Ikhwan Nabi

Menjadi Ikhwan Rasulullah s.a.w J

Bagaimana mahu menjadi saudara Rasulullah s.a.w?  Jawapannya ada dalam hadis di bawah:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَتَى الْمَقْبُرَةَ ، فَقَالَ : السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ ، وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا ، قَالُوا : أَوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : أَنْتُمْ أَصْحَابِي ، وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ ، فَقَالُوا : كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ فَقَالَ : أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ ، مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ ، أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ ؟ قَالُوا : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا ، مُحَجَّلِينَ مِنَ الْوُضُوءِ ، وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ ، أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي ، كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ ، أَلَا هَلُمَّ ؟ فَيُقَالُ : إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ ، فَأَقُولُ : سُحْقًا ، سُحْقًا ”

 

 

Abu Hurairah r.a meriwayatkan : Rasulullah s.a.w pergi ke kawasan perkuburan, lalu baginda s.a.w menyebut : Assalamualaikum wahai penghuni perkampungan manusia beriman. Sesungguhnya aku Insya-allah, akan bersama-sama kalian selepas ini. Aku sangat suka agar kita dapat melihat saudara kita (ikhwan) nanti.

 

Para sahabat bertanya: Apakah kami bukan saudara mu wahai Rasulullah? Jawab baginda: Kalian adalah sahabat-sahabatku. Saudara-saudara ku adalah mereka yang belum muncul lagi.

 

Para sahabat bertanya: Bagaimana engkau boleh mengenali umat mu yang belum lagi muncul wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w: Apakah kamu dapat melihat, jika seorang lelaki mempunyai kuda berbulu putih di dahi dan kakinya, dan ia berada dalam kelompok kuda-kuda hitam, apakah tuannya dapat mengenali kudanya? Jawab para sahabat: Sudah pasti (tuannya dapat mengenali kudanya) wahai Rasulullah.

 

Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya mereka (ikhwan ku) akan datang (pada hari kiamat) dengan bercahaya kerana berwudhu. Aku akan mengetuai mereka ke telaga al-Haudh.. Ketahuilah! Terdapat manusia yang akan dihalau dari telagaku sepertimana terhalaunya unta-unta yang sesat. Aku pun memanggil mereka, “Datanglah kalian semua””. Setelah itu dikatakan kepada baginda s.a.w., “Sesungguhnya mereka telah menukarkan ajaranmu setelahmu(kewafatanmu). Maka aku pun bersabda, “Jauhilah! Jauhilah!”

 

[Sahih Muslim : 372]

Dalam sebuah riwayat yang dhaif/lemah disebutkan:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” وَدِدْتُ أَنِّي لَقِيتُ إِخْوَانِي ” قَالَ : فَقَالَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَلَيْسَ نَحْنُ إِخْوَانَكَ ؟ قَالَ : أَنْتُمْ أَصْحَابِي ، وَلَكِنْ إِخْوَانِي الَّذِينَ آمَنُوا بِي وَلَمْ يَرَوْنِي ”

 

Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku sangat suka untuk berjumpa dengan saudara-saudara ku. Para sahabat nabi s.a.w bertanya: Apakah kami bukan saudara mu? Jawab baginda s.a.w : Kalian adalah sahabatku, akan tetapi saudara ku adalah mereka yang beriman dengan ku dalam keadaan mereka tidak pernah melihat ku.

[Musnad Ahmad : 12340, Shaikh Muqbil berkata dalam Al-Ahads Mu’allah: حكمت على الحديث في الصحيح المسند [لكن فيه] جسر ضعيف Aku telah mensahihkan hadis ini dalam al-Sahih al-Musnad, akan tetapi, pada sanad hadis ini terdapat perawi bernama Jasr, beliau seorang yang dhaif]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *