Category Archives: Keluarga Islami

Sunnahkah Merahsiakan Pertunangan?

cincin tunang dan kahwin

Terdapat sebuah riwayat berbunyi:

أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة
Hebahkanlah pernikahan, dan sembunyikanlah pertunangan. 

Riwayat ini diriwayatkan oleh Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Shaikh al-Albani al-Silsilah ad-Dhaifah menyatakan bahawa riwayat ini lemah.

Sebahagian ulama menggalakkan agar pertunangan dirahsiakan untuk mengelakkan mudharat jika ada orang yang cemburu.

Ini berdasarkan keumuman riwayat berikut:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” اسْتَعِينُوا عَلَى إِنْجَاحِ الْحَوَائِجِ بِالْكِتْمَانِ ، فَإِنَّ كُلَّ ذِي نِعْمَةٍ مَحْسُودٌ
Mu’az bin Jabal radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Mohonlah pertolongan dalam menjayakan hajat mu dengan merahsiakan ia. Sesungguhnya sesiapa yang memperolehi nikmat akan dicemburui.
[Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir hadis no: 16639, Shaikh al-Albani menyatakan ia Sahih dalam Sahih al-Jami’]

Lalu bolehkah diadakan kenduri pertunangan?

Fatwa di bawah seliaan Shaikh Salih al-Munajid menyatakan:

وأما إقامة حفل للخطوبة فهو من الأمور التي اعتادها كثير من الناس ، ولا حرج في ذلك إن شاء الله تعالى .
Adapun berkaitan menganjurkan kenduri pertunangan, ia merupakan sebahagian urusan adat kebiasaan manusia. Tiada masalah dalam hal ini, Insya-Allah. (http://islamqa.info/ar/67884)

Di dalam fatwa lain disebutkan:
وما يفعله بعض المسلمين من إعلان الخطبة وما يقيمونه من أفراح وما يقدمونه من هدايا كل ذلك هو من باب العادات التي هي مباحة في الأصل ولا يحرم منها إلا ما دل الشرع على تحريمه ،
Apa yang dilakukan oleh sebahagian kaum Muslimin iaitu menghebahkan pertunangan, menganjurkan majlis kenduri, memberi hadiah, ini semua daripada bab adat istiadat yang boleh dilakukan pada hukum asalnya. Ia tidak diharamkan melainkan adanya dalil syara’ menunjukkan pengharamannya. ( http://islamqa.info/ar/20069 )

Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah pertunangan tidaklah menjadikan seseorang itu mahram. Maka hubungan mereka masih lagi hubungan bukan mahram, lalu perlu dijaga tatatusila. Tidak seperti budaya sebahagian masyarakat kita, di mana pasangan yang sudah bertunang bebas untuk pergi ke sana ke sini bersama, bergambar berdua, makan bersama, di atas alasan untuk saling mengenali antara satu sama lain.

MEMASAK DAN MENGEMAS RUMAH: KERJA SUAMI ATAU ISTERI?

suami tolong isteri

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشْكُو إِلَيْهِ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى وَبَلَغَهَا أَنَّهُ جَاءَهُ رَقِيقٌ فَلَمْ تُصَادِفْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَجَاءَ فَقَعَدَ بَيْنِي وَبَيْنَهَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى بَطْنِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى خَيْرٍ مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَوْ أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا فَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Daripada Ali radiallahu ‘anhu, bahawa Fatimah radiallahu ‘anhu datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mengadu tentang tangannya yang cedera disebabkan alat menggiling. Dia mendapat tahu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mendapat beberapa hamba perempuan, akan tetapi dia tidak dapat menemui baginda. Fatimah pun memberitahu hal itu kepada ‘Aisyah ra. Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pulang, ‘Aisyah memberitahu baginda tentang hal tersebut. Ali menyatakan: Lalu baginda pun datang kepada kami ketika kami sudah di tempat tidur, lalu kami pun bangun. Akan tetapi Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh kami dengan berkata: Tetaplah di tempat tidur kamu berdua. Baginda datang lalu duduk di antara ku dan Fatimah sehingga aku dapat merasai kesejukan kedua kaki baginda pada perut ku. Baginda berkata: Mahukah aku tunjukkan kepada kalian apa yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu mahu tidur, bertasbihlah 33 kali, tahmidlah 33 kali, dan bertakbirlah 34 kali. Itu lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu.[1]

Read more

APA PERLU DIBUAT UNTUK MENCEGAH MASALAH SEKSUAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA?

child abuse

Bagaimana kanak-kanak berumur 7 tahun sudah pandai berzina? Kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak berumur 7 tahun yang ‘merogol’ seorang kanak-kanak berumur 6 tahun.

Timbul satu persoalan, bagaimana kanak-kanak seawal usia ini tahu untuk melakukannya? Adakah mereka pernah menyaksikan ibu bapa mereka sendiri melakukannya lantaran mereka masih tidur sebilik dengan ibu bapa mereka?

Atau adakah mereka melihat video-video porno yang sangat mudah diakses apabila mereka mempunyai gajet sendiri? Read more

Cinta Hingga Hujung Nyawa

partai_nikah_muda_indonesia

Kisah Suami Yang Setia

 

Walau bercerai, akhirnya cinta bertaut semula hingga ke hujung usia si isteri. Kasih cinta si suami tidak hilang walau si isteri sudah tiada.

 

Al-Maqrizi rahimahullah dalam kitabnya دُرَرُ الْعُقُوْدِ الْفَرِيْدَةِ فِي تَرَاجُمِ الْأَعْيَانِ الْمُفِيْدَةِ  bercerita tentang isterinya yang solehah yang telah meninggal dunia dalam usia yang sangat muda iaitu 20 tahun. Isteri beliau bernama Safro bintu Umar rahimahllahu, beliau meninggal dunia pada tahun 790. Read more

CEMBURU ITU TIDAK BUTA

KECEMBURUAN DAN BELAS KASIHAN SEORANG SUAMI, PENGORBANAN DAN PEKANYA SEORANG ISTERI

 

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَتْ : تَزَوَّجَنِي الزُّبَيْرُ وَمَا لَهُ فِي الْأَرْضِ مِنْ مَالٍ وَلَا مَمْلُوكٍ وَلَا شَيْءٍ غَيْرَ نَاضِحٍ وَغَيْرَ فَرَسِهِ

Asma’ bte Abu Bakar radiallahu ‘anhuma berkata: Az-Zubair telah menikahi ku. Dia tidak memiliki sebarang harta dan tidak jua memiliki seorang hamba pun. Dia tiada apa-apa melainkan seekor unta dan seekor kuda.

 

 فَكُنْتُ أَعْلِفُ فَرَسَهُ وَأَسْتَقِي الْمَاءَ وَأَخْرِزُ غَرْبَهُ وَأَعْجِنُ وَلَمْ أَكُنْ أُحْسِنُ أَخْبِزُ وَكَانَ يَخْبِزُ جَارَاتٌ لِي مِنْ الْأَنْصَارِ وَكُنَّ نِسْوَةَ صِدْقٍ

Aku sering memberi makan kepada kudanya, dan membawa air. Aku jua yang membuat bekas untuk mengambil air itu. Aku juga mengadun tepung, tetapi aku bukanlah orang yang pandai mengadun roti. Jiran-jiran Ansar ku membantu membuatkan roti. Mereka merupakan wanita yang baik. Read more

Mahu Kahwin Emak Tidak Izinkan

Assalamualaikum w.b.t
 
mother-love11 (1)Sahabat,
 
Umur-umur seperti ini bicara tentang perkahwinan sesuatu yang menjadi topik yang sering disebut-sebut. Ke sana ke mari orang bertanya “Engkau bila lagi…” Seorang demi seorang sudah menjadi suami dan isteri, kita yang masih tidak menjalin apa-apa janji yang terpateri sering ditanya itu dan ini.
 
Sahabat,
 
Seorang anak lelaki, izin ibu bapanya bukanlah syarat sah nikahnya. Seorang anak lelaki mampu sahaja menikahi seorang gadis yang ibu bapa si gadis meredhai. Mudah bukan menjadi anak lelaki. Read more

Wajibkah Wanita Menuntut Ilmu

islam-knowledge-poster-muslimah

Al-Imam Ibnu Jauzi ada mengarang sebuah kitab bertajuk Ahkam an-Nisa’.  Buku ini menghuraikan hukum-hakam yang berkaitan dengan wanita. Al-Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah menuliskan sebuah bab yang bertajuk:

 

الباب الثالث في وجوبِ طلب العلْم على المرأة

Bab Ketiga: Kewajipan Menuntut Ilmu Untuk Wanita

 

Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:

 

Wanita adalah insan yang diletakkan kewajipan atau tanggunjawab sebagaimana lelaki. Wajib ke atas seorang wanita untuk menuntut ilmu yang wajib untuk dirinya agar dia dapat menunaikan kewajipan dengan penuh keyakinan. Read more

Perlukah Paksa Anak Darjah Satu Solat Subuh?


لدي بنت عمرها سبع سنوات وهي تصلي ولله الحمد ، هل يجب علي إيقاظها لصلاة الفجر ؟ مع العلم أن هذا قد نَفَّرها من الصلاة .

Saya mempunyai seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan dia sudah mula mendirikan solat, Alhamdulillah. Adakah saya wajib mengejutkannya untuk mendirikan solat Subuh? Ini kerana saya tahu bahawa hal ini membuatkan dia tidak menyukai solat.

الحمد لله
الأب راع في بيته وهو مسئول عن رعيته ، كما أخبر النبي صلى الله عليه وسلم ، وعليه أن يربي أبناءه وينشّئهم على أداء الواجبات وترك المحرمات ،

Alhamdulillah. Seorang ayah merupakan penguasa di rumahnya. Beliau bertanggungjawab ke atas mereka yang di bawah tanggungannya. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. Seorang ayah wajib mendidik anak-anaknya untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan dan meninggalkan perkara-perkara yang haram.

ومن ذلك : أمرهم بالصلاة إذا بلغوا سبع سنين ؛ لما روى أبو داود (495) عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ ) صححه الألباني في صحيح أبي داود .

Di antara perkara tersebut ialah menyuruh anak-anak mendirikan solat apabila mereka sudah mencapai usia tujuh tahun. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud (495), daripada ‘Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya: Rasulullah s.a.w bersabda : Suruhlah anak-anak kalian mendirikan solat apabila umurnya tujuh tahun, pukullah mereka (apabila mereka enggan solat) apabila umur mereka sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka. [Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud]

وينبغي أن يتلطف الأب في أمر أولاده الصغار بالصلاة ، وأن يشجعهم على أدائها بالثناء والهدية والمكافأة ، حتى يعتادوا عليها ويحبوها .

Seorang ayah itu hendaklah berlembut ketika menyuruh anaknya yang kecil untuk mendirikan solat. Dia hendaklah menggalakkan mereka untuk menunaikan solat dengan memberikan pujian, hadiah dan ganjaran.

ولك أن تؤخر إيقاظ ابنتك إلى قرب طلوع الشمس ، مع ترغيبها في النوم المبكر ليسهل عليها القيام .

Anda boleh melewatkan mengejutkan anak perempuan anda tersebut sehingga ke waktu hampir terbitnya matahari. Anda juga boleh menggalakkannya untuk tidur awal agar dapat memudahkan dia untuk bangun.

ولا حرج عليك إذا تركت إيقاظها في الأيام التي ترى أنه يشق عليها الاستيقاظ فيها ، لكونها ـ مثلا ـ قد نامت متأخرة ، أو لشدة البرد ، ونحو ذلك .

Tidaklah berdosa jika anda tidak mengejutkannya pada hari-hari yang anda melihat susah untuk anak perempuan anda bangun, contohnya apabila dia tidur lewat, atau keadaan yang terlalu sejuk dan selainnya.

وقد سئل الشيخ ابن عثيمين رحمه الله : لي ولد عمره حوالي تسع سنوات هل أوقظه لصلاة الفجر؟

Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin ditanya: Saya mempunyai anak lelaki berumur sembilan tahun. Adakah saya perlu mengejutkannya untuk bangun mendirikan solat subuh?

فأجاب: “نعم ، إذا كان للإنسان أولاد ذكور أو إناث بلغوا عشر سنين فليوقظهم ، وما دون ذلك إن أيقظهم ليصلوا في الوقت فهذا هو الأفضل ، وإلا فلا إثم عليه ، ولكن الاختيار أن يوقظهم ؛ لقول النبي صلى الله عليه وسلم : ( مروا أبناءكم للصلاة لسبع ، واضربوهم عليها لعشر ، وفرقوا بينهم في المضاجع) ” انتهى من “فتاوى نور على الدرب”.

Shaikh menjawab: Apabila seseorang itu mempunyai anak lelaki atau pun perempuan yang berumur sepuluh tahun, dia hendaklah mengejutkan mereka. Jika selain daripada itu (iaitu umur kurang sepuluh tahun), seandainya dia mengejutkan mereka untuk solat pada waktunya, ini adalah sesuatu yang lebih baik. Jika dia tidak mengejutkannya, tidak lah pula berdosa. Akan tetapi, pilihlah untuk mengejutkan mereka. Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w : Suruhlah anak-anak kalian mendirikan solat apabila umurnya tujuh tahun, pukullah mereka (apabila mereka enggan solat) apabila umur mereka sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka. [Fatawa Nur ‘Ala Ad-Darb]

وسئل أيضا: ابني يبلغ من العمر ثمان سنوات ، هل أوقظه لصلاة الفجر؟ وإذا لم يصل هل أنا آثم؟

Beliau disoal lagi: Saya mempunyai anak lelaki berumur lapan tahun. Adakah saya perlu mengejutkannya untuk solat Subuh. Seandainya dia tidak solat, adakah saya berdosa?

فأجاب : “الظاهر أن هذا يُنظر: إذا كان مثلاً في أيام الشتاء وأيام البرد والمشقة فلا بأس أن يُترك وإذا قام ، يقال له: صل. وأما إذا كان الجو معتدلاً ولا ضرر عليه في الإقامة فأقمه حتى يعتاد ويصلي مع الناس،

Jawapan: Ia bergantung kepada keadaan. Seandainya itu adalah musim sejuk atau hari yang sangat sejuk, dan sangat menyukarkan (untuknya bangun), maka tiada masalah anak itu dibiarkan tidur. Seandainya dia bangun, katakanlah kepada dia : Solat lah. Seandainya cuaca normal, dan tiada masalah untuk mengejutkannya. Maka kejutkanlah dia sehingga dia terbiasa mendirikan solat jemaah bersama manusia-manusia lain.

ويوجد والحمد لله الآن صبيان صغار ما بين السابعة إلى العاشرة نراهم يأتون مع آبائهم في صلاة الفجر، فإذا اعتاد الصبي على ذلك من أول عمره صار في هذا خير كثير، أما مع المشقة فإنه لا يجب عليك أن توقظهم، لكن إذا استيقظوا مرهم بالصلاة ” انتهى من “اللقاء الشهري” (40/18).

Alhamdulillah, zaman kini kita sudah melihat anak-anak kecil berumur antara tujuh ke sepuluh tahun pergi mendirikan solat Subuh bersama ayah-ayah mereka. Apabila anak-anak ini telah terbiasa dengan hal tersebut sejak awal umurnya lagi, ia akan membawa banyak kebaikan. Adapun jika ia mendatangkan kesukaran, anda tidak perlu mengejutkan mereka, dan jika mereka terjaga, suruhlah mereka mendirikan solat. [Al-Liqa’ Al-Shahri 40/18] [Mawqi’ al-Islam, Sual Wa Jawab, Fatwa no: 103420]

 

Sudah Solatkah Mereka?

Assalamualaikum w.b.t

Setiap hari di sekolah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar saya sebelum masuk kelas. “Sudah solat Zuhur kah belum?”.

Kadang-kala sambil menanda buku mereka, saya akan berbual: “Pagi tadi awak solat Subuh atau tidak?”.

Bila mereka menjawab ya, saya akan berkata: “Alhamdulillah, bagus kalau begitu..”

Tetapi jika mereka kata tidak, saya akan bertanya: “Kenapa tidak?”

Pelbagai jawapan diberikan, bangun lewat, takut tertinggal bas, tidur lewat.
Sedih bila adik-adik menjawab bangun lewat. Tiada ibu bapakah yang mahu mengejutkan mereka? Takut tertinggal bas? Daripada mana datang kerisauan ini jika bukan daripada ibu bapa? Ibu bapa mereka lebih risau mereka lewat ke sekolah daripada risau tentang solat anak-anak mereka?

Kadang-kala bila saya soal dalam kelas, sudah solat Zuhur kah? Yang jawab belum akan menjawab terlewat sampailah ustaz, tadi pulang sekolah kebangsaan, mahu cepat ke sekolah agama. Alhamdulillah, tempat saya mengajar bersebelahan masjid, saya akan menyuruh mereka pergi solat walau ketika itu saya sedang mengajar.

Bagaimana kita mahu bercerita soal akhlak, sedangkan asas Islami iaitu solat kita abaikan? Sanggup kita mengutamakan sekolah anak-anak melebihi solatnya? Di mana Islam dalam diri kita?

Seribu satu soalan datang apabila mendengar jawapan adik-adik ini kenapa mereka tidak solat. Satu ketika dahulu saya pernah berprogram di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Saya bertemu seorang adik yang tidak pandai solat, saya bertanya:”Di rumah awak solat atau tidak?”. Jawabnya “Tidak”. Saya berkata lagi: “Emak tidak marah?”. Jawab dia: “Emak dengan ayah pun tidak solat…”. Saya terus diam. Tidak terkata apa.

Saya bukan seorang bapa, saya tiada anak dan isteri. Tetapi saya berasa sedih dengan hal ini. Apakah tujuan kita membina keluarga? Apakah tujuan kita menjadi suami dan isteri? Apakah tujuan kita menjadi ibu dan bapa?

Kita sedang mengheret anak-anak ini menuju mendekati pintu neraka sebagaimana kita sedang bergerak ke arahnya. Pengabaian kita kepada solat anak-anak ini adalah ‘jalan pintas’ kita ke neraka.

Tatkala kita menghantar anak-anak ini ke kelas tambahan, kelas tuisyen, aktiviti ko-kurikulum, sudahkah kita memikirkan sejauh mana hal ini mempengaruhi jadual solat mereka?

Tatkala kita guru-guru mengatur aktiviti sekolah, adakah kita memasukkan solat sebagai agenda utama, atau ia hanya agenda picisan bila ada masa lapang?

Tatkala kita melakukan kelas tambahan sehingga jam enam petang anak murid kita masih belum solat Asar, apakah yang sedang kita ajari mereka? Bukankah kita sedang mengajar mereka belajar itu lagi penting daripada solat? Bukankah kita sedang mengajar mereka solat itu kurang penting berbanding jumlah A dalam peperiksaan?

Tatkala latihan sukan, aktiviti sukan bermula jam empat petang sehingga enam petang, bukankah kita sedang mengajar anak-anak ini bola, ragbi, badminton, bola jaring itu semua lebih penting daripada solat?

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، قَال :

‘Amru bin Syu’aib meriwayatkan daripada ayahnya daripada datuknya:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ،
Rasulullah s.a.w bersabda: Suruhlah anak kalian solat apabila umur mereka tujuh tahun.

وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ سِنِينَ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ ”

Apabila umur mereka sepuluh tahun, pukullah mereka (jika mereka enggan solat) dan pisahkan tempat tidur mereka. [Sunan Abu Daud, Kitab As-Solat, Bab Bilakah Seorang Budak Itu Disuruh Mendirikan Solat, hadis no : 417]

________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

« Older Entries