Category Archives: Akhlak

Sudah Solatkah Mereka?

Assalamualaikum w.b.t

Setiap hari di sekolah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar saya sebelum masuk kelas. “Sudah solat Zuhur kah belum?”.

Kadang-kala sambil menanda buku mereka, saya akan berbual: “Pagi tadi awak solat Subuh atau tidak?”.

Bila mereka menjawab ya, saya akan berkata: “Alhamdulillah, bagus kalau begitu..”

Tetapi jika mereka kata tidak, saya akan bertanya: “Kenapa tidak?”

Pelbagai jawapan diberikan, bangun lewat, takut tertinggal bas, tidur lewat.
Sedih bila adik-adik menjawab bangun lewat. Tiada ibu bapakah yang mahu mengejutkan mereka? Takut tertinggal bas? Daripada mana datang kerisauan ini jika bukan daripada ibu bapa? Ibu bapa mereka lebih risau mereka lewat ke sekolah daripada risau tentang solat anak-anak mereka?

Kadang-kala bila saya soal dalam kelas, sudah solat Zuhur kah? Yang jawab belum akan menjawab terlewat sampailah ustaz, tadi pulang sekolah kebangsaan, mahu cepat ke sekolah agama. Alhamdulillah, tempat saya mengajar bersebelahan masjid, saya akan menyuruh mereka pergi solat walau ketika itu saya sedang mengajar.

Bagaimana kita mahu bercerita soal akhlak, sedangkan asas Islami iaitu solat kita abaikan? Sanggup kita mengutamakan sekolah anak-anak melebihi solatnya? Di mana Islam dalam diri kita?

Seribu satu soalan datang apabila mendengar jawapan adik-adik ini kenapa mereka tidak solat. Satu ketika dahulu saya pernah berprogram di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Saya bertemu seorang adik yang tidak pandai solat, saya bertanya:”Di rumah awak solat atau tidak?”. Jawabnya “Tidak”. Saya berkata lagi: “Emak tidak marah?”. Jawab dia: “Emak dengan ayah pun tidak solat…”. Saya terus diam. Tidak terkata apa.

Saya bukan seorang bapa, saya tiada anak dan isteri. Tetapi saya berasa sedih dengan hal ini. Apakah tujuan kita membina keluarga? Apakah tujuan kita menjadi suami dan isteri? Apakah tujuan kita menjadi ibu dan bapa?

Kita sedang mengheret anak-anak ini menuju mendekati pintu neraka sebagaimana kita sedang bergerak ke arahnya. Pengabaian kita kepada solat anak-anak ini adalah ‘jalan pintas’ kita ke neraka.

Tatkala kita menghantar anak-anak ini ke kelas tambahan, kelas tuisyen, aktiviti ko-kurikulum, sudahkah kita memikirkan sejauh mana hal ini mempengaruhi jadual solat mereka?

Tatkala kita guru-guru mengatur aktiviti sekolah, adakah kita memasukkan solat sebagai agenda utama, atau ia hanya agenda picisan bila ada masa lapang?

Tatkala kita melakukan kelas tambahan sehingga jam enam petang anak murid kita masih belum solat Asar, apakah yang sedang kita ajari mereka? Bukankah kita sedang mengajar mereka belajar itu lagi penting daripada solat? Bukankah kita sedang mengajar mereka solat itu kurang penting berbanding jumlah A dalam peperiksaan?

Tatkala latihan sukan, aktiviti sukan bermula jam empat petang sehingga enam petang, bukankah kita sedang mengajar anak-anak ini bola, ragbi, badminton, bola jaring itu semua lebih penting daripada solat?

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، قَال :

‘Amru bin Syu’aib meriwayatkan daripada ayahnya daripada datuknya:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ،
Rasulullah s.a.w bersabda: Suruhlah anak kalian solat apabila umur mereka tujuh tahun.

وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ سِنِينَ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ ”

Apabila umur mereka sepuluh tahun, pukullah mereka (jika mereka enggan solat) dan pisahkan tempat tidur mereka. [Sunan Abu Daud, Kitab As-Solat, Bab Bilakah Seorang Budak Itu Disuruh Mendirikan Solat, hadis no : 417]

________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

Rasulullah s.a.w dan Kanak-Kanak

praying-baby-girl

Bagaimana Rasulullah s.a.w berinteraksi dengan kanak-kanak?

Tulisan kali ini, Al Kahfi akan berkongsi dengan pembaca semua hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan kanak-kanak.

 

1) Rasulullah s.a.w menangis apabila Ibrahim meninggal dunia

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَال : ” دَخَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَيْفٍ الْقَيْنِ ، وَكَانَ ظِئْرًا لِإِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام

Anas bin Malik r.a berkata:

“Kami bersama Rasulullah s.a.w pergi menemui Abu Saif Al Qayyinn yang (isterinya) telah mengasuh Ibrahim r.a (anak lelaki Rasulullah s.a.w)

فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِبْرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ ،

Lalu Rasulullah s.a.w mengambil Ibrahim r.a dan menciumnya.

ثُمَّ دَخَلْنَا عَلَيْهِ بَعْدَ ذَلِكَ وَإِبْرَاهِيمُ يَجُودُ بِنَفْسِهِ ، فَجَعَلَتْ عَيْنَا رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَذْرِفَانِ ,

Kemudian setelah itu pada waktu yang lain kami mengunjunginya sedangkan Ibrahim telah meninggal. Hal ini menyebabkan kedua mata Rasulullah s.a.w berlinangan air mata.

 فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ,

Lalu berkatalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf r.a kepada baginda s.a.w : “Engkau menangis wahai Rasulullah?”

 فَقَالَ : يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى ،

Baginda s.a.w menjawab, “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya (tangisan) ini adalah rahmat (lambang kasih sayang),” lalu diikuti dengan tangisan.

فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا

Kemudian baginda s.a.w bersabda, “Sesungguhnya kedua mata telah mencucurkan air mata, hati telah bersedih, tetapi kami tidak akan menyebut apa-apa kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami.

 وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ “

Kami dengan perpisahan ini wahai Ibrahim sangatlah bersedih”. [Sahih al-Bukhari : 1227]

 

2) Rasulullah s.a.w dikudai cucunya ketika solat ;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَدَّادٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ : الظُّهْرِ أَوْ الْعَصْرِ ،

 

Syaddad r.a berkata : Rasulullah s.a.w keluar untuk (solat jemaah) bersama kami pada salah satu solat di waktu petang, (tidak pasti) Zuhur atau Asar.

وَهُوَ حَامِلٌ الْحَسَنَ أَوْ الْحُسَيْنَ ، ،

Baginda s.a.w sedang mendukung (cucunya) iaitu Hasan atau Hussain r.a.

فَتَقَدَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ

Baginda s.a.w bergerak ke hadapan (untuk menjadi imam) dan meletakkan cucunya.

ثُمَّ كَبَّرَ لِلصَّلَاةِ ، فَصَلَّى ،

Kemudian baginda s.a.w mengangkat takbir untuk solat, lalu mendirikan solat.

فَسَجَدَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِهِ سَجْدَةً أَطَالَهَا

Baginda s.a.w sujud di tengah-tengah solatnya dengan sujud yang sangat panjang.

فَقَالَ : إِنِّي رَفَعْتُ رَأْسِي ، فَإِذَا الصَّبِيُّ عَلَى ظَهْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ سَاجِدٌ ،

Syaddad r.a berkata : Aku pun mengangkat kepala aku, dan aku melihat kanak-kanak tadi berada di atas belakang Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w sedang sujud.

فَرَجَعْتُ فِي سُجُودِي ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ ،

Aku pun kembali sujud. Apabila Rasulullah s.a.w selesai mendirikan solat,

قَالَ النَّاسُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّكَ سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِكَ هَذِهِ سَجْدَةً قَدْ أَطَلْتَهَا ، ,

para jemaah bertanya : Ya Rasulullah! Sesungguhnya engkau telah sujud di tengah-tengah solat mu dengan sujud yang panjang.

فَظَنَنَّا أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْرٌ ، أَوْ أَنَّهُ قَدْ يُوحَى إِلَيْكَ

Kami menyangka sesuatu telah berlaku, atau wahyu telah dihantar kepada engkau.

قَالَ : ” فَكُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ ، وَلَكِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي ، فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ ” .

Rasulullah s.a.w menjawab : Semua itu tidak berlaku. Sebaliknya cucu aku ini sedang menunggang ku. Aku tidak suka untuk segera (bangkit) sehingga dia telah selesai menunaikan hajatnya. [Musnad Ahmad : 15704]

 

عَنِ الْحَسَنِ ، أَخْبَرَنِي أَبُو بَكْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي ، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ عَلَى ظَهْرِهِ وَعَلَى عُنُقِهِ ،

Abu Bakrah r.a menceritakan: Rasulullah s.a.w mendirikan solat, apabila baginda s.a.w sujud, Al-Hasan melompat ke atas belakang dan tengkuknya.

 فَيَرْفَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفْعًا رَفِيقًا لِئَلَّا يُصْرَعَ ،

Rasulullah s.a.w pun bangkit (daripada sujud) dengan lembut supaya Al-Hasan tidak jatuh,

 قَالَ : فَعَلَ ذَلِكَ غَيْرَ مَرَّةٍ ، فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَ بالْحَسَنِ شَيْئًا مَا رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَهُ !

Baginda s.a.w melakukan hal itu bukan hanya sekali. Apabila selesai solatnya, para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, kami melihat engkau memperlakukan Al-Hasan dengan cara yang tidak pernah kami lihat engkau melakukannya.

 قَالَ : ” إِنَّهُ رَيْحَانَتِي مِنَ الدُّنْيَا ، وَإِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ ، وَعَسَى اللَّهُ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ ” .

Rasulullah s.a.w menjawab : Dia adalah permata hati ku di dunia ini. Sesungguhnya cucuku ini seorang sayyid (pemimpian), boleh jadi Allah akan mendamaikan dua kaum Muslimin dengan cucuku ini. [Musnad Ahmad : 20027]

 

3) Rasulullah s.a.w suka mencium cucunya;

: ” قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا ،

 Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w mencium Al-Husain bin ‘Ali r.a, dan sedang duduk berhampiran baginda s.a.w adalah Al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi r.a.

فَقَالَ الْأَقْرَعُ : إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا ،

Al-Aqra’ r.a berkata : Aku mempunyai sepuluh orang anak, aku tidak pernah cium walaupun seorang daripada mereka.

فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ :

Rasulullah s.a.w melihat kepadanya kemudian bersabda:

” مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ “

Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi [Sahih al-Bukhari : 5567]

 

4) Kemesraan Rasulullah s.a.w dengan cucunya

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سُوقٍ مِنْ أَسْوَاقِ الْمَدِينَةِ فَانْصَرَفَ فَانْصَرَفْتُ ،

Abu Hurairah berkata : Aku bersama-sama Rasulullah s.a.w berada di pasar Madinah. Apabila Rasulullah s.a.w beredar, aku pun beredar.

 فَقَالَ : ” أَيْنَ لُكَعُ ثَلَاثًا ، ادْعُ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ ” ، فَقَامَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ يَمْشِي وَفِي عُنُقِهِ السِّخَابُ ،

Nabi s.a.w bersabda : Di manakah si kecil (iaitu Hasan r.a) ? Sebanyak tiga kali. Al-Hasan r.a pun bangun dan berjalan, di lehernya terdapat kalung,

 فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  : بِيَدِهِ هَكَذَا ، فَقَالَ الْحَسَنُ : بِيَدِهِ هَكَذَا فَالْتَزَمَهُ ،

Nabi s.a.w pun membuka tangannya, dan Al-Hasan pun melakukan hal yang sama, Rasulullah s.a.w mendekati Al-Hasan

فَقَالَ : ” اللَّهُمَّ إِنِّي أُحِبُّهُ فَأَحِبَّهُ وَأَحِبَّ مَنْ يُحِبُّهُ ” ،

Baginda s.a.w bersabda : Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, cintailah dia, dan cintailah orang yang mencintainya.

وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ ، فَمَا كَانَ أَحَدٌ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ ، بَعْدَ مَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قَالَ .

Abu Hurairah r.a berkata : Tiada siapa yang lebih dicintai ku daripada Al-Hasan bin ‘Ali r.a selepas apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w tersebut. [Sahih al-Bukhari : 5463]

 

5) Rasulullah s.a.w dan anak sulung Abu Musa r.a ;

عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : ” وُلِدَ لِي غُلَامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،

Abu Musa al-Asyaari r.a berkata : Aku memperolehi seorang anak lelaki, lalu aku terus pergi menemui Rasulullah s.a.w

 فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ ،

Rasulullah s.a.w menamakannya Ibrahim, mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya.

 وَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى “

Kemudian baginda s.a.w menyerahkannya kepada aku. Anak itu merupakan anak sulung Abu Musa [Sahih al-Bukhari : 5759]

 

6) Rasulullah s.a.w bergurau dengan Abu Umair;

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا ،

Anas bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w merupakan manusia yang paling bagus akhlaknya.

وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ : أَبُو عُمَيْرٍ قَالَ : أَحْسِبُهُ فَطِيمًا ،

Aku mempunyai seorang adik yang dipanggil Abu ‘Umair yang baru sahaja tamat tempoh menyusu.

وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ : يَا أَبَا عُمَيْرٍ ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ ،

Apabila baginda s.a.w datang, baginda s.a.w akan bertanya : Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh An-Nughair (seekor burung kecil) iaitu burung kecil yang sering dia main dengannya.

فَرُبَّمَا حَضَرَ الصَّلَاةَ وَهُوَ فِي بَيْتِنَا

Apabila masuknya waktu solat dan ketika itu baginda s.a.w berada di rumah kami,

، فَيَأْمُرُ بِالْبِسَاطِ الَّذِي تَحْتَهُ فَيُكْنَسُ وَيُنْضَحُ ،

Baginda s.a.w akan menyuruh agar tikar yang ada dibawahnya di sapu dan dipercikkan air,

 ثُمَّ يَقُومُ وَنَقُومُ خَلْفَهُ ، فَيُصَلِّي بِنَا “

Kemudian baginda s.a.w akan berdiri, dan kami akan berdiri di belakangnya. Kemudian baginda s.a.w akan mendirikan solat bersama kami. [Sahih al-Bukhari : 5764]

 

7) Rasulullah s.a.w mendukung Umamah r.a ketika solat;

عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ ، يَقُولُ :

‘Amru bin Sulaim ar-Ruzaqi mendengar Abu Qatadah r.a berkata:

” بَيْنَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ جُلُوسٌ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَمْ يَحْمِلُ أُمَامَةَ بِنْتَ أَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ ، وَأُمُّهَا زَيْنَبُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،

Ketika kami sedang duduk-duduk di masjid, Rasulullah s.a.w keluar menemui kami sambil mendukung Umamah binti Abi Al-As bin Ar-Rabi’, ibunya ialah Zainab binti Rasulullah s.a.w.

وَهِيَ صَبِيَّةٌ ،

Ketika itu Umamah masih bayi.

يَحْمِلُهَا عَلَى عَاتِقِهِ ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ عَلَى عَاتِقِهِ

Baginda s.a.w mendukungnya di atas bahu baginda s.a.w, Rasulullah s.a.w pun solat dalam keadaan Umamah r.a berada di atas bahunya.

يَضَعُهَا إِذَا رَكَعَ وَيُعِيدُهَا إِذَا قَامَ ،

Baginda s.a.w akan meletakkannya (di bawah) apabila baginda s.a.w ruku’, dan mengembalikan dia (di atas bahu baginda s.a.w) apabila baginda s.a.w berdiri

حَتَّى قَضَى صَلاتَهُ ، يَفْعَلُ ذَلِكَ بِهَا “

Rasulullah s.a.w melakukan sedemikian rupa sehinggalah baginda s.a.w menyelesaikan solatnya.

[As-Sunan Al-Kubra Lil Baihaqi : 558]

 

8) Rasulullah s.a.w mendahulukan kanak-kanak daripada orang dewasa;

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِشَرَابٍ ، وَعَنْ يَمِينِهِ غُلَامٌ ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَشْيَاخٌ ،

Sahl bin Sa’ad r.a meriwayatkan Rasulullah s.aw diberikan minuman. Di kanannya ada seorang budak lelaki, manakala di kirinya beberapa orang tua.

 فَقَالَ لِلْغُلَامِ : أَتَأْذَنُ لِي أَنْ أُعْطِيَ هَؤُلَاءِ ،

Rasulullah s.a.w bertanya kepada budak lelaki itu : Adakah engkau mengizinkan aku untuk memberikan minuman ini kepada mereka?

فَقَالَ الْغُلَامُ : لَا ، وَاللَّهِ لَا أُوثِرُ بِنَصِيبِي مِنْكَ أَحَدًا “

Budak lelaki itu pun menjawab : Tidak. Demi Allah aku tidak akan mendahulukan orang lain ke atas diri ku untuk apa-apa yang datang daripada mu.

فَتَلَّهُ فِي يَدِهِ

Maka Rasulullah s.a.w pun meletakkan minuman itu di tangan budak lelaki tersebut. [Sahih al-Bukhari : 2428]

 

7) Rasulullah s.a.w meringkaskan solat kerana tangisan kanak-kanak

عَنْ أَبِيهِ أَبِي قَتَادَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنِّي لَأَقُومُ فِي الصَّلَاةِ أُرِيدُ أَنْ أُطَوِّلَ فِيهَا ،

Abu Qatadah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku mengimami sekumpulan manusia dalam solat, dan aku mahu memanjangkan solat itu,

 فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلَاتِي كَرَاهِيَةَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمِّهِ “

Lalu aku terdengar tangisan seorang bayi, aku pun meringkaskan solat aku kerana aku takut ia akan merisaukan ibu bayi tersebut. [Sahih al-Bukhari : 670]

 

8) Rasulullah s.a.w menghentikan khutbah kerana melihat cucunya;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ ، فَجَاءَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَيْهِمَا قَمِيصَانِ أَحْمَرَانِ يَعْثُرَانِ فِيهِمَا ،

Buraidah r.a berkata: Nabi s.a.w sedang berkhutbah. Tiba-tiba datang al-Hasan dan al-Husain r.a yang sedang memakai baju berwarna merah dan mereka bertatih berjalan,

 فَنَزَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَطَعَ كَلامَهُ ، فَحَمَلَهُمَا ، ثُمَّ عَادَ إِلَى الْمِنْبَرِ ،

Rasulullah s.a.w pun turun (dari mimbar) dan menghentikan khutbahnya. Rasulullah s.a.w mengangkat kedua-duanya, kemudian kembali ke mimbar.

 ثُمَّ قَالَ : ” صَدَقَ اللَّهُ إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ سورة التغابن آية 15 ،  ” .

Kemudian baginda s.a.w menyebut : Sungguh benar perkataan Allah. Sesungguhnya harta-harta kalian dan anak-anak kalian adalah ujian [at-Taghabun : 15].

رَأَيْتُ هَذَيْنِ يَعْثُرَانِ فِي قَمِيصَيْهِمَا فَلَمْ أَصْبِرْ حَتَّى قَطَعْتُ كَلامِي فَحَمَلْتُهُمَا

Aku melihat kedua cucuku ini bertatih berjalan dalam pakaian mereka, aku tidak sabar, lalu kerana itu aku menghentikan khutbahku dan mengangkat mereka berdua.

[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra : 1721]

9) Rasulullah s.a.w mengajar adab makan kepada kanak-kanak

 

عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ ” .

‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah s.a.w, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah s.a.w bersabda kepada ku: Wahai anak,  sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.

[Sahih al-Bukhari : 4984]

 

____________________________

 

Ringkasan daripada مواقف نبوية مع الأطفال, http://www.islamweb.net/mohammad/index.php?group=articles&lang=A&id=174047

Rujukan teks hadis dan terjemahan:

Ensiklopedia Hadis, http://www.islamweb.net/hadith/hadithsearch.php

فتح الباري شرح صحيح البخاري, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1&idto=13851&lang=&bk_no=52&ID=1

Comprehensive Hadith Database with interactive Chain, http://qaalarasulallah.com/

The Hadith of the Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم) at your fingertips, http://sunnah.com/

Kitab 9 Imam Hadis, http://125.164.221.44/hadisonline/hadis9/

 

Sumber:http://imgfave.com/search/islam%20love%20baby%20muslim%20allahu%20akba


Bersifat Mengutamakan Orang Lain

ما هو الإيثار؟

الإيثار هو أن يقدم الإنسان حاجة غيره من الناس على حاجته، برغم احتياجه لما يبذله، فقد يجوع ليشبع غيره، ويعطش ليروي سواه. قال الله صلى الله عليه وسلم: (لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه) [متفق عليه].

Apakah maksud al-Itsar?

Al-Itsar ialah mendahulukan hajat insan lain di atas hajatnya sendiri walaupun apa yang dia ada itu tidak cukup. Dia sanggup berlapar untuk kenyangnya orang lain, dia sanggup dahaga untuk menghilangkan kehausan orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda : Tidaklah seseorang daripada kamu beriman sehinggalah dia cinta kepada saudaranya, apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri (Muttafaq ‘Alaih)

[Mausu’ah al-Usrah al-Muslimah, http://islam.aljayyash.net/encyclopedia/book-1-11]

 
Allah s.w.t memuji orang-orang Ansar yang bersifat Itsar. Mereka mendahulukan keperluan orang Muhajirin di atas kehendak mereka sendiri. Firman Allah :

وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡہِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمۡ حَاجَةً۬ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِہِمۡ خَصَاصَةٌ۬‌ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Dan orang-orang yang telah tinggal di situ (Madinah) dan telah beriman [Ansar] sebelum [kedatangan] mereka [Muhajirin], mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka [orang Muhajirin]; dan mereka mengutamakan [orang-orang Muhajirin], atas diri mereka sendiri sekalipun mereka sendiri memerlukan. Dan siapa yang dipelihara daripada sifat kedekut dalam dirinya, mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr : 9)

Akan tetapi, sifat mendahulukan atau mengutamakan orang lain hanyalah digalakkan dalam bab keduniaan. Adapun dalam bab ibadah, kita hendaklah berlumba-lumba melakukan kebaikan. Antara contoh kesilapan ialah menyuruh orang lain menduduki saf hadapan dalam solat sedangkan kita solat di saf kedua. Yang wajar dilakukan ialah kita merebut saf pertama tersebut.

Imam as-Sayuti dalam al-Ashbah wa an-Nazhair menyebut:

القاعدة الثالثة الإيثار في القرب مكروه . وفي غيرها محبوب . قال تعالى ( { ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة } .

Kaedah yang ketiga: Mengutamakan orang lain dalam ibadah adalah makruh, dalam hal selain ibadah adalah digalakkan. Allah berfirman:dan mereka (orang Ansar) juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat [al-Hasyr : 9] قال الشيخ عز الدين : لا إيثار في القربات ، فلا إيثار بماء الطهارة ، ولا بستر العورة ولا بالصف الأول ; لأن الغرض بالعبادات : التعظيم ، والإجلال . فمن آثر به ، فقد ترك إجلال الإله وتعظيمه .

Shaikh Izzuddin berkata: Tidak ada itsar (mendahulukan orang lain) dalam ibadah. Tiada itsar dalam hal air untuk bersuci, tidak jua dalam hal menutup aurat, tidak jua dalam hal saf pertama. Ini kerana objektif ibadah adalah untuk membesarkan dan mengagungkan (Allah). Sesiapa yang mendahulukan orang lain dalam hal tersebut, sesungguhnya dia telah meninggalkan perbuatan mengagungkan dan membesarkan Allah.

[Lihat Al-Asybah Wa A-Nazhair oleh Imam al-Sayuthi http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=36&ID=84]

Nabi s.a.w Suka Gosok Gigi

 

Waktu-waktu yang disuruh kita menggosok gigi.

1) Ketika bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis dari Huzaifah r.a dia berkata :

عَنْ حُذَيْفَةَ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ” .

Adalah Rasulullah SAW apabila bangun daripada tidur di waktu malam, Baginda s.a.w membersihkan mulutnya dengan bersiwak (gosok gigi). [Sahih al-Bukhari : 240]

2) Setiap kali hendak berwudhu. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي ، لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ الْوُضُوءِ “

“Kalau aku tidak khuatir menyusahkan umatku, nescaya aku akan perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali berwudhu.” [Musnad Ahmad : 10470. Shaikh Ahmad Syakir berkata: Isnadnya sahih]

3) Setiap kali hendak solat. Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي أَوْ عَلَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلَاةٍ “
Kalau aku tidak khuatir menyusahkan umatku, nescaya akan aku perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali bersolat. [Sahih al-Bukhari : 844]

4) Ketika hendak masuk ke rumah. Daripada ‘Aisyah r.a, beliau berkata:

عَنْ عَائِشَةَ ، ” أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، كَانَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ ، بَدَأَ بِالسِّوَاكِ “

Rasulullah s.a.w apabila masuk ke dalam rumahnya, baginda s.a.w akan memulakan dengan menggosok gigi. [Sahih Muslim : 377]

5) Di saat mulut mula berbau, kekuningan, selepas makan dan minum dan lain-lain. Ini kerana bersiwak (menggosok gigi dianjurkan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan.
6) Ketika hendak membaca al-Quran. Ini berdasarkan riwayat daripada Ali bin Abi Talib r.a:
عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ُأَنَّهُ أَمَرَ بِالسِّوَاكِ ، وَقَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا تَسَوَّكَ ، ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي قَامَ الْمَلَكُ خَلْفَهُ ، فَتَسَمَّعَ لِقِرَاءَتِهِ فَيَدْنُو مِنْهُ ” أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا ” حَتَّى يَضَعَ فَاهُ عَلَى فِيهِ فَمَا يَخْرُجُ مِنْ فِيهِ شَيْءٌ مِنَ الْقُرْآنِ ، إِلا صَارَ فِي جَوْفِ الْمَلَكِ ، فَطَهِّرُوا أَفْوَاهَكُمْ لِلْقُرْآنِ “
Kami disuruh untuk menggosok gigi. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya apabila seorang insan menggosok gigi, kemudian dia bangun mendirikan solat , maka seorang malaikat berdiri di belakangnya dan mendengar bacaannya. Kemudian malaikat itu mendekatinya (kata perawi: atau menyatakan kalimat yang serupa) lalu meletakkan mulutnya di atas mulut orang tersebut sehingga tiada ayat-ayat al-Quran yang keluar dari mulutnya kecuali akan masuk ke dalam perut-perut malaikat. Oleh yang demikian, sucikanlah mulut kamu bila hendak membaca al-Quran. [Musnad al-Bazzar : 568. Shaikh Al-Albani menyatakan ia hadis hasan, lihat Sahih at-Targhib wa at-tarhib:215]
Cintanya Nabi s.a.w kepada menggosok gigi

عَنْ عَائِشَةَ : ” دَخَلَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مُسْنِدَتُهُ إِلَى صَدْرِي وَمَعَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ سِوَاكٌ رَطْبٌ يَسْتَنُّ بِهِ ، فَأَبَدَّهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَصَرَهُ ، فَأَخَذْتُ السِّوَاكَ فَقَصَمْتُهُ وَنَفَضْتُهُ وَطَيَّبْتُهُ ، ثُمَّ دَفَعْتُهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَنَّ بِهِ ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَنَّ اسْتِنَانًا قَطُّ أَحْسَنَ مِنْهُ ، فَمَا عَدَا أَنْ فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفَعَ يَدَهُ أَوْ إِصْبَعَهُ ، ثُمَّ قَالَ : ” فِي الرَّفِيقِ الْأَعْلَى ثَلَاثًا” ، ثُمَّ قَضَى ، وَكَانَتْ ، تَقُولُ : مَاتَ بَيْنَ حَاقِنَتِي وَذَاقِنَتِي ” .
’Aisyah r.a menceritakan:’Abdurrahman ibn Abu Bakar r.a telah masuk menemui Nabi s.a.w sedangkan ketika itu aku sedang menyandarkan baginda s.a.w pada dadaku. Ketika itu ‘Abdurrahman membawa bersamanya kayu siwak basah yang digunakan untuk bersiwak. Maka Rasulullah s.a.w mengalihkan pandangan kepadanya.
Aku terus mengambil siwak itu dan meleraikannya, mengunyahnya serta melembutkannya, kemudian memberikannya kepada Nabi s.a.w, lalu baginda s.a.w bersiwak dengannya. Aku tidak pernah samasekali melihat Rasululah s.a.w bersiwak dengan cara yang lebih baik berbanding hari ini.
Maka setelah selesai bersiwak Rasulullah s.a.w mengangkat tangannya atau jarinya kemudian bersabda: Bersama teman yang tertinggi, baginda s.a.w mengucapkannya sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda s.a.w wafat. ’Aisyah r.a  berkata: Rasulullah s.a.w wafat di antara tulang dadaku dan tulang daguku. [Sahih al-Bukhari : 4111]
Kesungguhan Para Sahabat Menggosok Gigi

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي ، لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ ” ، قَالَ أَبُو سَلَمَةَ فَرَأَيْتُ زَيْدًا يَجْلِسُ فِي الْمَسْجِدِ وَإِنَّ السِّوَاكَ مِنْ أُذُنِهِ مَوْضِعَ الْقَلَمِ مِنْ أُذُنِ الْكَاتِبِ ، فَكُلَّمَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ اسْتَاكَ
Abu Salamah meriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau aku tidak khuatir menyusahkan umatku, nescaya akan aku perintahkan untuk menggosok gigi setiap kali bersolat. Abu Salamah berkata: Aku melihat Zaid duduk di dalam masjid, dan ketika itu kayu siwak berada pada telinganya, iaitu tempat diletakkan pen pada telinga seorang penulis. Setiap kali dia bangun mendirikan solat, dia akan menggosok gigi. [Sunan Abi Daud : 43, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud]
Sumber hadis:
Jangan lupa gosok gigi ya!
Recent Entries »