Cinta Hingga Hujung Nyawa

partai_nikah_muda_indonesia

Kisah Suami Yang Setia

 

Walau bercerai, akhirnya cinta bertaut semula hingga ke hujung usia si isteri. Kasih cinta si suami tidak hilang walau si isteri sudah tiada.

 

Al-Maqrizi rahimahullah dalam kitabnya دُرَرُ الْعُقُوْدِ الْفَرِيْدَةِ فِي تَرَاجُمِ الْأَعْيَانِ الْمُفِيْدَةِ  bercerita tentang isterinya yang solehah yang telah meninggal dunia dalam usia yang sangat muda iaitu 20 tahun. Isteri beliau bernama Safro bintu Umar rahimahllahu, beliau meninggal dunia pada tahun 790.

 

Al-Maqrizi rahimahullah bercerita pada jilid 2/97-98 bahawa isterinya lahir di Kaherah, Mesir pada tahun 770 H, lalu beliau menikahinya pada tahun 782 H (iaitu isterinya masih berumur 12 tahun).

 

Hasil daripada pernikahan tersebut, pada tahun 786 H, lahirlah seorang anak lelaki yang diberikan nama Muhammad Abul Mahasin. Dengan taqdir Allah, pada tahun yang sama di bulan Ramadhan Al-Maqrizi menjatuhkan talak (cerai) ke atas Safro.

 

Allah mentakdirkan, 2 tahun selepas perceraian iaitu pada tahun 788 H, mereka kembali berkahwin dan menjadi pasangan suami isteri. Setelah itu isterinya pun melahirkan anak lelaki buat Al-Maqrizi yang lain iaitu Ali Abu Hisyaam pada bulan Dzulhijjah tahun 789 H. 3 bulan kemudian Safro jatuh sakit. Akhirnya isterinya pun meninggal dunia di usia yang masih sangat muda iaitu pada umur 20 tahun. Setelah itu Al-Maqrizi rahimahullah berkata :

 

واتّفق أني كنتُ أكثر من الاستغفار لها بعد موتها، فأُريتُها في بعض الليالي وقد دَخَلت عليَّ بهيئتها التي كفنتها بها،

Aku sering mendoakan keampunan untuk isterinya setelah beliau meninggal dunia. Pada suatu malam, aku bermimpi bertemu dengan Safro. Beliau datang menemuiku dalam keadaannya tatkala aku mengafankannya.

 

فقلتُ لها -وقد تذكّرتُ أنها ميتة-: يا أم محمد، الذي أُرسِله إليكِ يصل ؟ أعني استغفاري لها،

Akupun berkata kepadanya, dan aku sedar bahawa dia telah meninggal dunia: Wahai ummu Muhammad, adakah apa yang aku kirimkan kepadamu sampai? Maksudku adalah tentang doa keampunan yang aku pohon untuknya.

 

فقالت: نعم يا سيدي، في كل يوم تصل هديتك إليَّ، ثم بكت وقالت: قد علمتَ يا سيدي أني عاجزة عن مكافأتك،

Maka diapun berkata: Iya wahai tuanku (suamiku), setiap hari hadiahmu (iaitu doa mu) sampai kepadaku. Lalu Safro menangis dan berkata: Sungguh engkau tahu wahai tuanku (suamiku) bahawa aku tidak mampu untuk membalas kebaikanmu.

 

فقلتُ لها: لا عليكِ، عمّا قليل نلتقي.

Maka aku berkata kepadanya: Usah kau fikirkan hal itu, sebentar lagi kita akan bertemu”.

 

وكانت غفر الله لها -مع صغر سنها- مِن خير نساء زمانها عِفّة وصيانة وديانة وثقة وأمانة ورزانة، ما عُوّضتُ بعدها مثلها

Isteriku tersebut -semoga Allah mengampuninya- meskipun masih sangat muda. Akan tetapi dia termasuk wanita yang terbaik di zamannya, menjaga harga dirinya, menjaga agamanya, dipercayai, penuh amanah dan tegar. Setelah pemergiannya, aku tidak pernah digantikan isteri sepertinya.

 

Setelah itu Al-Maqrizi mengucapkan sebuah syair :

 

أبكي فِرَاقَهُم عَيْنِي فأَرَّقَهاَ    

Aku menangisi perpisahan dengan mereka….jadilah mataku tidak mampu tidur…

 

 إِنَّ التَّفَرُّقَ لِلأَحْبَابِ بَكَّاءُ

Sungguh perpisahan dengan para kekasih merupakan tangisan….

 

[Ad-Duror 2/99]

Sumber: http://firanda.com/index.php/artikel/keluarga/796-tetap-setia-walau-istri-telah-tiada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *