Category Archives: Solat

Tatacara Solat Raya

Tatacara Solat Hari Raya

Dalil Solat Hari Raya

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ : ” أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى : الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ ” ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ ، قَالَ : ” لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا “

 

Ummu ‘Athiyyah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa muslimin.

Aku berkata: “Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?”

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Hendaklah saudara perempuannya memakaikan dia dengan tudungnya”. [Sahih Muslim : 1481] Read more

Beginilah Terawih Para Sahabat…

 

Beginilah terawih generasi awal Islam….

 

لم تُحدَّ القراءة فيها بحدٍّ، وكان السلفُ الصالحُ يُطيلون فيها ,واستحبَّ أهلُ العلم أن يختمَ القرآن في قيام رمضان ليسمع الناس كل القرآن في شهر القرآن، وكره البعض الزيادة على ذلك,إلا إذا تواطأ جماعة على ذلك فلا بأس به.

 

Tidak ada had untuk bacaan di dalam solat terawih. Generasi soleh membaca bacaan yang panjang. Ilmuan Islam menggalakkan untuk mengkhatamkan al-Quran ketika solat terawih. Ini bertujuan agar para Jemaah dapat mendengar keseluruhan al-Quran di dalam bulan al-Quran (iaitu Ramadhan). Sebahagian daripada mereka memakruhkan untuk membaca melebihi had tersebut melainkan jika jemaah yang menghendaki hal tersebut. Maka untuk itu, tidak mengapa. Read more

Sudahkah Kita Solat Dhuha?

SOLAT DHUHA

 

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.

 

 

v  HUKUM SOLAT DHUHA

 

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

 

1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari

2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.

3.      Tidak disunatkan.

 

4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Read more

Koleksi Doa Iftitah

a)   اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
Ya Allah, jauhkanlah di antara aku dengan kesalahanku, sebagaimana Engkau telah menjauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada kesalahanku, sebagaimana engkau telah membersihkan pakaian yang putih daripada kotoran. Ya Allah, cucilah kesalahanku dengan air, salji dan ais [Sahih al-Bukhari][1]
b) : ” وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ، إِنَّ صَلَاتِي ، وَنُسُكِي ، وَمَحْيَايَ ، وَمَمَاتِي ، لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، لَا شَرِيكَ لَهُ ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ، أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ ، ظَلَمْتُ نَفْسِي ، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا ، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ ، لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا ، لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ ، أَنَا بِكَ ، وَإِلَيْكَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Aku menghadapkan wajah ku dengan ikhlas (di dalam Islam) kepada yang telah menciptakan langit dan bumi, dan tidaklah aku di kalangan orang-orang Musyrikin. Sesungguhnya solatku, korbanku, kehidupanku, dan kematianku adalah untuk Allah. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan itulah aku diperintahkan, dan aku daripada kalangan kaum Muslimin. Ya Allah, Engkauhlah Raja, Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau adalah Tuhanku, dan aku merupakan hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri, dan aku mengaku tentang dosaku. Maka ampunkanlah dosa-dosa ku kesemuanya. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku ke arah akhlak yang terbaik. Tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepada ku kea rah akhlak yang terbaik melainkan Engkau. Selamatkan diriku dari akhlak yang terburuk. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan aku daripada akhlak yang terburuk kecuali Engkau. Aku di sini dan aku berbahagia untuk berkhidmat kepadaMu. Semua kebaikan di tanganMu, kejahatan pula bukan daripadaNya. Aku bersama Engkau, aku bersamaMu dan kepadaMu wahai yang penuh barakah dan Maha Tinggi. Aku memohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadamu. [Muslim][2]
c)  سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَتَعَالَى جَدُّكَ ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُك
Maha Suci Engkau Ya Allah, dan segala puji untuk Mu, namaMu yang penuh barakah, kekuasaanMu yang Maha Tinggi, dan Tiada yang berhak diibadahi selain Engkau [Musnad Imam Ahmad][3]
d) اللَّهُ أَكْبَرُ ، الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Allah Maha Besar. Segala pujian bagi Allah dengan sebenar-benar pujian yang banyak, baik dan diberkati [Sunan an-Nasaie][4]
e)  اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Allah benar-benar Maha Besar, Segala pujian yang melimpah ruah untukNya, Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang [Muslim][5]
f)     اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ ، وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ، وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ ، وَالنَّارُ حَقٌّ ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ , وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ , وَالسَّاعَةُ حَقٌّ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ، أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ
Ya Allah, untukMu segala pujian. Engkaulah yang membangunkan langit dan bumi dan apa yang ada padanya. UntukMu segala pujian, untukMu pemerintahan langin dan bumi dan apa yang ada padanya. UntukMu segala pujian, Engkaulah cahaya langit dan bumi. UntukMu segala pujian, Engkau adalah realiti, janjiMu adalah realiti, pertemuan denganMu adalah realiti, syurga adalah  realiti, neraka adalah realiti, nabi-nabi adalah realiti, Muhammad Sallallahu ‘alaihi  wa sallam adalah realiti, hari kiamat adalah realiti. Ya Allah, kepada Engkau aku menyerah diri, dengan Engkau aku beriman, ke atas Engkau aku bertawakkal, kepada Engkau aku bertaubat, dengan Engkau aku berjuang, kepada Engkau aku berhakim, maka ampunilah aku apa-apa yang telah aku lakukan dan akan aku lakukan, apa-apa yang aku sembunyikan dan apa-apa yang aku zahirkan. Engkaulah Yang Pertama dan Yang Terakhir, tiada yang berhak diibadahi selain Engkau [Sahih Muslim][6]
g)  اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ ، وَمِيكَائِيلَ ، وَإِسْرَافِيلَ ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail, dan Israfil. Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi hamba-hambaMu di dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkilah aku dengan izinmu kepada kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kea rah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki [Sahih Muslim][7]
h)      Bertakbir sepuluh kali, tasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali, istighfar sepuluh kali kemudian membaca sebanyak sepuluh kali:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي
Ya Allah, ampuni aku, berikan aku petunjuk, dan berikan aku rezeki.
Kemudian membaca:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kesempitan di hari kiamat [Musnad Ahmad][8]

[1] حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ الْقَعْقَاعِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو زُرْعَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْكُتُ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَبَيْنَ الْقِرَاءَةِ إِسْكَاتَةً ، قَالَ : أَحْسِبُهُ ، قَالَ : هُنَيَّةً ، فَقُلْتُ بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ إِسْكَاتُكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ مَا تَقُولُ ، قَالَ : أَقُولُ اللَّهُمَّ بَاعِدْ 
Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mendiamkan diri dalam jangka masa yang pendek di antara takbir dan membaca surah. Aku (Abu Hurairah) berkata: Demi bapa dan ibuku wahai Rasulullah, apakah yang engkau baca ketika engkau senyap di antara takbir dan membaca surah. Jawab Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam: Aku membaca..(baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca doa di atas) [Sahih al-Bukhari: 706]
[2] حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ ، حَدَّثَنَا يُوسُفُ الْمَاجِشُونُ ، حَدَّثَنِي أَبِي ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَعْرَجِ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ ، عَنْعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ، عَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ كَانَ إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ ، قَالَ : ” وَجَّهْتُ …..، وَإِذَا رَكَعَ ، قَالَ ……
Daripada ‘Ali bin Abi Talib Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika bangun bersolat di waktu malam, baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca: (doa di atas). Apabila ruku’ membaca….. [Sahih Muslim: 1296]
[3] حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ ، قَالَ : حدثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ عَلِيٍّ ، عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ قَالَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ…..
Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memulakan solatnya, baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca: (doa di atas) [Musnad Ahmad: 11445]
[4] رقم الحديث: 963
962 (
حديث مرفوعأَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، قَالَ : نا حَجَّاجٌ ، قَالَ : نا حَمَّادٌ ، عَنْ ثَابِتٍ ، وَقَتَادَةَ ، وَحُمَيْدٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، أَنَّهُ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يُصَلِّي بِنَا إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ فَدَخَلَ الْمَسْجِدَ ، وَقَدْ حَفَزَهُ النَّفَسُ ، فَقَالَ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاتَهُ ، قَالَ : أَيُّكُمُ الَّذِي تَكَلَّمَ بِكَلِمَاتٍ ؟ ” فَأَرَمَّ الْقَوْمُ ، قَالَ : ” إِنَّهُ لَمْ يَقُلْ بَأْسًا ” ، قَالَ : أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، جِئْتُ وَقَدْ حَفَزَنِي النَّفَسُ فَقُلْتُهَا ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَقَدْ رَأَيْتُ اثْنَيْ عَشَرَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَرْفَعُهَا ” .
Sunan an-Nasai
[5] حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيل ابْنُ عُلَيَّةَ ، أَخْبَرَنِي الْحَجَّاجُ بْنُ أَبِي عُثْمَانَ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ ، عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ ،عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : ” بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنِ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا ؟ ” ، قَالَ رَجُلٌ مِنِ الْقَوْمِ : أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : ” عَجِبْتُ لَهَا ، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ ” ، قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَمَا تَرَكْتُهُنَّ ، مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ ذَلِكَ
Daripada Ibn Umar Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Ketika kami sedang solat bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila seorang lelaki membaca: (doa di atas), maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya: Siapakah pembaca kalimah itu dan ini? Jawab seorang lelaki di kalangan mereka: saya wahai Rasulullah. Lalu baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Aku takjub kepadanya, telah dibuka baginya pintu-pintu langit. Kata Ibn Umar: Aku tidak meninggalkannya (tidak meninggalkan membacanya) semenjak aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata sedemikian. [Muslim: 948]
[6]  حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ : حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ أَبِي مُسْلِمٍ ، عَنْ طَاوُسٍ ، سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا , قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ , قَالَ : اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ ….
Daripada Ibn Abbas Radiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila bangun malam melakukan solat tahajud, baginda membaca..( doa di atas) [Sahih al-Bukhari: 1060]
[7] حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، وَمُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ ، وَعَبْدُ بْنُ حميد ، وأبو معن الرقاشي ، قَالُوا : حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ بْنُ عَمَّارٍ ،حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ ، حَدَّثَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ ، بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْتَتِحُ صَلَاتَهُ ، إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ ؟ قَالَتْ كَانَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ افْتَتَحَ صَلَاتَهُ ” اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ …..
Daripada Abu Salamah Radiallahu ‘anhu: Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anha: Dengan apakah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membuka solatnya. ‘Aisyah menjawab: Apabila bangun malam, baginda membuka solatnya dengan membaca (doa di atas) [Sahih Muslim: 1295]
[8] رقم الحديث: 24540
(
حديث مرفوعحَدَّثَنَا يَزِيدُ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا الْأَصْبَغُ ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي رَبِيعَةُ الْجُرَشِيُّ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ، فَقُلْتُ : مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ ؟ وَبِمَ كَانَ يَسْتَفْتِحُ ؟ قَالَتْ كَانَ يُكَبِّرُ عَشْرًا وَيُسَبِّحُ عَشْرًا ، وَيُهَلِّلُ عَشْرًا ، وَيَسْتَغْفِرُ عَشْرًا ، وَيَقُولُ : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي ” عَشْرًا ، وَيَقُولُ : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ ” عَشْرًا .
Daripada Rabi’ah al-Jarsyi, aku bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anha: Apakah yang dibaca oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika melakukan solat malam? Dan dengan apa pula baginda membuka solatnya? ‘Aisyah menjawab: Baginda bertakbir sepuluh kali, bertasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali dan beristighfar sepuluh kali, kemudian membaca doa ‘اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي’ sepuluh kali, kemudian membaca اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ sepuluh kali. [Musnad Ahmad: 24250]

Berkenalan Dengan Solat

Pengertian Solat a)      Solat dari segi bahasa:

 

Perkataan solat telah digunakan sebelum kedatangan Islam lagi. Orang-orang Arab sebelum Islam telah menggunakan istilah solat yang bermaksud doa dan istighfar. Ia juga merupakan kata terbitan daripada perkataan silah (hubungan) kerana solat menghubungkan manusia dengan Tuhannya dan mendekatkannya dengan rahmat Tuhannya. [1]

 

b)   Istilah:

 

Ia merupakan satu ibadat wajib yang sedia diketahui dalam Islam, sebagaimana telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Solat merupakan: Perkataan dan perbuatan yang bertujuan untuk mengagungkan Allah, ia dimulai dengan takbir (Allahu akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum) beserta syarat-syarat dan rukun-rukun khas. [2]

 

Dalil-Dalil Kewajipan Solat a)      Dalil daripada al-Quran, antaranya:

 

﴿ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّڪَوٰةَ‌ۚ ﴾[3]

Maksudnya: Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.

 

b)      Dalil daripada as-Sunnah, antaranya:

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ ، شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ ” . [4]

Maksudnya: Islam terbina atas lima perkara: penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan menunaikan haji ke baitullah bagi yang mampu.

 

Keistimewaan Solat a)      Perintah solat diterima di langit pada malam Mi’raj Rasulullah SAW. Solat merupakan hadiah Allah kepada penduduk bumi.

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : فُرِضَتْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ الصَّلَوَاتُ خَمْسِينَ ، ثُمَّ نُقِصَتْ حَتَّى جُعِلَتْ خَمْسًا [5]

Maksudnya: Perintah difardhukan solat ke atas Nabi SAW adalah pada malam Israa’ iaitu sebanyak 50 (waktu), namun kemudian ia dikurangkan hingga menjadi 5 (waktu) sahaja.

 

b)      Solat menghapuskan dosa yang telah lalu dan meninggikan darjat.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا ، وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ ؟ قَالُوا : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ ، وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ” [6]

Maksudnya: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang dengannya Allah menghapus kesalahan dan meninggikan darjat? Para sahabat menjawab: Tentu, ya Rasulullah. Jawab Rasululllah SAW: Menyempurnakan wudhu’ di saat susah, memperbanyakkan langkah menuju ke masjid, dan membiasakan menunggu waktu solat setelah solat. Itu semua merupakan tali yang kuat.

 

c)      Perintah menunaikan solat tidak pernah gugur. Inilah yang membezakannya dengan ibadat lain seperti puasa, solat dan haji. Bermula seseorang berikrar memeluk Islam, maka kewajipan solat baginya tidak dapat digugurkan walau dalam keadaan apa sekalipun. [7]

 

d)      Solat yang didirikan dengan sempurna mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

 

﴿ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ﴾[8]

Maksudnya: Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Hukum Meninggalkan Solat a) Ilmuan Islam bersepakat sesiapa yang mengingkari kewajipan solat, dia telah terkeluar daripada Islam.

 

b) Ilmuan Islam berbeza pendapat tentang status orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, tetapi masih mengakui kewajipan solat.

 

Murtad dan wajib dibunuh. . Ini merupakan pendapat Imam Ahmad, Sa’id bin Jubair, ‘Amir asy-Sya’bi, Ibrahim an-Nakhai, Abu ‘Amr,  al-Auzai’e, Ayyub al-Sakhtiyani, Abdullah Ibn al-Mubarak, Ishak bin Rahawiah, Abdul Malik Bin Habib (ulama’ mazhab Malik), sebahagian pendapat ulama’ mazhab Syafie. Di kalangan sahabat pula pendapat ini dipegang oleh Umar al-Khattab, Muaz Bin Jabal, Abdurrahman Bin Auf dan lain-lain.

Tidak kafir, tetapi tetap dihukum bunuh. Ini merupakan pendapat Imam Malik, Imam asy-Syafie, dan salah satu pendapat Imam Ahmad.

 

Fasiq dan wajib dipenjara. Ini pendapat mazhab Hanafi.

 

 

 

 

Dalil-Dalil Hukum Meninggalkan Solat Dalil-dalil Al-Quran tentang orang yang meninggalkan solat

 

1)      Allah Ta’ala berfirman:

 

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

 

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengiut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (Maryam : 59-60)

 

Ibnu Mas’ud radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut adalah sungai di neraka Jahanam yang makanannya sangat menjijikkan dan tempatnya sangat dalam. [9]

 

Di dalam ayat ini, Allah menjadikan tempat ini –iaitu sungai di Jahannam- sebagai tempat bagi orang yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsu. Seandainya orang yang meninggalkan solat adalah orang yang hanya melakukan maksiat biasa, tentu dia akan berada di neraka paling atas, sebagaimana tempat orang muslim yang berdosa. Tempat ini (ghoyya) merupakan bahagian neraka yang paling bawah. Ia bukanlah tempat orang mukmin, sebaliknya tempat bagi orang kafir.

 

2)      Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

 

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ

 

“Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka) adalah saudara-saudaramu seagama.” (At Taubah: 11).

 

Di dalam ayat ini, Allah Ta’ala mengaitkan persaudaraan Islam dengan mengerjakan solat. Ini bermaksud jika solat tidak dikerjakan, bukanlah saudara seiman. Ia menunjukkan orang yang meninggalkan solat bukanlah mukmin kerana orang mukmin itu bersaudara sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

 

 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ[10]

“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.”

 

 

Dalil Tentang Orang Yang Meninggalkan Solat Di Dalam Hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

 

1)      Daripada Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

 

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ[11]

“(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat.”

 

2)      Daripada Tsauban radiallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

 

بَيْنَ العَبْدِ وَبَيْنَ الكُفْرِ وَالإِيْمَانِ الصَّلَاةُ فَإِذَا تَرَكَهَا فَقَدْ أَشْرَكَ[12]

 

“Pemisah di antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia meninggalkannya, maka dia telah syirik.”.

 

3)      Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal , Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

 

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ[13]

 

”Kepala segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.”.

 

Di dalam hadis ini, dikatakan bahawa solat adalah tiang yang menegakkan Islam. Jadi jika roboh tiang tersebut, maka robohlah Islam.

 

Perkataan sahabat

 

Umar radiallahu ‘anhu menyatakan:

 

و لاَحَظَّ فِي الاِسْلاَمِ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ

 

“Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.”[14]

 

Kebanyakan sahabat Nabi menganggap bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir sebagaimana dikatakan oleh seorang tabi’in, Abdullah bin Syaqiq. Beliau menyatakan:

 

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ

 

“Dahulu para sahabat Muhammad sollallahu ‘alaihi wassalam tidak pernah melihat suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat.”[15]

 



[1] Lihat: Tabbarah, Afif Abdul Fattah, Ruuh al-Solah fi al-Islam (Beyrut: Dar al-Ilm Lil Malayin, 1972) h. 23

[2] Ibid.

[3] Surah al-Baqarah: 110

[4] Muttafaq ‘alaih. Sahih al-Bukhari: 7 dan Muslim: 24

[5] Sunan at-Tirmizi: 197, Imam at-Tirmizi berkata: Hadis hasan sahih gharib

[6] Sahih Muslim: 374.

[7] Lihat: Al hadad, Mukmin Fathi, Perbaharuilah Solat Anda, terjemahan: Muhammad Zuhri Fauzi (Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication, 2008) h. 18.

[8] Surah al-Ankabut: 45

[9] As-Solah, hal. 31

[10] Surah al-Hujurat: 10

[11] Sahih Muslim: 120

[12] HR. At-Tabari dengan sanad sahih. Shaikh Al-Albani menyatakan hadis ini sahih. Lihat Sahih At-Targib wa At-Tarhib no. 566

[13] Sunan at-Tirmizi no. 2559. Imam at-Tirmizi berkata: Hadis Hasan Sahih

[14] Ibn al-Munzir dalam al-Iqna’: 2/690

[15] Sunan at-Tirmizi: 2564. Shaikh al-Albani berkata: Sahih.

.

Belajar Solat Jemaah

Jumlah Minimum Di Dalam Solat Jemaah

Ibnu Qudamah menyatakan,“Solat jemaah dapat dilakukan oleh dua orang atau lebih. Kami belum menemui perbezaan pendapat dalam masalah ini.” [Al Mughni 3/7]

Ibnu Hubairoh berkata, “Para ulama bersepakat, batasan minimum solat jemaah ialah dua orang. Iaitu imam dan seorang makmum yang berdiri di sebelah kanannya.” [Al-Ifshah An Ma’anish Shihah, 1/155. Dinukil daripada Solatul Jemaah, karya Prof. Dr. Shalih bin Ghanim As Sadlan, hal. 47. Lihat juga pernyataan kesepakatan ini dalam Raudhatun Nadiyah, karya Siddiq Hasan Khan, 1/308.]


Sah Solat Jemaah Dengan Kanak-Kanak Atau Wanita

Ibnu Abbas Radiallahu ‘anhu berkata:

بِتُّ عِنْدَ خَالَتِي فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ

Aku tidur di rumah makcikku, lalu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bangun mengerjakan solat malam. Lalu aku turut solat bersamanya dan berdiri di sebelah kirinya. Kemudian baginda meraih kepalaku dan memindahkanku ke sebelah kanannya. [Sahih al-Bukhari: 662]

Demikian juga hadis Anas bin Malik Radiallahu ‘anhu :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِ وَبِأُمِّهِ قَالَ فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ وَأَقَامَ الْمَرْأَةَ خَلْفَنَا

Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa sallam solat mengimami dia dan ibunya. Anas berkata, “Baginda meletakkanku di sebelah kanannya dan wanita (ibunya) di belakang kami.” [Sahih Muslim: 1062] Lebih Ramai Jemaah, Lebih Banyak Pahala

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:

وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ وَحْدَهُ وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَانُوا أَكْثَرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Solat bersama orang lain lebih baik daripada solat sendirian. Solat bersama dua orang lebih baik daripada solat bersama seorang. Semakin banyak (yang solat) semakim disukai Allah Azza wa Jalla. [Sunan Abu Daud: 467., Sunan an-Nasai: 834, Musnad Ahmad: 20312, Al-Mustadrak: 3/269 dan Sahih Ibn Khuzaimah:1477]

Kanak-Kanak Boleh Menjadi Imam
Hadis Amru bin Salamah Radiallahu ‘anhu yang berbunyi:

فَلَمَّا كَانَتْ وَقْعَةُ أَهْلِ الْفَتْحِ بَادَرَ كُلُّ قَوْمٍ بِإِسْلَامِهِمْ وَبَدَرَ أَبِي قَوْمِي بِإِسْلَامِهِمْ فَلَمَّا قَدِمَ قَالَ جِئْتُكُمْ وَاللَّهِ مِنْ عِنْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقًّا فَقَالَ صَلُّوا صَلَاةَ كَذَا فِي حِينِ كَذَا وَصَلُّوا صَلَاةَ كَذَا فِي حِينِ كَذَا فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ أَحَدُكُمْ وَلْيَؤُمَّكُمْ أَكْثَرُكُمْ قُرْآنًا فَنَظَرُوا فَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ أَكْثَرَ قُرْآنًا مِنِّي فَقَدَّمُونِي بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَأَنَا ابْنُ سِتٍّ أَوْ سَبْعِ سِنِينَ

Ketika terjadi penaklukan kota Makkah, setiap kaum datang menyatakan keislaman mereka. Bapaku datang menyatakan keislaman kaumku. Ketika pulang beliau berkata,“Demi Allah, aku membawakan kepada kalian kebenaran daripada Rasulullah,” lalu beliau berkata,“Solatlah kalian, solat ini pada waktu ini dan solatlah ini pada waktu ini. Jika telah masuk waktu solat, hendaklah salah seorang kalian melaungkan azan dan orang yang paling banyak hafalan Al-Qurannya yang menjadi imam.” Lalu mereka mencari (imam). Ternyata tidak ada seorangpun yang lebih banyak hafalan Al-Quran daripada aku. Lalu mereka menjadikan aku sebagai imam dan aku pada waktu itu berusia enam atau tujuh tahun. [Sahih al-Bukhari: 3963]

Bila Dikatakan Mendapat Solat Jemaah

Dalam isu ini, ulama terbahagi kepada tiga pendapat:

Pertama : Sebelum Imam Memberi Salam
Ini pendapat mazhab Hanafi dan Syafii. Dalilnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَلَا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ وَأْتُوهَا تَمْشُونَ عَلَيْكُمْ السَّكِينَةُ فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

Jika solat telah iqamat, maka janganlah mendatanginya dengan berlari. Datangilah dengan berjalan. Kalian mesti tenang. Apa yang kalian dapatkan (bersama imam), maka solatlah dan yang terlepas sempurnakanlah.[Sahih al-Bukhari: 863 dan Muslim: 949]

Kedua : Membezakan Antara Solat Jumaat Dan jemaah. Jika Solat Jumaat, Melihat Kepada Rakaat Dan Jemaah Melihat Kepada Takbir.
Maksudnya: Dalam solat Jumaat, seseorang dikatakan mendapatkan solat Jumaat bersama imam bila mendapat satu rakaat bersama imam.

Untuk solat jemaah selain solat Jumaat, dikira mendapat jemaah apabila bertakbir sebelum imam mengucapkan salam. Ini pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafii. [Majmu’ Fatawa 23/331]

Ketiga : Bila Mendapat Satu Rakaat Bersama Imam
Ini merupakan pendapat mazhab Malik, Imam al-Ghazali dan Ibn Taimiyyah.
Shaikh Muhammad bin Abdil Wahab dan Abdurrahman bin Nashir Assa’di telah merajihkannya.[Lihat Solatul Jemaah, hal. 50. Tentang tarjih mereka ini dapat dilihat dalam kitab Adab Al Masyi Ila Solat, hal. 29 dan Al Mukhtarat Al Jaliyah Fil Masail Al Fiqhiyah (dalam Al Majmu’ah Al Kamilah Li Mualafat, Syaikh Abdurrahman bin Nashir Assa’di, 2/109]

Dalilnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنْ الصَّلَاةِ فَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلَاةَ

Siapa yang mendapat satu rakaat daripada solat, maka telah mendapat solat. [Sahih al-Bukhari: 546 dan Sahih Muslim: 954]

Hadis Ibn Umar:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنْ صَلَاةِ الْجُمُعَةِ أَوْ غَيْرِهَا فَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلَاةَ

Rasulullah bersabda,“Sesiapa yang mendapat satu rakaat daripada solat Jumaat atau selainnya, maka telah mendapat solat.” [Sunan an-Nasaie: 554, Sunan Ibn Majah: 1113 dan Sahih Ibn Khuzaimah: 3/173.]

Pendapat ketiga adalah pendapat yang paling kuat menurut Ibn Taimiyyah.

Bilakah Dikira Mendapat Rakaat?

Ulama terbahagi kepada dua pendapat:

a) Apabila Sempat Membaca Al-Fatihah

Ini merupakan pendapat Imam al-Bukhari, Ibn Hazm dan salah satu pendapat Imam asy-Syaukani [Lihat Juz’ul Qira’ah Khalfal Imam; Al Muhalla 2/274-278; Nailul Authar 2/511-514]

Dalilnya:

Daripada Ubadah Bin as-Somit bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah. [Sahih al-Bukhari: 756 dan Muslim: 394]

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata:

إِذَا أَدْرَكْتَ الْقَوْمَ رُكُوْعًا لَمْ تُعْتَدَّ بِتِلْكَ الرَّكْعَةَ

Jika engkau mendapati orang-orang sedang ruku’, jangan kira ia sebagai rakaat [Riwayat imam al-Bukhari dalam Khairul Kalam Fil Qira’ah Khalfal Imam]

b) Apabila Sempat Ruku’ Bersama Imam

Ini merupakan pendapat majoriti ulama’. Ia pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Syafii, Imam Ahmad bin Hanbal. Juga pendapat para sahabat: Ali, Ibnu Mas’ud, Zaid, dan Ibnu Umar. Pendapat ini juga dirajihkan oleh Imam Ibnu Abdil Barr, Imam Nawawi, Ash Shan’ani, Asy Syaukani pada pendapat kedua, Syaikh Bin Baz, Syaikh Al-Albani dan lainnya. [Lihat Shalatul Jama’ah, 96-98, karya Dr. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani]

Dalilnya:

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ أَنَّهُ انْتَهَى إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ رَاكِعٌ فَرَكَعَ قَبْلَ أَنْ يَصِلَ إِلَى الصَّفِّ (ثُمَّ مَشَي إِلَى الصَّفِّ ) فَذَكَرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ زَادَكَ اللَّهُ حِرْصًا وَلاَ تَعُدْ

Daripada Abu Bakrah Radiallahu ‘anhu, bahawa dia sampai kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda sedang ruku’, lalu dia ruku’ sebelum sampai ke saf (lalu dia berjalan menuju saf). Kemudian dia menyebutkan hal itu kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, lantas baginda bersabda, “Semoga Allah menambahkan semangat terhadapmu, dan janganlah engkau ulangi (perbuatan tadi).” [Sahih al-Bukhari: 783. Tambahan dalam kurungan riwayat Sunan Abu Daud: 684]

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا جِئْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ وَنَحْنُ سُجُودٌ فَاسْجُدُوا وَلاَ تَعُدُّوهَا شَيْئًا وَمَنْ أَدْرَكَ الرَّكْعَةَ فَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلاَةَ

Jika kamu mendatangi solat, dan kami sedang sujud, maka sujudlah, dan janganlah kamu menghitungnya sesuatu. Dan barangsiapa mendapatkan rakaat (ruku’), maka dia mendapat solat. [Sunan Abu Daud: 893]

HUKUM SOLAT BERJEMAAH.

Ulama berbeza pendapat tentang hukumnya.

Pendapat Pertama : Fardhu Kifayah.

Ini pendapat Imam Syafii, Abu Hanifah, jumhur ulama Syafiiyah terdahulu dan kebanyakan ulama mazhab Hanafi dan Maliki.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata,“Zahir perkataan Syafii, solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah. Inilah pendapat kebanyakan ulama terdahulu di kalangan ulama Syafiiyah, Hanafiyah serta Malikiyah.” [Fathul Bari, 2/26]

Dalil-Dalilnya.

Hadis Pertama:

مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ

Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan Syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian. [Sunan Abu Daud: 460, Sunan an-Nasaie: 738 dan Musnad Ahmad: 26242]

Hadis Kedua:

ارْجِعُوا إِلَى أَهْلِيكُمْ فَأَقِيمُوا فِيهِمْ وَعَلِّمُوهُمْ وَمُرُوهُمْ وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ وَلْيَؤُمَّكُمْ أَكْبَرُكُمْ

Pulanglah kepada keluarga kalian, dirikanlah solat bersama mereka, ajarlah dan perintahkan mereka (untuk solat). Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat. Jika telah masukwaktu solat, hendaklah salah seorang kalian melaungkan azan dan yang paling tua menjadi imam. [Sahih al-Bukhari: 595 dan Muslim: 1080]

Hadis Ketiga:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat sendirian dua puluh tujuh darjat.” [Sahih al-Bukhari: 609]

Pendapat Kedua: Syarat sah solat. Tidak sah solat sendirian melainkan ada keuzuran

Ini pendapat mazhab Zahiri dan sebahagian ulama hadis. Ia juga dipegang oleh Ibnu Taimiyyah, Ibnul Qayyim, Ibnu Aqil dan Ibnu Abi Musa.

Dalil-Dalilnya:

Hadis Pertama.

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلَا صَلَاةَ لَهُ إِلَّا مِنْ عُذْرٍ

Barangsiapa yang mendengar azan lalu tidak mendatanginya, maka tidak ada solat baginya kecuali kerana uzur. [Sunan Ibn Majah: 785]

Hadis Kedua.

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ

Demi zat yang jiwaku ada ditanganNya, sungguh aku bertekad meminta dikumpulkan kayu api. Lalu dikeringkan (agar mudah dijadikan kayu api). Kemudian aku perintahkan solat, lalu ada yang melaungkan azan. Kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat, dan aku tidak berjemaah untuk menemui orang-orang (lelaki yang tidak berjemaah), lalu aku bakar rumah-rumah mereka. [Sahih al-Bukhari: 608 dan Muslim: 1041]

Hadis Ketiga.

أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ أَعْمَى فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي إِلَى الْمَسْجِدِ فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ فَرَخَّصَ لَهُ فَلَمَّا وَلَّى دَعَاهُ فَقَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلَاةِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَأَجِبْ

Seorang buta datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata,“Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai seorang yang memimpinku ke masjid,” lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sehingga dibolehkan solat di rumah. Lalu Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan keringanan kepadanya. Ketika dia meninggalkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, lantas Rasulullah bertanya,“Apakah engkau mendengar panggilan azan solat?” Dia menjawab,“Ya.” Lalu Baginda berkata,“Penuhilah!” [Sahih Muslim: 1044]

Pendapat Ketiga : Sunat Muakkad.
Ini pendapat mazhab Hanafi dan Maliki. Imam Ibnu Abdil Barr menisbahkannya kepada kebanyakan ahli fiqh Iraq, Syam dan Hijaz.

Dalil-Dalilnya.

Hadis Pertama.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلَاةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat sendirian dua puluh tujuh darjat.”[Sahih al-Bukhari: 609]

Hadis Kedua.

إِنَّ أَعْظَمَ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلَاةِ أَبْعَدُهُمْ إِلَيْهَا مَمْشًى فَأَبْعَدُهُمْ وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي يُصَلِّيهَا ثُمَّ يَنَامُ وَفِي رِوَايَةِ أَبِي كُرَيْبٍ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ فِي جَمَاعَةٍ

Sesungguhnya, orang yang mendapat pahala paling besar dalam solat ialah yang paling jauh jalannya, kemudian yang lebih jauh. Orang yang menunggu solat sampai solat bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang solat, kemudian tidur. Dalam riwayat Abu Kuraib, (disebutkan): sehingga dia solat bersama imam dalam jemaah. [Sahih Muslim: 1064 dan Musnad Ahmad: 11380]

Pendapat Keempat : Fardhu Ain Dan Bukan Syarat.

Ini pendapat Ibnu Mas’ud, Abu Musa Al-Asyaari, Atha’ bin Abi Rabbah, Al Auza’i, Abu Tsaur, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan sebahagian ulama mazhab Hanafi dan Maliki.
Dalil-Dalil Al-Quran.
– Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلاَةَ فَلْتَقُمْ طَآئِفَةُُ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلِيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَآئِكُمْ وَلْتَأْتِ طَآئِفَةٌ أُخْرَى لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ أَوْ كُنتُم مَّرْضَى أَن تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ إِنَّ اللهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا

Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah sekumpulan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu sambil menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) telah sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang kumpulan yang kedua yang belum bersolat, lalu bersolatlah mereka denganmu sambil bersiap-sedia dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu jika kamu menghadapi kesusahan kerana hujan atau kerana kerana kamu memang sakit; dan bersiap-sedialah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang hina bagi orang-orang kafir itu. [An-Nisa’:102].

Dalam ayat ini terdapat dalil yang tegas mengenai kewajipan solat berjemaah. Ia tidak boleh ditinggalkan, kecuali ada uzur, seperti: ketakutan atau sakit.

وَأَقِيمُوا الصَّلاَةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’. [Al-Baqarah:43).

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَاْلأَصَالِ رِجَالُُ لاَّتُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَبَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَآءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَاْلأَبْصَارُ

Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut namaNya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, mendirikan solat, dan membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. [An-Nur:36-37].

قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَابَدَأَكُمْ تَعُودُونَ

Katakanlah,”Tuhanku menyuruh menegakkan keadilan.” Dan (katakanlah),”Luruskan wajah (diri)mu dalam setiap solat dan sembahlah Allah dengan ikhlas kepadaNya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan, (demikian pulalah) kamu akan kembali kepadaNya.” [Al-A’raf:29].

Dalil-Dalil Hadis

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ

Demi zat yang jiwaku ada di tanganNya, sungguh aku bertekad meminta dikumpulkan kayu api, lalu dikeringkan (agar mudah dijadikan kayu api). Kemudian aku perintahkan solat, lalu ada yang melaungkan azan. Kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat dan aku tidak berjemaah untuk menemui orang-orang (lelaki yang tidak berjemaah). Lalu aku bakar rumah-rumah mereka.[ Sahih al-Bukhari: 608 dan Sahih Muslim: 1041]

أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ أَعْمَى فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي إِلَى الْمَسْجِدِ فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ فَرَخَّصَ لَهُ فَلَمَّا وَلَّى دَعَاهُ فَقَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلَاةِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَأَجِبْ

Seorang buta datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata,“Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai seorang yang memimpinku ke masjid,” lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sehingga dibolehkan solat di rumah. Lalu Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan keringanan kepadanya. Ketika dia meninggalkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, lantas Rasulullah bertanya,“Apakah engkau mendengar panggilan azan solat?” Dia menjawab,“Ya.” Lalu Baginda berkata,“Penuhilah!” [Sahih Muslim: 1044]

مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ

Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan Syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian. [Sunan Abu Daud: 460, Sunan an-Nasaie: 738 dan Musnad Ahmad: 26242]

Recent Entries »