SEMINAR FIQH KEMATIAN

untitled-1-2
PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangLokasi ProgramPenajaanPendaftaran

Assalamualaikum.

Apakah yang akan diperolehi (Insya-Allah) oleh peserta-peserta SEMINAR FIQH KEMATIAN?

  • Memahami etika dan adab ketika menziarahi orang sakit dan orang yang meninggal dunia
  • Mengetahui kewajipan yang perlu ditunaikan kepada si mati
  • Memahami hukum menguruskan jenazah
  • Mengetahui tatacara memandikan, mengkafani dan mensolatkan jenazah
  • Memotivasi ahli keluarga untuk menguruskan sendiri jenazah
  • Memahami apakah amalan yang bermanfaat untuk si mati

SEMINAR FIQH KEMATIAN
Tarikh: Ahad 11 Disember 2016
Lokasi: Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang.
Pembentang: Ustaz Mohd Shamsul Hakim & Dr. Abdul Basit
Yuran: Awam RM80 / Pelajar RM60
*Peserta akan menerima nota dan makanan

Sebarang pertanyaan, hubungi  013 315 6204
Makan minum (3 kali sehari) dan nota disediakan kepada semua peserta

 

Ahad 11 Disember 2016

08.15 pagi            : Pendaftaran

09.00 pagi            : Slot 1-  Ustaz Shamsul Hakim

  • Adab menziarahi orang sakit dan nazak
  • Apa perlu dilakukan apabila berlaku kematian

10.30 pagi            : Rehat/Minum pagi

10.50 pagi            : Slot 2- Ustaz Shamsul Hakim

  • Tatacara mengkafankan jenazah
  • Tatacara mandi jenazah

01.15 tengahari    : Rehat/Makan tengahari/Solat Zuhur

02.30 petang       : Slot 3- Dr. Abdul Basit

  • Tatacara solat jenazah
  • Tatacara pengebumian jenazah
  • Adab ke kubur
  • Antara adat dan syariat

04.35 petang       : Rehat/Minum petang/Solat Asar

05.00 petang       : Bersurai

 

img-20161102-wa0000

Ustaz Mohd Shamsul Hakim bin Abdul Samad merupakan seorang pendakwah bebas yang sering memberikan ceramah dan kuliah di masjid-masjid, institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Beliau memperolehi pendidikan khusus dalam bidang agama di peringkat diploma di Darul Quran JAKIM. Beliau memperolehi diploma dalam bidang Tahfiz Quran dan Qiraat.

Kemudian Ustaz Shamsul Hakim meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti Islam Madinah dalam bidang Al-Quran dan Pengajian Islam.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin (Quran) di Universiti Malaya.

 

Dr Basit PNG

Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Kelantan Darul Naim. Beliau dikenali dengan kunyahnya Abu Anas Madani.

Dr. Abdul Basit mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah.

Dr. Abdul Basit memperolehi ijazah sarjana muda, sarjana (master) dan doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan anak Malaysia ketiga yang berjaya memperolehi PhD daripada universiti terulung tersebut.

Dr. Abdul Basit merupakan seorang yang aktif dalam bidang dakwah melalui penulisan, kuliah-kuliah, dan pembentangan kertas kerja di seminar-seminar. Beliau juga sering muncul dalam rancangan agama di kaca televisyen.

Sekarang beliau merupakan penyelia di Pondok Sungai Durian dan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan.

Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur

 

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mampu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Catering

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangan untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemampuan

Bagaimana mahu menaja seminar ini? 

  • – Penaja boleh menghubungi nombor 013 315 6204 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
  • – Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
  • – Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
  • Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!