Category Archives: Muslimah

Wanita Hitam Penghuni Syurga

muslimah2
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ: أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ أَخْبَرَنَا مَخْلَدٌ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ أَنَّهُ رَأَى أُمَّ زُفَرَ تِلْكَ امْرَأَةً طَوِيلَةً سَوْدَاءَ عَلَى سِتْرِ الْكَعْبَةِ

‘Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata kepada: Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga. Aku menjawab: Sudah pasti ! Ibn ‘Abbas berkata: Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu dia berkata kepada baginda: Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang), aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku.  Read more

Wanita Haram Pakai Warna Merah?

Benarkah wanita diharamkan memakai pakaian selain warna gelap?

Di bawah merupakan ringkasan daripada fatwa Al-Shaikh Abu Abdul Mu’iz Muhammad ‘Ali Farkous, fatwa no: 922 (http://ferkous.com/home/?q=fatwa-922 )

Shaikh Farkous berkata:

والمعلوم -من جهةٍ ثانيةٍ- أنَّ النساء شقائق الرجال في الأحكام ما لم يَرِدْ دليلٌ شرعيٌّ يُفرِّق بين الجنسين في الحكم، كما أنَّ الأصلَ في ألوان اللباس الحِلُّ والإباحةُ إلاَّ إذا ورد دليلٌ يمنعه عليهما جميعًا أو يخصِّص أحدَهما بالمنع دون الآخر.

Sebagaimana diketahui, wanita dan lelaki mempunyai hukum yang sama di dalam aspek hukum-hakam selagi mana tidak terdapat dalil yang membezakan hukum antara dua jantina ini. Ini sebagaimana asal pada warna pakaian adalah halal dan harus melainkan apabila terdapat dalil yang melarang kedua-dua jantina ini daripada memakainya, atau dalil-dalil yang mengkhususkan larangan kepada salah satu jantina sahaja. Read more