Hukum Wanita Ke Masjid

muslimahmasjid
[Ringkasan daripada Jami’ Ahkam an-Nisa’, jilid 1, Bab Kewujudan Wanita Di Masjid Di Zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam oleh Shaikh Mustafa al-‘Adawy]
 
 
Dalil 1:
 
عَنْ عُرْوَةَ ، أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ ، قَالَتْ : ” أَعْتَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً بِالْعِشَاءِ ، وَذَلِكَ قَبْلَ أَنْ يَفْشُوَ الْإِسْلَامُ ، فَلَمْ يَخْرُجْ ، حَتَّى قَالَ عُمَرُ : نَامَ النِّسَاءُ وَالصِّبْيَانُ فَخَرَجَ ، فَقَالَ لِأَهْلِ الْمَسْجِدِ : مَا يَنْتَظِرُهَا أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْأَرْضِ غَيْرَكُمْ ” .
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melewatkan solat Isya, hal ini berlaku sebelum Islam tersebar luas. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar untuk mendirikan solat melainkan sehingga ‘Umar radiallahu ‘anhu telah berkata: Kaum wanita dan kanak-kanak telah tertidur, baru lah baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada yang ada di masjid: Tiada seorang pun selain kalian yang menanti solat ini. [Sahih al-Bukhari, Kitab Mawaqit as-Solat, hadis no: 535]
 

Shaikh Mustafa al-Adawy berkata:
Ia bermaksud: Wanita dan kanak-kanak yang hadir di masjid tertidur. Hadis ini menunjukkan bahawa wanita turut hadir dan mendirikan solat di masjid di belakang kaum lelaki, dan hukumnya tidaklah wajib ke atas mereka.

 
 
Dalil 2:
 
عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ ، أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ ، قَالَتْ : ” كُنَّ نِسَاءُ الْمُؤْمِنَاتِ يَشْهَدْنَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْفَجْرِ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ ، ثُمَّ يَنْقَلِبْنَ إِلَى بُيُوتِهِنَّ حِينَ يَقْضِينَ الصَّلَاةَ لَا يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الْغَلَسِ
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Wanita-wanita beriman menghadiri solat Subuh bersama-sama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan berselibung dengan kain-kain mereka. Kemudian mereka pulang ke rumah dalam keadaan mereka tidak dapat dikenali kerana keadaan yang gelap. [Sahih al-Bukhari, Kitab Mawaqit as-Solat, hadis no: 546]
 

Shaikh Mustafa al-Adawy berkata:
Dalam hadis ini menunjukkan kaum wanita bersegera pulang dari masjid selepas selesai menunaikan solat Subuh.

 
 
Dalil 3:
 
: حَدَّثَنَا قَتَادَةُ ، أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ حَدَّثَهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنِّي لَأَدْخُلُ فِي الصَّلَاةِ وَأَنَا أُرِيدُ إِطَالَتَهَا ، فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلَاتِي مِمَّا أَعْلَمُ مِنْ شِدَّةِ وَجْدِ أُمِّهِ مِنْ بُكَائِهِ
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya aku mendirikan solat dan aku mahu memanjangkannya. Lalu aku terdengar suara tangisan bayi, lalu aku meringkaskan solatku kerana aku tahu kesukaran yang dialami ibunya disebabkan tangisan itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 671]
 

Shaikh Mustafa al-‘Adawy berkata:
Dalam hadis ini menunjukkan bolehnya wanita mendirikan solat jemaah bersama kaum lelaki. Ia juga menunjukkan sifat belas kasihan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ke atas umatnya khususnya kaum wanita.

 
 
Keizinan Untuk Wanita Keluar Ke Masjid
 
Dalil 4:
 
عَنْ سَالِمٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قال : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا اسْتَأْذَنَتِ امْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يَمْنَعْهَا ” .
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila isteri salah seorang daripada kami meminta izin (untuk ke masjid), janganlah kamu menghalangnya. [Sunan an-Nasaie as-Sughra, Kitab al-Masajid, hadis no: 699]
 
Dalil 5:
 
عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : ” كَانَتِ امْرَأَةٌ لِعُمَرَ تَشْهَدُ صَلَاةَ الصُّبْحِ وَالْعِشَاءِ فِي الْجَمَاعَةِ فِي الْمَسْجِدِ ، فَقِيلَ لَهَا : لِمَ تَخْرُجِينَ وَقَدْ تَعْلَمِينَ أَنَّ عُمَرَ يَكْرَهُ ذَلِكَ وَيَغَارُ ، قَالَتْ : وَمَا يَمْنَعُهُ أَنْ يَنْهَانِي ، قَالَ : يَمْنَعُهُ قَوْلُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ ” .
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Isteri ‘Umar radiallahu ‘anhu pergi menunaikan solat Subuh dan Isya’ secara berjemaah di masjid. Dikatakan kepada beliau: Kenapa engkau keluar juga (ke masjid) sedangkan engkau tahu ‘Umar tidak suka dan dia seorang yang cemburu. Isteri ‘Umar radiallahu’ anhu menjawab: Apa yang menghalangnya daripada menghentikan aku? Yang lain menjawab: Yang menghalangnya ialah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Janganlah kalian menghalang hamba-hamba perempuan Allah daripada masjid-masjid Allah. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jum’ah, hadis no: 854]
 
Dalam Sunan Ibn Majah disebutkan bahawa Bilal yang merupakan anak lelaki ‘Abdullah bin ‘Umar berkata:
 
فَقَالَ ابْنٌ لَهُ : إِنَّا لَنَمْنَعُهُنَّ ، فَقَالَ : فَغَضِبَ غَضَبًا شَدِيدًا ، وَقَالَ : إِنِّي أُحَدِّثُكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِنَّكَ تَقُولُ : إِنَّا لَنَمْنَعُهُنَّ
Sesungguhnya kami akan menghalang mereka (daripada ke masjid). ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma menjadi sangat marah dan berkata: Aku memberitahu engkau daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sedemikian rupa, dan engkau pula berkata: Sesungguhnya kami akan menghalang mereka? [Sunan Ibn Majah, Kitab Ibn Majah, hadis no: 16]
 
عَنْ ابْنِ عُمَرَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” ائْذَنُوا لِلنِّسَاءِ بِاللَّيْلِ إِلَى الْمَسَاجِدِ “
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhum meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Izinkanlah wanita untuk pergi ke masjid pada waktu malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jum’ah, hadis no: 853]
 

Shaikh Mustafa al-‘Adawy berkata: Sesungguhnya telah ada arahan untuk mengizinkan wanita secara umum (untuk ke masjid) dalam sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam… (sebagaimana disebut di atas).
Terdapat juga arahan untuk memberi keizinan yang terikat dengan waktu malam. Kedua-dua riwayat ini (yang umum dan yang menyebutkan waktu malam) digunakan bersama-sama. Ia menunjukkan bahawa apabila wanita meminta izin di waktu malam atau siang, maka hendaklah diizinkan. Apabila fitnah di antara dua waktu itu kurang, maka arahan untuk memberi keizinan menjadi lebih kuat.

 
 
Shaikh Mustafa al-‘Adawy membawakan beberapa pendapat ulama dalam hal ini.
 
 
Perkataan al-Imam an-Nawawi rahimahullah dalam Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim:
 
هَذَا وَشَبَهه مِنْ أَحَادِيث الْبَاب ظَاهِر فِي أَنَّهَا لَا تُمْنَع الْمَسْجِد لَكِنْ بِشُرُوطٍ ذَكَرَهَا الْعُلَمَاء مَأْخُوذَة مِنْ الْأَحَادِيث ، وَهُوَ أَلَّا تَكُون مُتَطَيِّبَة ، وَلَا مُتَزَيِّنَة ، وَلَا ذَات خَلَاخِل يُسْمَع صَوْتهَا ، وَلَا ثِيَاب فَاخِرَة ، وَلَا مُخْتَلِطَة بِالرِّجَالِ ، وَلَا شَابَّة وَنَحْوهَا مِمَّنْ يُفْتَتَن بِهَا ، وَأَنْ لَا يَكُون فِي الطَّرِيق مَا يَخَاف بِهِ مَفْسَدَة وَنَحْوهَا . وَهَذَا النَّهْي عَنْ مَنْعهنَّ مِنْ الْخُرُوج مَحْمُول عَلَى كَرَاهَة التَّنْزِيه إِذَا كَانَتْ الْمَرْأَة ذَات زَوْج أَوْ سَيِّد وَوُجِدَتْ الشُّرُوط الْمَذْكُورَة ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهَا زَوْج وَلَا سَيِّد حَرُمَ الْمَنْع إِذَا وُجِدَتْ الشُّرُوط
Hadis-hadis yang seumpama dalam bab ini zahirnya menunjukkan tidak boleh melarang (kaum wanita) daripada pergi ke masjid dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ‘ulama’ yang diambil daripada hadis-hadis yang lain. Iaitu wanita tersebut tidak boleh memakai wangian, tidak boleh berhias-hias, tidak memakai gelang kaki yang bunyinya dapat didengari, tidak memakai pakaian yang indah, tidak bercampur gaul dengan kaum lelaki, dan bukan pula gadis-gadis muda yang dapat menimbulkan fitnah, dan tiada pula sesuatu yang berbahaya di jalan. Larangan daripada menghalang mereka (ke masjid ini) merupakan larangan berbentuk makruh tanzih (bukannya haram) apabila si perempuan mempunyai suami atau tuannya, sedangkan dia telah memenuhi syarat (yang membolehkan dia keluar ke masjid). Seandainya dia tiada suami atau tuan, maka haram menghalangnya apabila dia telah memenuhi segala syarat.
 
Dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab beliau menyebutkan:
 
يستحب للزوج ان يأذن لها إذا استأذنته الي المسجد للصلاة إذا كانت عجوزا لا تشتهي وامن المفسدة عليها وعلي غيرها للاحاديث المذكورة فان منعها لم يحرم عليه هذا مذهبنا قال البيهقى وبه قال عامة العلماء ويجاب عن حديث ” لا تمنعوا إماء الله مساجد ألله ” بانه نهى تنزيه لان حق الزوج في ملازمة المسكن واجب فلا تتركه للفضيلة
Disunatkan untuk si suami mengizinkan isteri ke masjid apabila isteri meminta izin apabila si isteri itu sudah tua, yang tidak menimbulkan tarikan nafsu, dan aman daripada bahaya dan lain-lain yang disebutkan dalam hadis-hadis. Seandainya si suami menghalang si isteri, tidaklah haram (perbuatan si suami itu). Inilah mazhab kami. Al-Imam al-Baihaqi berkata: Inilah pendapat ulama secara umum. Jawapan kepada hadis “Janganlah kalian melarang hamba-hamba perempuan Allah daripada ke masjid Allah” ialah ia sekadar menunjukkan larangan tanzih (makruh dan bukannya haram). Ini kerana itu merupakan satu hak suami agar si isteri menemaninya di rumah dan hukumnya wajib (ke atas si isteri). Tidak boleh dia meninggalkan (kewajipan) kerana mahu melakukan perkara sunat.
 

Shaikh Mustafa al-Adawy memberikan komentar kepada pendapat al-Imam an-Nawawi di atas. Beliau berkata:
Apa yang al-Imam an-Nawawi katakan mengenai larangan gadis muda ke masjid perlu disemak semula. Tidak ditemui sebarang dalil yang jelas melarang gadis muda atau sebarang dalil yang membezakan gadis muda dengan yang lain dalam hal ke masjid.

 
 
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan dalam Fathul Bari:
 
وفيه إشارة إلى أن الإذن المذكور لغير الوجوب لأنه لو كان واجبا لاتنفى معنى الاستئذان لأن ذلك إنما يتحقق إذا كان المستأذن مخيرا في الإجابة أو الرد
Padanya terdapat isyarat bahawa memberi keizinan itu bukanlah satu kewajipan. Ini kerana jika ia wajib, itu akan menafikan maksud meminta izin. Ini kerana orang yang diminta izin mempunyai pilihan untuk memenuhi permintaan atau menolaknya.
 
Ibn Hazm menyebutkan dalam al-Muhalla:
: وَلاَ يَحِلُّ لِوَلِيِّ الْمَرْأَةِ , وَلاَ لِسَيِّدِ الأَمَةِ مَنْعُهُمَا مِنْ حُضُورِ الصَّلاَةِ فِي جَمَاعَةٍ فِي الْمَسْجِدِ , إذَا عَرَفَ أَنَّهُنَّ يُرِدْنَ الصَّلاَةَ ، وَلاَ يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَخْرُجْنَ مُتَطَيِّبَاتٍ , وَلاَ فِي ثِيَابٍ حِسَانٍ ; فَإِنْ فَعَلَتْ فَلْيَمْنَعْهَا , وَصَلاَتُهُنَّ فِي الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهِنَّ مُنْفَرِدَاتٍ
Tidak halal seorang wali atau tuan seorang perempuan menghalangnya daripada pergi solat berjemaah di masjid apabila dia mengetahui perempuan itu mahu mendirikan solat. Tidak juga halal untuk perempuan itu keluar dalam keadaan memakai wangian, dan tidak juga dengan pakaian yang berhias-hias. Jika si perempuan melakukan hal itu, maka hendaklah menghalangnya. Solatnya secara berjemaah lebih baik daripada solatnya sendirian.
 

Shaikh Mustafa al-Adawy berkata:
Apabila tiada sebab untuk menghalang wanita daripada ke masjid, maka wajib ke atas si suami untuk memberi keizinan berdasarkan larangan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam daripada menghalangnya. Wallahu a’lam.

 
 
Bahagian 2

Pendapat Aisyah radiallahu ‘anha dalam hal ini
 
عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ عَمْرَةَ ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” لَوْ أَدْرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ لَمَنَعَهُنَّ كَمَا مُنِعَتْ نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ ” ، قُلْتُ : لِعَمْرَةَ أَوَ مُنِعْنَ ؟ قَالَتْ : نَعَمْ
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Seandainya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melihat apa yang dilakukan oleh kaum wanita, nescaya baginda akan menghalang mereka sebagaimana dihalangnya wanita-wanita Bani Israel. Yahya bin Sa’id bertanya kepada ‘Amrah: Adakah mereka (iaitu wanita Bani Israel) dihalang (daripada ke masjid). ‘Amrah menjawab: Ya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 825]
 
Shaikh Mustafa al-‘Adawy mengulas kata-kata ‘Aisyah radiallahu ‘anha ini:
Ini merupakan pendapat ‘Aisyah radiallahu anha mengenai wanita pergi ke masjid. Beliau berpendapat wanita perlu dihalang daripada ke masjid. Pendapat ini boleh dipakai apabila terdapatnya fitnah dan ditakuti kaum lelaki dan fitnah terjatuh ke dalam fitnah itu. Akan tetapi kami kembali menyatakan: Sesungguhnya hal ini hanya berlaku dalam keadaan fitnah yang benar-benar berlaku. Adapun untuk menghalang wanita daripada keluar ke masjid dengan anggapan diri wanita itu sendiri adalah fitnah, maka ini adalah pendapat yang tidak kuat.
 
Allah Taala telah berfirman:
وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا (64(
“Dan tidaklah Tuhanmu lupa.” [Maryam : 64]
مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ
“Tidaklah Kami tertinggal sesuatu pun di dalam Kitab ini.” [Al-An’am : 38)
 
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam Fathul Bari:
علم الله سبحانه ما سيحدثن فما أوحى إلى نبيه بمنعهن ولو كان ما أحدثن يستلزم منعهن من المساجد لكان منعهن من غيرها كالأسواق أولى وأيضا فالإحداث إنما وقع من بعض النساء لا من جميعهن فإن تعين المنع فليكن لمن أحدثت والأولى أن ينظر إلى ما يخشى منه الفساد فيجتنب لإشارته صلى الله عليه و سلم إلى ذلك بمنع التطيب والزينة..
Sesungguhnya Allah tahu apa yang akan dilakukan oleh kaum wanita. Tetapi Allah tidak mewahyukan kepada nabi Nya untuk melarang mereka (daripada ke masjid). Seandainya perbuatan kaum wanita ini menuntut agar dihalangnya mereka daripada ke masjid, maka menghalang mereka daripada pergi ke tempat lain seperti pasar-pasar adalah lebih utama. Lagipun perbuatan tersebut hanya dilakukan oleh sebahagian wanita, dan bukan kesemuanya. Maka larangan itu spesifiknya untuk kaum wanita yang melakukan perkara tersebut (seperti membuka aurat, memakai wangian, bertabarruj). Yang lebih utama adalah dengan melihat kepada apa yang ditakuti akan membawa kepada kerosakan dan menjauhi hal-hal itu berdasarkan isyarat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dengan melarang mereka daripada memakai wangian, daripada berhias-hias.
 
Ibn Hazm menyatakan dalam al-Muhalla:
أَوَّلُهَا أَنَّهُ عليه السلام لَمْ يُدْرِكْ مَا أَحْدَثْنَ , فَلَمْ يَمْنَعْهُنَّ , فَإِذْ لَمْ يَمْنَعْهُنَّ فَمَنْعُهُنَّ بِدْعَةٌ وَخَطَأٌ , وَهَذَا كَمَا قَالَ تَعَالَى ﴿ يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ مَنْ يَأْتِ مِنْكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ يُضَاعَفْ لَهَا الْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ فَمَا أَتَيْنَ قَطُّ بِفَاحِشَةٍ ، وَلاَ ضُوعِفَ لَهُنَّ الْعَذَابُ , وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. وَكَقَوْلِهِ تَعَالَى ﴿ وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنْ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ فَلَمْ يُؤْمِنُوا فَلَمْ يَفْتَحْ عَلَيْهِمْ وَمَا نَعْلَمُ احْتِجَاجًا أَسْخَفَ مِنْ احْتِجَاجِ مَنْ يَحْتَجُّ بِقَوْلِ قَائِلٍ : لَوْ كَانَ كَذَا : لَكَانَ كَذَا عَلَى إيجَابِ مَا لَمْ يَكُنْ , الشَّيْءُ الَّذِي لَوْ كَانَ لَكَانَ ذَلِكَ الآخَرُ
Pertama: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak melihat apa yang dilakukan oleh kaum wanita, maka baginda tidak menghalang mereka (ke masjid). Apabila baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak melarang mereka ke masjid, maka tindakan melarang mereka adalah bid’ah dan salah. Ini sebagaimana firmah Allah: Hai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, nescaya akan dilipat gandakan seksaan kepada mereka dua kali ganda. [al-Ahzab : 30]. Maka apabila isteri nabi tidak melakukan apa-apa hal yang keji, maka tidaklah digandakan azab ke atas mereka, segala puji bagi Allah. Sebagaimana firman Allah: Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi… [al-A’raf : 96]. Maka apabila mereka tidak beriman, maka Allah tidak membuka untuk mereka (keberkatan). Tidaklah kami tahu penghujahan yang lebih lemah daripada penghujahan orang sesiapa yang berhujah dengan: Jika begini, maka begini, untuk sesuatu yang belum lagi berlaku, sesuatu yang jika jadi begini, maka begitulah untuk yang lain.
 
وَوَجْهٌ ثَانٍ : وَهُوَ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَدْ عَلِمَ مَا يُحْدِثُ النِّسَاءُ , وَمَنْ أَنْكَرَ هَذَا فَقَدْ كَفَرَ , فَلَمْ يُوحِ قَطُّ إلَى نَبِيِّهِ  بِمَنْعِهِنَّ مِنْ أَجْلِ مَا اسْتَحْدَثْنَهُ , وَلاَ أَوْحَى تَعَالَى قَطُّ إلَيْهِ : أَخْبِرْ النَّاسَ إذَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ فَامْنَعُوهُنَّ مِنْ الْمَسَاجِدِ ; فَإِذْ لَمْ يَفْعَلْ اللَّهُ تَعَالَى هَذَا فَالتَّعَلُّقُ بِمِثْلِ هَذَا الْقَوْلِ هُجْنَةٌ وَخَطَأٌ
Kedua: Allah mengetahui apa yang akan dilakukan oleh kaum wanita. Sesiapa yang mengingkari hal ini sungguh dia telah kufur. Akan tetapi Dia tetap tidak mewahyukan kepada nabiNya untuk menghalang mereka disebabkan apa yang mereka lakukan. Tidak juga Allah mewahyukan kepada nabi seperti ini: Beritahu kepada manusia, jika wanita melakukan itu dan ini, halanglah mereka daripada pergi ke masjid. Apabila Allah tidak melakukan hal itu, maka mengaitkan (melarang wanita ke masjid disebabkan perlakuan mereka) seperti pendapat ini merupakan satu pendapat yang lemah dan silap.
 
وَوَجْهٌ ثَالِثٌ : وَهُوَ أَنَّنَا مَا نَدْرِي مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ , مِمَّا لَمْ يُحْدِثْنَ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ r ، وَلاَ شَيْءَ أَعْظَمُ فِي إحْدَاثِهِنَّ مِنْ الزِّنَى , فَقَدْ كَانَ ذَلِكَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ r وَرَجَمَ فِيهِ وَجَلَدَ , فَمَا مَنَعَ النِّسَاءَ مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ قَطُّ , وَتَحْرِيمُ الزِّنَى عَلَى الرِّجَالِ كَتَحْرِيمِهِ عَلَى النِّسَاءِ ، وَلاَ فَرْقَ ; فَمَا الَّذِي جَعَلَ الزِّنَى سَبَبًا يَمْنَعُهُنَّ مِنْ الْمَسَاجِدِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ سَبَبًا إلَى مَنْعِ الرِّجَالِ مِنْ الْمَسَاجِدِ هَذَا تَعْلِيلٌ مَا رَضِيَهُ اللَّهُ تَعَالَى قَطُّ , وَلاَ رَسُولُهُ  .
Ketiga: Kami tidak pernah tahu apa-apa yang wanita lakukan yang tidak pernah mereka lakukan di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Tiada yang lebih besar dosanya daripada perlakuan mereka berzina. Sesungguhnya penzinaan telah berlaku di zaman Rasulullah, hukuman rejam dan sebat dilaksanakan. Akan tetapi nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pula menghalang wanita ke masjid. Pengharaman zina ke atas lelaki sama sahaja dengan pengharamannya ke atas wanita, tiada beza langsung. Sesiapa yang menjadikan penzinaan sebagai sebab menghalang wanita ke masjid tetapi tidak pula menjadikan ia sebab menghalang lelaki ke masjid, maka penghujahan ini tidak diredhai oleh Allah dan rasulNya.
 
وَوَجْهٌ رَابِعٌ : وَهُوَ أَنَّ الإِحْدَاثَ إنَّمَا هُوَ لِبَعْضِ النِّسَاءِ بِلاَ شَكٍّ دُونَ بَعْضٍ , وَمِنْ الْمُحَالِ مَنْعُ الْخَيْرِ عَمَّنْ لَمْ يُحْدِثْ مِنْ أَجْلِ مَنْ أَحْدَثَ , إلاَّ أَنْ يَأْتِيَ بِذَلِكَ نَصٌّ مِنْ اللَّهِ تَعَالَى عَلَى لِسَانِ رَسُولِهِ r فَيُسْمَعُ لَهُ وَيُطَاعُ , وَقَدْ قَالَ تَعَالَى ﴿ ، وَلاَ تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إلاَّ عَلَيْهَا ، وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
Keempat: Perlakuan tersebut hanya dilakukan oleh sebahagian wanita sahaja tanpa syak lagi sedangkan sebahagian yang lain tidak melakukannya. Adalah satu perkara yang mustahil untuk menghalang dilakukan kebaikan daripada sesiapa yang tidak melakukan apa-apa kesalahan melainkan dengan datangnya dalil daripada Allah dan rasulNya. Jika ada, arahan itu akan didengari dan ditaati. Allah berfirman: Setiap orang tidak akan memperolehi apa-apa melainkan daripada apa yang dia lakukan, dan dia tidak akan menanggung bebanan orang lain.
 
وَوَجْهٌ خَامِسٌ : وَهُوَ أَنَّهُ إنْ كَانَ الإِحْدَاثُ سَبَبًا إلَى مَنْعِهِنَّ مِنْ الْمَسْجِدِ فَالأَوْلَى أَنْ يَكُونَ سَبَبًا إلَى مَنْعِهِنَّ مِنْ السُّوقِ , وَمِنْ كُلِّ طَرِيقٍ بِلاَ شَكٍّ , فَلِمَ خَصَّ هَؤُلاَءِ الْقَوْمُ مَنْعَهُنَّ مِنْ الْمَسْجِدِ مِنْ أَجْلِ إحْدَاثِهِنَّ , دُونَ مَنْعِهِنَّ مِنْ سَائِرِ الطُّرُقِ بَلْ قَدْ أَبَاحَ لَهَا أَبُو حَنِيفَةَ السَّفَرَ وَحْدَهَا , وَالْمَسِيرَ فِي الْفَيَافِي وَالْفَلَوَاتِ مَسَافَةَ يَوْمَيْنِ وَنِصْفٍ , وَلَمْ يَكْرَهْ لَهَا ذَلِكَ , وَهَكَذَا فَلْيَكُنْ التَّخْلِيطُ.
Kelima: Jika perlaku kaum wanita itu menjadi sebab untuk menghalang daripada pergi ke masjid, maka lebih utama untuk ia menjadi sebab menghalang mereka daripada pergi ke pasar, dan apa-apa jalan sekali pun. Kenapa mereka perlu mengkhususkan dengan menghalang daripada pergi ke masjid disebabkan perlakukan kaum wanita itu, dalam masa yang tidak menghalang kaum wanita pergi ke tempat lain. Bahkan Abu Hanifah membenarkan pula wanita bermusafir bersendirian, dengan perjalanan di padang pasir atau hutan belantara yang memakan masa dua setengah hari, dan tidak membenci hal itu. Hal sebegini merupakan satu yang tidak konsisten.
 
وَوَجْهٌ سَادِسٌ : وَهُوَ أَنَّ عَائِشَةَ ، رضي الله عنها ، لَمْ تَرَ مَنْعَهُنَّ مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ , وَلاَ قَالَتْ : امْنَعُوهُنَّ لِمَا أَحْدَثْنَ ; بَلْ أَخْبَرَتْ أَنَّهُ عليه السلام لَوْ عَاشَ لَمَنَعَهُنَّ , وَهَذَا هُوَ نَصُّ قَوْلِنَا وَنَحْنُ نَقُولُ : لَوْ مَنْعَهُنَّ عليه السلام لَمَنَعْنَاهُنَّ , فَإِذْ لَمْ يَمْنَعْهُنَّ فَلاَ نَمْنَعُهُنَّ , فَمَا حَصَلُوا إلاَّ عَلَى خِلاَفِ السُّنَنِ , وَخِلاَفِ عَائِشَةَ ، رضي الله عنها ، وَالْكَذِبِ بِإِيهَامِهِمْ مَنْ يُقَلِّدُهُمْ : أَنَّهَا مَنَعَتْ مِنْ خُرُوجِ النِّسَاءِ بِكَلاَمِهَا ذَلِكَ , وَهِيَ لَمْ تَفْعَلْ نَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ الْخِذْلاَنِ.
Keenam: ‘Aisyah radiallahu ‘anha sendiri tidak menghalang kaum Muslimah disebabkan hal itu. Dia tidak berkata: Aku akan menghalang mereka disebabkan perlakuan mereka. Sebaliknya dia berkata bahawa seandainya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup, baginda akan menghalang mereka ke masjid. Ini merupakan hujah buat pendapat kami. Kami berkata: Jika nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pernah menghalang kaum wanita ke masjid, nescaya kami akan menghalang mereka. Apabila baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menghalang mereka, maka kami tidak akan menghalang mereka. Mereka (yang berpendapat perlu menghalang wanita ke masjid) tidak mendapat apa-apa melainkan menyalahi sunnah dan menyalahi ‘Aisyah sendiri. Adalah dusta penyelewengan mereka dan sesiapa yang bertaqlid dengan mereka dengan menyatakan: Bahawa ‘Aisyah radiallahu ‘anha menghalang wanita daripada ke masjid dengan perkataan beliau itu. Dia tidak melakukan hal itu..

Bahagian 3

Wanita Pulang Dahulu Selepas Selesai Solat Jemaah
 
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا ، ” أَنّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي الصُّبْحَ بِغَلَسٍ ، فَيَنْصَرِفْنَ نِسَاءُ الْمُؤْمِنِينَ ، لَا يُعْرَفْنَ مِنَ الْغَلَسِ أَوْ لَا يَعْرِفُ بَعْضُهُنَّ بَعْضًا
‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam solat Subuh ketika keadaan masih gelap. Kemudian, wanita beriman pun beredar (selepas selesai solat). Mereka itu tidak dapat dikenali kerana keadaan yang gelap, atau mereka itu tidak dapat kenal antara satu sama lain [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 828]
 
عَنْ الزُّهْرِيِّ ، قَالَ : حَدَّثَتْنِي هِنْدُ بِنْتُ الْحَارِثِ ، أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَخْبَرَتْهَا ” أَنَّ النِّسَاءَ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُنَّ إِذَا سَلَّمْنَ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ قُمْنَ ، وَثَبَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ صَلَّى مِنَ الرِّجَالِ مَا شَاءَ اللَّهُ ، فَإِذَا قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ الرِّجَالُ
Ummu Salamah radiallahu ‘anha, iaitu salah seorang isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu bahawa kaum wanita di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam apabila selesai memberi salam daripada solat fardhu, mereka akan bangun, manakala Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan jemaah kaum lelaki akan tetap di tempat mereka selama mana yang Allah kehendaki. Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bangun, maka jemaah lelaki pun bangun [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 822]
 
عَنْ هِنْدٍ بِنْتِ الْحَارِثِ ، أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ قَامَ النِّسَاءُ حِينَ يَقْضِي تَسْلِيمَهُ ، وَمَكَثَ يَسِيرًا قَبْلَ أَنْ يَقُومَ ” ، قَالَ ابْنُ شِهَابٍ : فَأُرَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ مُكْثَهُ لِكَيْ يَنْفُذَ النِّسَاءُ قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُنَّ مَنِ انْصَرَفَ مِنَ الْقَوْمِ .
Ummu Salamah radiallahu ‘anha berkata: Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selesai memberi salam, kaum wanita akan bangun, dan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan kekal di posisinya seketika sebelum bangun. Ibn Syihab berkata: Aku berpendapat, wallahu’alam, bahawa duduknya seketika baginda sallallahu ‘alaihi wasalam agar kaum wanita dapat beredar sebelum kaum lelaki dapat melihat mereka ketika kaum lelaki pula beredar [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 796]
 
Imam al-Syaukani menerangkan dalam Nailul Authar:
الحديث فيه أنه يستحب للإمام مراعاة أحوال المأمومين والاحتياط في الاجتناب ما قد يفضي إلى المحذور واجتناب مواقع التهم وكراهة مخالطة الرجال للنساء في الطرقات فضلا عن البيوت
Hadis ini menunjukkan digalakkan untuk imam meraikan keadaan makmum, dan berhati-hati daripada perkara yang membawa kepada hal yang dilarang dan menjauhkan daripada perkara yang menimbulkan fitnah. Ia menunjukkan dibencinya percampuran lelaki dan perempuan di jalanan sebagaimana di rumah.
 
Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi menghuraikan dalam Al-Mughni:
فَالْمُسْتَحَبُّ أَنْ يَثْبُتَ هُوَ وَالرِّجَالُ بِقَدْرِ مَا يَرَى أَنَّهُنَّ قَدْ انْصَرَفْنَ ، وَيَقُمْنَ هُنَّ عَقِيبَ تَسْلِيمِهِ . قَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ : { إنَّ النِّسَاءَ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُنَّ إذَا سَلَّمَ مِنْ الْمَكْتُوبَةِ قُمْنَ ، وَثَبَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ صَلَّى مِنْ الرِّجَالِ مَا شَاءَ اللَّهُ ، فَإِذَا قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ الرِّجَالُ . قَالَ الزُّهْرِيُّ فَنَرَى ، وَاَللَّهُ أَعْلَمُ ، لِكَيْ يَبْعُدَ مَنْ يَنْصَرِفُ مِنْ النِّسَاءِ .رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ . وَلِأَنَّ الْإِخْلَالَ بِذَلِكَ مِنْ أَحَدِهِمَا يُفْضِي إلَى اخْتِلَاطِ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ ،
Digalakkan untuk imam dan jemaah lelaki kekal diposisi mereka pada kadar yang dilihat kaum wanita telah bersurai, dan kaum wanita pula bangun apabila selesainya salam. Ummu Salamah berkata:…(sebagaimana hadis di atas). Ini kerana jika hal ini dilanggar oleh salah satu daripada kaum lelaki dan perempuan, ia akan membawa kepada percampuran lelaki dan perempuan.
 
Shaikh Mustafa al-‘Adawy berkata:
Apabila terdapatnya pintu yang berasingan untuk kaum perempuan, dan terdapat tabir yang menghalang mereka daripada kaum lelaki dan kaum lelaki tidak dapat melihat mereka. Maka tiada halangan –wallahua’lam- untuk wanita tetap di masjid di tempat solat mereka untuk bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan bertahlil dengan zikir-zikir yang ma’thur di penghujung setiap solat. Sesungguhnya malaikat mendoakan orang yang solat selagi mana mereka ditempat solat mereka mengingati Allah, dan selagi mana tidak berbual-bual.
Bahagian 4
Larangan Wanita Memakai Minyak Wangi Apabila Ke Masjid
 
عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَتْ : قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ ، فَلَا تَمَسَّ طِيبًا
Zainab radiallahu ‘anha yang merupakan isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada kami: Apabila salah seorang daripada kalian pergi ke masjid, janganlah dia memakai wangian [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 679]
 
عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ ، أَنَّ زَيْنَبَ الثَّقَفِيَّةَ ، كَانَتْ تُحَدِّثُ ، عَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ قَالَ : ” إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْعِشَاءَ ، فَلَا تَطَيَّبْ تِلْكَ اللَّيْلَةَ
Zainab radiallahu ‘anha menceritakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian menghadiri solat Isya’, janganlah dia memakai wangian pada malam itu [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 678]
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَاتٌ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  Janganlah kalian menghalang hamba-hamba wanita Allah daripada pergi ke masjid-masjid Allah. Akan tetapi hendaklah mereka keluar tanpa memakai wangian [Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, hadis no: 477, Sahih Lighairihi]
 
Ibn Hazm berpendapat solat wanita di masjid dengan memakai wangian tidak sah. Kata beliau:
وَلاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ إذَا شَهِدَتْ الْمَسْجِدَ أَنْ تَمَسَّ طِيبًا , فَإِنْ فَعَلَتْ بَطَلَتْ صَلاَتُهَا
Tidak halal seorang wanita hadir ke masjid dengan memakai wangian. Jika dia melakukan demikian rupa, maka batallah solatnya [al-Muhalla, jilid 1, masalah no: 432]
 
Ini berdasarkan riwayat berikut:
عَنْ مَوْلَى أَبِي رُهْمٍ وَاسْمُهُ عُبَيْدٌ , أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ , لَقِيَ امْرَأَةً مُتَطَيِّبَةً تُرِيدُ الْمَسْجِدَ , فَقَالَ : يَا أَمَةَ الْجَبَّارِ أَيْنَ تُرِيدِينَ ؟ قَالَتْ : الْمَسْجِدَ , قَالَ : وَلَهُ تَطَيَّبْتِ ؟ قَالَتْ : نَعَمْ , قَالَ : فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” وأَيُّمَا امْرَأَةٍ تَطَيَّبَتْ , ثُمَّ خَرَجَتْ إِلَى الْمَسْجِدِ , لَمْ تُقْبَلْ لَهَا صَلَاةٌ حَتَّى تَغْتَسِلَ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu bertemu seorang wanita yang memakai wangian yang mahu ke masjid, beliau bertanya: Wahai hamba perempuan, engkau mahu ke mana? Wanita itu menjawab: Ke masjid. Abu Hurairah berkata: Engkau memakai wangian untuk ke masjid? Dia menjawab: Ya. Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Mana-mana perempuan yang memakai wangian lalu keluar ke masjid, solatnya tidak akan diterima sehingga dia mandi [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fitan, hadis no: 4000]
 
Shaikh Mustafa al-Adawi berkata:
 
Ini merupakan pendapat pelik daripada Ibn Hazm. Yang benar, wallahu a’lam. Sesiapa yang melakukan hal ini, dia telah berdosa, akan tetapi dosanya terpisah daripada solatnya. Tidaklah ia bergabung antara dosa itu dengan pembatalan solat. Wallahu a’lam.
 
Shaikh Mustafa al-Adawi juga menolak riwayat di atas kerana ia lemah. Ramai ulama hadis melemahkan hadis seperti Imam al-Sayuti, Imam al-Bazzar. Shaikh al-Arnouth dan Ahmad Syakir dalam semakan kepada Musnad Ahmad menyatakan isnadnya lemah tetapi boleh naik ke taraf hasan dengan jalan riwayat lain, manakala Shaikh al-Albani menyatakan hadis ini hadis hasan. Hadis ini dinilai lemah kerana padanya terdapat seorang perawi bernama ‘Ashim, dan dia seorang yang lemah.
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا خَرَجَتِ الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَسْجِدِ ، فَلْتَغْتَسِلْ مِنَ الطِّيبِ كَمَا تَغْتَسِلُ مِنَ الْجَنَابَةِ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; Apabila seorang perempuan keluar ke masjid, hendaklah dia mandi daripada wangian sebagaimana dia mandi daripada junub. [Sunan an-Nasaie al-Kubra, Kitab az-Zinah, hadis no: 9063, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih dalam Sahih an-Nasaie]
 
Ini menunjukkan jika seseorang wanita itu sudah memakai wangian di rumah, apabila hendak ke masjid, hendaklah dia menghilangkan wangian itu atau menunggu hingga bau wangi itu hilang.
 
 
Peringatan:
 
Larangan memakai wangian ini bukan hanya terhad di masjid, bahkan apabila berada bersama-sama bukan mahram tidak kira di mana sahaja. Jika ke masjid sahaja sudah terlarang, sudah pastilah ke pejabat, sekolah, pasar dan lain-lain dengan memakai wangian lebih terlarang.
 
Bahkan wanita yang memakai minyak wangi dengan tujuan menarik perhatian lelaki, bukan sahaja berdosa bahkan disamakan dengan perempuan zina.
 
عَنْ الْأَشْعَرِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ ” .
Abu Musa al-Asya’ari radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu berjalan melalui sesuatu kaum agar mereka dapat menghidu baunya, maka dia adalah perempuan zina [Sunan an-Nasaie al-Sughra, Kitab az-Zinah Min al-Sunan, hadis no: 5062, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan dalam Sahih an-Nasaie]
 
Ini tidaklah bermaksud wanita perlu membiarkan tubuh badan mereka busuk hingga mengganggu orang ramai. Mereka masih boleh menggunakan deodoron yang menghilangkan bau busuk, tetapi tidak mengeluarkan bau sehingga orang lain boleh terhidu.
 
Wanita Tidur dan Menetap Di Masjid
 
عَنْ عَائِشَةَ ، ” أَنَّ وَلِيدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيٍّ مِنْ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوهَا ، فَكَانَتْ مَعَهُمْ ، قَالَتْ : فَخَرَجَتْ صَبِيَّةٌ لَهُمْ عَلَيْهَا وِشَاحٌ أَحْمَرُ مِنْ سُيُورٍ ، قَالَتْ : فَوَضَعَتْهُ أَوْ وَقَعَ مِنْهَا ، فَمَرَّتْ بِهِ حُدَيَّاةٌ وَهُوَ مُلْقًى ، فَحَسِبَتْهُ لَحْمًا فَخَطِفَتْهُ ، قَالَتْ : فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ ، قَالَتْ : فَاتَّهَمُونِي بِهِ ، قَالَتْ : فَطَفِقُوا يُفَتِّشُونَ حَتَّى فَتَّشُوا قُبُلَهَا ، قَالَتْ : وَاللَّهِ إِنِّي لَقَائِمَةٌ مَعَهُمْ إِذْ مَرَّتِ الْحُدَيَّاةُ فَأَلْقَتْهُ ، قَالَتْ : فَوَقَعَ بَيْنَهُمْ ، قَالَتْ : فَقُلْتُ : هَذَا الَّذِي اتَّهَمْتُمُونِي بِهِ ، زَعَمْتُمْ وَأَنَا مِنْهُ بَرِيئَةٌ وَهُوَ ذَا هُوَ ، قَالَتْ : فَجَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ ، قَالَتْ عَائِشَةُ : فَكَانَ لَهَا خِبَاءٌ فِي الْمَسْجِدِ أَوْ حِفْشٌ ، قَالَتْ : فَكَانَتْ تَأْتِينِي فَتَحَدَّثُ عِنْدِي ، قَالَتْ : فَلَا تَجْلِسُ عِنْدِي مَجْلِسًا إِلَّا قَالَتْ : وَيَوْمَ الْوِشَاحِ مِنْ أَعَاجِيبِ رَبِّنَا أَلَا إِنَّهُ مِنْ بَلْدَةِ الْكُفْرِ أَنْجَانِي قَالَتْ عَائِشَةُ : فَقُلْتُ لَهَا : مَا شَأْنُكِ لَا تَقْعُدِينَ مَعِي مَقْعَدًا إِلَّا قُلْتِ هَذَا ؟ قَالَتْ : فَحَدَّثَتْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ “
 
‘Aisyah radiallahu ‘anha menceritakan bahawa terdapat seorang hamba perempuan berkulit hitam milik satu kaum orang Arab yang telah mereka merdekakan, dan dia berada bersama mereka. Pada suatu hari perempuan ini keluar bersama seorang bayi perempuan dengan memakai skaf berwarna merah yang dihiasi dengan permata. Maka perempuan itu meletakkan skaf tersebut atau ia terjatuh daripadanya. Lalu tiba-tiba seekor burung terbang melintasi kawasan itu dan menyangkan skaf merah tadi adalah sepotong daging, lalu burung itu pun mengambil skaf merah tersebut.
 
Orang ramai mencari skaf itu tetapi mereka tidak menemuinya. Lalu mereka menuduh aku mencuri skaf tersebut. Mereka mula memeriksa gadis itu sehinggakan pada bahagian sulitnya. Gadis itu berkata: Aku sedang berdiri bersama-sama mereka tatkala burung itu datang kembali lalu menjatuhkan skaf tersebut, dan ia jatuh di tengah-tengah mereka. 
 
Lalu aku berkata: Inilah dia apa yang kalian tuduh kepada aku sedangkan aku tidak bersalah. Lalu gadis itu pergi menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan memeluk Islam. ‘Aisyah berkata: Gadis itu mempunyai khemah di dalam masjid. Dia sering datang kepada ku dan berbual-bual dengan aku. Tidaklah dia duduk berbual dengan aku melainkan dia akan berkata: Hari skaf (itu terjatuh) merupakan daripada kebesaran Allah. Dia menyelamatkan aku daripada kawasan orang kuffar. ‘Aisyah berkata kepada gadis itu: Kenapa dengan aku, engkau tidak akan duduk dengan aku melainkan engkau pasti akan menyebut hal ini. Lalu gadis itu menceritakan apa yang berlaku.
[Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, Bab Naumi al-Mar’ah Fil Masjid, hadis no: 423]
 
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menerangkan dalam Fathul Bari:
 
وفي الحديث إباحة المبيت والمقيل في المسجد لمن لا مسكن له من المسلمين رجلا كان أو امرأة عند أمن الفتنة وإباحة استظلاله فيه بالخيمة ونحوها
Dalam hadis ini menunjukkan dibolehkan untuk tidur dan berbual-bual di masjid untuk mereka yang tiada tempat tinggal daripada kaum lelaki atau perempuan apabila aman daripada fitnah. Dibenarkan juga mendirikan khemah dan sebagainya.
 
Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata di dalam Fathul Bari:
 
ومقصود البخاري بتخريج هذا الحديث في هذا الباب : أنه يجوز للمرآة أن تقيم في المسجد وتنام فيه ، فإن هذه المرأة كان لها خباء في المسجد تقيم فيه .
Tujuan Imam al-Bukhari mengeluarkan hadis ini di dalam bab ini adalah untuk menunjukkan bolehnya seorang perempuan tinggal dan tidur di masjid. Perempuan ini mempunyai khemah di dalam masjid yang dia tinggal di dalamnya.
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَجُلًا أَسْوَدَ أَوِ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ فَمَاتَ ، فَسَأَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُ ، فَقَالُوا : مَاتَ ، قَالَ : ” أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي بِهِ ، دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ أَوْ قَالَ قَبْرِهَا ، فَأَتَى قَبْرَهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا ” .
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa seorang lelaki atau perempuan kulit hitam bekerja membersihkan masjid lalu dia meninggal dunia. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya tentangnya lalu para sahabat menjawab: Dia telah meninggal dunia. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Kenapa kalian tidak ceritakan kepada aku. Tunjukkan aku kuburnya. Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam pergi ke kuburnya dan solat padanya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Solat, Bab Kansi al-Masjid, hadis no: 441]
 
Wanita Lebih Elok Solat Di Rumah
 
Shaikh Mustafa al-‘Adawiy berkata: Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keutamaan solat seorang perempuan di rumahnya berbanding solatnya di masjid. Pada setiap hadis-hadis ini, kami lihat padanya ada kelemahan. Akan tetapi dengan dikumpulkan semua kesemua jalan periwayatan, maka ia dapat menjadi sahih.
 
عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمُ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ ” .
Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah kalian menghalang wanita kalian daripada pergi ke masjid. Tetapi rumah-rumah mereka adalah lebih baik untuk mereka. [Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, Bab Ma Jaa Fi Khuruj an-Nisa’ Ilal al-Masjid, hadis no: 479, Sahih Lighairihi]
 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” صَلَاةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي حُجْرَتِهَا ، وَصَلَاتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي بَيْتِهَا
‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Solat seorang perempuan di rumahnya lebih baik daripada di halaman rumahnya, solat di biliknya lebih baik daripada solat di rumahnya [Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, Bab at-Tasydid Fi Dzalik, hadis no: 482]
 
عَنْ جَدَّتِهِ أُمِّ حُمَيْدٍ ، أَنَّهَا قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّا نُحِبُّ الصَّلاةَ تَعْنِي مَعَكَ فَيَمْنَعُنَا أَزْوَاجُنَا ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” صَلاتُكُنَّ فِي بُيُوتِكُنَّ خَيْرٌ مِنْ صَلاتِكُنَّ فِي دُورِكُنَّ ، وَصَلاتُكُنَّ فِي دُورِكُنَّ أَفْضَلُ مِنْ صَلاتِكُنَّ فِي مَسْجِدِ الْجَمَاعَةِ “
Ummu Humaid radiallahu ‘anha berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya kami suka solat bersama engkau tetapi suami kami melarang kami. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Solat kalian di rumah kalian lebih baik daripada solat kalian di halaman rumah. Solat kalian di halaman rumah lebih baik daripada solat kalian di masjid secara berjemaah [Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Haidhi, Jumma’u Abwabi al-Khusyu’ Fi as-Solat, hadis no: 4941]
 
Shaikh Mustafa al-Adawiy berkata: Kesimpulannya, sesungguhnya hadis-hadis yang menunjukkan solat perempuan di rumah lebih afdhal daripada solatnya di masjid adalah sahih apabila dikumpulkan jalan-jalan periwayatannya. Wallahua’lam
 Akan tetapi sebahagian ulama seperti Ibn Hazm dan Shaikh Muhammad al-Amin pula membantah hal ini. Mereka menyatakan bahawa dalil-dalil yang menyatakan afdhalnya solat wanita dirumah kesemuanya tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah, dan ia bercanggah dengan riwayat-riwayat yang sangat banyak yang menunjukkan Muslimah dan Ummahatul Mukminin di zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pergi ke masjid. Baca di sini –> http://www.ibnamin.com/masjid.htm
Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani ditanya:
Manakah yang lebih baik, seorang perempuan solat dirumahnya atau di masjid yang berhampiran dengan rumahnya?
 
Beliau menjawab:
 
Adalah lebih baik untuk dia mendirikan solat di rumah melainkan jika terdapat kelas atau nasihat di masjid yang kaum wanita memperolehi manfaat daripadanya. Jika hal ini berlaku, maka hukum keutamaan itu berubah menjadi lebih baik untuk dia solat di masjid. Akan tetapi jika hanya sekadar solat, maka solat di rumah itulah yang lebih baik. Ini bermaksud jika tiada apa-apa di masjid melainkan solat jemaah, maka solatnya di rumah lebih baik daripada solatnya di masjid, ini berbeza jika ada kelas di masjid, maka ketika itu solat di masjid lebih afdhal untuk dia. [Silsilah al-Huda wa an-Noor,http://alalbaany.com/2013/02/19/it-is-best-for-a-woman-to-pray-in-the-mosque-if-there-is-a-beneficial-class-or-exhortation-shaikh-al-albaani/ ]
 
 

Silsilah Jami’ Ahkam an-Nisa’ oleh Shaikh Mustafa al-‘Adawy boleh didownload di sini http://mostafaaladwy.com/catsmktba-33.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *