Category Archives: Al-Quran

Sekilas Surah an-Nisa’

muslimah2

Isi Kandungan Surah An-Nisa’

1. Wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki.

Surah An-Nisa` dibuka dengan ayat:

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kalian yang telah menciptakan kalian daripada jiwa yang satu dan daripada jiwa yang satu itu Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” (An-Nisa`: 1)

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ لَنْ تَسْتَقِيمَ لَكَ عَلَى طَرِيقَةٍ ، فَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَبِهَا عِوَجٌ ، وَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهَا كَسَرْتَهَا ، وَكَسْرُهَا طَلَاقُهَا

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya wanita dicipta daripada tulang rusuk, kalian tidak akan mampu meluruskannya walau apa cara sekalipun. Jika kalian bersenang-senangnya, kalian akan bersenang dengannya dalam keadaan adanya kebengkokan. Jika kalian terus juga mahu meluruskannya, kalian akan mematahkannya. Dan patahnya itu ialah penceraian. [Sahih Muslim, Kitab al-Ridho’, hadis no: 2678]

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim,: “Dalam hadis ini ada dalil daripada ucapan fuqaha atau sebahagian mereka bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا dan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menerangkan bahawa wanita diciptakan daripada tulang rusuk. Hadis ini menunjukkan kewajipan berlaku lembut kepada wanita, bersikap baik terhadap mereka, bersabar atas kekurangan akhlak dan lemahnya akal mereka. Selain itu, ia menunjukkan dibencinya mentalak mereka tanpa sebab dan juga tidak boleh seseorang bercita-cita agar si wanita terus lurus. Wallahu a’lam.”[1]

Dalam Tafsir at-Thabari disebutkan:

Dalam ayat ini dinyatakan bahwa daripada jiwa yang satu, Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan pasangannya. Imam Qatadah dan Mujahid rahimahumallah mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan jiwa yang satu adalah Nabi Adam ‘alaihis salam. Sedangkan pasangannya adalah Hawa. Qatadah mengatakan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam.[2] Read more

Nabi Musa dan Dua Gadis Madyan

haya

Nabi Musa dan Dua Gadis Madya

Dalam al-Quran mencatatkan sebuah kisah yang unik antara lelaki soleh iaitu Nabi Musa ‘alaihissalam dan dua gadis solehah di Madyan.

وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ (23)

Dan tatkala dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia mendapati di sana sekumpulan orang yang sedang memberi midnum [haiwan ternakan mereka], dan ia mendapati di belakang orang ramai itu terdapat dua orang wanita yang sedang terpisah daripada orang ramai itu. Musa berkata: “Apakah tujuan kamu berdua[dengan berbuat begitu]?” Kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum [kepada ternakan kami], sebelum pengembala-pengembala itu bersurai sedangkan bapa kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya”. (23) Read more

Hak-Hak Al-Quran


1.    Membacanya dengan tartil dan membaguskan suara.

Allah taala berfirman:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمْ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاَوَتِهِ أُوْلَئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْخَاسِرُونَ (البقرة: 121(

Orang-orang yang telah Kami berikan al-kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (QS. al-Baqarah: 121)

Dan firmanNya:

أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً (المزمل: 4(

Dan bacalah al-Qur`an itu dengan perlahan-lahan. (QS. al-Muzammil: 4) Read more

Kunci-Kunci Tadabbur al-Quran

Al-Quran Dan Kehidupan

 

Oleh al-Shaikh Dr. Nasir bin Sulaiman al-‘Umar

القرآن والحياة

الشيخ أ.د. ناصر بن سليمان العمر  | 16/6/1428 هـ

إن القرآن هو الحياة لو عقل الناس، فالحياة الحقيقية هي التي تسير وفق منهج القرآن، وبغير منهجه فليس ثمة حياة وإن رآها الناس كذلك،

Sesungguhnya al-Quran merupakan satu kehidupan seandainya manusia mahu berfikir. Kehidupan yang sebenar ialah kehidupan yang berjalan seiring dengan manhaj (jalan) al-Quran. Tanpa mengikuti jalan al-Quran, tiadalah kehidupan walaupun manusia melihatnya seperti hidup.

قال الله تعالى: “أَوَمَنْ كَانَ مَيْتاً فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُوراً يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ” (الأنعام:122)،

Allah s.w.t berfirman:

“Adakah sama orang yang sudah mati kemudian Kami hidupkannya dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia berjalan di tengah-tengah manusia, dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap-gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan”. (Al-An’aam:122) Read more

Recent Entries »