Category Archives: Akhlak

Mohonlah Keizinan

do not disturb
 
Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 27-29:
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ(27)
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu sentiasa mengambil peringatan. (27) Read more

Melihat Aurat Sesama Jenis

NASIHAT AURAT LELAKI DENGAN LELAKI

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَرْهَدٍ الْأَسْلَمِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” الْفَخِذُ عَوْرَةٌ

Jarhad al-Aslami radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Paha adalah aurat. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Adab, hadis no: 2740, hasan gharib] Read more

Sabar Itu Cantik

Allah mengulangi di dalam satu surah perkataan:

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ

Sabar itu indah.

وَجَاءُوا عَلَى قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنْفُسُكُمْ أَمْرًا فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ (18(

Mereka datang membawa baju gamisnya [yang berlumuran] dengan darah palsu. Nabi Ya’qub berkata: Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan [yang buruk] itu; maka bersabar itu indah. Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.” (Yusuf :18)

قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنْفُسُكُمْ أَمْرًا فَصَبْرٌ جَمِيلٌ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَنِي بِهِمْ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (83(

Ya’qub berkata: “Hanya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan [yang buruk] itu. Maka bersabar itu indah. Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku; sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Yusuf :83) Read more

Muslimah Labuh, Muslimin Singkat

Muslimah Berkain Labuh, Muslimin Berkain Singkat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ” .

Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan sombong, Allah tidak akan Melihat kepadanya pada hari kiamat. Read more

Bolehkah Main Sorok-Sorok Kasut Kawan?

Main-Main Sorok Kasut Kawan

Yazid bin Sa’id al-Kindi radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا يَأْخُذَنَّ أَحَدُكُمْ مَتَاعَ أَخِيهِ لَاعِبًا وَلَا جَادًّا ، وَمَنْ أَخَذَ عَصَا أَخِيهِ فَلْيَرُدَّهَا

Janganlah salah seorang daripada kalian mengambil barang saudaranya sama ada untuk bergurau senda atau benar-benar (mahu mengambilnya). Sesiapa yang mengambil tongkat saudaranya, hendaklah dia memulangkannya. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4352]

Shaikh Muhammad Shamsul Haq A~badi di dalam ‘Aunul Ma’bud menyebutkan:

قَالَ الْخَطَّابِيُّ : مَعْنَاهُ أَنْ يَأْخُذَهُ عَلَى وَجْهِ الْهَزْلِ وَسَبِيلِ الْمُزَاحِ ثُمَّ يَحْبِسُهُ عَنْهُ وَلَا يَرُدُّهُ فَيَصِيرُ ذَلِكَ جِدًّا

Imam al-Khattabi berkata: Ia bermaksud seseorang mengambil barangan itu untuk bergurau senda. Kemudian dia menyembunyikannya daripada pemilik barangan itu dan tidak memulangkannya, lalu hal itu menjadi serius.

Kata Shaikh lagi:

وَجْهُ النَّهْيِ عَنْ الْأَخْذِ جِدًّا ظَاهِرٌ لِأَنَّهُ سَرِقَةٌ وَأَمَّا النَّهْيُ عَنِ الْأَخْذِ لَعِبًا فَلِأَنَّهُ لَا فَائِدَةَ فِيهِ بَلْ قَدْ يَكُونُ سَبَبًا لِإِدْخَالِ الْغَيْظِ وَالْأَذَى عَلَى صَاحِبِ الْمَتَاعِ

Larangan mengambil barangan orang kerana benar-benar mahu mengambilnya jelas, kerana ia termasuk mencuri. Adapun larangan daripada mengambil barangan orang untuk bergurau senda adalah kerana ia tidak membawa sebarang faedah, bahkan ia menjadi sebab munculnya perasaan marah dan sakit hati di dalam diri pemilik barangan tersebut.

Shaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad berkata dalam Syarah Sunan Abi Daud:

لأن ذلك يفزعه ولو رده إليه وأعاده إليه، فإن ذلك إذا لم يكن عن علم منه فإن ذلك يدخل في نفسه الحزن والتألم

Ini kerana hal itu akan menakutkan pemilik barang tersebut walau pun akhirnya yang mengambil itu akan memulangkannya semula kerana dia tidak tahu bahawa (barang itu akan dipulangkan). Sesungguhnya hal itu akan menimbulkan rasa sedih dalam diri pemilik barang tersebut.

، ولا ينبغي في حق المسلم أن يحزن أخاه وأن يسيء إلى أخيه، بأن يجعله يتألم ويتأثر لأمر قد حصل له وهو لا يعلم من الذي أخذ هذا الشيء، وقد يفهم أنه أخذه إنسان سرقة، فيتأثر بذلك ويتألم بذلك.

Tidak wajar seorang Muslim menyebabkan saudara nya bersedih dan tidak wajar dia berkelakuan buruk kepada saudaranya dengan cara melakukan perkara yang akan menimbulkan gelisah di hati temannya kerana saudaranya itu tidak tahu siapa yang telah mengambil barangnya. Dia menyangka bahawa seseorang telah mencuri barang itu lalu dia akan bersedih.

Wallahua’lam.

 

 

Kenapa buat Allah Cemburu?

River of love

Seorang suami akan berasa cemburu melihat si isterinya keluar dengan seorang lelaki bukan mahram. Kecemburuannya adalah lambang manifestasi cinta seorang suami kepada isteri yang dinikahinya. Sungguh malang seorang isteri jika mendapat seorang suami yang tidak cemburu.

Seorang isteri akan berasa cemburu melihat si suami melayani wanita lain, hatta madunya sendiri. Kecemburuan ini melambangkan kesetiaan dan kecintaan seorang isteri kepada si suami. Bersyukurlah suami kerana mempunyai isteri yang cemburu.

Si suami yang menyedari kecemburuan isterinya, akan berusaha menenangkan perasaan si isteri dengan menzahirkan cintanya, dan menjauhi perkara yang menambah kecemburuannya.

Si isteri yang memahami kecemburuan si suami, akan berusaha mentaati si suami kerana dia tahu perihal cemburu suaminya.

Kita semua faham akan hal itu. Kita memahami bahawa perasaan cemburu manusia perlu diraikan, apatah lagi insan tersayang. Kita berusaha mengelakkan membuat insan tersayang berasa cemburu kepada kita.

Tetapi…

Kenapa sanggup kita membuat Allah cemburu? Tidakkah Allah sudah membuktikan kasih sayangnya dengan rahmat yang tidak putus?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ لِلَّهِ مِائَةَ رَحْمَةٍ أَنْزَلَ مِنْهَا رَحْمَةً وَاحِدَةً بَيْنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَالْبَهَائِمِ وَالْهَوَامِّ ، فَبِهَا يَتَعَاطَفُونَ ، وَبِهَا يَتَرَاحَمُونَ ، وَبِهَا تَعْطِفُ الْوَحْشُ عَلَى وَلَدِهَا وَأَخَّرَ اللَّهُ تِسْعًا وَتِسْعِينَ رَحْمَةً يَرْحَمُ بِهَا عِبَادَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ” .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat. Allah menurunkan satu rahmatNya untuk dibahagikan kepada jin, manusia, haiwan ternakan dan serangga. Dengan rahmat ini mereka saling mengasihi, menyayangi. Dengan rahmat ini seekor haiwan buas mengasihi anaknya. Allah mengakhirkan sembilan puluh sembilan rahmat lagi yang mana dengannya Dia akan Merahmati hamba-hambaNya pada hari Kiamat. [Sahih Muslim, Kitab at-Taubat, hadis no: 4950]

Tidakkah kita berasa bersalah dengan rahmat yang Allah berikan dalam keadaan kita membuatkan Allah cemburu?

عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” لَيْسَ أَحَدٌ أَوْ لَيْسَ شَيْءٌ أَصْبَرَ عَلَى أَذًى سَمِعَهُ مِنَ اللَّهِ ، إِنَّهُمْ لَيَدْعُونَ لَهُ وَلَدًا وَإِنَّهُ لَيُعَافِيهِمْ وَيَرْزُقُهُمْ

Abu Musa radiallahu ;anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada siapa yang dapat bersabar atas perkaatan keji yang dia dengar melebihi kesabaran Allah. Sesungguhnya mereka mendakwa Allah mempunyai anak, dan sesungguhnya Dia pula memaafkan mereka dan memberikan rezeki kepada mereka. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no: 5661]

Sesungguhnya Allah cemburu. Dia cemburu melihat kita melakukan maksiat!

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ :‏ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ، مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ حَرَّمَ الْفَوَاحِشَ، وَمَا أَحَدٌ أَحَبَّ إِلَيْهِ الْمَدْحُ مِنَ اللَّهِ ‏”‏‏.‏

‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada seseorang pun yang lebih cemburu daripada Allah. (Allah cemburu) kerana perbuatan haram dan keji (yang dilakukan oleh manusia). Tiada seorang pun yang lebih suka kepada pujian melebihi Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5220]

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ مَا أَحَدٌ أَغْيَرَ مِنَ اللَّهِ أَنْ يَرَى عَبْدَهُ أَوْ أَمَتَهُ تَزْنِي يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Wahai umat Muhammad! Tiada seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah tatkala melihat hambaNya berzina. Wahai umat Muhammad! Seandainya kalian mengetahui apa yang aku tahu, nescaya kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis.

[Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5221]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِنَّ اللَّهَ يَغَارُ وَإِنَّ الْمُؤْمِنَ يَغَارُ وَغَيْرَةُ اللَّهِ أَنْ يَأْتِيَ الْمُؤْمِنُ مَا حَرَّمَ عَلَيْهِ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah Cemburu, sesungguhnya orang beriman cemburu. Cemburu Allah ialah apabila seorang manusia beriman melakukan apa yang Dia Haramkan. [Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no: 2761]

Jika dengan pasangan kita sanggup menjaga hati mereka daripada cemburu. Lalu kenapa sampai hati kita menimbulkan kecemburuan Allah?

 

Mahu Kahwin Emak Tidak Izinkan

Assalamualaikum w.b.t
 
mother-love11 (1)Sahabat,
 
Umur-umur seperti ini bicara tentang perkahwinan sesuatu yang menjadi topik yang sering disebut-sebut. Ke sana ke mari orang bertanya “Engkau bila lagi…” Seorang demi seorang sudah menjadi suami dan isteri, kita yang masih tidak menjalin apa-apa janji yang terpateri sering ditanya itu dan ini.
 
Sahabat,
 
Seorang anak lelaki, izin ibu bapanya bukanlah syarat sah nikahnya. Seorang anak lelaki mampu sahaja menikahi seorang gadis yang ibu bapa si gadis meredhai. Mudah bukan menjadi anak lelaki. Read more

Apabila Adam Bertemu Hawa

hindari-ikhtilat

Kisah Adam dan HawaUntuk Apa Ada Lelaki dan Perempuan?Bukan Hanya Cinta Tetapi NafsuMalu Itu Asas PerhubunganTiada Pergaulan BebasMukadimah ZinaTundukkan PandanganBersalaman dengan lawan jantinaTidak Berdua-DuaanBerkomunikasi Dengan Sopan

Apabila ‘Adam’ bertemu ‘Hawa’

Allah telah menciptakan Adam dan Hawa, lelaki dan perempuan.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Al-Hujurat : 13]

Allah menerangkan lagi:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan [peliharalah] hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. [An-Nisa’ : 1]

Al-Imam Ibn Kathir menghuraikan ayat surah an-Nisa’ di atas:

ومُنَبّهًا لهم على قدرته التي خلقهم بها من نفس واحدة، وهي آدم، عليه السلام { وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا } وهي حواء، عليها السلام، خلقت من ضِلعه الأيسر  من خلفه وهو نائم، فاستيقظ فرآها فأعجبته، فأنس إليها وأنست إليه.

Allah menerangkan kepada manusia tentang kekuasaanNya yang mana Dia Menciptakan manusia dengan kuasa itu daripada diri yang satu iaitu Adam ‘alaihissalam. (Firman Allah bermaksud) ((dan daripadanya Allah menciptakan isterinya)) merujuk kepada Hawa alaihassalam. Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika dia sedang tidur. Lalu Nabi Adam terjaga dan melihat Hawa, dan Hawa telah menimbulkan rasa takjub kepada Nabi Adam. Nabi Adam suka kepada Hawa, dan Hawa suka kepada Adam.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ لَنْ تَسْتَقِيمَ لَكَ عَلَى طَرِيقَةٍ ، فَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَبِهَا عِوَجٌ ، وَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهَا كَسَرْتَهَا ، وَكَسْرُهَا طَلَاقُهَا

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya wanita dicipta daripada tulang rusuk. Dia tidak akan lurus untuk mu walau dengan apa cara sekalipun.  Seandainya engkau bersenang-senang dengannya, engkau akan dapat bersenang-senang dengannya dan padanya tetap ada kebengkokak. Seandainya engkau cuba meluruskan bengkok itu, engkau akan mematahkannya. Mematahkannya itu bermaksud menceraikannya.

[Sahih Muslim, Kita bar-Ridho’, hadis no: 2678]

Hadis di atas bukan sekadar menceritakan sifat wanita, dan bagaimana seorang lelaki perlu melayani wanita. Ia juga sedang menceritakan asal usul wanita. Yang dimaksudkan ialah Hawa, kerana wanita selain Hawa, asal usul mereka seperti diketahui, adalah hasil daripada percampuran benih ibu bapa mereka.

Imam an-Nawawi berkata:

وَفِيهِ دَلِيل لِمَا يَقُولهُ الْفُقَهَاء أَوْ بَعْضهمْ أَنَّ حَوَّاء خُلِقَتْ مِنْ ضِلْع آدَم

Pada hadis ini terdapat dalil pendapat ulama feqah atau sebahagian mereka bahawa Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam. [Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, jilid 5, m/s 207]

Daripada Adam dan Hawa lah maka lahirlah kita semua.

Rasa Kasih Sayang Antara Dua Gender

Sebagaimana Adam tatkala melihat Hawa dia berasa takjub, lalu mereka berdua saling menyayangi. Itu adalah lumrah dan fitrah yang Allah timbulkan dalam diri setiap insan apabila berhadapan dengan lawan gendernya. Iaitu perasaan mahu hidup bersama dan saling mencintai.

Allah berfirman lagi:

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا

Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. [Al-A’raf : 189]

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia jadikan di antara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [Rum : 21]

Apabila kita memahami fitrah ciptaan Allah yang bernama lelaki dan perempuan yang mana diciptakan untuk saling berkasih sayang, lalu wajarlah diperhalusi dan direnungi, kenapa dunia ini penuh dengan ‘permusuhan’ dan ‘dendam’ antara lelaki dan perempuan. Si lelaki berasa dia paling berkuasa lalu menzalimi wanita di bawah wilayah kekuasaannya, si perempuan berasa dia dizalimi, lalu dia mendendami kesemua kaum lelaki.

Tidakkah kita lihat bahawa kita sedang menjauhi sifat-sifat lelaki dan perempuan yang dibawah naungan al-Quran? Bukankah al-Quran menceritakan lelaki dan perempuan itu untuk berkasih sayang, saling melindungi dan bukan untuk bermusuhan, bukan untuk menindas atau menzalimi. Sungguh jauh kita daripada al-Quran.

Bukankah ayat dan hadis di atas menunjukkan bahawa wanita dan lelaki itu asalnya satu. Hawa itu daripada tulang rusuk Adam. Lalu lelaki dan wanita sepatutnya menjadi pelengkap antara satu sama lain, dan bukan menjadi seteru yang sukar dileraikan.

Tetapi Ada Juga Nafsu

Akan tetapi perasaan yang ada antara lelaki dan perempuan bukanlah sekadar kasih dan sayang, sebaliknya ia juga adalah nafsu. Hal ini Allah ceritakan dalam kisah Nabi Yusuf dan ibu angkatnya.

وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ (23 (وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَنْ رَأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ (24(

Dan wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menyerahkan dirinya (iaitu berzina) dan wanita itu menutup pintu-pintu, seraya berkata: Marilah ke sini. Yusuf berkata: Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuan aku (iaitu suami kepada wanita itu) telah melayan aku dengan baik. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung. (23) Sesungguhnya wanita itu telah berniat (untuk berzina) dengan Yusuf, dan Yusuf turut mempunyai niat (yang sama) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda daripada Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih. [Yusuf : 23-24]

Oleh kerana itu, Allah mengajar manusia, lelaki dan perempuan, untuk mengawal nafsu mereka, dan menjauhi perkara-perkara yang akan membawa kepada penzinaan yang akan merosakkan keturunan, melahirkan anak-anak tidak berbapa, mengorbankan bayi-bayi yang tidak berdosa, mewujudkan kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab, dan melahirkan kaum Hawa yang hilang sifat keibuan kerana sanggup membunuh anak sendiri demi menutup keaiban.

Firman Allah:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا (32(

Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya ia satu perkara yang keji dan jalan yang buruk [Al-Isra’ : 32]

Demi menghalang manusia daripada melakukan perbuatan yang keji ini, Allah memberikan garis panduan kehidupan agar tidak terjebak. Allah jua memberikan hukuman agar manusia takut melakukannya.

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jikalau benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman. [An-Nur : 2]

Sesungguhnya zina itu adalah perkara keji yang dirasai dalam fitrah semua manusia, hatta manusia yang mahu berzina tidak suka ahli keluarganya berzina.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ , قَالَ : إِنَّ فَتًى شَابًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , ائْذَنْ لِي بِالزِّنَا , فَأَقْبَلَ الْقَوْمُ عَلَيْهِ , فَزَجَرُوهُ , قَالُوا : مَهْ مَهْ , فَقَالَ : ” ادْنُهْ ” , فَدَنَا مِنْهُ قَرِيبًا , قَالَ : فَجَلَسَ

Abu Umamah radiallahu ‘anhu telah berkata: Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, seraya berkata: Ya Rasulallah, izin aku untuk berzina. Maka orang ramai pun berpaling kepadanya sambil menahannya, dan mereka berkata: Jangan. Jangan. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bawa dia kepada aku. Maka pemuda itu telah mendekati baginda.

(Abu Umamah) berkata: maka pemuda itu telah duduk.

قَالَ : ” أَتُحِبُّهُ لِأُمِّكَ ؟ ” , قَالَ : لَا وَاللَّهِ , جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ , قَالَ : ” وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِأُمَّهَاتِهِمْ “

Rasulullah bersabda: Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada ibumu?. Lantas pemuda itu menjawab: Demi Allah, tidak! Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: (Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada ibu-ibu mereka.

قَالَ : ” أَفَتُحِبُّهُ لِابْنَتِكَ ؟ ” , قَالَ : لَا وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ , جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ , قَالَ : ” وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِبَنَاتِهِمْ

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi: Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada anak perempuanmu?. Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak!. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: (Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada anak-anak perempuan mereka”.

قَالَ : أَفَتُحِبُّهُ لِأُخْتِكَ ؟ ” , قَالَ : لَا وَاللَّهِ , جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ , قَالَ : ” وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِأَخَوَاتِهِمْ

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi: Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada saudara perempuanmu?Lantas pemuda itu menjawab: Demi Allah, tidak! Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada saudara-saudara perempuan mereka.

قَال : أَفَتُحِبُّهُ لِعَمَّتِكَ ؟ ” , قَالَ : لَا وَاللَّهِ , جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ , قَالَ : ” وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِعَمَّاتِهِمْ

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi: Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ayah)? Lantas pemuda itu menjawab: Demi Allah, tidak! Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ayah) mereka”.

قَالَ : أَفَتُحِبُّهُ لِخَالَتِكَ ؟ ” , قَالَ : لَا وَاللَّهِ , جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ , قَالَ : ” وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِخَالَاتِهِمْ

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ibu)? Lantas pemuda itu menjawab: Demi Allah, tidak! Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: (Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ibu) mereka.

قَالَ : فَوَضَعَ يَدَهُ عَلَيْهِ , وَقَالَ : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ , وَطَهِّرْ قَلْبَهُ , وَحَصِّنْ فَرْجَهُ “

Abu Umamah berkata: Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam meletakkan tangannya di atas pemuda itu, lalu berdoa:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ , وَطَهِّرْ قَلْبَهُ , وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

“ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHU, WA TOHHIR QALBAHU, WA HASSIN FARJAHU”

Ya Allah ampunkanlah dosanya, sucikanlah hatinya, dan bentengilah kemaluannya”

, فَلَمْ يَكُنْ بَعْدُ ذَلِكَ الْفَتَى يَلْتَفِتُ إِلَى شَيْءٍ

Selepas itu, pemuda itu tidak lagi memandang sesuatu (yang berbentuk maksiat)

[Musnad Imam Ahmad: 21629, Shaikh Muq’bil al-Wadi’e menyatakan ia hadis sahih. Lihat as-Sahih al-Musnad]

Asas Hubungan Lelaki dan Perempuan Ialah Sifat Malu

Al-Quran bukan hanya mencatatkan keburukan hubungan lelaki dan perempuan sebagaimana yang terjadi antara Nabi Yusuf dan ibu angkatnya.

Dalam al-Quran mencatatkan sebuah kisah yang unik antara lelaki soleh iaitu Nabi Musa ‘alaihissalam dan dua gadis solehah di Madyan.

وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ (23(

Dan tatkala dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia mendapati di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (haiwan ternakan mereka), dan dia mendapati di belakang orang ramai itu terdapat dua orang wanita yang sedang terpisah daripada orang ramai itu. Musa berkata: Kenapa dengan kamu berdua?. Kedua wanita itu menjawab: Kami tidak dapat memberi minum (kepada ternakan kami), sebelum pengembala-pengembala itu bersurai sedangkan bapa kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya”. (23)

فَسَقَى لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّى إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ (24(

Maka Musa memberi minum (kepada haiwan ternakan) milik dua wanita itu itu, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa: Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. (24)

فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا فَلَمَّا جَاءَهُ وَقَصَّ عَلَيْهِ الْقَصَصَ قَالَ لَا تَخَفْ نَجَوْتَ مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (25(

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua wanita itu berjalan dalam keadaan malu, dia berkata: “Sesungguhnya bapaku memanggil kamu agar dia dapat memberi balasan terhadap [kebaikan]mu memberi minum [kepada haiwan ternakan] kami”. Maka tatkala Musa mendatangi bapa perempuan itu dan menceritakan kepadanya cerita [mengenai dirinya]. Bapa perempuan itu berkata: “Janganlah kamu takut. Kamu telah selamat daripada orang-orang yang zalim itu”. (25) [al-Qasas : 23-25]

Kisah ini diceritakan secara detil dalam riwayat ‘Umar al-Khattab berikut:

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، أَنَّ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلاَمُ لَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ ، فَلَمَّا فَرَغُوا أَعَادُوا الصَّخْرَةَ عَلَى الْبِئْرِ ، وَلاَ يُطِيقُ رَفْعَهَا إلاَّ عَشْرَةُ رِجَالٍ ,

‘Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu menceritakan bahawa Nabi Musa ‘alaihissalam ketika dia sampai di sumber air Madyan (iaitu sebuah perigi), dia mendapati ada sekumpulan manusia sedang memberi minum (kepada haiwan ternakan mereka). Selepas mereka selesai, mereka meletakkan semula batu yang besar di atas perigi itu (sebagai penutup). Tidak ada yang mampu mengangkat batu itu kecuali sepuluh orang lelaki.

فَإِذَا هُوَ بِامْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ ، قَالَ : مَا خَطْبُكُمَا فَحَدَّثَتَاهُ فَأَتَى الْحَجَرَ فَرَفَعَهُ ، ثُمَّ لَمْ يَسْتَقِ إلاَّ ذَنُوبًا وَاحِدًا حَتَّى رُوِيَتِ الْغَنَمُ وَرَجَعَتِ الْمَرْأَتَانِ إلَى أَبِيهِمَا فَحَدَّثَتَاهُ , وَتَوَلَّى مُوسَى عَلَيْهِ السَّلاَمُ إلَى الظِّلِّ ، فَقَالَ : {رَبِّ إنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ}.

Dia melihat dua orang gadis yang terpisah (daripada orang ramai), Nabi Musa ‘alaihissalam bertanya: Apakah urusan kalian sebenarnya? Lalu kedua gadis itu menceritakan hal mereka. Lalu Musa ‘alaihissalam pergi ke arah batu (yang menutup perigi itu) lalu mengangkatnya. Tidaklah sempat kambing itu menghabiskan sebekas air melainkan rasa dahaganya telah hilang. Lalu kedua gadis itu pulang kepada ayah mereka dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi Musa ‘alaihissalam pula berpaling menuju ke tempat untuk berteduh, lalu dia berdoa: Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku

قَالَ : {فَجَاءَتْهُ إحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ} وَاضِعَةً ثَوْبَهَا عَلَى وَجْهِهَا ، {قَالَتْ إنَّ أَبِي يَدْعُوك لِيَجْزِيَك أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا} قَالَ لَهَا : امْشِي خَلْفِي وَصِفِي لِي الطَّرِيقَ , فَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ تُصِيبَ الرِّيحُ ثَوْبَك فَيَصِفَ لِي جَسَدَك ،

((Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua wanita itu berjalan dalam keadaan malu, dia berkata)) iaitu si gadis itu menutup wajahnya dengan pakaiannya. ((Dan selepas si gadis berkata: Sesungguhnya bapaku memanggil kamu agar dia dapat memberi balasan terhadap [kebaikan]mu memberi minum [kepada haiwan ternakan] kami)) Nabi Musa pun menjawab: Berjalanlah di belakang aku, dan beritahu kepada aku jalan (menuju ke rumah engkau). Sesungguhnya aku tidak suka jika angin meniup pakaian mu, lalu akan ternampaklah bentuk tubuh mu kepada ku. [Musannaf Ibn Abi Syaibah, no : 32503]

Dalam Tafsir al-Quran al-Azhim dinukilkan ‘Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu berkata:

جاءت تمشي على استحياء، قائلة بثوبها على وجهها، ليست بسلفع  خَرَّاجة ولاجة

Gadis itu datang dalam keadaan malu, dia meletakkan kain pakaiannya di atas wajahnya, dia bukanlah gadis yang sesuka hati ke sana ke mari.

Kisah Nabi Musa ‘alaihissalam ini mengajar kita beberapa aspek penting dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan bukan mahram:

1) Sifat Malu – Malu merupakan asas dalam hubungan lelaki dan perempuan. Ia sebagaimana ditunjukkan oleh gadis-gadis di atas. Malu itu bukan hanya sifat seorang gadis, bahkan ia sifat yang perlu dimiliki oleh kaum lelaki jua.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” أَشَدَّ حَيَاءً مِنَ الْعَذْرَاءِ فِي خِدْرِهَا

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lebih pemalu daripada anak dara yang berada di dalam tandunya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadis no: 3320]

2) Menjaga batas komunikasi antara bukan mahram – Apabila telah adanya sifat malu, maka akan terkawallah batas komunikasi antara dua gender. Lihat bagaimana Nabi Musa ‘alaihissalam tidak mengambil kesempatan untuk ‘mengorat’ atau bermesra dan bergurau senda dengan si gadis itu, dan si gadis itu juga tidak melakukan hal yang sama.

3) Sifat malu tidak sewajarnya menjadi penghalang untuk membantu bukan mahram hatta yang muda ketika memerlukan bantuan. Berapa ramaikah daripada kita yang zahirnya Islamik, tetapi membiarkan sahaja ketika melihat kaum Hawa mengangkat barang yang berat? Sedangkan Nabi Musa ‘alaihissalam sudah menunjukkan contoh yang sangat baik.

Di sini kita boleh katakan, asas hubungan lelaki dan perempuan ialah sifat MALU. Mereka yang mempunyai sifat malu tidak akan bergurau senda dengan bukan mahram, tidak akan berbual-bual tanpa sebarang sebab, tidak akan berpegangan tangan, tidak akan bersalaman, tidak akan membuka auratnya. Pokoknya, jika hilang sifat malu ini, berlakulah banyak kerosakan. Sifat malu ini pula hendaklah diseimbangkan seperti mana dalam kisah Nabi Musa, sifat malu tidak menghalang untuk komunikasi tatkala ada keperluan, dan saling tolong menolong apabila dalam kesusahan.

Pembaca, marilah kita mempunyai sifat malu.

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ ” .

Abu Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia daripada perkataan kenabian terdahulu adalah : “Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hati mu”. [Sahih al-Bukhari : 3250]

عَنْ أَبِي السَّوَّارِ الْعَدَوِيِّ ، قَالَ : سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” الْحَيَاءُ لَا يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ “

Abu As-Sawwar al-’Adawi berkata: Aku mendengar ‘Imran bin Hussain radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah sifat malu itu muncul melainkan dengan kebaikan. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no : 5681]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Iman ada lebih daripada enam puluh cabang, sifat malu merupakan satu daripada cabang keimanan. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no : 8]

عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : قَالَ ابْنُ عُمَرَ : ” إِنَّ الْحَيَاءَ وَالإِيمَانَ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإِذَا رُفِعَ أَحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَرُ ” .

Sa’id bin Jubair berkata: ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya sifat malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satu hilang, maka hilanglah yang lain. [Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah : 20]

Maka sangatlah silap mana-mana pihak, pakar motivasi, trainer, yang cuba menghilangkan rasa malu manusia khususnya rasa malu dalam hubungan antara dua gender. Sungguh teori-teori komunikasi yang cuba meruntuhkan sifat malu antara dua gender merupakan teori yang rosak dan musibah.

Apabila kita sudah memahami bahawa hubungan antara lelaki dan perempuan terbina atas sifat malu. Maka adalah satu yang janggal untuk kita berkata bahawa hubungan bebas itu sesuatu yang diiktiraf oleh Islam.

Dalil-dalil di bawah menunjukkan satu konsep umum berkaitan pergaulan lelaki dan perempuan dalam Islam.

عَنْ هِنْدٍ بِنْتِ الْحَارِثِ ، أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ قَامَ النِّسَاءُ حِينَ يَقْضِي تَسْلِيمَهُ ، وَمَكَثَ يَسِيرًا قَبْلَ أَنْ يَقُومَ ” ، قَالَ ابْنُ شِهَابٍ : فَأُرَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ مُكْثَهُ لِكَيْ يَنْفُذَ النِّسَاءُ قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُنَّ مَنِ انْصَرَفَ مِنَ الْقَوْمِ .

Ummu Salamah radiallahu ‘anha berkata: Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selesai memberi salam, kaum wanita akan bangun, dan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan kekal di posisinya seketika sebelum bangun. Ibn Syihab berkata: Aku berpendapat, wallahu’alam, bahawa duduknya seketika baginda sallallahu ‘alaihi wasalam agar kaum wanita dapat beredar sebelum kaum lelaki dapat melihat mereka ketika kaum lelaki pula beredar

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 796]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا ، وَشَرُّهَا آخِرُهَا ، وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا ، وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik saf untuk kaum lelaki ialah yang paling hadapan, dan seburuk-buruk saf mereka ialah yang paling belakang. Sebaik-baik saf untuk wanita ialah yang paling belakang, dan seburuk-buruk saf untuk wanita ialah yang paling hadapan.

[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 669]

عَنْ حَمْزَةَ بْنِ أَبِي أُسَيْدٍ الْأَنْصَارِيِّ , عَنْ أَبِيهِ , ” أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ خَارِجٌ مِنَ الْمَسْجِدِ فَاخْتَلَطَ الرِّجَالُ مَعَ النِّسَاءِ فِي الطَّرِيقِ , فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلنِّسَاءِ : اسْتَأْخِرْنَ , فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرِيقَ , عَلَيْكُنَّ بِحَافَّاتِ الطَّرِيقِ , فَكَانَتِ الْمَرْأَةُ تَلْتَصِقُ بِالْجِدَارِ حَتَّى إِنَّ ثَوْبَهَا لَيَتَعَلَّقُ بِالْجِدَارِ مِنْ لُصُوقِهَا بِهِ

Abu Usaid al-Ansori meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata ketika baginda keluar dari masjid, dan ketika itu kaum lelaki dan wanita bercampur gaul di jalanan. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam pun berkata kepada kaum wanita: Ke belakanglah. Bukanlah untuk kalian berada di tengah-tengah jalan. Hendaklah kalian berada di tepi-tepi jalan. Lalu para wanita merapatkan diri ke dinding sehingga pakaian mereka melekat di tembok kerana rapatnya mereka.

[Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4590]

Imam Ibn Batthal menyebutkan dalam syarah kepada Sahih al-Bukhari:

هكذا سنة صلاة النساء أن يقمن خلف الرجال ، وذلك والله أعلم ، خشية الفتنة بهن ، واشتغال النفوس بما جبلت عليه من أمورهن عن الخشوع فى الصلاة والإقبال عليها وإخلاص الفكر فيها لله ؛ إذ النساء مزينات فى القلوب ومقدمات على جميع الشهوات ، وهذا أصل فى قطع الذرائع

Ini merupakan sunnah di dalam solat bagi kaum wanita untuk berada di belakang kaum lelaki. Wallahu’alam, ia kerana takut kepada ujian yang boleh ditimbulkan daripada wanita itu tersebut, dan ia boleh menyibukkan hati daripada khusyuk di dalam solat, dan ikhlas kepada Allah disebabkan oleh keadaan wanita itu. Wanita itu merupakan perkara yang akan menghiasi hati manusia dan menjadi mukadimah kepada semua nafsu syahwat. Maka ini merupakan asal kepada menghalang jalan-jalan kerosakan. [Syarah Sahih al-Bukhari, jilid 2, m/s 472-473]

Imam an-Nawawi berkata:

وَالْمُرَاد بِشَرِّ الصُّفُوف فِي الرِّجَال النِّسَاء أَقَلّهَا ثَوَابًا وَفَضْلًا وَأَبْعَدهَا مِنْ مَطْلُوب الشَّرْع ، وَخَيْرهَا بِعَكْسِهِ ، وَإِنَّمَا فَضَّلَ آخِر صُفُوف النِّسَاء الْحَاضِرَات مَعَ الرِّجَال لِبُعْدِهِنَّ مِنْ مُخَالَطَة الرِّجَال وَرُؤْيَتهمْ وَتَعَلُّق الْقَلْب بِهِمْ عِنْد رُؤْيَة حَرَكَاتهمْ وَسَمَاع كَلَامهمْ وَنَحْو ذَلِكَ ، وَذَمَّ أَوَّلَ صُفُوفهنَّ لِعَكْسِ ذَلِكَ . وَاَللَّه أَعْلَم .

Yang dimaksudkan dengan seburuk-buruk saf untuk kaum lelaki dan wanita ialah sedikitnya pahala dan keutamaan serta ia paling jauh daripada tuntutan syara’, manakala sebaik-baik saf pula adalah sebaliknya. Sesungguhnya keutamaaan saf belakang untuk wanita yang hadir solat berjemaah dengan lelaki kerana jauhnya mereka daripada bercampur dengan kaum lelaki, dan daripada melihat mereka, dan menyukarkan hati mereka untuk tertarik kepada kaum lelaki tatkala melihat pergerakan jemaah lelaki, mendengar suara mereka dan sebagainya. Manakala saf yang awal untuk wanita pula sebaliknya. Wallahua’lam.

[Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, jilid 1, m/s 183]

Semua hadis-hadis di atas berlaku ketika solat. Solat adalah saat seseorang memfokuskan dirinya kepada Allah. Adalah sangat sukar perkara yang buruk atau sebarang maksiat berlaku ketika ini. Akan tetapi Allah tetap menutup jalan-jalan yang boleh menjadi mukadimah kepada penzinaan iaitu pergaulan bebas hatta di dalam solat.

Ini sekaligus menjawab penghujahan segelintir umat Islam yang cuba membenarkan pergaulan bebas, ‘dating’ dan sebagainya dengan alasan mereka bukan berzina, mereka sekadar keluar, makan bersama, berjalan-jalan dan sebagainya. Adakah mereka mahu menyatakan situasi mereka itu lebih selamat daripada nafsu berbanding situasi ketika di dalam solat? Adakah mereka mahu menyatakan situasi mereka bergelak ketawa di kafe, atau makan bersama di kafe itu lebih selamat daripada ketika mendirikan solat berjemaah? Akal yang sihat pasti tahu jawapannya.

Ramai mungkin akan memahami hadis-hadis ini meletakkan wanita sebagai makhluk yang jahat, perlu ditindas dan sebagaimana. Hadis-hadis ini perlu dilihat bersama tanggungjawab yang Allah berikan kepada kaum lelaki, antaranya mereka wajib untuk hadir solat berjemaah, wajib keluar rumah untuk mencari rezeki, manakala kaum wanita tidak diwajibkan semua itu. Maka hadis-hadis di atas perlu juga dilihat sekali dengan hadis-hadis berkaitan kewajipan kaum lelaki.

Ini menunjukkan konsep umum pergaulan antara lelaki dan perempuan ialah tiada pergaulan bebas. Jika di dalam solat perlu diasingkan lelaki dan perempuan, maka mana mungkin kita mampu menyatakan perbuatan keluar makan bersama bukan mahram satu perbuatan yang diterima Islam?

Sesungguhnya semua perkara akan ada permulaannya. Tiada siapa yang tiba-tiba terus menjadi jahat. Dalam konteks pergaulan antara lelaki dan perempuan pula, tiada siapa yang tiba-tiba terus berzina. Ia mengambil masa hingga seseorang itu memberanikan dirinya untuk berzina.

Sebelum berlakunya penzinaan hakiki, anggota-anggota tubuh lain akan berzina dahulu. Amat sukar untuk seseorang melakukan penzinaan yang hakiki seandainya anggota tubuh lainnya terselamat daripada mukadimah zina.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ ، فَزِنَا الْعَيْنِ : النَّظَرُ ، وَزِنَا اللِّسَانِ : الْمَنْطِقُ ، وَالنَّفْسُ : تَمَنَّى وَتَشْتَهِي ، وَالْفَرْجُ : يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Tidaklah aku melihat sesuatu yang lebih serupa dengan Al-Lamam melainkan apa yang Abu Hurairah radiallahu ‘anhu riwayatkan daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah telah menetapkan untuk anak Adam cebisan daripada zina. Mereka pasti akan mendapatkan cebisan zina itu. Zinanya mata ialah melihat. Zinanya lisan ialah dengan berkata-kata, nafsu pula mengharap dan berkehendak (kepada zina itu), dan kemaluan pula yang akan merealisasikan (apa yang dilakukan anggota-anggota lain) kesemuanya atau mendustakannya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan, hadis no: 5801]

Dalam Sahih Muslim pula:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَا ، مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ ، فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ ، وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ ، وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ ، وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ ، وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا ، وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ “

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘Anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi setiap anak Adam bahagiannya daripada zina, dia mengalami hal tersebut secara pasti. Mata zinanya adalah memandang, kedua telinga zinanya adalah mendengar, lidah zinanya adalah berbicara, tangan zinanya adalah memegang, dan kaki zinanya adalah berjalan, dan hati berhasrat dan berangan-angan, dan kemaluan akan membenarkan atau mendustakannya (berzina atau tidak).

[Sahih Muslim, Kitab al-Qadr, hadis no: 4808]

Al-Imam Abu al-Hasan ‘Ali bin Khalaf atau lebih dikenali sebagai Ibn Batthal menerangkan:

قال المؤلف : وزنا العين : فيما زاد على النظرة الأولى التى لا تملك مما يديم النظر إليه على سبيل الشره والشهوة ، وكذلك زنا المنطق : فيما يلتذ به من محادثه من لا يحل له ذلك منه ، وزنا النفس : تمنى ذلك وتشتهيه ، فذلك كله سمى زنا ، لأنه من دواعى زنا الفرج ،

Zina mata: Pandangan yang seterusnya selepas pandangan mata yang pertama yang tidak mampu untuk menahan daripada berterusan melihat dalam keadaan bernafsu. Begitu juga dengan zina kata-kata: Yang mana seseorang berseronok-seronok dalam kata-kata dengan orang yang tidak halal baginya. Zina nafsu yang mana seseorang mengharap dan berkehendak kepada zina itu. Kesemua ini dinamakan zina kerana ia merupakan petunjuk kepada zinanya kemaluan.

Imam Ibn Batthal menukilkan kalam Imam al-Muhallab:

وجعل ذلك لممًا وصغائر لايطالب بها عباده إذا لم يكن للفرج تصديق لها ، فإذا صدقها الفرج كان ذلك من الكبائر ، رفقا من الله بعباده ، ورحمة لهم ، لما جبلهم عليه من ضعف الخلقة ،

Allah telah menjadikan hal tersebut sebagai Al-Lamam dan dosa kecil, yang mana tiada hukuman ke atas hamba-hambaNya selagi mana anggota sulit mereka tidak merealisasikannya. Apabila anggota sulit mereka benar-benar melakukannya, maka ia menjadi dosa besar. Ini merupakan kelembutan Allah dengan hamba-hambaNya, rahmatNya kepada mereka, disebabkan sifat lemah yang ada pada diri hamba-hambaNya.

[Syarah Sahih al-Bukhari, jilid 9, m/s 23]

Al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syarf atau lebih dikenali sebagai Al-Imam An-Nawawi berkata:

مَعْنَى الْحَدِيث أَنَّ اِبْن آدَم قُدِّرَ عَلَيْهِ نَصِيب مِنْ الزِّنَا ، فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُون زِنَاهُ حَقِيقِيًّا بِإِدْخَالِ الْفَرْج فِي الْفَرْج الْحَرَام ، وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُون زِنَاهُ مَجَازًا بِالنَّظَرِ الْحَرَام أَوْ الِاسْتِمَاع إِلَى الزِّنَا وَمَا يَتَعَلَّق بِتَحْصِيلِهِ ، أَوْ بِالْمَسِّ بِالْيَدِ بِأَنْ يَمَسّ أَجْنَبِيَّة بِيَدِهِ ، أَوْ يُقَبِّلهَا ، أَوْ بِالْمَشْيِ بِالرِّجْلِ إِلَى الزِّنَا ، أَوْ النَّظَر ، أَوْ اللَّمْس ، أَوْ الْحَدِيث الْحَرَام مَعَ أَجْنَبِيَّة ، وَنَحْو ذَلِكَ ، أَوْ بِالْفِكْرِ بِالْقَلْبِ . فَكُلّ هَذِهِ أَنْوَاع مِنْ الزِّنَا الْمَجَازِيّ ، وَالْفَرْج يُصَدِّق ذَلِكَ كُلّه أَوْ يُكَذِّبهُ . مَعْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ يُحَقِّق الزِّنَا بِالْفَرْجِ ، وَقَدْ لَا يُحَقِّقهُ بِأَلَّا يُولِج الْفَرْج فِي الْفَرْج ، وَإِنْ قَارَبَ ذَلِكَ . وَاَللَّه أَعْلَم

Hadis ini bermaksud bahawa anak Adam telah ditakdirkan untuknya cebisan daripada zina. Antara mereka ada yang melakukan zina yang hakiki dengan melakukan persetubuhan yang haram. Sebahagian mereka pula melakukan zina dalam bentuk kiasan dengan melihat perkara yang haram, atau mendengar perkara yang membawa kepada zina, atau menyentuh orang ajnabi dengan tangannya, atau berjalan dengan kaki ke tempat zina, atau melihat, atau menyentuh, atau berkata-kata perkara yang haram dengan orang ajnabi dan sebagainya, atau berfikir dengan hati. Semua ini merupakan jenis-jenis zina dalam bentuk kiasan. Kemaluanlah yang akan merealisasikan hal itu atau mendustakannya.  Ia bermaksud zina yang sebenarnya dengan kemaluan boleh jadi berlaku, dan boleh jadi tidak berlaku walaupun dia telah menghampirinya. Wallahua’lam.

Apakah itu Al-Lamam?

Imam an-Nawawi berkata:

وَقِيلَ : أَنْ يُلِمّ بِالشَّيْءِ وَلَا يَفْعَلهُ ، وَقِيلَ : الْمَيْل إِلَى الذَّنْب . وَلَا يُصِرّ عَلَيْهِ

Berkeinginan melakukan sesuatu tetapi tidak melakukannya, cenderung kepada dosa tetapi tidak melakukannya.

[Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, jilid 9, m/s 7]

Sesungguhnya hadis di atas menunjukkan rahmat Allah dan sifat pengampunNya. Melakukan zina-zina kiasan seperti di atas merupakan satu perkara yang sangat sukar untuk kita elakkan, lalu ia hanya dimasukkan di dalam kategori dosa kecil, dan bukannya dosa besar. Sifat rahmat Allah kepada pelaku dosa kecil di atas tergambar dalam ayat-ayat di bawah:

الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى (32(

[Iaitu] orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui [tentang keadaan]mu ketika Dia menjadikan kamu daripada tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. [An-Najm : 32]

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا (31(

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu [dosa-dosamu yang kecil] dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia [syurga]. [An-Nisa’ : 31]

Imam an-Nawawi berkata tentang dua ayat di atas:

فَمَعْنَى الْآيَتَيْنِ أَنَّ اِجْتِنَاب الْكَبَائِر يُسْقِط الصَّغَائِر ، وَهِيَ اللَّمَم . وَفَسَّرَهُ اِبْن عَبَّاس بِمَا فِي هَذَا الْحَدِيث مِنْ النَّظَر وَاللَّمْس وَنَحْوهمَا ، وَهُوَ كَمَا قَالَ . هَذَا هُوَ الصَّحِيح فِي تَفْسِير اللَّمَم ،

Kedua ayat ini bermaksud meninggalkan dosa-dosa besar akan menggugurkan dosa-dosa kecil iaitu Al-Lamam. Lalu Ibn ‘Abbas telah menafsirkannya dengan apa yang ada dalam hadis di atas iaitu melihat, menyentuh dan sebagainya. Inilah penafsiran yang benar untuk maksud Al-Lamam.

Akan tetapi, ingatlah bahawa dosa-dosa kecil di atas jika dibiarkan, ia akan membawa kepada dosa yang besar itu sendiri.

Contohilah generasi sahabat yang takut kepada dosa-dosa kecil.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” إِنَّكُمْ لَتَعْمَلُونَ أَعْمَالًا هِيَ أَدَقُّ فِي أَعْيُنِكُمْ مِنَ الشَّعَرِ ، إِنْ كُنَّا لَنَعُدُّهَا عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْمُوبِقَاتِ ” ، قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ : يَعْنِي بِذَلِكَ الْمُهْلِكَاتِ .

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya kalian melakukan perbuatan yang di mata kalian kelihatan lebih halus daripada rambut, sedangkan kami di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menganggap ia sebagai perkara yang memusnahkan.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6038]

Ingatlah penzinaan yang hakiki tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia adalah hasil daripada zina-zina kiasan yang berterusan, yang dilakukan tanpa rasa bersalah. Hingga akhirnya zina-zina kiasan itu sudah sebati dengan jiwa kita. Hingga akhirnya sifat malu yang menjadi asas hubungan lelaki dan perempuan semakin terhakis. Zina-zina kiasan yang dilakukan secara berterusan akan melekat di hati. Ia adalah tompok hitam yang akan menggelapkan hati manusia.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ ، فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ وَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ : كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ سورة المطففين آية 14 ” . قال : هذا حديث حَسَنٌ صَحِيحٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya apabila seseorang itu melakukan satu dosa, akan ada pada hatinya satu titip hitam. Apabila dia meninggalkan dosa itu, memohon keampunan, dan bertaubat, maka dibersihkan hatinya. Jika dia kembali melakukan dosa itu, akan bertambahlah titik hitam padanya sehingga ia menutupi hatinya. Itulah al-Ran yang Allah sebutkan: Sekali-kali tidak [demikian], sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka. (Al-Muthoffifin : 14)

[Sunan at-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Qur’an, hadis no: 3278, hasan sahih]

Menundukkan pandangan merupakan satu etika pergaulan antara lelaki dan perempuan yang Islam gariskan. Firman Allah:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ…. (31)

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan”. (30) Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada memandang yang haram).. (31) [An-Nur : 30-31]

Al-Imam Ibn Kathir menghuraikan ayat di atas:

هذا أمر من الله تعالى لعباده المؤمنين أن يغضوا من أبصارهم عما حرم عليهم، فلا ينظروا إلا إلى ما أباح لهم النظر إليه  ، وأن يغضوا  أبصارهم عن المحارم، فإن اتفق أن وقع البصر على مُحرَّم من غير قصد، فليصرف بصره عنه سريعًا

Ini merupakan arahan Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk menundukkan pandangan mereka daripada melihat perkara yang diharamkan kepada mereka. Tidak boleh mereka melihat melainkan ke arah apa yang dibenarkan untuk mereka melihat kepadanya, dan hendaklah mereka menundukkan pandangan daripada apa yang haram. Jika pandangan mata itu melihat kepada benda haram tanpa ada niat, hendaklah seseorang segera mengalihkan pandangan itu. [Tafsir al-Qur’an al-Azhim, jilid 6, m/s 41]

Terdapat banyak hadis berkaitan menundukkan pandangan ini.

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، قال : ” سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ ، فَأَمَرَنِي أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِي

Jarir bin ‘Abdullah radiallahu ‘anhu berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang pandangan yang tidak sengaja. Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh aku untuk mengalihkan pandangan ku.

[Sahih Muslim, Kitab al-Adab, hadis no: 4025]

Imam an-Nawawi menyebutkan:

وَمَعْنَى نَظَر الْفَجْأَة أَنْ يَقَع بَصَره عَلَى الْأَجْنَبِيَّة مِنْ غَيْر قَصْد فَلَا إِثْم عَلَيْهِ فِي أَوَّل ذَلِكَ ، وَيَجِب عَلَيْهِ أَنْ يَصْرِف بَصَره فِي الْحَال ، فَإِنْ صَرَفَ فِي الْحَال فَلَا إِثْم عَلَيْهِ ، وَإِنْ اِسْتَدَامَ النَّظَر أَثِمَ لِهَذَا الْحَدِيث ، فَإِنَّهُ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ بِأَنْ يَصْرِف بَصَره مَعَ قَوْله تَعَالَى { قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ } . قَالَ الْقَاضِي : قَالَ الْعُلَمَاء : وَفِي هَذَا حُجَّة أَنَّهُ لَا يَجِب عَلَى الْمَرْأَة أَنْ تَسْتُر وَجْههَا فِي طَرِيقهَا ، وَإِنَّمَا ذَلِكَ سُنَّة مُسْتَحَبَّة لَهَا ، وَيَجِب عَلَى الرِّجَال غَضّ الْبَصَر عَنْهَا فِي جَمِيع الْأَحْوَال إِلَّا لِغَرَضٍ صَحِيح شَرْعِيّ ، وَهُوَ حَالَة الشَّهَادَة وَالْمُدَاوَاة ، وَإِرَادَة خِطْبَتهَا ، أَوْ شِرَاء الْجَارِيَة ، أَوْ الْمُعَامَلَة بِالْبَيْعِ وَالشِّرَاء ، وَغَيْرهمَا ، وَنَحْو ذَلِكَ ، وَإِنَّمَا يُبَاح فِي جَمِيع هَذَا قَدْر الْحَاجَة دُون مَا زَادَ . وَاللَّه أَعْلَم .

Yang dimaksudkan dengan pandangan yang tidak sengaja ialah apabila melihat perempuan ajnabi itu berlaku tanpa niat. Maka tiada dosa ke atas orang itu untuk pandangan yang pertama itu. Wajib dia mengalihkan pandangannya segera. Seandainya dia segera mengalihkan pandangannya, maka dia tidak berdosa. Jika dia berterusan melihat, maka dia berdosa berdasarkan hadis ini. Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruhnya untuk mengalihkan pandangannya berdasarkan firman Allah: Katakanlah kepada lelaki beriman untuk menundukkan pandangan mereka. Al-Qadhi berkata: Ulama berkata: Pada dalil ini terdapat hujah bahawa wanita tidak wajib menutup wajahnya, sebaliknya ia adalah perkara yang sunat. Menjadi kewajipan kepada kaum lelaki untuk menundukkan pandangan daripada wanita dalam segala keadaan melainkan dalam keperluan yang diiktiraf syara’. Ia seperti urusan persaksian, perubatan, peminangan, membeli hamba, jual beli, dan selainnya. Sesungguhnya pengharusan melihat dalam hal-hal ini hanyalah pada kadar yang diperlukan tanpa berlebih-lebihan

[Al-Minhaj, Syarah Sahih Muslim, jilid 7, m/s 290]

عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَلِيٍّ : ” يَا عَلِيُّ ، لَا تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ ، فَإِنَّ لَكَ الْأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الْآخِرَةُ

Buraidah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ‘Ali radiallahu ‘anhu: Wahai Ali. Janganlah kau ikuti satu pandangan mata dengan pandangan seterusnya. Sesungguhnya pandangan mata yang pertama adalah untuk engkau, tetapi yang kemudian bukan untuk engkau.

[Sunan Abi Daud, Kitab an-Nikah, hadis no: 1840]

Shaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad berkata:

ومعنى الحديث أن النظرة الأولى التي حصلت من غير قصد ومن غير اختيار هو معذور فيها، ولا يواصل ويتبع النظرة النظرة؛ لأن الأولى حصلت وهو معذور فيها، وليست له التي تليها؛ لأنها تكون بقصد وذلك لا يسوغ

Hadis ini bermaksud bahawa pandangan pertama yang berlaku tanpa niat dan pilihan merupakan perkara yang dimaafkan. Tidak boleh berterusan memandang atau memandang buat ke sekian kali kerana pandangan yang pertama itu sahaja yang diberikan keuzuran, dan tidak dimaafkan pada pandangan yang seterusnya kerana ia berlaku dengan niat, dan itu tidak dibenarkan.

[Syarah Sunan Abi Daud, jilid 12, m/s 127]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا , قَالَ : ” كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ ، وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ

‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Al-Fadhl membonceng di belakang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Datang seorang wanita daripada kabilah Khas’am, lalu Al-Fadhl melihat ke arah wanita itu, dan wanita itu melihat ke arah Al-Fadhl. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pun mengalihkan wajah Al-Fadhl ke arah yang lain.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, hadis no: 1423]

Apakah hukumnya seorang lelaki melihat wanita bukan mahram?

Dr. Abdul Karim Zaidan dalam karyanya Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah membawakan banyak pendapat ulama feqah mengenai hukum memandang wanita bukan mahram.

Mazhab Maliki: Haram apabila melihat aurat walau tanpa syahwat. Begitu juga haram apabila melihat bukan aurat tetapi ada syahwat. Akan tetapi jika pada bahagian bukan aurat dan tanpa syahwat, maka ia dibenarkan.

Mazhab Syafie: Haram secara mutlak walau pada bahagian bukan aurat dan tanpa syahwat. Ini merupakan pendapat yang kuat dalam mazhab Syafie. Hanya dibenarkan melihat apabila ada keperluan sahaja.

Mazhab Hanafi:  Haram apabila melihat pada bahagian aurat, atau jika melihat bukan bahagian aurat tetapi denga syahwat. Akan tetapi jika pada bahagian bukan aurat dan tanpa syahwat maka hukumnya makruh.

Mazhab Hanbali: Haram secara mutlak walau pada bahagian bukan aurat dan tanpa syahwat. Hanya dibenarkan apabila ada keperluan.

Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah memilih pandangan haram seperti mazhab Syafie dan Hanbali.

Dr. Abdul Karim Zaidan merumuskan selepas membawakan pendapat-pendapat mazhab feqah dalam hal ini:

– Haram apabila melihat pada aurat walau tanpa syahwat.

– Haram apabila melihat pada bukan aurat jika dengan syahwat.

– Lebih utama atau afdhal untuk menundukkan pandangan daripada melihat bahagian bukan aurat tanpa syahwat. Jika melihatnya tanpa sebab maka ia makruh.

[Rujuk Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah, jilid 4, m/s 201-210]

Adakah hukum yang sama terpakai untuk wanita melihat lelaki?

Sebahagian ulama yang menyatakan haram lelaki melihat wanita seperti mazhab Hanbali, memberikan keringanan kepada kaum wanita untuk melihat lelaki pada bahagian bukan aurat dan tanpa syahwat. [Rujuk Al-Mufassal Fi Ahkam Al-Mar’ah, jilid 4, m/s 227-232]

Ini juga merupakan pendapat beberapa ulama Arab Saudi seperti Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin dan Shaikh Bin Baz yang mana mereka mengharamkan lelaki melihat wanita walau tanpa syahwat, tetapi membenarkan wanita melihat lelaki.

Fatwa Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin

حكم نظر المرأة للرجال

Hukum Wanita Melihat Lelaki

نظر المرأة للرجل لا يخلو من حالين سواء كان في التلفزيون أو غيره .

1- نظر شهوة وتمتع فهذا محرم لما فيه من المفسدة والفتنة .

2-نظرة مجردة لا شهوة فيها ولا تمتع فهذه لا شيء فيها على الصحيح من أقوال أهل العلم ، وهي جائزة لما ثبت في الصحيحين ( أن عائشة رضي الله عنها كانت تنظر إلى الحبشة وهم يلعبون ، وكان النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يسترها عنهم ) وأقرها على ذلك .

Wanita melihat lelaki tidak akan terlepas daripada dua keadaan, tidak kira sama ada melihat melalui televisyen atau selainnya.

1) Melihat dengan nafsu dan berseronok-seronok. Hal ini haram kerana padanya terdapat kerosakan dan fitnah.

2) Melihat sahaja tanpa sebarang nafsu dan tidak juga berseronok-seronok. Maka hal ini tidak mengapa, dan merupakan pendapat kuat daripada pandangan ulama’. Ia dibenarkan berdasarkan apa yang ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa ‘Aisyah radiallahu ‘anha melihat orang Habsyah bermain, dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menutupinya daripada pandangan mereka. Baginda menunjukkan taqrir/tidak menghalang hal itu.

ولأن النساء يمشين في الأسواق وينظرن إلى الرجال وإن كن متحجبات ، فالمرأة تنظر إلى الرجل وإن كان هو لا ينظرها ، بشرط ألا تكون هناك شهوة وفتنة فإن كانت شهوة أو فتنة فالنظرة محرمة في التلفزيون وغيره فتاوى المرأة المسلمة 2/973 . .

Ini juga kerana kaum wanita turut berjalan di pasar-pasar dan mereka dapat melihat kaum lelaki walaupun mereka berhijab, kaum wanita dapat melihat kaum lelaki walau pun kaum lelaki tidak dapat melihatnya. Itu dengan syarat tiadanya ketika itu nafsu dan fitnah. Jika disertai nafsu atau adanya fitnah, maka menonton di televisyen dan selainnya adalah haram. [Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah]

[ http://islamqa.info/ar/49038 ]

Fatwa Shaikh Abdul Aziz Bin Baz

أما قوله فيما يتعلق بنظر المرأة إلى الرجال من غير شهوة ومن غير تلذذ فيما فوق السرة ودون الركبة فهذا لا حرج فيه؛ لأن الرسول – صلى الله عليه وسلم – أذن لعائشة في النظر إلى الحبشة ، ولأن الناس مازالوا يخرجون إلى الأسواق الرجال والنساء ، وهكذا في المساجد تصلي المرأة مع الرجال وتنظر إليهم كل هذا لا حرج فيه إلا إذا كان نظراً خاصاً قد يفضي إلى فتنة أو تلذذ أو شهوة هذا هو الممنوع ، أما إذا كان نظراً عاماً من غير تلذذ ولا شهوة ولا قصد الفتنة ولا خشية الفتنة فلا حرج فيه لما علمت من جواز صلاة المرأة خلف الرجال في المساجد، وخروجها للأسواق لحاجتها ، ونظر عائشة للناس في المسجد وهم يلعبون من الحبشة في المسجد كل هذا من الدلائل على جواز النظر من المرأة للرجال من دون قصد شهوة ولا تلذذ ،

Adapun pertanyaan mengenai wanita yang memandang lelaki tanpa syahwat dan tanpa berseronok-seronok pada bahagian tubuh yang di atas pusat dan di bawah paha, ini tidak mengapa. Ini kerana Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam mengizinkan ‘Aisyah melihat orang-orang Habsyah. Ini kerana para lelaki dan wanita itu selalu pergi ke pasar. Begitu juga di masjid, kaum wanita solat bersama para lelaki dan melihat para jemaah lelaki. Semua ini hukumnya boleh kecuali apabila pandangan itu khusus/istimewa sehingga terkadang menimbulkan fitnah, berseronok-seronok atau membangkitkan nafsu. Pandangan yang demikian barulah terlarang. Adapun pandangan yang sifatnya umum, tanpa berseronok-seronok dan tanpa hawa nafsu, tidak berniat menimbulkan fitnah dan tidak ditakuti terjadi fitnah, maka tidak mengapa. Sebagaimana engkau tahu para wanita dibolehkan solat di masjid, mereka keluar ke pasar-pasar memenuhi keperluan mereka, dan ‘Aisyah radiallahu ‘anha melihat kaum lelaki dari Habsyah sedang bermain di masjid. Ini semua merupakan bukti bahawa wanita dibenarkan melihat lelaki tanpa dengan maksud syahwat dan berseronok-seronok.

وهذا مستثنى من قوله جل وعلا: وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ [(31) سورة النــور]. فالله قال: يغضضن من أبصارهن ما قال : يغضضن أبصارهن من فدل ذلك أن تغض منها، ولا تغضها كلها، لها النظر إلى طريقها إلى ما أمامها إلى الجماعة أمامها لتسمع ما يقال ولتعي ما يقال ولتنظر ما يفعله الإمام أو ما يفعله الناس حتى تقتدي بهن وتنظر أمامها في الأسواق ولو كان أمامها رجال كل هذا لا حرج فيه ، أما إذا كان النظر يفضي إلى الفتنة أو ما التلذذ أو مع تكرار النظر للرجل فهذا هو الذي يمنع منه

Ini merupakan pengecualian daripada firman Allah: Katakanlah kepada wanita beriman untuk menundukkan sebahagian daripada pandangan mereka. Allah berkata “Menundukkan sebahagian daripada pandangan mereka” dan Allah tidak berkata: “Menundukkan pandangan mereka”. Perkataan “Min” menunjukkan bahawa menundukkan sebahagian daripada pandangan, dan bukannya menundukkan kesemua pandangan. Wanita itu boleh melihat apa yang ada di hadapannya, melihat jemaah yang ada di hadapannya agar dapat mendengar apa yang dikatakan, agar dapat melihat perbuatan imam atau apa yang jemaah lelaki lain lakukan sehingga wanita itu dapat mengikut mereka. Begitu juga melihat ketika di pasar walaupun di hadapannya itu adalah kaum lelaki. Semua ini tiada masalah. Adapun jika melihat sehingga membawa kepada fitnah, atau berseronok-seronok, atau mengulang-ulang melihat kepada lelaki itu, maka ini terlarang.

[ http://www.binbaz.org.sa/mat/11044 ]

Selepas kita membaca perbahasan berkaitan pandangan-pandangan ulama di atas. Kita akan mendapati bahawa isu menundukkan pandangan adalah satu isu yang sangat besar. Ulama sepakat haram melihat aurat walau tanpa nafsu, dan haram walau bukan pada aurat jika dengan nafsu. Manakala untuk pada bukan aurat dan tanpa nafsu, ia terletak pada kedudukan makruh atau haram.

Imam Ibn Kathir menyebutkan:

ولما كان النظر داعية إلى فساد القلب، كما قال بعض السلف: “النظر سهام سم إلى القلب”؛ ولذلك أمر الله بحفظ الفروج كما أمر بحفظ الأبصار التي هي بواعث إلى ذلك

Ini kerana pandangan mata membawa kepada rosaknya hati. Sebagaimana kata-kata sebahagian salaf: Pandangan mata merupakan satu panahan yang melekat di hati. Oleh kerana itu Allah menyuruh memelihara kemaluan sebagaimana Allah menyuruh memeliharan pandangan mata yang mana ia akan membawa kepada hal itu (iaitu zina)

[Tafsir al-Quran al-Azhim, jilid 6, m/s 42]

Hendaklah kita menjaga batas-batas komunikasi kita. Seorang insan bukan mahram tatkala berbual enggan melihat ke wajah kita, mereka bukanlah sombong atau tidak beradab. Sebaliknya itulah etika yang diajar oleh Islam. Dengan menundukkan pandangan ia menguatkan rasa malu kita apabila berinteraksi dengan bukan mahram. Sangatlah sukar untuk seseorang yang mahu melihat wajah lawan jantina, apatah lagi untuk menyentuh hatta berzina. Melihat pun dia malu, inikan pula lebih daripada itu.

Menjauhi Sentuhan

Dalam hadis Abu Hurairah radiallahu ‘anhu disebutkan:

وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ

Tangan zinanya adalah memegang [Sahih Muslim, Kitab al-Qadr, hadis no: 4808]

Kita mulakan bab sentuhan antara lelaki dan perempuan ajnabi dengan bab yang sering berlaku, dan sering menjadi bahan perbahasan ulama; iaitu bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan ajnabi.

Selain daripada hadis Abu Hurairah radiallahu ‘anhu di atas, kita lihat jua beberapa hadis berkaitan.

عَنْ أَبِي الْعَلاءِ ، حَدَّثَنِي مَعْقِلُ بْنُ يَسَارٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

Ma’qil bin Yasar radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ditusuknya kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya. [Riwayat at-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, Baqiyyatul Mim, hadis no: 16911, Shaikh al-Albani menyatakan isnad jayyid dalam Al-Silsilah Al-Sahihah]

أُمَيْمَةُ بِنْتَ رُقَيْقَةَ ، تَقُولُ : جِئْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نِسْوَةٍ نُبَايِعُهُ ، فَقَالَ لَنَا : ” فِيمَا اسْتَطَعْتُنَّ وَأَطَقْتُنَّ ، إِنِّي لَا أُصَافِحُ النِّسَاءَ

Umaimah bte Ruqaiqah radiallahu ‘anha berkata: Aku telah datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama-sama wanita lain untuk kami membai’ahnya. Baginda berkata kepada kami: (Aku menerima bai’ah kalian) pada apa yang kalian mampu. Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Jihad, hadis no: 2869]

قَالَ ابْنُ شِهَابٍ : أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ ، أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : كَانَتِ الْمُؤْمِنَاتُ إِذَا هَاجَرْنَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُمْتَحَنَّ بِقَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يَأَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَلا يَسْرِقْنَ وَلا يَزْنِينَ سورة الممتحنة آية 12 ، إِلَى آخِرِ الْآيَةِ ، قَالَتْ عَائِشَةُ : فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ ، قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ” ، وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلَامِ ، قَالَتْ عَائِشَةُ : وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلَّا بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى ، وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ ، وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ قَدْ بَايَعْتُكُنَّ كَلَامًا .

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Apabila wanita-wanita beriman berhijrah (ke Madinah) dan datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, mereka akan diuji dengan firman Allah: Wahai Nabi, apabila datang kepada engkau wanita beriman untuk membai’ah engkau bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, mereka tidak akan mencuri, mereka tidak akan berzina (Al-Mumtahanah: 12) sehingga akhir ayat. ‘Aisyah berkata: Sesiapa sahaja di kalangan wanita beriman yang bersetuju dengan syarat ini, maka dia telah bersetuju dengan ujian yang dilakukan (iaitu bersetuju membai’ah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam). Apabila mereka telah mengikrarkan bai’ah kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melalui lisan mereka, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam akan berkata kepada mereka: Pergilah. Sesungguhnya aku telah menerima bai’ah kalian. ‘Aisyah berkata: Demi Allah! Tangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menyentuh tangan mana-mana perempuan langsung. Baginda menerima bai’ah mereka dengan kata-kata mereka. Demi Allah. Tidak pernah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengambil (bai’ah) daripada kaum wanita melainkan apa-apa yang telah Allah perintahkan. Tidak pernah tapak tangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyentuh tapak tangan mana-mana wanita. Baginda akan berkata kepada mereka apabila mengambil bai’ah mereka: Sesungguhnya aku telah menerima bai’ah kalian secara lisan.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Imarah, hadis no: 3476]

Shaikh Muhammad al-Amin al-Shanqitee berkata:

وَكَوْنُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُصَافِحُ النِّسَاءَ وَقْتَ الْبَيْعَةِ دَلِيلٌ وَاضِحٌ عَلَى أَنَّ الرَّجُلَ لَا يُصَافِحُ الْمَرْأَةَ ، وَلَا يَمَسُّ شَيْءٌ مِنْ بَدَنِهِ شَيْئًا مِنْ بَدَنِهَا ; لِأَنَّ أَخَفَّ أَنْوَاعِ اللَّمْسِ الْمُصَافَحَةُ ، فَإِذَا امْتَنَعَ مِنْهَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْوَقْتِ الَّذِي يَقْتَضِيهَا وَهُوَ وَقْتُ الْمُبَايَعَةِ ، دَلَّ ذَلِكَ عَلَى أَنَّهَا لَا تَجُوزُ ، وَلَيْسَ لِأَحَدٍ مُخَالَفَتُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، لِأَنَّهُ هُوَ الْمُشَرِّعُ لِأُمَّتِهِ بِأَقْوَالِهِ وَأَفْعَالِهِ وَتَقْرِيرِهِ .

Tindakan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam untuk tidak bersalaman dengan kaum wanita ketika Ba’iah merupakan dalil yang jelas bahawa lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita. Tidak boleh menyentuh sedikit pun tubuh seorang lelaki dengan tubuh seorang wanita. Ini kerana seringan-ringan sentuhan ialah bersalaman. Apabila nabi sallallahu ‘alaihi wasallam terhalang daripada melakukannya pada waktu yang sepatutnya ia dilakukan iaitu ketika Bai’ah, maka ia menunjukkan bahawa ia tidak dibenarkan. Tidak boleh sesiapa pun menyelisihi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, ini kerana baginda adalah penyampai syariat kepada umatnya dengan kata-katanya, perbuatannya dan taqrirnya.

[Adhwa’ al-Bayan, jilid 6, m/s 256]

Kata-kata Imam 4 mazhab berkaitan hal ini:

Mazhab Hanafi:

Imam Abu Bakar bin Mas’ud al-Kasani berkata:

وَأَمَّا حُكْمُ مَسِّ هَذَيْنِ الْعُضْوَيْنِ فَلَا يَحِلُّ مَسُّهُمَا لِأَنَّ حِلَّ النَّظَرِ لِلضَّرُورَةِ الَّتِي ذَكَرْنَاهَا وَلَا ضَرُورَةَ إلَى الْمَسِّ مَعَ مَا أَنَّ الْمَسَّ فِي بَعْثِ الشَّهْوَةِ وَتَحْرِيكِهَا فَوْقَ النَّظَرِ وَإِبَاحَةُ أَدْنَى الْفِعْلَيْنِ لَا يَدُلُّ عَلَى إبَاحَةِ أَعْلَاهُمَا هَذَا إذَا كَانَ شَابَّيْنِ فَإِنْ كَانَا شَيْخَيْنِ كَبِيرَيْنِ فَلَا بَأْسَ بِالْمُصَافَحَةِ لِخُرُوجِ الْمُصَافَحَةِ مِنْهُمَا مِنْ أَنْ تَكُونَ مُورِثَةً لِلشَّهْوَةِ لِانْعِدَامِ الشَّهْوَةِ

Adapun hukum menyentuh kedua anggota ini (iaitu wajah dan pergelangan tangan); Tidak halal menyentuh keduanya kerana walaupun boleh melihatnya kerana ada darurat yang telah kami sebutkan, akan tetapi tiada darurat untuk menyentuhnya. Apatah lagi sentuhan lebih membangkitkan hawa nafsu berbanding dengan melihat. Membolehkan sesuatu yang lebih rendah mudharatnya tidaklah menjadi bukti untuk membolehkan sesuatu yang lebih tinggi mudharatnya. Ini (iaitu larangan menyentuh bukan mahram) berlaku apabila kedua-duanya muda. Seandainya kedua-duanya sudah tua, tidak mengapa untuk bersalaman kerana mereka sudah tidak lagi mempunyai syahwat.

 [Badai’ al-Sonai’, jilid 10, m/s 489-490]

Mazhab Maliki:

Shaikh Ahmad bin Muhammad as-Sowi berkata:

وَلَا تَجُوزُ مُصَافَحَةُ الرَّجُلِ الْمَرْأَةَ وَلَوْ مُتَجَالَّةً

Tidak boleh bersalaman antara lelaki dan wanita walau wanita itu tua

) وَلَا تَجُوزُ مُصَافَحَةُ الرَّجُلِ الْمَرْأَةَ ( : أَيْ الْأَجْنَبِيَّةَ وَإِنَّمَا الْمُسْتَحْسَنُ الْمُصَافَحَةُ بَيْنَ الْمَرْأَتَيْنِ لَا بَيْنَ رَجُلٍ وَامْرَأَةٍ أَجْنَبِيَّةٍ

Tidak boleh bersalaman antara lelaki dan wanita: Iaitu yang bukan ajnabi. Sesungguhnya bersalaman yang digalakkan ialah bersalaman antara dua wanita, dan bukannya antara lelaki dan wanita ajnabi.

[Hasyiah al-Sowi ‘Ala Al-Syarh Al-Saghir, jilid 11, m/s 279]

Mazhab Syafie:

Imam an-Nawawi ketika menghuraikan hadis Bai’ah menyebutkan:

أَنَّ كَلَام الْأَجْنَبِيَّة يُبَاح سَمَاعه عِنْد الْحَاجَة ، وَأَنَّ صَوْتهَا لَيْسَ بِعَوْرَةٍ ، وَأَنَّهُ لَا يَلْمِس بَشَرَة الْأَجْنَبِيَّة مِنْ غَيْر ضَرُورَة كَتَطْبِيبٍ وَفَصْد وَحِجَامَة وَقَلْع ضِرْس وَكَحْل عَيْن وَنَحْوهَا مِمَّا لَا تُوجَد اِمْرَأَة تَفْعَلهُ ؛ جَازَ لِلرَّجُلِ الْأَجْنَبِيّ فِعْله لِلضَّرُورَةِ .

Boleh mendengar suara wanita ajnabi apabila ada keperluan, kerana suaranya bukanlah aurat. Tidak boleh menyentuh kulit wanita ajnabi tanpa darurat seperti perubatan, mengeluarkan darah, bekam, mencabut gigi, mencelak (untuk perubatan) dan sebagainya yang mana tiada wanita dapat melakukannya, maka dibolehkan untuk lelaki ajnabi melakukannya kerana darurat.

[Syarah Sahih Muslim, jilid 13, m/s 10]

Kata beliau dalam Raudhah at-Tholibin:

حَيْثُ حَرُمَ النَّظَرُ ، حَرُمَ الْمَسُّ بِطَرِيقِ الْأَوْلَى ، لِأَنَّهُ أَبْلَغُ لَذَّةً

Apabila diharamkan melihat, maka lebih utama untuk haram disentuh. Ini kerana ia lebih menaikkan syahwat. [Raudhatut Tholibin, jilid 7, m/s 27]

Mazhab Hanbali:

Imam Ibn Muflih menukilkan:

فَتُصَافِحُ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ وَالرَّجُلُ الرَّجُلَ ، وَالْعَجُوزُ وَالْبَرْزَةُ غَيْرُ الشَّابَّةِ فَإِنَّهُ يَحْرُمُ مُصَافَحَتُهَا لِلرَّجُلِ ذَكَرَهُ فِي الْفُصُولِ وَالرِّعَايَةِ وَقَالَ ابْنُ مَنْصُورٍ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ : تَكْرَهُ مُصَافَحَةَ النِّسَاءِ قَالَ أَكْرَهُهُ قَالَ إِسْحَاقُ بْنُ رَاهْوَيْهِ كَمَا قَالَ وَقَالَ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مِهْرَانَ إنَّ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ سُئِلَ عَنْ الرَّجُلِ يُصَافِحُ الْمَرْأَةَ قَالَ : لَا وَشَدَّدَ فِيهِ جِدًّا قُلْت : فَيُصَافِحُهَا بِثَوْبِهِ قَالَ : لَا

Boleh bersalaman wanita dengan wanita, dan lelaki bersalaman dengan lelakir, lelaki tua dengan wanita terhormat yang tua. Hal ini disebutkan dalam kitab al-Fushul dan al-Ri’ayah. Ibn Mansur bertanya kepada Abu ‘Abdillah (iaitu Imam Ahmad): Adakah engkau membenci bersalaman dengan wanita? Imam Ahmad menjawab: Aku benci perbuatan itu. Ishaq bin Rahawiah berpendapat sebagaimana pendapat Imam Ahmad. Muhammad bin Abdullah bin Mihran menyatakan bahawa Imam Ahmad ditanya tengan lelaki bersalaman dengan wanita. Beliau menjawab: Tidak, dan beliau berkeras dalam hal itu. Aku bertanya lagi: Bagaimana jika bersalam dengannya menggunakan pakaian. Imam Ahmad menjawab: Tidak. [Al-Adab Al-Syariyyah, jilid 2, m/s 246]

Jelas di sini bahawa ulama 4 mazhab hanya berbeza pendapat tentang bersalaman dengan orang tua, itu pun jika aman daripada fitnah. Akan tetapi di sisi mazhab Syafie dan Maliki tetap tidak boleh bersalaman walau dengan orang tua.

Seandainya bersalaman pun dilarang. Apa lagi alasan untuk membenarkan berpegangan tangan, naik motosikal bersama, atau melakukan apa-apa aktiviti bersama yang menyebabkan sentuhan lelaki dan perempuan, sedangkan aktiviti itu bukan satu keperluan?

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ ” ، فَقَامَ رَجُلٌ ، فَقَالَ : ” يَا رَسُولَ اللَّهِ ، امْرَأَتِي خَرَجَتْ حَاجَّةً وَاكْتُتِبْتُ فِي غَزْوَةِ كَذَا وَكَذَا ، قَالَ : ارْجِعْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِكَ

Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan bersama mahram. Lalu seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, isteri aku akan keluar menunaikan haji sedangkan aku diwajibkan untuk berperang. Baginda menjawab: Pulanglah, dan kerjakan haji bersama isteri engkau. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 4935]

Pengharaman berdua-duaan dengan ajnabiy merupakan kesepakatan ulama. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan di dalam Fathul Bari:

فِيهِ مَنْعُ الْخَلْوَةِ بِالْأَجْنَبِيَّةِ وَهُوَ إِجْمَاعٌ ، لَكِنِ اخْتَلَفُوا هَلْ يَقُومُ غَيْرُ الْمَحْرَمِ مَقَامَهُ فِي هَذَا كَالنِّسْوَةِ الثِّقَاتِ؟ وَالصَّحِيحُ الْجَوَازُ لِضَعْفِ التُّهْمَةِ بِهِ . وَقَالَ الْقَفَّالُ : لَا بُدَّ مِنَ الْمَحْرَمِ ، وَكَذَا فِي النِّسْوَةِ الثِّقَاتِ فِي سَفَرِ الْحَجِّ لَا بُدَّ مِنْ أَنْ يَكُونَ مَعَ إِحْدَاهُنَّ مَحْرَمٌ . وَيُؤَيِّدُهُ نَصُّ الشَّافِعِيِّ أَنَّهُ لَا يَجُوزُ لِلرَّجُلِ أَنْ يُصَلِّيَ بِنِسَاءٍ مُفْرَدَاتٍ إِلَّا أَنْ تَكُونَ إِحْدَاهُنَّ مَحْرَمًا لَهُ

Pada hadis ini terdapat larangan berdua-duaan dengan wanita ajnabiyyah. Ini merupakan ijma’/kesepakatan para ulama. Ulama berbeza pendapat adakah (keperluan adanya mahram ini) boleh digantikan dengan bukan mahram yang lain contohnya dengan adanya sekumpulan wanita-wanita yang dipercayai? Yang benar, ia boleh kerana kurangnya fitnah dalam hal tersebut. Al-Qaffal berkata: Mesti ada juga mahram. Begitu juga dengan keadaan sekumpulan wanita yang dipercayai dalam permusafiran menunaikan haji, mestilah ada mahram salah seorang daripada mereka. Ini diperkuatkan lagi dengan perkataan Al-Imam Al-Syafie bahawa tidak boleh seorang lelaki mendirikan solat bersama kaum wanita melainkan bersama-sama salah seorang wanita itu mahramnya. [Fathul Bari, jilid 4, m/s 77]

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ ” ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ ؟ قَالَ : ” الْحَمْوُ : الْمَوْتُ

‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Berjaga-jagalah kalian daripada masuk menemui kaum wanita. Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasulullah, apa pandangan engkau tentang Al-Hamwu? Baginda menjawab: Al-Hamwu adalah maut. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Nikah, hadis no: 4934]

Kata Al-Hafiz Ibn Hajar lagi:

وَتَقْدِيرُ الْكَلَامِ اتَّقُوا أَنْفُسَكُمْ أَنْ تَدْخُلُوا عَلَى النِّسَاءِ وَالنِّسَاءَ أَنْ يَدْخُلْنَ عَلَيْكُمْ

Maksud hadis ini ialah takutlah diri kalian daripada menemui kaum wanita, dan takutlah kaum wanita daripada menemui kalian (kaum lelaki)

Kata beliau lagi:

وَتَضَمَّنَ مَنْعُ الدُّخُولِ مَنْعَ الْخَلْوَةِ بِهَا بِطَرِيقِ الْأَوْلَى

Larangan daripada masuk menemui (wanita ajnabi) merangkumi larangan berdua-duaan dengannya kerana ia lebih utama (untuk dilarang).

Apakah maksud Al-Hamwu?

Kata Al-Hafiz Ibn Hajar:

زَادَ ابْنُ وَهْبٍ فِي رِوَايَتِهِ عِنْدَ مُسْلِمٍ ” سَمِعْتُ اللَّيْثَ يَقُولُ : الْحَمْوُ أَخُو الزَّوْجِ وَمَا أَشْبَهَهُ  مِنْ أَقَارِبِ الزَّوْجِ ابْنِ الْعَمِّ ونحوه

Al-Laith berkata: Al-Hamwu merupakan adik beradik lelaki si suami dan seumpamanya daripada kaum kerabat suami seperti sepupu suami dan sebagainya.

وَقَدْ قَالَ النَّوَوِيُّ : الْمُرَادُ فِي الْحَدِيثِ أَقَارِبُ الزَّوْجِ غَيْرُ آبَائِهِ وَأَبْنَائِهِ ، لِأَنَّهُمْ مَحَارِمُ لِلزَّوْجَةِ يَجُوزُ لَهُمُ الْخَلْوَةُ بِهَا وَلَا يُوصَفُونَ بِالْمَوْتِ . قَالَ وَإِنَّمَا الْمُرَادُ الْأَخُ وَابْنُ الْأَخِ وَالْعَمُّ وَابْنُ الْعَمِّ وَابْنُ الْأُخْتِ وَنَحْوُهُمْ مِمَّا يَحِلُّ لَهَا تَزْوِيجُهُ لَوْ لَمْ تَكُنْ مُتَزَوِّجَةً ، وَجَرَتِ الْعَادَةُ بِالتَّسَاهُلِ فِيهِ فَيَخْلُو الْأَخُ بِامْرَأَةِ أَخِيهِ فَشَبَّهَهُ بِالْمَوْتِ وَهُوَ أَوْلَى بِالْمَنْعِ مِنَ الْأَجْنَبِيِّ اهـ

Imam an-Nawawi berkata: Yang dimaksudkan dengan hadis ialah kaum kerabat suami selain ayah suami dan anak lelaki suami. Ini kerana ayah suami dan anak lelaki suami merupakan mahram kepada si isteri, dibenarkan untuk mereka berdua-duaan dengan si isteri, dan tidak disifatkan mereka dengan maut. Lalu yang dimaksudkan di sini ialah saudara lelaki suami (iaitu ipar kepada si isteri), anak buah daripada adik beradik lelaki si suami, pakcik suami, sepupu suami, anak buah daripada adik-beradik perempuan si suami dan selain mereka yang mana mereka ini dibolehkan untuk si isteri menikahi mereka seandainya si isteri itu wanita yang tidak berkahwin. Sudah menjadi kebiasaan orang ramai bermudah-mudah dalam hal ini, lalu seorang lelaki berdua-duaan dengan isteri adik beradiknya, maka hal ini disamakan dengan kematian. Ini lebih utama dilarang daripada ajnabi.

[Fathul Bari, jilid 9, m/s 331]

Imam an-Nawawi berkata dalam Syarah Sahih Muslim:

وَأَمَّا إِذَا خَلَا الْأَجْنَبِيُّ بِالْأَجْنَبِيَّةِ مِنْ غَيْرِ ثَالِثٍ مَعَهُمَا فَهُوَ حَرَامٌ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ ، وَكَذَا لَوْ كَانَ مَعَهُمَا مَنْ لَا يُسْتَحَى مِنْهُ لِصِغَرِهِ كَابْنِ سَنَتَيْنِ وَثَلَاثٍ وَنَحْوِ ذَلِكَ ، فَإِنَّ وُجُودَهُ كَالْعَدَمِ ، وَكَذَا لَوِ اجْتَمَعَ رِجَالٌ بِامْرَأَةٍ أَجْنَبِيَّةٍ فَهُوَ حَرَامٌ ، بِخِلَافِ مَا لَوِ اجْتَمَعَ رَجُلٌ بِنِسْوَةٍ أَجَانِبَ ، فَإِنَّ الصَّحِيحَ جَوَازُهُ ،

Apabila seorang lelaki ajnabi berdua-duaan dengan seorang wanita ajnabiyyah tanpa orang yang ketiga bersama mereka, maka ia haram menurut kesepakatan ulama. Begitu juga hukumnya haram apabila (orang ketiga) yang ada bersama-samanya ialah orang yang dia tidak segan atau malu kepadanya kerana dia kanak-kanak seperti anak berumur dua hingga tiga tahun dan sebagainya.  Sesungguhnya wujudnya (orang ketiga seperti kanak-kanak itu) sama sahaja seperti tiada. Begitu juga jika berkumpul ramai lelaki dengan seorang wanita ajnabiyyah maka hukumnya tetap haram. Ini berbeza apabila jika berkumpulnya seorang lelaki dengan ramai wanita, maka pendapat yang tepat ialah hal itu dibenarkan.

Kata beliau lagi:

قَالَ أَصْحَابُنَا : وَلَا فَرْقَ فِي تَحْرِيمِ الْخَلْوَةِ حَيْثُ حَرَّمْنَاهَا بَيْنَ الْخَلْوَةِ فِي صَلَاةٍ أَوْ غَيْرِهَا ، وَيُسْتَثْنَى مِنْ هَذَا كُلِّهِ مَوَاضِعُ الضَّرُورَةِ ، بِأَنْ يَجِدَ امْرَأَةً أَجْنَبِيَّةً مُنْقَطِعَةً فِي الطَّرِيقِ أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ ، فَيُبَاحُ لَهُ اسْتِصْحَابُهَا ، بَلْ يَلْزَمُهُ ذَلِكَ إِذَا خَافَ عَلَيْهَا لَوْ تَرَكَهَا ، وَهَذَا لَا اخْتِلَافَ فِيهِ ، وَيَدُلُّ عَلَيْهِ حَدِيثُ عَائِشَةَ فِي قِصَّةِ الْإِفْكِ . وَاللَّهُ أَعْلَمُ .

Ulama-ulama kami (iaitu ulama-ulama mazhab Syafie) berpendapat: Tiada beza dalam pengharaman khulwah sama ada khulwah itu berlaku ketika solat atau selainnya. Dikecualikan daripada pengharaman ini apabila keadaan darurat. Apabila seorang lelaki menemui seorang wanita ajnabiyyah yang tersesat di tengah jalan atau selainnya, maka dibolehkan untuk si lelaki itu menemaninya. Bahkan hendaklah dia menemani wanita itu apabila dia takutkan keselamatan wanita itu jika dia meninggalkannya bersendirian di jalanan. Hal ini tiada perbezaan pendapat dalamnya. Ini ditunjukkan oleh hadis ‘Aisyah radiallahu ‘anha dalam kisah hadis al-Ifk.

[Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, jilid 9, m/s 109]

Akan tetapi bagaimana dengan hadis di bawah yang seolah-olah menunjukkan bolehnya berdua-duaan dengan ajnabi?

عَنْ هِشَامٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَتْ امْرَأَةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَلَا بِهَا فَقَالَ وَاللَّهِ إِنَّكُنَّ لَأَحَبُّ النَّاسِ إِلَيَّ

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Seorang wanita Ansar datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda berdua-duaan dengannya. Baginda berkata: Demi Allah, sesungguhnya kalian adalah manusia yang paling aku cintai. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 4936]

Al-Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam Sahihnya pada bab:

بَاب مَا يَجُوزُ أَنْ يَخْلُوَ الرَّجُلُ بِالْمَرْأَةِ عِنْدَ النَّاسِ

Bab dibenarkan seorang lelaki untuk berdua-duaan dengan seorang wanita di khalayak ramai.

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:

قَوْلُهُ ( بَابُ مَا يَجُوزُ أَنْ يَخْلُوَ الرَّجُلُ بِالْمَرْأَةِ عِنْدَ النَّاسِ ) أَيْ لَا يَخْلُو بِهَا بِحَيْثُ تَحْتَجِبُ أَشْخَاصُهُمَا عَنْهُمْ بَلْ بِحَيْثُ لَا يَسْمَعُونَ كَلَامَهُمَا إِذَا كَانَ بِمَا يُخَافِتُ بِهِ كَالشَّيْءِ الَّذِي تَسْتَحْيِ الْمَرْأَةُ مِنْ ذِكْرِهِ بَيْنَ النَّاسِ . وَأَخَذَ الْمُصَنِّفُ قَوْلَهُ فِي التَّرْجَمَةِ ” عِنْدَ النَّاسِ ” مِنْ قَوْلِهِ فِي بَعْضِ طُرُقِ الْحَدِيثِ ” فَخَلَا بِهَا فِي بَعْضِ الطُّرُقِ أَوْ فِي بَعْضِ السِّكَكِ ” وَهِيَ الطُّرُقُ الْمَسْلُوكَةُ الَّتِي لَا تَنْفَكُّ عَنْ مُرُورِ النَّاسِ غَالِبًا .

Perkataan al-Imam al-Bukhari (Bab dibenarkan seorang lelaki untuk berdua-duaan dengan seorang wanita di khalayak ramai) bermaksud si lelaki berada dalam keadaan berkhulwah dengan si wanita bukan kerana mereka berdua terlindung daripada pandangan orang ramai, sebaliknya mereka dikatakan berkhulwah kerana orang ramai tidak dapat mendengar perkataan mereka berdua kerana rendah atau perlahannya perbualan itu seperti sesuatu yang wanita malu untuk menyebutnya di khalayak ramai. Al-Imam Al-Bukhari meletakkan perkataan (di khalayak ramai) pada tajuk bab berdasarkan riwayat yang lain yang berbunyi: Lalu baginda berdua-duaan dengannya di jalan tertentu. Ia merupakan jalan yang sering dilalui oleh orang ramai.

Kata beliau lagi:

قَالَ الْمُهَلَّبُ : لَمْ يُرِدْ أَنَسٌ أَنَّهُ خَلَا بِهَا بِحَيْثُ غَابَ عَنْ أَبْصَارِ مَنْ كَانَ مَعَهُ ، وَإِنَّمَا خَلَا بِهَا بِحَيْثُ لَا يَسْمَعُ مَنْ حَضَرَ شَكْوَاهَا وَلَا مَا دَارَ بَيْنَهُمَا مِنَ الْكَلَامِ ، وَلِهَذَا سَمِعَ أَنَسٌ آخِرَ الْكَلَامِ فَنَقَلَهُ وَلَمْ يَنْقُلْ مَا دَارَ بَيْنَهُمَا لِأَنَّهُ لَمْ يَسْمَعْهُ اهـ . وَوَقَعَ عِنْدَ مُسْلِمٍ مِنْ طَرِيقِ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ ” أَنَّ امْرَأَةً كَانَ فِي عَقْلِهَا شَيْءٌ قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي إِلَيْكَ حَاجَةً ، فَقَالَ : يَا أُمَّ فُلَانٍ انْظُرِي أَيَّ السِّكَكِ شِئْتِ حَتَّى أَقْضِيَ لَكِ حَاجَتَكِ ” وَأَخْرَجَ أَبُو دَاوُدَ نَحْوَ هَذَا السِّيَاقِ مِنْ طَرِيقِ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ لَكِنْ لَيْسَ فِيهِ أَنَّهُ كَانَ فِي عَقْلِهَا شَيْءٌ .

Al-Muhallib berkata: Anas radiallahu ‘anhu tidak menyatakan bahawa baginda dalam keadaan berdua-duaan dengan wanita itu kerana mereka terlindung daripada pandangan manusia sekeliling, sebaliknya keadaan berdua-duaan itu berlaku kerana orang di sekeliling tidak dapat mendengar aduan wanita tersebut dan apa yang dibincangkan antara mereka berdua. Oleh sebab itu, Anas masih dapat mendengar perkataan akhir baginda lalu menukilkannya, dan beliau tidak menukilkan apa yang dibincangkan baginda dan wanita tersebut kerana beliau tidak dapat mendengarnya. Dalam riwayat Muslim daripada riwayat Hammad bin Salamah daripada Tsabit daripada Anas disebutkan: Seorang wanita yang terencat akal berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Ya Rasulullah, aku mempunyai hajat dengan mu. Lalu baginda menjawab: Wahai Ummu Fulan, tunjukkan aku di jalan mana engkau mahu menemui aku sehingga aku dapat menunaikan hajat engkau. Abu Daud meriwayatkan lafaz ini daripada jalan Humaid daripada Anas tetapi di dalam riwayat itu tidak disebutkan bahawa wanita itu terencat akal.

Kata Al-Hafiz lagi:

وَفِيهِ سَعَةُ حِلْمِهِ وَتَوَاضُعِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَبْرِهِ عَلَى قَضَاءِ حَوَائِجِ الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ ، وَفِيهِ أَنَّ مُفَاوَضَةَ الْمَرْأَةِ الْأَجْنَبِيَّةِ سِرًّا لَا يَقْدَحُ فِي الدِّينِ عِنْدَ أَمْنِ الْفِتْنَةِ ، وَلَكِنَّ الْأَمْرَ كَمَا قَالَتْ عَائِشَةُ ” وَأَيُّكُمْ يَمْلِكُ إِرْبَهُ كَمَا كَانَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْلِكُ إِرْبَهُ ” .

Pada hadis ini menunjukkan kelembutan dan sifat rendah diri baginda sallallahu ‘alaihi wasallam, dan kesabarannya memenuhi hajat kanak-kanak mahupun orang tua. Dalam hadis ini menunjukkan perbincangan secara rahsia dengan wanita ajnabiyyah secara rahsia tidaklah merosakkan maruah beragama seseorang apabila ia aman daripada fitnah. Akan tetapi hal ini sebagaimana kata ‘Aisyah radiallahu ‘anha: Siapakah di kalangan kalian yang dapat menjaga nafsunya sebagaimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjaga nafsunya.

[Fathul Bari, jilid 9, m/s 333]

Oleh kerana itu, hadis ini tidak dapat menjadi hujah membenarkan untuk duduk bersama-sama dengan bukan mahram, keluar bersiar-siar, bersukan bersama dan sebagainya kerana apa yang baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lakukan adalah atas dasar keperluan, seperti mana seorang pensyarah yang berbincang dengan pelajarnya, atau seseorang menemui kaunselor, atau seorang murid mahu bertanya kepada gurunya. Maka ia hendaklah dilakukan di tempat yang masih dapat dilihat orang lain, hanya sahaja orang lain tidak dapat mendengar apa yang dibincangkan. Seandainya tiada keperluan, maka ia tetap bukan sesuatu yang dibenarkan oleh syara’ walau di khalayak ramai. Sudah pasti, hadis ini sungguh jauh lagi untuk dijadikan hujah boleh berdua-duaan dengan bukan ajnabi di dalam rumah, atau tempat yang sunyi atau tidak dapat dilihat orang.

Adalah mustahil Islam membenarkan wanita dan lelaki ajnabi duduk bersama-sama tanpa keperluan sedangkan di dalam solat yang tidak wujud fitnah diasingkan pula. Ia satu perkara yang jelas bercanggahan.

Ingatlah hadis di bawah:

Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu berkhutbah dan menyatakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

Tidaklah seorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiga adalah syaitan.[Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Fitan, hadis no: 2091, hasan sahih gharib]

Shaikh al-Mubarakfuri menyatakan:

وَالْمَعْنَى يَكُونُ الشَّيْطَانُ مَعَهُمَا يُهَيِّجُ شَهْوَةَ كُلٍّ مِنْهُمَا حَتَّى يُلْقِيَهُمَا فِي الزِّنَا

Ia bermaksud syaitan akan bersama-sama mereka berdua. Ia akan menggoda nafsu syahwat mereka berdua sehingga menjerumuskan mereka berdua ke dalam penzinaan. [Tuhfatul Ahwazi, jilid 5, m/s 456]

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا (32(

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya [2], dan ucapkanlah perkataan yang baik [Al-Ahzab : 32]

Al-Imam Ibn Kathir menyebutkan dalam Tafsir Al-Quran Al-Azhim:

لا تخاطب المرأة الأجانب كما تخاطب زوجها.

Janganlah seorang wanita bercakap dengan lelaki ajnabi sebagaimana dia bercakap dengan suaminya.

Jika wanita dilarang daripada bercakap sedemikian rupa dengan kaum lelaki, maka kaum lelaki juga dilarang melakukan sedemikian rupa dengan kaum wanita. Oleh itu, kata-kata romantic seperti ‘I love you, I miss you’, atau panggilang-panggilan manja seperti ‘sayang, honey’ dan sebagainya adalah terlarang dilakukan kepada bukan mahram.

Seandainya ini sahaja sudah dilarang, bagaimana pula dengan fenomena tidak malunya manusia khususnya yang sudah berkahwin, apabila di pejabat mereka saling bergurau dan sindir menyindir dengan lawak-lawak lucah?

Agar Tidak Tersungkur Di Tengah Jalan

futur

<Ubat Kepada Tumbang Di Tengah Jalan>

 

السؤال: أريد أن أسألك بخصوص الفتور أسبابه وعلاجه، فالإنسان يشعر بضعف دينه أحياناً؟

Aku ingin bertanya kepada engkau khusus berkaitan sifat futur (berhenti daripada melakukan kebaikan), apakah sebab-sebabnya, dan apakah ubatnya. Ini kerana insan seringkali merasai lemahnya sifat beragamanya.

 

Jawapan:

الجواب: الإنسان لا يمكن أن يكون على وتيرة واحدة، حتى الصحابة قالوا:

Manusia itu tidak mungkin akan sentiasa berada dalam satu keadaan sahaja. Bahkan sahabat-sahabat nabi berkata: Read more

Nabi Musa dan Dua Gadis Madyan

haya

Nabi Musa dan Dua Gadis Madya

Dalam al-Quran mencatatkan sebuah kisah yang unik antara lelaki soleh iaitu Nabi Musa ‘alaihissalam dan dua gadis solehah di Madyan.

وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاءُ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ (23)

Dan tatkala dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia mendapati di sana sekumpulan orang yang sedang memberi midnum [haiwan ternakan mereka], dan ia mendapati di belakang orang ramai itu terdapat dua orang wanita yang sedang terpisah daripada orang ramai itu. Musa berkata: “Apakah tujuan kamu berdua[dengan berbuat begitu]?” Kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum [kepada ternakan kami], sebelum pengembala-pengembala itu bersurai sedangkan bapa kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya”. (23) Read more

« Older Entries