Seminar Asam Garam Rumah Tangga

Seminar Asam Garam CP FB

PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangPenajaanPendaftaran

Apakah objektif penganjuran Seminar Asam Garam Rumah Tangga?

  1. Memahami asam garam rumah tangga nabi s.a.w secara realiti.
  2. Mempelajari bagaimana nabi s.a.w mengemui bahtera rumah tangga.
  3. Mencontohi teknik Nabi s.a.w dalam menangani konflik rumah tangga.
  4. Mencontohi teknik isteri-isteri Nabi radiallahu ‘anhum dalam menjalankan tugas sebagai isteri.
  5. Mengambil pengajaran daripada rumah tangga nabi s.a.w
  6. Menjawab tohmahan yang dilemparkan ke atas nabi s.a.w kononnya baginda pedofilia kerana mengahwini Aisyah r.a.
  7. Menjawab tohmahan kepada baginda kerana  mempunyai anak daripada hamba bernama Mariatul Qibtiyyah.
  8. Menjawab tohmahan kepada baginda bahawa baginda kaki perempuan kerana beristeri ramai.
  9. Menjawab tohmahan kononnya perkahwinan di sisi Islam memperhambakan wanita.
  10. Mengenal pasti masalah komunikasi antara suami dan isteri.
  11. Mempelajari teknik komunikasi berkesan antara suami dan isteri.

Bagi mencapai semua objektif di atas, Al Kahfi menampilkan 3 orang ilmuan yang ahli di dalam bidang masing-masing.

Sudah pasti manfaat yang sangat besar, Insya-Allah, apabila kita mengambil ilmu daripada ahlinya!

Sabtu 3 Ogos 2019

08.00 pagi                   : Pendaftaran

08.00 3agi                   : Slot 1- Ust Lukman Makhtar

  • Asam Garam Rumah Tangga Nabi s.a.w

10.30 pagi                   : Rehat

11.00 pagi                   : Slot 2- Dr. Alizi Alias

  • Komunikasi Berkesan Dalam Rumah Tangga

01.00 tengahari           : Rehat

02.15 petang               : Slot 3- Dr. Kamilin Jamilin

  • Menjawab Tohmahan Ke Atas Perkahwinan Nabi s.a.w

04.30 petang               : Bersurai

Ustaz Luqman bin Makhtar

photo_2019-06-19_11-42-33

Pendidikan:

  • Ijazah Sarjana Muda, Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak (2007)
  • Diploma Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2009)
  • Sijil Tahfiz Al-Qur’an, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak (2007)

Karier & dakwah:

  • Penulis sepenuh masa (Sekarang)
  • Ketua Editor, Telaga Biru Sdn Bhd (2018)

Karya-Karya

a. Siri X-plorasi
Siri 1: X-plorasi Surah-surah al-Quran
Siri 2: X-plorasi Cinta Rasul
Siri 3: X-plorasi Surah Al-Baqarah
Siri 4: X-plorasi Surah Ali Imran
Siri 5: X-plorasi Surah Yasin
Siri 6: X-plorasi Surah Yasin

b. Siri Solusi Hati
Siri 1: Itu Juga Jalan Kita ke Syurga
Siri 2: Ini Pun Allah Suka
Siri 3: Sekali Pun Benar Dia Pendosa
Siri 4: Sehebat Mereka

c. Asam Garam Rumah Tangga Nabi s.a.w

Siri 1

Siri 2

Dr. Alizi bin Alias

DSC_0009-edited-2-500x500

Pendidikan:

PhD, Psikologi Industri dan Organisasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarjana, Psikologi Gunaan, University of Surrey, United Kingdom.

Ijazah Sarjana Muda, Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ijazah Sarjana Muda, Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Karier & dakwah:

    • General Manager (Human Capital Division), Medic IG Holdings Sdn Bhd (2018-kini)
    • Pengerusi Psikospiritual IKRAM (P.S.I), sebuah unit yang melihat isu-isu psikologi di kalangan agensi, institusi, usrah dan ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia.
    • Ahli Panel Penilai “Agensi Kelayakan Malaysia” untuk program-program akademik dalam bidang psikologi (2010-kini)
    • (Mantan) Penolong Profesor, Jabatan Psikologi,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1996-2018)
    • (Mantan) Pelawat Akademik, Fakulti Sains Tulen dan Sains Sosial, University of Gloucestershire, United Kingdom (2012-2013)

Dr. Kamilin Jamilin

62031073_2471301879764703_467746196509687808_n

Pendidikan:

Phd, Hadis, Universiti Sains Islam Malaysia (2018)

Sarjana, Hadis, Universiti King Saud (2013)

Sarjana Muda, Hadis, Universiti Islam Madinah (2008)

Karier & Dakwah:

Pensyarah, Universiti Sains Islam Malaysia

Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis

Mudir Tahfiz Darul Sidir

Karya-Karya:

Sila Baca Jangan Tidur, Karya Bestari.

Ulama Hadis, Makhluk Asing Di Muka Bumi, PTS.

200 Soal Jawab Hadis, Karya Bestari.

Kuala Lumpur.

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangat untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemampuan.

Bagaimana mahu menaja seminar ini?

– Penaja boleh menghubungi nombor 011-5680 5645 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
– Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
– Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!


SEMINAR ASAM GARAM RUMAH TANGGA

Kita sering diberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik, pasti pernah terdetik soalan berikut:

Bagaimanakah Nabi s.a.w mengemudi bahtera rumah tangga baginda?

Apakah warna-warni kehidupan di dalam rumah tangga baginda?

Bagaimana nabi s.a.w menghadapi kerenah isteri-isteri baginda?

Anda ada soalan-soalan lain tentang rumah tangga nabi s.a.w.?

Pernahkah anda terbaca tohmahan yang dilemparkan kepada nabi s.a.w berkaitan rumah tangga baginda?

Misalnya baginda dituduh sebagai pedofilia kerana berkahwin dengan ‘Aisyah radiallahu ‘anha ketika masih kanak-kanak?

Baginda ditohmah kerana memiliki anak dengan hamba bernama Maria al-Qibtiyyah?

Anda ada apa-apa kekeliruan tentang rumah tangga nabi s.a.w yang lain?

Sudah pasti ilmu rumah tangga tidak cukup sekadar teori membaca al-Quran, dan al-Hadis. Ia perlu kepada praktikal. Antara isu yang sering dibincangkan ialah komunikasi suami isteri!

Apakah masalah komunikasi yang sering timbul antara suami dan isteri?

Bagaimanakah cara membina komunikasi yang berkesan antara suami dan isteri