Author Archives: alkahfi

Bagaimana Berwudhu Dengan Anggot Badan Berbalut?

tangan berbalut

Bagaimana jika anggota badan berbalut?

Terdapat beberapa hadis berkaitan hal ini akan tetapi kesemuanya adalah dhaif.

عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : خَرَجْنَا فِي سَفَرٍ فَأَصَابَ رَجُلًا مِنَّا حَجَرٌ فَشَجَّهُ فِي رَأْسِهِ ثُمَّ احْتَلَمَ ، فَسَأَلَ أَصْحَابَهُ ، فَقَالَ : هَلْ تَجِدُونَ لِي رُخْصَةً فِي التَّيَمُّمِ ؟ فَقَالُوا : مَا نَجِدُ لَكَ رُخْصَةً وَأَنْتَ تَقْدِرُ عَلَى الْمَاءِ ، فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ . فَلَمَّا قَدِمْنَا عَلَى النَّبِيِّ ﷺ أُخْبِرَ بِذَلِكَ ، فَقَالَ : ” قَتَلُوهُ قَتَلَهُمُ اللَّهُ ، أَلَا سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا ، فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ ، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِرَ أَوْ يَعْصِبَ شَكَّ مُوسَى عَلَى جُرْحِهِ خِرْقَةً ثُمَّ يَمْسَحَ عَلَيْهَا وَيَغْسِلَ سَائِرَ جَسَدِهِ

Daripada Jabir radiallahu ‘anhu, kami keluar dalam satu musafir, lalu salah seorang daripada kami kepalanya terkena batu lalu tercedera, kemudian lelaki ini mengalami mimpi basah. Dia bertanya kepada sahabatnya: Adakah ada rukhsah untuk aku bertayamum? Mereka menjawab: Kami tidak melihat adanya keringanan untuk engkau, dan engkau mampu menggunakan air. Lalu dia pun mandi wajib lalu mati. Apabila mereka tiba bertemu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda diberitahu tentang hal itu lalu baginda berkata: Mereka telah membunuhnya, mereka telah membunuhnya. Hendaklah mereka bertanya jika tidak tahu. Ubat kepada kebodohan ialah bertanya. Sesungguhnya cukup untuk dia bertayamum dan membalut atas lukanya, kemudian menyapu di atas balutan itu, kemudian membasuh seluruh tubuhnya [Sunan Abi Daud, Kitab at-Thaharah, hadis no: 284]

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ: انْكَسَرَتْ إِحْدَى زَنْدَيَّ، فَسَأَلْتُ النَّبِيِّ – ﷺ -، فَأَمَرَنِي أَنْ أَمْسَحَ عَلَى الْجَبَائِرِ

Maksudnya: Daripada ‘Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu berkata: Salah satu lenganku patah, lalu aku bertanya kepada nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu baginda menyuruh aku menyapu di atas balutannya. [Sunan Ibn Majah, Abwab Al-Tayammum, no: 657].

Riwayat Ali bin Abi Talib di atas sangat dhaif, bahkan para ulama hadis sepakat dengan kedhaifannya kerana padanya terdapat perawi bernama Amru bin Khalid yang merupakan seorang Kazzab di sisi Imam Ahmad dan lain-lain. Riwayat Jabir adalah lebih kuat akan tetapi ia jua dhaif. Imam al-Baihaqi menyatakan kesemua riwayat dalam bab ini adalah tidak sahih.[1]

Selain itu terdapat riwayat yang mawquf yang sahih daripada Ibn ‘Umar.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ : ” مَنْ كَانَ لَهُ جُرْحٌ مَعْصُوبٌ عَلَيْهِ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْعَصَائِبِ , وَيَغْسِلُ مَا حَوْلَ الْعَصَائِبِ ” .

Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhum berkata: Sesiapa yang ada luka yang dibalut, maka berwudhulah dan sapulah di atas balutan itu, dan basuhlah di bahagian sekeliling balutan itu. [Al-Sunan Al-Kubra, Jima’ Abwab Al-Tayammum, no: 1079].

Walaupun riwayat-riwayat ini dhaif, akan tetapi ia diqiaskan dengan menyapu di atas khuf, dan jika orang yang tanpa keuzuran dibenarkan menyapu di atas khuf, maka lebih utama lagi orang yang berbalut disebabkan keuzuran untuk diberikan keringanan ini.[2]

Tatacara menyapu di atas balutan[3]

  • Membasuh bahagian yang tidak berbalut.
  • Menyapu keseluruhan pembalut yang membaluti anggota wudhu.
  • Bertayamum apabila sampai kepada bahagian yang berbalut itu.
  • Solat itu perlu diqadha apabila berlaku salah satu perkara berikut:[4]
    • Apabila dibalut dalam keadaan tidak bersuci.
    • Balutan itu menutupi kawasan tayamum.
    • Apabila balutan itu melebihi kawasan yang cedera.

Apa yang disebutkan di atas adalah berdasarkan fiqh mazhab Syafie. Akan tetapi ia akan menimbulkan keberatan kepada yang sakit untuk mengqadha solat dalam jumlah yang banyak kerana kebiasannya balutan dipakaikan oleh petugas perubatan di hospital dan pesakit mungkin dalam keadaan tidak bersuci.

Dr. Wahbah al-Zuhaily menyatakan: Ulama-ulama mazhab Hanafi dan Maliki tidak mensyaratkan untuk memakai jabirah/pembalut dalam keadaan suci. Sama sahaja sama ada memakainya dalam keadaan sudah bersuci atau belum. Dibenarkan menyapu di atas pembalut itu dan tidak perlu diulangi solat tersebut apabila solat kerana ia sah untuk menolak kesukaran. Pendapat ini lebih diterima akal kerana pembalut itu biasanya dipasang secara tiba-tiba, maka mensyaratkan untuk dipasang dalam keadaan bersuci akan membawa kepada kesusahan dan kesukaran.[5]

Begitu juga di sisi mazhab Hanafi dan Maliki, tidak perlu bertayamum kerana sapuan di atas balutan sudah menggantikan basuhan. Manakala mazhab Hanbali memperincikan seandainya balutan itu melebihi kadar saiz keperluan, maka wajib tayamum, jika tidak, maka tidak perlu tayamum.[6]

Adapun menurut mazhab al-Zahiri, cukup sekadar bersuci pada anggota yang tidak berbalut, dan tidak perlu menyapu di atas balutan atau tayamum kerana hadis-hadisnya dhaif. Mereka menolak qias dengan hukum menyapu di atas khuf kerana qias bukan hujah di sisi mazhab Zahiri. Bahkan kata Ibn Hazm jika qias adalah hujah sekalipun, tetapi qias menyapu di atas balutan dengan menyapu di atas khuf adalah salah kerana menyapu di atas khuf hukumnya harus sahaja, sedangkan ulama yang mengqiaskan menyatakan menyapu di atas jabirah/balutan adalah wajib. Bahkan menyapu di atas khuf ada batas waktu, sedangkan tiada batas waktu menyapu di atas balutan. Ibn Hazm juga menolak hujah dengan perbuatan Ibn Umar kerana perbuatan sahabat bukan dalil. [7]

[1] Al-Baihaqi, Al-Sunan Al-Kubra, 1/349.

[2] Az-Zuhaily, Al-Fiqh Al-Islami, 1/441.

[3] Al-Fiqh Al-Manhaji, 1/68.

[4] Al-Fiqh Al-Manhaji, 1/70.

[5] Az-Zuhaily, Al-Fiqh Al-Islami, 1/444.

[6] Az-Zuhaily, Al-Fiqh Al-Islami, 1/447.

[7] Ibn Hazm, Al-Muhalla, 1/317-318.

Seminar Nama-Nama Allah

Cover-Photo
PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangLokasi ProgramPenajaanPendaftaran

SEMINAR NAMA-NAMA ALLAH

Adakah anda ingin mengetahui bagaimanakah kaedah memahami nama-nama Allah mengikut metodologi Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jamaah?

Adakah Allah hanya mempunyai 99 nama sahaja?

Apakah maksud siapa yang menghafaz 99 nama Allah akan masuk syurga?

Sahihkah senarai nama-nama Allah yang sering dinasyidkan oleh kanak-kanak sekolah?

Apakah kesan beriman dengan nama-nama Allah?

Apakah kepentingan mengenali nama-nama Allah?

Bagaimana mahu mengaplikasi nama-nama Allah dalam kehidupan seharian.Seminar-Nama-nama-Allah

Sabtu 13 APRIL 2019

08.15 pagi                   : Pendaftaran

09.00 pagi                   : Slot 1- Ustaz Adli Saad

  • Kepentingan Memahami Nama-Nama Allah
  • Kaedah-Kaedah Memahami Nama-Nama Allah

10.30 pagi                   : Rehat

10.45 pagi                   : Slot 2- Ustaz Adli Saad

  • Kaedah-Kaedah Memahami Nama-Nama Allah

01.00 tengahari           : Rehat

02.00 petang               : Slot 3- Ustaz Abdullah Bukhari

  • Tadabbur Nama-Nama Allah

03.30 petang               : Rehat

03.45 petang               : Slot 4- Ustaz Abdullah Bukhari

  • Tadabbur Nama-Nama Allah

05.00 petang               : Bersurai

abdullah bukhari 3

Ustaz Abdullah Bukhari

Pendidikan:

– Diploma, Tahfiz al-Quran, Darul Quran.

– Ijazah Sarjana Muda, Usuluddin (Al-Quran dan As-Sunnah), Universiti Malaya.

– Ijazah Sarjana, Tafsir al-Quran, Universiti Malaya.

Karier & dakwah:

– Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

– Mengajar di masjid-masjid dan surau-surau.

–  Menulis buku-buku dan artikel dalam akhbar

 

ust adli saad

 

 

Ustaz Adli Mohd Saad

Pendidikan:

Ustaz Adli Mohd Saad pernah menuntut ilmu di Yaman selama beberapa tahun. Antara guru beliau ialah Syeikh Abdul Majid Az-Zindani.

Karier & dakwah:

– Eksekutif Dakwah & Kurikulum Yayasan Ta’lim

– Pendakwah bebas. Mengajar di masjid, surau, dan pusat-pusat pengajian

– Aktif menterjemah kitab-kitab arab ke dalam Bahasa Malaysia

Kuala Lumpur.

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangat untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemampuan.

Bagaimana mahu menaja seminar ini?

– Penaja boleh menghubungi nombor 011-5680 5645 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
– Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
– Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!


Seminar Fiqh Musafir

Fiqh-Musafir
PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangLokasi ProgramPenajaanPendaftaran

SEMINAR FIQH MUSAFIR!

FIQH OF TRAVELLER!

Al-Kahfi datang lagi membawakan seminar ilmiah untuk seluruh masyarakat.

Sebuah tajuk yang jarang diseminarkan sedangkan terlalu banyak isu berkaitan dengan fiqh musafir khususnya apabila pergi ke negara bukan Muslim!

Bagaimana mahu memilih makanan halal?

Bagaimana dengan status sembelihan orang Kristian/Yahudi?

Belum lagi fenomena traveller backpacker. Apa hukum-hakamnya? Bagaimana dengan penglibatan wanita sebagai pelancong backpacker?

Bagaimana dengan ibadah ketika musafir? Ketika dalam kapal terbang?

Bagaimana penentuan hari puasa, raya dan waktu solat?

Fiqh-Musafir

Sabtu 23 Februari 2019

08.15 pagi                   : Pendaftaran

09.00 pagi                   : Slot 1- Ustaz Zainal Abidin

10.30 pagi                   : Rehat

10.45 pagi                   : Slot 2- Ustaz Zainal Abidin

01.00 tengahari           : Rehat

02.00 petang               : Slot 3- Dr. Rozaimi Ramlee

03.30 petang               : Rehat
03.45 petang               : Slot 4- Dr. Rozaimi Ramlee

05.00 petang               : Bersurai

dr rozaimi poster

Dr. Rozaimi Ramlee merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu’tah, Jordan.

Kemudian Dr. Rozaimi meneruskan pencarian ilmunya dengan mendalami ilmu hadis di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Dr. Rozaimi memperolehi PhD dalam bidang hadis di University Of Jordan.

Beliau merupakan seorang pendakwah yang aktif mengajar di masjid dan surau-surau dan kerap dijemput membentangkan kertas kerja di pelbagai tempat. Selain itu, Dr. Rozaimi juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa negeri Perlis.

ust zainal 3

Ustaz Zainal Abidin bin Abdul Rahim merupakan seorang pendakwah yang muda yang mengajar di sekitar Kuala Lumpur. Antara topik yang diajar ialah feqh dan akidah. Beliau merupakan graduan pengajian Islam dari Universiti Al-Iman, Yaman. Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kuala Lumpur.

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Cetakan bahan bertulis

 

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangat untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemampuan.

Bagaimana mahu menaja seminar ini?

– Penaja boleh menghubungi nombor 011-5680 5645 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
– Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
– Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!


Sunnahkah Solat Sunat Sebelum Jumaat

Solat sunat sebelum dan selepas solat Jumaat

Ulama berbeza pendapat kerana tidak wujud nas dalam hal ini. Di dalam mazhab al-Syafie disunatkan solat sunat sebelum Jumaat kerana diqiaskan dengan solat sunat sebelum Zuhur.[1]

Ini juga berdasarkan hadis umum berbunyi:

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ـ ثُمَّ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ ـ لِمَنْ شَاءَ ‏”‏‏.‏

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mughaffal radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Di antara dua azan adanya, setiap dua azan adanya solat, kemudian pada kali ketiga baginda menyebutkan: Untuk sesiapa yang mahu mendirikannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, no: 627].

Imam at-Tirmizi meriwayatkan dalam sunannya:

وَرُوِيَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّهُ كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ الْجُمُعَةِ أَرْبَعًا وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا ‏.‏

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu bahawa beliau mendirikan solat sebelum Jumaat sebanyak empat rakaat dan selepasnya empat rakaat. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Jumu’ah, Bab Ma Jaa Fi as-Solat Qabla al-Jumu’ah wa Ba’daha, no: 523]

Imam An-Nawawi berkata dalam Al-Majmu’:

وأما السنة قبلها فالعمدة فيها حديث عبد الله بن مغفل المذكور في الفرع قبله { بين كل أذانين صلاة } والقياس على الظهر وأما حديث ابن عباس في سنن ابن ماجه أن النبي صلى الله عليه وسلم { كان يصلي قبل الجمعة أربعا لا يفصل في شيء منهن } فلا يصح الاحتجاج به ; لأنه ضعيف جدا ليس بشيء ، وذكر أبو عيسى الترمذي أن عبد الله بن مسعود كان يصلي قبل الجمعة أربعا وبعدها أربعا وإليه ذهب سفيان الثوري وابن المبارك

Adapun solat sunat sebelumnya, yang menjadi tunjang kepadanya ialah hadis Abdullah bin Mughaffal yang telah disebutkan sebelum ini (Antara setiap dua azan adanya solat) dan qias kepada solat Zuhur. Adapun hadis Ibnu ‘Abbas dalam Sunan Ibnu Majah bahawa baginda mendirikan solat sebelum Jumaat sebanyak empat rakaat tanpa memisahkan antara rakaat tersebut adalah tidak boleh dibawa berhujah kerana ia sangat lemah. Imam at-Tirmizi menyatakan bahawa Abdullah bin Mas’ud mendirikan solat empat rakaat sebelum dan selepas Jumaat dan ini ialah pendapat Sufyan at-Tsauri dan Ibnu al-Mubarak.

Untuk solat selepas Jumaat pula berdasarkan hadis-hadis berikut:

Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata:

وَكَانَ لاَ يُصَلِّي بَعْدَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَنْصَرِفَ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ‏.‏

Maksudnya: Baginda s.a.w tidaklah mendirikan solat selepas Jumaat sehinggalah baginda telah bersurai (meninggalkan masjid), lalu baginda mendirikan solat 2 rakaat. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jum’ah, no: 937]

عَنْ أَبِي، هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمُ الْجُمُعَةَ فَلْيُصَلِّ بَعْدَهَا أَرْبَعًا ‏”‏ ‏.‏

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia solat 4 rakaat selepasnya. [Sahih Muslim, Kitab al-Jum’ah, no: 881].

Adapun hadis-hadis yang menyatakan nabi s.a.w solat sebelum solat Jumaat semuanya adalah tidak sahih.

Imam Al-Iraqi berkata:

لم ينقل عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أنه كان يصلي قبل الجمعة لأنه كان يخرج إليها فيؤذن بين يديه ثم يخطب

Tidak dinukilkan daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda mendirikan solat sebelum Jumaat. Ini kerana baginda keluar untuk mendirikan solat lalu terus dilaungkan azan kemudian baginda berkhutbah.[2]

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

وأما سنة الجمعة التي قبلها فلم يثبت فيها شيء

Adapun solat sunat sebelum Jumaat, tiada langsung yang tsabit.[3]

[1] An-Nawawi, Al-Majmu’, 3/349.

[2] Al-Syaukani, Nailul Awthar, 3/312.

[3] Ibn Hajar, Fathul Bari, 2/346.

Seminar Fiqh Jenazah

Fiqh-Jenazah-Square4
PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangLokasi ProgramPenajaanPendaftaran

Assalamualaikum.

Apakah yang akan diperolehi (Insya-Allah) oleh peserta-peserta SEMINAR FIQH JENAZAH?

  • Memahami etika dan adab ketika menziarahi orang sakit dan orang yang meninggal dunia
  • Mengetahui kewajipan yang perlu ditunaikan kepada si mati
  • Memahami hukum menguruskan jenazah
  • Mengetahui tatacara memandikan, mengkafani dan mensolatkan jenazah
  • Memotivasi ahli keluarga untuk menguruskan sendiri jenazah
  • Memahami apakah amalan yang bermanfaat untuk si mati

SEMINAR FIQH JENAZAH
Tarikh: Sabtu 1 Disember 2018
Lokasi: Kuala Lumpur
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang.
Pembentang: Ustaz Zainal Abidin dan Ustaz Mursyid al-Amie
Yuran: Awam RM70 / Pelajar RM50
*Peserta akan menerima nota
Sebarang pertanyaan, hubungi 011-5680 5645

Fiqh-Jenazah-Square4

Sabtu 1 Disember 2018

08.15 pagi                   : Pendaftaran

09.00 pagi                   : Slot 1- Ustaz Mursyid al-Amien
Adab menziarahi orang sakit dan nazak
Apa perlu dilakukan apabila berlaku kematian

10.30 pagi                   : Rehat/Minum pagi

10.45 pagi                   : Slot 2- Ustaz Mursyid al-Amien
Tatacara mengkafankan jenazah
Tatacara mandi jenazah

01.00 tengahari           : Rehat/Makan tengahari/Solat Zuhur

02.00 petang               : Slot 3- Ustaz Zainal Abidin
Tatacara solat jenazah
Tatacara pengebumian jenazah

03.30 petang               : Rehat
03.45 petang               : Slot 4- Ustaz Zainal Abidin
Adab ke kubur
Antara adat dan syariat

05.00 petang               : Bersurai

 

 

Ustaz-Mursyid

 

Ustaz Mursyid al-Amien merupakan seorang tenaga pengajar di Pondok Moden Al-‘Abaqirah, Kuala Lumpur. Beliau merupakan lulusan sarjana muda bidang Syariah daripada Universiti Islam Madinah. Sebelum ke Madinah, beliau sempat belajar di University of Jordan selama 5 semester. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, Gombak. Beliau aktif mengajar terutamanya dalam subjek Fiqh dan Usul al-Fiqh kepada mahasiswa di UIA Gombak. Beliau juga aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau sekitar negeri Kelantan serta mengisi slot daurah berkaitan fiqh dan tafsir.

 

ust zainal 3

Ustaz Zainal Abidin bin Abdul Rahim merupakan seorang pendakwah muda yang mengajar di sekitar Kuala Lumpur. Antara topik yang diajar ialah feqh dan akidah. Beliau merupakan graduan pengajian Islam dari Universiti Al-Iman, Yaman. Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kuala Lumpur.

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Catering

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangan untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemuan

Bagaimana mahu menaja seminar ini?

– Penaja boleh menghubungi nombor 011-5680 5645 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
– Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
– Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!


Amalan Di Bulan Muharram

muharram

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ ‏”‏ ‏.‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Fadhl Sawm al-Muharram, hadis no : 1163]

Muharram VS Sya’ban ? Read more

Seminar Fiqh Wanita 2018

WSDPFW2
PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangLokasi ProgramPenajaanPendaftaran

Apakah keistimewaan yang ada dalam Seminar Fiqh Wanita Kontemporari 2018?

Ia merupakan gabungan 2 disiplin ilmu iaitu fiqh dan sains perubatan. Seminar ini akan memfokuskan kepada fiqh taharah/bersuci wanita daripada sudut fiqh dan sains.

Hubungan sains perubatan dan fiqh taharah wanita sangat rapat kerana terdapat banyak perkara-perkara ‘misteri’ berkaitan fiqh taharah wanita yang perlu dirungkaikan. Antara isu-isu tersebut ialah:

  • Bagaimana membezakan antara darah haidh dan istihadah. Sudut pandang ulama fiqh dan sains perubatan.
  • Adakah wanita yang mengandung di datangi haidh?
  • Nabi s.a.w menyatakan wanita turut mempunyai air mani. Bagaimana mahu mengenali air mani wanita?
  • Keputihan; ia najis atau tidak? Adakah ia keluar daripada saluran air kencing?
  • Darah yang keluar ketika hampir masa untuk melahirkan anak. Adakah itu darah nifas?
  • Berapa lamakah tempoh normal untuk seorang wanita tidak mengalami haidh selepas bersalin?
  • Kentut faraj? Adakah ia membatalkan wudhu? Dari mana datangnya angin yang keluar dari faraj ini?

Di atas merupakan antara isu-isu yang akan disentuh dalam Seminar Fiqh Wanita Kontemporari 2018 ini.

Fiqh Wanita

 

Dr. Norhasliza Ahmad Fauzi Ustazah Nor Faezah Hassan
Sains perubatan Hukum-hakam fiqh

Haidh

·       Apakah umur yang normal untuk seseorang mula mengalami haidh?

·       Apakah punca seseorang terlalu awal atau lewat mula mengalami haidh?

·       Berapakah bilangan hari haidh yang normal dan tidak normal menurut sudut perubatan

·       Punca seseorang tidak mengalami haidh langsung.

·       Punca seseorang mengalami haidh tidak teratur.

·       Apakah umur paling muda mengalami haidh menurut ulama fiqh?

·       Apakah umur dikira baligh bagi perempuan jika tidak mengalami haidh?

·       Apakah jumlah hari minima dan maksima untuk haidh dan suci?

·       Bagaimanakah cara pengiraan haidh bagi haidh yang terputus-putus?

·       Apakah ibadah yang dibenarkan dan dilarang ketika haidh?

·       Apakah batas hubungan suami isteri ketika haidh?

Istihadah

·       Apakah maksud istihadah daripada sudut perubatan?

·       Bagaimana membezakannya dengan haidh menurut sudut sains perubatan?

·       Apakah kesan kepada kesihatan wanita yang mengalami istihadah?

·       Bagaimanakah cara merawat daripada mengalami istihadah?

·       Apakah status wanita istihadah?

·       Bagaimanakah cara wanita istihadah bersuci?

·       Bagaimanakah cara wanita istihadah beribadah?

·       Bagaimanakah membezakan darah istihadah dan haidh menurut al-Quran, al-Sunnah dan huraian ulama.

·       Apakah batas hubungan suami isteri ketika istihadah?

Air mani wanita

·       Adakah wanita mempunyai air mani?

·       Apakah beza air mani wanita dengan lelaki?

·       Apakah ciri-cirinya?

·       Adakah hadis menyatakan wanita mempunyai air mani sahih?

·       Apakah ciri-ciri mani wanita menurut ulama fiqh?

·       Adakah ia najis?

·       Adakah wajib mandi jika mani keluar bukan kerana hubugan seksual?

Cecair yang keluar daripada wanita/ Ruthubaat al-Faraj

·       Apakah cecair-cecair yang keluar daripada wanita selain air kencing, mani, dan mazi?

·       Apakah punca-puncanya?

·       Apakah status cecair selain air kencing, mani, mazi? Najis atau suci?

·       Adakah ia membatalkan wudhu?

Keputihan

·       Dari salur mana ia keluar?

·       Adakah ia normal atau ia petanda sesuatu penyakit?

·       Adakah ia akan memberi kesan kepada pasangan?

·       Adakah ia najis?

·       Adakah ia membatalkan wudhu?

 

Darah ketika hamil

·       Adakah wanita yang hamil mengalami haidh menurut sains perubatan?

·       Kenapakah ada darah keluar dalam tempoh hamil?

·       Apakah pendapat fuqaha’ tentang darah yang keluar ketika hamil?

Nifas

·       Berapakah tempoh normal untuk seseorang wanita mempunyai darah nifas selepas bersalin?

·       Adakah wanita yang bersalin melalui pembedahan mempunyai darah nifas?

·       Apakah kesan kepada kesihatan jika suami isteri melakukan hubungan seksual ketika isteri nifas?

·       Berapakah tempoh biasa untuk wanita yang melahirkan anak untuk tidak mengalami haidh?

·       Adakah darah yang keluar ketika hampir bersalin dikira nifas?

·       Apakah hukum-hakam ibadah untuk wanita nifas?

·       Apakah batas hubungan suami isteri ketika nifas?

·       Berapakah tempok maksima dan minima mengalami nifas mengikut sudut pandang fuqaha?

·       Apakah itu mandi wiladah? Apa bezanya dengan nifas?

·       Adakah wanita yang keguguran anak atau melahirkan anak tanpa ada darah nifas wajib mandi?

Kentut Faraj

·       Apakah punca seseorang wanita keluar angin daripada farajnya? ·       Adakah angin yang keluar dari faraj membatalkan wudhu?

Sabtu 15 September 2018
08.15 pagi           : Pendaftaran

09.00 pagi           : Slot 1-  Dr. Norhasliza Ahmad Fauzi

10.30 pagi           : Rehat

10.45 pagi           : Slot 2- Dr. Norhasliza Ahmad Fauzi

12.00 tengahari    : Slot 3- Ustazah Nor Faezah Hassan

01.15 tengahari    : Rehat

02.15 petang       : Slot 4- Ustazah Nor Faezah Hassan

03.00 petang       : Rehat

03.45 petang       : Slot 5- Ustazah Nor Faezah Hassan

05.00 petang       : Bersurai

Ustazah Nor Faezah Hassan

Ustazah Nor Faezah Hassan

Pendidikan:

Sarjana Muda, Quran dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Sarjana, Quran dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Karier:

Pegawai di Institut Sunnah dan Irsyad (ISNAD) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Aktiviti kemasyarakatan:

Aktif mengajar di sekitar negeri Perlis khususnya untuk Muslimah.

dr hasliza

Dr. Norhasliza Binti Ahmad Fauzi

Pendidikan:

Ijazah kedoktoran (MBBS) daripada Monash University, Australia.

Karier:

Pegawai perubatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O & G), Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).

Aktiviti kemasyarakatan:

Aktif dalam aktiviti dakwah bersama NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Dewan Kuliah 2, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

fcsit

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Catering

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangan untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemuan

Bagaimana mahu menaja seminar ini?

– Penaja boleh menghubungi nombor 011-5680 5645 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
– Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
– Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!


 

Hukum-Hakam Korban

harga-lembu-korban

Dalil-Dalil Pensyariatan Korban Hukum Melakukan Korban Waktu Untuk Ibadah KorbanAdab-Adab Melakukan KorbanTatacara Sembelihan Korban Falsafah KorbanMenjawab Salah Faham: 1- Ibadah korban menzalimi haiwan Menjawab Salah Faham: 2- Mimpi Nabi Ibrahim Bukan Daripada Allah Menjawab Salah Faham: 3- Maksud Sembelihan Hanyalah Kiasan Menjawab Salah Faham: 4- Mengapakah bantuan kepada orang miskin hanya difokuskan pada hari-hari tertentu sahaja dalam bulan Zul Hijjah? Menjawab Salah Faham: 5- Mengapakah kos untuk melaksanakan ibadah korban tidak digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat

Dalil-dalil pensyariatan

Firman Allah:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2(

Dirikanlah solat dan sembelihlah korban. [Al-Kautsar : 2]

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging-daging dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai [keredhaan] Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. [al-Haj : 37]

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ ضَحَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ، فَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ، فَذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ‏.‏

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih dua ekor kibas yang mempunyai warna hitam dan putih. Aku melihat baginda meletakkan kakinya di atas sisi kibas itu, baginda menyebut nama (Allah), bertakbir, lalu menyembelih kedua kibas itu dengan tangannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Adhohiy, Bab Man Dzabaha al-Adhohiy Bi Yadihi, hadis no: 5558].

عَنْ جُنْدَبٍ، قَالَ صَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ، ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ ‏ “‏ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا، وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ ‏”‏‏.‏

Daripada Jundab radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mendirikan solat pada hari An-Nahr kemudian baginda berkhutbah kemudian baginda menyembelih. Lalu baginda bersabda: Sesiapa yang menyembelih sebelum mendirikan solat, hendaklah menyembelih yang lain untuk menggantikannya. Sesiapa yang belum menyembelih hendaklah menyembelih dengan nama Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Eidain, Bab Kalam al-Imam wa an-Nas Fi Khutbah al-‘Eid…, hadis no: 985].

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏”‏

Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Hukum Melakukan Korban

Di sisi mazhab Syafie ibadah korban adalah sunat muakkad kepada mereka yang berkemampuan. Ini juga adalah pendapat yang dipegang oleh majoriti ulama seperti Sa’id bin al-Musayyib, ‘Atho’, ‘Alqamah, Al-Aswad, Malik, Ahmad, Abu Yusuf, Ishaq, Abu Tsaur, Al-Muzani, Daud dan lain-lain. Ia hanya menjadi wajib apabila seseorang bernazar untuk melakukannya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukumnya wajib bagi mereka yang berkemampuan kecuali kepada orang yang menunaikan haji di Mina. Ini pendapat Rabi’ah, Al-Laits bin Sa’ad, Abu Hanifah, dan Al-Awza’ie.

Sebahagian ulama berpendapat ia wajib untuk orang yang bermukim. Ini pendapat Muhammad bin Hasan.

Ia adalah sunnah kifayah untuk sesebuah keluarga. Apabila salah seorang daripada ahli keluarga telah menunaikan ibadah korban maka sunnah ini telah terlaksana untuk kesemua ahli keluarga tersebut.

Bilakah waktu boleh melakukan korban?

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ خَطَبَنَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الأَضْحَى بَعْدَ الصَّلاَةِ فَقَالَ ‏”‏ مَنْ صَلَّى صَلاَتَنَا وَنَسَكَ نُسُكَنَا فَقَدْ أَصَابَ النُّسُكَ، وَمَنْ نَسَكَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَإِنَّهُ قَبْلَ الصَّلاَةِ، وَلاَ نُسُكَ لَهُ ‏”‏‏.‏

Daripada Al-Bara’ bin ‘Azib radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah kepada kmi pada hari Aidil Adha selepas solat. Baginda bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat seperti kami dan menyembelih korban seperti kami, maka  dia telah melakukan korban. Sesiapa yang melakukan korban sebelum solat, sesungguhnya ia sebelum solat, maka ia tidak dikira korban untuknya.

[Sahih al-Bukhari,  Kitab al-‘Eidain, Bab al-Akl Yaum an-Nahar, hadis no: 955].

Di sisi mazhab Syafie, masa sembelihan korban adalah pada pagi Aidil Adha bermula pada waktu selepas terbit matahari kira-kira dalam tempoh masa yang cukup untuk mendirikan solat dua rakaat yang ringkas dan dua khutbah yang ringkas. Tidak menjadi syarat agar imam telah mendirikan solat hari raya dan tidak juga menjadi syarat agar si pemilik korban telah mendirikan solat raya. Tempohnya pula tamat apabila terbenamnya matahari pada hari tasyriq yang ketiga (13 Zulhijjah). Ulama mazhab Syafie bersepakat bahawa dibenarkan menyembelih dalam tempoh ini tidak kira siang ataupun malam hanya sahaja dimakruhkan pada waktu malam berdasarkan beberapa riwayat yang kesemuanya dhaif.

Ulama mazhab Syafie juga bersepakat bahawa tidak sah sembelihan korban itu apabila dilakukan sebelum waktunya.

Di sisi mazhab Malik pula, korban hanya sah apabila dilakukan selepas imam selesai mendirikan solat dan khutbah dan imam selesai menyembelih korbannya.

Di sisi mazhab Ahmad pula tidak boleh kecuali selepas imam mendirikan solat.

Ibn al-Munzir menyatakan bahawa ulama bersepakat bahawa tidak sah sembelihan korban sebelum terbitnya matahari pada hari Aidil Adha.

Mereka yang menyatakan hanya sah sembelihan korban selepas imam mendirikan solat berdalilkan hadis berikut:

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ فِي يَوْمِنَا هَذَا أَنْ نُصَلِّيَ، ثُمَّ نَرْجِعَ فَنَنْحَرَ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا، وَمَنْ نَحَرَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَهْلِهِ، لَيْسَ مِنَ النُّسْكِ فِي شَىْءٍ ‏”‏‏.‏ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يُقَالُ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ بْنُ نِيَارٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَبَحْتُ وَعِنْدِي جَذَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ مُسِنَّةٍ‏.‏ فَقَالَ ‏”‏ اجْعَلْهُ مَكَانَهُ، وَلَنْ تُوفِيَ أَوْ تَجْزِيَ عَنْ أَحَدٍ بَعْدَكَ ‏”‏‏.‏

Daripada Al-Bara’ bin ‘Azib radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya perkara pertama kita lakukan pada hari kita ini ialah mendirikan solat. Kemudian kita pulang lalu menyembelih korban. Sesiapa yang melakukan hal itu, dia telah melakukan sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya itu adalah daging yang diberikan kepada keluarganya, dan tidak dikira sebagai korban sedikit pun. Seorang lelaki Ansar yang bernama Abu Burdah bin Niyar berkata: Ya Rasulullah, aku telah menyembelih, dan aku memiliki kambing betina yang lebih baik daripada kambing tua. Baginda menjawab: Jadikanlah ia sebagai ganti kepada sembelihan awal tadi. Hal ini tidak boleh untuk orang lain selepas kamu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Eidain, Bab al-Khutbah Ba’da al-‘Eid, hadis no: 965].

Manakala ulama mazhab Syafie menyatakan bahawa hadis seperti di atas menunjukkan tempoh waktu membolehkan sembelihan korban, dan bukannya syarat bahawa ia hanya boleh dilakukan selepas solat raya didirikan.

Daripada sudut tempoh hari dibolehkan melakukan korban. Mazhab Syafie seperti telah disebutkan bahawa masanya sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.  Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat bahawa ia hanya boleh dilakukan sehingga 12 Zulhijjah. Muhammad bin Sirin pula berpendapat ia hanya boleh dilakukan pada hari raya AidilAdha sahaja.

ADAB BAGI YANG MAHU MELAKUKAN KORBAN

1- Mengikhlaskan diri kepada Allah.

Firman Allah:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat sampai kepada Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. [Al-Hajj : 37].

Seeloknya tidak perlu kita mewar-warkan kepada umum bahawa kita akan melakukan ibadah korban. Ini untuk menjaga keikhlasan kita supaya tidak rosak. Ulama-ulama salaf sangat suka menyembunyikan amalan mereka untuk menjaga keikhlasan mereka.

Zubair bin al-Awwam radiallahu ‘anhu berkata:

مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَكُونَ لَهُ خَبْءٌ مِنْ عَمَلٍ صَالِحٍ فَلْيَفْعَلْ

Sesiapa daripada kalian yang mampu menyembunyikan amal solehnya, lakukanlah hal tersebut.

[Musannaf Ibn Abi Syaibah, Kitab az-Zuhud : 34063]

سفيان بن عيينة ، قال : قال أبو حازم اكتم حسناتك أشد مما تكتم سيئاتك

Sufyan bin ‘Uyainah berkata: Abu Hazim berkata: Sembunyikan kebaikan-kebaikan kamu melebihi kalian menutup keburukan-keburukan kalian.

[Hilyatul Awliya’].

Akan tetapi ini tidaklah bermaksud kita perlu menuduh mereka yang mewar-warkan ibadah korban mereka sebagai tidak ikhlas. Boleh jadi mereka mahu mengajak pembaca dan masyarakat sekeliling untuk melakukan ibadah ini. Bersangka baiklah kepada saudara-saudara kita.

2- Tidak mencabut bulu atau memotong bulu/rambut, dan kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga selesai korban dilakukan.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏”‏

Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya.

Dalam riwayat lain:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Apabila kalian melihat anak bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban. Hendaklah menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Menurut mazhab Syafie, dimakruhkan sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.

Menurut Imam Malik dan Abu Hanifah: Tidak makruh.

Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq dan Daud pula berpendapat ia haram.

Mazhab Syafie berhujahkan dalil di bawa untuk menunjukkan bahawa larangan dalam hadis di atas adalah makruh dan bukan haram.

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتْ كُنْتُ أَفْتِلُ قَلاَئِدَ الْغَنَمِ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَيَبْعَثُ بِهَا، ثُمَّ يَمْكُثُ حَلاَلاً‏.‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku membuatkan kalung untuk kambing (yang akan dikorbankan) milik Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda mengirimkan kambing itu, kemudian baginda tinggal dalam keadaan tidak berihram. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Taqlid al-Ghanam, hadis no: 1703].

Seperti diketahui antara perkara yang dilarang dalam ihram ialah memotong kuku dan membuang bulu daripada badan. Oleh itu hendaklah seseorang yang akan melakukan korban untuk mengikuti sunnah ini. Potonglah kuku dan cabutlah atau cukurlah bulu-bulu di tubuh sebelum masuknya 1 Zulhijjah. Akan tetapi jika sudah terlanjur melakukan hal ini dalam bulan Zulhijjah, tidaklah ia merosakkan ibadah korban tersebut.

TATACARA MENYEMBELIH KORBAN.

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ ضَحَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ، فَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ، فَذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ‏.‏

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih dua ekor kibas yang mempunyai warna hitam dan putih. Aku melihat baginda meletakkan kakinya di atas sisi kibas itu, baginda menyebut nama (Allah), bertakbir, lalu menyembelih kedua kibas itu dengan tangannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Adhohiy, Bab Man Dzabaha al-Adhohiy Bi Yadihi, hadis no: 5558].

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ يَطَأُ فِي سَوَادٍ وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ فَأُتِيَ بِهِ لِيُضَحِّيَ بِهِ فَقَالَ لَهَا ‏”‏ يَا عَائِشَةُ هَلُمِّي الْمُدْيَةَ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ قَالَ ‏”‏ اشْحَذِيهَا بِحَجَرٍ ‏”‏ ‏.‏ فَفَعَلَتْ ثُمَّ أَخَذَهَا وَأَخَذَ الْكَبْشَ فَأَضْجَعَهُ ثُمَّ ذَبَحَهُ ثُمَّ قَالَ ‏”‏ بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ ضَحَّى بِهِ ‏.‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam meminta dibawakan seekor kibas yang mempunyai warna hitam pada kaki, perut dan mata. Lalu dibawakan kibas itu untuk baginda melakukan korban dengannya. Baginda berkata kepada ‘Aisyah: Ya Aisyah, bawakan aku pisau. Tajamkan ia dengan batu. Lalu ‘Aisyah melakukan hal itu. Kemudian baginda mengambil pisau itu dan kibas itu, lalu membaringkan kibas itu lalu menyembelihnya. Baginda membaca: Dengan nama ALlah, Ya Allah, terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umat Muhammad. Baginda berkorban dengannya

[Sahih Muslim, Bab Istihbab Ad-Dhahiyyat wa Dzabhihah Mubasyaratan Bi La Tawkil wa at-Tasmiyah wa al-Takbir, hadis no: 1967]

1- Meletakkan kaki pada haiwan agar dapat menahannya daripada meronta-ronta sekaligus melancarkan dan mempercepatkan proses penyembelihan

2- Membaca Bismillah

2- Melafazkan takbir (Allahuakbar)

3- Membaca: Ya Allah, terimalah daripada aku dan ahli keluarga ku.

Sifat Ehsan Kepada Haiwan

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengajar kita agar bersifat ehsan hatta ketika menyembelih haiwan.

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ ، قَالَ : ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Syaddad bin Aus berkata: Dua perkara yang aku hafaz daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan ehsan atas segala sesuatu. Apabila kalian membunuh, bunuhlah dengan ehsan. Apabila kalian menyembelih, sembelihlah dengan ehsan. Hendaklah salah seorang kalian menajamkan pisaunya dan merehatkan haiwan sembelihannya.

[Sahih Muslim, Kitab as-Soid wa az-Zabaih, Bab Al-Amr Bi Ihsan adz-Dzabh…, hadis no: 1955]

Ehsan secara ringkasnya boleh dimaksudkan dengan ‘melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik’. Hadis di atas menggariskan dua cara terbaik menyembelih haiwan iaitu

1) Menajamkan pisau

2) Merehatkan haiwan supaya dia bertenang

Dalam hadis lain

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، أَنَّ رَجُلا أَضْجَعَ شَاةً يُرِيدُ أَنْ يَذْبَحُهَا وَهُوَ يَحُدُّ شَفْرَتَهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ : ” أَتُرِيدُ أَنْ تُمِيتَهَا مَوْتَاتٍ ، هَلا حَدَدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ أَنْ تُضْجِعَهَا

Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan seorang lelaki membaringkan kambing biri-birinya untuk dia menyembelihnya. Dia mengasah pisaunya. Baginda berkata: Adakah engkau mahu membunuh haiwan ini dua kali? Tajamkanlah pisau engkau sebelum engkau baringkan ia.

[Al-Mustadrak ‘Ala Al-Sahihain, Kitab al-Adhohi, hadis no: 7563. Sahih atas Syarat Imam al-Bukhari]

Ini menunjukkan kita hendaklah hanya membaringkan haiwan itu apabila kita sudah bersedia untuk menyembelih, dan tidak membiarkan ia terbaring lama kerana ia bukan posisi yang selesa.

Akan tetapi, kita perlu memahami sifat ehsan ini dengan kefahaman yang benar. Sebahagian kita menyangka bahawa apabila menyembelih haiwan yang besar seperti lembu dan sebagainya sesuatu yang mudah, hinggakan jika seseorang menumbangkan lembu dengan menarik kakinya, duduk di atas lembu untuk mengelakkan dia daripada meronta turut dikatakan tidak ehsan.

Lihatlah kefahaman baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tentang sifat ehsan. Satu amalan yang praktikal, dan bukan teori.

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ ضَحَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ، فَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ، فَذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ‏.‏

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih dua ekor kibas yang mempunyai warna hitam dan putih. Aku melihat baginda meletakkan kakinya di atas sisi kibas itu, baginda menyebut nama (Allah), bertakbir, lalu menyembelih kedua kibas itu dengan tangannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Adhohiy, Bab Man Dzabaha al-Adhohiy Bi Yadihi, hadis no: 5558].

Jika diikutkan seolah-olah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tiada adab, tiada ehsan kerana meletakkan kaki pada haiwan itu. Tetapi inilah kefahaman ehsan yang benar, buat dengan cara yang terbaik yang mampu.

Nasihat kita kepada semua: Bersikap ehsanlah kepada haiwan tatkala menyembelih. Begitu juga, bersangka baiklah kepada saudara-saudara kita yang berpenat lelah menumbangkan haiwan korban. Ada baiknya jika kita tahu cara yang lebih baik, kita turut menyertai acara sembelihan agar dapat berkongsi ilmu dan mengajar orang lain cara lebih elok untuk menyembelih haiwan.

Falsafah Korban

 

Ia bukan sekadar haiwan yang disembelih. Haiwan-haiwan itu merupakan ibadah yang hikmahnya agar kita mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Cinta seorang ayah kepada si anak, dan sayang si anak kepada si ayah teruji.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلۡمَنَامِ أَنِّىٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰ‌ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٠٢)

Maka tatkala anak itu sudah sampai usia mampu bekerja bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (102)

فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُ ۥ لِلۡجَبِينِ (١٠٣) وَنَـٰدَيۡنَـٰهُ أَن يَـٰٓإِبۡرَٲهِيمُ (١٠٤) قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآ‌ۚ إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٠٥)

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya (103) Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, (104) sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu , sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. (105)

Ayat seterusnya, Allah menunjukkan sifat Rahmatnya, dan tujuan arahan itu, iaitu sebagai satu UJIAN.

إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ (١٠٦) وَفَدَيۡنَـٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٍ۬ (١٠٧) وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِى ٱلۡأَخِرِينَ (١٠٨) سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (١٠٩)

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar . (107) Kami abadikan untuk Ibrahim itu [pujian yang baik] di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (108)  “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”. (109)

Allah tidak zalim, Dia mahu menguji hambaNya, Dia juga menunjukkan RahmatNya. Boleh sahaja Dia membiarkan Nabi Ismail disembelih, tetapi Dia Maha Rahmat. Dia ar-Rahman dan ar-Rahim.

Falsafah korban ini perlu kita hayati, adakah kita sanggup mengorbankan perkara yang paling kita cintai demi Tuhan?

Adakah ketika bersedekah, kita memberikan sedekah yang terbaik? Atau sekadar barang-barang yang kita tidak mahu pakai? Ia satu pengorbanan jiwa.

Adakah ketika mempertahankan prinsip beragama, kita sanggup dicemuh orang? Atau kita akhirnya tunduk agar terus disukai orang? Ia satu pengorbanan.

Adakah ketika kita perlu mengorbankan masa demi mencari redha Tuhan dengan membantu dan membawa manusia lain kepada Tuhan, kita sanggup? Atau kita lebih rela pulang kerja, terus ke rumah berehat bersama keluarga. Yang penting aku dan keluarga aku bahagia?

Adakah ketika kita diuji dengan wang rasuah yang memberikan kemewahan, kita mampu menutup mata atau kita mengambilnya? Ia satu pengorbanan.

Si isteri dan anak melakukan maksiat, adakah kita mampu menegur? Ia satu pengorbanan.

Si anak mahu membina masjid, lalu kita terperangkap antara memudahkan perjalanan syariat atau menyukarkan dengan segenap adat? Ia satu pengorbanan.

Maksiat di depan mata, tiada siapa melihat kita, kita sendirian dalam bilik, hati kita berperang antara melakukannya dan takut kepada Tuhan. Ia satu pengorbanan.

Pengorbanan ini bukan untuk orang lain kecuali kita. Dengan pengorbanan kita tahu keimanan kita setebal mana. Dengan ujian Tuhan kita akan tahu akidah kita adalah teori atau realiti.

Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Hajar, menunjukkan sisi pengorbanan yang hebat demi Tuhan. Kerana mereka tahu Tuhan tidak akan mengabaikan insan yang berkorban untukNya. Itulah Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Merungkai Salah Tanggap Mengenai Ibadah Korban

 

Salah Tanggap 1: Ibadah korban bercanggah dengan tradisi berbelas kasihan dan rahmat yang terdapat dalam ajaran Islam

Jawapan: Dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Quran dan juga Al-Hadis mestilah difahami mengikut disiplin yang betul. Kita tidak boleh hanya tertumpu dengan sesuatu topik yang diulas oleh Al-Quran dan juga Al-Hadis sehingga mengabaikan dalil-dalil lain yang juga ada disebut di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Benar, terdapat ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang menggambarkan bahawa agama Islam merupakan agama yang berbelas kasihan dan juga rahmat.

Namun jangan kita lupa bahawa terdapat ayat-ayat Al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang menunjukkan bahawa ibadah disyariatkan dalam Islam. Antaranya adalah firman Allah:

﴿فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ﴾ [الكوثر: 2]

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)”. (Surah Al-Kauthar: 2).

Dalil mengenai pensyariatan ibadah korban juga datang daripada hadis-hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam. Antaranya yang telah diriwayatakan oleh Anas bin Malik:

“ضَحَّى النَّبِيُّ ﷺ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ، فَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا، يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ، فَذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ”. (صحيح البخاري، كتاب الأضاحي، باب من ذبح الأضاحي بيده، رقم الحديث: 5558).

Maksudnya: Daripada Anas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih dua ekor kibas yang mempunyai warna hitam dan putih. Aku melihat baginda meletakkan kakinya di atas sisi kibas itu, baginda menyebut nama (Allah), bertakbir, lalu menyembelih kedua kibas itu dengan tangannya. [Sahih Al-Bukhari, Kitab Al-Adhohiy, Bab Man Dzabaha Al-Adhohiy Bi Yadihi, nombor hadis: 5558].

Berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan maka jelaslah bahawa pensyariatan ibadah korban termaktub di dalam Al-Quran juga dan hadis-hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak boleh diingkari dengan alasan bahawa ianya bercanggah dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang bertemakan berkasih sayang dan juga rahmat.

Hakikatnya tiada percanggahan antara dalil-dalil berkenaan kasih sayang dan rahmat dengan dalil-dalil yang mensyariatkan ibadah kurban. Hal ini kerana apabila Islam mensyariatkan ibadah korban, Islam juga telah menggariskan garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi bagi menjamin roh kasih sayang dan rahmah yang dianjurkan dalam agama ketika ibadah korban dilaksanakan.

Sekiranya terdapat pihak yang tidak mematuhi garis panduan yang telah digariskan Islam dalam ibadah korban sehingga ibadah korban kelihatan menzalimi haiwan korban maka kesalahan sepatutnya diletakkan ke atas pihak tersebut dan bukannya Islam.

Seandainya ibadah korban perlu dihentikan kerana terdapat sebahagian pihak yang melanggar etika kemanusiaan ketika menguruskan haiwan, maka lebih utama untuk bantahan dikemukakan kepada syarikat-syarikat besar yang menggunakan haiwan sebagai menu utama setiap hari termasuk restoran-restoran makanan segera yang berada di serata dunia. Hairan sungguh jika ibadah yang berlaku sekali setahun dibantah bersungguh-sungguh sedangkan apa yang berlaku setiap hari didiamkan.

Salah Tanggap 2: Berlaku salah tafsiran dalam kisah Nabi Ibrahim. Iaitu tiada bukti bahawa perintah menyembelih Nabi Ismail dalam mimpi Nabi Ibrahim berasal daripada Allah.

Jawapan: Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai salah tanggap ini, ada baiknya dikemukakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kisah mimpi Nabi Ibrahim عليه السلام menyembelih Nabi Ismail عليه السلام:

﴿فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى  قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ  سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ. فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ. وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ. قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا  إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ. إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ. وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ﴾ [الصافات: 102-107].

Maksudnya: Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insya-Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (untuk melaksanakan perintah Allah). Lalu Kami panggil dia, “Wahai Ibrahim! sungguh, engkau telah membenarkan mimpi itu.” Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. (Surah As-Saffat: 102-107).

Berdasarkan ayat diatas dapat dibuktikan bahawa mimpi Nabi Ibrahim عليه السلام menyembelih anaknya Nabi Ismail عليه السلام datang daripada Allah سبحانه وتعالى berdasarkan hujah-hujah berikut:

  1. Mimpi para Nabi عليه السلام merupakan wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى. Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim رحمه الله dalam Al-Mustadrak ‘Ala As-Sahihain:

” رُؤْيَا الْأَنْبِيَاءِ وَحْيٌ “. (قال الحاكم: هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه. قال الذهبي: على شرط البخاري ومسلم).

Maksudnya: “Mimpi para Nabi adalah wahyu”. (Al-Hakim berkata: “Hadis ini sahih berdasarkan syarat Al-Bukhari dan Muslim tetapi mereka tidak memasukkan dalam kitab Sahih mereka”. Az-Zahabi berkata: “Hadis ini berdasarkan syarat Al-Bukhari dan Muslim”).

Terdapat dua cara Allah سبحانه وتعالى menurunkan wahyu kepada para rasul عليهم السلام. Pertama, melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kedua, tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Maksudnya, berdasarkan cara kedua, Allah سبحانه وتعالى menurunkan wahyu secara terus kepada para rasul-Nya.

Terdapat dua cara Allah سبحانه وتعالى menyampaikan wahyu kepada para rasul عليهم السلام tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Pertama, melalui mimpi yang baik ketika tidur. Kedua, Allah berkata-kata dengan rasul-Nya dalam keadaan rasul tersebut dalam keadaan jaga disebalik hijab.

Mimpi Nabi Ibrahim عليه السلام menyembelih anaknya Nabi Ismail عليه السلام tersebut masuk dalam kategori wahyu Allah سبحانه وتعالى kepada para rasulnya melalui mimpi yang baik ketika tidur. Firman Allah:

﴿وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ  إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ﴾ [الشورى: 51].

Maksudnya: Dan tidaklah patut bagi seorang manusia bahwa Allah akan berbicara kepadanya kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari belakang tabir atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Mahatinggi, Mahabijaksana.

  1. Nabi Ismail عليه السلام membenarkan mimpi tersebut itu dengan cara baginda عليه السلام meminta ayahnya Nabi Ibrahim عليه السلام untuk melaksanakan mimpi tersebut. Firman Allah:

﴿قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى  قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ﴾  [الصافات: 102].

Maksudnya: (Ibrahim) berkata, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu”. (Surah As-Saffat: 102).

Jika mimpi tersebut bukan datang daripada Allah سبحانه وتعالى sebagaimana mana yang telah didakwa sudah tentu Nabi Ismail عليه السلام tidak menyuruh Nabi Ibrahim عليه السلام menyembelihnya sebagaimana yang diperintahkan dalam mimpi Nabi Ibrahim عليه السلام.

  1. Allah سبحانه وتعالى membenarkan perbuatan Nabi Ibrahim عليه السلام yang membenarkan mimpi tersebut dengan bertindak untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail عليه السلام. Sekiranya mimpi tersebut bukan datang daripada Allah sudah tentu Allah tidak akan membenarkan perbuatan Nabi Ibrahim عليه السلام menyembelih anaknya Nabi Ismail عليه السلام. Firman Allah سبحانه وتعالى:

﴿قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا﴾ [الصافات: 105].

Maksudnya: “Wahai Ibrahim! sungguh, engkau telah membenarkan mimpi itu”. (Surah As-Saffat: 105).

Daripada hujah-hujah diatas jelaslah bahawa mimpi yang dialami oleh Nabi Ibrahim عليه السلام itu benar datang dari sisi Allah سبحانه وتعالى.

Merungkai Salah Tanggap Mengenai Ibadah Korban (Siri 3)

 

Salah Tanggap 3: Mentafsirkan ayat ﴿وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ﴾ yang bermaksud: “Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar” secara simbolik iaitu yang dimaksudkan adalah: “Dan Kami tebus anak itu dengan pengorbanan yang penuh bermakna”. Iaitu apa yang dimaksudkan ayat tersebut adalah pengorbanan Nabi Ibrahim adalah mengenai kesediannya melepaskan perkara yang paling penting dalam hidupnya, untuk memenuhi apa yang dilihatnya sebagai kehendak pencipta Ilahi.

Jawapan: Para ulama tafsir mempunyai beberapa pandangan mengenai maksud ayat ﴿وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ﴾ sebagaimana yang dinukilkan oleh Al-Imam At-Tobari رحمه الله تعالى dalam kitab tafsir beliau. Pandangan-pandangan tersebut boleh diringkaskan sebagaimana berikut:

  1. Kambing biri-biri (كبش). Antara yang berpandangan sebegini ialah Ali bin Abi Talib رضي الله عنه.
  2. Kambing gurun (وعل). Antara yang berpandangan sebegini ialah Abdullah bin Abbas رضي الله عنهما.
  3. Kambing (شاة). Antara yang berpandangan sebegini ialah Mujahid رحمه الله تعالى.

Setelah Al-Imam At-Tobari رحمه الله تعالى mengemukakan pandangan-pandangan ulama tafsir mengenai apakah yang dimaksudkan dengan ayat ﴿وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ﴾ beliau membuat kesimpulan berikut:

ولا قول في ذلك أصح مما قال الله جل ثناؤه، وهو أن يقال: فداه الله بذبح عظيم. وذلك أن الله عم وصفه إياه بالعظم دون تخصيصه، فهو كما عمه به.

Maksudnya: “Tiada perkataan yang lebih baik berbanding apa yang diperkatakan Allah, iaitu: Allah telah menebusnya dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Hal ini kerana Allah menyebutkan sifatnya secara umum, maka hendaklah dia (menuruti dengan sembelihan) yang besar tanpa menspesifikkan dan ianya seperti apa yang Allah telah sebutkan secara umum”.

Syeikh Solah Abdul Fatah Al-Khalidi حفظ الله تعالى turut mengemukakan pandangan yang senada dengan Al-Imam At-Tobari رحمه الله تعالى ketika beliau mengulas kisah Nabi Ibrahim عليه السلام  yang ingin menyembelih anaknya Nabi Ismail عليه السلام dalam kitab beliau yang berjudul Al-Qisos Al-Qurani:

وهذا الذبح العظيم الذي فدى الله به إسماعيل لا نعرف عنه شيئا، سوى أنه ذبح عظيم، فليس عندنا كلام عنه غير هذه الآية، ولا يوجد حديث صحيح يضيف معلومات إليها، فلا نعرف من أين جاء، وما حجمه، وما نوعه، وكيف ذبحه إبراهيم، ولا نخوض في تعيين هذه المبهمات!.

Maksudnya: “Kita tidak mengetahui sesuatu apa pun mengenai sembelihan yang besar (ذِبْحٍ عَظِيمٍ) yang Allah gantikannya dengan Ismail, kecuali ianya sembilahan yang besar, dan kita tidak mempunyai perkataan lain mengenainya melainkan hanya ayat ini, tidak ada hadis sahih yang menambah maklumat mengenainya, dan kita tidak tahu daripada mana haiwan itu datang, dan kadar saiznya, dan bagaimana Ibrahim menyembelihnya, dan kita tidak melibatkan diri dalam menspesifikkan perkara-perkara yang tidak diperincikan (oleh Al-Quran) ini”.

Kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa pandangan ulama mengenai apakah yang dimaksudkan dengan (ذِبْحٍ عَظِيمٍ) namun pandangan yang paling tepat dalam perkara ini adalah kita tidak menspesifikkan haiwan yang dimaksudkan kerana tiada dalil sama ada daripada Al-Quran atau pun hadis-hadis yang sahih yang dapat menyokongnya.

Walaupun terdapat pelbagai pandangan ulama tafsir dalam mentafsirkan (ذِبْحٍ عَظِيمٍ) namun mereka semua bersepakat untuk mentafsirkannya sebagai haiwan yang hakiki. Adapun pandangan yang mentafsirkan (ذِبْحٍ عَظِيمٍ) dengan maksud kiasan ianya tidak pernah dilalui oleh para ulama tafsir.

Salah tanggap 4: Mengapakah bantuan kepada orang miskin hanya difokuskan pada hari-hari tertentu sahaja dalam bulan Zul Hijjah?

Jawapan: Dalil-dalil berkenaan galakan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan terdapat yang bersifat umum dan terdapat pula yang bersifat khusus pada bentuk amalan dan hari tertentu. Apabila seseorang beramal dengan dalil-dalil spesifik yang menggesa melakukan kebaikan kepada orang yang memerlukan itu tidaklah bermakna bahawa beliau meninggalkan atau mengabaikan dalil-dalil yang menggesa agar membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan pada ketika yang lain.

               Terdapat begitu banyak dalil daripada Al-Quran dan juga Al-Hadis yang menggalakkan kita melakukan kebaikan kepada golongan yang memerlukan tanpa menspesifikkan hari tertentu.

Dalil-Dalil Menggalakkan Bersedekah Secara Umum

Dalil-dalil daripada Al-Quran:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ  وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ﴾ [البقرة: 254].

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zhalim”. (Surah Al-Baqarah: 254).

﴿آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ  فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ﴾ [الحديد: 7].

Maksudnya: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah (di jalan Allah) sebagian dari harta yang Dia telah menjadikan kamu sebagai penguasanya (amanah). Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (hartanya di jalan Allah) memperoleh pahala yang besar”.

Berikut pula merupakan dalil-dalil daripada hadis yang menggalakkan amalan berinfaq secara umum:

عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: « مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ، وَلاَ يَقْبَلُ اللَّهُ إِلَّا الطَّيِّبَ، وَإِنَّ اللَّهَ يَتَقَبَّلُهَا بِيَمِينِهِ، ثُمَّ يُرَبِّيهَا لِصَاحِبِهِ، كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ، حَتَّى تَكُونَ مِثْلَ الجَبَلِ». (صحيح البخاري، كتاب الزكاة، باب الصدقة من كسب طيب، رقم الحديث: 1410).

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Barangsiapa yang bersedekah separuh daripada buah tamar (atau dengan nilainya) yang diperolehi dari hasil pekerjaan yang baik, dan Allah tidak menerima melainkan yang baik, sesungguhnya Allah menerima sedekah dengan tangan kanannya, kemudian Allah akan mengembangkan untuk pemberi sedekah tersebut sebagaimana salah seorang daripada kamu membesarkan anak kuda jantannya, sehingga menjadi seperti bukit”. (Sahih Al-Bukhari, Kitab Az-Zakah, Bab As-Sodaqah Min Kasb Toyyib, hadis no: 1410).

عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن النبي ﷺ قال: «مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ، إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا». (صحيح البخاري، كتاب الزكاة، رقم الحديث: 1442).

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Setiap hari  terdapat dua malaikat yang turun daripada langit dan satu daripada mereka  berdoa: “Ya Allah berilah ganti kepada orang yang bersedekah”, dan malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah hapuskanlah orang yang menahan hartanya daripada bersedekah”. (Sahih Al-Bukhari, Kitab Az-Zakah, hadis no: 1442).

               Jika kita renungi kandungan dalil-dalil diatas kita akan mendapati galakan untuk bersedekah atau berinfaq kepada golongan yang memerlukan tidak disepesifikkan pada waktu-waktu yang tertentu. Oleh itu, dapat disimpulkan galakan bersedekah berlaku pada setiap masa.

Dalil-Dalil Yang Menggalakkan Bersedekah Secara Khusus Pada Hari Raya ‘Id Al-Adha

Berikut merupakan dalil daripada Al-Quran:

﴿لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ  فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ﴾ [الحج: 28].

Maksudnya: “Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan atas rezeki yang diberikan Dia kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka makanlah sebagian darinya dan (sebagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir”.

Berikut pula merupakan dalil daripada hadis:

عن عائشة، أن رسول الله ﷺ قال: «مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا». (سنن الترمذي، أبواب الأضاحي عن رسول الله ﷺ، باب ما جاء في فضل الأضحية، رقم الحديث: 1493، وقال الترمذي: هذا حديث حسن غريب).

Daripada Aisyah, sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: “Tidak ada amalan anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari An-Nahar (Hari Raya ‘Id Al-Adha) berbanding menumpahkan darah (haiwan koran), sesungguhnya haiwan yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat dengan dengan tanduk-tanduk, bulu-bulu dan kuku-kukunya, sesungguhnya darah itu akan diterima oleh Allah sebelum darah itu tumpah ke atas tanah. Oleh itu, buatlah dengan cara yang terbaik”. (Sunan At-Tarmizi, Abwab Al-Adhahi ‘An Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Bab Ma Ja’a Fi Fadhl Al-Adhiyyah, hadis no: 1493).

               Berdasarkan dalil-dalil yang disebut sebelum ini sama ada mengenai galakan bersedekah secara umum atau pun mengenai galakan untuk bersedekah secara spesifik pada hari tertentu dapat dirumuskan bahawa anggapan yang mengatakan bahawa Islam hanya menggalakkan amalan bersedekah pada hari tertentu sahaja dan mengabaikan amalan bersedekah pada hari-hari yang lain adalah tidak benar sama sekali.

Salah tanggap 5: Mengapakah kos untuk melaksanakan ibadah korban tidak digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat dalam membantu golongan yang memerlukan?

Jawapan: Pensyariatan ibadah korban sabit berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis sebagaimana yang telah dikemukakan dalam jawapan kepada salah tanggap yang pertama mengenai ibadah korban. Justeru, mana-mana pihak tidak boleh sewenang-wenangnya menghapuskan sesuatu ibadah yang jelas wujudnya dalil di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

               Dalam isu membantu golongan yang memerlukan bantuan, Islam telah mensyariatkan pelbagai bentuk amalan untuk membantu mereka. Terdapat yang bersifat wajib ke atas sebahagian orang Islam yang berkemampuan dan terdapat yang bersifat sunat kepada setiap orang Islam.

               Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan ke atas sebahagian orang Islam yang berkemampuan bagi membantu golongan-golongan yang berhak menerimanya. Terdapat 8 golongan yang telah ditetapkan Islam yang layak menerima zakat dan salah satu golongan tersebut merupakan golongan fakir dan miskin. Firman Allah:

﴿إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ  فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ  وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾ [التوبة: 60].

Maksudnya: “Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat (pengagih zakat kepada golongan-golongan yang lain), yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana”. (Surah At-Taubah: 60).

               Selain daripada amalan yang bersifat wajib seperti zakat, Islam juga mensyariatkan amalan-amalan sunat untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan seperti sedekah sama ada dalam bentuk wang, pakaian, makanan dan lain-lain. Termasuk dalam kategori sedekah dalam bentuk makanan adalah pengagihan sebahagian daging daripada haiwan yang dikorbankan kepada golongan yang memerlukan. Dalil-dalil mengenai sedekah telah saya kemukakan ketika menjawab salah tanggap yang ke-4 mengenai ibadah korban.

               Kesimpulannya, tidak tepat untuk menghentikan ibadah penyembelihan haiwan pada Hari Raya ‘Id Al-Adha dengan tujuan menggunakan kos mengorbankan haiwan untuk membantu golongan yang memerlukan kerana Islam telah pun mensyariatkan pelbagai amalan yang lain bagi membantu golongan yang memerlukan seperti zakat dan juga sedekah.

               Sekiranya terdapat kelemahan oleh pihak pengurusan zakat dalam mengagihkan zakat kepada golongan yang memerlukan, apa yang perlu dilakukan adalah kita perlu bersama-sama berganding bahu membantu pihak pengurusan zakat menambah-baik mutu perkhidmatan mereka dan bukannya dengan bertindak menghapuskan sesuatu amalan yang jelas disyariatkan dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

 

« Older Entries