Category Archives: Solat

Sunnahkah Solat Sunat Sebelum Jumaat

Solat sunat sebelum dan selepas solat Jumaat

Ulama berbeza pendapat kerana tidak wujud nas dalam hal ini. Di dalam mazhab al-Syafie disunatkan solat sunat sebelum Jumaat kerana diqiaskan dengan solat sunat sebelum Zuhur.[1]

Ini juga berdasarkan hadis umum berbunyi:

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ـ ثُمَّ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ ـ لِمَنْ شَاءَ ‏”‏‏.‏

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mughaffal radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Di antara dua azan adanya, setiap dua azan adanya solat, kemudian pada kali ketiga baginda menyebutkan: Untuk sesiapa yang mahu mendirikannya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, no: 627].

Imam at-Tirmizi meriwayatkan dalam sunannya:

وَرُوِيَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّهُ كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ الْجُمُعَةِ أَرْبَعًا وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا ‏.‏

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu bahawa beliau mendirikan solat sebelum Jumaat sebanyak empat rakaat dan selepasnya empat rakaat. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Jumu’ah, Bab Ma Jaa Fi as-Solat Qabla al-Jumu’ah wa Ba’daha, no: 523]

Imam An-Nawawi berkata dalam Al-Majmu’:

وأما السنة قبلها فالعمدة فيها حديث عبد الله بن مغفل المذكور في الفرع قبله { بين كل أذانين صلاة } والقياس على الظهر وأما حديث ابن عباس في سنن ابن ماجه أن النبي صلى الله عليه وسلم { كان يصلي قبل الجمعة أربعا لا يفصل في شيء منهن } فلا يصح الاحتجاج به ; لأنه ضعيف جدا ليس بشيء ، وذكر أبو عيسى الترمذي أن عبد الله بن مسعود كان يصلي قبل الجمعة أربعا وبعدها أربعا وإليه ذهب سفيان الثوري وابن المبارك

Adapun solat sunat sebelumnya, yang menjadi tunjang kepadanya ialah hadis Abdullah bin Mughaffal yang telah disebutkan sebelum ini (Antara setiap dua azan adanya solat) dan qias kepada solat Zuhur. Adapun hadis Ibnu ‘Abbas dalam Sunan Ibnu Majah bahawa baginda mendirikan solat sebelum Jumaat sebanyak empat rakaat tanpa memisahkan antara rakaat tersebut adalah tidak boleh dibawa berhujah kerana ia sangat lemah. Imam at-Tirmizi menyatakan bahawa Abdullah bin Mas’ud mendirikan solat empat rakaat sebelum dan selepas Jumaat dan ini ialah pendapat Sufyan at-Tsauri dan Ibnu al-Mubarak.

Untuk solat selepas Jumaat pula berdasarkan hadis-hadis berikut:

Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata:

وَكَانَ لاَ يُصَلِّي بَعْدَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَنْصَرِفَ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ‏.‏

Maksudnya: Baginda s.a.w tidaklah mendirikan solat selepas Jumaat sehinggalah baginda telah bersurai (meninggalkan masjid), lalu baginda mendirikan solat 2 rakaat. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jum’ah, no: 937]

عَنْ أَبِي، هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمُ الْجُمُعَةَ فَلْيُصَلِّ بَعْدَهَا أَرْبَعًا ‏”‏ ‏.‏

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia solat 4 rakaat selepasnya. [Sahih Muslim, Kitab al-Jum’ah, no: 881].

Adapun hadis-hadis yang menyatakan nabi s.a.w solat sebelum solat Jumaat semuanya adalah tidak sahih.

Imam Al-Iraqi berkata:

لم ينقل عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أنه كان يصلي قبل الجمعة لأنه كان يخرج إليها فيؤذن بين يديه ثم يخطب

Tidak dinukilkan daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda mendirikan solat sebelum Jumaat. Ini kerana baginda keluar untuk mendirikan solat lalu terus dilaungkan azan kemudian baginda berkhutbah.[2]

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

وأما سنة الجمعة التي قبلها فلم يثبت فيها شيء

Adapun solat sunat sebelum Jumaat, tiada langsung yang tsabit.[3]

[1] An-Nawawi, Al-Majmu’, 3/349.

[2] Al-Syaukani, Nailul Awthar, 3/312.

[3] Ibn Hajar, Fathul Bari, 2/346.

Tips Khusyuk Dalam Solat

solat14

Khusyuk Dalam Solat[1]

Cara-cara mendapatkan khusyuk:

Ingat mati ketika dalam solat

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu, meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اذكر الموتَ في صلاتِك ، فإنَّ الرجلَ إذا ذكر الموتَ في صلاتِه لحريٌّ أن يُحسنَ صلاتَه ، و صلِّ صلاةَ رجلٍ لا يظنُّ أنَّه يُصلِّي صلاةً غيرَها ، و إيَّاك و كلُّ أمرٍ يُعتذَرُ منه

Ingatlah kematian ketika di dalam solat engkau. Sesungguhnya apabila seseorang mengingati mati di dalam solatnya, dia akan memperbaiki solatnya. Solatlah seperti solat seseorang yang merasakan dia tidak akan solat lagi selain solat itu. Berhati-hati lah daripada setiap urusan yang akan disesali kerana melakukannya.  [Sahih al-Jami’ : 849, hasan] Read more

Meludah Ke Kiri Untuk Halau Syaitan

APABILA SYAITAN MENGGANGGU DI DALAM SOLAT

 

عَنْ أَبِي، الْعَلاَءِ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ، أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاَتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَىَّ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خِنْزِبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي ‏.‏

Uthman bin Abi al-‘As radiallahu ‘anhu datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya syaitan telah datang dalam solat ku dan dia mengganggu bacaan ku. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Itulah syaitan yang yang dipanggil Khinzib. Apabila engkau merasai gangguannya, mohonlah perlindungan daripada Allah, dan meludahlah ke sebelah kiri mu tiga kali. Uthman berkata: Aku melakukan hal itu, lalu Allah menghindarkan syaitan daripada ku. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 2203] Read more

Melintas Hadapan Orang Solat

Hadis 1:

عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ ، أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ أَرْسَلَهُ إِلَى أَبِي جُهَيْمٍ يَسْأَلُهُ ، مَاذَا سَمِعَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَارِّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي ؟

Busr bin Sa’id meriwayatkan bahawa Zaid bin Khalid mengutusnya kepada Abu Juhaim radiallahu ‘anhu untuk bertanya kepadanya tentang apa yang dia dengar daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tentang orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat.

فَقَالَ أَبُو جُهَيْمٍ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ ” ،

Abu Juhaim menjawab: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Seandainya orang yang lalu di hadapan orang solat tahu apakah (dosa) yang akan menimpanya, nescaya berhentinya dia selama empat puluh masa lebih baik untuknya daripada melintas di hadapan orang yang solat. Read more

Terlepas Sujud Tilawah

Imam Sujud Tilawah, Makmum Muslimah Ruku’

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Sering berlaku dalam solat jemaah, khususnya di masjid yang mempunyai tabir sehingga Muslimah tidak dapat melihat pergerakan imam. Mereka hanya berpandukan suara imam sahaja. Apabila imam sujud tilawah, makmum Muslimah ruku’, dan hanya menyedari mereka tersilap, selepas mendengar imam melaungkan takbir dan menyambung bacaan surah.

Apa yang perlu jemaah Muslimah ini lakukan?

Jawapan: Read more

Kemudahan Tayamum

debutayamum

Tayammum

 

Dalil berkaitan tayamum daripada al-Quran:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu sehingga dengan kedua tumit, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali daripada tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperolehi air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. (al-Maidah:6) Read more

Tidak Sempat Solat Sunat Sebelum Subuh

solatsunatsubuh
[Jika Tidak Sempat Untuk Solat Qabliah Subuh]

فمن دخل المسجد، وصلى تحية المسجد، ثم قامت الجماعة دون أن يصلي راتبة الفجر، فليصلها بعد الفريضة، وهذا وقتها إن شاء الله تعالى،

Siapa yang masuk masjid dan bersolat Tahiyyatul Masjid, kemudian para jemaah bangun untuk menunaikan solat Subuh tanpa dia sempat solat Rawatib Subuh (2 rakaat sebelum Subuh), maka dia boleh menggantikannya selepas selesai solat fardhu itu. Dan ini adalah waktunya insyaAllah. Read more

Witir Bersama Imam Atau Balik Awal?

adikkakak

Terdapat beberapa dalil berkaitan solat witir yang menjadi rujukan dalam bab ini.

Pertama: Dalil menunjukkan tiada dua witir dalam satu malam.

عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقِ بْنِ عَلِيٍّ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” لَا وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ “

‘Ali bin Abi Tholib radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada dua witir dalam satu malam.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, hadis no: 470, hasan gharib]

Kedua: Dalil menunjukkan arahan menjadikan witir solat yang terakhir

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا ” .

‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jadikanlan witir sebagai akhir solat kalian di waktu malam.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Witr, no: 998]

Ketiga: Boleh solat sunat selepas witir

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

كَانَ يُصَلِّي ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً ، يُصَلِّي ثَمَانَ رَكَعَاتٍ ، ثُمَّ يُوتِرُ ، ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ

Baginda solat sebanyak tiga belas rakaat. Baginda melakukan solat sebanyak lapan rakaat, kemudian melakukan witir (sebanyak lima rakaat), kemudian solat dua rakaat dalam keadaan duduk.

[Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha, no: 738]

Keempat: Dalil galakan solat bersama imam sehingga selesai

إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ

Sesungguhnya sesiapa yang solat Bersama imam sehingga selesai, ditulis untuknya (pahala) solat sepanjang malam. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Sawm, no; 806, hasan sahih].

Berdasarkan dalil-dalil di atas, terdapat dua cara yang boleh dilakukan. Read more

« Older Entries