Category Archives: Do’a

Kenapa perlu berselawat?

menyintai-ALLAH

Fadhilat Selawat

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً ” قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Orang yang paling dekat dengan ku pada hari Kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atas ku.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, hadis no: 446, hadis hasan gharib] Read more

Doa Ketika Berbuka Puasa

للصائم دعوة مستجابة عند فطره فمتى تكون : قبل الإفطار أو في أثناءه أو بعده ؟ وهل من دعوات وردت عن النبي صلى الله عليه وسلم أو دعاء تشيرون به في مثل هذا الوقت ؟.

Soalan:

 

Ketika berbuka puasa merupakan waktu doa mustajab untuk orang yang berpuasa. Bilakah waktu tersebut. Apakah ia sebelum berbuka, atau ketika berbuka, atau selepas berbuka puasa?

 

Adakah wujud doa-doa daripada Nabi saw ketika waktu berbuka, atau bolehkah anda tunjukkan doa yang patut dibaca pada saat berbuka. Read more

Apabila Petir Bertasbih

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Sahabat-sahabat semua, adakah kita pernah dengar petir bertasbih? Rupa-rupanya itulah yang berlaku ketika kilat sabung menyabung.

عن عبد الله بن الزبير أنه كان إذا سمع الرعد ترك الحديث وقال

 

Abdullah ibn Zubair r.a apabila mendengar petir, beliau akan berhenti bercakap, lalu membaca

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

 (Mahasuci Allah yang mana petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya kerana rasa takut kepada-Nya) [Surah ar-Ra’d : 13]

ثم يقول : إن هذا لوعيد شديد لأهل الأرض

kemudian Abdullah bin Zubair r.a berkata: Sesungguhnya ini merupakan satu amaran keras (daripada Allah) kepada penghuni bumi. [HR Imam al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, Sahih al-Adab al-Mufrad: 556]

 

Hujan merupakan lambang kekuasaan Allah.

 

Ketika hujan turun, apakah kita merenung, dan melihat pokok yang menghijau di sekeliling kita? Apakah kita pernah cuba memikirkan bagaimana suburnya pokok pisang, pokok rambutan, mahupun pokok cili api yang kita tanam. Mungkin kita selalu teringat bagaimana kita membajainya, mungkin kita sering apabila mendapat keuntungan hasil pertanian ini, kita sering teringat bagaimana jerih-perih kita menanamnya.

 

Tetapi, kadang-kala kita lupa kepada hujan yang Allah turunkan, yang melembutkan tanah yang keras, menjadikan bumi yang gersang subur untuk tumbuhan. Allah mengingatkan kita kepada nikmat hujan yang sering kita lupakan.

 

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنَّكَ تَرَى الأرْضَ خَاشِعَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ إِنَّ الَّذِي أَحْيَاهَا

لَمُحْيِي الْمَوْتَى إِنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Dan di antara tanda-tanda-Nya ialah engkau melihat bumi yang kering, maka apabila Kami turunkan air ke atasnya, maka ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” ( Fushshilat : 39)

 

Allah turut mengingatkan kita tentang air yang kita minum.

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ – أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُون

“Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?” (QS. Al Waqi’ah [56]: 68-69)

Hujan yang kita pandang enteng, kadang-kala kita hinanya hanya kerana membuatkan kain yang sudah kering basah, menyebabkan kotornya kereta yang baru dibasuh, sungguh banyak kali Allah sentuh dalam al-Quran.

 

Hujan Membawa Rahmat

Hujan bukan hanya membawa rahmat daripada segi materialistik. Jika di atas Allah mengingatkan manusia yang sering lupa tentang nikmat materialistik yang terhasil daripada hujan, jangan juga dilupa bahawa rahmat yang Allah utuskan melalui hujan turut merangkumi nikmat yang tak mampu disentuh, tak mampu dihidu, tak mampu dilihat. Apakah nikmat itu? Iaitu nikmat mustajabnya doa. Ya, mustajabnya doa yang mana nikmat ini hanya mampu dirasai oleh insan-insan yang beriman kepada Allah.

عَنْ مَكْحُولٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ قَالَ : ” اطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ “

Nabi saw bersabda: Mintalah doa yang mustajab ketika bertemunya dua pasukan tentera (di medan perang), ketika solat ingin didirikan, dan ketika turunnya hujan.

[HR al-Baihaqi di dalam Ma’rifatus Sunan wal Athar: 1795]

 

Selain daripada itu, Nabi Muhammad saw telah mengajarkan kita doa yang patut dibaca tatkala hujan turun menyirami bumi.

 

عَنْ عَائِشَةَ ، ” أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ ، قَالَ : اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا “

‘Aisyah ra berkata: Rasulullah saw apabila melihat hujan turun, baginda saw membaca: Allahumma Soyyiban Nafi’a (Ya Allah, turunkan hujan yang bermanfaat) [Sahih al-Bukhari: 980]

 

Bacalah doa ini, selepas itu bacalah apa-apa doa yang kita mahu. Mahu dapat 4 flat, mahu bernikah dengan gadis solehah yang selalu dilihat ditemui, mahu mendapat pekerjaan yang bagus, mahu jadi anak yang soleh berdoalah kita dengan apa-apa bahasa sekalipun.

 

Tidak lupa jua, ketika petir bertasbihlah kita, sebagaimana bertasbihnya Abdullah ibn Zubair, kerana petir turut bertasbih, sebagaimana riwayat pada awal mukadimah tulisan ini.

 

Doa Tolak Hujan?

Ketika hujan adalah saat doa mustajab, maka tidaklah salahnya jika kita berdoa agar Allah menghentikan atau memindahkan hujan yang turun ke tempat lain, tatkala kita melihat ada keperluan melakukannya.

 

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, dan bukannya turun untuk merosakkan kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, kawasan lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok. [Sahih al-Bukhari: 964]

 

Mengambil Berkat Hujan?

Terdapat sebuah hadis yang menarik

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ أَنَسٌ : ” أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ ، قَالَ : فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ حَتَّى أَصَابَهُ مِنَ الْمَطَرِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا ؟ قَالَ : ” لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى ” .

Anas ra berkata: Kami bersama-sama Rasulullah saw pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah saw menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya). Kami bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa engkau lakukan hal ini. Baginda saw menjawab: Kerana ia adalah makhluk yang Allah baru ciptakan. [Sahih Muslim: 1500]

Imam an-Nawawi menghuraikan hadis di atas:

معناه أن المطر رحمة ، وهي قريبة العهد بخلق الله تعالى لها فيتبرك بها . وفي هذا الحديث دليل لقول أصحابنا أنه يستحب عند أول المطر أن يكشف غير عورته ليناله المطر ، واستدلوا بهذا وفيه أن المفضول إذا رأى من الفاضل شيئا لا يعرفه أن يسأله عنه ليعلمه فيعمل به ويعلمه غيره .

Hadis ini bermaksud: Hujan adalah rahmat, ia merupakan ciptaan Allah yang baru sahaja diciptakan, maka Nabi saw mengambil bertabarruk (ambil berkat) dengannya. Hadis ini merupakan dalil kepada pendapat ulama mazhab Syafie bahawa digalakkan untuk membuka (tubuh) yang bukan aurat pada awal turunnya hujan, agar air hujan dapat kena padanya. Hadis ini jua menunjukkan apabila seseorang melihat orang yang lebih mulia/alim melakukan sesuatu, sedangkan dia tidak mengetahuinya, maka hendaklah orang itu bertanya kepada orang yang lebih mulia tadi agar dapat mengamalkannya, dan mengajarkan orang lain. [Syarah Sahih Muslim]

 

Sumber:

Musim Hujan Telah Tiba

http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/musim-hujan-telah-tiba-1.html

Ensiklopedia Hadis

http://islamweb.net/hadith/

Ensiklopedia Hadis

http://www.dorar.net/enc/hadith

Koleksi Doa Iftitah

a)   اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
Ya Allah, jauhkanlah di antara aku dengan kesalahanku, sebagaimana Engkau telah menjauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada kesalahanku, sebagaimana engkau telah membersihkan pakaian yang putih daripada kotoran. Ya Allah, cucilah kesalahanku dengan air, salji dan ais [Sahih al-Bukhari][1]
b) : ” وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ، إِنَّ صَلَاتِي ، وَنُسُكِي ، وَمَحْيَايَ ، وَمَمَاتِي ، لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، لَا شَرِيكَ لَهُ ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ، أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ ، ظَلَمْتُ نَفْسِي ، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا ، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ ، لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا ، لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ ، أَنَا بِكَ ، وَإِلَيْكَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Aku menghadapkan wajah ku dengan ikhlas (di dalam Islam) kepada yang telah menciptakan langit dan bumi, dan tidaklah aku di kalangan orang-orang Musyrikin. Sesungguhnya solatku, korbanku, kehidupanku, dan kematianku adalah untuk Allah. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan itulah aku diperintahkan, dan aku daripada kalangan kaum Muslimin. Ya Allah, Engkauhlah Raja, Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau adalah Tuhanku, dan aku merupakan hambaMu. Aku telah menzalimi diriku sendiri, dan aku mengaku tentang dosaku. Maka ampunkanlah dosa-dosa ku kesemuanya. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Tunjukilah aku ke arah akhlak yang terbaik. Tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepada ku kea rah akhlak yang terbaik melainkan Engkau. Selamatkan diriku dari akhlak yang terburuk. Tiada siapa yang dapat menyelamatkan aku daripada akhlak yang terburuk kecuali Engkau. Aku di sini dan aku berbahagia untuk berkhidmat kepadaMu. Semua kebaikan di tanganMu, kejahatan pula bukan daripadaNya. Aku bersama Engkau, aku bersamaMu dan kepadaMu wahai yang penuh barakah dan Maha Tinggi. Aku memohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadamu. [Muslim][2]
c)  سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَتَعَالَى جَدُّكَ ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُك
Maha Suci Engkau Ya Allah, dan segala puji untuk Mu, namaMu yang penuh barakah, kekuasaanMu yang Maha Tinggi, dan Tiada yang berhak diibadahi selain Engkau [Musnad Imam Ahmad][3]
d) اللَّهُ أَكْبَرُ ، الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Allah Maha Besar. Segala pujian bagi Allah dengan sebenar-benar pujian yang banyak, baik dan diberkati [Sunan an-Nasaie][4]
e)  اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Allah benar-benar Maha Besar, Segala pujian yang melimpah ruah untukNya, Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang [Muslim][5]
f)     اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ ، وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ، وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ ، وَالنَّارُ حَقٌّ ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ , وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ , وَالسَّاعَةُ حَقٌّ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ، أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ
Ya Allah, untukMu segala pujian. Engkaulah yang membangunkan langit dan bumi dan apa yang ada padanya. UntukMu segala pujian, untukMu pemerintahan langin dan bumi dan apa yang ada padanya. UntukMu segala pujian, Engkaulah cahaya langit dan bumi. UntukMu segala pujian, Engkau adalah realiti, janjiMu adalah realiti, pertemuan denganMu adalah realiti, syurga adalah  realiti, neraka adalah realiti, nabi-nabi adalah realiti, Muhammad Sallallahu ‘alaihi  wa sallam adalah realiti, hari kiamat adalah realiti. Ya Allah, kepada Engkau aku menyerah diri, dengan Engkau aku beriman, ke atas Engkau aku bertawakkal, kepada Engkau aku bertaubat, dengan Engkau aku berjuang, kepada Engkau aku berhakim, maka ampunilah aku apa-apa yang telah aku lakukan dan akan aku lakukan, apa-apa yang aku sembunyikan dan apa-apa yang aku zahirkan. Engkaulah Yang Pertama dan Yang Terakhir, tiada yang berhak diibadahi selain Engkau [Sahih Muslim][6]
g)  اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ ، وَمِيكَائِيلَ ، وَإِسْرَافِيلَ ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail, dan Israfil. Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang Menghakimi hamba-hambaMu di dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukkilah aku dengan izinmu kepada kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kea rah Sirat al-Mustaqim kepada sesiapa yang Engkau Kehendaki [Sahih Muslim][7]
h)      Bertakbir sepuluh kali, tasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali, istighfar sepuluh kali kemudian membaca sebanyak sepuluh kali:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي
Ya Allah, ampuni aku, berikan aku petunjuk, dan berikan aku rezeki.
Kemudian membaca:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kesempitan di hari kiamat [Musnad Ahmad][8]

[1] حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ الْقَعْقَاعِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو زُرْعَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ ، قَالَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْكُتُ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَبَيْنَ الْقِرَاءَةِ إِسْكَاتَةً ، قَالَ : أَحْسِبُهُ ، قَالَ : هُنَيَّةً ، فَقُلْتُ بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ إِسْكَاتُكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ مَا تَقُولُ ، قَالَ : أَقُولُ اللَّهُمَّ بَاعِدْ 
Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mendiamkan diri dalam jangka masa yang pendek di antara takbir dan membaca surah. Aku (Abu Hurairah) berkata: Demi bapa dan ibuku wahai Rasulullah, apakah yang engkau baca ketika engkau senyap di antara takbir dan membaca surah. Jawab Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam: Aku membaca..(baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca doa di atas) [Sahih al-Bukhari: 706]
[2] حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ ، حَدَّثَنَا يُوسُفُ الْمَاجِشُونُ ، حَدَّثَنِي أَبِي ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَعْرَجِ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ ، عَنْعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ، عَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ كَانَ إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ ، قَالَ : ” وَجَّهْتُ …..، وَإِذَا رَكَعَ ، قَالَ ……
Daripada ‘Ali bin Abi Talib Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika bangun bersolat di waktu malam, baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca: (doa di atas). Apabila ruku’ membaca….. [Sahih Muslim: 1296]
[3] حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ ، قَالَ : حدثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ عَلِيٍّ ، عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ قَالَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ…..
Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memulakan solatnya, baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca: (doa di atas) [Musnad Ahmad: 11445]
[4] رقم الحديث: 963
962 (
حديث مرفوعأَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، قَالَ : نا حَجَّاجٌ ، قَالَ : نا حَمَّادٌ ، عَنْ ثَابِتٍ ، وَقَتَادَةَ ، وَحُمَيْدٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، أَنَّهُ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يُصَلِّي بِنَا إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ فَدَخَلَ الْمَسْجِدَ ، وَقَدْ حَفَزَهُ النَّفَسُ ، فَقَالَ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاتَهُ ، قَالَ : أَيُّكُمُ الَّذِي تَكَلَّمَ بِكَلِمَاتٍ ؟ ” فَأَرَمَّ الْقَوْمُ ، قَالَ : ” إِنَّهُ لَمْ يَقُلْ بَأْسًا ” ، قَالَ : أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، جِئْتُ وَقَدْ حَفَزَنِي النَّفَسُ فَقُلْتُهَا ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَقَدْ رَأَيْتُ اثْنَيْ عَشَرَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَرْفَعُهَا ” .
Sunan an-Nasai
[5] حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيل ابْنُ عُلَيَّةَ ، أَخْبَرَنِي الْحَجَّاجُ بْنُ أَبِي عُثْمَانَ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ ، عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ ،عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : ” بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنِ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا ؟ ” ، قَالَ رَجُلٌ مِنِ الْقَوْمِ : أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : ” عَجِبْتُ لَهَا ، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ ” ، قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَمَا تَرَكْتُهُنَّ ، مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ ذَلِكَ
Daripada Ibn Umar Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Ketika kami sedang solat bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila seorang lelaki membaca: (doa di atas), maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya: Siapakah pembaca kalimah itu dan ini? Jawab seorang lelaki di kalangan mereka: saya wahai Rasulullah. Lalu baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Aku takjub kepadanya, telah dibuka baginya pintu-pintu langit. Kata Ibn Umar: Aku tidak meninggalkannya (tidak meninggalkan membacanya) semenjak aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata sedemikian. [Muslim: 948]
[6]  حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ : حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ : حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ أَبِي مُسْلِمٍ ، عَنْ طَاوُسٍ ، سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا , قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ , قَالَ : اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ ….
Daripada Ibn Abbas Radiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila bangun malam melakukan solat tahajud, baginda membaca..( doa di atas) [Sahih al-Bukhari: 1060]
[7] حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، وَمُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ ، وَعَبْدُ بْنُ حميد ، وأبو معن الرقاشي ، قَالُوا : حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ بْنُ عَمَّارٍ ،حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ ، حَدَّثَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ ، بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْتَتِحُ صَلَاتَهُ ، إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ ؟ قَالَتْ كَانَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ افْتَتَحَ صَلَاتَهُ ” اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ …..
Daripada Abu Salamah Radiallahu ‘anhu: Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anha: Dengan apakah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam membuka solatnya. ‘Aisyah menjawab: Apabila bangun malam, baginda membuka solatnya dengan membaca (doa di atas) [Sahih Muslim: 1295]
[8] رقم الحديث: 24540
(
حديث مرفوعحَدَّثَنَا يَزِيدُ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا الْأَصْبَغُ ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي رَبِيعَةُ الْجُرَشِيُّ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ، فَقُلْتُ : مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ ؟ وَبِمَ كَانَ يَسْتَفْتِحُ ؟ قَالَتْ كَانَ يُكَبِّرُ عَشْرًا وَيُسَبِّحُ عَشْرًا ، وَيُهَلِّلُ عَشْرًا ، وَيَسْتَغْفِرُ عَشْرًا ، وَيَقُولُ : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي ” عَشْرًا ، وَيَقُولُ : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ ” عَشْرًا .
Daripada Rabi’ah al-Jarsyi, aku bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anha: Apakah yang dibaca oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika melakukan solat malam? Dan dengan apa pula baginda membuka solatnya? ‘Aisyah menjawab: Baginda bertakbir sepuluh kali, bertasbih sepuluh kali, tahlil sepuluh kali dan beristighfar sepuluh kali, kemudian membaca doa ‘اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي’ sepuluh kali, kemudian membaca اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الضِّيقِ يَوْمَ الْحِسَابِ sepuluh kali. [Musnad Ahmad: 24250]

Doa Sebelum Salam

Doa-Doa Selepas Selesai Membaca Tahiyyat Akhir, Sebelum Memberi Salam
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال
1)     Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.[1]
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
2)     Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.[2]

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ ، وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ
3)     Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan yang belum aku lakukan.[3]
اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا
4)     Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.[4]
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
5)     Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.[5]

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
6)     Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang Menjadi tempat bergantung semua makhluk, Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.[6]
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ ، وَمَا أَسْرَفْتُ ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
7)     Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.[7]
Sumber:
Sifat Solat Nabi oleh Shaikh al-Albani
Ensiklopedia hadis http://islamweb.net/hadith/


[1]حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ ، وَابْنُ نُمَيْرٍ ، وَأَبُو كُرَيْبٍ ، وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ جَمِيعًا ، عَنْ وَكِيعٍ ، قَالَ أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، حَدَّثَنَا الأَوْزَاعِيُّ ، عَنْ حَسَّانَ بْنِعَطِيَّةَ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي عَائِشَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِالدَّجَّالِ “
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang kamu telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat perkara: Iaitu dengan membaca: (doa di atas) [Sahih Muslim: 929]
[2] حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ ، عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلَاةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ،اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ مِنَ الْمَغْرَمِ ، فَقَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ ” ، وَعَنْ الزُّهْرِيِّ ،قَالَ : أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ ، أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَعِيذُ فِي صَلَاتِهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ .
Daripada ‘Aisyah RA, isteri kepada Rasulullah SAW, beliau memberitahu: Rasulullah SAW sering berdoa di dalam solatnya (doa di atas). Seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW: Kenapakah engkau sering berlindung daripada beban hutang? Baginda SAW menjawab: Sesungguhnya seseorang apabila dia dibebani hutang, apabila dia berbicara dia akan berdusta, apabila dia berjanji, dia akan mungkiri. [Sahih al-Bukhari: 793]
[3] أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، أنا جَرِيرٌ ، عَنْ مَنْصُورٍ ، عَنْ هِلالِ بْنِ يَسَافٍ ، عَنْ فَرْوَةَ بْنِ نَوْفَلٍ ، قَالَ : قُلْتُ لِعَائِشَةَ ، حَدِّثِينِي بِشَيْءٍ ، كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّىاللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو بِهِ فِي صَلاتِهِ ، فَقَالَتْ : نَعَمْ ، كَانَ يَقُولُ : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ ، وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ ” .
Daripada Farwah bin Naufal, dia berkata: Aku telah berkata kepada ‘Aisyah RA: Tolong beritahu sesuatu kepadaku, iaitu tentang apakah yang Rasulullah SAW doakan di dalam solatnya. ‘Aisyah RA menjawab: Baik. Baginda SAW sering membaca: (doa di atas) [Sunan an-Nasai: 1213]
[4] عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ فِي بَعْضِ صَلاتِهِ : ” اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا ” ، فَلَمَّا انْصَرَفَ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، مَا الْحِسَابُ الْيَسِيرُ ؟ قَالَ : ” يُنْظَرُ فِي كِتَابِهِ ، وَيَتَجَاوَزُ لَهُ عَنْهُ ، وَإِنَّهُ مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ يَوْمَئِذٍ يَا عَائِشَةُ هَلَكَ ، وَكُلُّ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةُ تَشُوكُهُ “.
‘Aisyah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW membaca di dalam sebahagian solatnya: (doa di atas). Selepas baginda s.a.w selesai solat. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud perhitungan yang ringan? Baginda SAW menjawab: (Malaikat) akan melihat pada kitabnya (kitab catatan amal), lalu dia dimaafkan begitu sahaja. Sesungguhnya sesiapa yang dibincangkan perhitungan (amalnya) wahai ‘Aisyah, sungguh dia telah celaka. Setiap apa yang menimpa orang beriman, Allah akan menghapuskan dosanya, hatta kalau sekadar duri yang mencucuknya [Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi: 252]
[5] حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا اللَّيْثُ ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ ، عَنْ أَبِي الْخَيْرِ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّهُ قَالَلِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي ، قَالَ : ” قُلْ ، اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةًمِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ” .
Daripada Abu Bakar as-Siddiq RA bahawa beliau berkata kepada Rasulullah SAW: Ajarilah aku doa yang boleh aku berdoa dengannya di dalam solatku. Baginda SAW menjawab: Bacalah: (doa di atas). [Sahih al-Bukhari: 794]
[6] حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو أَبُو مَعْمَرٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ ، حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ الْمُعَلِّمُ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ حَنْظَلَةَ بْنِ عَلِيٍّ ، أَنَّ مِحْجَنَ بْنَ الْأَدْرَعِ حَدَّثَهُ ،قَالَ : دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَسْجِدَ ، فَإِذَا هُوَ بِرَجُلٍ قَدْ قَضَى صَلَاتَهُ وَهُوَ يَتَشَهَّدُ ، وَهُوَ يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْيُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ، قَالَ : فَقَالَ : ” قَدْ غُفِرَ لَهُ ، قَدْ غُفِرَ لَهُ ” ثَلَاثًا .
Mihjan bin al-Adra’ berkata: Rasulullah SAW masuk ke dalam masjid, ketika itu seorang lelaki sedang mendirikan solat, lelaki itu bertasyahud dan membaca: (doa di atas). Rasulullah SAW pun berkata: Sesungguhnya dia telah diampuni, sesungguhnya dia telah diampuni (sebanyak tiga kali). [Sunan Abi Daud: 837]
[7] حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبِي ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ عَمِّهِ الْمَاجِشُونِ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْأَعْرَجِ ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِبْنِ أَبِي رَافِعٍ ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ، قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ مِنَ الصَّلَاةِ ، قَالَ : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ ، وَمَا أَسْرَرْتُوَمَا أَعْلَنْتُ ، وَمَا أَسْرَفْتُ ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ” .
 ‘Ali Bin Abi Talib RA berkata: Rasulullah SAW apabila (hendak) salam daripada solat, baginda SAW membaca: (doa di atas). [Sunan Abi Daud: 1293]