Ibrahim: Umat Dalam Satu Jasad

prophet-ibrahim

Menggali Faedah Kehidupan Nabi Ibrahim

 

Jika kita membaca kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dalam al-Quran, terdapat banyak perkara yang berfaedah untuk kita ambil daripadanya. Di sini dikongsikan beberapa faedah tersebut:

 

a) Menjadikan tauhid sebagai keutamaan dakwah.

Firman Allah:

 

وَٱذۡكُرۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ إِبۡرَٲهِيمَ‌ۚ إِنَّهُ ۥ كَانَ صِدِّيقً۬ا نَّبِيًّا (٤١)

Ceritakanlah [hai Muhammad] kisah Ibrahim di dalam Al Kitab [Al Qur’an] ini. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkanlagi seorang Nabi.(41)

 

إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ لِمَ تَعۡبُدُ مَا لَا يَسۡمَعُ وَلَا يُبۡصِرُ وَلَا يُغۡنِى عَنكَ شَيۡـًٔ۬ا (٤٢)

Ingatlah ketika dia berkata kepada bapaknya: “Wahai bapaku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun?(42)

 

يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى قَدۡ جَآءَنِى مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَمۡ يَأۡتِكَ فَٱتَّبِعۡنِىٓ أَهۡدِكَ صِرَٲطً۬ا سَوِيًّ۬ا (٤٣)

Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. (43)

 

يَـٰٓأَبَتِ لَا تَعۡبُدِ ٱلشَّيۡطَـٰنَ‌ۖ إِنَّ ٱلشَّيۡطَـٰنَ كَانَ لِلرَّحۡمَـٰنِ عَصِيًّ۬ا (٤٤)

Wahai bapaku, janganlah kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. (44)

 

يَـٰٓأَبَتِ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ۬ مِّنَ ٱلرَّحۡمَـٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيۡطَـٰنِ وَلِيًّ۬ا (٤٥)

Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir engkau akan ditimpa azab daripada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan”. (45)

 

قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنۡ ءَالِهَتِى يَـٰٓإِبۡرَٲهِيمُ‌ۖ لَٮِٕن لَّمۡ تَنتَهِ لَأَرۡجُمَنَّكَ‌ۖ وَٱهۡجُرۡنِى مَلِيًّ۬ا (٤٦)

Berkata bapanya: “Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka aku akan merejammu, dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama”. (46)

 

قَالَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكَ‌ۖ سَأَسۡتَغۡفِرُ لَكَ رَبِّىٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ بِى حَفِيًّ۬ا (٤٧)

Berkata Ibrahim: “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. (47)

 

وَأَعۡتَزِلُكُمۡ وَمَا تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَأَدۡعُواْ رَبِّى عَسَىٰٓ أَلَّآ أَكُونَ بِدُعَآءِ رَبِّى شَقِيًّ۬ا (٤٨)

Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu dan daripada apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku”. (48) [Maryam : 41-48]

 

Shaikh as-Sa’di rahimahullah berkata:

وإبراهيم عليه السلام، هو أفضل الأنبياء كلهم بعد محمد صلى الله عليه وسلم، وهو الأب الثالث للطوائف الفاضلة، وهو الذي جعل الله في ذريته النبوة والكتاب، وهو الذي دعا الخلق إلى الله، وصبر على ما ناله من العذاب العظيم، فدعا القريب والبعيد، واجتهد في دعوة أبيه، مهما أمكنه،

“Ibrahim ‘alaihissalam adalah sebaik-baik para nabi setelah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, yang telah Allah Taala jadikan kenabian pada anak keturunannya. Dan kepada mereka diturunkan kitab-kitab suci. Dia telah mengajak manusia menuju Allah Taala, bersabar terhadap seksaan yang dia hadapi (dalam perjalanan dakwahnya), dia mengajak orang-orang yang dekat (dengannya) dan orang-orang yang jauh, dia bersungguh-sungguh dalam berdakwah terhadap ayahnya bagaimanapun caranya”.[Taisir al-Karim al-Rahman]

 

b) Berlemah-lembut dalam mendakwahi ayahnya. Ini dapat dilihat pada penggunaan perkataan ‘Wahai ayahku…..

 

c) Tabah menghadapi seksaan– Al-Quran merekodkan seribu satu kisah seksaan yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim ‘alaihissalam.  Musyrikin mahu membakar beliau kerana merosakkan berhala-berhala sembahan. Firman Allah:

 

وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِۦ لَإِبۡرَٲهِيمَ (٨٣)

Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya  . (83)

 

إِذۡ جَآءَ رَبَّهُ ۥ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ (٨٤)

[Ingatlah] ketika dia datang kepada Tuhannya  dengan hati yang suci. (84)

 

إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَاذَا تَعۡبُدُونَ (٨٥)

[Ingatlah] ketika dia berkata kepada bapaknya dan kaumnya: “Apakah yang kamu sembah itu? (85)

 

أَٮِٕفۡكًا ءَالِهَةً۬ دُونَ ٱللَّهِ تُرِيدُونَ (٨٦)

Adakah kamu menghendaki sembahan-sembahan selain Allah dengan jalan berbohong? (86)

 

فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٨٧)

Maka apakah anggapanmu terhadap Tuhan semesta alam?” (87)

 

فَنَظَرَ نَظۡرَةً۬ فِى ٱلنُّجُومِ (٨٨)

Lalu dia memandang sekali pandang ke bintang-bintang. (88)

 

فَقَالَ إِنِّى سَقِيمٌ۬ (٨٩) فَتَوَلَّوۡاْ عَنۡهُ مُدۡبِرِينَ (٩٠)

Kemudian dia berkata: “Sesungguhnya aku sakit”. (89) Lalu mereka berpaling daripadanya dengan membelakang. (90)

 

فَرَاغَ إِلَىٰٓ ءَالِهَتِہِمۡ فَقَالَ أَلَا تَأۡكُلُونَ (٩١)

Kemudian dia pergi dengan diam-diam kepada berhala-berhala mereka; lalu ia berkata: “Apakah kamu tidak makan? (91)

 

مَا لَكُمۡ لَا تَنطِقُونَ (٩٢)

Kenapa kamu tidak menjawab?” (92)

 

فَرَاغَ عَلَيۡہِمۡ ضَرۡبَۢا بِٱلۡيَمِينِ (٩٣)

Lalu dihadapinya berhala-berhala itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya. (93)

 

فَأَقۡبَلُوٓاْ إِلَيۡهِ يَزِفُّونَ (٩٤)

Kemudian kaumnya datang kepadanya dengan bergegas. (94)

 

قَالَ أَتَعۡبُدُونَ مَا تَنۡحِتُونَ (٩٥)

Ibrahim berkata: “Apakah kamu menyembah patung-patung yang kamu pahat itu? (95)

 

وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ (٩٦)

Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu”. (96)

 

قَالُواْ ٱبۡنُواْ لَهُ ۥ بُنۡيَـٰنً۬ا فَأَلۡقُوهُ فِى ٱلۡجَحِيمِ (٩٧)

Mereka berkata: “Dirikanlah suatu bangunan untuk [membakar] Ibrahim; lalu lemparkanlah dia ke dalam api yang menyala-nyala itu”. (97)

 

فلما رجعوا جمعوا لإبراهيم الحطب حتى أن المرأة لتمرض فتقول لئن عافاني الله لأجمعن لإبراهيم حطبا . فلما جمعوا له وأكثروا من الحطب وأرادوا إحراقه قالت السماء والأرض والجبال والملائكة : ربنا خليلك إبراهيم يحرق قال : أنا أعلم به ، وإن دعاكم فأغيثوه . فقال إبراهيم : اللهم أنت الواحد في السماء وأنا الواحد في الأرض ليس أحد في الأرض يعبدك غيري ، حسبي الله ونعم الوكيل “

 

Imam at-Thabari dan Ibnu Hatim meriwayatkan: “Apabila mereka pulang, mereka pun mengumpulkan kayu api, bahkan hingga seorang wanita yang sedang sakit bersumpah dengan mengatakan ‘sungguh jika Allah telah menyembuhkan aku, maka aku akan mengumpulkan kayu api untuk membakar Ibrahim’.

 

Lalu langit, bumi, bukit bukau dan malaikat berkata: Tuhan kami! Kekasihmu Ibrahim akan dibakar.

 

Allah s.w.t menjawab: Aku lebih mengetahui tentang hal itu. Seandainya dia memohon pertolongan Aku, nescaya Aku akan menolongnya.

 

Lalu Nabi Ibrahim berkata: “Ya, Allah, Engkau Maha Esa di atas langit, dan aku sendiri di bumi ini. Tiada seorang pun yang menyembah-Mu di atas muka bumi ini selainku. Cukuplah bagiku Engkau sebaik-baik Penolong”.[Fathul Bari, m/s 459, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=52&ID=6120]

 

Dalam Tafsir at-Thabari diceritakan bagaimana Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Ibrahim:

 

لما أرادوا أن يلقوا إبراهيم في النار قال إني ذاهب إلى ربي سيهدين فجمع الحطب ، فجاءت عجوز على ظهرها حطب ، فقيل لها : أين تريدين ؟ قالت : أريد أذهب إلى هذا الرجل الذي يلقى في النار ، فلما ألقي فيها قال : حسبي الله عليه توكلت ، أو قال : حسبي الله ونعم الوكيل قال : فقال الله : ( يا نار كوني بردا وسلاما على إبراهيم ) قال : فقال ابن لوط ، أو ابن أخي لوط : إن النار لم تحرقه من أجلي ، وكان بينهما قرابة ، فأرسل الله عليه عنقا من النار فأحرقته .

 

Ketika mereka mahu mencampakkan Nabi Ibrahim a.s ke dalam api. Nabi Ibrahim a.s berkata: Sesungguhnya aku akan pergi menemui Tuhan ku dan Dia akan memberi petunjuk kepada Ku. Selepas kayu-kayu telah dikumpulkan, lalu datang seorang perempuan tua memikul kayu api dibelakangnya. Dia ditanya: Ke mana engkau mahu pergi? Dia menjawab: Aku mahu pergi ke tempat lelaki yang dicampak ke dalam api.

 

Ketika Nabi Ibrahim a.s dicampak ke dalam api, dia pun berkata: Cukuplah kepada Allah aku bertawakkal, atau dia berkata: Cukuplah Allah untuk ku, dan dialah sebaik-baik Wakil. Lalu Allah berfirman: Wahai api! Jadilah engkau sejuk dan selamat untuk Ibrahim.

[Tafsir at-Thabari, Tafsir Surah as-Saffat ayat 97-100, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=4169&idto=4169&bk_no=50&ID=4207]

 

d) Kekuatan Iman Ibrahim dan isterinya Hajar

 

قَالَ ابْنُ عَبَّاس : ” أَوَّلَ مَا اتَّخَذَ النِّسَاءُ الْمِنْطَقَ مِنْ قِبَلِ أُمِّ إِسْمَاعِيلَ اتَّخَذَتْ مِنْطَقًا لَتُعَفِّيَ أَثَرَهَا عَلَى سَارَةَ ، ثُمَّ جَاءَ بِهَا إِبْرَاهِيمُ وَبِابْنِهَا إِسْمَاعِيلَ وَهِيَ تُرْضِعُهُ حَتَّى وَضَعَهُمَا عِنْدَ الْبَيْتِ عِنْدَ دَوْحَةٍ فَوْقَ زَمْزَمَ فِي أَعْلَى الْمَسْجِدِ وَلَيْسَ بِمَكَّةَ يَوْمَئِذٍ أَحَدٌ وَلَيْسَ بِهَا مَاءٌ فَوَضَعَهُمَا هُنَالِكَ وَوَضَعَ عِنْدَهُمَا جِرَابًا فِيهِ تَمْرٌ وَسِقَاءً فِيهِ مَاءٌ ، ثُمَّ قَفَّى إِبْرَاهِيمُ مُنْطَلِقًا فَتَبِعَتْهُ أُمُّ إِسْمَاعِيلَ ، فَقَالَتْ

Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Wanita pertama yang memakai tali pinggang ialah Ummu Ismail. Dia memakainya untuk menghilangkan jejaknya daripada Sarah. Kemudian Ibrahim membawa Hajar dan si putera Ismail –di dalam usia susuan– menuju ke Makkah dan ditempatkan pada pohon besar, di atas (tempat yang bakal menjadi) telaga Zamzam di lokasi (yang kemudiannya menjadi) Masjidil Haram. Ketika itu Makkah belum berpenghuni dan tidak memiliki sumber air. Maka Ibrahim menyiapkan satu bungkus kurma dan satu bekas air, kemudian ditinggallah keduanya oleh Ibrahim di tempat tersebut. Hajar, ibu Ismail pun mengikutinya seraya berkata:

 : يَا إِبْرَاهِيمُ أَيْنَ تَذْهَبُ وَتَتْرُكُنَا بِهَذَا الْوَادِي الَّذِي لَيْسَ فِيهِ إِنْسٌ وَلَا شَيْءٌ ، فَقَالَتْ لَهُ : ذَلِكَ مِرَارًا وَجَعَلَ لَا يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا ، فَقَالَتْ لَهُ

 

‘Wahai Ibrahim, ke mana engkau mahu pergi lalu meninggalkan kami di lembah yang tiada manusia hatta apa-apa pun?’ Dia mengulangi soalan tersebut, namun Ibrahim tidak menoleh kepadanya. Hingga berkatalah Hajar:

 : آللَّهُ الَّذِي أَمَرَكَ بِهَذَا ، قَالَ : نَعَمْ ، قَالَتْ : إِذًا لَا يُضَيِّعُنَا ثُمَّ رَجَعَتْ فَانْطَلَقَ إِبْرَاهِيمُ

‘Adakah Allah yang memerintahkanmu melakukannya?’  Ibrahim menjawab: ‘Ya.’ Maka (dengan serta-merta) Hajar mengatakan: ‘Kalau begitu Dia (Allah) tidak akan mengabaikan kami.’ Kemudian Hajar kembali ke tempatnya semula, dan Ibrahim pun bertolak.” [Sahih Al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya’, hadis no: 3364]

 

e) Ketaatan Mutlak Kepada Allah-Nabi Ibrahim Alaihissalam mentaati secara mutlak perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. [As-Saffat : 102-107]

 

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلۡمَنَامِ أَنِّىٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰ‌ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٠٢)

Maka tatkala anak itu sudah sampai usia mampu bekerja bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (102)

 

فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُ ۥ لِلۡجَبِينِ (١٠٣) وَنَـٰدَيۡنَـٰهُ أَن يَـٰٓإِبۡرَٲهِيمُ (١٠٤) قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآ‌ۚ إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٠٥)

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya (103) Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, (104) sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu , sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. (105)

 

إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلۡبَلَـٰٓؤُاْ ٱلۡمُبِينُ (١٠٦) وَفَدَيۡنَـٰهُ بِذِبۡحٍ عَظِيمٍ۬ (١٠٧) وَتَرَكۡنَا عَلَيۡهِ فِى ٱلۡأَخِرِينَ (١٠٨) سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (١٠٩)

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar . (107) Kami abadikan untuk Ibrahim itu [pujian yang baik] di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (108)  “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”. (109)

 

 

f) Pentingnya Keluarga Yang Soleh

Berdasar ‘point’ D dan E. Kita memahami betapa pentingnya mempunyai isteri-isteri yang mentaati Allah, dan anak-anak yang soleh, supaya ia membantu istiqamah dalam melakukan arahan Allah seperti berdakwah dan sebagainya. Wajar untuk seorang yang beriman mencari calon pasangan yang memahami tanggungjawab seorang Muslim, dan sanggup berkorban untuk agama Allah. Wajib jua mendidik ahli keluarga untuk mentaati Allah sebagaimana Nabi Ibrahim berjaya mendidik anak dan isterinya.

 

g) Berdakwah Dengan Hujah dan Ilmu-Nabi Ibrahim berdakwah kepada umatnya dengan ilmu dan menyampaikan hujah-hujah yang kuat. Ini dapat dilihat pada banyak argumen beliau dengan kaum musyrikin.

 

h) Sentiasa Mendoakan Kebaikan Untuk Ahli Keluarga dan semua kaum Muslimin

 

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِيمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا ٱلۡبَلَدَ ءَامِنً۬ا وَٱجۡنُبۡنِى وَبَنِىَّ أَن نَّعۡبُدَ ٱلۡأَصۡنَامَ (٣٥) رَبِّ إِنَّہُنَّ أَضۡلَلۡنَ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ‌ۖ فَمَن تَبِعَنِى فَإِنَّهُ ۥ مِنِّى‌ۖ وَمَنۡ عَصَانِى فَإِنَّكَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣٦)

Dan [ingatlah], ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini [Mekah], negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. (35) Ya Tuhan-ku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (36)

رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَہۡوِىٓ إِلَيۡہِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ (٣٧) رَبَّنَآ إِنَّكَ تَعۡلَمُ مَا نُخۡفِى وَمَا نُعۡلِنُ‌ۗ وَمَا يَخۡفَىٰ عَلَى ٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِى ٱلسَّمَآءِ (٣٨)

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau [Baitullah] yang dihormati, ya Tuhan kami [yang demikian itu] agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur. (37) Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit. (38)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى وَهَبَ لِى عَلَى ٱلۡكِبَرِ إِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ‌ۚ إِنَّ رَبِّى لَسَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ (٣٩) رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠) رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٲلِدَىَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ (٤١)

Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua [ku] Isma’il dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar [memperkenankan] doa. (39) Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. (40) Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab [ hari kiamat]”. (41)

Rujukan:

Teks dan terjemahan al-Quran, http://quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

Fathul Bari, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=52&ID=6120

Tafsir at-Thabari, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=4169&idto=4169&bk_no=50&ID=4207

Ensiklopedia Hadis, http://www.islamweb.net/hadith/hadithsearch.php

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *