Category Archives: Bersuci

Bagaimana Berwudhu Dengan Anggot Badan Berbalut?

tangan berbalut

Bagaimana jika anggota badan berbalut?

Terdapat beberapa hadis berkaitan hal ini akan tetapi kesemuanya adalah dhaif.

عَنْ جَابِرٍ ، قَالَ : خَرَجْنَا فِي سَفَرٍ فَأَصَابَ رَجُلًا مِنَّا حَجَرٌ فَشَجَّهُ فِي رَأْسِهِ ثُمَّ احْتَلَمَ ، فَسَأَلَ أَصْحَابَهُ ، فَقَالَ : هَلْ تَجِدُونَ لِي رُخْصَةً فِي التَّيَمُّمِ ؟ فَقَالُوا : مَا نَجِدُ لَكَ رُخْصَةً وَأَنْتَ تَقْدِرُ عَلَى الْمَاءِ ، فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ . فَلَمَّا قَدِمْنَا عَلَى النَّبِيِّ ﷺ أُخْبِرَ بِذَلِكَ ، فَقَالَ : ” قَتَلُوهُ قَتَلَهُمُ اللَّهُ ، أَلَا سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا ، فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ ، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِرَ أَوْ يَعْصِبَ شَكَّ مُوسَى عَلَى جُرْحِهِ خِرْقَةً ثُمَّ يَمْسَحَ عَلَيْهَا وَيَغْسِلَ سَائِرَ جَسَدِهِ

Daripada Jabir radiallahu ‘anhu, kami keluar dalam satu musafir, lalu salah seorang daripada kami kepalanya terkena batu lalu tercedera, kemudian lelaki ini mengalami mimpi basah. Dia bertanya kepada sahabatnya: Adakah ada rukhsah untuk aku bertayamum? Mereka menjawab: Kami tidak melihat adanya keringanan untuk engkau, dan engkau mampu menggunakan air. Lalu dia pun mandi wajib lalu mati. Apabila mereka tiba bertemu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda diberitahu tentang hal itu lalu baginda berkata: Mereka telah membunuhnya, mereka telah membunuhnya. Hendaklah mereka bertanya jika tidak tahu. Ubat kepada kebodohan ialah bertanya. Sesungguhnya cukup untuk dia bertayamum dan membalut atas lukanya, kemudian menyapu di atas balutan itu, kemudian membasuh seluruh tubuhnya [Sunan Abi Daud, Kitab at-Thaharah, hadis no: 284]

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ: انْكَسَرَتْ إِحْدَى زَنْدَيَّ، فَسَأَلْتُ النَّبِيِّ – ﷺ -، فَأَمَرَنِي أَنْ أَمْسَحَ عَلَى الْجَبَائِرِ

Maksudnya: Daripada ‘Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu berkata: Salah satu lenganku patah, lalu aku bertanya kepada nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu baginda menyuruh aku menyapu di atas balutannya. [Sunan Ibn Majah, Abwab Al-Tayammum, no: 657].

Riwayat Ali bin Abi Talib di atas sangat dhaif, bahkan para ulama hadis sepakat dengan kedhaifannya kerana padanya terdapat perawi bernama Amru bin Khalid yang merupakan seorang Kazzab di sisi Imam Ahmad dan lain-lain. Riwayat Jabir adalah lebih kuat akan tetapi ia jua dhaif. Imam al-Baihaqi menyatakan kesemua riwayat dalam bab ini adalah tidak sahih.[1]

Selain itu terdapat riwayat yang mawquf yang sahih daripada Ibn ‘Umar.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ، أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ : ” مَنْ كَانَ لَهُ جُرْحٌ مَعْصُوبٌ عَلَيْهِ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْعَصَائِبِ , وَيَغْسِلُ مَا حَوْلَ الْعَصَائِبِ ” .

Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhum berkata: Sesiapa yang ada luka yang dibalut, maka berwudhulah dan sapulah di atas balutan itu, dan basuhlah di bahagian sekeliling balutan itu. [Al-Sunan Al-Kubra, Jima’ Abwab Al-Tayammum, no: 1079].

Walaupun riwayat-riwayat ini dhaif, akan tetapi ia diqiaskan dengan menyapu di atas khuf, dan jika orang yang tanpa keuzuran dibenarkan menyapu di atas khuf, maka lebih utama lagi orang yang berbalut disebabkan keuzuran untuk diberikan keringanan ini.[2]

Tatacara menyapu di atas balutan[3]

  • Membasuh bahagian yang tidak berbalut.
  • Menyapu keseluruhan pembalut yang membaluti anggota wudhu.
  • Bertayamum apabila sampai kepada bahagian yang berbalut itu.
  • Solat itu perlu diqadha apabila berlaku salah satu perkara berikut:[4]
    • Apabila dibalut dalam keadaan tidak bersuci.
    • Balutan itu menutupi kawasan tayamum.
    • Apabila balutan itu melebihi kawasan yang cedera.

Apa yang disebutkan di atas adalah berdasarkan fiqh mazhab Syafie. Akan tetapi ia akan menimbulkan keberatan kepada yang sakit untuk mengqadha solat dalam jumlah yang banyak kerana kebiasannya balutan dipakaikan oleh petugas perubatan di hospital dan pesakit mungkin dalam keadaan tidak bersuci.

Dr. Wahbah al-Zuhaily menyatakan: Ulama-ulama mazhab Hanafi dan Maliki tidak mensyaratkan untuk memakai jabirah/pembalut dalam keadaan suci. Sama sahaja sama ada memakainya dalam keadaan sudah bersuci atau belum. Dibenarkan menyapu di atas pembalut itu dan tidak perlu diulangi solat tersebut apabila solat kerana ia sah untuk menolak kesukaran. Pendapat ini lebih diterima akal kerana pembalut itu biasanya dipasang secara tiba-tiba, maka mensyaratkan untuk dipasang dalam keadaan bersuci akan membawa kepada kesusahan dan kesukaran.[5]

Begitu juga di sisi mazhab Hanafi dan Maliki, tidak perlu bertayamum kerana sapuan di atas balutan sudah menggantikan basuhan. Manakala mazhab Hanbali memperincikan seandainya balutan itu melebihi kadar saiz keperluan, maka wajib tayamum, jika tidak, maka tidak perlu tayamum.[6]

Adapun menurut mazhab al-Zahiri, cukup sekadar bersuci pada anggota yang tidak berbalut, dan tidak perlu menyapu di atas balutan atau tayamum kerana hadis-hadisnya dhaif. Mereka menolak qias dengan hukum menyapu di atas khuf kerana qias bukan hujah di sisi mazhab Zahiri. Bahkan kata Ibn Hazm jika qias adalah hujah sekalipun, tetapi qias menyapu di atas balutan dengan menyapu di atas khuf adalah salah kerana menyapu di atas khuf hukumnya harus sahaja, sedangkan ulama yang mengqiaskan menyatakan menyapu di atas jabirah/balutan adalah wajib. Bahkan menyapu di atas khuf ada batas waktu, sedangkan tiada batas waktu menyapu di atas balutan. Ibn Hazm juga menolak hujah dengan perbuatan Ibn Umar kerana perbuatan sahabat bukan dalil. [7]

[1] Al-Baihaqi, Al-Sunan Al-Kubra, 1/349.

[2] Az-Zuhaily, Al-Fiqh Al-Islami, 1/441.

[3] Al-Fiqh Al-Manhaji, 1/68.

[4] Al-Fiqh Al-Manhaji, 1/70.

[5] Az-Zuhaily, Al-Fiqh Al-Islami, 1/444.

[6] Az-Zuhaily, Al-Fiqh Al-Islami, 1/447.

[7] Ibn Hazm, Al-Muhalla, 1/317-318.

Sifat Wudhu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam

wudhunabi

PengenalanRukun WudhuPerkara Sunat Wudhu

Apakah maksud wudhu?

الوضوء لغة: مأخوذة من الوضاءة وهي الحسن والبهجة،

Daripada sudut bahasa: Ia diambil daripada perkataan Al-Wadhoah yang bermaksud: Baik dan berseri.

وشرعاً: اسم للفعل الذي هو استعمال الماء أعضاء معينة ما النية. والوضوء اسم للماء الذي يتوضأ به، وسمي بذلك لما يضفي على الأعضاء من وضاءة يغسلها وتنظيفها.

Daripada sudut syara’ pula: Perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota badan yang tertentu dengan ada niat. Al-Wadhu’ pula merupakan nama kepada air yang digunakan untuk berwudhu. Ia dinamakan sedemikian rupa kerana ia akan menyerikan anggota-anggota badan dengan membasuh dan membersihkan ia. [1]

Asal usul pensyariatan wudhu ialah apa yang disebutkan dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Wahai orang-orang yang beriman. Apabila kalian ingin mendirikan solat, basuhlah wajah dan kedua tangan mu hingga ke siku. Sapulah kepala kalian dan basuhlah kaki kalian hingga ke buku lali.  [Al-Maidah : 6]

 

Daripada hadis pula ialah:

عَنْ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ ، أَنَّهُ رَأَى عُثْمَانَ بْنَ عَفَّان دَعَا بِوَضُوءٍ ، فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ مِنْ إِنَائِهِ فَغَسَلَهُمَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الْوَضُوءِ ، ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثًا ، ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ، ثُمَّ غَسَلَ كُلَّ رِجْلٍ ثَلَاثًا ، ثُمَّ قَالَ : رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ، وَقَالَ : ” مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ ، غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Humran pelayan Uthman ibn Affan radiallahu ‘anhu bahawasanya dia melihat Uthman meminta sebekas air lalu dibasuhnya kedua-dua tangannya (sehingga pergelangan tangan) tiga kali, kemudian dimasukkannya tangan kanannya ke dalam bekas untuk berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung kemudian menghembuskan air dari hidung, kemudian membasuh mukanya tiga kali, dan kedua-dua tangannya hingga ke siku tiga kali, kemudian mengusap kepalanya, kemudian membasuh kedua-dua kakinya tiga kali hingga ke buku lali, kemudian beliau berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini, kemudian baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu’ seperti wudhu’ ku ini, kemudian dia solat dua rakaat, sedangkan dia tidak bercakap dengan dirinya dalam solat itu (yakni dia khusyuk) nescaya Allah ampuni segala dosanya yang telah lalu.    [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 161].



[1] Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 53 (Al-Syamilah)

Anggota wudhu yang wajib dibasuh di sisi mazhab Syafie hanyalah empat anggota yang disebut di dalam ayat surah Al-Maidah iaitu wajah, tangan hingga ke siku, menyapu sebahagian kepala, dan membasuh kaki hingga ke buku lali. Dua rukun lagi ialah niat dan tertib.

 

Ini juga berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada orang yang rosak solatnya.

إِنَّهَا لَمْ تَتِمَّ صَلَاةُ أَحَدِكُمْ حَتَّى يُسْبِغَ الْوُضُوءَ كَمَا أَمَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَيَغْسِلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ وَيَمْسَحَ بِرَأْسِهِ وَرِجْلَيْهِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Tidak sempurna solat salah seorang kalian sehingga dia berwudhu sebagaimana yang Allah arahkan. Lalu dia membasuh wajahnya, kedua tangannya hingga siku, dan menyapu kepalanya, dan membasuh kedua kakinya hingga buku lali.

[Sunan an-Nasaie al-Sughra, Kitab at-Tathbiq, hadis no: 1123]

 

 

1-               Niat

 

: أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ ، أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ ” .

‘Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu berkata di atas mimbar: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan itu mestilah dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang dia niatkan. Sesiapa yang hijrahnya kerana mahu memperolehi dunia, atau kerana perempuan yang mahu dia nikahi, maka hijrahnya adalah untuk apa yang dia hijrah kepadanya [Sahih al-Bukhari, Bab Bad’ul Wahyi, hadis no: 1]

 

Niat merupakan syarat sahnya wudhu. Ini adalah pendapat mazhab Malik, Syafie, Ahmad, Abu Tsaur dan Dawud. Tetapi Imam Abu Hanifah menganggap ia bukan syarat kerana bagi Abu Hanifah wudhu adalah ibadah ma’qulah (yang boleh difikirkan) iaitu untuk membersihkan diri. [1]

 

Niat itu dihati. Ia dilakukan pada saat awal membasuh muka kerana ia merupakan rukun wudhu yang pertama. Di sisi mazhab Syafie, di sunatkan untuk melafazkan niat.[2]

 

Imam Ibrahim bin Ali al-Syirazi menyatakan tujuan melafazkan niat:

فإن تلفظ بلسانه وقصد بقلبه فهو آكد

Seandainya dilafazkan dengan lisan, dan diniatkan dengan hati, maka ia akan lebih kuat.[3]

 

Akan tetapi melafazkan niat ini tidaklah diajar oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Tidak terdapat sebarang dalil daripada wahyu menunjukkan ia disunatkan. Oleh kerana itu sebahagian ulama seperti Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah memandang ia sebagai perbuatan bid’ah yang tercela.[4] Bahkan dalam realitinya, kita melihat melafazkan niat seringkali menambahkan was-was kepada pelakunya sehingga berulang kali melafazkan niat. Maka tidak melafazkan niat adalah lebih menepati sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

 

Di dalam bab niat ini seseorang hendaklah berhati-hati agar tidak memberatkan diri. Sesungguhnya niat sesuatu yang mudah. Ia automatik wujud apabila kita melakukan sesuatu dalam keadaan sedar dan sengaja.

 

Imam Ibn Jauzi menyebutkan di dalam Talbis Iblis:

 

منهم من يلبس عليه في النية فتراه يقول أرفع الحدث ثم يقول أستبيح الصلاة ثم يعيد فيقول أرفع الحدث وسبب هذا التلبيس الجهل بالشرع لأن النية بالقلب لا باللفظ

Di kalangan mereka ada yang terkena jerat syaitan di dalam niat. Engkau lihat mereka berkata “Aku mengangkat hadas”, kemudian mereka berkata “Untuk membolehkan aku solat”. Kemudian mereka mengulangi lafaz niat dengan menyebut lagi “Aku mengangkat hadas”. Punca kepada jerat syaitan ini ialah kejahilan daripada hukum-hakam syara’. Ini kerana niat itu di hati dan bukan dengan lafaz.[5]

 

2-               Membasuh muka

Sebagaimana dalam ayat surah al-Maidah di atas yang berbunyi ((Apabila kalian ingin mendirikan solat, basuhlah wajah)). Membasuh muka merupakan rukun wudhu yang disepakati oleh kesemua mazhab feqah. Di dalam Ensiklopedia Fiqh Kuwait disebutkan:

اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّ غَسْل ظَاهِرِ الْوَجْهِ بِكَامِلِهِ مَرَّةً فَرْضٌ مِنْ فُرُوضِ الْوُضُوءِ

Para ulama feqah bersepakat bahawa membasuh wajah dengan sempurna sebanyak satu kali adalah salah satu perkara wajib dalam wudhu.[6]

Apakah bahagian yang termasuk dalam kawasan muka?

وحدود الوجه من منبت الشعر إلى أسفل الذقن طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً.

Had anggota wajah daripada sudut panjang ialah daripada tempat tumbuh rambut sehingga hujung dagu. Daripada sudut lebar pula ialah daripada telinga ke telinga yang lain.

Wajib membasuh sehingga air menyentuh kulit pada anggota wajah termasuk pada kening, misai dan janggut melainkan jika janggut itu terlampau tebal.[7]

Imam Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi berkata dalam Al-Majmu’:

والوجه عند العرب ما حصلت به المواجهة

Wajah di sisi arab ialah apa yang dapat (dilihat) ketika berhadapan.[8] Ini bermaksud di sisi mazhab Syafie, bawah dagu bukanlah termasuk daripada anggota wajah. Ia juga membawa kepada isu aurat yang bermaksud, bagi seorang Muslimah, hendaklah mereka menutup bawah dagu mereka kerana ia tidak termasuk dalam bahagian wajah.

3- Membasuh tangan hingga ke siku.

Di dalam Ensiklopedia Fiqh Kuwait disebutkan:

اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّ غَسْل الْيَدَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ رُكْنٌ مِنْ أَرْكَانِ الْوُضُوءِ وَفَرْضٌ مِنْ فُرُوضِهِ ، وَاسْتَدَلُّوا بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالإْجْمَاعِ .

Ulama feqah bersepakat bahawa membasuh kedua tangan hingga ke siku merupakan sebahagian daripada rukun dan kewajipan wudhu. Mereka berdalilkan al-Quran, al-Hadis dan kesepakatan ulama.[9]

Ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 6:

))وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ((

Dan tangan-tangan kalian sehingga ke siku

Begitu juga dalam hadis Uthman disebutkan:

ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثًا

Kemudian baginda membasuh wajahnya tiga kali, dan kedua tangannya hingga siku tiga kali.

Ulama berbeza pendapat adakah siku termasuk yang wajib dibasuh. Majoriti fuqaha iaitu mazhab Malik, Syafie, Hanabilah dalam salah satu pendapat, dan Hanafiyyah berpendapat wajibnya membasuh hingga ke siku berdasarkan firman Allah “hingga ke siku”

 

Sebahagian ulama Hanafiyyah, dan Malikiyyah dan salah satu riwayat Ahmad berpendapat siku tidak termasuk dalam anggota tangan, iaitu tidak wajib membasuhnya bersama tangan. Ini kerana perkataan ((إِلَى )) itu di sisi mereka tidak membawa maksud ‘bersama’. Mereka berdalilkan ayat al-Quran berkaitan puasa yang mana malam tidak termasuk waktu wajib berpuasa.

 

ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْل

Kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam [al-Baqarah : 187]

 

Dalam salah satu pendapat lain mazhab Maliki menyatakan kedua siku termasuk (perlu dibasuh) bukan kerana hukum wajibnya membasuh bersama kedua tangan, tetapi atas dasar berhati-hati.[10]

Di sisi mazhab Syafie, perkataan ((إِلَى)) dalam ayat dan hadis di atas difahami dengan maksud ((مع )) bersama/disertai. Ini berdasarkan hadis yang berikut.

عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُجْمِرِ، قَالَ رَأَيْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَتَوَضَّأُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى حَتَّى أَشْرَعَ فِي الْعَضُدِ ثُمَّ يَدَهُ الْيُسْرَى حَتَّى أَشْرَعَ فِي الْعَضُدِ ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى حَتَّى أَشْرَعَ فِي السَّاقِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى حَتَّى أَشْرَعَ فِي السَّاقِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَوَضَّأُ ‏.‏ وَقَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَنْتُمُ الْغُرُّ الْمُحَجَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ إِسْبَاغِ الْوُضُوءِ فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ فَلْيُطِلْ غُرَّتَهُ وَتَحْجِيلَهُ ‏”

Nu’aim bin Abdullah al-Mujmir berkata: Aku melihat Abu Hurairah berwudhu, lalu dia membasuh wajahnya dengan sempurna, kemudian membasuh tangan kanannya hingga lengan atasnya, kemudian membasuh tangan kirinya sehingga lengan atasnya. Kemudian dia menyapu kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya sehingga ke betis, kemudian membasuh kaki kirinya hingga ke betis. Kemudian beliau berkata: Beginilah aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Kalian akan menjadi bercahaya pada hari kiamat kerana kesempurnaan wudhu. Sesiapa yang mampu daripada kalangan kalian, hendaklah dia memanjangkan cahayanya. [Sahih Muslim, Kitab at-Taharah, hadis no: 477]

Seandainya seseorang itu kudung sehingga ke lengan atas atau bahunya, maka tidak wajib membasuh anggota itu kerana ia bukan bahagian wajib dibasuh dalam wudhu, tetapi digalakkan di sisi mazhab Syafie untuk meletakkan air padanya.

Imam al-Syirazi menyatakan dalam Al-Muhazzab:

وان كان أقطع اليد ولم يبق من محل الفرض شئ فلا فرض عليه والمستحب أن يمس ما بقى من اليد ماء حتى لا يخلو العضو من الطهارة

Seandainya kudung tangannya, dan tiada berbaki bahagian yang wajib dibasuh, maka tiada kewajipan untuk membasuhnya. Akan tetapi disunatkan untuk menyentuh bahagian tangan yang ada itu dengan air supaya tiada anggota badan yang tidak disucikan.[11]

Imam an-Nawawi di dalam Al-Majmu menyatakan hal ini adalah perkara yang disepakati. Hanya sahaja ulama mazhab Syafie berbeza pendapat kenapa masih disunatkan menyapu air pada anggota yang berbaki.

فقال جماعة حتى لا يخلوا العضو من طهارة كما ذكره المصنف وقال الغزالي والبغوى وآخرون يستحب ذلك اطالة للغرة أي التحجيل

Sekelompok ulama berpendapat ia bertujuan agar tiada anggota tubuh yang terlepas daripada disucikan sebagaimana yang telah disebutkan oleh penulis (iaitu Imam al-Syirazi). Imam al-Ghazali dan al-Baghawi dan sekelompok ulama lain berkata digalakkan menyapu air untuk memanjangkan anggota yang bercahaya (di akhirat kelak).[12]

4- Menyapu kepala merupakan salah satu rukun wudhu yang disepakati ulama. Akan tetapi mereka berbeza pendapat adakah wajib menyapu keseluruhan atau hanya wajib menyapu sebahagian kepala.[13]

Dalam sebuah hadis disebutkan tatacara menyapu kepala:

عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ وَهُوَ جَدُّ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى : أَتَسْتَطِيعُ أَنْ تُرِيَنِي كَيْفَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ ؟ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ : نَعَمْ ، ” فَدَعَا بِمَاءٍ ، فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَهُ فَغَسَلَ مَرَّتَيْنِ ، ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثًا ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ، ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ، ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ بِيَدَيْهِ فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ ، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ

Seorang lelaki berkata kepada Abdullah ibn Zaid radiallahu ‘anhu : Bolehkah engkau menunjukkan bagaimana wudhu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu ‘Abdullah bin Zaid radiallahu ‘anhu berkata: Ya, boleh. Lalu beliau meminta air untuk berwudhu, kemudian beliau menuangkannya di atas tangannya lalu membasuhnya dua kali, kemudian berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali, kemudian membasuh wajahnya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangan hingga ke siku sebanyak dua kali, kemudian beliau mengusap kepalanya dengan kedua-dua tangannya, bermula dari bahagian hadapan kepala digerakkan ke belakang kepala, kemudian digerakkan kembali ke kawasan ia mula menyapu tadi, kemudian membasuh kedua kakinya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 181]

 

Dalam Sahih Fiqh as-Sunnah[14] disebutkan:

Pertama: Wajib menyapu seluruh kepala, tidak kira lelaki atau perempuan. Ini adalah mazhab Malik, zahir mazhab Ahmad, Ibnu ‘Ubaid, Ibn al-Munzir dan Ibn Taimiyyah. Mereka berhujahkan huruf ‘ba’ dalam surah al-Maidah dan hadis Abdullah bin Zaid radiallahu ‘anhu.

Kedua: Sah jika menyapu sebahagian kepala sahaja. Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafie tetapi mereka berbeza pendapat pada kadar minimanya, ada yang berpendapat tiga helai rambut, ada yang berpendapat satu perempat kepala, dan ada yang berpendapat separuh kepala. Mereka berdalilkan huruf “Ba” dalam surah al-Maidah yang membawa maksud sebahagian.

Ketiga: Wajib menyapu seluruh kepala bagi lelaki dan tidak wajib bagi perempuan. Ini merupakan salah satu daripada riwayat Ahmad.

Mazhab Syafie juga berdalilkan hadis berikut yang menunjukkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah menyapu sebahagian kepala sahaja.

عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ تَخَلَّفَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَتَخَلَّفْتُ مَعَهُ فَلَمَّا قَضَى حَاجَتَهُ قَالَ ‏ “‏ أَمَعَكَ مَاءٌ ‏”‏ ‏.‏ فَأَتَيْتُهُ بِمَطْهَرَةٍ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ وَوَجْهَهُ ثُمَّ ذَهَبَ يَحْسِرُ عَنْ ذِرَاعَيْهِ فَضَاقَ كُمُّ الْجُبَّةِ فَأَخْرَجَ يَدَهُ مِنْ تَحْتِ الْجُبَّةِ وَأَلْقَى الْجُبَّةَ عَلَى مَنْكِبَيْهِ وَغَسَلَ ذِرَاعَيْهِ وَمَسَحَ بِنَاصِيَتِهِ وَعَلَى الْعِمَامَةِ وَعَلَى خُفَّيْهِ

Al-Mughirah bin Syu’bah berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tertinggal di belakang bersama aku. Apabila baginda selesai menunaikan hajatnya, baginda berkata: Adakah engkau mempunyai air? Aku pun membawakan air yang suci kepada baginda, lalu baginda membasuh kedua tapak tangannya, wajahnya, kemudian baginda cuba mengeluarkan lengannya (dari pakaian) tetapi terlalu ketat, lalu baginda mengeluarkan tangannya dari bawah bajunya, lalu bajunya diletakkan atas bahunya, lalu baginda membasuh kedua lengannya, dan menyapu ubun-ubun kepalanya dan di atas serban serta khuf.

[Sahih Muslim, Kitab at-Taharah, hadis no: 531]

Dalam Al-Fiqh Al-Manhaji disebutkan:

ولو غسل رأسه أو بعضه يدل المسح جاز. والناصية: مقدم الرأس، وهي جزء منه، والاكتفاء بالمسح عليها دليل على ان مسح الجزء هو المفروض ويحصل بأي جزء كان.

An-Nasiyah: Bahagian hadapan kepala (ubun-ubun), ia merupakan sebahagian daripada kepala. Apabila cukup sekadar menyapu di atasnya (sebagaimana dalam dalil di atas) menunjukkan bahawa menyapu sebahagian kepala itulah yang wajib tidak kira di bahagian mana kepala itu.[15]

Manakala menyapu keseluruhan kepala adalah sunat dalam mazhab Syafie berdasarkan hadis Abdullah bin Zaid di atas.[16]

Imam an-Nawawi menegaskan dalam Al-Majmu’:

اما حكم المسألة فاتفق الاصحاب على انه يستحب مسح جميع الرأس لهذا الحديث وغيره وللخروج من خلاف العلماء وهذه الكيفية التى ذكرها المصنف متفق على استحبابها للحديث

Adapun hukum hal ini, sepakat ulama mazhab Syafie bahawa disunatkan menyapu keseluruhan kepala berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis yang lain, dan untuk keluar daripada perbezaan pendapat ulama. Cara menyapu kepala yang disebutkan oleh penulis (iaitu Imam al-Syirazi) disepakati sunatnya berdasarkan kepada hadis.[17]

Menyapu di atas serban

Boleh bagi menggantikan menyapu kepala. Ini pendapat Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur, Al-Auzai’e, Ibn Hazm, Ibn Taimiyyah, Abu Bakar, ‘Umar, Anas dan lain-lain radiallahu ‘anhum.

، عَنْ ابْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قال : ” تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَالْعِمَامَةِ

Al-Mughirah bin Syu’abh meriwayatkan: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu dan menyapu di atas kedua khuf dan serbannya [Sunan at-Tirmizi, Abwab at-Taharah, hadis no: 93, hasan sahih]

عَنْ بِلَالٍ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ ، وَالْخِمَارِ

Bilal radiallahu ‘anhu meriwayatkan nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyapu di atas kedua khuf dan penutup kepala [Sahih Muslim, Kitab at-Taharah, hadis no: 418]

Kedua: Abu Hanifah, ulama Maliki, al-Syafie berpendapat perlu disapu sebahagian depan kepala dan serban.

Pengarang Sahih Fiqh as-Sunnah, Shaikh Abu Malik Kamal bin as-Sayyid Salim menyatakan pendapat yang kuat ialah yang menyatakan boleh secara mutlak (iaitu tanpa perlu disapu ubun-ubun kepala), tetapi lebih afdhal berhati-hati dengan menyapu ubun-ubun dan sekaligus dengan serban[18]

Wanita menyapu di atas tudung:

Pertama: Mazhab Hanafi, Malik, Syafie dan Hanbali berpendapat tidak boleh. Ini kerana tudung tidak seperti lilitan serban yang sukar dibuka dan dipasang semula.

Kedua: Al-Imam Al-Hasan Al-Basri membenarkan jika tudung itu terlilit di leher kerana ia sukar dibuka seperti serban.

Kedua: Ibn Taimiyyah membenarkannya apabila cuaca sejuk dan ada keperluan[19]. Ini juga pendapat yang dipegang oleh Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin dan Ibn Hazm al-Andalus[20]. Ini berdasarkan riwayat Ummu Salamah dibawah. Dan digalakkan sebagai langkah berhati-hati agar menyapu sebahagian depan kepala sebagaimana lelaki menyapu serban, kemudian menyapu di atas tudungnya.

عَنِ الْحَسَنِ ، عَنْ أُمِّهِ ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ؛ أَنَّهَا كَانَتْ تَمْسَحُ عَلَى الْخِمَارِ

Ummu Salamah menyapu di atas tudungnya [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Kitab at-Taharah, hadis no: 224]

Menyapu di atas kopiah dan songkok

Majoriti ulama berkata tidak boleh ini kerana ia mudah dibuka tidak seperti serban.

Ibn Hazm dan Ibn Taimiyyah berkata dibenarkan menyapu apa sahaja yang menutup kepala kerana ia sama sahaja seperti serban dan tudung.[21]

5- Membasuh kaki hingga buku lali.

Firman Allah:

وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

dan basuhlah kaki kalian hingga ke buku lali.  [Al-Maidah : 6]

Ulama empat mazhab bersepakat bahawa kaki wajib dibasuh ketika berwudhu. Ini berdalilkan ayat al-Quran, hadis-hadis yang mutawatir serta kesepakatan para sahabat nabi radiallahu ‘anhum ajmain.

Di dalam Ensiklopedia Fiqh Kuwait dinyatakan perbezaan pendapat daripada minoriti ulama dalam hal ini.[22]

Pendapat pertama: Majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa membasuh kedua kaki adalah daripada rukun wudhu’.

 

Pendapat kedua: Wajib menyapu kaki tanpa perlu membasuhnya. Inilah yang menjadi pegangan Syiah. Diriwayatkan pendapat ini daripada ‘Ali radiallahu ‘anhu, akan tetapi beliau telah menarik kembali pendapat ini. Imam al-Syaukani menyatakan dalam Nailul Authar bahawa telah tsabit bahawa Ali’ menarik balik pendapat ini.

 

Pendapat ketiga: Boleh memilih sama ada menyapu atau membasuh kaki. Dikatakan ini adalah pendapat Al-Hasan Al-Basri, Al-Juba’ie, dan Ibn Jarir at-Thabari dalam salah satu riwayatnya.

 

Pendapat keempat: Sebahagian ulama Zahiri menyatakan wajib menggabungkan membasuh dan menyapu atas alasan.

 

Iman Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf menyebutkan:

أما حكم المسألة فقد اجمع المسلمون على وجوب غسل الرجلين

Adapun hukum masalah ini telah sepakat para ulama bahawa wajib membasuh kedua kaki.[23]

عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي لَيْلَى : أَجْمَعَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى غَسْلِ الْقَدَمَيْنِ

Abdul Rahman bin Abi Laila berkata: Sahabat-sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersepakat tentang membasuh kedua kaki (dalam wudhu).[24]

Imam Abu Bakar bin Ma’sud al-Kasani berkata:

وَقَدْ ثَبَتَ بِالتَّوَاتُرِ { أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَسَلَ رِجْلَيْهِ فِي الْوُضُوءِ } ، لَا يَجْحَدُهُ مُسْلِمٌ ، فَكَانَ قَوْلُهُ ، وَفِعْلُهُ بَيَانُ الْمُرَادِ بِالْآيَةِ ، فَثَبَتَ بِالدَّلَائِلِ الْمُتَّصِلَةِ ، وَالْمُنْفَصِلَةِ أَنَّ الْأَرْجُلَ فِي الْآيَةِ مَعْطُوفَةٌ عَلَى الْمَغْسُولِ لَا عَلَى الْمَمْسُوحِ

Telah terbukti secara mutawatir bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam membasuh kedua kakinya ketika berwudhu. Tiada seorang Muslim pun yang menyalahinya. Kata-kata baginda dan perbuatan baginda merupakan penerangkan kepada ayat al-Quran. Telah terbukti dengan dalil-dalil yang banyak bahawa kaki pada ayat ini di ‘athofkan kepada dibasuh dan bukan disapu.[25]

Imam Abu Ja’far Muhammab bin Jarir membawakan riwayat Ali radiallahu ‘anhu telah menarik balik fatwanya:

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ قَال : قَرَأَ عَلَيَّ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ رِضْوَانُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا : فَقَرَآ ( { وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ } فَسَمِعَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ذَلِكَ وَكَانَ يَقْضِي بَيْنَ النَّاسِ فَقَال : ( وَأَرْجُلَكُمْ (

Abu ‘Abdul Rahman meriwayatkan, Al-Hasan dan Al-Husin radiallahu ‘anhum membacakan al-Quran kepada ‘Ali radiallahu ‘anhu. Lalu mereka membaca (dengan membaris ataskan pada perkataan arjulakum). Ali mendengar bacaan itu. Lalu dia berkata tatkala memberi hukum kepada orang ramai: (dengan membaris ataskan arjulakum)[26]

Apakah maksud buku lali?

الكعبان مثنى الكعب: وهو العظم الناتئ من كل جانب عند مفصل الساق مع القدم

Buku lali ialah tulang yang timbul pada bahagian sisi kaki pada bahagian pemisah antara betis dan kaki.[27]

Di sisi mazhab Syafie dan majoriti ulama, buku lali termasuk yang wajib dibasuh. Segelintir ulama pula menyatakan ia tidak wajib dibasuh. Hal ini sama seperti perbahasan membasuh tangan adakah wajib sehingga ke siku atau tidak.

Imam an-Nawawi menyebutkan:

انه يجب ادخال الكعبين في الغسل وهذا لا خلاف فيه عندنا وبه قال الجمهور وخالف فيه زفر وابن داود وقد سبق بيان ذلك ودليله في غسل اليدين

Wajib membasuh kedua buku lali. Tiada khilaf di sisi kami (iaitu ulama-ulama mazhab Syafie). Ini juga pendapat jumhur. Yang menyelisihinya ialah Zufar, dan Ibn Daud. Telah dijelaskan hal ini dan dalilnya dalam bab membasuh kedua tangan.[28]

6- Tertib

Ini berdasarkan ayat 6 surah al-Maidah dan hadis-hadis yang berkaitan wudhu.

Dalam Al-Majmu’ disebutkan:

قال أصحابنا ان ترك الترتيب عمدا لم يصح وضوءه بلا خلاف

Ulama-ulama kami berkata bahawa jika meninggalkan tertib dengan sengaja, maka tidak sah wudhunya tanpa khilaf lagi.[29]

Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Al-Majmu’ khilaf ulama dalam bab ini. Kata beliau:

في مذاهب العلماء في تريب الوضوء قد ذكرنا أن مذهبنا أنه واجب وحكاه أصحابنا عن عثمان بن عفان وابن عباس ورواية عن علي بن أبي طالب رضي الله عنهم وبه قال قتادة وأبو ثور وأبو عبيد واسحاق بن راهويه وهو المشهور عن أحمد

Telah kami sebutkan bahawa mazhab kami berpendapat wajib tertib. Ulama-ulama kami meriwayatkan hal ini daripada Uthman bin ‘Affan, Ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhum. Ia juga pendapat Qatadah, Abu Tsaur, Abu ‘Ubaid, Ishaq bin Rahawiah, dan pendapat yang masyhur daripada Imam Ahmad.

* وقالت طائفة لا يجب حكاه البغوي عن أكثر العلماء وحكاه ابن المنذر عن علي وابن مسعود رضي الله عنهما وبه قال سعيد ابن المسيب والحسن وعطاء و مكحول والنخعي والزهرى وربيعة والاوزاعي وأبو حنيفة ومالك وأصحابهما والمزني وداود واختاره ابن المنذر قال صاحب البيان واختاره أبو نصر البندنجى

Sekelompok ulama pula berkata: Tidak wajib. Imam al-Baghawi meriwayatkan hal ini daripada ramai ulama, begitu juga Ibn al-Munzir meriwayatkan daripada ‘Ali, ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhuma. Ia juga pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Al-Hasan Al-Basri, ‘Atho’, Makhul, An-Nakhaie, Az-Zuhi, Rabi’ah, Al-Awzaie, Abu Hanifah, Malik, ulama-ulama Maliki dan Hanafi, Al-Muzani, Daud. Imam Ibn al-Munzir memilih pendapat ini.[30]

Antara hujah mazhab Syafie ialah hadis-hadis berkaitan wudhu semua menunjukkan tertib.

واحتج الأصحاب من السنة بالأحاديث الصحيحة المستفيضة عن جماعات من الصحابة في صفة وضوء النبي – صلى الله عليه وسلم -، وكلهم وصفوه مرتباً، مع كثرتهم وكثرة المواطن التي رأوه فيها، وكثرة اختلافهم في صفاته في مرة ومرتين وثلاث وغير ذلك، ولم يثبت فيه مع اختلاف أنواعه صفة غير مرتبة، وفعله – صلى الله عليه وسلم – بيان للوضوء المأمور به، ولو جاز ترك الترتيب لتركه في بعض الأحوال لبيان الجواز، كما ترك التكرار في أوقات.

Ulama mazhab Syafie berhujah dengan sunnah-sunnah yang sahih yang diriwayatkan daripada ramai sahabat berkaitan sifat wudhu nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Semuanya menunjukkan sifat tersusun. Jumlah sahabat itu ramai, dan tempat mereka meriwayatkan pun banyak, dan banyak perbezaan diriwayatkan pada sifat wudhu itu seperti sekali, dua kali, tiga kali basuhan dan lain-lain. Akan tetapi tidak terdapat bersama-sama kepelbagaian bentuk wudhu itu sifat wudhu yang tanpa tertib. Perbuatan nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan cara wudhu yang disuruh untuk dilakukan. Jika dibenarkan untuk meninggalkan tertib, maka akan baginda akan meninggalkannya pada sebahagian keadaan untuk menunjukkan ia boleh sebagaimana baginda pernah meninggalkan mengulangi (basuhan melebihi sekali) pada waktu-waktu tertentu.[31]



[1] Sahih Fiqh as-Sunnah, Kitab at-Taharah, m/s 111-112

[2] Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 54.

[3] Al-Muhazzab, m/s 14

[4] Sahih Fiqh as-Sunnah, Kitab at-Taharah, jilid 1, m/s 112.

[5] Talbis Iblis, Bab Jerat Syaitan kepada Ahli Ibadah, m/s 122

[6] Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, jilid 43, m/s 332

[7] Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 54.

[8] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 364.

[9] Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, jilid 43, m/s 341

[10] Al-Mau’su’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, jilid 43, m/s 341-342

[11] Al-Muhazzab, Juzu’ 1, m/s 17

[12] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 371

[13] Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, jilid 43, m/s 347-349

[14] Sahih Fiqh as-Sunnah, jilid 1, m/s 117

[15] Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 55

[16] Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 58

[17] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 402

[18] Sahih Fiqh as-Sunnah, Kitab at-Taharah, m/s 159

[19] Sahih Fiqh as-Sunnah, Kitab at-Taharah, m/s 160

[21] Sahih Fiqh as-Sunnah, Kitab at-Taharah, m/s 160

[22] Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, jilid 43, m/s 351-354

[23] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, m/s 417

[24] Al-Mughni, jilid 1, m/s 230

[25] Badai’ al-Sonai’, jilid 1, m/s 17

[26] Jami’ al-Bayan Fi Ta’wil al-Quran, surah al-Maidah ayat 6, no: 11458

[27] Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 55-56

[28] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 422

[29] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 441

[30] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 443

[31] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 445-446

 

1)               Membaca basmalah

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : نَظَرَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَضُوءًا ، فَلَمْ يَجِدُوهُ ، قَالَ : فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” هَا هُنَا ، فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَضَعَ يَدَهُ فِي الإِنَاءِ الَّذِي فِيهِ الْمَاءُ ، ثُمَّ قَالَ : تَوَضَّئُوا بِسْمِ اللَّهِ ، قَالَ : فَرَأَيْتُ الْمَاءَ يَفُورُ مِنْ بَيْنِ أَصَابِعِهِ ، وَالْقَوْمُ يَتَوَضَّئُونَ حَتَّى تَوَضَّئُوا عَنْ آخِرِهِمْ ” ، فَقَالَ ثَابِتٌ : فَقُلْتُ لأَنَسٍ : تَرَاهُمْ كَمْ كَانُوا ؟ قَالَ : كَانُوا نَحْوًا مِنْ سَبْعِينَ رَجُلا ، هَذَا أَصَحُّ مَا فِي التَّسْمِيَةِ.

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Para sahabat Nabi mencari-cari air untuk berwudhu, tetapi tidak menemuinya. Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Di sini. Lalu aku melihat baginda sallallahu ‘alaihi wasallam memasukkan tangannya ke dalam bekas yang berisi air, kemudian baginda bersabda: Berwudhulah dengan menyebutkan bismillah. Anas berkata: Aku melihat air mengalir keluar antara jari jemari baginda. Para sahabat berwudhu sehingga orang yang terakhir selesai berwudhu. Tsabit bertanya kepada Anas: Berapa orang sahabat ketika itu? Anas menjawab: Mereka lebih kurang 70 orang.

Imam al-Baihaqi berkata: Ini adalah hadis yang paling kuat dalam bab bismillah.

[Al-Sunan Al-Kubra Lil Baihaqi, Bab al-Tasmiyah ‘Alal Wudhu, hadis no: 194]

Imam an-Nawawi berkata:

فالتسمية مستحبة في الوضوء وجميع العبادات وغيرها من الافعال حتى عند الجماع

At-Tasmiyyah (iaitu membaca Bismillah) adalah sunat ketika wudhu, semua ibadat dan perkara-perkara yang lain hatta ketika mahu berjima’.[1]

واعلم ان أكمل التسمية أن يقول بسم الله الرحمن الرحيم فان قال. باسم الله فقط حصل فضيلة التسمية بلا خلاف

Ketahuilah bahawa bacaan tasmiyyah yang paling sempurna ialah dengan menyebut : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Jika seseorang membaca: Dengan nama Allah sahaja. Maka dia telah memperolehi pahala tasmiyyah tanpa sebarang khilaf lagi.[2]

Bagaimana jika seseorang terlupa membacanya? Imam an-Nawawi menukilkan perkataan Imam al-Syafie:

فان سهى عنها سمي متى ذكر ان ذكر قبل أن يكمل الوضوء

Jika seseorang terlupa membacanya, hendaklah dia membacanya apabila dia teringat sebelum dia menyempurnakan wudhunya.[3]

Ulama berbeza pendapat dalam hukum membaca bismillah. Ada yang menyatakan wajib, dan ada yang menyatakan sunnah.

قد ذكرنا أن التسمية سنة وليست بواجبة فلو تركها عمدا صح وضوءه هذا مذهبنا وبه قال مالك وابو حنيفة وجمهور العلماء وهو اظهر الروايتين عن احمد وعنه رواية انها واجبة: وحكي الترمذي واصحابنا عن اسحاق (1) بن راهويه انها واجبة ان تركها عمدا بطلت طهارته وان تركها سهوا أو معتقدا انها غير واجبة لم تبطل طهارته وقال المحاملى وغيره وقال اهل الظاهر هي واجبة بكل حال وعن ابي حنيفة رواية انها ليست بمستحبة وعن مالك رواية انها بدعة ورواية انها مباحة لا فضيلة في فعلها ولا تركها

Imam an-Nawawi berkata: Kami telah menyebutkan bahawa membaca bismillah itu sunat, dan tidak wajib. Jika sengaja meniggalkannya, maka sah wudhunya. Inilah mazhab kami, dan ini juga pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan majoriti ulama. Ia juga yang lebih jelas daripada dua riwayat pendapat Imam Ahmad, dan ada riwayat daripada Imam Ahmad menyatakan ia wajib. Imam at-Tirmizi dan ulama-ulama kami meriwayatkan daripada Ishaq bin Rahawiah bahawa hukumnya adalah wajib. Jika ditinggalkan dengan sengaja, maka batallah wudhu. Sebaliknya jika meninggalkannya kerana lupa atau kerana berkeyakinan ia tidak wajib, maka tidaklah batal wudhunya. Imam al-Mahamili dan selainnya, berkata ulama mazhab Zahiri hukumnya adalah wajib dalam segala keadaan. Diriwayatkan juga daripada Imam Abu Hanifah bahawa ia bukanlah perkara sunat. Diriwayatkan daripada Malik satu riwayat menyatakan ia adalah hal bid’ah, dan satu riwayat lagi ia adalah harus sahaja, dan tiada kelebihan pada melakukannya atau meninggalkannya.[4]

Apakah hujah kedua-dua belah pihak iaitu yang mewajibkan dan yang menyatakan sunat?[5]

Yang mewajibkan berhujah dengan hadis ini:

عَنْ رَبَاحِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ بْنِ حُوَيْطِبٍ ، عَنْ جَدَّتِهِ ، عَنْ أَبِيهَا ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” لَا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ ” . قَالَ : وَفِي الْبَاب عَنْ عَائِشَةَ , وَأَبِي سَعِيدٍ , وَأَبِي هُرَيْرَةَ , وَسَهْلِ بْنِ سَعْدٍ , وَأَنَسٍ . قَالَ أَبُو عِيسَى : قَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ : لَا أَعْلَمُ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثًا لَهُ إِسْنَادٌ جَيِّدٌ

Sa’id bin Zaid radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada wudhu’ seseorang yang tidak membaca Bismillah. [Sunan at-Tirmizi, Abwab At-Taharah, hadis no: 25. Imam at-Tirmizi berkata: Imam Ahmad berkata: Aku tidak tahu apa-apa hadis dalam bab ini yang sanadnya bagus]

Akan tetapi ulama mazhab Syafie berhujah dengan surah al-Maidah ayat 6, dan hadis nabi sallallallahu ‘alaihi wasallam berkaitan orang yang rosak solatnya.

Berkaitan hadis Sai’d bin Zaid di atas Imam an-Nawawi menyatakan bahawa hadis itu dhaif, dan jika mahu digunakan untuk berhujah pun ia menunjukkan wudhu tidak sempurna, dan bukannya tidak sah, dan sebahagian ulama menyatakan maksud hadis itu ialah niat.

2)               Membasuh kedua pergelangan tangan 3 kali

Hal ini berdasarkan banyak hadis, antaranya hadis Uthman bin ‘Affan:

عَنْ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ ، أَنَّهُ رَأَى عُثْمَانَ بْنَ عَفَّان دَعَا بِوَضُوءٍ ، فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ مِنْ إِنَائِهِ فَغَسَلَهُمَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ،

Daripada Humran pelayan Uthman ibn Affan radiallahu ‘anhu bahawasanya dia melihat Uthman meminta sebekas air lalu dibasuhnya kedua-dua tangannya (sehingga pergelangan tangan) tiga kali.. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 161].

Imam an-Nawawi berkata:

واتفق الاصحاب على أن غسل الكفين سنة في أول الوضوء وهو سنة من سنن الوضوء وفيه وجه للخراسانيين أنه سنة مستقلة لا من سنن الوضوء وقد سبق بيانه

Ulama mazhab Syafie bersepakat bahawa membasuh kedua pergelangan tangan adalah sunnah di awal wudhu, dan ia merupakan sunnah daripada wudhu itu sendiri. Terdapat riwayat daripada ulama Khurasan bahawa ia sunnah yang sendiri, tidak termasuk sunnah wudhu. Telah dijelaskan sebelum ini.[6]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْعَلْ فِي أَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْثُرْ ، وَمَنِ اسْتَجْمَرَ فَلْيُوتِرْ ، وَإِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلْيَغْسِلْ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يُدْخِلَهَا فِي وَضُوئِهِ ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ ” .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang kalian berwudhu hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya, sesiapa yang bersuci dengan batu hendaklah menggunakan bilangan ganjil. Apabila seseorang bangun daripada tidurnya, janganlah dia terus memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam bekas air sehingga dia membasuhnya, kerana dia tidak mengetahui di mana tangannya berada sewaktu dia tidur.”  [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 159]

Imam an-Nawawi menghuraikan hadis di atas:

أما حكم المسألة فقال أصحابنا إذا كان يتوضأ من قدح وشبهه مما يغمس اليد فيه ليس فيه قلتان نظر فان شك في نجاسة يده كره أن يغمسها فيه حتى يغسلها ثلاثا للحديث وسواء كان الشك في نجاستها للقيام من النوم أو لغيره هكذا عبارة اصحابنا وصرحوا بان الحكم متعلق بالشك قالوا وانما ذكر النوم في الحديث مثالا ونبه صلى الله عليه وسلم علي المقصود بذكر العلة في قوله صلى الله عليه وسلم فانه لا يدرى أين باتت يده

Hukum berkaitan hal ini (iaitu mencelupkan tangan ke dalam bekas air). Ulama mazhab kami berkata apabila seseorang berwudhu dalam bekas air atau seumpamanya yang mana tangan akan dicelupkan ke dalamnya, dan saiznya tidak sampai dua kolah, maka ia melihat kepada keadaan. Seandainya dia syak terdapat najis pada tangannya, maka dimakruhkan untuk mencelupkan tangan itu ke dalam bekas air sehingga dia telah membasuhnya tiga kali sebagaimana dalam hadis. Sama sahaja sama ada syak kewujudan najis itu berlaku ketika bangun daripada tidur atau selainnya. Inilah pendapat mazhab kami dan mereka menjelaskan bahawa hukum itu terikat dengan rasa syak. Disebutkan perihal tidur dalam hadis hanya sebagai contoh. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan hal ini bertujuan menerangkan sebabnya iaitu pada sabda baginda kerana dia tidak mengetahui di mana tangannya berada sewaktu dia tidur.[7]

Ulama berbeza pendapat dalam hukum mencelupkan tangan ke dalam bekas air. Imam an-Nawawi menyenaraikan pendapat ulama dalam bab ini[8]:

– Makruh apabila syak ada najis, tidak kira bangun tidur di siang atau malam hari, atau rasa syak disebabkan hal yang lain. Ini pendapat mazhab Syafie. Ini juga pendapat majoriti ulama.

– Makruh apabila bangun daripada tidur tidak kira waktu. Salah satu riwayat imam Ahmad.

– Haram apabila bangun daripada tidur di waktu malam, dan makruh apabila bangun daripada tidur di waktu siang. Ini mazhab Daud.

Apakah hujah kedua-dua belah pihak? Imam an-Nawawi menyebutkan:

واحتجوا بقوله صلى الله عليه وسلم فانه لا يدرى اين باتت يده والمبيت يكون في الليل والنهي للتحريم واجاب اصحابنا بان الليل ذكر لانه الغالب ونبه صلى الله عليه وسلم على العلة بقوله لا يدرى اين باتت يده وامر بذلك احتياطا فلا يكون واجبا ولا تركه محرما كغيره مما في معناه والله أعلم

Mereka berhujah dengan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: kerana dia tidak mengetahui di mana tangannya berada sewaktu dia tidur. Perkataan Mabit membawa maksud tidur di waktu malam. Larangan pula membawa kepada hukum haram. Ulama-ulama kami menjawab bahawa perkataan malam digunakan kerana itu adalah kebiasaan, dan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan sebabnya dengan sabda baginda :kerana dia tidak mengetahui di mana tangannya berada sewaktu dia tidur, dan arahan sebegitu menunjukkan arahan berhati-hati, dan bukannya wajib. Tidaklah meninggalkan arahan ini satu perkara yang haram seperti yang lain.[9]

 

3)               Bersiwak

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَوْلا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ ” .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Kalau lah tidak kerana takut akan membebankan umat aku, nescaya aku suruh mereka menggosok gigi setiap kali wudhu. [Sunan an-Nasaie al-Kubra, Kitab al-Siyam, hadis no: 2957]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَوْلا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ وُضُوءٍ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Kalau lah tidak kerana takut akan membebankan umat aku, nescaya aku suruh mereka menggosok gigi setiap kali wudhu

[Sunan an-Nasaie al-Kubra, Kitab al-Siyam, hadis no: 2967]

Imam an-Nawawi menyebutkan bahawa ulama mazhab Syafie sepakat bahawa menggosok gigi adalah sunnah ketika wudhu, hanya sahaja mereka berbeza pendapat ia sebahagian daripada wudhu atau sunnah yang berasingan.[10]

Bilakah gosok gigi dilakukan ketika wudhu.

Di sisi mazhab Syafie ia dilakukan sebelum membaca bismillah kerana ia bukan termasuk perbuatan wudhu.

Imam al-Ramli berkata:

عَنْ مَحَلِّ السِّوَاكِ فِي الْوُضُوءِ هَلْ هُوَ قَبْلَ النِّيَّةِ وَغَسْلِ الْكَفَّيْنِ أَوْ بَيْنَهُمَا وَبَيْنَ الْمَضْمَضَةِ ؟ ( فَأَجَابَ ) بِأَنَّهُ أَوَّلُ مَا يُبْدَأُ بِالسِّوَاكِ قَبْلَ التَّسْمِيَةِ وَغَيْرِهَا كَمَا صَرَّحَ بِهِ جَمَاعَةٌ مِنْهُمْ الْقَفَّالُ فِي مَحَاسِنِ الشَّرِيعَةِ وَالْمَاوَرْدِيُّ فِي الْإِقْنَاعِ وَالْغَزَالِيُّ فِي الْوَسِيطِ

Bersiwak dilakukan sebelum membaca tasmiyah dan selainnya. Ini sebagaimana diterangkan sekelompok ulama antaranya Al-Quffal dalam Mahasin al-Syariah, Al-Mawardi dalam Al-Iqna’, Al-Ghazali dalam Al-Wasith…[11]

Sebahagian ulama mazhab Syafie pula berkata ia dilakukan sebelum berkumur-kumur. Imam Syihabuddin al-Qalyubi berkata:

ويستاك قبل المضمضة

Dan menggosok gigi sebelum berkumur-kumur (dalam wudhu)[12]

 

4)               Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ، قَالَ : قَالَ عَمْرُو بْنُ عَبَسَةَ السُّلَمِيُّ : كُنْتُ وَأَنَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ أَظُنُّ أَنَّ النَّاسَ عَلَى ضَلَالَةٍ ، وَأَنَّهُمْ لَيْسُوا عَلَى شَيْءٍ وَهُمْ يَعْبُدُونَ الْأَوْثَانَ ، فَسَمِعْتُ بِرَجُلٍ بِمَكَّةَ يُخْبِرُ أَخْبَارًا ، فَقَعَدْتُ عَلَى رَاحِلَتِي فَقَدِمْتُ عَلَيْهِ ، فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْتَخْفِيًا جُرَآءُ عَلَيْهِ قَوْمُهُ ، فَتَلَطَّفْتُ حَتَّى دَخَلْتُ عَلَيْهِ بِمَكَّةَ ،

Abu Umamah radiallahu ‘anhu berkata: Amru bin ‘Abasah radiallahu ‘anhu berkata: Ketika aku berada di zaman jahiliyyah, aku merasakan bahawa orang ramai berada dalam kesesatan. Mereka tidak berada di atas sesuatu (yang benar), mereka menyembah berhala. Lalu aku mendengar berita tentang seorang lelaki di Mekah yang menyampaikan khabar (dakwah). Lalu aku duduk atas haiwan tungganganku dan bertolak mencari lelaki itu. Ketika itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersembunyi kerana kaumnya menindasnya. Aku mempunyai sikap mesra dengan orang lain sehingga membolehkan aku bertemu dengannya di Mekah.

فَقُلْتُ لَهُ : مَا أَنْتَ ، قَالَ : ” أَنَا نَبِيٌّ ” ، فَقُلْتُ : وَمَا نَبِيٌّ ؟ قَالَ : ” أَرْسَلَنِي اللَّهُ ” ، فَقُلْتُ : وَبِأَيِّ شَيْءٍ أَرْسَلَكَ ؟ قَالَ : ” أَرْسَلَنِي بِصِلَةِ الْأَرْحَامِ ، وَكَسْرِ الْأَوْثَانِ ، وَأَنْ يُوَحَّدَ اللَّهُ لَا يُشْرَكُ بِهِ شَيْءٌ ” ، قُلْتُ لَهُ : فَمَنْ مَعَكَ عَلَى هَذَا ؟ قَالَ : ” حُرٌّ وَعَبْدٌ ” ، قَالَ : ” وَمَعَهُ يَوْمَئِذٍ أَبُو بَكْرٍ ، وَبِلَالٌ مِمَّنْ آمَنَ بِهِ ” ،

Aku bertanya kepadanya: Siapa engkau? Baginda menjawab: Aku adalah nabi. Aku bertanya: Nabi itu apa? Baginda menjawab: Allah telah mengutuskan aku. Aku bertanya: Apa tujuan engkau diutuskan? Baginda menjawab: Aku diutuskan untuk menyambung silaturahim, memusnahkan berhala,  mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu pun. Aku bertanya lagi: Siapa yang bersama engkau dalam ajaran ini? Baginda menjawab: Orang yang merdeka dan hamba abdi. Pada hari itu, yang bersamanya ialah Abu Bakar, dan Bilal yang beriman dengannya.

فَقُلْتُ : إِنِّي مُتَّبِعُكَ ، قَالَ : ” إِنَّكَ لَا تَسْتَطِيعُ ذَلِكَ يَوْمَكَ هَذَا ، أَلَا تَرَى حَالِي وَحَالَ النَّاسِ ، وَلَكِنْ ارْجِعْ إِلَى أَهْلِكَ ، فَإِذَا سَمِعْتَ بِي قَدْ ظَهَرْتُ ، فَأْتِنِي ” ، قَالَ : فَذَهَبْتُ إِلَى أَهْلِي ، وَقَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَكُنْتُ فِي أَهْلِي ، فَجَعَلْتُ أَتَخَبَّرُ الْأَخْبَارَ ، وَأَسْأَلُ النَّاسَ حِينَ قَدِمَ الْمَدِينَةَ حَتَّى قَدِمَ عَلَيَّ نَفَرٌ مِنْ أَهْلِ يَثْرِبَ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةَ ،

Aku pun berkata: Sesungguhnya aku adalah pengikut engkau. Baginda menjawab: Sesungguhnya engkau tidak akan mampu mengikut aku pada hari ini. Tidakkah kau lihat keadaan aku dan orang lain (yang mengikut aku)? Pulanglah kepada keluarga engkau. Apabila engkau mendengar aku telah berjaya, datanglah kepada aku sehinggalah datang kepada aku sekelompok penduduk

Aku pun pulang kepada keluarga aku. Suatu hari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah ketika aku sedang bersama-sama ahli keluarga ku. Lalu aku mencari khabar berita dan bertanya kepada orang ramai ketika baginda tiba di Madinah sehinggalah datang kepada aku sekumpulan penduduk Madinah.

فَقُلْتُ : مَا فَعَلَ هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي قَدِمَ الْمَدِينَةَ ؟ فَقَالُوا : النَّاسُ إِلَيْهِ سِرَاعٌ ، وَقَدْ أَرَادَ قَوْمُهُ قَتْلَهُ فَلَمْ يَسْتَطِيعُوا ذَلِكَ ، فَقَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فَدَخَلْتُ عَلَيْهِ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَعْرِفُنِي ؟ قَالَ : ” نَعَمْ أَنْتَ الَّذِي لَقِيتَنِي بِمَكَّةَ ” ، قَالَ : فَقُلْتُ : بَلَى ، فَقُلْتُ : يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَخْبِرْنِي عَمَّا عَلَّمَكَ اللَّهُ وَأَجْهَلُهُ ، أَخْبِرْنِي ، عَنِ الصَّلَاةِ ،

Aku pun bertanya kepada kumpulan lelaki itu: Apa yang dilakukan oleh lelaki yang tiba di Madinah itu? Mereka menjawab: Orang ramai bersegera mendatanginya, sedangkan kaumnya sendiri mahu membunuhnya tetapi mereka tidak dapat melakukannya.

Lalu aku pun pergi ke Madinah menemui baginda lalu aku bertanya: Ya Rasulullah, adakah engkau masih mengenali aku? Baginda menjawab: Ya, engkaulah yang bertemu aku di Mekah. Aku menjawab: Ya. Aku bertanya: Wahai nabi Allah, ceritakan kepada aku tentang apa yang Allah ajarkan kepada engkau tetapi aku jahil tentangnya. Ceritakan kepada aku tentang solat.

قَالَ : ” صَلِّ صَلَاةَ الصُّبْحِ ثُمَّ أَقْصِرْ ، عَنِ الصَّلَاةِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ، حَتَّى تَرْتَفِعَ فَإِنَّهَا تَطْلُعُ حِينَ تَطْلُعُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ ، وَحِينَئِذٍ يَسْجُدُ لَهَا الْكُفَّارُ ، ثُمَّ صَلِّ فَإِنَّ الصَّلَاةَ مَشْهُودَةٌ مَحْضُورَةٌ ، حَتَّى يَسْتَقِلَّ الظِّلُّ بِالرُّمْحِ ، ثُمَّ أَقْصِرْ ، عَنِ الصَّلَاةِ فَإِنَّ حِينَئِذٍ تُسْجَرُ جَهَنَّمُ ، فَإِذَا أَقْبَلَ الْفَيْءُ فَصَلِّ فَإِنَّ الصَّلَاةَ مَشْهُودَةٌ مَحْضُورَةٌ ، حَتَّى تُصَلِّيَ الْعَصْرَ ، ثُمَّ أَقْصِرْ ، عَنِ الصَّلَاةِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ ، فَإِنَّهَا تَغْرُبُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ ، وَحِينَئِذٍ يَسْجُدُ لَهَا الْكُفَّارُ ،

Baginda menjawab: Dirikanlah solat Subuh, dan jangan dirikan sebarang solat sehingga matahari telah terbit sepenuhnya. Sesungguhnya matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan ketika itu golongan kuffar sujud kepadanya. Kemudian dirikanlah solat yang akan disaksikan dan dihadiri (oleh malaikat) sehingga bayang-bayang sama dengan panjangnya galah. Kemudian berhenti daripada solat sesungguhnya ketika itu neraka sedang dipanaskan. Apabila bayang-bayang itu beralih, dirikanlah solat sesungguhnya solat itu disaksikan dan dihadiri (oleh malaikat) sehingga engkau mendirikan solat Asar. Kemudian berhenti daripada solat sehingga tenggelam matahari. Sesungguhnya ia tenggelam antara dua tanduk syaitan, dan ketika itu kuffar sujud kepadanya.

قَالَ : فَقُلْتُ : يَا نَبِيَّ اللَّهِ فَالْوُضُوءَ حَدِّثْنِي عَنْهُ ، قَالَ : ” مَا مِنْكُمْ رَجُلٌ يُقَرِّبُ وَضُوءَهُ ، فَيَتَمَضْمَضُ وَيَسْتَنْشِقُ فَيَنْتَثِرُ إِلَّا خَرَّتْ خَطَايَا وَجْهِهِ وَفِيهِ وَخَيَاشِيمِهِ ، ثُمَّ إِذَا غَسَلَ وَجْهَهُ كَمَا أَمَرَهُ اللَّهُ إِلَّا خَرَّتْ خَطَايَا وَجْهِهِ مِنْ أَطْرَافِ لِحْيَتِهِ مَعَ الْمَاءِ ، ثُمَّ يَغْسِلُ يَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ إِلَّا خَرَّتْ خَطَايَا يَدَيْهِ مِنْ أَنَامِلِهِ مَعَ الْمَاءِ ، ثُمَّ يَمْسَحُ رَأْسَهُ إِلَّا خَرَّتْ خَطَايَا رَأْسِهِ مِنْ أَطْرَافِ شَعْرِهِ مَعَ الْمَاءِ ، ثُمَّ يَغْسِلُ قَدَمَيْهِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ إِلَّا خَرَّتْ خَطَايَا رِجْلَيْهِ مِنْ أَنَامِلِهِ مَعَ الْمَاءِ ، فَإِنْ هُوَ قَامَ فَصَلَّى فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَمَجَّدَهُ بِالَّذِي هُوَ لَهُ أَهْلٌ ، وَفَرَّغَ قَلْبَهُ لِلَّهِ إِلَّا انْصَرَفَ مِنْ خَطِيئَتِهِ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ “

Aku pun berkata: Wahai Nabi Allah. Ceritakan kepada aku tentang wudhu. Baginda menjawab: Tidaklah seseorang itu pergi kepada air wudhu lalu dia lalu berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya melainkan gugur dosa wajahnya, gugur dosa mulutnya, gugur dosa hidungnya. Kemudian apabila dia membasuh wajahnya sebagaimana yang Allah arahkan, gugurlah dosa wajahnya daripada hujung janggutnya bersama-sama air wudhu itu. Apabila dia membasuh kedua tangannya hingga kedua siku, gugurlah dosa kedua-dua tangannya daripada hujung jarinya bersama air wudhu itu. Seandainya dia mendirikan solat, memuji Allah dengan pujian yang layak untukNya, dan mengosongkan hatinya untuk Allah, dosa-dosanya akan meninggalkannya sebagaimana hari ibunya melahirkan dia.

[Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin wa Qasriha, hadis no: 1967]

حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيل بْنُ كَثِيرٍ ، قَال : سَمِعْتُ عَاصِمَ بْنَ لَقِيطِ بْنِ صَبِرَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي عَنِ الْوُضُوءِ ، قَالَ : ” أَسْبِغْ الْوُضُوءَ ، وَخَلِّلْ بَيْنَ الْأَصَابِعِ ، وَبَالِغْ فِي الِاسْتِنْشَاقِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ صَائِمًا ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Laqith bin ‘Amir radiallahu ‘anhu berkata: Ya Rasulullah, ceritakan kepada ku tentang wudhu. Baginda menjawab: Sempurnakan wudhu, sela-selalah celah jari-jemari, bersungguh-sungguhlah kamu menyedut air ke dalam hidung kecuali jika sedang berpuasa. [Sunan at-Tirmizi,  Kitab al-Soum, hadis no: 717, hasan sahih]

 

عَنْ عَلِيٍّ ، أَنَّهُ ” دَعَا بِوَضُوءٍ فَتَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَنَثَرَ بِيَدِهِ الْيُسْرَى ، فَفَعَلَ هَذَا ثَلَاثًا . ثُمَّ قَالَ : هَذَا طُهُورُ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” .

‘Ali radiallahu ‘anhu meminta bekas air untuk berwudhu, lalu beliau berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung, dan mengeluarkan air dari hidungnya dengan tangan kiri. Beliau melakukannya tiga kali. Kemudian beliau berkata: Inilah wudhu nabi sallallahu ‘alaihi wasallam [Sunan an-Nasaie as-Sughra, Kitab at-Taharah, hadis no: 90]

 

Ulama berbeza pendapat tentang perihal berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung[13]:

Kedua-duanya adalah sunat di dalam wudhu dan mandi wajib. Ini merupakan pendapat mazhab Syafie, Al-Hasan Al-Basri, Az-Zuhri, Al-Hakam, Qatadah, Rabi’ah, Yahya bin Sa’id al-Ansori, Malik, al-Awzaie, Al-Laith, dan satu riwayat daripada ‘Atho dan Ahmad.

Kedua-duanya adalah wajib di dalam wudhu dan mandi, dan syarat sahnya. Ini pendapat Abu Laila, Hammad, Ishaq, dan pendapat yang masyhur daripada Imam Ahmad, dan salah satu riwayat ‘Atho.

Wajib ketika mandi sahaja. Ini pendapat Abu Hanifah dan pengikutnya, Sufyan at-Tsauri, Ar-Rabi’.

Apakah hujah-hujah untuk khilaf yang sangat luas ini?[14]

Yang wajib ialah memasukkan air dalam hidung sahaja ketika wudhu dan mandi. Ini pendapat Abu Tsaur, Abu ‘Ubaid, Daud, salah satu riwayat Ahmad, dan Ibn al-Munzir.

Yang mewajibkan berhujah bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sentiasa melakukannya. Mereka juga berhujah dengan beberapa riwayat daripada ‘Aisyah, Abu Hurairah yang menunjukkan ia wajib. Mereka juga berhujah bahawa hidung dan mulut sebahagian daripada wajah, maka ia wajib dibasuh sebagaimana wajah.

Ulama mazhab Syafie menjawab bahawa perbuatan nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu menunjukkan sunat, kerana ayat al-Quran tidak menunjukkan sebegitu rupa begitu juga hadis-hadis lain. Riwayat yang menunjukkan wajib pula kesemuanya adalah tidak sahih. Manakala definisi wajah ialah apa yang dapat dilihat secara berhadapan, maka dalam hidung dan mulut tidak termasuk.

5- Disunatkan mengambil air dengan tangan kanan dan menghembus keluar dengan tangan kiri.

قال الشافعي في المختصر يستحب أن يأخذ الماء للمضمضة (2) بيده اليمنى واتفق الاصحاب علي استحباب ذلك ودليله حديث عثمان في صفة وضوء رسول الله صلى الله عليه وسلم انه أخذ الماء للمضمضة بيمينه رواه البخاري ومسلم

Imam al-Syafie berkata dalam al-Mukhtasar: Disunatkan mengambil air untuk berkumur dengan tangan kanan, dan ulama mazhab Syafie bersepakat dalam hal ini. Dalilnya ialah hadis Uthman radiallahu ‘anhu yang menunjukkan sifat wudhu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam :sesungguhnya dia mengambil air untuk berkumur dengan tangan kanannya. [Al-Bukhari dan Muslim]

 السنة أن ينتثر وهو ان يخرج بعد الاستنشاق ما في أنفه من ماء واذى للحديث الصحيح الذي ذكرناه. وفيه أحاديث كثيرة جمعتها في جامع السنة قال اصحابنا ويستنثر بيده اليسرى للحديث

Adalah sunnah menghembus air dan kotoran keluar daripada hidung berdasarkan hadis sahih yang telah kami sebutkan. Terdapat banyak hadis berkaitan hal ini yang telah aku kumpulkan. Ulama mazhab kami berkata hendaklah menghembus air keluar dengan tangan kiri sebagaimana dalam hadis.[15]

اتفق نص الشافعي والاصحاب على ان سنتهما تحصل بالجمع والفصل وعلى أي وجه اوصل الماء إلى العضوين واختلف نصه واختيار الاصحاب في الافضل من الكيفيتين فنص في الام ومختصر المزني ان الجمع افضل ونص في البويطي ان الفصل افضل

Imam al-Syafie dan ulama mazhab Syafie sepakat bahawa sunnah ini terhasil sama ada dilakukan secara serentak atau berasingan selagi mana air sampai pada dua anggota ini. Akan tetapi mereka berbeza pendapat mana yang lebih afdhal daripada dua cara ini. Imam al-Syafie menyebutkan dalam Al-Umm dan Mukhtasar oleh Imam al-Muzani bahawa menggabungkannya adalah lebih afdhal, manakala Imam Al-Buwaiti menyatakan bahawa mengasingkannya lebih afdhal.

Kemudian Imam an-Nawawi menyebutkan dalil-dalil yang menunjukkan ia digabungkan. Dan dinyatakan bahawa terdapat satu dalil menunjukkan ia diasingkan iaitu hadis daripada Talhah bin Masraf tetapi hadis itu lemah.[16]

 

6- Meratakan air celah-celah janggut

عَنْ أَنَسٍ يَعْنِي ابْنَ مَالِكٍ ، ” أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا تَوَضَّأَ أَخَذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَأَدْخَلَهُ تَحْتَ حَنَكِهِ فَخَلَّلَ بِهِ لِحْيَتَهُ ، وَقَالَ : هَكَذَا أَمَرَنِي رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ketika berwudhu baginda akan mengambil air sebanyak tapak tangan lalu meratakannya di bawah dagunya. Lalu menggosok celah-celah janggutnya. Lalu baginda bersabda: Beginilah Tuhan ku menyuruh aku.

[Sunan Abi Daud, Kitab at-Taharah, hadis no: 124]

Imam an-Nawawi menyebutkan:

اللحية الكثيفة يجب غسل ظاهرها بلا خلاف ولا يجب غسل باطنها ولا البشرة تحته هذا هو المذهب الصحيح المشهور الذى نص عليه الشافعي رحمه الله وقطع به جمهور الاصحاب في الطرق كلها وهو مذهب مالك وأبي حنيفة واحمد وجماهير العلماء من الصحابة والتابعين وغيرهم: وحكى الرافعي قولا ووجها انه يجب غسل البشرة وهو مذهب المزني وأبي

Janggut yang tebal wajib dibasuh bahagian luarnya tanpa khilaf lagi, dan tidak wajib membasuh bahagian dalamnya dan bahagian kulit di bawahnya. Ini pandangan mazhab al-Syafie yang sahih dan masyhur yang disebutkan oleh al-Imam al-Syafie dan ini jua pendapat majoriti ulama mazhab Syafie. Ini juga pandangan mazhab Malik, Abu Hanifah, Ahmad dan majoriti ulama sahabat, tabi’in dan selain mereka. Imam al-Rafie meriwayatkan satu pandangan yang mewajibkan membasuh kulit (pada janggut yang tebal). Ini merupakan pendapat Imam al-Muzani, dan Abu Tsaur.[17]

Kata beliau lagi:

وان كانت اللحية خفيفة وجب غسل ظاهرها وباطنها والبشرة تحتها بلا خلاف عندنا وان كان بعضها خفيفا وبعضها كثيفا فلكل بعض منهما حكمه

Seandainya janggut itu nipis, maka wajib membasuh bahagian luar dan dalamnya dan kulit di bawahnya tanpa khilaf lagi di sisi kami (ulama mazhab Syafie). Seandainya sebahagian janggut itu nipis, dan sebahagian lagi tebal, maka setiap bahagian itu ada hukumnya yang tersendiri..[18]

Apakah hujah yang menyatakan wajib dan sunat?[19]

Mereka yang mewajibkan meratakan walau janggut panjang berhujah dengan hadis Anas bin Malik di atas. Mereka juga mengqiaskan dengan mandi wajib.

Manakala yang menyatakan sunat berhujah dengan hadis daripada Ibn ‘Abbas bahawa nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu dengan sebesar tapak tangan air yang mana pasti tidak cukup untuk meratakan air ke kulit muka pada janggut yang tebal.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قال : ” تَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَغَرَفَ غَرْفَةً فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ وَجْهَهُ ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ يَدَهُ الْيُسْرَى ، ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ وَأُذُنَيْهِ بَاطِنِهِمَا بِالسَّبَّاحَتَيْنِ وَظَاهِرِهِمَا بِإِبْهَامَيْهِ ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى

‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu, lalu mencedok air sebanyak tapak tangan lalu berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Kemudian baginda mencedok air sebanyak tapak tangan dan membasuh wajahnya. Kemudian baginda mencedok air sebanyak tapak tangan dan membasuh tangan kanannya. Kemudian baginda mencedok air sebanyak tapak tangan kemudian membasuh tangan kirinya. Kemudian baginda menyapu kepalanya dan kedua telinganya, bahagian dalam telinga dengan kedua jari telunjuk dan bahagian luar telinga dengan ibu jari. Kemudian baginda mencedok air sebanyak tapak tangan dan membasuh kaki kanannya. Kemudian baginda mencedok air sebesar tapak tangan lalu membasuh kaki kirinya.

[Sunan an-Nasaie al-Sughra, Kitab at-Thaharah, hadis no: 101]

Ia juga melibatkan definisi wajah yang mana wajah ialah apa yang nampak daripada hadapan. Sebagaimana berkumur dan memasukkan air dalam hidung tidak wajib, begitu jugalah membasuh kulit pada janggut yang tebal.

Apakah pula had yang menentukan janggut itu tebal atau nipis. Al-Imam an-Nawawi membawakan beberapa tanda[20]:

– Mengikut kebiasaan masyarakat, jika masyarakat memandang ia tebal, maka ia dikira tebal.

– Jika air dapat dialirkan pada kulit tanpa kesukaran, maka ia dikira masih nipis.

– Jika kulit tak dapat dilihat kerana tebalnya janggut. Inilah pendapat kebanyakan ulama mazhab Syafie.

7- Meratakan air celah-celah jari tangan dan kaki

حَدَّثَنِي إِسْمَاعِيل بْنُ كَثِيرٍ ، قَال : سَمِعْتُ عَاصِمَ بْنَ لَقِيطِ بْنِ صَبِرَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي عَنِ الْوُضُوءِ ، قَالَ : ” أَسْبِغْ الْوُضُوءَ ، وَخَلِّلْ بَيْنَ الْأَصَابِعِ ، وَبَالِغْ فِي الِاسْتِنْشَاقِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ صَائِمًا ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Laqith bin Sobiroh radiallahu telah berkata: Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, ceritakan kepada aku tentang wudhu. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Sempurnakan wudhu, gosoklah celah jari-jemari, bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke dalam hidung kecuali ketika kalian berpuasa. [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Sawm, hadis no: 717, hasan sahih]

عَنْ الْمُسْتَوْرِدِ بْنِ شَدَّادٍ الْفِهْرِيِّ ، قَالَ : ” رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَوَضَّأَ دَلَكَ أَصَابِعَ رِجْلَيْهِ بِخِنْصَرِهِ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَسَنٌ غَرِيبٌ ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ ابْنِ لَهِيعَةَ .

Al-Mustawrid bin Syaddad al-Fihri radiallahu ‘anhu berkata: Aku melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam apabila berwudhu, baginda akan menggosok celah jari kedua kakinya dengan jari kelinkingnya. [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 38]

Di dalam Al-Majmu’ disebutkan:

في التخليل قال أصحابنا ان كانت أصابع رجليه منفرجة استحب التخليل ولا يجب وحديث لقيط محمول على الاستحباب أو على ما إذا لم يصل الماء إلى ما بينها الا بالتخليل وان كانت ملتفة وجب ايصال الماء إلى ما بينها ولا يتعين في ايصاله التخليل بل باى طريق أوصله حصل الواجب ويستحب مع ايصاله التخليل فالتخليل مستحب مطلقا وايصال الماء واجب

Dalam masalah menggosok celah-celah jari: Ulama-ulama mazhab kami berkata bahawa jika jari kakinya terbuka/jarang, maka disunatkan untuk menggosok celah-celahnya dan tidak. Hadis Laqith membawa maksud sunat atau (wajib) jika air tidak dapat sampai di celahan jari melainkan dengan menggosok celahannya. Jika jari jemarinya bercantum/rapat maka wajib menyampaikan air pada celahannya, tidak hanya dengan cara menggosok celahannya, bahkan dengan apa sahaja cara yang dapat menyampaikan air itu adalah wajib. Disunatkan apabila air dapat sampai pada celahan jari untuk menggosok celahan itu. Menggosok celahan jari adalah sunat secara mutlaq, manakala menyampaikan air (pada celahan jari adalah wajib).[21]

Di dalam Ensiklopedia Fiqh Kuwait disebutkan:

Meratakan air di antara celahan jari tangan dan kaki sama ada dengan menyela-nyela atau cara lain merupakan penyempurna wudhu. Ia wajib ketika berwudhu dan mandi di sisi semua ulama. Adapun menyela-nyela selepas memasukkan air di celahan jari adalah sunat di sisi majoriti ulama mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Ulama mazhab Hanafi menyatakan ia adalah sunat muakkad. Ulama Hanbali berpendapat menyela-nyela celahan jari kaki adalah sunat muakkad. Pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki pula menyatakan wajib menyela-nyela jari tangan dan sunat pada jari kaki, dan pendapat lain mazhab Maliki menyatakan wajib untuk kedua-duanya.[22]

 

8- Menggosok anggota wudhu untuk meratakan air

عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ ، عَنْ عَمِّهِ ، قَالَ : رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَتَوَضَّأُ ، فَجَعَلَ يَدْلُكُ ذِرَاعَيْهِ

‘Abdullah bin Zaid radiallahu ‘anhu berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu, lalu baginda menggosok-gosok kedua lengannya [Sahih Ibn Hibban, Kitab at-Taharah, hadis no: 1096]

 

Majoriti fuqaha’ mazhab Hanafi, Syafie, Hanbali, dan salah satu pendapat mazhab Maliki berkata bahawa menggosok anggota wudhu adalah sunat. Pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki pula menyatakan ia wajib.[23]

 

9- Menyapu seluruh kepala

عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ وَهُوَ جَدُّ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى : أَتَسْتَطِيعُ أَنْ تُرِيَنِي كَيْفَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ ؟ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ : نَعَمْ ، ” فَدَعَا بِمَاءٍ ، فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَهُ فَغَسَلَ مَرَّتَيْنِ ، ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثًا ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ، ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ، ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ بِيَدَيْهِ فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ ، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ

Abdullah ibn Zaid radiallahu ‘anhu menunjukkan bagaimana wudhu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam….beliau mengusap kepalanya dengan kedua-dua tangannya, bermula dari bahagian hadapan kepala digerakkan ke belakang kepala, kemudian digerakkan kembali ke hadapan…

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 181]

 

Imam an-Nawawi menegaskan dalam Al-Majmu’:

اما حكم المسألة فاتفق الاصحاب على انه يستحب مسح جميع الرأس لهذا الحديث وغيره وللخروج من خلاف العلماء وهذه الكيفية التى ذكرها المصنف متفق على استحبابها للحديث

Adapun hukum hal ini, sepakat ulama mazhab Syafie bahawa disunatkan menyapu keseluruhan kepala berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis yang lain, dan untuk keluar daripada perbezaan pendapat ulama. Cara menyapu kepala yang disebutkan oleh penulis (iaitu Imam al-Syirazi) disepakati sunatnya berdasarkan kepada hadis.[24]

10- Menyapu kedua telinga

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” مَسَحَ بِرَأْسِهِ وَأُذُنَيْهِ ظَاهِرِهِمَا وَبَاطِنِهِمَا

‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyapu kepalanya dan kedua telinganya pada bahagian luar dan dalam. [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 34, hasan sahih]

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قال : ” تَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَغَرَفَ غَرْفَةً فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ وَجْهَهُ ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ يَدَهُ الْيُسْرَى ، ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ وَأُذُنَيْهِ بَاطِنِهِمَا بِالسَّبَّاحَتَيْنِ وَظَاهِرِهِمَا بِإِبْهَامَيْهِ ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى ، ثُمَّ غَرَفَ غَرْفَةً فَغَسَلَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى

‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu, lalu mencedok air sebanyak tapak tangan lalu berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Kemudian baginda mencedok air sebanyak tapak tangan dan membasuh wajahnya. Kemudian baginda mencedok air sebanyak tapak tangan dan membasuh tangan kanannya. Kemudian baginda mencedok air sebanyak tapak tangan kemudian membasuh tangan kirinya. Kemudian baginda menyapu kepalanya dan kedua telinganya, bahagian dalam telinga dengan kedua jari telunjuk dan bahagian luar telinga dengan ibu jari. Kemudian baginda mencedok air sebanyak tapak tangan dan membasuh kaki kanannya. Kemudian baginda mencedok air sebesar tapak tangan lalu membasuh kaki kirinya.

[Sunan an-Nasaie al-Sughra, Kitab at-Thaharah, hadis no: 101]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ الأَنْصَارِيِّ ، قَالَ : ” رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَتَوَضَّأُ فَأَخَذَ مَاءً لأُذُنَيْهِ خِلافَ الْمَاءِ الَّذِي مَسَحَ بِهِ رَأْسَهُ ” .

 هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ إِذَا سَلِمَ مِنَ ابْنِ أَبِي عُبَيْدِ اللَّهِ هَذَا فَقَدِ احْتَجَّا جَمِيعًا بِجَمِيعِ رُوَاتِهِ , وَقَدْ حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ ، عَنْ أَبِي عَلِيٍّ وَشَاهِدُهُ

‘Abdullah bin Zaid al-Ansori radiallahu ‘anhu berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu lalu mengambil air untuk telinganya lain daripada air yang digunakan untuk menyapu kepalanya.

[Al-Mustadrak ‘Ala As-Sahihain, Kitab at-Taharah, hadis no: 492]

Sebahagian ulama menyatakan wajib menyapu telinga ketika wudhu.

Imam an-Nawawi menyebutkan:

في مذاهب العلماء في الاذنين: مذهبنا انهما ليستا من الوجه ولا من الرأس بل عضوان مستقلان يسن مسحهما على الانفراد ولا يجب وبه قال جماعة من السلف حكوه عن ابن عمر والحسن وعطاء وأبى ثور

Mazhab-mazhab ulama dalam bab menyapu kedua telinga: Mazhab kami (iaitu mazhab Syafie) menyatakan bahawa ia bukan sebahagian wajah dan bukan juga sebahagian kepala. Bahkan ia adalah anggota berasingan yang disunatkan untuk menyapunya secara berasingan, dan tidak wajib menyapunya. Inilah pendapat sekelompok ulama salaf, diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma, Al-Hasan, Atho’ dan Abu Tsaur.

وقال الزهري هما من الوجه فيغسلان معه وقال الاكثرون هما من الرأس

Az-Zuhri berkata: Kedua telinga adalah sebahagian daripada wajah, maka ia dibasuh bersama-samanya. Manakala kebanyakan ulama menyatakan ia sebahagian daripada kepala.

قال ابن المنذر رويناه عن ابن عباس وابن عمر وابي موسي وبه قال عطاء وابن المسيب  والحسن وعمر بن عبد العزيز والنخعي وابن سيرين وسعيد بن جبير وقتادة ومالك والثوري وابو حنيفة واصحابه واحمد قال الترمذي وهو قول أكثر العلماء من الصحابة فمن بعدهم وبه قال الثوري وابن المبارك وأحمد واسحق واختلف هؤلاء هل يأخذ لهما ماء جديدا أم يمسحهما بماء الرأس

Ibn al-Munzir meriwayatkan pendapat ini (iaitu telinga sebahagian daripada kepala) daripada Ibn ‘Abbas, Ibn ‘Umar, Abu Musa. Itu juga pendapat ‘Atho’, Ibn al-Musayyib, Al-Hasan, ‘Umar bin ‘Abdul Aziz, an-Nakhaie, Ibn Sirin, Sa’id bin Jubair, Qatadah, Malik, at-Tsauri, Abu Hanifah dan anak muridnya, dan Ahmad. Imam at-Tirmizi berkata ini merupakan pendapat kebanyakan ulama sahabat dan selepas mereka, ini juga pendapat at-Tsauri, Ibn al-Mubarah, Ahmad, dan Ishaq. Mereka berbeza pendapat adakah diambil air yang baru atau disapu menggunakan air menyapu kepala.[25]

Kaifiat menyapu telinga:

قال اصحابنا ويمسح الاذنين معا ولا يقدم اليمنى فان كان اقطع اليد قدمها وحكي الروياني وجها انه يستحب تقديم اليمني وهو شاذ وغلط. واعلم ان مسح الاذنين بعد مسح الرأس فلو قدمه عليه فظاهر كلام الاصحاب أنه لا يحصل له مسح الاذنين لانه فعله قبل وقته وذكر الروياني في حصوله وجهين والصحيح المنع ويشترط لمسح الاذنين ماء غير الماء الذى مسح به الرأس بلا خلاف بين أصحابنا وبه قال جمهور العلماء

Ulama-ulama kami berkata bahawa kedua telinga disapu serentak dan tidak didahulukan yang kanan. Jika tangan seseorang kudung, hendaklah dia mendahulukan yang kanan. Imam al-Ruyani meriwayatkan satu pendapat menyatakan disunatkan mendahulukan telinga kanan, akan tetapi ia pendapat yang syaz dan silap. Ketahuilah bahawa menyapu telinga dilakukan selepas menyapu kepala. Jika didahulukan menyapu telinga, maka di sisi ulama mazhab maka sunnah menyapu telinga itu tidak terhasil kerana ia dilakukan sebelum waktunya. Imam al-Ruyani menyebutkan dua pendapat dalam hal ini. Yang sahih tidak boleh mendahulukannya. Disyaratkan untuk menyapu kedua telinga dengan air yang baru selain daripada air menyapu kepala tanpa khilaf di kalangan ulama kami, dan ini pendapat jumhur ulama.[26]

11- Membasuh anggota wudhu kesemuanya tiga kali

Di sisi mazhab Syafie, kesemua anggota wudhu sunat dibasuh sebanyak tiga kali.

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَا بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ مَرَّةً مَرَّةً فَقَالَ : ” هَذَا وَظِيفَةُ الْوُضُوءِ ” أَوْ قَالَ : ” وُضُوءٌ مَنْ لَمْ يَتَوَضَّأْهُ ، لَمْ يَقْبَلُ اللَّهُ لَهُ صَلَاةً ، ثُمَّ تَوَضَّأَ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ ” ، ثُمَّ قَالَ : ” هَذَا وُضُوءٌ مَنْ تَوَضَّأَهُ ، أَعْطَاهُ اللَّهُ كِفْلَيْنِ مِنَ الْأَجْرِ ، ثُمَّ تَوَضَّأَ ثَلَاثًا ثَلَاثًا ” ، فَقَالَ : ” هَذَا وُضُوئِي ، وَوُضُوءُ الْمُرْسَلِينَ مِنْ قَبْلِي

Ubay bin Ka’ab radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam meminta air, lalu baginda berwudhu sebanyak sekali. Kemudian baginda berkata: Inilah minimum wudhu, atau baginda berkata: Inilah wudhu yang jika seseorang tidak berwudhu dengannya, Allah tidak akan menerima solatnya. Kemudian baginda berwudhu dengan dua kali. Kemudian baginda berkata: Ini adalah wudhu yang jika sesiapa melakukannya, Allah akan memberikan kepadanya dua bahagian pahala. Kemudian baginda berwudhu dengan tiga kali, lalu baginda berkata: Ini adalah wudhu ku, dan wudhu rasul-rasul sebelum aku.

[Sunan Ibn Majah, Kitab at-Taharah wa Sunaniha, hadis no: 414]

Akan tetapi hadis ini lemah. Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Al-Majmu’:

حديث ابي هذا ضعيف رواه ابن ماجه في سننه هكذا من رواية ابي باسناد ضعيف.  ورواه ابن ماجه أيضا والبيهقي وغيرهما من رواية ابن عمر وإسناده أيضا ضعيف. قال الامام الحافظ أبو بكر الحازمى قد روى هذا الحديث من اوجه عن غير واحد من الصحابة وكلها ضعيفة.

Hadis Ubay adalah lemah, Imam Ibn Majah meriwayatkan dalam Sunannya dengan sanad yang dhaif. Ibn Majah, al-Baihaqi dan selain mereka berdua meriwayatkan juga riwayat daripada Ibn ‘Umar dan sanadnya juga lemah. Al-Imam Al-Hafiz Abu Bakar Al-Hazimi (584H) menyatakan bahawa hadis ini diriwayatkan dalam pelbagai bentuk daripada sahabat dan kesemuanya lemah.[27]

Imam an-Nawawi menyatakan terdapat banyak hadis-hadis lain membuktikannya sunat membasuh 3 kali.

Hadith Uthman:

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ ” أَنَّهُ دَعَا بِمَاءٍ ، فَتَوَضَّأَ عِنْدَ الْمَقَاعِدِ ، فَتَوَضَّأَ ثَلاثًا ثَلاثًا ، ثُمَّ قَالَ لأَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هَلْ رَأَيْتُمْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ هَذَا ؟ قَالُوا : نَعَمْ

Uthman bin ‘Affan radiallahu ‘anhu meminta air, lalu dia berwudhu di tempat duduknya. Beliau berwudhu tiga kali tiga kali. Kemudian beliau bertanya kepada sahabat-sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Adakah kalian pernah melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan begini? Mereka menjawab: Ya. [Al-Baihaqi dalam Al-Sunan Al-Kubra, hadis no: 338]

عَنْ عَلِيٍّ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” تَوَضَّأَ ثَلَاثًا ثَلَاثًا ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : وَفِي الْبَاب عَنْ عُثْمَانَ ، وَعَائِشَةَ ، وَالرُّبَيِّعِ ، وَابْنِ عُمَرَ ، وَأَبِي أُمَامَةَ ، وَأَبِي رَافِعٍ ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْروٍ ، وَمُعَاوِيَةَ ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ ، وَجَابِرٍ ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ ، وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ . قَالَ أَبُو عِيسَى : حَدِيثُ عَلِيٍّ أَحْسَنُ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَصَحُّ ، لِأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ عَلِيٍّ رِضْوَانُ اللَّهِ عَلَيْهِ ، وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ عَامَّةِ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّ الْوُضُوءَ يُجْزِئُ مَرَّةً مَرَّةً ، وَمَرَّتَيْنِ أَفْضَلُ ، وَأَفْضَلُهُ ثَلَاثٌ ، وَلَيْسَ بَعْدَهُ شَيْءٌ ، وقَالَ ابْنُ الْمُبَارَكِ : لَا آمَنُ إِذَا زَادَ فِي الْوُضُوءِ عَلَى الثَّلَاثِ أَنْ يَأْثَمَ , وقَالَ أَحْمَدُ , وَإِسْحَاق : لَا يَزِيدُ عَلَى الثَّلَاثِ إِلَّا رَجُلٌ مُبْتَلًى .

‘Ali radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu tiga kali-tiga kali. [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 42. Imam at-Tirmizi berkata: Hadis Ali merupakan yang paling kuat dalam bab ini]

Imam an-Nawawi berkata:

أما حكم المسألة فالطهارة ثلاثا ثلاثا مستحبه في جميع اعضاء الوضوء باجماع العلماء الا الرأس ففيه خلاف للسلف. سنفرده بفرع ان شاء الله تعالي . ومذهبنا المشهور ان مسح الرأس يكون ثلاثا كغيره. وحكي بعض أصحابنا عن بعض العلماء أنه لا يستحب الثلاث وعن بعضهم أنه أوجب الثلاث وكلاهما غلط ولا يصح هذا عن أحد فان صح فهو مردود بالاحاديث الصحيحة والله أعلم

Hukum berkaitan berwudhu tiga kali tiga kali adalah sunat pada seluruh anggota wudhu dengan kesepakatan ulama kecuali pada kepala. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama salaf. Kami akan menyebut hal ini secara berasingan Insya-Allah. Pendapat yang masyhur dalam mazhab kami ialah menyapu kepala turut sebanyak tiga kali sebagaimana anggota lain. Sebahagian ulama kami meriwayatkan daripada sebahagian ulama bahawa tidak sunat sebanyak tiga kali, dan sebahagian yang lain wajib tiga kali. Kedua-dua pendapat ini adalah silap dan tidak sahih daripada sesiapa pun. Jika ia sahih pun, maka ia tertolak dengan hadis-hadis sahih yang lain.[28]

Imam an-Nawawi berkata lagi tentang khilaf ulama bab ini[29]:

في تكرار مسح الرأس مذهبنا المشهور الذى نص عليه الشافعي رضي الله عنه في كتبه وقطع به جماهير الاصحاب أنه يستحب مسح الرأس ثلاثا كما يستحب تطهير باقي الاعضاء ثلاثا وحكي أبو عيسى الترمذي في كتابه عن الشافعي وأكثر العلماء رحمهم الله أن مسح الرأس مرة  ولا أعلم أحدا من اصحابنا حكي هذا عن الشافعي رضى الله عنه

Berkaitan mengulangi menyapu kepala. Yang masyhur di sisi mazhab kami, yang dinyatakan oleh Imam al-Syafie dalam kitab-kitabnya, dan ini juga pendapat majoriti ulama mazhab Syafie bahawa disunatkan menyapu kepala sebanyak tiga kali sebagaimana disunatkan menyucikan anggota lain sebanyak tiga kali. Imam Abu ‘Isa at-Tirmizi meriwayatkan dalam kitabnya bahawa Imam al-Syafie dan majoriti ulama menyapu kepala sebanyak sekali sahaja. Aku tidak tahu seorang pun daripada ulama kami yang meriwayatkan hal ini daripada Imam al-Syafie.

 لكن حكي أبو عبد الله الحناطي بالحاء المهملة ثم صاحب البيان والرافعي وغيرهما وجها لبعض أصحابنا أن السنة في مسح الرأس مرة وحكاه الحناطى والرافعي في مسح الاذنين أيضا

Akan tetapi Abu Abdillah al-Hanati, pengarang Al-Bayan, Al-Rafie dan selain mereka meriwayatkan satu pendapat sebahagian ulama kami bahawa yang sunnah ialah menyapu kepala sekali. Al-Hanati dan Al-Rafie meriwayatkan hal itu juga dalam bab menyapu kedua telinga…

 

ومذهب الشافعي وأصحابه رضى الله عنهم استحباب الثلاث وهو مذهب داود ورواية عن أحمد وحكاه ابن المنذر عن أنس بن مالك وسعيد بن جبير وعطاء وزاذان وميسرة رضى الله عنهم

Mazhab Syafie dan ulama-ulamanya menyatakan sunat menyapu sebanyak tiga kali. Ini juga mazhab Daud, salah satu riwayat Ahmad, dan Imam Ibn al-Munzir meriwayatkan juga daripada Anas bin Malik, Sa’id bin Jubair, ‘Atho’, Zadan, dan Maisarah radiallahu ‘anhum.

وحكي ابن المنذر وأصحابنا عن ابن سيرين أنه قال يمسح رأسه مرتين

Ibn al-Munzir dan ulama-ulama kami meriwayatkan daripada Ibn Sirin bahawa menyapu kepala dilakukan sebanyak dua kali.

 وقال أكثر العلماء انما يسن مسحه واحدة هكذا حكاه عن أكثر العلماء الترمذي وآخرون قال ابن المنذر وممن قال به عبد الله بن عمر وطلحة بن مصرف والحكم وحماد والنخعي ومجاهد وسالم بن عبد الله والحسن البصري وأصحاب الرأي وأحمد وأبو ثور رضى الله عنهم وحكاه غير ابن المنذر عن غيرهم أيضا وهو مذهب مالك وأبي حنيفة وأصحابهما وسفيان الثوري واسحاق بن راهوية واختاره ابن المنذره

Majoriti ulama berkata disunatkan menyapu kepala sebanyak sekali. Inilah yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi dan selainnya daripada ramai ulama. Ibn Al-Munzir menyatakan bahawa antara yang berpendapat begitu ialah: Abdullah bin Umar, Talhah bin Masraf, Al-Hakim, Hammad, An-Nakhaie, Mujahid, Salim bin Abdullah, Al-Hasan Al-Basri, Ashabul Ra’yi, Ahmad, Abu Tsaur. Ulama selain Ibn al-Munzir turuk meriwayatkan hal ini daripada selain mereka. Ini juga mazhab Malik, Abu Hanifah dan anak-anak muridnya, Sufyan at-Tsauri, Ishaq bin Rahawiah, dan Imam Ibn al-Munzir memilih pendapat ini.

Hujah[30]:

2 kali:

عَنْ الرُّبَيِّعِ بِنْتِ مُعَوِّذِ ابْنِ عَفْرَاءَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” مَسَحَ بِرَأْسِهِ مَرَّتَيْنِ ، بَدَأَ بِمُؤَخَّرِ رَأْسِهِ ثُمَّ بِمُقَدَّمِهِ وَبِأُذُنَيْهِ كِلْتَيْهِمَا ظُهُورِهِمَا وَبُطُونِهِمَا ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَسَنٌ ، وَحَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ أَصَحُّ مِنْ هَذَا وَأَجْوَدُ إِسْنَادًا ، وَقَدْ ذَهَبَ بَعْضُ أَهْلِ الْكُوفَةِ إِلَى هَذَا الْحَدِيثِ ، مِنْهُمْ وَكِيعُ بْنُ الْجَرَّاحِ .

Al-Rabi’ bte Muawwiz meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyapu kepalanya dua kali. Bermula daripada bahagian belakang kepalanya, kemudian ke hadapan, dan bahagian depan dan belakang kedua telingan. [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 31, hadis hasan]

1 kali:

Ini kerana kebanyakan hadis berkaitan wudhu daripada sahabat-sahabat berbeza yang menunjukkan anggota lain dibasuh tiga kali, tetapi pada bahagian kepala sekali sahaja.

3 kali.

Ini berdasarkan keumuman hadis Uthman di atas, qias kepada anggota lain, dan kerana ada riwayat-riwayat menunjukkan tiga kali.

عَنْ شَقِيقِ بْنِ سَلَمَةَ، قَالَ رَأَيْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ غَسَلَ ذِرَاعَيْهِ ثَلاَثًا ثَلاَثًا وَمَسَحَ رَأْسَهُ ثَلاَثًا ثُمَّ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَعَلَ هَذَا ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ رَوَاهُ وَكِيعٌ عَنْ إِسْرَائِيلَ قَالَ تَوَضَّأَ ثَلاَثًا فَقَطْ ‏

Syaqib bin Salamah berkata: Aku melihat Uthman bin ‘Affan membasuh lengannya tiga kali, dan menyapu kepalanya tiga kali. Kemudian beliau berkata: Aku telah melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan begini. [Sunan Abi Daud, Kitab at-Taharah, hadis no: 110. Imam an-Nawawi menyatakan ia hadis hasan. Ini juga pendapat al-‘Aini, dan Al-Albani . Ramai ulama lain seperti Al-Baihaqi, Al-Zailaie, Al-Azhim Abadi, menyatakan ia lemah]

عَنْ عَلِيٍّ : ” أَنَّهُ تَوَضَّأَ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاثًا ، وَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلاثًا ، وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ ثَلاثًا ، وَغَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلاثًا ، وَقَالَ : هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ

Ali radiallahu ‘anhu berwudhu dan membasuh mukanya tiga kali, kedua tangannya tiga kali, menyapu kepalanya tiga kali, dan membasuh kedua kakinya tiga kali. Beliau berkata: Beginilah aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu. [Al-Baihaqi dalam Al-Sunan Al-Kubra, hadis no: 271, Imam an-Nawawi menyatakan isnadnya hasan]

12- Memulakan dengan anggota kanan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا تَوَضَّأْتُمْ فَابْدَءُوا بِمَيَامِنِكُمْ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila kalian berwudhu, mulakan dengan anggota kanan kalian. [Sunan Ibn Majah, Kitab at-Taharah, hadis no: 396]

13- Al-Muwalat (Berturut-turut)

Ini kerana dalil-dalil berkaitan wudhu semua menunjukkan ia dilakukan secara berturut-turut, tanpa diselangi dengan perbuatan yang lain.

Imam an-Nawawi berkata:

قد ذكرنا أن التفريق اليسير لا يضر بالاجماع. وأما الكثير فالصحيح في مذهبنا أنه لا يضر. وبه قال عمر بن الخطاب وابنه وسعيد بن المسيب وعطاء وطاوس والحسن البصري والنخعي وسفيان الثوري وأحمد في رواية وداود وابن المنذر.

Kami telah menyebutkan bahawa terpisahnya perbuatan wudhu seketika tidak lah merosakkan wudhu dengan kesepakatan para ulama. Jika terpisah dalam tempoh yang lama, yang benar di sisi mazhab kami ia tidak rosak. Ini adalah pendapat Umar al-Khattab, Ibn Umar, Sa’id bin al-Musayyib, ‘Atho’, Thowus, Al-Hasan Al-Basri, An-Nakhaie, Sufyan at-Tsauri, salah satu riwayat Ahmad, Daud dan Ibn al-Munzir.

 وقالت طائفة يضر التفريق وتجب الموالاة حكاه ابن المنذر عن قتادة وربيعة والاوزاعي والليث وأحمد قال واختلف فيه عن مالك رضى الله عنه وحكي الشيخ أبو حامد عن مالك والليث إن فرق بعذر جاز والا فلا

Sekelompok ulama berpendapat ia akan merosakkan wudhu dan mewajibkan berturut-turut. Ibn al-Munzir menriwayatkan hal ini daripada Qatadah, Rabi’ah, al-Auzaie, Al-Laith, Ahmad, dan diperselisihkan berkaitan pendapat Imam Malik. Al-Shaikh Abu Hamid meriwayatkan bahawa Malik dan Al-Laith membezakan jika tidak berturut kerana ada keuzuran, dibenarkan, jika tidak, tidak boleh.[31]

Apakah hujah kedua-dua belah pihak?[32]

Yang menyatakan wajib berhujah dengan beberapa hadis:

عَنْ خَالِدٍ ، عَنْ بَعْضِ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا يُصَلِّ وَفِي ظَهْرِ قَدَمِهِ لُمْعَةٌ قَدْرُ الدِّرْهَمِ لَمْ يُصِبْهَا الْمَاءُ ، فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُعِيدَ الْوُضُوءَ وَالصَّلَاةَ

Khalid bin Ma’dan meriwayatkan daripada sebahagian sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam melihat seorang lelaki mendirikan solat, dan pada belakang kakinya terdapat bahagian sebesar dirham yang tidak terkena air. Lalu nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh dia untuk mengulangi wudhu dan solat. [Sunan Abi Daud, Kitab at-Taharah, hadis no: 149]

أَخْبَرَنِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ، أَنَّ رَجُلاً، تَوَضَّأَ فَتَرَكَ مَوْضِعَ ظُفُرٍ عَلَى قَدَمِهِ فَأَبْصَرَهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏ “‏ ارْجِعْ فَأَحْسِنْ وُضُوءَكَ ‏”‏ ‏.‏ فَرَجَعَ ثُمَّ صَلَّى ‏.‏

‘Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu menceritakan bahawa seorang lelaki mengambil wudhu, dan dia meninggalkan kawasan sebesar kuku. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melihatnya lalu berkata: Pergi balik, perelokkan wudhu kamu. Kemudian lelaki itu kembali dan mendirikan solat. [Sahih Muslim, Kitab at-Taharah, hadis no: 474]

Yang menyatakan tidak wajib berhujah:

– Dalam al-Quran Allah tidak menyebutkan perlu berturut-turut.

– Perbuatan Ibn ‘Umar:

عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ” بَالَ فِي السُّوقِ ، ثُمَّ تَوَضَّأَ فَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمَسَحَ رَأْسَهُ ، ثُمَّ دُعِيَ لِجَنَازَةٍ لِيُصَلِّيَ عَلَيْهَا حِينَ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ ، ثُمَّ صَلَّى عَلَيْهَا

Nafi’ meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Umar membuang air kecil di pasar, kemudian mengambil wudhu. Beliau membasuh wajah dan kedua tangannya, kemudian menyapu kepalanya. Kemudian dia diajak menghadiri solat jenazah. Ketika masuk ke dalam masjid, Ibn ‘Umar menyapu di atas khufnya, kemudian solat ke atas jenazah itu. [Al-Muwattha’, Kitab at-Taharah, hadis no: 72]

14- Berjimat dalam menggunakan air

عَنْ أَنَسِ، قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ وَيَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ

Anas radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu dengan satu Mud air, dan mandi wajib dengan satu So’ hingga lima Mud air [Sahih Muslim, Kitab al-Haidh, hadis no: 635]

Dalam Al-Fiqh Al-Manhaji disebutkan:

والمد: إناء يساوي مكعباً طول حرفه 10 سم تقريباً

1 Mud: Bekas air yang lebarnya lebih kurang 10 sentimeter[33]

جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُهُ عَنِ الْوُضُوءِ ” فَأَرَاهُ الْوُضُوءَ ثَلَاثًا ثَلَاثًا ، ثُمَّ قَالَ : هَكَذَا الْوُضُوءُ ، فَمَنْ زَادَ عَلَى هَذَا فَقَدْ أَسَاءَ وَتَعَدَّى وَظَلَمَ “

Seorang lelaki Badwi datang kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya tentang wudhu. Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan cara wudhu dengan membasuh sebanyak tiga kali, kemudian baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Inilah wudhu. Sesiapa yang menambahinya maka dia telah melakukan perkara buruk, melampaui batas dan melakukan kezaliman. [Sunan an-Nasaie al-Sughra, Kitab at-Taharah, hadis no: 140]

15- Membaca doa

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ ، ثُمَّ يَقُولُ

‘Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiadalah seorang muslim yang berwudhu, lalu dia mengelokkan wudhunya, kemudian dia membaca:

 

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ،

“Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.

إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ ” .

Melainkan akan dibuka untuknya lapan pintu syurga, dan dia boleh masuk melalui mana-mana pintu yang dia mahu [Sunan Ibn Majah, Kitab at-Taharah, hadis no: 463]

 

Dalam riwayat at-Tirmizi terdapat tambahan bacaan:

 

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ

وَهَذَا فِي إِسْنَادِهِ اضْطِرَابٌ يَصِحُّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فِي هَذَا الْبَابِ كَبِيرُ شَيْءٍ . قَالَ مُحَمَّدٌ : وَأَبُو إِدْرِيسَ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عُمَرَ شَيْئًا .

 

Ya Allah jadikan aku daripada orang yang bertaubat dan bersuci [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 50, kata Imam at-Tirmizi pada hadis ini ada idthirab]

 

Dalam sebuah riwayat mawquf, Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Sesiapa yang berwudhu lalu membaca:

 

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ ،

Maha suci Engkau, Ya Allah, dan pujian untuk Mu. Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah selain engkau, aku memohon keampunan dan bertaubat kepada Mu

 

كُتِبَ فِي رَقٍّ ثُمَّ طُبِعَ بِطَابَعٍ فَلَمْ يُكْسَرْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Akan ditulis (namanya) pada lembaran, akan dicetak dan tidak akan hilang hingga hari kiamat [Sunan an-Nasaie al-Kubra, Kitab az-Zinah, hadis no: 9515]

 

Bagaimana dengan doa-doa ketika membasuh anggota wudhu?

Doa-doa ini dinukilkan oleh ulama mazhab Syafie seperti Imam al-Rafie dalam Al-Syarh Al-Kabir, dan Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin.

Imam an-Nawawi berkata:

وأما الدعاء المذكور فلا أصل له وذكره كثيرون من الاصحاب ولم يذكره المتقدمون

Doa yang disebutkan tidak ada asalnya. Ramai ulama kami yang menyebutkannya tetapi ia tidak disebut oleh ulama-ulama terdahulu.[34]

Kata beliau dalam al-Adzkar:

وأما الدعاء على أعضاء الوضوء ، فلم يجئ فيه شئ عن النبي صلى الله عليه وسلم

Doa ketika membasuh anggota wudhu, tidak datang satu pun daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.[35]

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam takhrij kepada kitab Al-Syarh Al-Kabir oleh Imam al-Rafie menyatakan:

قال النووي في الروضة هذا الـدعـاء لا أصل له ولم يذكره الشـافعي والجمهور . وقال ابن الصلاح : لم يصح فيه حديث .قلت – أي الحافظ ابن حجر – : روي فيه عن علي من طرقٍ ضعيفةٍ جداً

Imam an-Nawawi menyatakan di dalam al-Raudhah bahawa doa ini tiada asalnya. Imam al-Syafie dan majoriti ulama tidak menyebutkannya. Ibn as-Solah berkata: Tidak sahih hadis dalam hal ini. Aku berkata: Diriwayatkan daripada daripada jalan yang sangat lemah.[36]



[1] Al-Majmu’, jilid 1, m/s 344

[2] Al-Majmu’, jilid 1, m/s 345

[3] Al-Majmu’, jilid 1, m/s 344

[4] Al-Majmu’, jilid 1, m/s 346

[5] Lihat Al-Majmu’, jilid 1, m/s 346-347

[6] Al-Majmu’, jilid 1, m/s 347

[7] Al-Majmu’, jilid 1, m/s 348

[8] Lihat Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 349.

[9] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 349.

[10] Lihat Al-Majmu’, Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 273

[11] Fatawa ar-Ramli, jilid 1, m/s 125

[12] Hasyiah al-Qayubi, jilid 1, m/s 59

[13] Lihat Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 362-363

[14] Lihat Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 363-367

[15] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 358

[16] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 358-360

[17] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 374-375

[18] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 375

[19] Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 375-376

[20] Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 385

[21] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 424-425

[22] Lihat Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, Al-Kuwaitiyyah, jilid 11, m/s 49-50

[23] Lihat Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, jilid 43, m/s 357-358

[24] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 402

[25] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 413-414

[26] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 413

[27] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 430.

[28] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 431

[29] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 432

[30] Lihat Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 432-436

[31] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 454-455

[32] Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, jilid 1, m/s 455

[33] Al-Fiqh Al-Manhaji, jilid 1, m/s 60

[34] Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 1, m/s 465

[35] Al-Adzkar, m/s 29

[36] Al-Talkhis Al-Habir, jilid 1, m/s 297

Cover Solat

Wajibkah Mandi Hari Jumaat?

mandi

Hukum Mandi Pada Hari Jumaat

Dalil

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : “ الْغُسْلُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ ”

Abu Said al-Khudri Radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Mandi pada hari Jumaat wajib untuk setiap orang yang sudah baligh.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Wajibnya Mandi Pada Hari Jumaat Untuk Setiap Orang Yang Sudah Baligh, hadis no: 1403] Read more