Category Archives: Uncategorized

Biografi Pembentang Seminar Ramadhan

Pengisian Seminar | Pendaftaran | Biografi Pembentang | Lokasi Program |    

 

Dr. Ibrahim Nuhu

Dr. Ibrahim Nuhu dilahirkan dan dibesarkan di Nigeria. Beliau seorang yang sangat mesra kepada kanak-kanak. Oleh kerana itu beliau memulakan kariernya dalam bidang pendidikan sebagai guru besar di Raudatul Quran, sebuah sekolah yang terletak di Kaduna, Nigeria. Tidak lama kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Madinah, Arab Saudi.

Di Madinah, beliau berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam Syariah dengan cemerlang. Pengembaraan ilmunya tidak berakhir di situ, Dr. Ibrahim Nuhu menyambung pengajiannya di peringkat Postgraduate Diploma di universiti yang sama dalam bidang Perundangan Islam dan Sains Politik Islam. Kemudian, Dr. Ibrahim Nuhu menyambung pengajian di peringkat sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Syariah dan Undang-Undang Sivil di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Di Malaysia, beliau bertugas sebagai guru di International Islamic School sebagai guru dan ketua jabatan Al-Quran, Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr. Ibrahim Nuhu juga bergerak aktif melakukan dakwah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Dr. Abdul Basit

Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Kelantan Darul Naim. Beliau dikenali dengan kunyahnya Abu Anas Madani.

Dr. Abdul Basit mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah.

Dr. Abdul Basit memperolehi ijazah sarjana muda, sarjana (master) dan doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan anak Malaysia ketiga yang berjaya memperolehi PhD daripada universiti terulung tersebut.

Dr. Abdul Basit merupakan seorang yang aktif dalam bidang dakwah melalui penulisan, kuliah-kuliah, dan pembentangan kertas kerja di seminar-seminar. Beliau juga sering muncul dalam rancangan agama di kaca televisyen.

Sekarang beliau merupakan penyelia di Pondok Sungai Durian dan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan.

Hasil penulisan beliau boleh di baca di laman blog Dr. Abdul Basith sendiri www.abuanasmadani.com

 

Ustaz Ahmad Fazrin

Ustaz Ahmad Fazrin Bin Yahya dilahirkan pada 19 Ogos 1984. Beliau merupakan anak jati Kelantan Darul Naim.

Ustaz Ahmad Fazrin memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Islam Aman, dan kemudian melanjutkan pengajian menengahnya di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong, Kelantan, Malaysia.

Selepas menamatkan persekolahan, Ustaz Ahmad Fazrin menyambung pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang al-Quran dan as-Sunnah. Beliau tidak pernah berhenti dalam pengembaraan menuntut ilmu. Di atas kecintaannya kepada sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, Ustaz Ahmad Fazrin sekarang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama.

Ustaz Ahmad Fazrin memulakan kariernya sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa (IIC) dan sekarang memegang jawatan Ketua Jabatan Hal Ehwah Pelajar di Al-Madinah International University (MEDIU) Shah Alam. Ustaz Ahmad Fazrin aktif dalam menyampaikan kuliah-kuliah khususnya kepada generasi muda.

Tuan Fazrul Ismail

Tuan Fazrul Ismail merupakan seorang trainer professional di syarikat Total Success Training & Consultancy. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kluang, Johor dan kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh. Saudara Fazrul Ismail memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan kimi di Universiti Purdue, Australia.

Tuan Fazrul Ismail juga berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan Islam dengan mengikuti seminar-seminar anjuran Al-Maghrib Institute, Al-Bayyinah Institute, ISNA, MSA dan ICNA. Beliau juga belajar Bahasa Arab di Alim International Arabic Learning Center, Kaherah Mesir.

Pengalaman Dalam Pembentangan Pemikiran Sistematik:

Membentangkan kertas kerja dan kajian dalam pemikiran sistematik

di organisasi –organisasi pendidikan (2003-2007)

Membentangkan kertas kerja  ‘Systems Thinking: Our Future’ di Inter-College Undergraduate Research at Butler University, Indianapolis, Indiana (2003)

Membentangkan kertas kerja Kolokium Fikir berkaitan Pemikiran Sistematik di Universiti Al-Azhar Mesir. (2003)

Buku dan artikel

‘Pemikiran Sistemik’ (2003)

‘Hidup Zero Alasan’ terbitan PTS (2006)

Segelas Air – sebuah buku yang menerangkan tentang pemikiran sistematik secara ringkas.

The 7 Habits of Highly Effective People Melalui Pemikiran Sistemik Kolumnis  Majalah I terbitan Karangkraf.