Hadis-Hadis Berkaitan Lailatulqadar

lailatul-qadar_20160627_125545

*MEMBURU MALAM AL-QADAR*

Di bawah dilampirkan hadis-hadis daripada Sahih al-Bukhari berkaitan amalan 10 akhir Ramadhan. Kesimpulannya:

1- Berusahalah mencari malam al-Qadar pada 10 malam akhir Ramadhan.
2- Perbanyakkan beribadah pada malam tersebut.
3- Sesiapa yang mampu hendaklah berusaha beri’tikaf di masjid.
4- Wanita juga disunnahkan melakukan i’tikaf.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Sesiapa yang menghidupkan malam al-Qadar dengan keimanan dan mengharapkan (pahala), diampuni dosanya yang terdahulu. [no. 2014]

عَنِ ابْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ أَنَّ رِجَالاً، مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الأَوَاخِرِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada Ibnu ‘Umar radiallahu ‘anhuma bahawa sebahagian sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah melihat malam al-Qadar dalam mimpi mereka pada tujuh malam yang akhir. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

” أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الأَوَاخِرِ، فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيَهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الأَوَاخِرِ
Aku dapati mimpi kalian bertepatan dengan tujuh akhir (Ramadhan). Sesiapa yang mencarinya, carilah ia pada tujuh yang akhir. [no. 2015]

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، قَالَ سَأَلْتُ أَبَا سَعِيدٍ وَكَانَ لِي صَدِيقًا فَقَالَ اعْتَكَفْنَا مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم الْعَشْرَ الأَوْسَطَ مِنْ رَمَضَانَ، فَخَرَجَ صَبِيحَةَ عِشْرِينَ، فَخَطَبَنَا وَقَالَ
Daripada Abu Salamah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Sa’id (tentang malam al-Qadar), beliau adalah sahabat ku. Abu Sa’id menjawab: Kami beri’tikaf bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pada 10 hari pertengahan Ramadhan. Pada pagi 20 Ramadhan baginda keluar lalu berkhutbah kepada kami:

” إِنِّي أُرِيتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، ثُمَّ أُنْسِيتُهَا أَوْ نُسِّيتُهَا، فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ فِي الْوَتْرِ، وَإِنِّي رَأَيْتُ أَنِّي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ، فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَلْيَرْجِعْ “.
Sesungguhnya aku telah melihat malam al-Qadar (di dalam mimpi), kemudian aku dilupakan tentangnya. Carilah ia pada sepuluh akhir yang ganjil. Sesungguhnya aku melihat (dalam mimpi) bahawa aku sujud di atas air dan tanah. Sesiapa yang telah beri’tikaf bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam hendaklah mereka kembali (beri’tikaf).

فَرَجَعْنَا وَمَا نَرَى فِي السَّمَاءِ قَزَعَةً، فَجَاءَتْ سَحَابَةٌ فَمَطَرَتْ حَتَّى سَالَ سَقْفُ الْمَسْجِدِ وَكَانَ مِنْ جَرِيدِ النَّخْلِ،
Lalu kami pun kembali. Ketika itu kami tidak nampak sebarang awan di langit. Tiba-tiba awan datang lalu hujan turun sehingga ia mengalir melalui atap masjid yang diperbuat daripada pelepah daun kurma.

وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْجُدُ فِي الْمَاءِ وَالطِّينِ، حَتَّى رَأَيْتُ أَثَرَ الطِّينِ فِي جَبْهَتِهِ.
Solat didirikan lalu aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sujud di atas air dan tanah sehingga aku dapat melihat kesan tanah pada dahinya. [no. 2016].

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ، وَيَقُولُ
Daripada ‘Aisyah, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 akhir Ramadhan. Lalu baginda bersabda:

” تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ “.
Carilah malam al-Qadar pada 10 akhir Ramadhan. [no. 2020]

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ “.
Daripada ‘Aisyah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Carilah malam al-Qadar pada malam ganjil daripada 10 akhir Ramadhan. [no. 2017]

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى، فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى، فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى
Carilah malam al-Qadar pada 10 akhir Ramadhan. Pada malam malam ke 9 akhir, (iaitu malam 21), pada malam ke 7 akhir (iaitu malam 23), pada malam 5 akhir (iaitu malam 25). [no. 2021].

هِيَ فِي الْعَشْرِ، هِيَ فِي تِسْعٍ يَمْضِينَ أَوْ فِي سَبْعٍ يَبْقَيْنَ ”
Ia berlaku pada 10 akhir Ramadhan. Ia berlaku pada 9 malam akhir atau 7 malam akhir. [no. 2022].

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

خَرَجْتُ لأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ، فَتَلاَحَى فُلاَنٌ وَفُلاَنٌ، فَرُفِعَتْ، وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمْ، فَالْتَمِسُوهَا فِي التَّاسِعَةِ وَالسَّابِعَةِ وَالْخَامِسَةِ ”
Aku keluar untuk memberitahu kalian tentang malam al-Qadar, akan tetapi fulan telah bertelagah dengan si fulan. Lalu ilmu tentang bila malam al-Qadar diangkat. Boleh jadi itu baik untuk kalian. Carilah ia pada malam ke 9, malam ke 7, dan malam ke 5 (akhir Ramadhan). [no.2023]

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. [no. 2024].

[Semua hadis di atas daripada Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Lailatulqadar]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ رَمَضَانٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ ، اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2044 ]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْج النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ” ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ .

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkanNabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2026]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ رَمَضَانٍ ، وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِي اعْتَكَفَ فِيهِ ، قَالَ : فَاسْتَأْذَنَتْهُ عَائِشَةُ أَنْ تَعْتَكِفَ ، فَأَذِنَ لَهَا ، فَضَرَبَتْ فِيهِ قُبَّةً ، فَسَمِعَتْ بِهَا حَفْصَةُ ، فَضَرَبَتْ قُبَّةً ، وَسَمِعَتْ زَيْنَبُ بِهَا ، فَضَرَبَتْ قُبَّةً أُخْرَى ، فَلَمَّا انْصَرَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْغَدَاةِ ، أَبْصَرَ أَرْبَعَ قِبَابٍ ، فَقَالَ : مَا هَذَا ؟ فَأُخْبِرَ خَبَرَهُنَّ ، فَقَالَ : مَا حَمَلَهُنَّ عَلَى هَذَا آلْبِرُّ ، انْزِعُوهَا فَلَا أَرَاهَا ، فَنُزِعَتْ فَلَمْ يَعْتَكِفْ فِي رَمَضَانَ ، حَتَّى اعْتَكَفَ فِي آخِرِ الْعَشْرِ مِنْ شَوَّالٍ

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan I’tikaf dalam setiap Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda akan masuk ke dalam tempat I’tikafnya. Lalu ‘Aisyah meminta izin untuk turut beri’tikaf, lalu baginda mengizinkannya. ‘Aisyah pun mendirikan khemah di situ, lalu Hafsah mendengar tentang hal tersebut, lalu Hafsah pun mendirikan khemah, lalu Zainab pula mendengar tentang hal itu, lalu Zainab pun mendirikan khemah yang lain. Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selesai daripada solat Subuh, baginda terlihat empat buah khemah lalu baginda berkata: Apa ini? Lalu baginda diberitahu tentang hal mereka itu. Lalu baginda pun berkata: Mereka bukan melakukan kebaikan. Tanggalkan semua khemah ini, aku tidak mahu melihatnya. Lalu khemah-khemah pun dibuka dan baginda tidak melakukan I’tikaf pada Ramadhan tersebut, sehinggalah baginda melakukan I’tikaf pada sepuluh akhir bulan Syawal.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2041]

Akan tetapi hadis di bawah adalah *tidak sahih*

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ فِي جَمَاعَةٍ فِي رَمَضَانَ فَقَدْ أَدْرَكَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang solat Isyak yang terakhir (Isyak merupakan solat fardhu terakhir yang wajib ditunaikan atau solat Isyak yang sebenar dalam waktunya) dengan cara berjemaah pada bulan Ramadhan maka dia telah mendapatkan Lailatul al-Qadar”. [Sahih Ibn Khuzaimah (2195)]

Dalam tahqiq kepada Sahih Ibn Khuzaimah disebutkan:

قال الألباني: إسناده ضعيف عقبة بن أبي الحسناء مجهول كما قال ابن المديني وأبو حاتم
Al-Albani berkata: Sanadnya dhaif. Padanya terdapat Uqbah bin Abi Al-Hasna’. Beliau majhul sebagaimana yang disebutkan oleh Ali bin Al-Madini dan Abu Hatim.

#alkahficenter