Ilmuan

Seminar-seminar Al-Kahfi akan dibentangkan oleh ilmuan yang berkepakaran dalam bidang masing-masing. Di bawah merupakan sedikit info berkaitan ilmuan-ilmuan yang pernah menjadi pembentang dalam seminar anjuran Al-Kahfi.

Dr. Abdul BasitDr. Rozaimi RamleUstaz Kamilin JamilinUstaz Ahmad HasyimiUstaz Tuan Badrul HisyamUstaz Fahmi RusliUstaz Zainal AbidinUstaz Shamsul HakimUstaz Yusof ArbainDr. Abdullah YasinUstaz Fadzil KamaruddinUstaz Noor EffendiUstaz Halim HassanDr. Ibrahim NuhuUstaz Khairil AnwarUstaz Abdul Rasyid Idris

Dr Basit PNGDr. Abdul Basit bin Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Kelantan Darul Naim. Beliau dikenali dengan kunyahnya Abu Anas Madani.

Dr. Abdul Basit mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah.

Dr. Abdul Basit memperolehi ijazah sarjana muda, sarjana (master) dan doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan anak Malaysia ketiga yang berjaya memperolehi PhD daripada universiti terulung tersebut.

Dr. Abdul Basit merupakan seorang yang aktif dalam bidang dakwah melalui penulisan, kuliah-kuliah, dan pembentangan kertas kerja di seminar-seminar. Beliau juga sering muncul dalam rancangan agama di kaca televisyen.

Sekarang beliau merupakan penyelia di Pondok Sungai Durian dan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan.

Hasil penulisan beliau boleh di baca di laman blog Dr. Abdul Basith sendiri www.abuanasmadani.com

14039915_1376440195716810_1588967511348489836_n

Dr. Rozaimi Ramlee merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu’tah, Jordan.

Kemudian Dr. Rozaimi meneruskan pencarian ilmunya dengan mendalami ilmu hadis di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Dr. Rozaimi memperolehi PhD dalam bidang hadis di University Of Jordan.

Beliau merupakan seorang pendakwah yang aktif mengajar di masjid dan surau-surau dan kerap dijemput membentangkan kertas kerja di pelbagai tempat. Selain itu, Dr. Rozaimi juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa negeri Perlis.

kamilinUstaz Ahmad Kamil bin Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Minat beliau dalam bidang hadis mula bercambah apabila beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang tersebut di Universiti Islam Madinah (UIM) dan berjaya memperolehi keputusan kelas pertama pada tahun 2008.

Di atas minat yang tinggi, beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama di peringkat sarjana di Universiti Imam Al-Sa’ud, Riyadh dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang pada tahun 2013.

Kini, Ustaz Kamilin sedang menyiapkan PhD beliau dalam bidang hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau aktif dalam berkongsi ilmu sama ada melalui kuliah-kuliah, daurah, tulisan di FB mahupun dalam bentuk diskusi online di telegram. Beliau banyak memfokuskan kepada seni dalam berinteraksi dengan hadis.

Perkongsian beliau boleh dibaca di laman FB rasmi beliau https://www.facebook.com/Kamilin-Jamilin-Seni-Hadith-1743258955902336/?fref=ts

ahmadhasyimi (1)Ustaz Ahmad Hasyimi merupakan seorang pendakwah bebas yang aktif mengajar di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan imam di Masjid al-Mustaqim Ampang.

Ustaz Ahmad Hasyimi merupakan lulusan bidang hadis daripada Universiti Islam Madinah.

Beliau terkenal dengan kata-katanya yang sering menyentuh jiwa manusia, terutamanya apabila bercakap soal penyucian jiwa.

 

TuanBadrul

 

Ustaz Tuan Badrul Hisham

Pendidikan:
– Kolej Islam Sultan Alam Shah (2003)
– Darul Quran Jakim (2007)
– Undang-Undang Syariah, Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah (2012)
– Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2013)

Karier:
– Al-Rajhi Bank Malaysia (2012-2013)
– Securities Commission Malaysia (2013-Sekarang)

Kegiatan dakwah:
– Aktif mengajar di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
– Antara topik yang diajar ialah Aqidah dan Feqh.

ufm

Ustaz Muhammad Fahmi bin Rusli merupakan seorang pendakwah muda yang banyak berkongsi ilmu melalui medium kuliah-kuliah di surau-surau dan masjid-masjid. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, Perak. Kemudian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah, Perak. Ustaz Muhammad Fahmi melanjutkan pelajaran di Aal al Bayt University, Jordan dalam bidang Syariah dan menamatkan pengajian pada tahun 2015.

Kini beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Penyelidik di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

ustzainaledited

Ustaz Zainal ِAbidin bin Abdul Rahim merupakan seorang pendakwah yang muda yang mengajar di sekitar Kuala Lumpur. Antara topik yang diajar ialah feqh dan akidah. Beliau merupakan graduan pengajian Islam dari Universiti Al-Iman, Yaman. Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

img-20161102-wa0000

Ustaz Mohd Shamsul Hakim bin Abdul Samad merupakan seorang pendakwah bebas yang sering memberikan ceramah dan kuliah di masjid-masjid, institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Beliau memperolehi pendidikan khusus dalam bidang agama di peringkat diploma di Darul Quran JAKIM. Beliau memperolehi diploma dalam bidang Tahfiz Quran dan Qiraat.

Kemudian Ustaz Shamsul Hakim meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Islam Madinah dalam bidang Al-Quran dan Pengajian Islam.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin (Quran) di Universiti Malaya.

PU YusofUstaz Mohd Yusof Arbain

Pendidikan:
– Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan (Al-Quran dan As-Sunnah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Karier:
– Pengarah urusan, syarikat Quality Excellent Resources

– Konsultant dalam bidang:

  • “Quality Management”
  • “Halal Management” dan
  • “Syariah Management”

Dakwah:
– Menjadi pembentang dalam seminar-seminar ilmiah
– Mengajar di masjid-masjid dan surau-surau khususnya dalam subjek Tafsir al-Quran

 

SONY DSC

Dr. Abdullah Bin Yasin , dilahirkan pada 5hb Julai 1946 di Pulau Terong (Batam), Propinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Warganegara Malaysia sejak 1996. Beliau seorang pendakwah yang aktif dan turut bergiat di dalam dunia penulisan Islam.

 

Pendidikan Formal :

 

  • 1970 – BA – Tarbiyah (Pendidikan) dari IAIN (Institut Agama Islam Negeri) Sultan Syarif Qasim, Pekan Baru, Indonesia.
  • 1976 – LC (Al-Syeikh) – Dakwah dan Ushuluddin dari Universiti Islam Madinah, Madinah, Arab Saudi.
  • 1980 – MA – Perbandingan Ilmu Fiqh dari Universiti Imam Muhammad Ibnu Sa’ud, Riyadh, Arab Saudi.
  • 1994 – (Ph.D) – Islamic Study (Pengajian Islam) dari American Coastline Universiti, New Orleans, Louisiana.

Pengalaman Kerja :

 

  • Pendakwah di Unit Dakwah Islamic Counsellor – Kedutaan Arab Saudi, Kuala Lumpur sejak 1980 – 2009 (29 tahun).
  • Pembimbing jemaah haji Asia Tenggara semasa menjadi mahasiswa di Arab Saudi sejak 1972 – 1980.
  • Penceramah di radio Mekah dan Jeddah pada musim haji di bawah Jabatan Bimbingan Haji Arab Saudi ,1982 – 1985.
  • Pensyarah di Institut Pengajian Islam Perlis ( IPTIPs ) sejak Jun 2006 – Julai 2009.

 

Karya Penulisan :

 

  1. Menulis lebih tiga puluh buku agama dalam pelbagai topik.
  2. Tiga jilid Kitab Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
  3. Sebelas Juz Tafsir Al-Quran Al-Karim ( Tafsir Al-Furqan )
  4. Enam Jilid Kitab Ke Arah Memahami Al-Quran dan Al-Hadis
  5. Sedang menulis Kitab Al-Asmaa’ Al-Husnaa.

DSC_0032

Ustaz Fadzil Kamaruddin merupakan pengasas Tahfiz al-Quran Al-Wildan di Gombak. Beliau mendapat pendidikan di Pakistan dan Universiti Islam Madinah.

Kini beliau merupakan pendakwah bebas yang aktif mengajar di surau, masjid dan pejabat-pejabat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Antara topik-topik yang sering beliau bentangkan ialah tafsir al-Quran, al-Hadis, aqidah dan akhlak.

ustazefendi

Ustaz Noor Effendi merupakan pengasas Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur.

Beliau mendapat pendidikan di Madrasah Tahfiz al-Quran Batu Pahat, kemudian menyambung pengajian di Karachi Pakistan bermula tahun 1992 sehingga 1999.

Pada tahun 2000, Ustaz Noor Effendi melanjutkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Madinah pada tahun 2002 hingga 2006. Beliau juga mengambil sanad al-Quran di Mesir pada tahun 2010 dan mendalami Feqh Mazhab Syafie di Yaman pada tahun 2011.

usthalimhasan

Ustaz Halim Hassan

Beliau merupakan seorang pendakwah bebas yang aktif mengajar di Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau mendapat pendidikan awal di beberapa pondok di utara Semenanjung Malaysia dan kemudiannya menyambung pengajian di Iraq.

Beliau sering memberikan contoh-contoh yang dekat kepada masyarakat agar isi yang disampaikan mudah difahami. Seorang yang kelakar, tetapi seringkali jenakanya membuatkan yang mendengar berfikir. Di sebalik gaya santainya, Ustaz Halim Hassan seorang yang tegas dan berterus terang dalam menyampaikan ilmu.

Dr. Ibrahim Nuhu dilahirkan dan dibesarkan di Nigeria. Beliau seorang yang sangat mesra kepada kanak-kanak. Oleh kerana itu beliau memulakan kariernya dalam bidang pendidikan sebagai guru besar di Raudatul Quran, sebuah sekolah yang terletak di Kaduna, Nigeria. Tidak lama kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Madinah, Arab Saudi.

Di Madinah, beliau berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam Syariah dengan cemerlang. Pengembaraan ilmunya tidak berakhir di situ, Dr. Ibrahim Nuhu menyambung pengajiannya di peringkat Postgraduate Diploma di universiti yang sama dalam bidang Perundangan Islam dan Sains Politik Islam. Kemudian, Dr. Ibrahim Nuhu menyambung pengajian di peringkat sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Syariah dan Undang-Undang Sivil di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Dr. Ibrahim Nuhu juga bergerak aktif melakukan dakwah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

MKA

Ustaz Mohd Khairil Anwar bin Abdul Latiff merupakan seorang pendakwah muda yang aktif mengajar di surau dan masjid.

Beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidalam Fiqh dan Usul al-Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak. Tamat pengajian sarjana mudanya, beliau menyambung pula pengajian di peringkat sarjana dalam bidang hadis di universiti yang sama.

Sekarang, Ustaz Mohd Khairil Anwar atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz MKA sedang berkhidmat sebagai kaunselor di Institut Jantung Negara (IJN).

Selain daripada memberikan kuliah, Ustaz turut aktif dalam membentangkan kertas kerja dalam seminar-seminar yang disertai.

Ustaz Mohd Khairil Anwar turut menjadikan penulisan sebagai salah satu medium dakwahnya. Buku pertama beliau yang diterbitkan ialah Amalan Berzikir : Antara Sunnah dan Rekaan Manusia. Selain daripada itu, beliau juga aktif menulis artikel di dalam akhbar Sinar Harian.

ustrasyidUstaz Abdul Rasyid Idris dilahirkan di selangor pada tahun 1974. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan. Kemudian melanjutkan pelajaran ke the University of Jordan, Amman, Jordan dan memperolehi B.A. (Hons) di dalam jurusan bahasa dan kesusasteraan arab.

Beliau juga memperolehi diploma pendidikan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Seterusnya beliau mengikuti pelajaran di Universiti Sains Malaysia dan memperolehi M.A. Di dalam tamadun (falsafah dan pemikiran islam).

Di dalam bidang al-qur’an, beliau mempunyai sijil al-qur’an dan sanad riwayat al-Hafs ‘an ‘Asim daripada Sheikh Ibrahim Rumahnah, Masjid Universiti of Jordan.

Memulakan kerjaya sebagai seorang guru kemahiran al-qur’an di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar, Perak.

Beliau merupakan seorang pendakwah bebas yang aktif mengajar di masjid-masjid dan surau-surau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *