke atas Allah dan RasulNya.
[Sunan Abi Daud : 3254, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud]
21) Memberi makan kepada orang yang baik

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا ، وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ “
Abu Sa’id r.a meriwayatkan beliau mendengar nabi s.a.w bersabda: Janganlah bersahabat melainkan dengan orang beriman, janganlah ada orang yang memakan makanan kalian melainkan orang yang bertaqwa.
[Sunan at-Tirmizi : 2332, hadis hasan]
22) Membaca doa selepas makan

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ جُبَيْرٍ ، أَنَّهُ حَدَّثَهُ عَنْ رَجُلٍ ، خَدَمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَمَانِيَ سِنِينَ ، أَنَّهُ كَانَ يَسْمَعُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قُرِّبَ إِلَيْهِ طَعَامُهُ يَقُولُ : ” بِسْمِ اللَّهِ ” . فَإِذَا فَرَغَ مِنْ طَعَامِهِ قَـالَ : ” اللَّـهُمَّ أَطْعَمْتَ وَسَقَيْتَ ، وَأَغْنَيْتَ ، وَأَقْنَيْتَ وَهَدَيْتَ ، وَأَحْيَيْتَ ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَـا أَعْطَيْتَ ” .
‘Abdul Rahman bin Jubair r.a meriwayatkan daripada seorang lelaki yang sudah berkhidmat dengan nabi s.a.w selama lapan tahun, beliau mendengar Nabi s.a.w akan membaca ‘Bismillah’ apabila dibawakan makanan kepadanya, dan apabila selesai makan, baginda s.a.w akan membaca:  “Ya Allah,Engkau telah memberikan makanan dan jua minuman,Engkau telah memberikan kekayaan dan keuntungan,Engkau telah memberikan petunjuk dan kebaikan. Segala puji hanya untuk Mu atas segala yang telah Engkau berikan.
[‘Amal al-Yaum wa al-Lailah oleh Ibn Sunni : 460. Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih al-Jami’ : 4768]
عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ ،عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ أَكَلَ طَعَامًا فَقَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ “
Mu’az bin Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah memakan makanan, lalu membaca: ‘Segala puji bagi Allah yang memberi ku makanan ini, tanpa daya dan upada daripada diri ku’ nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu
[Sunan at-Tirmizi : 3406, Hasan Gharib]
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا رُفِعَتِ الْمَائِدَةُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ يَقُولُ : الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مُوَدَّعٍ وَلَا مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبُّنَا “
Abu Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila telah diangkat makanan yang ada di hadapan seseorang, hendaklah dia membaca: Segala puji bagi Allah pujian yang sangat banyak lagi baik lagi penuh keberkatan padanya, tanpa berkesudahan, tanpa ditinggalkan, tanpa diabaikan, wahai tuhan kami
[Sunan at-Tirmizi : 3404, Hasan Sahih]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : دَخَلْتُ أَنَا وَخَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ ، فَقَالَتْ : أَلَا نُطْعِمُكُمْ مِنْ هَدِيَّةٍ أَهْدَتْهَا لَنَا أُمُّ حُفَيْدٍ ، قَالَ : فَجِيءَ بِضَبَّيْنِ مَشْوِيَّيْنِ ، فَتَبَزَّقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ لَهُ خَالِدٌ : كَأَنَّكَ تَقْذَرُهُ ، قَالَ : أَجَلْ ، قَالَتْ : أَلَا أُسْقِيكُمْ مِنْ لَبَنٍ أَهْدَتْهُ لَنَا ؟ فَقَالَ : ” بَلَى ” ، قَالَ : فَجِيءَ بِإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَشَرِبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا عَنْ يَمِينِهِ وَخَالِدٌ عَنْ شِمَالِهِ ، فَقَالَ لِي : ” الشَّرْبَةُ لَكَ وَإِنْ شِئْتَ آثَرْتَ بِهَا خَالِدًا ” ، فَقُلْتُ : مَا كُنْتُ لِأُوثِرَ بِسُؤْرِكَ عَلَيَّ أَحَدًا ، فَقَالَ : ” مَنْ أَطْعَمَهُ اللَّهُ طَعَامًا فَلْيَقُلْاللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ ، وَمَنْ سَقَاهُ اللَّهُ لَبَنًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ ، فَإِنَّهُ لَيْسَ شَيْءٌ يُجْزِئُ مَكَانَ الطَّعَامِ وَالشَّرَابِ غَيْرَ اللَّبَنِ “
Ibnu ‘Abbas r.a berkata: Aku dan Khalid bin al-Walid bersama Rasulullah s.a.w telah pergi ke rumah Maimunah bte al-Harith r.a, lalu Maimunah bertanya: Mahukah kalian jika aku hidangkan makanan daripada hadiah yang yang diberi kepada kami oleh Ummu Hufaid? Lalu dia membawakan dua ekor biawak padang pasir yang sudah dipanggang.
Rasulullah s.a.w menunjukkan isyarat tidak suka. Lalu Khalid berkata kepada baginda s.a.w: Engkau kelihatan seolah-olah jijik kepadanya. Jawab baginda s.a.w: Benar.
Maimunah r.a bertanya lagi: Mahukah kalian aku berikan minuman daripada susu yang dia hadiahkan kepada kami? Mereka menjawab: Ya. Lalu dibawakan satu bekas air susu, lalu Rasulullah s.a.w terus minum, ketika itu saya berada di sebelah kanan baginda dan Khalid berada di sebelah kiri baginda.
Lalu baginda bersabda kepada saya: Minuman berikutnya untuk mu, Jika kamu mahu kamu boleh menyerahkannya kepada Khalid. Aku menjawab: Saya tidak akan serahkan baki minumanmu kepada seseorang yang lain.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang diberi makan oleh Allah, hendaklah dia mengucapkan: “Ya Allah berkatikanlah kami pada makanan ini, dan berikanlah makanan yang lebih baik daripadanya.” Dan sesiapa yang Allah berikan susu kepadanya, maka hendaklah dia ucapkan: “Ya Allah berkatikanlah kami padanya, dan tambahkan lagi kepada kami. Sabda Rasulullah SAW: Tiada sesuatu yang lebih dapat menggantikan makan dan minum selain susu.
[Musnad Ahmad : 1904, Shaikh Ahmad Syakir: Isnadnya sahih]
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا أَكَلَ أَوْ شَرِبَ ، قَالَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَ وَسَقَى ، وَسَوَّغَهُ ، وَجَعَلَ لَهُ مَخْرَجًا “
Abu Ayyub al-Ansari r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila telah makan atau minum, bacalah: Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum, yang membuatkan ia boleh ditelan dan menjadikan untuknya tempat keluar.
[Sunan Abu Daud : 3356, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud]
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ اللَّهَ لَيَرْضَى عَنِ الْعَبْدِ أَنْ يَأْكُلَ الْأَكْلَةَ ، فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا أَوْ يَشْرَبَ الشَّرْبَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا “
Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t benar-benar Redha kepada hambanya yang apabila memakan makanan, dia memujiNya dan apabila minum minuman dia memujiNya.
[Sahih Muslim : 4922]
23) Doa kepada yang belanja makan

عَنْ الْمِقْدَادِ ، قَالَ : أَقْبَلْتُ أَنَا وَصَاحِبَانِ لِي ، وَقَدْ ذَهَبَتْ أَسْمَاعُنَا وَأَبْصَارُنَا مِنَ الْجَهْدِ ، فَجَعَلْنَا نَعْرِضُ أَنْفُسَنَا عَلَى أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْهُمْ يَقْبَلُنَا ، فَأَتَيْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَانْطَلَقَ بِنَا إِلَى أَهْلِهِ ، فَإِذَا ثَلَاثَةُ أَعْنُزٍ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” احْتَلِبُوا هَذَا اللَّبَنَ بَيْنَنَا ” ، قَالَ : فَكُنَّا نَحْتَلِبُ ، فَيَشْرَبُ كُلُّ إِنْسَانٍ مِنَّا نَصِيبَهُ ، وَنَرْفَعُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَصِيبَهُ ، قَالَ : فَيَجِيءُ مِنَ اللَّيْلِ ، فَيُسَلِّمُ تَسْلِيمًا لَا يُوقِظُ نَائِمًا وَيُسْمِعُ الْيَقْظَانَ ، قَال : ثُمَّ يَأْتِي الْمَسْجِدَ فَيُصَلِّي ثُمَّ يَأْتِي شَرَابَهُ فَيَشْرَبُ ، فَأَتَانِي الشَّيْطَانُ ذَاتَ لَيْلَةٍ وَقَدْ شَرِبْتُ نَصِيبِي ، فَقَالَ : مُحَمَّدٌ  يَأْتِي الْأَنْصَارَ فَيُتْحِفُونَهُ وَيُصِيبُ عِنْدَهُمْ مَا بِهِ حَاجَةٌ إِلَى هَذِهِ الْجُرْعَةِ ، فَأَتَيْتُهَا فَشَرِبْتُهَا ، فَلَمَّا أَنْ وَغَلَتْ فِي بَطْنِي وَعَلِمْتُ أَنَّهُ لَيْسَ إِلَيْهَا سَبِيلٌ ، قَالَ : نَدَّمَنِي الشَّيْطَانُ ، فَقَالَ : وَيْحَكَ مَا صَنَعْتَ أَشَرِبْتَ شَرَابَ مُحَمَّدٍ ؟ فَيَجِيءُ فَلَا يَجِدُهُ فَيَدْعُو عَلَيْكَ فَتَهْلِكُ ، فَتَذْهَبُ دُنْيَاكَ وَآخِرَتُكَ ، وَعَلَيَّ شَمْلَةٌ إِذَا وَضَعْتُهَا عَلَى قَدَمَيَّ خَرَجَ رَأْسِي ، وَإِذَا وَضَعْتُهَا عَلَى رَأْسِي خَرَجَ قَدَمَايَ ، وَجَعَلَ لَا يَجِيئُنِي النَّوْمُ ، وَأَمَّا صَاحِبَايَ فَنَامَا وَلَمْ يَصْنَعَا مَا صَنَعْتُ ، قَالَ : فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَسَلَّمَ كَمَا كَانَ يُسَلِّمُ ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى ثُمَّ أَتَى شَرَابَهُ فَكَشَفَ عَنْهُ فَلَمْ يَجِدْ فِيهِ شَيْئًا ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ ، فَقُلْتُ : الْآنَ يَدْعُو عَلَيَّ فَأَهْلِكُ ، فَقَالَ : ” اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِي ” ، قَالَ : فَعَمَدْتُ إِلَى الشَّمْلَةِ فَشَدَدْتُهَا عَلَيَّ وَأَخَذْتُ الشَّفْرَةَ ، فَانْطَلَقْتُ إِلَى الْأَعْنُزِ أَيُّهَا أَسْمَنُ ، فَأَذْبَحُهَا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَإِذَا هِيَ حَافِلَةٌ وَإِذَا هُنَّ حُفَّلٌ كُلُّهُنَّ ، فَعَمَدْتُ إِلَى إِنَاءٍ لِآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانُوا يَطْمَعُونَ أَنْ يَحْتَلِبُوا فِيهِ ، قَالَ : فَحَلَبْتُ فِيهِ حَتَّى عَلَتْهُ رَغْوَةٌ ، فَجِئْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : ” أَشَرِبْتُمْ شَرَابَكُمُ اللَّيْلَةَ ؟ ” ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ اشْرَبْ ، فَشَرِبَ ثُمَّ نَاوَلَنِي ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ اشْرَبْ ، فَشَرِبَ ثُمَّ نَاوَلَنِي ، فَلَمَّا عَرَفْتُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ رَوِيَ وَأَصَبْتُ دَعْوَتَهُ ، ضَحِكْتُ حَتَّى أُلْقِيتُ إِلَى الْأَرْضِ ، قَالَ : فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِحْدَى سَوْآتِكَ يَا مِقْدَادُ ” ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ كَانَ مِنْ أَمْرِي كَذَا وَكَذَا وَفَعَلْتُ كَذَا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَا هَذِهِ إِلَّا رَحْمَةٌ مِنَ اللَّهِ أَفَلَا كُنْتَ آذَنْتَنِي فَنُوقِظَ صَاحِبَيْنَا فَيُصِيبَانِ مِنْهَا ؟ ” ، قَالَ : فَقُلْتُ : وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ مَا أُبَالِي إِذَا أَصَبْتَهَا وَأَصَبْتُهَا مَعَكَ مَنْ أَصَابَهَا مِنَ النَّاسِ
Miqdad r.a menceritakan: Aku dan dua orang sahabat ku telah mengalami kebuluran yang menyebabkan hilangnya pendengaran dan penglihatan kami. Kami telah pergi kepada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, tetapi tiada seorang pun yang melayani kami. Kami pun pergi kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda s.a.w membawa kami kepada keluarganya dan di sana terdapat tiga ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada kami:
Perahlah susu ini untuk kita semua. Kami pun memerah susu itu, setiap seorang daripada kami pun meminum bahagiannya, dan kami menyimpan bahagian untuk Nabi s.a.w.
(Kebiasaannya), apabila tibanya waktu malam, (Nabi s.a.w datang) dan memberikan salam dengan perlahan supaya ia tidak mengejutkan orang yang tidur, dan hanya didengari oleh orang yang sedang berjaga. Kemudian baginda s.a.w pergi ke masjid untuk mendirikan solat, kemudia baginda s.a.w akan pergi mengambil minumannya, lalu meminumnya.
Pada suatu malam, syaitan telah datang kepada ku, dan ketika itu aku telah meminum bahagian ku. Syaitan berkata: Muhammad telah pergi kepada kaum Ansar,mereka telah melayaninya dan memberinya segala apa yang dia perlukan. Maka aku pun pergi (ke arah susu yang disimpan untuk nabi s.a.w) lalu meminumnya.
Apabila susu itu telah masuk ke dalam perutku, dan aku tahu tiada lagi cara (untuk mengeluarkan kembali susu itu), syaitan telah mula menimbulkan rasa menyesal dalam diri ku. Syaitan berkata: Celaka engkau! Apa yang telah engkau lakukan? Engkau minum minuman Nabi s.a.w? Nanti, baginda akan pulang, dan apabila dia dapati (tiada lagi minuman untuknya), nescaya dia akan mendoakan kecelakaan ke atas engkau, dan pasti engkau akan binasa. Ketika itu, sia-sialah dunia dan akhirat mu.  Ketika itu, terdapat satu selimut pada ku. Apabila aku menariknya untuk menutup kaki ku, maka akan terkeluarlah kepala aku, dan jika aku menariknya untuk menutup kepala ku, akan terkeluar pula kedua kaki aku. Ia membuatkan aku tidak dapat tidur malam, sedangkan kedua orang sahabat ku sedang tidur kerana mereka tidak melakukan seperti yang aku lakukan (iaitu meminum minuman untuk nabi s.a.w).
Lalu datanglah nabi s.a.w, baginda memberikan salam sebagaimana kebiasaannya. Kemudian pergi ke masjid untuk mendirikan solat. Selepas itu baginda s.a.w datang ke tempat minumannya, dan membukanya. Baginda s.a.w dapati tiada sedikit pun air minuman di situ. Lalu baginda s.a.w terus mengangkat kepalanya ke langit. (Melihatkan hal itu), aku berkata: Sekarang, binasalah aku, baginda s.a.w sedang mendoakan kebinasaan ke atas ku, nescaya aku akan binasa.
Lalu baginda s.a.w pun berdoa: Ya Allah, berikanlah makan kepada orang yang memberi ku makan, berilah minum kepada orang yang memberi ku minum. Aku terus mengetatkan selimut pada diri ku (dan selepas mendengar doa yang nabi s.a.w baca), aku terus mengambil sebilah pisau. Aku pergi kepada kambing-kambing yang ada, dan memilih yang paling gemuk sekali. Aku terus menyembelihnya untuk Rasulullah s.a.w, hakikatnya, kesemua kambing yang ada itu adalah kambing yang sangat banyak susunya.
Kemudian aku mengambil bekas yang dimiliki oleh keluarga Rasulullah s.a.w, yang mana mereka menggunakannya untuk makan dan minum. Akhirnya saya perah susu kambing itu hingga memenuhi bekas tersebut. Setelah itu, aku pun menghampiri Rasulullah s.a.w. Lalu baginda s.a.w berkata: Apakah kalian telah meminum minuman kalian malam ini? Aku berkata; Ya Rasulullah, minumlah! Kemudian baginda pun minum dan menghulurkan bekas air itu kepada ku. Aku berkata lagi: Minumlah! Kemudian baginda s.a.w minum dan menghulurkan bekas air susu itu kepada ku.
Apabila aku melihat Rasulullah s.a.w sudah tidak lagi dahaga dan aku pun telah memenuhi permintaannya, aku terus ketawa sehingga aku terjatuh ke tanah. Lalu Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah engkau ada melakukan satu perkara yang buruk Miqdad? Aku pun menjawab: Ya Rasulullah, aku telah melakukan itu dan ini. Lalu baginda s.a.w pun bersabda: Ini bukan apa-apa melainkan rahmat daripada Allah.
Sayangnya, mengapa engkau tidak memberitahu kepadaku hingga kita dapat membangunkan kedua teman kita supaya mereka turut merasa susu ini?
Miqdad berkata; Demi Tuhan yang telah mengutus engkau, aku tidak lagi peduli jika mana-mana manusia ingin mendapatnya selagi mana engkau telah mendapatnya, dan aku jua mendapatnya bersama mu.
[Sahih Muslim : 3838]

24) Membasuh tangan selepas makan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ : ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” أَكَلَ كَتِفَ شَاةٍ فَمَضْمَضَ ، وَغَسَلَ يَدَيْهِ ، وَصَلَّى “
Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w memakan paha seekor kambing, kemudian berkumur-kumur, membasuh kedua tangannya, kemudian solat.
[Sunan Ibn Majah : 486, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Ibn Majah]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : “مَنْ بَاتَ وَبِيَدِهِ غَمَرٌ ، فَأَصَابَهُ شَيْءٌ ، فَلا يَلُومَنَّ إِلا نَفْسَهُ ” .
Abu Hurairah r.a meriwatakan Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidur dalam keadaan pada tangannya mempunyai ghamar (bau daging dan lemak), lalu sesuatu berlaku kepadanya. Janganlah dia menyakahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri.
[al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad : 1198. Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih al-Adab al-Mufrad: 926]
25) Mengutamakan makan daripada solat jika makanan telah dihidangkan dan waktu solat masih panjang

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ قَالَ : “إِذَا وُضِعَ الْعَشَاءُ وَأُقِيمَتِ الصَّلَاةُ ، فَابْدَءُوا بِالْعَشَاءِ “
‘Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Apabila sudah dihidangkan makan malam, dan solat akan didirikan, dahulukan lah makan malam.
[Sahih al-Bukhari : 635]
26) Orang yang menghidang minuman adalah yang paling akhir minum

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” سَاقِي الْقَوْمِ آخِرُهُمْ شُرْبًا “
Abu Qatadah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang memberi minum kepada satu kaum hendaklah yang terakhir minum.
[Sunan at-Tirmizi : 1813, Hasan Sahih]
Sumber:
Ensiklopedia hadis: http://dorar.net/enc/hadith
Terjemahan hadis:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *