Adakah manusia yang hidup dapat mendengar bunyi azab di kubur?

Azab Kubur

Sifat nikmat dan azab kubur

Dalam hadis Al-Bara’ bin ‘Azib:

فَيُنَادِي مُنَادٍ فِي السَّمَاءِ : أَنْ صَدَقَ عَبْدِي ، فَأَفْرِشُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ . قَالَ : فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا ، وَطِيبِهَا ، وَيُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ . قَالَ : وَيَأْتِيهِ رَجُلٌ حَسَنُ الْوَجْهِ ، حَسَنُ الثِّيَابِ ، طَيِّبُ الرِّيحِ ، فَيَقُولُ : أَبْشِرْ بِالَّذِي يَسُرُّكَ ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِي كُنْتَ تُوعَدُ ، فَيَقُولُ لَهُ : مَنْ أَنْتَ ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيءُ بِالْخَيْرِ ، فَيَقُولُ : أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ ، فَيَقُولُ : رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ حَتَّى أَرْجِعَ إِلَى أَهْلِي ، وَمَالِي .

Lalu penyeru di langit berkata: “Benarlah apa yang dikatakan hamba-Ku itu! Oleh demikian, hamparkan permaidani dari syurga, berilah pakaian dari syurga dan bukakanlah pintu syurga baginya”. Di datangkan kepada bau dan wangian syurga. Kuburnya pula diluaskan sejauh mata memandang. Sabda Nabi sallahu `alaihi wassallam: “Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang mempunyai rupa paras yang cantik, memakai pakaian yang indah dan memakai wangian. Lelaki itu berkata: “Berbahagialah dengan pelbagai kesenangan yang disediakan kepadamu hari ini. Inilah hari yang telah dijanjikan kepadamu”. Dia (jenazah) bertanya kepada lelaki itu: “Siapakah kamu ini? Sebab wajahmu ialah wajah yang datang dengan kebaikan”. Lelaki itu menjawab: “Aku adalah amal soleh kamu”. Lalu jenazah itu berkata: “Wahai Tuhanku, segerakanlah hari kiamat, sebab aku ingin berkumpul bersama-sama keluargaku dan hartaku”.

(فَيَقُولُ أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ ، كُنْتَ وَاللَّهِ سَرِيعًا فِي طَاعَةِ اللهِ ، بَطِيئًا عَنْ مَعْصِيَةِ اللهِ ، فَجَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا ، ثُمَّ يُفْتَحُ لَهُ بَابٌ مِنَ الْجَنَّةِ ، وَبَابٌ مِنَ النَّارِ ، فَيُقَالُ : هَذَا كَانَ مَنْزِلَكَ لَوْ عَصَيْتَ اللَّهَ ، أَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ هَذَا ، فَإِذَا رَأَى مَا فِي الْجَنَّةِ قَالَ : رَبِّ عَجِّلْ قِيَامَ السَّاعَةِ كَيْمَا أَرْجِعَ إِلَى أَهْلِي وَمَالِي ، فَيُقَالُ لَهُ : اسْكُنْ .)

(Dalam riwayat lain: (Lelaki yang cantik itu berkata): “Aku adalah amal soleh kamu. Engkau dahulu selalu bersegera melakukan ketaatan kepada Allah, dan menjauhkan diri daripada maksiat kepada Allah. Allah telah mengurniakan kepada engkau kebaikan”. Kemudian dibukakan untuk jenazah itu pintu syurga dan pintu neraka. Lalu dikatakan kepada jenazah itu: “Inilah tempat engkau jika engkau melakukan maksiat kepada Allah, Allah telah menggantikan untuk engkau tempat ini (iaitu syurga)”. Apabila jenazah itu melihat keadaan syurga, dia pun berkata: “Tuhan ku, segerakan hari kiamat agar aku boleh pulang kepada keluarga ku dan harta ku”. Lalu dikatakan kepada jenazah itu: “Tinggallah engkau di sini”.) [Musnad Ahmad, Musnad Al-Kufiyyin, Hadis Al-Bara’ bin ‘Azib, hadis no: 18557, Shaikh al-Arnaouth berkata: Sanadnya sahih] Yang di dalam kurungan pula [Musnad, Ahmad, Musnad Al-Kufiyyin, Hadis Al-Bara’ bin ‘Azib, hadis no: 18637, Shaikh al-Arnaouth berkata: Sanadnya lemah]

Dalam hadis di atas ditunjukkan bagaimana insan yang dapat menjawab soalan dua malaikat itu akan didatangi amal solehnya dalam bentuk manusia yang kacak, dan bergembira tatkala melihat tempat tinggalnya di syurga kelak.

Adapun manusia yang kufur akan terseksa selepas gagal menjawab soalan malaikat. Mereka akan melihat kehadiran lelaki hodoh yang menjadi simbol kejahatannya di akhirat, bahkan ditunjukkan apa yang akan dia hadapi di neraka kelak.

فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ كَذَبَ ، فَافْرِشُوا لَهُ مِنَ النَّارِ ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى النَّارِ ، فَيَأْتِيهِ مِنْ حَرِّهَا ، وَسَمُومِهَا ، وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ فِيهِ أَضْلاَعُهُ ،

Penyeru di langit pun berkata: “Dia berbohong. Oleh yang demikian, hamparkan permaidani dari neraka dan bukakanlah pintu neraka untuknya. Maka dia pun didatangi panas dan racun dan kuburnya pula disempitkan sehingga tulang-belulangnya menjadi remuk.

 وَيَأْتِيهِ رَجُلٌ قَبِيحُ الْوَجْهِ ، قَبِيحُ الثِّيَابِ ، مُنْتِنُ الرِّيحِ ، فَيَقُولُ : أَبْشِرْ بِالَّذِي يَسُوءُكَ ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِي كُنْتَ تُوعَدُ ، فَيَقُولُ : مَنْ أَنْتَ ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيءُ بِالشَّرِّ ، فَيَقُولُ : أَنَا عَمَلُكَ الْخَبِيثُ ، فَيَقُولُ : رَبِّ لاَ تُقِمِ السَّاعَةَ.

Selepas itu dia didatangi seseorang yang berwajah buruk, berpakaian kotor dan berbau busuk. Lalu orang itu berkata: “bergembiralah kamu dengan pelbagai keburukan yang disediakan kepadamu hari ini. Inilah hari yang telah dijanjikan kepadamu. Dia bertanya kepada lelaki itu: Siapakah kamu ini? Sebab wajahmu menampilkan dan mendatangkan keburukan. Aku adalah amal kamu yang jahat itu”. Maka dia pun berkata: “Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan hari kiamat.”

(فَيَقُولُ : أَنَا عَمَلُكَ الْخَبِيثُ ، كُنْتَ بَطِيئًا عَنْ طَاعَةِ اللهِ ، سَرِيعًا فِي مَعْصِيَةِ اللهِ ، فَجَزَاكَ اللَّهُ شَرًّا ، ثُمَّ يُقَيَّضُ لَهُ أَعْمَى أَصَمُّ أَبْكَمُ فِي يَدِهِ مِرْزَبَةٌ ، لَوْ ضُرِبَ بِهَا جَبَلٌ كَانَ تُرَابًا ، فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً حَتَّى يَصِيرَ تُرَابًا ، ثُمَّ يُعِيدُهُ اللَّهُ كَمَا كَانَ ، فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً أُخْرَى ، فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهُ كُلُّ شَيْءٍ إِلاَّ الثَّقَلَيْنِ. قَالَ الْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ : ثُمَّ يُفْتَحُ لَهُ بَابٌ مِنَ النَّارِ وَيُمَهَّدُ مِنْ فُرُشِ النَّارِ.)

(Dalam riwayat lain: Aku adalah amal kejahatan engkau. Engkau dahulunya sering lambat daripada melakukan ketaatan kepada Allah dan segera melakukan maksiat kepada Allah. Moga Allah membalas engkau dengan keburukan. Kemudian seseorang yang buta, pekak dan bisu yang memegang pemukul datang untuk menghancurka jenazah itu. Seandainya dia memukul bukit dengan pemukul itu bukit itu akan menjadi debu. Lalu dia memukul jenazah tadi hingga ia menjadi debu. Kemudian Allah mengembalikan jenazah itu kepada keadaan sebelumnya, lalu orang itu memukulnya dengan pukulan yang lain, lalu jenazah itu menjerit dengan jeritan yang didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia. Al-Bara’ berkata: Kemudian pintu neraka dibuka, lalu dihamparkan permaidani neraka) [Musnad Ahmad, Musnad Al-Kufiyyin, Hadis Al-Bara’ bin ‘Azib, hadis no: 18557, Shaikh al-Arnaouth berkata: Sanadnya sahih] Yang di dalam kurungan pula [Musnad, Ahmad, Musnad Al-Kufiyyin, Hadis Al-Bara’ bin ‘Azib, hadis no: 18637, Shaikh al-Arnaouth berkata: Sanadnya lemah]

Sifat azab dan nikmat kubur ini juga direkodkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, dan disebutkan bahawa kubur manusia beriman akan diluaskan, bahkan akan ada rumput di dalam kubur itu.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : ” الْعَبْدُ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ , وَتُوُلِّيَ , وَذَهَبَ أَصْحَابُهُ حَتَّى إِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ ، أَتَاهُ مَلَكَانِ فَأَقْعَدَاهُ , فَيَقُولَانِ لَهُ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَيَقُولُ : أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، فَيُقَالُ : انْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنَ النَّارِ أَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنَ الْجَنَّةِ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا ، وَأَمَّا الْكَافِرُ أَوِ الْمُنَافِقُ , فَيَقُولُ : لَا أَدْرِي كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ ، فَيُقَالُ : لَا دَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ ، ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَقَةٍ مِنْ حَدِيدٍ ضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِ إِلَّا الثَّقَلَيْنِ ” .

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang hambar diletakkan di dalam kuburnya, lalu ahli keluarganya berangkat pula dan ketika itu si mayat mendengar bunyi tapak kasut mereka. Maka datanglah dua malaikat dan mendudukkannya. Dua malaikat itu berkata kepadanya: Apa yang ingin engkau katakan tentang lelaki ini iaitu Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Mayat itu menjawab: Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan rasul Nya. Lalu dikatakan kepada lelaki itu: Lihatlah tempat tinggal engkau di neraka, Allah telah menukarkannya dengan syurga untuk engkau. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Maka si mati akan melihat kedua-duanya (iaitu syurga dan neraka). Adapun orang kafir atau munafiq, mereka akan menjawab: Aku tidak kenal. Aku hanya berkata apa yang orang ramai katakan.  Lalu dikatakan kepadanya: Engkau memang tidak tahu, dan engkau tidak membaca (al-Quran). Kemudian dia dipukul pada bahagian antara dua telinganya (iaitu di kepala) dengan penukul yang diperbuat daripada besi . Lalu dia akan menjerit dengan jeritan yang dapat didengari oleh makhluka kecuali ats-Tsaqalain (iaitu jin dan manusia). [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janazi, hadis no: 1258]

Dalam Sahih Muslim disebutkan:

قَالَ قَتَادَةُ : وَذُكِرَ لَنَا أَنَّهُ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ سَبْعُونَ ذِرَاعًا ، وَيُمْلَأُ عَلَيْهِ خَضِرًا إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Qatadah berkata: Disebutkan kepada kami bahawa kuburnya akan diluas sebanyak tujuh puluh hasta, dan kuburnya akan ditumbuhi rumput sehingga hari kiamat. [Sahih Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 5119]

Kubur itu gelap

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ أَوْ شَابًّا ، فَفَقَدَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَسَأَلَ عَنْهَا أَوْ عَنْهُ ، فَقَالُوا : مَاتَ ، قَالَ : ” أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي ” ، قَالَ : فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا أَوْ أَمْرَهُ ، فَقَالَ : ” دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ ” ، فَدَلُّوهُ ” فَصَلَّى عَلَيْهَا ” ، ثُمَّ قَالَ : ” إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا ، وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلَاتِي عَلَيْهِمْ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa ada seorang wanita atau pemuda kulit hitam pernah berkhidmat membersihkan masjid. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam terasa kehilangannya, lalu bertanya tentang orang itu. Para sahabat menjawab: Dia telah meninggal dunia. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Kenapa kalian tidak memberitahu aku hal ini. Seolah-olah mereka semua memandang rendah kepada wanita atau pemuda itu. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallampun berkata: Tunjukkan aku kuburnya. Lalu mereka membawa baginda sallallahu ‘alaihi wasallam ke kubur itu, lalu baginda melakukan solat ke atasnya. Kemudian baginda berkata: Sesungguhnya kubur ini sangat gelap untuk penghuninya. Sesungguhnya Allah akan memberikan cahaya kepada mereka dengan solat aku kepada mereka. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1594]

Kubur itu sempit

عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، عَنِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” هَذَا الَّذِي تَحَرَّكَ لَهُ الْعَرْشُ ، وَفُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ ، وَشَهِدَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنَ الْمَلائِكَةِ ، لَقَدْ ضُمَّ ضَمَّةً ، ثُمَّ فَرِّجَ عَنْهُ

‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Inilah dia (roh) yang Arsy bergegar kerananya, dibukakan untuknya pintu-pintu langit. 40 ribu malaikat menyaksikannya, sesungguhnya kubur telah disempitkan, kemudian ia dilapangkan untuknya. [Sunan an-Nasaie al-Kubra, Kitab al-Janaiz, hadis no: 2167]

Sesungguhnya kesempitan kubur akan dirasai semua insan tanpa kira dia siapa.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُما ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ دُفِنَ سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ وَهُوَ قَاعِدٌ عَلَى قَبْرِهِ ، قَالَ : ” لَوْ نَجَا أَحَدٌ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ لَنَجَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ ، وَلَقَدْ ضُمَّ ضَمَّةً ثُمَّ رُخِّيَ عَنْهُ

Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa ketika hari pengebumian Sa’ad bin Mu’az radiallahu ‘anhu, bagainda duduk di kuburnya lalu bersabda: Seandainya ada seseorang yang terselamat daripada ujian kubur, nescaya Sa’ad bin Mu’az akan selamat. Sesungguhnya kubur akan disempitkan kemudian dilapangkan untuknya. [Riwayat at-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, Hadis ‘Abdullah bin ‘Abbas, hadis no: 10681, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih al-Jami’]

Imam al-Sayuti menyatakan:

قال أبو القاسم السعدي : لا ينجو من ضغطة القبر صالح ولا طالح غير ان الفرق بين المسلم والكافر فيها دوام الضغط للكافر وحصول هذه الحالة للمؤمن في أول نزوله إلى قبره ثم يعود إلى الانفساح له

Abu al-Qasim al-Sa’diy berkata: Tidak ada sesiapa yang akan selamat daripada kesempitan kubur sama ada dia soleh atau orang jahat. Yang menjadi beza antara Muslim dan kafir ialah kesempitan kubur itu akan berterusan untuk orang kafir. Manakala orang beriman akan merasai kesempitan ini pada awal-awal memasuki kubur, kemudian kubur itu akan dilapangkan semula untuknya.[1]

Adakah azab kubur dapat didengari?

Selain daripada manusia, makhluk lain masih dapat mendengar suara jenazah. Ini ditunjukkan di dalam hadis ini:

عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” إِذَا وُضِعَتِ الْجِنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ ، فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ : قَدِّمُونِي ، وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ لِأَهْلِهَا : يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا , يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ ، إِلَّا الْإِنْسَانَ وَلَوْ سَمِعَ الْإِنْسَانُ لَصَعِقَ

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘ahu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila jenazah diangkat, dan orang ramai mengangkatnya di atas bahu mereka. Seandainya jenazah itu baik, jenazah itu akan berkata: Segerakan aku. Seandainya ia jenazah yang tidak baik, jenazah itu akan berkata kepada keluarganya: Celaka lah. Ke mana mereka mahu pergi dengannya. Setiap makhluk akan mendengar suara ini kecuali manusia. Jika manusia mendengar, nescaya mereka akan terkejut. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1238]

Akan tetapi, untuk azab kubur. Hanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang dapat mendengar. Hatta jin pun tidak mampu mendengarnya.

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ ، قَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَلَمْ أَشْهَدْهُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ حَدَّثَنِيهِ زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ ، قَالَ : بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَائِطٍ لِبَنِي النَّجَّارِ عَلَى بَغْلَةٍ لَهُ ، وَنَحْنُ مَعَهُ إِذْ حَادَتْ بِهِ ، فَكَادَتْ تُلْقِيهِ وَإِذَا أَقْبُرٌ سِتَّةٌ أَوْ خَمْسَةٌ أَوْ أَرْبَعَةٌ ، قَالَ : كَذَا كَانَ ، يَقُولُ : الْجُرَيْرِيُّ ، فَقَالَ : ” مَنْ يَعْرِفُ أَصْحَابَ هَذِهِ الْأَقْبُرِ ؟ ” ، فَقَالَ رَجُلٌ : أَنَا قَالَ : فَمَتَى مَاتَ هَؤُلَاءِ ؟ ، قَالَ : مَاتُوا فِي الْإِشْرَاكِ ؟ ، فَقَالَ : ” إِنَّ هَذِهِ الْأُمَّةَ تُبْتَلَى فِي قُبُورِهَا ، فَلَوْلَا أَنْ لَا تَدَافَنُوا لَدَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُسْمِعَكُمْ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ الَّذِي أَسْمَعُ مِنْهُ ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ ، فَقَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ ، فَقَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، قَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ، قَالَ : ” تَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ ” ، قَالُوا : نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ

Zaid bin Tsabit radiallahu ‘anhu berkata: Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama-sama kami menuju ke perkampungan Bani an-Najjar dengan menunggang keldainya. Tiba-tiba keldainya ketakutan hingga hampir-hampir menjatuhkan baginda. Lalu baginda ternampak lebih kurang empat, atau lima, atau enam buah kubur. Baginda pun bertanya: Siapa yang tahu tentang penghuni kubur-kubur ini? Seorang sahabat berkata: Aku. Baginda bertanya: Bilakah mereka ini mati? Dia menjawab: Mereka mati dalam keadaan musyrik. Lalu baginda berkata: Sesungguhnya mereka ini sedang diuji di dalam kubur. Jikalah tidak kerana takut kalian tidak akan lagi mengebumikan jenazah (kerana terdengar suara azab kubur), nescaya aku akan meminta kepada Allah untuk memperdengarkan kepada kalian bunyi azab kubur yang aku dengar. Kemudian baginda menghadap kami dan berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada azab neraka. Para sahabat pun berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada azab neraka. Baginda berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada azab kubur. Para sahabat pun berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada azab kubur. Baginda berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada fitnah yang kelihatan dan tersembunyi. Para sahabat berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada fitnah yang kelihatan dan tersembunyi. Baginda berkata: Mohonlah perlindungan Allah daripada fitnah ad-Dajjal. Para sahabat berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada fitnah ad-Dajjal. [Sahih Muslim, Kitab al-Jannah, hadis no: 5116]

Dalam hadis Al-Bara’ bin ‘Azib:

ثُمَّ يُقَيَّضُ لَهُ أَعْمَى أَصَمُّ أَبْكَمُ فِي يَدِهِ مِرْزَبَةٌ ، لَوْ ضُرِبَ بِهَا جَبَلٌ كَانَ تُرَابًا ، فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً حَتَّى يَصِيرَ تُرَابًا ، ثُمَّ يُعِيدُهُ اللَّهُ كَمَا كَانَ ، فَيَضْرِبُهُ ضَرْبَةً أُخْرَى ، فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهُ كُلُّ شَيْءٍ إِلاَّ الثَّقَلَيْنِ.

Kemudian seseorang yang buta, pekak dan bisu yang memegang pemukul datang untuk menghancurkan jenazah itu. Seandainya dia memukul bukit dengan pemukul itu, bukit itu akan menjadi debu. Lalu dia memukul jenazah tadi hingga ia menjadi debu. Kemudian Allah mengembalikan jenazah itu kepada keadaan sebelumnya, lalu orang itu memukulnya dengan pukulan yang lain, lalu jenazah itu menjerit dengan jeritan yang didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:

والأول استثنى فيه الإنس فقط والثاني استثنى فيه الجن والأنس والجواب أن كلام الميت بما ذكر لا يقتضي وجود الصعق وهو الفزع الا من الآدمي لكونه لم يالف سماع كلام الميت بخلاف الجن في ذلك وأما الصيحة التي يصيحها المضروب فإنها غير مألوفه للإنس والجن جميعا لكون سببها عذاب الله ولا شيء أشد منه على كل مكلف فاشترك فيه الجن والإنس والله أعلم

Untuk hadis yang pertama (iaitu hadis jenazah diangkat orang ramai) dikecualikan manusia sahaja (daripada mendengar suara jenazah). Manakala yang kedua (iaitu hadis Al-Bara’ bin Azib) dikecualikan jin dan manusia (daripada mendengar bunyi azab kubur). Ini kerana suara yang pertama itu tidak wujudnya jeritan yang menakutkan kecuali kepada kepada manusia kerana manusia tidak biasa mendengar suara mayat, tidak seperti jin. Adapun suara jeritan daripada mayat yang dipukul, sesungguhnya ia tidak biasa didengari oleh jin dan manusia kesemuanya kerana ia merupakan azab Allah dan tiada sesuatu yang lebih dahsyat daripada itu kepada semua mukallaf. Maka jin dan manusia manusia sama-sama (tidak boleh mendengar jeritan itu). Wallahua’lam.[2]

Apakah hikmah manusia tidak dapat mendengar suara azab kubur. Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata:

Pertama:

ما أشار إليه النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بقوله : « لولا أن لا تدافنوا ؛ لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر » .

Apa yang Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam isyaratkan (Jika tidak kerana takut kalian tidak akan mengebumikan jenazah…) [Bermaksud ditakuti manusia enggan mengebumikan jenazah kerana takut selepas mendengar bunyi azab kubur]

Kedua:

أن في إخفاء ذلك سترًا للميت .

Untuk menutup keaiban si mati

Ketiga:

أن فيه عدم إزعاج لأهله ؛ لأن أهله إذا سمعوا ميتهم يعذب ويصيح ؛ لم يستقر لهم قرار .

Untuk mengelakkan gangguan emosi kepada ahli keluarganya. Ini kerana jika ahli keluarga mendengar mayat keluarganya diazab dan menjerit, mereka tidak akan dapat hidup dengan tenang.

Keempat:

عدم تخجيل أهله ؛ لأن الناس يقولون : هذا ولدكم ! هذا أبوكم ! هذا أخوكم ! وما أشبه ذلك .

Untuk tidak memalukan ahli keluarganya. Ini kerana manusia akan berkata: Ini ayah engkau! Ini anak engkau! Ini saudara engkau! Dan seumpamanya.

Kelima:

أننا قد نهلك ؛ لأنها صيحة ليست هينة ، بل صيحة قد توجب أن تسقط القلوب من معاليقها ، فيموت الإنسان أو يغشى عليه .

Sesungguhnya kita semua akan musnah (jika mendengarnya). Ini kerana ia bukan satu suara ringan. Bahkan ia jeritan yang akan boleh menggugurkan jantung, dan manusia boleh mati atau pengsan kerananya.

Keenam:

لو سمع الناس صراخ هؤلاء المعذبين ؛ لكان الإيمان بعذاب القبر من باب الإيمان بالشهادة ، لا من باب الإيمان بالغيب ، وحينئذ تفوت مصلحة الامتحان ؛ لأن الناس سوف يؤمنون بما شاهدوه قطعا ؛ لكن إذا كان غائبا عنهم ، ولم يعلموا به إلا عن طريق الخبر ؛ صار من باب الإيمان بالغيب .

Seandainya manusia mendengar raungan mayat yang diazab, maka iman kepada azab kubur temasuk dalam beriman dengan perkara yang dapat dilihat, dan bukan beriman dengan perkara ghaib. Ini akan menyebabkan luputnya objektif ujian (beriman dengan benda ghaib) kerana manusia pasti akan beriman dengan apa yang mereka saksikan. Akan tetapi jika itu perkara ghaib dan mereka tidak dapat memahami melainkan dengan cara wahyu, maka itu termasuk bab beriman dengan perkara ghaib.[3]

[1] Syarah al-Sayuti Li Sunan an-Nasaie, jilid 4, m/s 101

[2] Fathul Bari, jilid 3, m/s 185

[3] Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibn Uthaimin, jilid 8, m/s 482-483