Agar Tidak Tersungkur Di Tengah Jalan

futur

<Ubat Kepada Tumbang Di Tengah Jalan>

 

السؤال: أريد أن أسألك بخصوص الفتور أسبابه وعلاجه، فالإنسان يشعر بضعف دينه أحياناً؟

Aku ingin bertanya kepada engkau khusus berkaitan sifat futur (berhenti daripada melakukan kebaikan), apakah sebab-sebabnya, dan apakah ubatnya. Ini kerana insan seringkali merasai lemahnya sifat beragamanya.

 

Jawapan:

الجواب: الإنسان لا يمكن أن يكون على وتيرة واحدة، حتى الصحابة قالوا:

Manusia itu tidak mungkin akan sentiasa berada dalam satu keadaan sahaja. Bahkan sahabat-sahabat nabi berkata:

 

)يا رسول الله! إننا عندك نتعظ ونؤمن، وإذا ذهبنا إلى أهلنا -النساء والأولاد- نسينا، فقال: ساعة وساعة(

Ya Rasulullah! Sesungguhnya apabila kami di sisi mu, kami mengambil pengajaran dan beriman. Apabila kami pergi kepada keluarga kami, isteri dan anak-anak kami. Kami mulai lalai. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Ada masanya begini, ada masanya begitu.

 

لا يمكن للإنسان أن يكون على وتيرة واحدة، لكن يحافظ الإنسان على صلاح القلب، وإذا صلح القلب صلح الجسد كله

Tidak mungkin untuk seorang insan berada pada satu keadaan sahaja. Akan tetapi seorang insan itu hendaklah menjaga hatinya. Apabila bersih hatinya, maka akan bersihlah keseluruhan jasadnya. (Untuk menjaga hatinya, hendaklah dia)

 

1- يدع الخوض فيما لا يعنيه

Meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya.

 

2- يدع النزاع الذي لا فائدة منه

Meninggalkan perselisihan yang tidak mendatangkan faedah

 

3- يدع التحزب الذي فرَّق الأمة ويقبل على الله عز وجل

Meninggalkan berpuak-puak yang memecah-belahkan umat, dan hendaklah kembali kepada Allah.

 

ولهذا ترى العامي خيراً في عقيدته وإخلاصه من كثير من طلاب العلم،

Untuk hal ini, kalian akan melihat masyarakat umum lebih baik akidah dan keikhlasan mereka daripada kebanyakan penuntut ilmu,

 

الذين ليس لهم هم إلا الأخذ والرد، والقيل والقال، وماذا تقول يا فلان؟ وماذا تقول في الكتاب الفلاني؟ وفيما كتبه فلان،

Iaitu (penuntut ilmu) yang tiada urusan lain yang disibukkan melainkan dengan saling berbantah, dia kata itu dan kata ini, apa pendapat engkau ya fulan, apa pendapat engkau tentang kitab si fulan.

 

هذا هو الذي يضيع العبد ويسلب قلبه عن الله عز وجل،

Inilah perkara yang menyesatkan seseorang hamba dan mencuri hatinya daripada Allah.

 

ولا يجعل له هماً إلا القيل والقال

Hal ini tidak akan menjadikan dia seseorang yang sibuk dengan hal lain melainkan dengan apa kata orang itu dan apa kata orang ini.

 

[Liqa al-Bab al-Maftuh, no : 232]

Sumber: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=293440

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *