Category Archives: Puasa

Puasa Enam Lambang Kesyukuran

thank


Puasa 6 Syawal dan persoalan mengenainya.

 

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامَ، فَإِنَّهُ لِي، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ‏.‏ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ، وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَصْخَبْ، فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ، أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ‏.‏ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ، وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ ‏”‏‏.‏

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, Ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Puasa itu adalah perisai. Apabila seseorang berpuasa, janganlah dia melakukan perbuatan yang keji dan bergaduh. Seandainya seseorang mencercanya, atau mengajaknya bergaduh, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa. Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Apabila dia berbuka, dia akan gembira, dan apabila dia bertemu Tuhannya, dia akan bergembira dengan puasanya.” [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sallallahu ’alaihi wasallamm, no: 1904].

Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, no: 2840]

 

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

 

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَام رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1164].

Dalam Sahih Ibn Hibban pula sedikit berbeza lafaznya:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، وَأَتْبَعَهُ بِسِتٍّ من شوال، فذلك صوم الدهر

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. [Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Sallallahu ’alaihi wasallamm, no: 3634]

Dalam riwayat Ahmad:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، وَسِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، فَكَأَنَّمَا صَامَ السَّنَةَ كُلَّهَا

Sesiapa berpuasa Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. [Musnad Ahmad, Musnad Abu Ayyub al-Ansari, no: 23556]

عَنْ ثَوْبَانَ؛ أَنَّ رَسُولَ اللَّه – صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – قَالَ: صِيَامُ رَمَضَانَ بِعَشَرَةِ أَشْهُرٍ، وَصِيَامُ السِّتَّةِ أَيَّامٍ بِشَهْرَيْنِ، فَذَلِكَ صِيَامُ السَّنَةِ”، يَعْنِي رَمَضَانَ وَسِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَهُ.

Daripada Tsauban radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Puasa Ramadhan sama dengan sepuluh bulan, dan puasa enam hari sama dengan dua bulan. Maka itulah puasa setahun. (Iaitu puasa Ramadhan dan enam hari selepasnya). [Sahih Ibn Khuzaimah, Kitab al-Sallallahu ’alaihi wasallamm, no: 2115]

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.

Al-Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya Lathoif al-Ma’arif ada menyenaraikan beberapa faedah daripada pelaksanaan puasa enam di bulan Syawal.

1) Mendapat pahala puasa setahun

أن صيام ستة أيام من شوال بعد رمضان يستكمل بها أجر صيام الدهر كله كما سبق

Berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal selepas Ramadhan akan melengkapkan pahala puasa menjadi seperti pahala puasa selama setahun penuh sebagaimana telah disebut pada hadis di atas

 

2) Menyempurnakan kekurangan pada puasa Ramadhan

أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل و نقص فإن الفرائض تجبر أو تكمل بالنوافل يوم القيامة كما ورد ذلك عن النبي صلى الله عليه و سلم من وجوه متعددة وأكثر الناس في صيامه للفرض نقص وخلل فيحتاج إلى ما يجبره ويكمله من الأعمال

Puasa dalam bulan Syawal dan Sya’ban umpama solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu. Ia akan menyempurnakan kekurangan yang ada pada amalan fardhu tersebut. Sesungguhnya amalan-amalan fardhu akan diperbaiki atau disempurnakan oleh amalan-amalan sunat pada hari kiamat kelak sebagaimana yang ada dalam pelbagai hadis-hadis nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kebanyakan manusia mempunyai kekurangan dan kecacatan pada amalan fardhu mereka yang mana ia memerlukan kepada pembaikan dan penyempurnaan melalui amalan-amalan (sunat)

 

3) Petanda puasa Ramadhan diterima Allah

أن معاودة الصيام بعد صيام رمضان علامة على قبول صوم رمضان فإن الله إذا تقبل عمل عبد وفقه لعمل صالح بعده كما قال بعضهم : ثواب الحسنة الحسنة بعدها فمن عمل حسنة ثم اتبعها بعد بحسنة كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى كما أن من عمل حسنة ثم اتبعها بسيئة كان ذلك علامة رد الحسنة و عدم قبولها

 

Melaksanakan puasa sunat selepas bulan Ramadhan merupakan satu petanda bahawa puasa Ramadhan kita diterima Allah. Sesungguhnya apabila Allah s.w.t menerima amalan seseorang, Dia akan menjadikannya tetap melakukan kebaikan selepas itu. Sebahagian ulama berkata: Ganjaran kepada kebaikan adalah kebaikan selepasnya. Sesiapa yang melakukan kebaikan, lalu mengikuti selepasnya dengan kebaikan yang lain, ia merupakan petunjuk amalan kebaikan yang pertama diterima Allah. Begitu juga jika seseorang melakukan kebaikan, kemudian diikuti dengan melakukan kejahatan, ia merupakan petanda kebaikan yang pertama tadi tertolak dan tidak diterima Allah.

 

4) Tanda bersyukur kerana berjaya beribadat di bulan Ramadhan

 

أن صيام رمضان يوجب مغفرة ما تقدم من الذنوب كما سبق ذكره وأن الصائمين لرمضان يوفون أجورهم في يوم الفطر و هو يوم الجوائز فيكون معاودة الصيام بعد الفطر شكرا لهذه النعمة فلا نعمة أعظم من مغفرة الذنوب [ كان النبي صلى الله عليه و سلم يقوم حتى تتورم قدماه فيقال له : أتفعل هذا و قد غفر الله لك ماتقدم من ذنبك و ما تأخر ؟ فيقول : أفلا أكون عبدا شكورا ]

Puasa Ramadhan akan memastikan pelakunya mendapat keampunan untuk dosa-dosa yang telah dilakukan. Mereka yang berpuasa mendapat ganjaran mereka pada hari raya, dan hari tersebut merupakan satu kurniaan kepada mereka. Oleh itu melaksanakan puasa selepas hari raya merupakan satu bentuk kesyukuran untuk nikmat tersebut. Sungguh tiada nikmat yang lebih besar daripada nikmat diampuninya dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering bangun mendirikan solat di waktu malam sehingga bengkak-bengkak kakinya, lalu dikatakan kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam: Kenapa engkau lakukan semua ini sedangkan Allah telah mengampuni dosa mu yang lalu dan yang akan datang. Jawab baginda sallallahu ‘alaihi wasallam: Adakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur?

[Ringkasan daripada kata-kata Ibn Rajab al-Hanbali dalam Lathoif al-Ma’arif m/s 308]

 

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rahimahullah:

قَالَ أَصْحَابُنَا : يُسْتَحَبُّ صَوْمُ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَوَّالٍ ، لِهَذَا الْحَدِيثِ قَالُوا : وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَصُومَهَا مُتَتَابِعَةً فِي أَوَّلِ شَوَّالٍ فَإِنْ فَرَّقَهَا أَوْ أَخَّرَهَا عَنْ شَوَّالٍ جَازَ

Ulama-ulama Syafiiyyah berkata: Disunatkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berdasarkan hadis ini (hadis Abu Ayyub al-Ansari) mereka berkata: Disunatkan melaksanakan puasa tersebut berturut-turut pada awal Syawal. Seandainya seseorang melakukannya secara berasingan (tidak berturut-turut) atau melewatkannya ke akhir Syawal, maka ia tetap dibenarkan.

وَكَانَ فَاعِلًا لِأَصْلِ هَذِهِ السُّنَّةِ ; لِعُمُومِ الْحَدِيثِ وَإِطْلَاقِهِ . وَهَذَا لَا خِلَافَ فِيهِ عِنْدَنَا وَبِهِ قَالَ أَحْمَدُ وَدَاوُد . قَالَ مَالِكٌ وَأَبُو حَنِيفَةَ : يُكْرَهُ صَوْمُهَا .

Ini berdasarkan keumuman hadis ini. Tiada khilaf dalam hal ini di sisi kami (iaitu mazhab Syafie). Begitu juga di sisi Imam Ahmad dan Daud az-Zahiri. Akan tetapi Imam Malik dan Abu Hanifah menyatakan dimakruhkan melakukan puasa tersebut. [Al-Majmu’, 6/427].

Kenapakah Imam Malik tidak menggalakkan puasa 6 ini?

Disebutkan di dalam Al-Muwatta selepas Imam Malik meriwayatkan hadis berkaitan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup apabila masuknya bulan Ramadhan yang diriwayatkan Abu Hurairah (684) di mana Imam Malik berkata:

يحيى وسمعت مالكا يقول في صيام ستة أيام بعد الفطر من رمضان إنه لم ير أحدا من أهل العلم والفقه يصومها ولم يبلغني ذلك عن أحد من السلف وإن أهل العلم يكرهون ذلك ويخافون بدعته وأن يلحق برمضان ما ليس منه أهل الجهالة والجفاء لو رأوا في ذلك رخصة عند أهل العلم ورأوهم يعملون ذلك

Yahya al-Laitsi (iaitu salah seorang yang meriwayatkan kitab Al-Muwatta) menyatakan: Aku mendengar Imam Malik berkata berkaitan puasa enam hari selepas tamatnya berpuasa daripada bulan Ramadhan bahawa sesungguhnya dia tidak melihat seorang pun ulama yang melakukan puasa itu, dan tidak sampai kepada ku tentang hal itu daripada seorang ulama salaf pun. Sesungguhnya para ulama memakruhkan hal itu dan takut akan bid’ahnya di mana orang-orang bodoh akan menyambung ia dengan puasa Ramadhan seandainya mereka melihat rukhsah itu di sisi orang berilmu dan apabila mereka melihat para ulama melakukan hal itu. [Al-Muwatta’, 1/310, no: 684].

Imam Ibn Abdil Barr menghuraikan dalam Al-Istizkar berkaitan pendapat Imam Malik ini:

Al-Imam Ibn Abdil Barr berkaitan hal ini dalam kitabnya Al-Istizkar.

Dikatakan bahawa hadis itu tidak sampai kepada Imam Malik. Akan tetapi timbul kemusykilan kerana perawi hadis itu yang bernama Umar bin Tsabit yang yang meriwayatkan hadis ini daripada Abu Ayyub al-Ansariy radiallahu ‘anhu merupakan salah seorang perawi yang Imam Malik bin Anas mengambil hadis daripadanya.

Lalu apakah sebab Imam Malik tidak menyukainya?

1- Kerana beliau tidak melihat seorang pun ahli ilmu yang melakukan puasa tersebut.

2- Ditakuti timbulnya bid’ah di mana orang-orang bodoh akan menyangka ia satu puasa yang wajib yang berkesinambungan daripada bulan Ramadhan apabila melihat orang-orang alim melakukannya.

[Al-Istizkar, 3/379-380].

Akan tetapi Imam an-Nawawi membantah pendapat Imam Malik ini dengan hujah berikut:

1- Jika benar sekalipun tiada seorang yang mengamalkannya, apabila hadis itu sahih, maka ia tetap sunnah walau jika benar semua orang tidak beramal dengannya.

2- Jika ditakuti orang bodoh menyangka ia wajib, maka ini menyebabkan puasa-puasa sunat lain turut perlu ditolak atas alasan yang sama, dan ini tidak pernah disebutkan seorang ulama pun. Ini satu alasan yang lemah.

[Syarah Sahih Muslim, 8/238; Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, 6/427-428].

Akan tetapi ulama-ulama mutakhir mazhab Malik dan sebagainya boleh dikatakan majoritinya menyatakan bahawa puasa enam Syawal ini disyariatkan dan hukum makruh yang dinyatakan ulama terdahulu itu adalah bersebab dan bukannya secara mutlak.

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang untuk berpuasa pada hari tersebut.

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu  berkata:

نَهَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَالنَّحْرِ

Maksudnya: “Nabi sallallahu ’alaihi wasallam melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari, Kitab al-Sallallahu ’alaihi wasallamm,no: 1991].

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menukilkan dalam Fathul Bari:

وفي الحديث تحريم صوم يومي العيد سواء النذر والكفارة والتطوع والقضاء والتمتع وهو بالإجماع

Pada hadis ini terdapat pengharaman berpuasa pada dua hari raya tidak kira sama ada itu puasa nazar, kafarah, sunat, qadha, tamattu’. Ini adalah ijma’ ulama. [Fathul Bari, 4/281].

Sebahagian ulama menyatakan bahawa ganjaran puasa selama setahun ini akan tetap diperolehi seandainya seseorang berpuasa selain daripada bulan Syawal. Ini berdasarkan keumuman hadis Tsauban radiallahu ‘anhu di atas yang tidak menyebutkan dalam bulan Syawal, dan hadis sahih yang lain yang menyatakan bahawa sesiapa yang berpuasa setiap bulan 3 hari, maka ganjarannya sama seperti puasa setahun. Ibnu Muflih menyatakan dalam Al-Furu’:

وَيَتَوَجَّهُ احْتِمَالٌ : تَحْصُلُ الْفَضِيلَةُ بِصَوْمِهَا فِي غَيْرِ شَوَّالٍ ، وِفَاقًا لِبَعْضِ الْعُلَمَاءِ ، ذَكَرَهُ الْقُرْطُبِيُّ ، لِأَنَّ فَضِيلَتَهَا كَوْنُ الْحَسَنَةِ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، كَمَا فِي خَبَرِ ثَوْبَانَ ، وَيَكُونُ تَقْيِيدُهُ بِشَوَّالٍ لِسُهُولَةِ الصَّوْمِ لِاعْتِيَادِهِ رُخْصَةً ، وَالرُّخْصَةُ أَوْلَى .

Ada kemungkinan bahawa ganjaran berpuasa ini akan diperolehi walau puasa dilakukan selain bulan Syawal menurut sebahagian ulama. Ini disebutkan oleh Imam al-Qurtubi. Ini kerana fadhilatnya iaitu satu kebaikan digandakan menjadi sepuluh kebaikan sebagaimana dalam riwayat Tsauban. Adapun diikatnya dengan bulan Syawal kerana mudahnya untuk berpuasa dalam bulan itu, dan mengambil kemudahan itu lebih utama. [Al-Furu’, 5/86].

Akan tetapi para ulama membantah hal ini. Ini kerana hadis-hadis lain mengaitkannya dengan Ramadhan, dan ganjaran sepuluh kali ganda itu bermaksud pahalanya sama seperti puasa fardhu Ramadhan yang digandakan sepuluh kali ganda, dan bukan sekadar seperti pahala puasa sunat sahaja. Inilah yang dinukiIkan daripada Ibnu al-Mubarak. [Lathoif al-Ma’arif, 307] dan disebutkan jua oleh Al-Mardawi. [Al-Insaf, 3/343].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

  • Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

 

Imam an-Nawawi menerangkan bahawa ulama mazhab Syafie menggalakkan untuk bersegera melakukan puasa enam di awal Syawal dan dilakukan secara berturut-turut. Akan tetapi tetap boleh melakukannya dihujung Syawal dan secara terpisah-pisah dan tetap memperolehi fadhilatnya kerana ia tetap dikira sebagai mengikuti puasa Ramadhan dengan puasa enam. [Al-Majmu’, 6/427; Syarah Sahih Muslim, 8/238].

Al-Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi daripada mazhab Hanbali menyatakan:

فلا فرق بين كونها متتابعة أو مفرقة في أول الشهر أو في آخره لأن الحديث ورد بها مطلقا من غير تقييد

Tidak ada beza sama ada ia dilakukan secara berturutan atau berasingan di awal Syawal atau di akhirnya. Ini kerana hadis yang ada menyebutkan secara mutlak tanpa sebarang taqyid. [Al-Mughni, 3/112].

 

  • Bolehkah melaksanakan puasa sunat enam Syawal sebelum mengqadha puasa Ramadhan?

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, adakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ia berkait rapat dengan isu bolehkah melakukan puasa sunat selagi mana seseorang itu masih mempunyai hutang puasa yang belum diqadha.

Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ

Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” (Perawi bernama) Yahya berkata: Iaitu kerana kesibukan melayani nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sallallahu ’alaihi wasallamm, no: 1950].

Hadis ini menunjukkan bahawa mengqadhakan puasa Ramadhan bukanlah disyaratkan agar segera dilakukan selepas hari raya. Ini kerana ia termasuk kewajipan yang luas waktunya (الواجب الموسع). Ini adalah pendapat majoriti ulama. Imam an-Nawawi berkata:

ومذهب مالك وأبي حنيفة والشافعي وأحمد وجماهير السلف والخلف : أن قضاء رمضان في حق من أفطر بعذر كحيض وسفر يجب على التراخي ، ولا يشترط المبادرة به في أول الإمكان

Mazhab Malik, Abu Hanifah, Al-Syafie, Ahmad dan majoriti ulama salaf dan khalaf menyatakan: Qadha puasa Ramadhan bagi orang yang berbuka (dalam bulan Ramadhan) kerana keuzuran seperti haidh, dan musafir adalah kewajipan yang boleh ditangguhkan. Tidak disyaratkan untuk bersegera melakukannya seawal mungkin.

Imam Daud az-Zahiri pula berpendapat wajib bersegera mengqadha puasa selepas hari raya akan tetapi pendapat ini ditolak oleh hadis ‘Aisyah di atas.

Jumhur ulama tetap menggalakkan menyegerakan melakukan qadha, dan seandainya mahu melewatkannya, hendaklah disertai dengan keazaman untuk melakukan amalan tersebut, dan jika menangguhkan daripada mengqadha tanpa sebarang azam untuk melakukannya, maka ia dikira satu maksiat.

[Syarah Sahih Muslim, 8/213].

Di sisi mazhab Syafie makruh untuk seseorang melakukan puasa sunat dalam keadaan masih ada baki puasa Ramadhan yang belum diqadha.

Al-Khatib Al-Syarbini menyatakan:

مَنْ فَاتَهُ شَيْءٌ مِنْ رَمَضَانَ اُسْتُحِبَّ أَنْ يَقْضِيَهُ مُتَتَابِعًا، وَيُكْرَهُ لِمَنْ عَلَيْهِ قَضَاءُ رَمَضَانَ أَنْ يَتَطَوَّعَ بِصَوْمٍ

Sesiapa yang ada tertinggal puasa Ramadhan, digalakkan untuk mengqadhanya secara berturut-turut. Dimakruhkan untuk sesiapa yang masih mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhakan untuk untuk melakukan puasa sunat. [Mughni al-Muhtaj, 2/181].

Adapun hujah berdalilkan kes ‘Aisyah radiallahu ‘anha hanya mengqadhakan puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban tidaklah kuat untuk menyatakan bahawa beliau melakukan puasa sunat 6 Syawal dalam keadaan belum mengqadha puasa Ramadhan. Tambahan pula, perawi menyatakan beliau tidak mengqadha Ramadhan kerana kesibukan melayani suaminya iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu jika kesibukan itu menghalangnya daripada mengqadha puasa, bukankah itu juga ia akan menghalang beliau daripada menunaikan puasa sunat?

Bahkan dinukilkan bahawa ‘Aisyah radiallahu ‘anha adalah antara para sahabat yang berpendapat bahawa tidak boleh melakukan puasa sunat selagi belum selesai qadha Ramadhan. Diriwayatkan dalam Musannaf Ibn Abdil Razzaq bahawa ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

لا بل حتى تؤدي الحق

Tidak boleh (melakukan puasa sunat), hendaklah dia menunaikan kewajipannya.

[Fathul Bari, 4/223; Musannaf Ibn Abdil Razzaq, 4/257, no: 7717]. Oleh itu Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan:

استدل به على أن عائشة كانت لا تتطوع بشيء من الصيام لا في عشر ذي الحجة ولا في عاشوراء ولا غير ذلك ، وهو مبني على أنها كانت لا ترى جواز صيام التطوع لمن عليه دين من رمضان

Para ulama berdalilkan dengan hadis ini bahawa ‘Aisyah tidak melakukan apa-apa puasa sunat sama ada puasa 10 hari Dzulhijjah, tidak jua puasa ‘Asyura dan lain-lain. Ini berdasarkan pendapat beliau yang menyatakan tidak boleh melakukan puasa sunat bagi sesiapa yang mempunyai hutang puasa Ramadhan. [Fathul Bari, 4/225].

Hatta para ulama yang menyatakan boleh melakukan puasa sunat sebelum qadha tetap menyatakan untuk puasa 6 Syawal, tetap perlu qadha dahulu. Mereka berhujah bahawa hadis ini menggunakan lafaz ثُمَّ yang menunjukkan berturutan iaitu bermaksud perlu disempurnakan Ramadhan dahulu baru boleh melakukan puasa 6 Syawal.

Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan:

فمن كان عليه قضاء من شهر رمضان فليبدأ بقضائه في شوال فإنه أسرع لبراءة ذمته و هو أولى من التطوع بصيام ستة من شوال فإن العلماء اختلفوا فيمن عليه صيام مفروض هل يجوز أن يتطوع قبله أو لا

Sesiapa yang mempunyai hutang puasa Ramadhan, hendaklah dia memulakan dengan melakukan qadha puasa tersebut dalam bulan Syawal. Sesungguhnya ini akan mempercepatkan pembebasan dirinya daripada kewajipan yang ada, dan ia lebih utama daripada melakukan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Ilmuan Islam berbeza pendapat tentang mereka yang mempunyai hutang puasa wajib, adakah dibenarkan atau tidak untuk melakukan puasa sunat sebelum melaksanakan hutang-hutang puasa wajib tersebut.

و على قول من جوز التطوع قبل القضاء فلا يحصل مقصود صيام ستة أيام من شوال إلا لمن أكمل صيام رمضان ثم أتبعه بست من شوال

Untuk pendapat yang menyatakan dibolehkan untuk melakukan puasa sunat sebelum qadha puasa wajib. Pahala (puasa setahun) untuk puasa sunam enam hari di bulan Syawal tidak akan diperolehi melainkan untuk sesiapa yang menyempurnakan dahulu puasa Ramadhannya kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal.

و من بدأ بالقضاء في شوال ثم أراد أن يتبع ذلك بصيام ستة من شوال بعد تكمله قضاء رمضان كان حسنا لأنه يصير حينئذ قد صام رمضان و أتبعه بست من شوال

Sesiapa yang memulakan dengan mengqadha puasa Ramadhan dalam bulan Syawal, kemudian dia mahu meneruskan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal selepas menyempurnakan qadha’nya, maka itulah yang bagus.  Ini kerana dengan cara itu dia telah menyempurnakan puasa Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal. [Ringkasan daripada Lathoif al-Ma’arif m/s 311]

Al-Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyatakan dalam Fatawa al-Siyam:

من صام يوم عرفة ، أو يوم عاشوراء وعليه قضاء من رمضان فصيامه صحيح ، لكن لو نوى أن يصوم هذا اليوم عن قضاء رمضان حصل له الأجران: أجر يوم عرفة ، وأجر يوم عاشوراء مع أجر القضاء ، هذا بالنسبة لصوم التطوع المطلق الذي لا يرتبط برمضان ، أما صيام ستة أيام من شوال فإنها مرتبطة برمضان ولا تكون إلا بعد قضائه، فلو صامها قبل القضاء لم يحصل على أجرها ، لقول النبي صلى الله عليه وسلم : (من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال فكأنما صام الدهر) ومعلوم أن من عليه قضاء فإنه لا يعد صائماً رمضان حتى يكمل القضاء

Sesiapa yang berpuasa di hari Arafah, atau hari ‘Asyura dalam keadaan dia mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhakan, maka puasa (sunat untuk hari tersebut) sah. Akan tetapi jika dia meniatkan puasa pada hari itu untuk puasa qadha Ramadhan, maka dia akan memperolehi dua pahala iaitu: Pahala puasa Arafah atau Asyura bersama-sama dengan pahala qadha. Ini berkait dengan puasa sunat yang mutlak yang tidak berkait dengan Ramadhan. Adapun puasa enam hari di bulan Syawal, ia berkait dengan Ramadhan dan ia tidak dilakukan kecuali selepas mengqadhanya. Seandainya seseorang melakukan puasa enam sebelum qadha, maka dia tidak akan memperolehi pahalanya. Ini berdasarkan hadis nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ((Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun)). Diketahui bahawa sesiapa yang mempunyai puasa qadha, maka dia tidak dikira telah menyempurnakan puasa Ramadhan sehinggalah dia menyempurnakan qadha itu.

Dr. Umar Muqbil berpegang bahawa boleh melakukan puasa 6 dahulu, kerana lafaz ثُمَّ tidaklah secara automatik menunjukkan perlu menyempurnakan Ramadhan dahulu. Tambahan pula dalam riwayat Ibn Hibban menggunakan lafaz و dan riwayat Tsauban pula umum. Manakala riwayat Abu Ayyub al-Ansariy, dalam riwayat Ahmad pula ia datang dengan lafaz: ((Sesiapa berpuasa Ramadhan dan enam hari di bulan Syawal)).

Dr. Umar Muqbil juga berhujah dengan ayat al-Quran berkaitan takbir raya

وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” [Al-Baqarah: 185]. Beliau menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa sesiapa ada tertinggal puasa Ramadhan tidak boleh melakukan puasa enam melazimkan jua bahawa mereka tidak boleh melaungkan takbir hari raya kerana ayat di atas menyatakan ((hendaklah kamu mencukupkan bilangannya)) akan tetapi tiada seorang ulama pun yang melarang mereka yang ada tertinggal puasa Ramadhan daripada melakukan takbir raya. [ http://almuqbil.com/web/?action=fatwa_inner&show_id=1753 ]

  • Adakah boleh menggabungkan puasa qadha dan puasa enam?

Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Ini berkaitan menggabungkan beberapa niat dalam satu amalan. Imam Al-Sayuti dalam kitabnya Al-Asybah wa Al-Nazhoir ada membawakan banyak contoh yang berkaitan hal ini, antara yang contoh yang dibawakan ialah menggabungkan niat puasa qadha dan puasa sunat.

صام في يوم عرفة مثلا قضاء أو نذرا ، أو كفارة ; ونوى معه الصوم عن عرفة ، فأفتى البارزي بالصحة

Contohnya; seseorang yang mahu melakukan puasa qadha atau nazar atau kaffarah pada hari Arafah, dan dia berniat bersamanya puasa sunat Arafah. Maka Al-Barizi menyatakan ia sah. [Al-Asybah wa An-Nazhoir, 61]

Bagaimana jika seseorang mengqadha puasa dalam bulan Syawal, adakah dia akan memperolehi pahala puasa enam?

Al-Khatib Al-Syarbini menghuraikan:

وَلَوْ صَامَ فِي شَوَّالٍ قَضَاءً أَوْ نَذْرًا أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ، هَلْ تَحْصُلُ لَهُ السُّنَّةُ أَوْ لَا؟ لَمْ أَرَ مَنْ ذَكَرَهُ، وَالظَّاهِرُ الْحُصُولُ. لَكِنْ لَا يَحْصُلُ لَهُ هَذَا الثَّوَابُ الْمَذْكُورُ خُصُوصًا مَنْ فَاتَهُ رَمَضَانُ وَصَامَ عَنْهُ شَوَّالًا؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَصْدُقْ عَلَيْهِ الْمَعْنَى الْمُتَقَدِّمُ، وَلِذَلِكَ قَالَ بَعْضُهُمْ: يُسْتَحَبُّ لَهُ فِي هَذِهِ الْحَالَةِ أَنْ يَصُومَ سِتًّا مِنْ ذِي الْقَعْدَةِ لِأَنَّهُ يُسْتَحَبُّ قَضَاءُ الصَّوْمِ الرَّاتِبِ اهـ.

Seandainya seseorang menunaikan puasa qadha atau nazar atau selain itu dalam bulan Syawal, adakah dia akan memperolehi sunnah puasa 6 atau tidak? Aku tidak melihat sesiapa pun yang menyebutkan hal ini, akan tetapi zahirnya dia akan memperolehinya. Akan tetapi tidaklah orang yang mengqadhakan puasa Ramadhan dalam Syawal mendapat pahala yang disebut secara khusus itu (iaitu seperti pahala puasa setahun), ini kerana ia tidak menepati maksud yang disebutkan. Oleh itu sebahagian ulama menyatakan: Digalakkan untuk orang yang dalam keadaan begini berpuasa selama 6 hari di bulan Zulkaedah kerana digalakkan untuk mengqadha puasa sunat rawatib.

[Mughni al-Muhtaj, 2/184]

Walaupun demikian, mengasingkan antara puasa qadha dan puasa sunat itu lebih afdhal kerana ia akan mendatangkan lebih pahala dan keluar daripada perbezaan pendapat di kalangan ulama.

Al-Shaikh ‘Atiyyah Saqar menyatakan:

وإذا جعل القضاء وحده والستة وحدها كان أفضل ، بل إن علماء الشافعية قالوا :

Apabila seseorang menunaikan qadha dan puasa enam syawal secara berasingan, maka itu lebih afdhal. Bahkan ulama Syafiyyah berkata:

إن ثواب الستة يحصل بصومها قضاء حتى لو لم ينوها وإن كان الثواب أقل مما لو نواها، جاء فى حاشية الشرقاوى على التحرير للشيخ زكريا الأنصارى “ج 1 ص 427 ” ما نصه : ولو صام فيه -أى فى شوال – قضاء عن رمضان أو غيره أو نذرا أو نفلا آخر حصل له ثواب تطوعها ، إذ المدار على وجود الصوم فى ستة أيام من شوال وإن لم يعلم بها أو صامها عن أحد مما مر-أى النذر أو النفل الآخر، لكن لا يحصل له الثواب الكامل المترتب على المطلوب إلا بنية صومها عن خصوص الست من شوال ، ولا سيما من فاته رمضان أو صام عنه شوال ، لأنه لم يصدق عليه أنه صام رمضان وأتبعه ستا من شوال .

Sesungguhnya pahala puasa 6 Syawal diperolehi dengan puasa qadha hatta jika tidak berniat (untuk puasa sunat itu) akan tetapi pahala itu kurang berbanding jika meniatkannya. Disebutkan dalam Hasyiah al-Syarqawi ‘Ala at-Tahrir oleh Shaikh Zakaria al-Ansariy: Seandainya seseorang berpuasa qadha, nazar, atau puasa sunat yang lain di dalam Syawal, maka dia memperolehi pahala puasa sunat (syawal itu). Ini kerana tujuannya adalah agar wujudnya  puasa 6 hari di bulan Syawal walau seseorang itu tidak mengetahuinya atau dia melakukan puasa itu untuk sesuatu yang telah berlalu seperti nazar, atau puasa sunat yang lain. Akan tetapi tidaklah dia memperolehi pahala yang sempurna sebagaimana jika dia melakukan dengan niat yang khusus untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Terutamanya untuk orang yang ada tertinggal puasa Ramadhan dan mengqadhanya dalam bulan Syawal. Ini kerana dia tidaklah termasuk yang sudah menyempurnakan puasa Ramadhan dan mengiringinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal.

ويشبه هذا ما قيل فى تحية المسجد، وهى صلاة ركعتين لمن دخله ، قالوا : إنها تحصل بصلاة الفريضة أو بصلاة أى نفل وإن لم تُنو مع ذلك ، لأن المقصود وجود صلاة قبل الجلوس ، وقد وجدت بما ذكر، ويسقط بذلك طلب التحية ويحصل ثوابها الخاص وإن لم ينوها على المعتمد كما قال صاحب البهجة .وفضلها بالفرض والنفل حصل ، والمهم ألا ينفى نيتها، فيحصل المقصود إن نواها وإن لم ينوها .

Hal ini sama seperti apa yang dikatakan tentang solat Tahiyatul Masjid, iaitu solat dua rakaat bagi sesiapa yang masuk ke dalam masjid. Para ulama berkata: Sesungguhnya solat tahiyatul masjid terhasil apabila seseorang mendirikan solat fardhu ataupun solat sunat yang lain walau dia tidak meniatkan untuk solat tahiyatul masjid. Ini kerana tujuannya adalah supaya wujudnya solat sebelum seseorang duduk. Ia akan terhasil dengan apa yang telah disebutkan. Ketika itu tergugurlah tuntutan untuk mendirikan solat tahiyatul masjid dan dia memperolehi pahalanya yang khas walau dia tidak meniatkannya. Inilah pendapat yang muktamad sebagaimana disebutkan oleh penulis kitab Al-Bahjah. Fadhilatnya akan diperolehi sama ada dengan melakukan solat fardhu mahupun sunat. Yang penting ialah tidak menafikan niatnya, maka terhasillah tujuan itu tidak kira sama ada dia meniatkannya atau tidak.

وبناء على ما تقدم يجوز لمن يجد تعبا فى قضاء ما فاته من رمضان وحرص على جعل هذا القضاء فى شوال ، ويريد أن يحصل على ثواب الأيام الستة أيضا أن ينوى القضاء وصيام الستة، أو القضاء فقط دون نية الستة، وهنا تندرج السنة مع الفرض ، وهذا تيسير وتخفيف لا يجوز التقيد فيه بمذهب معين ولا الحكم ببطلان المذاهب الأخرى .

Berdasarkan apa yang telah disebutkan, maka dibenarkan bagi sesiapa yang merasa kesulitan untuk mengqadha puasa Ramadhan dan sangat bersungguh-sungguh mahu mengqadhanya dalam bulan Syawawl, dan dia juga mahukan pahala puasa enam hari di bulan Syawaal, maka boleh lah dia meniatkan puasa qadha dan puasa enam, atau dia meniatkan puasa qadha sahaja tanpa meniatkan puasa enam. Disini akan bergabunglah amalan sunat dan fardhu. Ini merupakan satu kemudahan dan keringanan. Dalam hal ini tidak mengikatnya dengan mazhab tertentu, dan tidak boleh menghakimi mazhab yang lain sebagai bathil.

[Fatawa Al-Azhar 9/261]

Shaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya:

بدأت في صيام الست من شوال ولكني لم أستطع إكمالها بسبب بعض الظروف والأعمال حيث بقي عليَّ منها يومان، فماذا أفعل يا سماحة الشيخ؟ هل أقضيها؟ وهل عليَّ إثم في ذلك؟

Saya telah mula melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, akan tetapi aku tidak mampu menyempurnakannya kerana sebab-sebab dan urusan tertentu hingga menyebabkan masih ada berbaki dua hari lagi. Apa yang perlu lakukan wahai sheikh? Adakah aku perlu mengqadhanya? Adakah aku berdosa untul hal tersebut?

Shaikh Bin Baz rahimahullah menjawab:

صيام الأيام الستة من شوال عبادة مستحبة غير واجبة، فلك أجر ما صمت منها ويرجى لك أجرها كاملة إذا كان المانع لك من إكمالها عذراً شرعياً؛ لقول النبي صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا)) رواه البخاري في صحيحه. وليس عليك قضاء لما تركت منها. والله الموفق.

Puasa enam hari di bulan Syawal merupakan ibadah sunat dan bukannya wajib. Saudari akan mendapat pahala untuk puasa-puasa yang telah saudari lakukan, dan semoga saudari juga memperolehi pahala yang penuh seandainya perkara yang menghalang saudari daripada menyempurnakan puasa itu merupakan satu keuzuran yang diiktiraf syara’. Ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam :  Seandainya seseorang itu sakit, atau bermusafir, nescaya Allah akan menulis untuknya (ganjaran) seperti amalan yang dia akan lakukan ketika bermukim dan sihat [Sahih al-Bukhari : 2996]. Oleh kerana itu, saudari tidak perlu mengqadha puasa sunat yang telah saudari tinggalkan. [ http://www.binbaz.org.sa/mat/613  ]

Wallahua’lam.

Pembaca sekalian, kita sudahi pembacaan hari ini dengan merenung kata-kata al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali di bawah:

على كل نعمة على العبد من الله في دين أو دنيا يحتاج إلى شكر عليها ثم للتوفيق للشكر عليها نعمة أخرى تحتاج إلى شكر ثان ثم التوفيق للشكر الثاني نعمة أخرى يحتاج إلى شكر أخر و هكذا أبدا

Untuk setiap nikmat daripada Allah kepada hambanya, tidak kira sama ada dalam hal keagamaan mahupun duniawi, itu semua memerlukan syukur ke atas Nya. Kemudian, petunjuk Allah yang menyebabkan kita bersyukur tadi pula merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia memerlukan kepada syukur yang kedua pula. Kemudian untuk petunjuk Allah yang membawa kepada syukur yang kedua tadi jua merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia turut memerlukan kepada syukur yang lain lagi. Begitulah selamanya [Lathoif al-Ma’arif]

Niat Puasa Di Siang Hari

tak puasa ya

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ قَالَتْ : دَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ « هَلْ عِنْدَكُمْ شَىْءٌ ». فَقُلْنَا:  لاَ. قَالَ « فَإِنِّى إِذًا صَائِمٌ ». ثُمَّ أَتَانَا يَوْمًا آخَرَ فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ أُهْدِىَ لَنَا حَيْسٌ. فَقَالَ « أَرِينِيهِ فَلَقَدْ أَصْبَحْتُ صَائِمًا ». فَأَكَلَ.

Ummul Mukminin ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masuk menemui ku pada satu hari, lalu bertanya: Adakah kalian memiliki apa-apa (sebagai makanan). Kami pun menjawab : Tidak. Lalu baginda berkata: Jika begitu, aku berpuasa.

Kemudian pada hari yang lain, baginda datang menemui kami, lalu kami berkata: Ya Rasulullah, telah dihadiahkan kepada kita hais (kurma yang dicampur dengan keju dan tepung). Baginda pun menjawab: Tunjukkan makanan itu kepada aku. Sesungguhnya pagi ini aku berpuasa. Kemudian baginda pun makan makanan itu.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, Bab (بَاب جَوَازِ صَوْمِ النَّافِلَةِ بِنِيَّةٍ مِنْ النَّهَارِ قَبْلَ الزَّوَالِ وَجَوَازِ فِطْرِ الصَّائِمِ نَفْلًا مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ) dibenarkan puasa sunat dengan niat di siang hari sebelum matahari tergelincir, dan dibenarkan berbuka puasa sunat tanpa uzur, hadis no: 2771]

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menghuraikan: Read more

Doa Ketika Berbuka Puasa

للصائم دعوة مستجابة عند فطره فمتى تكون : قبل الإفطار أو في أثناءه أو بعده ؟ وهل من دعوات وردت عن النبي صلى الله عليه وسلم أو دعاء تشيرون به في مثل هذا الوقت ؟.

Soalan:

 

Ketika berbuka puasa merupakan waktu doa mustajab untuk orang yang berpuasa. Bilakah waktu tersebut. Apakah ia sebelum berbuka, atau ketika berbuka, atau selepas berbuka puasa?

 

Adakah wujud doa-doa daripada Nabi saw ketika waktu berbuka, atau bolehkah anda tunjukkan doa yang patut dibaca pada saat berbuka. Read more

Puasa Itu Sabar


Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.  [Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Fadhilat Puasa, hadis no:1952]

Kenapakah Allah membezakan antara puasa dan ibadah yang lain? Kenapa pahala ibadah puasa suatu yang misteri, tidak disebutkan jumlahnya? Read more

Bukan Hanya Lapar dan Dahaga

Puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Boleh jadi ada orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan kelaparan. Boleh jadi ada orang yang bangun melakukan qiamullail, tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada qiamullailnya melainkan berjaga malam semata-mata. [Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam (Puasa), hadis no: 1680. Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan sahih dalam Sahih Ibn Majah] Read more

Hadis-Hadis Puasa


باب وجوب صوم رمضان وبَيان فضل الصّيام وما يتعلق به

Bab 217- Kewajipan Berpuasa di Bulan Ramadhan dan Penerangan Tentang Kelebihan Puasa Dan Apa Yang Berkaitan Dengannya

Allah berfirman [al-Baqarah 2 : 183-185]

 

قال اللَّه تعالى:

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣)

 

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183) Read more