Hadis-Hadis Puasa


باب وجوب صوم رمضان وبَيان فضل الصّيام وما يتعلق به

Bab 217- Kewajipan Berpuasa di Bulan Ramadhan dan Penerangan Tentang Kelebihan Puasa Dan Apa Yang Berkaitan Dengannya

Allah berfirman [al-Baqarah 2 : 183-185]

 

قال اللَّه تعالى:

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣)

 

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)

 

 أَيَّامً۬ا مَّعۡدُودَٲتٍ۬‌ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُ ۥ فِدۡيَةٌ۬ طَعَامُ مِسۡكِينٍ۬‌ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرً۬ا فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّهُ ۥ‌ۚ وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١٨٤)

 

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184)

 

 شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)

-1215- وَعنْ أَبي هُريرة رضِي اللَّه عنْهُ ، قال : قال رسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « قال اللَّه عَزَّ وجلَّ : كُلُّ عملِ ابْنِ آدم لهُ إِلاَّ الصِّيام ، فَإِنَّهُ لي وأَنَا أَجْزِي بِهِ . والصِّيام جُنَّةٌ فَإِذا كَانَ يوْمُ صوْمِ أَحدِكُمْ فلا يرْفُثْ ولا يَصْخَبْ ، فَإِنْ سابَّهُ أَحدٌ أَوْ قاتَلَهُ ، فَلْيقُلْ : إِنِّي صَائمٌ . والَّذِي نَفْس محَمَّدٍ بِيدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائمِ أَطْيبُ عِنْد اللَّهِ مِنْ رِيحِ المِسْكِ .
للصَّائمِ فَرْحَتَانِ يفْرحُهُما : إِذا أَفْطرَ فَرِحَ بفِطْرِهِ ، وإذَا لَقي ربَّهُ فرِح بِصوْمِهِ » متفقٌ عليه.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu menyatakan nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuk diri mereka kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk Ku dan Aku yang akan membalasnya. Puasa itu perisai. Seandainya seseorang berpuasa pada suatu hari, janganlah dia berkata perkataan yang kotor dan meninggikan suara. Seandainya seseorang mencelanya, atau mengajaknya bergaduh, katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa.

 

Demi Tuhan yang nyawa Muhammad di Tangan Nya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangian kasturi. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: Iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan berbuka puasanya, dan ketika bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya. [al-Bukhari dan Muslim]

وهذا لفظ روايةِ الْبُخَارِي . وفي رواية له : « يتْرُكُ طَعامَهُ ، وَشَرابَهُ ، وشَهْوتَهُ ، مِنْ أَجْلي ، الصِّيامُ لي وأَنا أَجْزِي بِهِ ، والحسنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا » .

Dalam riwayat al-Bukhari: Nabi saw bersabda: (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya kerana Ku. Puasa adalah milik Ku dan Aku lah yang akan memberi ganjarannya. Setiap kebaikan akan digandakan dengan sepuluh kali ganda kebaikan.

وفي رواية لمسلم : « كُلُّ عَملِ ابنِ آدَمَ يُضَاعفُ  الحسَنَةُ بِعشْر أَمْثَالِهَا إِلى سَبْعِمِائة ضِعْفٍ . قال اللَّه تعالى : « إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وأَنا أَجْزي بِهِ : يدعُ شَهْوتَهُ وَطَعامَهُ مِنْ أَجْلي . لِلصَّائم فَرْحتَانِ :فرحة عند فطره ، فَرْحةٌ عِنْدَ لقَاء رَبِّهِ . ولَخُلُوفُ فيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ ريحِ المِسْكِ» .

Dalam riwayat Muslim: Setiap amalan anak Adam digandakan kebaikannya daripada sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda.

 

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: Melainkan (pahala) berpuasa. Puasa adalah milikku, dan Aku yang akan memberi ganjarannya. Orang yang berpuasa telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana Ku. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulutnya lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.

-1216- وعنهُ أَنَّ رسولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ : « مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَين في سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْواب الجَنَّةِ : يَا عَبْدَ اللَّهِ هذا خَيْرٌ ، فَمَنْ كَان مِنْ أَهْلِ الصَلاةِ دُعِي منْ باب الصَّلاةِ ، ومَنْ كانَ مِنْ أَهْلِ الجِهَادِ دُعِي مِنْ باب الجِهَادِ ، ومَنْ كَانَ مِنْ أَهْل الصِّيامِ دُعِيَ مِنْ باب الرَّيَّانِ ومنْ كَانَ مِنْ أَهْل الصَّدقَة دُعِي مِنْ باب الصَّدقَةِ » قال أبو بكرٍ رَضِيَ اللَّه عَنْهُ : بأَبي أَنت وأُمِّي يا رسولَ اللَّه ما عَلى مَنْ دُعِي مِنْ تِلكَ الأَبْوابِ مِنْ ضَرُورةٍ ، فهلْ يُدْعى أَحدٌ مِنْ تلك الأَبْوابِ كلِّها ؟ قال : « نَعَم وَأَرْجُو أَنْ تكُونَ مِنهم » متفقٌ عليه .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Sesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, dia akan dipanggil dari pintu syurga:

 

Wahai hamba Allah. Ini adalah kebaikan untukmu. Sesiapa yang sentiasa mendirikan solat, dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dipanggil dari pintu jihad. Sesiapa yang berpuasa, dipanggil dari pintu ar-Rayyan. Sesiapa yang bersedekah, dipanggil dari pintu sedekah.

 

Abu Bakar radiallahu ‘anhu berkata: Demi ibu dan ayah ku wahai Rasulullah. Mereka yang dipangggil dari pintu-pintu tersebut tidak lagi memerlukan kepada apa-apa. Apakah akan ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu? Jawab baginda sallallahu ‘alaihi wassalam: Ada, aku mengharapkan engkau termasuk di kalangan mereka [al-Bukhari dan Muslim]

-1217- وعن سهلِ بنِ سعدٍ رضي اللَّه عنهُ عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : « إِنَّ فِي الجَنَّة باباً يُقَالُ لَهُ : الرَّيَّانُ ، يدْخُلُ مِنْهُ الصَّائمونَ يومَ القِيامةِ ، لا يدخلُ مِنْه أَحدٌ غَيرهُم ، يقالُ: أَينَ الصَّائمُونَ ؟ فَيقومونَ لا يدخلُ مِنهُ أَحَدٌ غيرهم ، فإِذا دَخَلوا أُغلِقَ فَلَم يدخلْ مِنْهُ أَحَدٌ» متفقٌ عليه .

Sahl bin Saad radiallahu ‘anhu meriwayatkan daripada nabi sallallahu ‘alaihi wassalam, baginda sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dipanggil ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada seorangpun dapat memasukinya melainkan orang yang puasa.

 

Akan dilaungkan: Di mana orang-orang yang berpuasa. Maka mereka (yang berpuasa) akan bangun, tiada sesiapa yang melalui pintu itu selain daripada mereka. Apabila mereka sudah masuk, maka pintu ditutup. Dan tiada seorang pun dapat memasukinya lagi. [al-Bukhari dan Muslim]

-1218- وعَنْ أَبي سَعيدٍ الخُدْريِّ رَضيَ اللَّه عنهُ قال : قالَ رسولُ اللَّهِ : « مَا مِنْ عبْدٍ يصُومُ يَوماً في سبِيلِ اللَّه إِلاَّ باعَدَ اللَّه بِذلك اليَومِ وجهَهُ عَن النَّارِ سبعينَ خرِيفاً » متفقٌ عليه .

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di Allah melainkan Allah memalingkan wajahnya dengan hari itu daripada neraka sejauh tujuh puluh tahun [al-Bukhari dan Muslim]

-1219- وعنْ أَبي هُرَيرةَ رضيَ اللَّه عنهُ ، عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ : « مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَاناً واحْتِساباً ، غُفِرَ لَهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذنْبِهِ » متفقٌ عليه .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersada: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu [al-Bukhari dan Muslim]

-1220- وعنهُ رضيَ اللَّهُ عنهُ ، أَنَّ رسولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ : « إِذا جَاءَ رَمَضَانُ ، فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجنَّةِ ، وغُلِّقَت أَبْوَابُ النَّارِ ، وصُفِّدتِ الشياطِينُ » متفقٌ عليه .

 

Daripadanya lagi: Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, diikat syaitan-syaitan [al-Bukhari dan Muslim]

-1221-­ وعنهُ أَنَّ رسولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ : « صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ ، وَأَفْطِرُوا لِرُؤيَتِهِ ، فإِن غمي عَليكم ، فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبانَ ثَلاثينَ » متفقٌ عليه . وهذا لفظ البخاري .
وفي روايةِ مسلم : « فَإِن غُمَّ عَليكم فَصُوموا ثَلاثِينَ يَوْماً » .

Daripadanya, nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Berpuasalah apabila anak bulan kelihatan, dan berbuka (hari raya) apabila anak bulan kelihatan. Seandainya kabus menyeliputi kalian, maka sempurnakan Sya’ban menjadi tiga puluh hari [al-Bukhari dan Muslim], dan ini lafaz teks al-Bukhari.

Dalam riwayat Muslim: Jika kabus menyeliputi pandangan kamu, maka puasalah tiga puluh hari.

[Sumber Riadussolihin susunan al-Imam an-Nawawi rahimahullah]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *