Category Archives: Penyucian Hati

Mohonlah Keizinan

do not disturb
 
Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 27-29:
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ(27)
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu sentiasa mengambil peringatan. (27) Read more

Melihat Aurat Sesama Jenis

NASIHAT AURAT LELAKI DENGAN LELAKI

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَرْهَدٍ الْأَسْلَمِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” الْفَخِذُ عَوْرَةٌ

Jarhad al-Aslami radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Paha adalah aurat. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Adab, hadis no: 2740, hasan gharib] Read more

Istiqamah Atas Ketaatan

conf-morning-apr-09-sm

Terdapat banyak arahan dan suruhan untuk manusia istiqamah.

Allah berfirman:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ

Istiqamahlah kami sebagaimana kamu diarahkan. [Hud : 112]

Dr. Wahbah az-Zuhaily di dalam Tafsir al-Munir menyatakan:

والمقصود بهذا الأمر الدّوام والاستمرار على ما هو عليه

Maksud arahan ini (iaitu untuk istiqamah) ialah sentiasa dan berterusan di atas yang dia lakukan.

Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyatakan di dalam Syarah Riadussolihin:

الاستقامة هي أن يثبت الإنسان على شريعة الله سبحانه وتعالى كما أمر الله

Istiqamah ialah tetapnya seseorang melaksanakan syariat Allah sebagaimana yang Allah arahkan. Read more

Kenapa Berbangga Dengan Maksiat

banggadosa

KENAPA BERBANGGA DENGAN MAKSIAT?

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ ‏

Setiap orang daripada umat ku dimaafkan kecuali golongan yang melakukan maksiat secara terbuka. Sesungguhnya antara sifat tidak malu ialah apabila seseorang melakukan amal (maksiat) di waktu malam, kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutupi (aib)nya, lalu dia berkata: Ya fulan, malam tadi aku telah melakukan itu dan ini. Dia telah tidur dalam keadaan Allah menutupi aibnya, dan pada waktu pagi dia membuka aib yang Allah telah tutup itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 6069]

Pengajaran: Read more

Sabar Itu Cantik

Allah mengulangi di dalam satu surah perkataan:

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ

Sabar itu indah.

وَجَاءُوا عَلَى قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنْفُسُكُمْ أَمْرًا فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ (18(

Mereka datang membawa baju gamisnya [yang berlumuran] dengan darah palsu. Nabi Ya’qub berkata: Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan [yang buruk] itu; maka bersabar itu indah. Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.” (Yusuf :18)

قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنْفُسُكُمْ أَمْرًا فَصَبْرٌ جَمِيلٌ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَنِي بِهِمْ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (83(

Ya’qub berkata: “Hanya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan [yang buruk] itu. Maka bersabar itu indah. Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku; sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Yusuf :83) Read more

Pernahkah Kita Menangis?

tear

أنا رجل لي عين لا تدمع فكيف أجعلها تدمع من خشيه الله تحقيقا للحديث ” عينان لا تمسهما النار – وذكر ” عين بكت من خشية الله ” ؟.

Aku merupakan seorang insan yang tidak pernah menangis (kerana takutkan Allah). Bagaimanakah caranya untuk aku mampu menangis kerana takut kepada Allah? Ini untuk membolehkan aku melaksanakan hadis “Dua mata yang tidak disentuh oleh neraka” disebutkan bahawa ia adalah mata yang menangis kerana takutkan Allah.

 

Jawapan: Read more

Muslimah Labuh, Muslimin Singkat

Muslimah Berkain Labuh, Muslimin Berkain Singkat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ” .

Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan sombong, Allah tidak akan Melihat kepadanya pada hari kiamat. Read more

Bolehkah Main Sorok-Sorok Kasut Kawan?

Main-Main Sorok Kasut Kawan

Yazid bin Sa’id al-Kindi radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا يَأْخُذَنَّ أَحَدُكُمْ مَتَاعَ أَخِيهِ لَاعِبًا وَلَا جَادًّا ، وَمَنْ أَخَذَ عَصَا أَخِيهِ فَلْيَرُدَّهَا

Janganlah salah seorang daripada kalian mengambil barang saudaranya sama ada untuk bergurau senda atau benar-benar (mahu mengambilnya). Sesiapa yang mengambil tongkat saudaranya, hendaklah dia memulangkannya. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4352]

Shaikh Muhammad Shamsul Haq A~badi di dalam ‘Aunul Ma’bud menyebutkan:

قَالَ الْخَطَّابِيُّ : مَعْنَاهُ أَنْ يَأْخُذَهُ عَلَى وَجْهِ الْهَزْلِ وَسَبِيلِ الْمُزَاحِ ثُمَّ يَحْبِسُهُ عَنْهُ وَلَا يَرُدُّهُ فَيَصِيرُ ذَلِكَ جِدًّا

Imam al-Khattabi berkata: Ia bermaksud seseorang mengambil barangan itu untuk bergurau senda. Kemudian dia menyembunyikannya daripada pemilik barangan itu dan tidak memulangkannya, lalu hal itu menjadi serius.

Kata Shaikh lagi:

وَجْهُ النَّهْيِ عَنْ الْأَخْذِ جِدًّا ظَاهِرٌ لِأَنَّهُ سَرِقَةٌ وَأَمَّا النَّهْيُ عَنِ الْأَخْذِ لَعِبًا فَلِأَنَّهُ لَا فَائِدَةَ فِيهِ بَلْ قَدْ يَكُونُ سَبَبًا لِإِدْخَالِ الْغَيْظِ وَالْأَذَى عَلَى صَاحِبِ الْمَتَاعِ

Larangan mengambil barangan orang kerana benar-benar mahu mengambilnya jelas, kerana ia termasuk mencuri. Adapun larangan daripada mengambil barangan orang untuk bergurau senda adalah kerana ia tidak membawa sebarang faedah, bahkan ia menjadi sebab munculnya perasaan marah dan sakit hati di dalam diri pemilik barangan tersebut.

Shaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad berkata dalam Syarah Sunan Abi Daud:

لأن ذلك يفزعه ولو رده إليه وأعاده إليه، فإن ذلك إذا لم يكن عن علم منه فإن ذلك يدخل في نفسه الحزن والتألم

Ini kerana hal itu akan menakutkan pemilik barang tersebut walau pun akhirnya yang mengambil itu akan memulangkannya semula kerana dia tidak tahu bahawa (barang itu akan dipulangkan). Sesungguhnya hal itu akan menimbulkan rasa sedih dalam diri pemilik barang tersebut.

، ولا ينبغي في حق المسلم أن يحزن أخاه وأن يسيء إلى أخيه، بأن يجعله يتألم ويتأثر لأمر قد حصل له وهو لا يعلم من الذي أخذ هذا الشيء، وقد يفهم أنه أخذه إنسان سرقة، فيتأثر بذلك ويتألم بذلك.

Tidak wajar seorang Muslim menyebabkan saudara nya bersedih dan tidak wajar dia berkelakuan buruk kepada saudaranya dengan cara melakukan perkara yang akan menimbulkan gelisah di hati temannya kerana saudaranya itu tidak tahu siapa yang telah mengambil barangnya. Dia menyangka bahawa seseorang telah mencuri barang itu lalu dia akan bersedih.

Wallahua’lam.

 

 

Syukur Atas Musibah

istirja

Sabar di atas musibah

Allah berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155)

Sesungguhnya kami akan menguji kalian dengan sedikitketakutan, kelaparan, kehilangan harta benda, kematian, buah-buahan yang tidak subur. Bergembiralah orang-orang yang sabar (155)

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156)

Iaitu mereka yang apabila musibah menimpa mereka, lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami milik Allah, dan sesungguhnya kami akan pulang kepadaNya. [Al-Baqarah : 155-156]

Dalam ayat di atas, Allah mengajar kita agar bersabar di atas segala musibah yang menimpa. Kesabaran kita akan terzahir pada reaksi kita pada saat musibah menimpa kita. Apakah perkataan pertama yang keluar daripada mulut kita? Apakah reaksi tingkah laku kita atas musibah yang menimpa? Petanda kita sabar dengan ujian Allah ialah apabila perkataan yang pertama keluar daripada mulut kita ialah lafaz al-Istirja’ iaitu:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya kami akan pulang kepadaNya

Lafaz al-Istirja’ yang kita sebutkan di lidah tatkala ujian melanda melambangkan kemurnian Tauhid kita, di mana kita faham bahawa Allah yang memiliki pemilikan mutlak ke atas semua perkara di dunia ini. Sehinggakan kita jua sedar apa yang kita miliki pada hari bukanlah milik kita pada hakikatnya. Ia jua melambangkan persangkaan baik dengan apa yang Allah putuskan.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّهَا قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ : إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي ، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا ، إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا “

Ummu Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seseorang Muslim, apabila dia ditimpa musibah, lalu dia membaca apa yang Allah arahkan kepadanya: Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita akan kembali, Ya Allah berikan aku pahala untuk musibah yang menimpaku, dan tukarkanlah apa yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah pasti akan menukarkan yang lebih baik untuknya. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no : 1531]

Akan tetapi, adakah sabar merupakan peringkat tertinggi dalam menghadapi ujian?

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ ‏”‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ‏”‏ ‏.‏ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ ‏”‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ‏”‏

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melihat perkara yang dia sukai, baginda akan berkata:  Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya, amal kebaikan menjadi sempurna. Apabila baginda melihat perkara yang baginda tidak suka, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah di atas segala keadaan. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Adab, hadis no: 3803, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan dalam Sahih Ibn Majah]

Dalam hadis di atas, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menzahirkan kesyukuran di atas ujian yang menimpa baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Ia sesuatu yang pelik, akan tetapi ia hanya dapat difahami oleh insan-insan yang memahami hakikat dan realiti di sebalik ujian yang menimpa.

Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dalam Syarah Riadussolihin, ketika membahaskan bab sabar menyatakan bahawa terdapat empat keadaan manusia dalam menghadapi ujian atau musibah daripada Allah.

1-     Enggan menerima

2-     Sabar

3-     Redha

4-     Syukur

Peringkat paling rendah ialah yang pertama. Ia merujuk kepada hati yang mula bersangka buruk dengan apa yang Allah takdirkan. Mula berfikir yang bukan-bukan tentang Allah. Hatinya mula mempersoalkan keadilan Allah. Lisannya pula mula mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan ketidak redhaan kepada apa yang Allah putuskan. Manakala tubuh badannya pula melakukan perbuatan-perbuatan yang mula merosakkan diri seperti enggan makan berhari-hari, memukul-mukul dan meronta-ronta.

Peringkat kedua daripada bawah ialah sabar. Hatinya masih membenci musibah yang menimpa, dia berasa sedih, kecewa, dan sakit di atas musibah yang menimpa. Tetapi hatinya tidak pernah menyalahkan Allah. Tidak pula hatinya berbisik bahawa Allah tidak adil. Lisan dan anggota tubuhnya terkawal daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan syara’ disebabkan musibah itu. Seorang mukmin, sewajarnya memastikan, inilah tahap paling rendah yang dia berada padanya. Jangan sehingga sampai terdetik sedikit di dalam hati prasangka buruk kepada Allah.

Peringkat kedua terbaik ialah redha. Ini merupakan satu peringkat yang sangat sukar dilakukan, tetapi ia menzahirkan sifat keimanan kepada qadha dan qadar Allah. Redha sehingga hatinya terbuka menerima ujian Allah. Seolah-olah tiada apa-apa yang buruk yang telah berlaku. Akan tetapi ini bukanlah peringkat yang terbaik.

Peringkat yang terbaik ialah syukur. Ini merupakan satu kedudukan yang sangat sukar dicapai. Di mana seorang insan, berasa gembira dan bersyukur apabila diuji, sehingga ucapan yang keluar daripada mulutnya ialah ucapan manusia yang menerima nikmat iaitu Alhamdulillah.

Peringkat terbaik ini bukanlah sesuatu yang mustahil dicapai. Seorang insan yang memahami bahawa setiap ujian itu mendatangkan pahala, dan menghapuskan dosa, mereka akan bersyukur dan mengucapkan tahmid tatkala diuji. Apakah nikmat yang lebih besar daripada pahala dan penghapusan dosa, yang mana penghujungnya ialah syurga dan dijauhkan daripada neraka. Pasti, untuk mencapai tahap ini, memerlukan satu keimanan dan penghayatan yang kuat kepada maksud-maksud ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Semoga Allah menjadikan kita manusia bersyukur tatkala ujian menimpa diri kita.

« Older Entries