Air Mata ‘Aisyah radiallahu ‘anha :(

tear

قَالَتْ عَائِشَةُ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا أَقْرَعَ بَيْنَ أَزْوَاجِهِ فَأَيُّهُنَّ خَرَجَ سَهْمُهَا خَرَجَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَهُ ,
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Kebiasaannya, apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ingin bermusafir, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan mencabut undi antara isteri-isterinya. Sesiapa yang undian itu jatuh kepadanya, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam akan keluar bermusafir bersamanya.
قَالَتْ عَائِشَةُ : فَأَقْرَعَ بَيْنَنَا فِي غَزْوَةٍ غَزَاهَا فَخَرَجَ فِيهَا سَهْمِي , فَخَرَجْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ مَا أُنْزِلَ الْحِجَابُ فَكُنْتُ أُحْمَلُ فِي هَوْدَجِي وَأُنْزَلُ فِيهِ ,
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata lagi: Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mencabut undi di antara kami untuk untuk satu peperangan yang baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sertai, dan undian itu jatuh kepada ku. Maka aku pun keluar bermusafir bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Ia berlaku selepas pensyariatan hijab. Aku akan berada dalam tandu (yang berada di atas unta) dan aku akan diturunkan dalam keadaan aku masih berada di dalam tandu itu.
فَسِرْنَا حَتَّى إِذَا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَزْوَتِهِ تِلْكَ وَقَفَلَ دَنَوْنَا مِنْ الْمَدِينَةِ قَافِلِينَ آذَنَ لَيْلَةً بِالرَّحِيلِ , فَقُمْتُ حِينَ آذَنُوا بِالرَّحِيلِ فَمَشَيْتُ حَتَّى جَاوَزْتُ الْجَيْشَ , فَلَمَّا قَضَيْتُ شَأْنِي أَقْبَلْتُ إِلَى رَحْلِي فَلَمَسْتُ صَدْرِي فَإِذَا عِقْدٌ لِي مِنْ جَزْعِ ظَفَارِ قَدِ انْقَطَعَ ,
Kami meneruskan perjalanan sehinggalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah selesai daripada urusan peperangan dan pulang. Apabila kami telah menghampiri kawasan Madinah baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mengumumkan agar untuk berangkat pulang. Ketika pengumuman dibuat, aku bangun dan berjalan jauh daripada pasukan tentera. Apabila aku telah selesai membuang air, aku pun kembali kepada haiwan tunggangan aku. Aku menyentuh dada aku dan mendapati kalung aku yang diperbuat daripada manik telah hilang.
فَرَجَعْتُ فَالْتَمَسْتُ عِقْدِي فَحَبَسَنِي ابْتِغَاؤُهُ , قَالَتْ : وَأَقْبَلَ الرَّهْطُ الَّذِينَ كَانُوا يُرَحِّلُونِي فَاحْتَمَلُوا هَوْدَجِي فَرَحَلُوهُ عَلَى بَعِيرِي الَّذِي كُنْتُ أَرْكَبُ عَلَيْهِ وَهُمْ يَحْسِبُونَ أَنِّي فِيهِ وَكَانَ النِّسَاءُ إِذْ ذَاكَ خِفَافًا لَمْ يَهْبُلْنَ وَلَمْ يَغْشَهُنَّ اللَّحْمُ , إِنَّمَا يَأْكُلْنَ الْعُلْقَةَ مِنَ الطَّعَامِ فَلَمْ يَسْتَنْكِرِ الْقَوْمُ خِفَّةَ الْهَوْدَجِ حِينَ رَفَعُوهُ وَحَمَلُوهُ , وَكُنْتُ جَارِيَةً حَدِيثَةَ السِّنِّ فَبَعَثُوا الْجَمَلَ فَسَارُوا ,
Aku pun kembali ke tempat tadi mencari kalungku. Pencarian kalung itu telah mengambil masa aku. Ketika itu, mereka yang bertugas memikul tandu ku telah mengangkatnya dan meletakkannya di atas unta tungganganku. Mereka menyangka aku berada di dalam tandu itu. Ini kerana wanita-wanita di zaman tersebut ringan-ringan belaka, mereka tidak gemuk dan tidak pula mempunyai banyak daging kerana mereka hanya makan sedikit sahaja. Oleh sebab ini, mereka tidak terfikir apa-apa apabila merasa ringan ketika mengangkat dan membawa tandu itu. Ketika itu aku adalah seorang gadis muda. Mereka menaikkan unta itu dan bergerak pulang.
 وَوَجَدْتُ عِقْدِي بَعْدَ مَا اسْتَمَرَّ الْجَيْشُ فَجِئْتُ مَنَازِلَهُمْ وَلَيْسَ بِهَا مِنْهُمْ دَاعٍ وَلَا مُجِيبٌ , فَتَيَمَّمْتُ مَنْزِلِي الَّذِي كُنْتُ بِهِ وَظَنَنْتُ أَنَّهُمْ سَيَفْقِدُونِي فَيَرْجِعُونَ إِلَيَّ , فَبَيْنَا أَنَا جَالِسَةٌ فِي مَنْزِلِي غَلَبَتْنِي عَيْنِي فَنِمْتُ ,
Aku menemui kalung aku selepas pasukan tentera telah bergerak pulang. Aku kembali ke tempat berehat tadi dan mendapati tiada seorang pun di situ. Aku pun memutuskan untuk berada di tempat yang aku berada tadi dengan harapan mereka akan menyedari aku tiada dan mereka akan kembali mencari aku. Ketika aku sedang duduk-duduk di situ, mata ku mula mengantuk lalu aku pun tertidur.
وَكَانَ صَفْوَانُ بْنُ الْمُعَطَّلِ السُّلَمِيُّ ثُمَّ الذَّكْوَانِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْجَيْشِ فَأَصْبَحَ عِنْدَ مَنْزِلِي فَرَأَى سَوَادَ إِنْسَانٍ نَائِمٍ فَعَرَفَنِي حِينَ رَآنِي , وَكَانَ رَآنِي قَبْلَ الْحِجَابِ فَاسْتَيْقَظْتُ بِاسْتِرْجَاعِهِ حِينَ عَرَفَنِي فَخَمَّرْتُ وَجْهِي بِجِلْبَابِي وَوَاللَّهِ مَا تَكَلَّمْنَا بِكَلِمَةٍ وَلَا سَمِعْتُ مِنْهُ كَلِمَةً غَيْرَ اسْتِرْجَاعِهِ ,
Safwan bin al-Muatthal berada di belakang pasukan tentera. Apabila dia tiba di tempat aku pada waktu pagi, dia melihat seseorang yang berpakaian hitam yang sedang tidur. Dia mengetahui itu adalah aku apabila dia melihatnya. Ini kerana Safwan pernah melihat aku sebelum pensyariatan hijab. Aku terjaga apabila mendengar Safwan menyebut lafaz Istirja (Inna Lillahi wa Inna Ilaihi raji’un) apabila dia mendapati itu adalah aku. Aku terums menutup wajah ku dengan jilbab ku. Demi Allah. Kami tidak bercakap-cakap walau sepatah, dan aku tidak mendengar sepatah pun perkataan daripada mulutnya melainkan lafaz istirja’.
وَهَوَى حَتَّى أَنَاخَ رَاحِلَتَهُ فَوَطِئَ عَلَى يَدِهَا فَقُمْتُ إِلَيْهَا فَرَكِبْتُهَا فَانْطَلَقَ يَقُودُ بِي الرَّاحِلَةَ حَتَّى أَتَيْنَا الْجَيْشَ مُوغِرِينَ فِي نَحْرِ الظَّهِيرَةِ وَهُمْ نُزُولٌ ,
Safwan turun daripada untanya dan mendudukkan untanya itu. Aku pun bergerak ke arahj unta itu dan menunggangnya. Safwan pun menarik unta itu untuk memandunya sehingga kami menemui pasukan tentera di waktu tengahari ketika mereka sedang berehat.
قَالَتْ : فَهَلَكَ مَنْ هَلَكَ وَكَانَ الَّذِي تَوَلَّى كِبْرَ الْإِفْكِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ ابْنُ سَلُولَ , قَالَ عُرْوَةُ : أُخْبِرْتُ أَنَّهُ كَانَ يُشَاعُ وَيُتَحَدَّثُ بِهِ عِنْدَهُ فَيُقِرُّهُ وَيَسْتَمِعُهُ وَيَسْتَوْشِيهِ , وَقَالَ عُرْوَةُ أَيْضًا : لَمْ يُسَمَّ مِنْ أَهْلِ الْإِفْكِ أَيْضًا إِلَّا حَسَّانُ بْنُ ثَابِتٍ , وَمِسْطَحُ بْنُ أُثَاثَةَ , وَحَمْنَةُ بِنْتُ جَحْشٍ فِي نَاسٍ آخَرِينَ لَا عِلْمَ لِي بِهِمْ غَيْرَ أَنَّهُمْ عُصْبَةٌ كَمَا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى , وَإِنَّ كِبْرَ ذَلِكَ يُقَالُ لَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ ابْنُ سَلُولَ ,
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Telah musnahlah sesiapa yang melakukan kerosakan. Orang yang menyebarkan fitnah ini adalah ‘Abdullah bin Ubay bin Salul. ‘Urwah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendapati orang ramai menyebarkan berita ini dan bercerita tentangnya di hadapan ‘Abdullah bin Ubai. Lalu ‘Abdullah bin Ubay mengiakan cerita itu, mendengar cerita itu dan bertanya-tanya tentang cerita itu agar ia tersebar. Tiada sesiapa yang termasuk dalam kumpulan menyebarkan fitnah itu melainkan Hassan bin Tsabit, Mistah bin Asasah dan Hamnah bte Jahsy. Adapun orang lain, aku tidak mengetahui siapa mereka akan tetapi Allah menyatakan bahawa mereka itu berkumpulan. Sesungguhnya yang paling banyak menyebarkan fitnah itu adalah ‘Abdullah bin Ubai bin Salul.
قَالَ عُرْوَةُ : كَانَتْ عَائِشَةُ تَكْرَهُ أَنْ يُسَبَّ عِنْدَهَا حَسَّانُ وَتَقُولُ : إِنَّهُ الَّذِي قَالَ : فَإِنَّ أَبِي وَوَالِدَهُ وَعِرْضِي لِعِرْضِ مُحَمَّدٍ مِنْكُمْ وِقَاءُ قَالَتْ عَائِشَةُ : فَقَدِمْنَا الْمَدِينَةَ فَاشْتَكَيْتُ حِينَ قَدِمْتُ شَهْرًا وَالنَّاسُ يُفِيضُونَ فِي قَوْلِ أَصْحَابِ الْإِفْكِ ,  ,
Urwah berkata; ‘Aisyah radiallahu ‘anha tidak suka mencela Hassan, Aisyah berkata: Hassan adalah orang yang pernah berkata: “Sesungguhnya ayahku, dan ayahnya serta kehormatanku adalah untuk kehormatan Muhammad sebagai benteng daripada kalian.” ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata; “Setibanya kami di Madinah, aku jatuh sakit selama satu bulan sejak kedatanganku, sementara orang-orang sibuk dengan berita fitnah tersebut. Ketika itu, aku tidak menyedari langsung tentang fitnah itu.
 لَا أَشْعُرُ بِشَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ وَهُوَ يَرِيبُنِي فِي وَجَعِي أَنِّي لَا أَعْرِفُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللُّطْفَ الَّذِي كُنْتُ أَرَى مِنْهُ حِينَ أَشْتَكِي إِنَّمَا يَدْخُلُ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُسَلِّمُ , ثُمَّ يَقُولُ : ” كَيْفَ تِيكُمْ ” , ثُمَّ يَنْصَرِفُ فَذَلِكَ يَرِيبُنِي
Aku tidak menyedari apa-apa berkaitan melainkan aku mula curiga apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjengukku tetapi aku tidak melihat kelembutan ketika baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjengukku sebagaimana yang biasa baginda lakukan ketika aku sakit. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam hanya masuk menemuiku dan memberi salam lalu bertanya: “Bagaimana keadaanmu”. Hal inilah yang menimbulkan perasaan curiga dalam diri ku.
وَلَا أَشْعُرُ بِالشَّرِّ حَتَّى خَرَجْتُ حِينَ نَقَهْتُ , فَخَرَجْتُ مَعَ أُمِّ مِسْطَحٍ قِبَلَ الْمَنَاصِعِ وَكَانَ مُتَبَرَّزَنَا وَكُنَّا لَا نَخْرُجُ إِلَّا لَيْلًا إِلَى لَيْلٍ وَذَلِكَ قَبْلَ أَنْ نَتَّخِذَ الْكُنُفَ قَرِيبًا مِنْ بُيُوتِنَا , قَالَتْ : وَأَمْرُنَا أَمْرُ الْعَرَبِ الْأُوَلِ فِي الْبَرِّيَّةِ قِبَلَ الْغَائِطِ , وَكُنَّا نَتَأَذَّى بِالْكُنُفِ أَنْ نَتَّخِذَهَا عِنْدَ بُيُوتِنَا , قَالَتْ : فَانْطَلَقْتُ أَنَا وَأُمُّ مِسْطَحٍ وَهِيَ ابْنَةُ أَبِي رُهْمِ بْنِ الْمُطَّلِبِ بْنِ عَبْدِ مَنَافٍ وَأُمُّهَا بِنْتُ صَخْرِ بْنِ عَامِرٍ خَالَةُ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ وَابْنُهَا مِسْطَحُ بْنُ أُثَاثَةَ بْنِ عَبَّادِ بْنِ الْمُطَّلِبِ ,
Aku tidak terfikir apa-apa yang buruk sehinggalah suatu hari aku keluar apabila sudah semakin sembuh. Aku keluar bersama Ummu Misthah menuju Al-Manashi’, tempat kami biasa membuang air. Kami tidak keluar ke sana kecuali di malam hari. Hal ini berlaku sebelum kami membuat tandas berhampiran rumah kami. ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Kebiasaan kami sama seperti kebiasaan orang Arab terdahulu apabila kami mahu membuang air. Kami tidak suka membuang air berhampiran dengan rumah kami. Maka aku dan Ummu Misthah -dia adalah anak perempuan Abu Ruhm bin Al-Muthallib bin Abdu Manaf, ibunya pula adalah anak perempuan Shakhar bin ‘Amir, ibu saudara Abu Bakr Ash Shiddiq, sedangkan anaknya bernama Misthah bin Utsatsah bin ‘Abbad bin Al-Mutahllib-.
فَأَقْبَلْتُ أَنَا وَأُمُّ مِسْطَحٍ قِبَلَ بَيْتِي حِينَ فَرَغْنَا مِنْ شَأْنِنَا , فَعَثَرَتْ أُمُّ مِسْطَحٍ فِي مِرْطِهَا , فَقَالَتْ : تَعِسَ مِسْطَحٌ , فَقُلْتُ لَهَا : بِئْسَ مَا قُلْتِ , أَتَسُبِّينَ رَجُلًا شَهِدَ بَدْرًا , فَقَالَتْ : أَيْ هَنْتَاهْ وَلَمْ تَسْمَعِي مَا قَالَ ؟ قَالَتْ : وَقُلْتُ مَا قَالَ , فَأَخْبَرَتْنِي بِقَوْلِ أَهْلِ الْإِفْكِ ,
Aku dan Ummu Misthah pun berangkat pulang selepas selesai membuang air. Ummu Misthah hampir terjatuh kerana terpijak pakaiannya lalu dia terus mengucapkan: Celaka Misthah! Aisyah radiallahu ‘anha berkata kepadanya: Buruk sungguh apa yang engkau katakan. Adakah engkau mencela seorang lelaki yang menyertai peperangan Badar. Ummu Misthah menjawab: Adakah engkau tidak mendengar apa yang Misthah pernah katakan? Lalu Aisyah radiallahu ‘anha bertanya tentang apa yang pernah Misthah sebutkan. Lalu Ummu Misthah menceritakan tentang fitnah yang berlaku.
قَالَتْ : فَازْدَدْتُ مَرَضًا عَلَى مَرَضِي , فَلَمَّا رَجَعْتُ إِلَى بَيْتِي دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَلَّمَ , ثُمَّ قَالَ : ” كَيْفَ تِيكُمْ ” , فَقُلْتُ لَهُ : أَتَأْذَنُ لِي أَنْ آتِيَ أَبَوَيَّ , قَالَتْ : وَأُرِيدُ أَنْ أَسْتَيْقِنَ الْخَبَرَ مِنْ قِبَلِهِمَا , قَالَتْ : فَأَذِنَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ,
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Hal itu menyebabkan aku bertambah sakit. Apabila aku telah pulang ke rumah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masuk menemuiki lalu bertanya : Bagaimana keadaan mu? Aku menjawab kepada baginda: Izinkan aku untuk menemui kedua ibu bapa ku. Aku mahu mencari kepastian tentang berita yang tersebar daripada kedua ibu bapa ku. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan aku keizinan.
فَقُلْتُ لِأُمِّي : يَا أُمَّتَاهُ مَاذَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ ؟ قَالَتْ : يَا بُنَيَّةُ هَوِّنِي عَلَيْكِ فَوَاللَّهِ لَقَلَّمَا كَانَتِ امْرَأَةٌ قَطُّ وَضِيئَةً عِنْدَ رَجُلٍ يُحِبُّهَا لَهَا ضَرَائِرُ إِلَّا كَثَّرْنَ عَلَيْهَا , قَالَتْ : فَقُلْتُ سُبْحَانَ اللَّهِ أَوَلَقَدْ تَحَدَّثَ النَّاسُ بِهَذَا ؟
Aku bertanya kepada ibu ku: Wahai ibu, apakah yang manusia perkatakan? Ibu Aisyah menjawab: Wahai puteriku,tenanglah. Demi Allah, sangat sedikit seorang wanita yang tinggal bersama seorang lelaki yang dia mencintainya serta memiliki para madu melainkan mereka akan mengganggunya. Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Subhanallah! Adakah benar manusia bercakap tentang hal ini?
قَالَتْ : فَبَكَيْتُ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى أَصْبَحْتُ لَا يَرْقَأُ لِي دَمْعٌ وَلَا أَكْتَحِلُ بِنَوْمٍ , ثُمَّ أَصْبَحْتُ أَبْكِي , قَالَتْ : وَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ , وَأُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ حِينَ اسْتَلْبَثَ الْوَحْيُ يَسْأَلُهُمَا وَيَسْتَشِيرُهُمَا فِي فِرَاقِ أَهْلِهِ ,
Aku menangis pada malam itu sehingga ke waktu pagi sehingga aku tidak dapat tidur. Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memanggil ‘Ali bin Abi Thalib dan Usamah bin Zaid apabila wahyu tidak diturunkan. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya pandangan mereka berdua tentang hal untuk menceraikan isterinya.
قَالَتْ : فَأَمَّا أُسَامَةُ فَأَشَارَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالَّذِي يَعْلَمُ مِنْ بَرَاءَةِ أَهْلِهِ وَبِالَّذِي يَعْلَمُ لَهُمْ فِي نَفْسِهِ , فَقَالَ أُسَامَةُ : أَهْلَكَ وَلَا نَعْلَمُ إِلَّا خَيْرًا , وَأَمَّا عَلِيٌّ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ يُضَيِّقْ اللَّهُ عَلَيْكَ وَالنِّسَاءُ سِوَاهَا كَثِيرٌ وَسَلِ الْجَارِيَةَ تَصْدُقْكَ,
Usamah memberikan isyarat kepada baginda tentang apa yang diketahuinya tentang kesucian keluarga baginda dan apa yang dia ketahui tentang mereka pada dirinya. Usamah berkata: Keluarga engkau? Tidaklah kami mengenalnya melainkan kebaikan.” Sedangkan ‘Ali bin Abi Thalib berkata; Wahai Rasulullah, Allah tidak akan menyusahkan anda. Masih ramai wanita-wanita lain. Tanyalah pula hamba sahayanya yang akan memberitahu kebenaran kepada engkau.
قَالَتْ : فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَرِيرَةَ فَقَالَ : ” أَيْ بَرِيرَةُ هَلْ رَأَيْتِ مِنْ شَيْءٍ يَرِيبُكِ ؟ ” قَالَتْ لَهُ بَرِيرَةُ : وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ مَا رَأَيْتُ عَلَيْهَا أَمْرًا قَطُّ أَغْمِصُهُ , غَيْرَ أَنَّهَا جَارِيَةٌ حَدِيثَةُ السِّنِّ تَنَامُ عَنْ عَجِينِ أَهْلِهَا , فَتَأْتِي الدَّاجِنُ فَتَأْكُلُهُ ,
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun memanggil Barirah lalu bertanya: Adakah engkau melihat sesuatu yang meragukan pada diri ‘Aisyah? Barirah menjawab: Demi Allah, aku tidak pernah melihat pada dirinya sesuatu yang tidak elok. Melainkan ketika dia kecil, dia pernah tidur di atas adunan tepung keluarganya, lalu kemudiannya seekor haiwan ternakan datang dan memakan adunan tepung itu.
قَالَتْ : فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَوْمِهِ فَاسْتَعْذَرَ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أُبَيٍّ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ , فَقَالَ : ” يَا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِينَ مَنْ يَعْذِرُنِي مِنْ رَجُلٍ قَدْ بَلَغَنِي عَنْهُ أَذَاهُ فِي أَهْلِي , وَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ عَلَى أَهْلِي إِلَّا خَيْرًا وَلَقَدْ ذَكَرُوا رَجُلًا مَا عَلِمْتُ عَلَيْهِ إِلَّا خَيْرًا , وَمَا يَدْخُلُ عَلَى أَهْلِي إِلَّا مَعِي ” ,
Satu hari, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun berdiri di atas mimbar dan bercakap tentang ‘Abdullah bin Ubai. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Wahai sekalian umat Islam! Siapakah yang mahu membantu aku membebaskan diri aku daripada insan yang telah menyakiti ahli keluarga ku. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak mengetahui apa-apa pada keluarga ku melainkan kebaikan. Sesungguhnya mereka juga berbicara tentang seorang lelaki yang aku tidak ketahui pada dirinya melainkan kebaikan jua. Dia tidak pernah menemui ahli keluarga ku melainkan aku akan ada bersama.
قَالَتْ فَقَامَ سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ أَخُو بَنِي عَبْدِ الْأَشْهَلِ , فَقَالَ : أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَعْذِرُكَ فَإِنْ كَانَ مِنْ الْأَوْسِ ضَرَبْتُ عُنُقَهُ , وَإِنْ كَانَ مِنْ إِخْوَانِنَا مِنْ الْخَزْرَجِ أَمَرْتَنَا فَفَعَلْنَا أَمْرَكَ , قَالَتْ : فَقَامَ رَجُلٌ مِنْ الْخَزْرَجِ وَكَانَتْ أُمُّ حَسَّانَ بِنْتَ عَمِّهِ مِنْ فَخِذِهِ وَهُوَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ وَهُوَ سَيِّدُ الْخَزْرَجِ , قَالَتْ : وَكَانَ قَبْلَ ذَلِكَ رَجُلًا صَالِحًا وَلَكِنْ احْتَمَلَتْهُ الْحَمِيَّةُ ,
Lalu bangunlah Sa’ad bin Muaz iaitu seorang saudara kepada Bani Abdul Asyhal, dia berkata: Aku wahai Rasulullah. Aku akan membebaskan mu. Jika pemfitnah itu adalah daripada golongan ‘Aus, akan aku penggal lehernya. Jika ia daripada kita daripada puak Khazraj, engkau arahkan sahaja kami, nescaya kami akan tunaikan arahan itu. Lalu bangunlah seorang lelaki puak Khazraj, Ummu Hassan adalah anak perempuan kepada pakcik lelaki itu. Lelaki itu adalah Sa’ad bin ‘Ubadah iaitu seorang pemimpin Khazraj. Lelaki itu merupakan seorang yang soleh tetapi ketika itu dia terbawa-bawa dengan sifat fanatik kepuakan.
فَقَالَ لِسَعْدٍ : كَذَبْتَ لَعَمْرُ اللَّهِ لَا تَقْتُلُهُ وَلَا تَقْدِرُ عَلَى قَتْلِهِ , وَلَوْ كَانَ مِنْ رَهْطِكَ مَا أَحْبَبْتَ أَنْ يُقْتَلَ فَقَامَ أُسَيْدُ بْنُ حُضَيْرٍ وَهُوَ ابْنُ عَمِّ سَعْدٍ , فَقَالَ لِسَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ : كَذَبْتَ لَعَمْرُ اللَّهِ لَنَقْتُلَنَّهُ فَإِنَّكَ مُنَافِقٌ تُجَادِلُ عَنِ الْمُنَافِقِينَ , قَالَتْ : فَثَارَ الْحَيَّانِ الْأَوْسُ , وَالْخَزْرَجُ حَتَّى هَمُّوا أَنْ يَقْتَتِلُوا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمٌ عَلَى الْمِنْبَرِ ,
Lelaki itu berkata kepada Sa’adL Engkau bohong! Demi Allah. Engkau tidak akan membunuhnya dan tidak akan mampu untuk membunuhnya. Jika pemfitnah itu daripada kalangan puak mu, pasti engkau tidak suka untuk membunuhnya. Lalu bangun pula Asaid bin Khudhair, dia merupakan anak lelaki pakcik Sa’ad. Asaid berkata kepada Sa’ad bin ‘Ubadah: Engkau dusta! Demi Allah, kami pasti akan membunuhnya. Sesungguhnya engkau munafiq, engkau berhujah mewakili orang munafiq. Konflik antara puak ‘Aus dan Khazraj semakin memuncak sehingga hampir-hampir mereka saling berbunuhan sedangkan ketika itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sedang berdiri di atas mimbar.
قَالَتْ : فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخَفِّضُهُمْ حَتَّى سَكَتُوا وَسَكَتَ , قَالَتْ : فَبَكَيْتُ يَوْمِي ذَلِكَ كُلَّهُ لَا يَرْقَأُ لِي دَمْعٌ وَلَا أَكْتَحِلُ بِنَوْمٍ , قَالَتْ : وَأَصْبَحَ أَبَوَايَ عِنْدِي , وَقَدْ بَكَيْتُ لَيْلَتَيْنِ وَيَوْمًا لَا يَرْقَأُ لِي دَمْعٌ وَلَا أَكْتَحِلُ بِنَوْمٍ حَتَّى إِنِّي لَأَظُنُّ أَنَّ الْبُكَاءَ فَالِقٌ كَبِدِي , فَبَيْنَا أَبَوَايَ جَالِسَانِ عِنْدِي وَأَنَا أَبْكِي , فَاسْتَأْذَنَتْ عَلَيَّ امْرَأَةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَأَذِنْتُ لَهَا فَجَلَسَتْ تَبْكِي مَعِي ,
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berterusan menenangkan mereka sehingga akhirnya mereka semua diam dan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam juga diam. Pada hari itu, aku berterusan menangis sehingga aku tidak mampu untuk tidur. Kedua ibu bapa ku datang menemuiku. Aku menangis sehingga dua hari dua malam. Tangisan aku berterusan sehingga aku tidak dapat tidur sehingga aku menyangka air mata ku sudah kekeringan. Ketika kedua ibu bapa ku sedang duduk bersama aku yang sedang menangis, seorang perempuan Ansar datang meminta keizinan untuk duduk bersama aku. Aku mengizinkannya, dan dia duduk menangis bersama-sama aku.
قَالَتْ : فَبَيْنَا نَحْنُ عَلَى ذَلِكَ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَسَلَّمَ ثُمَّ جَلَسَ , قَالَتْ : وَلَمْ يَجْلِسْ عِنْدِي مُنْذُ قِيلَ مَا قِيلَ قَبْلَهَا وَقَدْ لَبِثَ شَهْرًا لَا يُوحَى إِلَيْهِ فِي شَأْنِي بِشَيْءٍ , قَالَتْ : فَتَشَهَّدَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ جَلَسَ ,
Ketika itu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun masuk menemui kami dan mengucapkan salam kemudian baginda sallallahu ‘alaihi wasallam pun duduk.Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah duduk di samping ku semenjak tersebarnya fitnah tersebut. Sebulan telah berlalu namun tiada wahyu yang diturunkan kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam berkaitan hal aku walau sedikit pun. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan syahadah ketika baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mahu duduk.
ثُمَّ قَالَ : أَمَّا بَعْدُ يَا عَائِشَةُ إِنَّهُ بَلَغَنِي عَنْكِ كَذَا وَكَذَا فَإِنْ كُنْتِ بَرِيئَةً فَسَيُبَرِّئُكِ اللَّهُ , وَإِنْ كُنْتِ أَلْمَمْتِ بِذَنْبٍ فَاسْتَغْفِرِي اللَّهَ وَتُوبِي إِلَيْهِ , فَإِنَّ الْعَبْدَ إِذَا اعْتَرَفَ ثُمَّ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ ” , قَالَتْ : فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَقَالَتَهُ قَلَصَ دَمْعِي حَتَّى مَا أُحِسُّ مِنْهُ قَطْرَةً ,
Kemudian baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ya ‘Aisyah. Telah sampai berita kepada aku bahawa engkau telah melakukan itu dan ini. Seandainya engkau tidak bersalah, Allah akan membebaskan engkau daripada fitnah ini. Jika engkau telah melakukan hal yang keji itu, hendaklah engkau memohon keampunan Allah dan bertaubat kepadaNya. Sesungguhnya apabila seseorang hamba itu mengakui kesalahannya lalu bertaubat kepada Allah, Allah akan menerima taubatnya. Aisyah radialllahu ‘anha berkata: Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyelesaikan kata-katanya itu, air mata aku berhenti menitis.
فَقُلْتُ لِأَبِي : أَجِبْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِّي فِيمَا قَالَ , فَقَالَ أَبِي : وَاللَّهِ مَا أَدْرِي مَا أَقُولُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , فَقُلْتُ لِأُمِّي : أَجِيبِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا قَالَ , قَالَتْ أُمِّي : وَاللَّهِ مَا أَدْرِي مَا أَقُولُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ,
Aku berkata kepada ayah ku: Belalah diri ku di atas apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam katakan kepada diri ku. Ayah ku menjawab: Aku tidak tahu apa yang patut aku katakan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Aku berkata pula kepada ibu ku: Belalah diri ku di atas apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam katakan. Ibu ku menjawab: Aku tidak tahu apa yang patut aku katakan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
فَقُلْتُ وَأَنَا جَارِيَةٌ حَدِيثَةُ السِّنِّ لَا أَقْرَأُ مِنَ الْقُرْآنِ كَثِيرًا : إِنِّي وَاللَّهِ لَقَدْ عَلِمْتُ لَقَدْ سَمِعْتُمْ هَذَا الْحَدِيثَ حَتَّى اسْتَقَرَّ فِي أَنْفُسِكُمْ وَصَدَّقْتُمْ بِهِ , فَلَئِنْ قُلْتُ لَكُمْ إِنِّي بَرِيئَةٌ لَا تُصَدِّقُونِي , وَلَئِنْ اعْتَرَفْتُ لَكُمْ بِأَمْرٍ وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَنِّي مِنْهُ بَرِيئَةٌ , لَتُصَدِّقُنِّي فَوَاللَّهِ لَا أَجِدُ لِي وَلَكُمْ مَثَلًا إِلَّا أَبَا يُوسُفَ حِينَ قَالَ : فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ ,
Aku pun berkata: Aku adalah gadis yang muda, dan aku belum banyak membaca al-Quran. Demi Allah, sesungguhnya aku tahu kalian telah mendengar berita fitnah tersebut, fitnah itu melekat di dalam diri kalian, dan kalian mempercayai fitnah tersebut. Jika aku menyatakan aku tidak bersalah, kalian tetap tidak akan mempercayai aku. Seandainya aku menyatakan aku bersalah, Allah Mengetahui bahawa aku tidak bersalah, dan Allah akan membenarkan apa yang aku katakan. Demi Allah, aku tidak mendapati antara aku dan kalian melainkan seperti keadaan ayah Nabi Yusuf ketika dia berkata: Sabar itu indah. Allah lah tempat memohon pertolongan daripada segala apa yang mereka sifatkan.
ثُمَّ تَحَوَّلْتُ وَاضْطَجَعْتُ عَلَى فِرَاشِي وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَنِّي حِينَئِذٍ بَرِيئَةٌ , وَأَنَّ اللَّهَ مُبَرِّئِي بِبَرَاءَتِي , وَلَكِنْ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ أَظُنُّ أَنَّ اللَّهَ مُنْزِلٌ فِي شَأْنِي وَحْيًا يُتْلَى لَشَأْنِي فِي نَفْسِي كَانَ أَحْقَرَ مِنْ أَنْ يَتَكَلَّمَ اللَّهُ فِيَّ بِأَمْرٍ , وَلَكِنْ كُنْتُ أَرْجُو أَنْ يَرَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّوْمِ رُؤْيَا يُبَرِّئُنِي اللَّهُ بِهَا ,
Kemudian aku mengubah posisi kedudukan aku, dan aku berbaring di atas katil ku. Allah Mengetahui bahawa aku tidak bersalah, dan Allah akan membebaskan aku daripada fitnah itu. Tetapi, demi Allah, aku tidak pernah menyangka Allah akan menurunkan wahyu berkaitan dengan hal aku kerana aku berasa tidak layak untuk Allah membicarakan hal aku di dalam wahyu. Akan tetapi aku berharap agar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melihat di dalam tidur atau mimpinya bahawa Allah telah membebaskan aku daripada fitnah itu.
فَوَاللَّهِ مَا رَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَجْلِسَهُ وَلَا خَرَجَ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ حَتَّى أُنْزِلَ عَلَيْهِ , فَأَخَذَهُ مَا كَانَ يَأْخُذُهُ مِنَ الْبُرَحَاءِ حَتَّى إِنَّهُ لَيَتَحَدَّرُ مِنْهُ مِنَ الْعَرَقِ مِثْلُ الْجُمَانِ , وَهُوَ فِي يَوْمٍ شَاتٍ مِنْ ثِقَلِ الْقَوْلِ الَّذِي أُنْزِلَ عَلَيْهِ , قَالَتْ : فَسُرِّيَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَضْحَكُ فَكَانَتْ أَوَّلَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا أَنْ قَالَ : ” يَا عَائِشَةُ أَمَّا اللَّهُ فَقَدْ بَرَّأَكِ ” ,
Demi Allah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak bergerak pun daripada tempat duduknya, begitu juga ahli keluarfa lain, tiada seorang pun yang keluar sehinggalah wahyu diturunkan kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menerima wahyu tersebut sebagaimana kebiasaan baginda menerimanya dalam keadaan yang sangat berat dengan menitiskan air peluh seperti butiran mutiara, padahal hari itu adalah musim dingin. Ini kerana beratnya wahyu yang diturunkan kepada beliau. ‘Aisyah berkata: Kelihatan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan cerita dan ketawa. Perkataan pertama yang baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sebutkan ialah: Ya ‘Aisyah! Allah telah membebaskan engkau daripada fitnah itu.
قَالَتْ : فَقَالَتْ لِي أُمِّي قُومِي إِلَيْهِ , فَقُلْتُ وَاللَّهِ لَا أَقُومُ إِلَيْهِ فَإِنِّي لَا أَحْمَدُ إِلَّا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ , قَالَتْ : وَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ سورة النور آية 11 الْعَشْرَ الْآيَاتِ , ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ هَذَا فِي بَرَاءَتِي ,
Lalu ibu ku berkata kepadaku: Bangunlah untuk menemui baginda.Aku berkata: Demi Allah, aku tidak akan berdiri kepadanya dan aku tidak akan memuji siapapun selain Allah ‘azza wajalla. Maka Allah menurunkan wahyunya: Sesungguhnya orang-orang yang menyebarkan berita bohong di antata kalian adalah masih golongan kalian juga…” (An-Nuur: 11) dan seterusnya sebanyak sepuluh ayat. Kemudian turun ayat yang memebaskan aku daripada fitnah itu.
 قَالَ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ : وَكَانَ يُنْفِقُ عَلَى مِسْطَحِ بْنِ أُثَاثَةَ لِقَرَابَتِهِ مِنْهُ وَفَقْرِهِ , وَاللَّهِ لَا أُنْفِقُ عَلَى مِسْطَحٍ شَيْئًا أَبَدًا بَعْدَ الَّذِي قَالَ لِعَائِشَةَ مَا قَالَ , فَأَنْزَلَ اللَّهُ : وَلا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ إِلَى قَوْلِهِ غَفُورٌ رَحِيمٌ سورة النور آية 22 قَالَ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ : بَلَى وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لِي فَرَجَعَ إِلَى مِسْطَحٍ النَّفَقَةَ الَّتِي كَانَ يُنْفِقُ عَلَيْهِ وَقَالَ : وَاللَّهِ لَا أَنْزِعُهَا مِنْهُ أَبَدًا ,,
Abu Bakar As-Siddiq yang selalu membiayaai kehidupab Misthah bin Usasah kerana hubungan kekeluargaan dan kemiskinannya: Demi Allah, setelah ini aku tidak akan lagi memberi nafkah kepada Misthah untuk selamanya selepas apa yang dia telah katakan kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha. Kemudian Allah menurunkan ayat; “Dan janganlah orang-orang yang memiliki kelebihan dan kelapangan diantara kalian bersumpah untuk tidak lagi memberikan kepada …..hingga ayat…. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nur; 22). Abu Bakar berkata: Ya, demi Allah, sungguh aku lebih mencintai bila Allah mengampuniku.Maka Abu Bakar kembali memberi nafkah kepada Misthah sebagaimana sebelumnya dan berkata: Aku tidak akan berhenti memberi nafkah kepadanya untuk selama-lamanya.”
 قَالَتْ عَائِشَةُ : وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلَ زَيْنَبَ بِنْتَ جَحْشٍ عَنْ أَمْرِي , فَقَالَ لِزَيْنَبَ : ” مَاذَا عَلِمْتِ أَوْ رَأَيْتِ ؟ ” فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحْمِي سَمْعِي وَبَصَرِي وَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ إِلَّا خَيْرًا ,
Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sa..w bertanya kepada Zainab bte al-Jahsy berkaitan diri ku ini, beliau mengajukan soalan kepada Zainab: Apa yang kalian tahu atau lihat? Zainab menjawab: Ya Rasulullah. Aku melindungi pendengaran dan penglihatan ku (daripada fitnah itu). Tidaklah aku mengetahui (mengenai ‘Aisyah) melainkan kebaikan.
قَالَتْ عَائِشَةُ : وَهِيَ الَّتِي كَانَتْ تُسَامِينِي مِنْ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَصَمَهَا اللَّهُ بِالْوَرَعِ , قَالَتْ : وَطَفِقَتْ أُخْتُهَا حَمْنَةُ تُحَارِبُ لَهَا فَهَلَكَتْ فِيمَنْ هَلَكَ ,
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Zainab merupakan pesaing ku daripada kalangan isteri-isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, tetapi Allah melindunginya dengan sifat wara’. Saudara perempuannya cuba menghasut Zainab, tetapi akhirnya saudara perempuannya dimusnahkan sebagaimana orang lain (yang terlibat dalam fitnah itu).
قَالَ ابْنُ شِهَابٍ : فَهَذَا الَّذِي بَلَغَنِي مِنْ حَدِيثِ هَؤُلَاءِ الرَّهْطِ , ثُمَّ قَالَ عُرْوَةُ : قَالَتْ عَائِشَةُ : وَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ الَّذِي قِيلَ لَهُ مَا قِيلَ لَيَقُولُ سُبْحَانَ اللَّهِ , فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا كَشَفْتُ مِنْ كَنَفِ أُنْثَى قَطُّ , قَالَتْ : ثُمَّ قُتِلَ بَعْدَ ذَلِكَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ .
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Demi Allah, lelaki yang difitnah itu (iaitu Safwan bin al-Muatthal) berkata: Maha Suci Allah! Demi Allah! Aku tidak pernah membuka hijab seorang perempuan pun. Kemudian lelaki itu terbunuh selepas itu di jalan Allah.
 صحيح البخاري»كِتَاب الْمَغَازِي»بَاب حَدِيثِ الْإِفْكِ 3851
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Hadis al-Ifk, hadis no : 3851]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *