Seminar Hadis 40

Hadis 40 siri 2 Insta
PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangPendaftaranLokasi ProgramBiasiswa

 

Assalamualaikum.

Anda pernah membaca kitab hadis 40 susunan Imam an-Nawawi?

Insya-Allah, seminar ini akan menghuraikan secara detil isi kandungan hadis-hadis tersebut.

Sebarang pertanyaan, hubungi 013 315 6204 / 013 659 1241

Yuran? RM 100 untuk pelajar  sahaja dan RM 120 untuk selain daripada pelajar

Pendaftaran boleh dilakukan di sini bit.ly/hadis_40

Sebarang pertanyaan, hubungi 013 315 6204 / 013 659 1241
Makan minum (3 kali sehari) dan nota disediakan kepada semua peserta

Hadis 40 siri 2resize

Sabtu 6 Jun 2015 (Ustaz Yusof Arbain)

08.15 pagi            : Pendaftaran

09.00 pagi            : Slot 1- 

  • Hadis 8: Tidak boleh membunuh orang Islam

10.30 pagi            : Rehat/Minum pagi

10.50 pagi            : Slot 2-

  • Hadis 14: Haram menumpahkan darah kecuali ada hak
  • Hadis 35: Muslim adalah bersaudara

01.15 tengahari    : Rehat/Makan tengahari/Solat Zuhur

02.30 petang       : Slot 3-

  • Hadis 13: Mencintai saudara sendiri
  • Hadis 36: Membantu saudara seIslam

04.35 petang       : Rehat/Minum petang/Solat Asar

05.30 petang       : Slot 4-

  •  Soal dan Jawab

06.30 petang       : Bersurai

 

Ahad 7 Jun 2015 (Dr. Rozaimi)

09.00 pagi           : Slot 5-

  • Hadis 32: Tidak boleh memudharatkan

10.30 pagi           : Rehat/Minum pagi

10.50 pagi           : Slot 6-

  • Hadis 24: Haramnya kezaliman
  • Hadis 33: Bukti kepada penuduh, sumpah untuk yang tertuduh

01.15 tengahari    : Rehat/makan tengahari/Solat Zuhur

02.30 petang       : Slot 7-

  • Hadis 7: Agama adalah nasihat
  • Hadis 34: Mengubah kemungkaran

04.30 petang       : Rehat/minum petang/solat Asar

05.30 petang       : Slot 8-

  • Soal dan Jawab

 

 

TuanBadrul

Ustaz Tuan Badrul Hisham

Pendidikan:
– Kolej Islam Sultan Alam Shah (2003)
– Darul Quran Jakim (2007)
– Undang-Undang Syariah, Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah (2012)
– Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2013)

Karier:
– Al-Rajhi Bank Malaysia (2012-2013)
– Securities Commission Malaysia (2013-Sekarang)

Kegiatan dakwah:
– Aktif mengajar di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
– Antara topik yang diajar ialah Aqidah dan Feqh.

maulana

Maulana Fakhrurrazi Abdul Rahman

– Mudir Pusat Pendidikan Darul Qur’an Wal Hadith Deobandi Kuala Kangsar.
– Timbalan Pengerusi Pertubuhan Darul Qur’an Wal Hadith Deobandi Kuala Kangsar.

Beliau aktif mengajar khususnya dalam bidang Tafsir dan Hadis.

LT 1, Kuliyyah Of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.

UIAM

Koordinat : 3.253379,101.732301


View Larger Map

Pengangkutan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak terletak kira-kira 6 kilometer dari stesen LRT Gombak. Tambang dari KL Sentral ke Gombak ialah RM 2.40

 

Dari stesen LRT Gombak, peserta boleh memilih untuk menaiki bas Rapid KL nombor 231 dengan tambang pada kadar RM 1 sahaja. Peserta juga boleh menaiki teksi pada kadar tambang sekitar RM 8 sahaja.

Dana Pendidikan Al-Kahfi

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كَانَ أَخَوَانِ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم، فَكَانَ أَحَدُهُمَا يَأْتِى النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم وَالآخَرُ يَحْتَرِفُ، فَشَكَا الْمُحْتَرِفُ أَخَاهُ إِلَى النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: «لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Daripada Anas bin Malik radiallahu ‘anhu, beliau berkata: “Pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ada dua orang bersaudara, yang satu suka datang menemui Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam (untuk menuntut ilmu agama) dan yang lainnya kuat bekerja. Maka yang kuat bekerja mengadu kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tentang keadaan saudaranya itu, lantas baginda bersabda: “Boleh jadi engkau mendapat rezeki disebabkan oleh saudaramu (yang rajin belajar itu).” [Sunan at-Tirmizi, hadis no. 2345. Hasan Sahih]

Objektif

  • – Memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut sama menyertai seminar yang dianjurkan.
  • – Memberi galakan serta menimbulkan rasa kecintaan terhadap majlis ilmu dalam diri para peserta khususnya anak-anak muda.
  • – Membantu aktivis dakwah untuk meningkatkan penguasaan ilmu mereka sebagai persediaan sebelum turun bertemu masyarakat.

Golongan Sasaran

  • – Pelajar; mahasiswa/mahasiswi
  • – Aktivis-aktivis dakwah

Peluang Untuk Melabur Saham Akhirat
Mengejar ganjaran bersedekah?

Bagaimana mahu menaja biasiswa ini? 

  • – Penderma boleh menghubungi nombor 013-315 6204 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
  • – Penderma boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
  • – Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
  • – Pihak urusetia Al-Kahfi Services akan mencari mereka yang berkelayakan untuk menerima biasiswa ini
  • – Jika terdapat lebihan dana, ia akan dibawa ke program seterusnya seperti seminar dan kem remaja, dan digunakan untuk menaja golongan sasaran.

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *