Category Archives: Hadis

Kenapa perlu berniat?

niat yang ikhlas

عَنْ عُمَرَ – رضي الله عنه – ، قال : سَمِعْتُ رَسولَ اللهِ – صلى الله عليه وسلم -يقولُ : (( إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ يَنْكِحُهَا(1) فهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليهِ )) . رواهُ البُخاريُّ ومُسلِمٌ

‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya amalan itu mesti dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang dia niatkan. Sesiapa yang hijrahnya ialah kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahnya ialah ialah kepada Allah dan rasulNya. Sesiapa yang hijrahnya adalah untuk dunia yang akan dia perolehi, atau wanita yang akan dia nikahi. Maka hijrahnya itu untuk apa (tujuan) dia berhijrah kepadanya. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Read more

Kanak-kanak bukan Muslim yang mati, di syurga atau neraka?

Kanak-kanak di syurga

Kanak-kanak yang mati sebelum baligh

لَمَّا تُوُفِّيَ إِبْرَاهِيمُ ـ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ـ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِنَّ لَهُ مُرْضِعًا فِي الْجَنَّةِ ‏”‏‏.‏

Al-Bara’ radiallahu ‘anhu berkata: Ketika meninggalnya Ibrahim, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya dia mempunyai ibu susu di syurga.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, no: 1382]

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِنِسْوَةٍ مِنَ الأَنْصَارِ ” لاَ يَمُوتُ لإِحْدَاكُنَّ ثَلاَثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ فَتَحْتَسِبَهُ إِلاَّ دَخَلَتِ الْجَنَّةَ “. فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ أَوِ اثْنَيْنِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ “أَوِ اثْنَيْنِ “.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada wanita Ansar: Tidaklah mati tiga orang anak kepada salah seorang kalian, lalu si ibu itu menyerahkan hal itu kepada Allah melainkan wanita itu akan masuk syurga. Seorang wanita daripada mereka bertanya: Bagaimana jika dua orang ya Rasulullah? Baginda menjawab: Atau jika dua orang (si ibu tetap mendapat kelebihan itu). [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2632]

Dalam riwayat Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa ia merujuk kepada anak yang belum baligh:

يَمُوتُ لَهُ ثَلاَثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ لَمْ يَبْلُغُوا الْحِنْثَ

Matinya tiga orang anak yang belum baligh…. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Qiil Fi Awlad al-Muslimin, hadis no: 1381]. Read more

Bagaimanakah rasanya ketika roh kita ditarik?

Kubur Mengikut Sunnah

Tahukah kita apa yang akan terjadi kepada kita ketika kita meninggal dunia? Apakah yang akan berlaku ketika roh kita ditarik.

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ ، قَالَ : خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فِي جِنَازَةِ رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ ، فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْقَبْرِ ، وَلَمَّا يُلْحَدْ ، فَجَلَسَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ ، كَأَنَّ عَلَى رُؤُوسِنَا الطَّيْرَ ، وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ فِي الأَرْضِ ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ ، فَقَالَ : اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ مَرَّتَيْنِ ، أَوْ ثَلاَثًا

Al-Bara’ bin ‘Azib radiallahu ‘anhu berkata: “Kami pernah menghantar jenazah seorang lelaki Ansar bersama Nabi sallahu `alaihi wassallam. Sebaik sahaja tiba di kubur dan ketika jenazah itu dimasukkan ke liang lahad, maka Rasulullah sallahu `alaihi wassallam pun duduk, lalu kami pun duduk di sekeliling baginda. Suasana menjadi hening seakan-akan di atas kepala kami terdapat seekor burung. Nabi sallahu `alaihi wassallam memegang sebilah lidi seraya mencungkil-cungkil tanah, kemudian mengangkat kepalanya. Kemudian baginda bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada azab kubur. Baginda mengulang-ulang ucapannya itu sebanyak dua atau tiga kali” Read more

Bilakah berlakunya Isra’ dan Mi’raj?

PENGENALAN ISRA’ DAN MI’RAJ

Isra’ merupakan perjalanan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dari Mekah ke Baitulmaqdis.

سُبْحَانَ الَّذِى أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِى بَارَكْنَا لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إِنَّهُ هُوَالْسَمِيْعُ الْبَصِيْرُ

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Al-Isra’ : 1]

Mi’raj pula ialah naiknya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ke langit.

 

وَهُوَباِلْأُفُقِ الْأَعْلىَ (٧) ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّى (٨) فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى (٩) فَأَوْحَى إِلَى عَبْدِهِ مَا أَوْحَى (١٠) مَا كَذَبَ اْلفُؤَادُ مَا رَأَى (١١) أَفَتُمَارُوْنَهُ عَلَى مَايَرَى (١٢) وَلَقَدْ رَءَاهُ نَزْلَةً أُخْرَى (١٣) عِنْدَ سِدْرَةِ اْلمُنْتَهَى (١٤) عِنْدَهَا جَنَّةُ اْلمَأْوَى (١٥) إِذْيَغْشَى الْسِّدْرَةَ مَايَغْشَى (١٦) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (١٧) لَقَدْ رَأَى مِنْ ءَايَاتِهِ اْلكُبْرَى (١٨)

sedang dia berada di ufuk yang tinggi. (7) Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi, (8) maka jadilah dia dekat [pada Muhammad sejarak] dua hujung busur panah atau lebih dekat [lagi]. (9) Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya [Muhammad] apa yang telah Allah wahyukan. (10) Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya [1]. (11) Maka apakah kamu [musyrikin Mekah] hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya? (12) Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu [dalam rupanya yang asli] pada waktu yang lain, (13) [yaitu] di Sidratil Muntaha. (14) Di dekatnya ada syurga tempat tinggal, (15) [Muhammad melihat Jibril] ketika Sidratulmuntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. (16) Penglihatannya [Muhammad] tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak [pula] melampauinya. (17) Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda [kekuasaan] Tuhannya yang paling besar. (18) [An-Najm : 7-18]

Bilakah berlakunya Isra’ dan Mi’raj? Read more

Wanita Hitam Penghuni Syurga

muslimah2
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ: أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ أَخْبَرَنَا مَخْلَدٌ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ أَنَّهُ رَأَى أُمَّ زُفَرَ تِلْكَ امْرَأَةً طَوِيلَةً سَوْدَاءَ عَلَى سِتْرِ الْكَعْبَةِ

‘Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata kepada: Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga. Aku menjawab: Sudah pasti ! Ibn ‘Abbas berkata: Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu dia berkata kepada baginda: Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang), aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku.  Read more

Istiqamah Atas Ketaatan

conf-morning-apr-09-sm

Terdapat banyak arahan dan suruhan untuk manusia istiqamah.

Allah berfirman:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ

Istiqamahlah kami sebagaimana kamu diarahkan. [Hud : 112]

Dr. Wahbah az-Zuhaily di dalam Tafsir al-Munir menyatakan:

والمقصود بهذا الأمر الدّوام والاستمرار على ما هو عليه

Maksud arahan ini (iaitu untuk istiqamah) ialah sentiasa dan berterusan di atas yang dia lakukan.

Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyatakan di dalam Syarah Riadussolihin:

الاستقامة هي أن يثبت الإنسان على شريعة الله سبحانه وتعالى كما أمر الله

Istiqamah ialah tetapnya seseorang melaksanakan syariat Allah sebagaimana yang Allah arahkan. Read more

Kenapa Berbangga Dengan Maksiat

banggadosa

KENAPA BERBANGGA DENGAN MAKSIAT?

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ ‏

Setiap orang daripada umat ku dimaafkan kecuali golongan yang melakukan maksiat secara terbuka. Sesungguhnya antara sifat tidak malu ialah apabila seseorang melakukan amal (maksiat) di waktu malam, kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutupi (aib)nya, lalu dia berkata: Ya fulan, malam tadi aku telah melakukan itu dan ini. Dia telah tidur dalam keadaan Allah menutupi aibnya, dan pada waktu pagi dia membuka aib yang Allah telah tutup itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6069]

Pengajaran: Read more

Bolehkah Main Sorok-Sorok Kasut Kawan?

Main-Main Sorok Kasut Kawan

Yazid bin Sa’id al-Kindi radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا يَأْخُذَنَّ أَحَدُكُمْ مَتَاعَ أَخِيهِ لَاعِبًا وَلَا جَادًّا ، وَمَنْ أَخَذَ عَصَا أَخِيهِ فَلْيَرُدَّهَا

Janganlah salah seorang daripada kalian mengambil barang saudaranya sama ada untuk bergurau senda atau benar-benar (mahu mengambilnya). Sesiapa yang mengambil tongkat saudaranya, hendaklah dia memulangkannya. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4352]

Shaikh Muhammad Shamsul Haq A~badi di dalam ‘Aunul Ma’bud menyebutkan:

قَالَ الْخَطَّابِيُّ : مَعْنَاهُ أَنْ يَأْخُذَهُ عَلَى وَجْهِ الْهَزْلِ وَسَبِيلِ الْمُزَاحِ ثُمَّ يَحْبِسُهُ عَنْهُ وَلَا يَرُدُّهُ فَيَصِيرُ ذَلِكَ جِدًّا

Imam al-Khattabi berkata: Ia bermaksud seseorang mengambil barangan itu untuk bergurau senda. Kemudian dia menyembunyikannya daripada pemilik barangan itu dan tidak memulangkannya, lalu hal itu menjadi serius.

Kata Shaikh lagi:

وَجْهُ النَّهْيِ عَنْ الْأَخْذِ جِدًّا ظَاهِرٌ لِأَنَّهُ سَرِقَةٌ وَأَمَّا النَّهْيُ عَنِ الْأَخْذِ لَعِبًا فَلِأَنَّهُ لَا فَائِدَةَ فِيهِ بَلْ قَدْ يَكُونُ سَبَبًا لِإِدْخَالِ الْغَيْظِ وَالْأَذَى عَلَى صَاحِبِ الْمَتَاعِ

Larangan mengambil barangan orang kerana benar-benar mahu mengambilnya jelas, kerana ia termasuk mencuri. Adapun larangan daripada mengambil barangan orang untuk bergurau senda adalah kerana ia tidak membawa sebarang faedah, bahkan ia menjadi sebab munculnya perasaan marah dan sakit hati di dalam diri pemilik barangan tersebut.

Shaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad berkata dalam Syarah Sunan Abi Daud:

لأن ذلك يفزعه ولو رده إليه وأعاده إليه، فإن ذلك إذا لم يكن عن علم منه فإن ذلك يدخل في نفسه الحزن والتألم

Ini kerana hal itu akan menakutkan pemilik barang tersebut walau pun akhirnya yang mengambil itu akan memulangkannya semula kerana dia tidak tahu bahawa (barang itu akan dipulangkan). Sesungguhnya hal itu akan menimbulkan rasa sedih dalam diri pemilik barang tersebut.

، ولا ينبغي في حق المسلم أن يحزن أخاه وأن يسيء إلى أخيه، بأن يجعله يتألم ويتأثر لأمر قد حصل له وهو لا يعلم من الذي أخذ هذا الشيء، وقد يفهم أنه أخذه إنسان سرقة، فيتأثر بذلك ويتألم بذلك.

Tidak wajar seorang Muslim menyebabkan saudara nya bersedih dan tidak wajar dia berkelakuan buruk kepada saudaranya dengan cara melakukan perkara yang akan menimbulkan gelisah di hati temannya kerana saudaranya itu tidak tahu siapa yang telah mengambil barangnya. Dia menyangka bahawa seseorang telah mencuri barang itu lalu dia akan bersedih.

Wallahua’lam.

 

 

[HADIS PALSU Ramadhan: Doa Malaikat Jibril]

palsuramadhan

[HADIS PALSU Ramadhan: Doa Malaikat Jibril]

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Terdapat sebuah hadis yang disebarkan berbunyi: Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali.

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh.

Setakat pengetahuan kami, hadis ini tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis, bahkan ia hanya muncul dalam 3-4 tahun yang lalu. Bahkan, ia hanya popular di Malaysia sahaja.

Ustaz Lokmanulhakim berkata:

Hadis Palsu yang paling masyhur setiap kali hampir masuk bulan Ramadhan ialah hadis tentang bermaaf-maafan kepada ibu bapa, suami isteri dan orang sekitar.

Ajaibnya, matan hadis ini hanya ada dalam versi Bahasa Melayu, dan tak pernah dijumpai versi Bahasa Arab.

Sangkaan kuat saya bahawa hadis palsu ini adalah rekaan orang Malaysia. Wallahu A’lam.

[Sumber: https://www.facebook.com/lokmanulhakim.hussain/posts/10201351211341580  ]

Kita tidak perlukan hadis palsu ini. Cukuplah dengan hadis yang sahih atau hasan. Antaranya ialah hadis yang benar seperti di bawah:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، ” أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى ، قَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟ قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ” .

Jabir bin ‘Abdullah berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menaiki minbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”,  kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali. Baginda menjawab: Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepada ku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.

[Al-Imam Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, hadis no: 640. Shaikh al-Albani berkata ia Sahih Lighairihi dalam Sahih al-Adab al-Mufrad]

Kami ingin memberi nasihat dan amaran kepada semua pembaca agar berhati-hati daripada menisbahkan sesuatu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Semaklah Sebelum Sebar!

Imam Muslim dalam Muqadimah Sahih Muslim membawakan beberapa hadis yang mengajar kita untuk berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ يَكْذِبْ عَلَىَّ يَلِجِ النَّارَ

Janganlah berdusta menggunakan diri ku, sesungguhnya sesiapa yang berdusta menggunakan diri ku nescaya akan masuk neraka [hadis no:2]

مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Sesiapa yang dengan sengaja berdusta menggunakan diri ku, maka dia menempah tempat duduk dalam neraka [hadis no: 4]

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Cukuplah seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang dia dengar [hadis no: 7]

Terdapat banyak lagi riwayat yang disebutkan oleh Imam Muslim dalam Muqadimah Sahihnya. Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja.

Berhati-hatilah kita!

pendusta