Buah-Buah Qadha’ dan Qadar

Assalamualaikum w.b.t
Sahabat,
Kita semua pernah melalui saat, apa yang kita harapkan, tidak ditemui. Ketika kita sudah berkeyakinan kita akan mencapai sesuatu, tiba-tiba ia pergi begitu sahaja.
Kadang-kala kita sudah berusaha, tanda-tanda positifnya ada terzahir (atau boleh jadi kita tidak nampak tanda-tanda negatifnya), tetapi apabila keputusannya keluar, ia sesuatu yang diluar jangkauan kita.
Kita terdiam, terpaku, terduduk, sedih, kecewa. Persoalan KENAPA KENAPA dan KENAPA akan terus hadir dan hadir.

 

Sahabat,
 Ulama’ kontemporari yang sungguh berilmu, Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin memberikan komentar yang sangat indah berkaitan bab qadar. Ia menyejukkan jiwa-jiwa yang sedang kecewa, ia mengembalikan hati-hati yang lupa untuk kembali kepada Allah yang Esa.
وللإيمان بالقدر ثمرات جليلة منها:
Iman kepada al-Qadar menghasilkan buah-buahan (kesan) yang sangat indah . Antaranya ialah:
الأولى: الاعتماد على الله تعالى، عند فعل الأسباب بحيث لا يعتمد على السبب نفسه لأن كل شيء بقدر الله تعالى.
Pertama: Pergantungan secara penuh kepada Allah Ta’ala apabila seseorang melakukan sesuatu sebab (untuk mencapai sesuatu). Seseorang insan itu tidak akan dapat bergantung kepada sebab itu sendiri kerana setiap perkara itu berlaku hanya dengan ketetapan Allah.
الثانية: أن لا يعجب المرء بنفسه عند حصول مراده، لأن حصوله نعمة من الله تعالى ، بما قدره من أسباب الخير، والنجاح ، وأعجابه بنفسه ينسيه شكر هذه النعمة.
Kedua: Seseorang itu tidak akan takjub kepada dirinya sendiri apabila dia memperolehi apa yang dia kehendaki. Ini kerana kejayaan dia memperolehi hal tersebut merupakan nikmat daripada Allah Ta’ala. Dia telah mentaqdirkan sebab-sebab yang membawa kepada kebaikan dan kejayaan. Takjubnya seseorang kepada dirinya sendiri membuatkan dia lupa untuk bersyukur ke atas nikmat ini.
الثالثة: الطمأنينة ، والراحة النفسية بما يجرى عليه من أقدار الله تعالى فلا يقلق بفوات محبوب، أو حصول مكروه، لأن ذلك بقدر الله الذي له ملك السماوات والأرض، وهو كائن لا محالة
Ketiga: Ketenangan dan hati yang selesa dengan apa yang berlaku ke atas dirinya yang merupakan taqdir-taqdir Allah. Dia tidak akan berduka dengan hilangnya sesuatu yang dicintai, atau memperolehi sesuatu yang tidak disukai. Ini kerana semua itu berlaku kerana taqdir Allah yang Memiliki langit dan bumi, Dia lah Pencipta sesuatu tanpa keraguan lagi.
وفي ذلك يقول الله تعالى: } ما اصاب من مصيبة في الأرض ولا في أنفسكم إلا في كتاب من قبل أن نبرأها إن ذلك على الله يسير * لكيلا تاسوا على ما فتكم ولا تفرحوا بما ءاتاكم والله لا يحب كل مختال فخور { {سورة الحديد، الآيتين : 22-23}
Allah Ta’ala berfirman: Tidaklah sesuatu musibah menimpa bumi dan diri mu melainkan ia tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya itu amatlah mudah untuk Allah. Supaya kami tidak terlalu berduka di atas apa yang hilang daripada mu dan tidak terlalu gembira atas apa yang Ia berikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan meninggi diri. [al-Hadid : 22-23]
و يقول النبي صلى الله عليه وسلم: “عجباً لأمر المؤمن إن أمره كله خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن إن اصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له”  )رواه مسلم ، كتاب الزهد والرقائق باب: المؤمن أمره كله خير(
Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Ajaib sungguh urusan orang beriman. Sesungguhnya urusannya semuanya baik. Ini tidak berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika kesenangan datang kepadanya, dia bersyukur, itu baik untuk nya. Jika kesusahan menimpanya, dia sabar, itu jua baik untuk nya. [Sahih Muslim, Kitab az-Zuhud dan ar-Raqaiq, Bab Orang Beriman Urusannya Semua Baik ]
Sahabat,
renunglah hadis di bawah.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّ أَبَا سَلَمَةَ حَدَّثَهَا ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ :
Ummu Salamah r.a menceritakan bahawa Abu Salamah r.a menceritakan kepadanya bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصَابُ بِمُصِيبَةٍ ، فَيَفْزَعُ إِلَى مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ مِنْ قَوْلِهِ
Tidaklah seorang Islam ditimpa musibah, lalu dia terus melakukan apa yang Allah suruh iaitu dengan mengucapkan:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ عِنْدَكَ احْتَسَبْتُ مُصِيبَتِي فَأْجُرْنِي فِيهَا وَعُضْنِي مِنْهَا
“Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita kembali. Ya Allah, kepada Mu aku serahkan musibah yang menimpa ku, berilah aku ganjaran untuk nya, dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya”
إِلَّا آجَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهَا وَعَاضَهُ خَيْرًا مِنْهَا
melainkan Allah akan memberi ganjaran kepadanya dan menggantikan dengan lebih baik daripada itu.
، قَالَتْ : فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ ، ذَكَرْتُ الَّذِي حَدَّثَنِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقُلْتُ : إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ عِنْدَكَ احْتَسَبْتُ مُصِيبَتِي هَذِهِ فَأْجُرْنِي عَلَيْهَا ،
Ummu Salamah r.a berkata: Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku teringat kepada apa yang dia ceritakan kepada ku daripada Rasulullah s.a.w, lalu aku terus membaca: “Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita kembali. Ya Allah, kepada Mu aku serahkan musibah yang menimpa ku, berilah aku ganjaran untuk nya”
فَإِذَا أَرَدْتُ أَنْ أَقُولَ : وَعِضْنِي خَيْرًا مِنْهَا ، قُلْتُ فِي نَفْسِي : أُعَاضُ خَيْرًا مِنْ أَبِي سَلَمَةَ ، ثُمَّ قُلْتُهَا ، فَعَاضَنِي اللَّهُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَآجَرَنِي فِي مُصِيبَتِي .
Apabila aku ingin membaca: Gantikan aku yang lebih baik daripadanya, aku berbisik kepada diri ku: Adakah ada pengganti yang lebih baik daripada Abu Salamah. Tetapi aku terus membacanya, lalu Allah s.w.t memberikan ganti Muhammad s.a.w kepada ku, dan memberi pahala untuk musibah yang menimpa diri ku. [Sunan Ibnu Majah : 1587]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *