Benarkah Cinta Kerana Allah?

menyintai-ALLAH

هل من يحبّ الله سيدخل النار يوجد كثير من الكفار كاليهود والنصارى يحبون الله وكذلك المسلم الفاسق يحبّ الله ولا يقول أبدا إنه يبغض ربه ، هل من إيضاح للقضية ؟.

 

Adakah wujud insan yang mencintai Allah, tetapi dia akan memasuki neraka? Terdapat ramai orang kafir seperti Yahudi dan Nasrani yang mencintai Allah. Begitu juga dengan orang Islam yang fasiq. Dia mencintai Allah dan dia tidak akan sama sekali menyatakan bahawa dia membenci Tuhannya. Adakah wujud penjelasan untuk perkara ini?

 

Shaikh Saleh al-Munajid menjawab:

الحمد لله. قال ابن القيم رحمه الله موضّحا هذه المسألة : ها هنا أربعة أنواع من الحب يجب التفريق بينها وإنما ضل من ضل بعدم التمييز بينهما :

Alhamdulillah. Al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah telah menerangkan hal ini dengan jelas. Terdapat empat jenis cinta, wajib untuk membezakan antara jenis-jenis cinta.  Sesungguhnya telah sesat orang-orang yang gagal membezakan antara jenis-jenis cinta ini.

أحدهما : محبة الله ولا تكفي وحدها في النجاة من الله من عذابه والفوز بثوابه فإن المشركين وعباد الصليب واليهود وغيرهم يحبون الله .

Pertama: Mencintai Allah. Akan tetapi cinta ini tidak cukup untuk mendapat perlindungan Allah daripada azab Nya dan tidak cukup jua untuk berjaya meraih pahala Nya. Sesungguhnya kaum musyrikin, penganut Kristian, Yahudi dan selainnya turut mencintai Allah.

الثاني : محبة ما يحب الله وهذه هي التي تدخله في الإسلام وتخرجه من الكفر وأحب الناس إلى الله أقومهم بهذه المحبة وأشدهم فيها .

Kedua: Mencintai apa yang Allah cintai. Cinta inilah yang memasukkan seseorang ke dalam Islam dan mengeluarkannya daripada kekufuran. Manusia yang paling dicintai Allah ialah yang paling kuat cintanya dalam hal ini.

الثالث : الحب لله وفيه وهي من لوازم محبة ما يحب الله ولا يستقيم محبة ما يحب الله إلا بالحب فيه وله .

Ketiga: Cinta kerana Allah. Ia merupakan satu syarat merealisasikan cinta kepada apa yang Allah cinta. Tidaklah murni cinta kepada apa yang Allah cintai melainkan cinta itu dilakukan kerana Allah.

الرابع : المحبة مع الله وهى المحبة الشركية وكل من أحب شيئا مع الله لا لله ولا من أجله ولا فيه فقد اتخذه ندا من دون الله وهذه محبة المشركين .

Keempat: Mencintai sesuatu bersama-sama Allah. Ia merupakan cinta yang syirik. Sesiapa yang mencintai sesuatu bersama-sama Allah, bukan kerana Allah. Sesungguhnya dia telah menjadikan sekutu kepada Allah. Ini merupakan cinta yang syirik.

وبقى قسم خامس ليس مما نحن فيه وهى المحبة الطبيعية وهي ميل الإنسان إلى ما يلائم طبعه كمحبة العطشان للماء والجائع للطعام ومحبة النوم والزوجة والولد فتلك لا تذم إلا إن ألهت عن ذكر الله وشغلته عن محبته كما قال تعالى  : 

Terdapat cinta jenis yang kelima yang tidak termasuk apa yang kita bincangkan. Ia merupakan cinta tabi’i. Ia merupakan kecenderungan seorang insan kepada apa yang dia suka secara fitrah. Ia seperti suka nya seorang yang dahaga kepada air, orang yang lapar kepada makanan, suka kepada tidur, isteri, dan anak. Cinta ini tidaklah salah melainkan jika ia memalingkan seseorang daripada mengingati Allah dan menyibukkan seseorang daripada mencintai Allah. Firman Allah ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ

Wahai orang beriman, janganlah harta-harta kalian, dan anak-anak kalian memalingkan kalian daripada mengingati Allah (al-Munafiqun 69 : 3)

وقال تعالى : (رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ) الجواب الكافي 1/134 .

Allah berfirman: Insan yang mana perniagaan dan jual belinya tidak memalingkan dia daripada mengingati Allah (an-Nur 24:37)

[Al-Jawab Al-Kafi 134/1]

وقال رحمه الله تعالى : والفرق بين الحب في الله والحب مع الله وهذا من أهم الفروق وكل أحد محتاج بل مضطر إلى الفرق بين هذا وهذا ، فالحب في الله هو من كمال الإيمان ، والحب مع الله هو عين الشرك ، والفرق بينهما أن المحب في الحب تابع لمحبة الله فإذا تمكنت محبته من قلب العبد أوجبت تلك المحبة ، أن يحب ما يحبه الله

Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata lagi : Perbezaan antara cinta kerana Allah dan cinta sesuatu bersama-sama cinta kepada Allah merupakan satu perbezaan yang cukup penting. Setiap insan perlu tahu untuk membezakan antara jenis cinta ini. Mencintai sesuatu kerana Allah merupakan sebahagian daripada kesempurnaan iman. Sedangkan mencintai sesuatu bersama Allah merupakan satu bentuk syirik. Beza antara jenis cinta ini ialah seseorang yang mencintai apa yang Allah cintai adalah hasil daripada cintanya kepada Allah. Apabila cinta kepada Allah sudah semakin kukuh dalam jiwa seseorang, maka perasaan cinta kepada apa yang Allah cintai akan muncul.

 فإذا أحب ما أحبه ربه ووليه كان ذلك الحب له وفيه كما يحب رسله وأنبياءه وملائكته وأولياءه لكونه تعالى يحبهم ويبغض من يبغضهم لكونه تعالى يبغضهم ،

Apabila seseorang mencintai apa yang Tuhannya cintai dan mencintai sesiapa yang menjadi wali kepadanya, maka itulah cinta kerana Allah. Ia seperti mana cinta kepada rasul-rasul, nabi-nabi, malaikatnya dan wali-walinya. Dia mencintai semua itu kerana Allah mencintai semua itu, dan dia membenci sesiapa yang Allah benci kerana bencinya Allah kepada mereka itu.

وعلامة هذا الحب والبغض في الله أنه لا ينقلب بغضه لبغيض الله حبا لإحسانه إليه وخدمته له وقضاء حوائجه ولا ينقلب حبه لحبيب الله بغضا إذا وصل إليه من جهته من يكرهه ويؤلمه ، إما خطأ وإما عمدا مطيعا لله فيه أو متأولا أو مجتهدا أو باغيا نازعا تائبا .

Petanda kepada cinta dan benci kerana Allah ialah kebenciannya kepada apa yang Allah benci tidak akan sama sekali bertukar menjadi cinta walaupun orang yang Allah benci itu berbuat baik kepadanya, memberi khidmat kepadanya dan menunaikan hajatnya. Begitu juga cintanya kepada apa yang Allah cinta tidak akan bertukar menjadi kebencian hanya kerana orang tersebut melakukan perkara yang dia tidak suka atau melukai hatinya, sama ada ia dilakukan kerana tersilap atau dengan sengaja, sama ada kesilapan dan melukakan hati itu dilakukan kerana mentaati Allah atau kerana ada alasan yang lain, atau kerana dia seorang pelaku maksiat yang belum bertaubat,

والدين كله يدور على أربع قواعد حب وبغض ويترتب عليهما فعل وترك فمن كان حبه وبغضه وفعله وتركه لله فقد استكمل الإيمان بحيث إذا أحب أحب لله ، وإذا أبغض أبغض لله ، وإذا فعل فعل لله ، وإذا ترك ترك لله ، وما نقص من أصناف هذه الأربعة نقص من إيمانه ودينه بحسبه .

Agama ini berkisar kepada empat prinsip iaitu cinta dan benci, melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu. Sesiapa yang cinta, benci, melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka dia telah menyempurnakan imannya. Apabila dia mencintai sesuatu, dia mencintainya kerana Allah, apabila dia benci kepada sesuatu, dia membencinya kerana Allah, apabila dia melakukan sesuatu, dia melakukannya kerana Allah dan apabila dia meninggalkan sesuatu, dia meninggalkannya kerana Allah. Apabila seseorang mempunyai kekurangan pada empat prinsip ini, maka kuranglah imannya dan agamanya disebabkan hal itu.

وهذا بخلاف الحب مع الله فهو نوعان : نوع يقدح في أصل التوحيد وهو شرك ، ونوع يقدح في كمال الإخلاص ومحبة الله ولا يخرج من الإسلام . 

Ini bertentangan dengan mencintai sesuatu bersama-sama cinta kepada Allah. Ia terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian pertama ialah jenis cinta yang merosakkan tauhid iaitu syirik. Bahagian kedua ialah yang merosakkan kesempurnaan ikhlas dan merosakkan perasaan cinta kepada Allah, akan tetapi dia tidak terkeluar daripada Islam.

فالأول : كمحبة المشركين لأوثانهم وأندادهم قال تعالى : (وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ) وهؤلاء المشركون يحبون أوثانهم وأصنامهم وآلهتهم مع الله كما يحبون الله فهذه محبة تأله وموالاة يتبعها الخوف والرجاء والعبادة والدعاء وهذه المحبة هي محض الشرك الذي لا يغفره الله ولا يتم الإيمان إلا بمعاداة هذه الأنداد وشدة بغضها وبغض أهلها ومعاداتهم ومحاربتهم وبذلك أرسل الله جميع رسله وأنزل جميع كتبه وخلق النار لأهل هذه المحبة الشركية وخلق الجنة لمن حارب أهلها وعاداهم فيه وفي مرضاته فكل من عبد شيئا من لدن عرشه إلى قرار أرضه فقد اتخذ من دون الله إلها ووليا وأشرك به كائنا ذلك المعبود ما كان ولا بد أن يتبرأ منه أحوج ما كان إليه . 

Pertama: Seperti cinta kaum Musyrikin kepada berhala dan sekutu-sekutu yang mereka beri kepada Allah. Allah berfirman: Sebahagian manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai sekutu kepada Allah. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah (al-Baqarah 2:165). Orang-orang musyrikin mencintai berhala-berhala mereka, dan sesembahan mereka bersama-sama dengan Allah, sebagaimana mereka mencintai Allah. Cinta ini membawa kepada perasaan takut, harap, penyembahan dan berdoa kepada yang dicintai. Cinta ini merupakan cinta yang syirik secara jelas yang mana Allah tidak akan mengampuninya. Keimanannya tidak akan sempurna melainkan dengan menjadikan sesembahan ini sebagai musuh, dan sangat-sangat membencinya, serta membenci orang yang menyembahnya, menganggap orang yang menyembah selain Allah sebagai musuh dan memerangi mereka. Disebabkan itu Allah menghantar para rasul dan menurunkan kesemua kitab-kitab Nya dan menciptakan neraka untuk pensyirik cinta ini, dan menciptakan pula syurga buat mereka yang memerangi dan memusuhi pensyirik cinta kerana Nya dan untuk meraih keredhaan Nya. Sesiapa yang menyembah sesuatu daripada arsy Nya, sehinggalah apa yang ada di permukaan bumi, maka mereka telah menjadikan selain Allah sebagai sesembahan, wali, dan telah syirik kepada Allah, dan apa yang mereka sembah itu, pasti akan berlepas diri daripada mereka pada saat mereka sangat-sangat memerlukannya (di akhirat kelak).

والنوع الثاني : محبة ما زينه الله للنفوس من النساء والبنين والذهب والفضة والخيل المسومة والأنعام والحرث فيحبها محبة شهوة كمحبة الجائع للطعام والظمآن للماء فهذه المحبة ثلاثة أنواع :

Kedua: Cinta kepada sesuatu yang Allah telah jadikan menarik hati manusia seperti isteri, anak-anak, emas, perak, kuda, haiwan ternakan dan tanah yang subur. Cinta kepada semua ini adalah cinta syahwat sebagaimana cinta seorang yang lapar kepada makanan, orang yang haus kepada air. Cinta ini terbahagi kepada tiga jenis:

فإن أحبها لله توصلا بها إليه واستعانة على مرضاته وطاعته أثيب عليها وكانت من قسم الحب لله توصلا بها إليه ويلتذ بالتمتع بها وهذا حالة أكمل الخلق الذي حبب إليه من الدنيا النساء والطيب وكانت محبته لهما عونا له على محبة الله وتبليغ رسالته والقيام بأمره .

Pertama: Seandainya seseorang mencintai perkara itu kerana Allah, dan sebagai satu jalan untuk dia mencintai Allah dan jalan untuk membantunya mendapat keredhaan Allah dan mentaatiNya, maka dia akan memperolehi pahala. Ini merupakan bahagian daripada cinta kerana Allah yang membantu seseorang mendekati Allah, dalam masa yang sama dia dapat berseronok-seronok dengannya. Inilah keadaan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana antara perkara yang baginda sukai ialah wanita dan wangian. Cintanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada wanita dan wangian ini membantunya untuk mencintai Allah, menyampaikan risalah dakwah dan melakukan suruhan Allah.

وإن أحبها لموافقة طبعه وهواه وإرادته ولم يؤثرها على ما يحبه الله ويرضاه بل نالها بحكم الميل الطبيعي كانت من قسم المباحات ولم يعاقب على ذلك ولكن ينقص من كمال محبته لله والمحبة فيه .

Kedua: Seandainya dia mencintai sesuatu kerana ia selari dengan fitrah dan kehendak nafsunya, akan tetapi ia tidak memberi sebarang kesan pun atas cintanya kepada Allah atau usahanya untuk menggapai keredhaan Allah. Bahkan dia merasainya hanya kerana tabiat seorang manusia, maka itu adalah cinta yang harus. Dia tidak berdosa di atas perkara tersebut. Akan tetapi ia akan mengurangkan kesempurnaan cintanya kerana Allah.

وإن كانت هي مقصودة ومراده وسعيه في تحصيلها والظفر بها وقدمها على ما يحبه الله ويرضاه منه كان ظالما لنفسه متبعا لهواه . 

Ketiga: Jika cinta kepada selain Allah itu menjadi matlamat kehidupan, dan dia berusaha pula mendapatkannya sehingga dia mengutamakan hal itu melebihi apa yang Allah cintai dan Allah redhai. Maka orang tersebut telah menzalimi dirinya sendiri kerana mengikuti hawa nafsunya.

فالأولى محبة السابقين ، والثانية محبة المقتصدين ، والثالثة محبة الظالمين . الروح لابن القيم 1/254، وصلى الله على نبينا محمد ، والله تعالى اعلم .

Cinta yang pertama itulah cinta golongan as-Sabiqun (iaitu orang-orang yang mendahului dalam melakukan kebaikan), cinta yang kedua pula ialah golongan al-Muqtasidun (golongan pertengahan) dan cinta yang ketiga ialah cinta az-Zolimun (orang-orang yang zalim) [al-Ruh oleh Ibn al-Qayyim]

 

Sumber:

http://islamqa.com/ar/949

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *