Author Archives: alkahfi

Bagaimanakah rasanya ketika roh kita ditarik?

Kubur Mengikut Sunnah

Tahukah kita apa yang akan terjadi kepada kita ketika kita meninggal dunia? Apakah yang akan berlaku ketika roh kita ditarik.

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ ، قَالَ : خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فِي جِنَازَةِ رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ ، فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْقَبْرِ ، وَلَمَّا يُلْحَدْ ، فَجَلَسَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ ، كَأَنَّ عَلَى رُؤُوسِنَا الطَّيْرَ ، وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ فِي الأَرْضِ ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ ، فَقَالَ : اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ مَرَّتَيْنِ ، أَوْ ثَلاَثًا

Al-Bara’ bin ‘Azib radiallahu ‘anhu berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi sallahu `alaihi wassallam. Sebaik sahaja tiba di kubur dan ketika jenazah itu dimasukkan ke liang lahad, maka Rasulullah sallahu `alaihi wassallam pun duduk, lalu kami pun duduk di sekeliling baginda. Suasana menjadi hening seakan-akan di atas kepala kami terdapat seekor burung. Nabi sallahu `alaihi wassallam memegang sebilah lidi seraya mencungkil-cungkil tanah, kemudian mengangkat kepalanya. Kemudian baginda bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada azab kubur. Baginda mengulang-ulang ucapannya itu sebanyak dua atau tiga kali” Read more

APAKAH PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN KEPADA WANITA YANG HAIDH ATAU NIFAS?

Muslimah haidh dan nifas

Muslimah haidh dan nifas

Perkara-perkara yang disepakati/ijma berkaitan wanita haidh/nifas

1-      Solat

Mu’azah meriwayatkan:

أَنَّ امْرَأَةً، قَالَتْ لِعَائِشَةَ أَتَجْزِي إِحْدَانَا صَلاَتَهَا إِذَا طَهُرَتْ فَقَالَتْ أَحَرُورِيَّةٌ أَنْتِ كُنَّا نَحِيضُ مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَلاَ يَأْمُرُنَا بِهِ‏.‏ أَوْ قَالَتْ فَلاَ نَفْعَلُهُ‏.‏

Seorang wanita berkata kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anhu: Perlukah salah seorang daripada kami menggantikan solatnya apabila dia suci? ‘Aisyah radiallahu ‘anhu berkata: Adakah engkau golongan Haruriyyah? Kami mengalami haidh di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda tidak menyuruh kami melakukannya (iaitu mengganti solat).[1]

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِذَا أَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَدَعِي الصَّلاَةَ، وَإِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِي عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّي ‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila datangnya haidh, maka tinggalkanlah solat. Apabila telah selesai haidh, mandilah dan dirikanlah solat.[2]

Haram untuk mendirikan sebarang jenis solat tidak kira solat itu sunat atau fardhu. Begitu juga disepakati tidak perlu mengqadha solat tersebut.[3] Read more

MEMASAK DAN MENGEMAS RUMAH: KERJA SUAMI ATAU ISTERI?

suami tolong isteri

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشْكُو إِلَيْهِ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى وَبَلَغَهَا أَنَّهُ جَاءَهُ رَقِيقٌ فَلَمْ تُصَادِفْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَجَاءَ فَقَعَدَ بَيْنِي وَبَيْنَهَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى بَطْنِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى خَيْرٍ مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَوْ أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا فَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Daripada Ali radiallahu ‘anhu, bahawa Fatimah radiallahu ‘anhu datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengadu tentang tangannya yang cedera disebabkan alat menggiling. Dia mendapat tahu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat beberapa hamba perempuan, akan tetapi dia tidak dapat menemui baginda. Fatimah pun memberitahu hal itu kepada ‘Aisyah ra. Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pulang, ‘Aisyah memberitahu baginda tentang hal tersebut. Ali menyatakan: Lalu baginda pun datang kepada kami ketika kami sudah di tempat tidur, lalu kami pun bangun. Akan tetapi Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh kami dengan berkata: Tetaplah di tempat tidur kamu berdua. Baginda datang lalu duduk di antara ku dan Fatimah sehingga aku dapat merasai kesejukan kedua kaki baginda pada perut ku. Baginda berkata: Mahukah aku tunjukkan kepada kalian apa yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu mahu tidur, bertasbihlah 33 kali, tahmidlah 33 kali, dan bertakbirlah 34 kali. Itu lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu.[1]

Read more

Seminar Syurga dan Neraka

seminar neraka

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita telah selesai mengadakan Seminar Syurga dan Neraka Siri 1 pada 11 November yang lalu.

Kita telah memahami tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan syurga. Semoga pengetahuan itu memotivasi kita untuk melakukan kebaikan!

Kini, kita menyambung pengembaraan ilmu kita untuk mengetahui pula apakah itu NERAKA! Semoga dengan pengetahuan tentang apakah itu neraka ia membuatkan kita semakin menjauh daripadanya!

Berikut adalah detil Seminar Syurga & Neraka (Siri 2-Neraka)

Pembentang: Ustaz Fadzil Kamaruddin, Dr. Abdul Basit

Tarikh:

Ahad 14 Januari 2018

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi: DK2, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Yuran:

RM 50 pelajar / RM 70 awam

RM 40 pelajar / RM 60 awam (Alumni Seminar Syurga & Neraka Siri 1-Syurga)

No. Telefon: 011 5680 5645

seminar neraka

Read more

Amalan Di Bulan Muharram

muharram

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ ‏”‏ ‏.‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab Fadhl Sawm al-Muharram, hadis no : 1163]

Muharram VS Sya’ban ? Read more

Amalan Di Bulan Zulhijjah

kaabah

Kelebihan Sepuluh Hari Awal Bulan Zulhijjah

Pahala lebih besar daripada jihad

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏”‏ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‏‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‏‏.‏

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih afdhal daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Tidak juga jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eid, hadis no: 969]. Read more

Hukum-Hakam Korban

harga-lembu-korban

Dalil-dalil pensyariatan

Firman Allah:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2(

Dirikanlah solat dan sembelihlah korban. [Al-Kautsar : 2]

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging-daging dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai [keredhaan] Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. [al-Haj : 37]

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ ضَحَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ، فَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ، فَذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ‏.‏

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih dua ekor kibas yang mempunyai warna hitam dan putih. Aku melihat baginda meletakkan kakinya di atas sisi kibas itu, baginda menyebut nama (Allah), bertakbir, lalu menyembelih kedua kibas itu dengan tangannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Adhohiy, Bab Man Dzabaha al-Adhohiy Bi Yadihi, hadis no: 5558].

عَنْ جُنْدَبٍ، قَالَ صَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ، ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ ‏ “‏ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا، وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ ‏”‏‏.‏

Daripada Jundab radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mendirikan solat pada hari An-Nahr kemudian baginda berkhutbah kemudian baginda menyembelih. Lalu baginda bersabda: Sesiapa yang menyembelih sebelum mendirikan solat, hendaklah menyembelih yang lain untuk menggantikannya. Sesiapa yang belum menyembelih hendaklah menyembelih dengan nama Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Eidain, Bab Kalam al-Imam wa an-Nas Fi Khutbah al-‘Eid…, hadis no: 985].

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏”‏

Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Hukum Melakukan Korban

Di sisi mazhab Syafie ibadah korban adalah sunat muakkad kepada mereka yang berkemampuan. Ini juga adalah pendapat yang dipegang oleh majoriti ulama seperti Sa’id bin al-Musayyib, ‘Atho’, ‘Alqamah, Al-Aswad, Malik, Ahmad, Abu Yusuf, Ishaq, Abu Tsaur, Al-Muzani, Daud dan lain-lain. Ia hanya menjadi wajib apabila seseorang bernazar untuk melakukannya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukumnya wajib bagi mereka yang berkemampuan kecuali kepada orang yang menunaikan haji di Mina. Ini pendapat Rabi’ah, Al-Laits bin Sa’ad, Abu Hanifah, dan Al-Awza’ie.

Sebahagian ulama berpendapat ia wajib untuk orang yang bermukim. Ini pendapat Muhammad bin Hasan.

Ia adalah sunnah kifayah untuk sesebuah keluarga. Apabila salah seorang daripada ahli keluarga telah menunaikan ibadah korban maka sunnah ini telah terlaksana untuk kesemua ahli keluarga tersebut.

Bilakah waktu boleh melakukan korban?

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ خَطَبَنَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الأَضْحَى بَعْدَ الصَّلاَةِ فَقَالَ ‏”‏ مَنْ صَلَّى صَلاَتَنَا وَنَسَكَ نُسُكَنَا فَقَدْ أَصَابَ النُّسُكَ، وَمَنْ نَسَكَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَإِنَّهُ قَبْلَ الصَّلاَةِ، وَلاَ نُسُكَ لَهُ ‏”‏‏.‏

Daripada Al-Bara’ bin ‘Azib radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah kepada kmi pada hari Aidil Adha selepas solat. Baginda bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat seperti kami dan menyembelih korban seperti kami, maka  dia telah melakukan korban. Sesiapa yang melakukan korban sebelum solat, sesungguhnya ia sebelum solat, maka ia tidak dikira korban untuknya.

[Sahih al-Bukhari,  Kitab al-‘Eidain, Bab al-Akl Yaum an-Nahar, hadis no: 955].

Di sisi mazhab Syafie, masa sembelihan korban adalah pada pagi Aidil Adha bermula pada waktu selepas terbit matahari kira-kira dalam tempoh masa yang cukup untuk mendirikan solat dua rakaat yang ringkas dan dua khutbah yang ringkas. Tidak menjadi syarat agar imam telah mendirikan solat hari raya dan tidak juga menjadi syarat agar si pemilik korban telah mendirikan solat raya. Tempohnya pula tamat apabila terbenamnya matahari pada hari tasyriq yang ketiga (13 Zulhijjah). Ulama mazhab Syafie bersepakat bahawa dibenarkan menyembelih dalam tempoh ini tidak kira siang ataupun malam hanya sahaja dimakruhkan pada waktu malam berdasarkan beberapa riwayat yang kesemuanya dhaif.

Ulama mazhab Syafie juga bersepakat bahawa tidak sah sembelihan korban itu apabila dilakukan sebelum waktunya.

Di sisi mazhab Malik pula, korban hanya sah apabila dilakukan selepas imam selesai mendirikan solat dan khutbah dan imam selesai menyembelih korbannya.

Di sisi mazhab Ahmad pula tidak boleh kecuali selepas imam mendirikan solat.

Ibn al-Munzir menyatakan bahawa ulama bersepakat bahawa tidak sah sembelihan korban sebelum terbitnya matahari pada hari Aidil Adha.

Mereka yang menyatakan hanya sah sembelihan korban selepas imam mendirikan solat berdalilkan hadis berikut:

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ فِي يَوْمِنَا هَذَا أَنْ نُصَلِّيَ، ثُمَّ نَرْجِعَ فَنَنْحَرَ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا، وَمَنْ نَحَرَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَهْلِهِ، لَيْسَ مِنَ النُّسْكِ فِي شَىْءٍ ‏”‏‏.‏ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يُقَالُ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ بْنُ نِيَارٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَبَحْتُ وَعِنْدِي جَذَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ مُسِنَّةٍ‏.‏ فَقَالَ ‏”‏ اجْعَلْهُ مَكَانَهُ، وَلَنْ تُوفِيَ أَوْ تَجْزِيَ عَنْ أَحَدٍ بَعْدَكَ ‏”‏‏.‏

Daripada Al-Bara’ bin ‘Azib radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya perkara pertama kita lakukan pada hari kita ini ialah mendirikan solat. Kemudian kita pulang lalu menyembelih korban. Sesiapa yang melakukan hal itu, dia telah melakukan sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya itu adalah daging yang diberikan kepada keluarganya, dan tidak dikira sebagai korban sedikit pun. Seorang lelaki Ansar yang bernama Abu Burdah bin Niyar berkata: Ya Rasulullah, aku telah menyembelih, dan aku memiliki kambing betina yang lebih baik daripada kambing tua. Baginda menjawab: Jadikanlah ia sebagai ganti kepada sembelihan awal tadi. Hal ini tidak boleh untuk orang lain selepas kamu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Eidain, Bab al-Khutbah Ba’da al-‘Eid, hadis no: 965].

Manakala ulama mazhab Syafie menyatakan bahawa hadis seperti di atas menunjukkan tempoh waktu membolehkan sembelihan korban, dan bukannya syarat bahawa ia hanya boleh dilakukan selepas solat raya didirikan.

Daripada sudut tempoh hari dibolehkan melakukan korban. Mazhab Syafie seperti telah disebutkan bahawa masanya sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.  Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat bahawa ia hanya boleh dilakukan sehingga 12 Zulhijjah. Muhammad bin Sirin pula berpendapat ia hanya boleh dilakukan pada hari raya AidilAdha sahaja.

ADAB BAGI YANG MAHU MELAKUKAN KORBAN

1- Mengikhlaskan diri kepada Allah.

Firman Allah:

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat sampai kepada Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. [Al-Hajj : 37].

Seeloknya tidak perlu kita mewar-warkan kepada umum bahawa kita akan melakukan ibadah korban. Ini untuk menjaga keikhlasan kita supaya tidak rosak. Ulama-ulama salaf sangat suka menyembunyikan amalan mereka untuk menjaga keikhlasan mereka.

Zubair bin al-Awwam radiallahu ‘anhu berkata:

مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَكُونَ لَهُ خَبْءٌ مِنْ عَمَلٍ صَالِحٍ فَلْيَفْعَلْ

Sesiapa daripada kalian yang mampu menyembunyikan amal solehnya, lakukanlah hal tersebut.

[Musannaf Ibn Abi Syaibah, Kitab az-Zuhud : 34063]

سفيان بن عيينة ، قال : قال أبو حازم اكتم حسناتك أشد مما تكتم سيئاتك

Sufyan bin ‘Uyainah berkata: Abu Hazim berkata: Sembunyikan kebaikan-kebaikan kamu melebihi kalian menutup keburukan-keburukan kalian.

[Hilyatul Awliya’].

Akan tetapi ini tidaklah bermaksud kita perlu menuduh mereka yang mewar-warkan ibadah korban mereka sebagai tidak ikhlas. Boleh jadi mereka mahu mengajak pembaca dan masyarakat sekeliling untuk melakukan ibadah ini. Bersangka baiklah kepada saudara-saudara kita.

2- Tidak mencabut bulu atau memotong bulu/rambut, dan kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga selesai korban dilakukan.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏”‏

Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya.

Dalam riwayat lain:

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Apabila kalian melihat anak bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban. Hendaklah menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Menurut mazhab Syafie, dimakruhkan sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.

Menurut Imam Malik dan Abu Hanifah: Tidak makruh.

Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq dan Daud pula berpendapat ia haram.

Mazhab Syafie berhujahkan dalil di bawa untuk menunjukkan bahawa larangan dalam hadis di atas adalah makruh dan bukan haram.

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتْ كُنْتُ أَفْتِلُ قَلاَئِدَ الْغَنَمِ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَيَبْعَثُ بِهَا، ثُمَّ يَمْكُثُ حَلاَلاً‏.‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku membuatkan kalung untuk kambing (yang akan dikorbankan) milik Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda mengirimkan kambing itu, kemudian baginda tinggal dalam keadaan tidak berihram. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Taqlid al-Ghanam, hadis no: 1703].

Seperti diketahui antara perkara yang dilarang dalam ihram ialah memotong kuku dan membuang bulu daripada badan. Oleh itu hendaklah seseorang yang akan melakukan korban untuk mengikuti sunnah ini. Potonglah kuku dan cabutlah atau cukurlah bulu-bulu di tubuh sebelum masuknya 1 Zulhijjah. Akan tetapi jika sudah terlanjur melakukan hal ini dalam bulan Zulhijjah, tidaklah ia merosakkan ibadah korban tersebut.

TATACARA MENYEMBELIH KORBAN.

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ ضَحَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ، فَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ، فَذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ‏.‏

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih dua ekor kibas yang mempunyai warna hitam dan putih. Aku melihat baginda meletakkan kakinya di atas sisi kibas itu, baginda menyebut nama (Allah), bertakbir, lalu menyembelih kedua kibas itu dengan tangannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Adhohiy, Bab Man Dzabaha al-Adhohiy Bi Yadihi, hadis no: 5558].

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ يَطَأُ فِي سَوَادٍ وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ فَأُتِيَ بِهِ لِيُضَحِّيَ بِهِ فَقَالَ لَهَا ‏”‏ يَا عَائِشَةُ هَلُمِّي الْمُدْيَةَ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ قَالَ ‏”‏ اشْحَذِيهَا بِحَجَرٍ ‏”‏ ‏.‏ فَفَعَلَتْ ثُمَّ أَخَذَهَا وَأَخَذَ الْكَبْشَ فَأَضْجَعَهُ ثُمَّ ذَبَحَهُ ثُمَّ قَالَ ‏”‏ بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ ضَحَّى بِهِ ‏.‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam meminta dibawakan seekor kibas yang mempunyai warna hitam pada kaki, perut dan mata. Lalu dibawakan kibas itu untuk baginda melakukan korban dengannya. Baginda berkata kepada ‘Aisyah: Ya Aisyah, bawakan aku pisau. Tajamkan ia dengan batu. Lalu ‘Aisyah melakukan hal itu. Kemudian baginda mengambil pisau itu dan kibas itu, lalu membaringkan kibas itu lalu menyembelihnya. Baginda membaca: Dengan nama ALlah, Ya Allah, terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umat Muhammad. Baginda berkorban dengannya

[Sahih Muslim, Bab Istihbab Ad-Dhahiyyat wa Dzabhihah Mubasyaratan Bi La Tawkil wa at-Tasmiyah wa al-Takbir, hadis no: 1967]

1- Meletakkan kaki pada haiwan agar dapat menahannya daripada meronta-ronta sekaligus melancarkan dan mempercepatkan proses penyembelihan

2- Membaca Bismillah

2- Melafazkan takbir (Allahuakbar)

3- Membaca: Ya Allah, terimalah daripada aku dan ahli keluarga ku.

Sifat Ehsan Kepada Haiwan

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengajar kita agar bersifat ehsan hatta ketika menyembelih haiwan.

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ ، قَالَ : ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Syaddad bin Aus berkata: Dua perkara yang aku hafaz daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan ehsan atas segala sesuatu. Apabila kalian membunuh, bunuhlah dengan ehsan. Apabila kalian menyembelih, sembelihlah dengan ehsan. Hendaklah salah seorang kalian menajamkan pisaunya dan merehatkan haiwan sembelihannya.

[Sahih Muslim, Kitab as-Soid wa az-Zabaih, Bab Al-Amr Bi Ihsan adz-Dzabh…, hadis no: 1955]

Ehsan secara ringkasnya boleh dimaksudkan dengan ‘melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik’. Hadis di atas menggariskan dua cara terbaik menyembelih haiwan iaitu

1) Menajamkan pisau

2) Merehatkan haiwan supaya dia bertenang

Dalam hadis lain

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، أَنَّ رَجُلا أَضْجَعَ شَاةً يُرِيدُ أَنْ يَذْبَحُهَا وَهُوَ يَحُدُّ شَفْرَتَهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ : ” أَتُرِيدُ أَنْ تُمِيتَهَا مَوْتَاتٍ ، هَلا حَدَدْتَ شَفْرَتَكَ قَبْلَ أَنْ تُضْجِعَهَا

Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan seorang lelaki membaringkan kambing biri-birinya untuk dia menyembelihnya. Dia mengasah pisaunya. Baginda berkata: Adakah engkau mahu membunuh haiwan ini dua kali? Tajamkanlah pisau engkau sebelum engkau baringkan ia.

[Al-Mustadrak ‘Ala Al-Sahihain, Kitab al-Adhohi, hadis no: 7563. Sahih atas Syarat Imam al-Bukhari]

Ini menunjukkan kita hendaklah hanya membaringkan haiwan itu apabila kita sudah bersedia untuk menyembelih, dan tidak membiarkan ia terbaring lama kerana ia bukan posisi yang selesa.

Akan tetapi, kita perlu memahami sifat ehsan ini dengan kefahaman yang benar. Sebahagian kita menyangka bahawa apabila menyembelih haiwan yang besar seperti lembu dan sebagainya sesuatu yang mudah, hinggakan jika seseorang menumbangkan lembu dengan menarik kakinya, duduk di atas lembu untuk mengelakkan dia daripada meronta turut dikatakan tidak ehsan.

Lihatlah kefahaman baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tentang sifat ehsan. Satu amalan yang praktikal, dan bukan teori.

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ ضَحَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ، فَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ، فَذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ‏.‏

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih dua ekor kibas yang mempunyai warna hitam dan putih. Aku melihat baginda meletakkan kakinya di atas sisi kibas itu, baginda menyebut nama (Allah), bertakbir, lalu menyembelih kedua kibas itu dengan tangannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Adhohiy, Bab Man Dzabaha al-Adhohiy Bi Yadihi, hadis no: 5558].

Jika diikutkan seolah-olah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tiada adab, tiada ehsan kerana meletakkan kaki pada haiwan itu. Tetapi inilah kefahaman ehsan yang benar, buat dengan cara yang terbaik yang mampu.

Nasihat kita kepada semua: Bersikap ehsanlah kepada haiwan tatkala menyembelih. Begitu juga, bersangka baiklah kepada saudara-saudara kita yang berpenat lelah menumbangkan haiwan korban. Ada baiknya jika kita tahu cara yang lebih baik, kita turut menyertai acara sembelihan agar dapat berkongsi ilmu dan mengajar orang lain cara lebih elok untuk menyembelih haiwan.

Falsafah Korban

 

Ia bukan sekadar haiwan yang disembelih. Haiwan-haiwan itu merupakan ibadah yang hikmahnya agar kita mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Cinta seorang ayah kepada si anak, dan sayang si anak kepada si ayah teruji.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلۡمَنَامِ أَنِّىٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰ‌ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٠٢)

Maka tatkala anak itu sudah sampai usia mampu bekerja bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (102)

فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُ ۥ لِلۡجَبِينِ (١٠٣) وَنَـٰدَيۡنَـٰهُ أَن يَـٰٓإِبۡرَٲهِيمُ (١٠٤) قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآ‌ۚ إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٠٥)

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya (103) Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, (104) sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu , sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. (105)

Ayat seterusnya, Allah menunjukkan sifat Rahmatnya, dan tujuan arahan itu, iaitu sebagai satu UJIAN.

إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ (١٠٦) وَفَدَيۡنَـٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٍ۬ (١٠٧) وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِى ٱلۡأَخِرِينَ (١٠٨) سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (١٠٩)

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar . (107) Kami abadikan untuk Ibrahim itu [pujian yang baik] di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (108)  “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”. (109)

Allah tidak zalim, Dia mahu menguji hambaNya, Dia juga menunjukkan RahmatNya. Boleh sahaja Dia membiarkan Nabi Ismail disembelih, tetapi Dia Maha Rahmat. Dia ar-Rahman dan ar-Rahim.

Falsafah korban ini perlu kita hayati, adakah kita sanggup mengorbankan perkara yang paling kita cintai demi Tuhan?

Adakah ketika bersedekah, kita memberikan sedekah yang terbaik? Atau sekadar barang-barang yang kita tidak mahu pakai? Ia satu pengorbanan jiwa.

Adakah ketika mempertahankan prinsip beragama, kita sanggup dicemuh orang? Atau kita akhirnya tunduk agar terus disukai orang? Ia satu pengorbanan.

Adakah ketika kita perlu mengorbankan masa demi mencari redha Tuhan dengan membantu dan membawa manusia lain kepada Tuhan, kita sanggup? Atau kita lebih rela pulang kerja, terus ke rumah berehat bersama keluarga. Yang penting aku dan keluarga aku bahagia?

Adakah ketika kita diuji dengan wang rasuah yang memberikan kemewahan, kita mampu menutup mata atau kita mengambilnya? Ia satu pengorbanan.

Si isteri dan anak melakukan maksiat, adakah kita mampu menegur? Ia satu pengorbanan.

Si anak mahu membina masjid, lalu kita terperangkap antara memudahkan perjalanan syariat atau menyukarkan dengan segenap adat? Ia satu pengorbanan.

Maksiat di depan mata, tiada siapa melihat kita, kita sendirian dalam bilik, hati kita berperang antara melakukannya dan takut kepada Tuhan. Ia satu pengorbanan.

Pengorbanan ini bukan untuk orang lain kecuali kita. Dengan pengorbanan kita tahu keimanan kita setebal mana. Dengan ujian Tuhan kita akan tahu akidah kita adalah teori atau realiti.

Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Hajar, menunjukkan sisi pengorbanan yang hebat demi Tuhan. Kerana mereka tahu Tuhan tidak akan mengabaikan insan yang berkorban untukNya. Itulah Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.

 

APA PERLU DIBUAT UNTUK MENCEGAH MASALAH SEKSUAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA?

child abuse

Bagaimana kanak-kanak berumur 7 tahun sudah pandai berzina? Kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak berumur 7 tahun yang ‘merogol’ seorang kanak-kanak berumur 6 tahun.

Timbul satu persoalan, bagaimana kanak-kanak seawal usia ini tahu untuk melakukannya? Adakah mereka pernah menyaksikan ibu bapa mereka sendiri melakukannya lantaran mereka masih tidur sebilik dengan ibu bapa mereka?

Atau adakah mereka melihat video-video porno yang sangat mudah diakses apabila mereka mempunyai gajet sendiri? Read more

BENGKEL REMAJA SOLEH 2017

Bengkel Remaja Soleh 2017v2
PengenalanApakah itu BRS?Aturcara ProgramLokasiPendaftaran

Assalamualaikum.

Kenapa perlu menghantar anak-anak ke dalam program ini?

Insya-Allah, dalam Bengkel Remaja Soleh ’17 (BRS), peserta akan mempelajari beberapa aspek penting dalam hidup seorang Muslim.

  • Asas Akidah Islam.

Dalam slot ini, peserta akan memahami maksud dua kalimah syahadah, dan contoh perkara-perkara yang boleh merosakkan syahadah atau akidah seorang Muslim. Slot ini merupakan slot pertama, dan akan disampaikan dalam bentuk kuliah.

  • Saya sudah baligh, apa perlu saya buat?

Dalam slot ini, peserta akan diasingkan ke dalam dua kumpulan besar, mengikut jantina. Dalam slot ini, pembentang akan menghuraikan apa yang akan berlaku kepada seseorang apabila sudah baligh, apa tanggungjawab mereka, dan apakah cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Slot ini adalah untuk peserta berumur 9 tahun ke atas. Adapun yang berumur 7-8 tahun, akan terus masuk ke kumpulan masing-masing.

  • Fiqh Bersuci

Dalam slot ini, peserta akan memahami tatacara bersuci yang sempurna. Ia merangkumi aspek wudhu, mandi wajib dan tayamum. Slot ini akan dijalankan dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang akan dipimpin oleh fasilitator.

  • Fiqh Solat

Dalam slot ini, peserta akan memahami tatacara solat yang sempurna. Ia juga akan memfokuskan untuk memastikan bacaan-bacaan dalam solat dihafaz oleh peserta. Slot ini juga akan dijalankan dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang akan dipimpin oleh fasilitator.

  • Sunnah-Sunnah Harian

Dalam slot ini, peserta akan diberikan tugasan untuk melakukan pembentangan tajuk sunnah-sunnah harian. Setiap kumpulan akan diberikan tajuk yang berbeza, dan mereka perlu membuat pembentangan di hadapan kumpulan-kumpulan yang lain.

Dengan menghadiri program BRS, peserta Insya-Allah akan;

  1. Memahami asas akidah Islam.
  2. Memahami tatacara bersuci yang betul.
  3. Memahami tatacara solat yang betul.
  4. Mengetahui sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
  5. Termotivasi untuk istiqamah mendirikan solat.
  6. Termotivasi untuk sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
  7. Bersedia menghadapi alam remaja yang penuh dengan cabaran.

Bengkel Remaja Soleh 2017v2

Sabtu 26 Ogos 2017

07.30 am         : Kehadiran dan Pendaftaran peserta

08.15 am         : Taklimat program kepada peserta

08.30 am         : Sesi perkenalan dalam kumpulan

09.00 am         : Kuliah 1 – Rukun Islam dan Iman

10.00 am         : Rehat

10.15 am         : Kuliah 2- Saya sudah baligh, apa perlu saya buat?

10.45 am         : LDK 1- Fiqh Bersuci- Wudhu, Tayamum, Mandi Wajib

12.30 am         : Rehat/Makan Tengahari

01.10 pm         : Solat Zuhur

01.45 pm         : LDK 2 – Fiqh Solat

02.45 pm         : Rehat

03.00 pm         : LDK 3 – Fiqh Solat

03.30 pm         : LDK 4- Sunnah-Sunnah Harian

04.10 pm         : Rehat/Solat Asar/Minum Petang

05.00 pm         : Sambung LDK 4- Sunnah-Sunnah Harian

05.30 pm         : Pembentangan Sunnah-Sunnah Harian

06.00 pm         : Penutup

06.30 pm         : Bersurai

Program ini dijalankan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

iium2


Seminar Solat 1.0

Seminar Solat 2017 1
PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangLokasi ProgramPenajaanPendaftaran

Assalamualaikum.

Apakah yang akan diperolehi (Insya-Allah) oleh peserta-peserta SEMINAR SOLAT 1.0?

Memahami kepentingan solat
Mengetahui dalil-dalil tatacara bersuci dan solat
Memahami huraian dan perbezaan pendapat dalam fiqh wudhu dan solat

SEMINAR SOLAT 1.0
Tarikh: Sabtu 12 Ogos 2017
Lokasi: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang.
Pembentang: Ustaz Ahmad Husni & Dr. Rozaimi Ramle
Yuran: Awam RM80 / Pelajar RM60
*Peserta akan menerima nota dan makanan
Sebarang pertanyaan, hubungi 011-5680 5650

Seminar Solat 2017 1

Sabtu 12 Ogos 2017

08:15 pagi           : Pendaftaran

09.00 pagi           : Slot 1- Ustaz Ahmad Husni

  • Fiqh Wudhu

10.30 pagi           : Rehat

10.50 pagi           : Slot 2- Ustaz Ahmad Husni

  • Fiqh Mandi Wajib
  • Fiqh Tayamum

01.00 tengahari : Rehat/Makan Tengahari/Solat Zuhur

02.15 petang      : Slot 3- Dr. Rozaimi Ramle

  • Fiqh Solat

04.15 petang      : Rehat/minum petang/solat Asar

05.00 petang      : Slot 4- Dr. Rozaimi Ramle

  • Fiqh Solat

06.15 petang      : Bersurai

dr rozaimi poster

Dr. Rozaimi Ramlee merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu’tah, Jordan.

Kemudian Dr. Rozaimi meneruskan pencarian ilmunya dengan mendalami ilmu hadis di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Dr. Rozaimi memperolehi PhD dalam bidang hadis di University Of Jordan.

Beliau merupakan seorang pendakwah yang aktif mengajar di masjid dan surau-surau dan kerap dijemput membentangkan kertas kerja di pelbagai tempat. Selain itu, Dr. Rozaimi juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa negeri Perlis.

10 - Ust Ahmad Husni Abdul Rahman copy

Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman merupakan seorang pendakwah muda yang banyak berkongsi ilmu melalui medium kuliah-kuliah di surau-surau, masjid-masjid dan juga seminar-seminar.

Pendidikan:

Sarjana Muda Syariah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
Sedang melanjutkan pendidikan di peringkat sarjana di Universiti Malaya.

Kerjaya:

Eksekutif zakat, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan

Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Catering

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangan untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemuan

Bagaimana mahu menaja seminar ini?

– Penaja boleh menghubungi nombor 013 315 6204 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
– Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
– Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!


« Older Entries Recent Entries »