Kanak-kanak bukan Muslim yang mati, di syurga atau neraka?

Kanak-kanak di syurga

Kanak-kanak yang mati sebelum baligh

لَمَّا تُوُفِّيَ إِبْرَاهِيمُ ـ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ـ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِنَّ لَهُ مُرْضِعًا فِي الْجَنَّةِ ‏”‏‏.‏

Al-Bara’ radiallahu ‘anhu berkata: Ketika meninggalnya Ibrahim, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya dia mempunyai ibu susu di syurga.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, no: 1382]

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِنِسْوَةٍ مِنَ الأَنْصَارِ ” لاَ يَمُوتُ لإِحْدَاكُنَّ ثَلاَثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ فَتَحْتَسِبَهُ إِلاَّ دَخَلَتِ الْجَنَّةَ “. فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ أَوِ اثْنَيْنِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ “أَوِ اثْنَيْنِ “.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada wanita Ansar: Tidaklah mati tiga orang anak kepada salah seorang kalian, lalu si ibu itu menyerahkan hal itu kepada Allah melainkan wanita itu akan masuk syurga. Seorang wanita daripada mereka bertanya: Bagaimana jika dua orang ya Rasulullah? Baginda menjawab: Atau jika dua orang (si ibu tetap mendapat kelebihan itu). [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2632]

Dalam riwayat Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa ia merujuk kepada anak yang belum baligh:

يَمُوتُ لَهُ ثَلاَثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ لَمْ يَبْلُغُوا الْحِنْثَ

Matinya tiga orang anak yang belum baligh…. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Qiil Fi Awlad al-Muslimin, hadis no: 1381].

عَنْ أَبِي حَسَّانَ، قَالَ قُلْتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّهُ قَدْ مَاتَ لِيَ ابْنَانِ فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِحَدِيثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا قَالَ قَالَ نَعَمْ ” صِغَارُهُمْ دَعَامِيصُ الْجَنَّةِ يَتَلَقَّى أَحَدُهُمْ أَبَاهُ – أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ – فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ – أَوْ قَالَ بِيَدِهِ – كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنِفَةِ ثَوْبِكَ هَذَا فَلاَ يَتَنَاهَى – أَوْ قَالَ فَلاَ يَنْتَهِي – حَتَّى يُدْخِلَهُ اللَّهُ وَأَبَاهُ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu: Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang akan melegakan diri kami di atas kematian dua anak kami?

Abu Hurairah menjawab: Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.  [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2635].

Seandainya anak ini boleh menjadi hijab yang menghalang ibu bapanya dari masuk neraka sebaliknya ke syurga, maka sudah pasti mereka sendiri berada di syurga.

Bagaimana pula dengan anak-anak orang musyrik yang mati sebelum baligh?

Sebahagian ulama berpendapat anak-anak orang Musyrik di neraka sebagaimana ibu bapa mereka. Ini berdasarkan riwayat berikut:

حدَّثَنِي عَبْدُ اللهِ بْنُ أَبِي قَيْسٍ مَوْلَى غُطَيْفٍ، أَنَّهُ أَتَى عَائِشَةَ أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ، فَسَلَّمَ عَلَيْهَا، فَقَالَتْ: مَنِ الرَّجُلُ؟ قَالَ: أَنَا عَبْدُ اللهِ مَوْلَى غُطَيْفِ بْنِ عَازِبٍ، فَقَالَتْ: ابْنُ عُفَيْفٍ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ، فَسَأَلَهَا عَنِ الرَّكْعَتَيْنِ بَعْدَ صَلَاةِ الْعَصْرِ، أَرَكَعَهُمَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَتْ لَهُ: ” نَعَمْ “وَسَأَلَهَا عَنْ ذَرَارِيِّ الْكُفَّارِ، فَقَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” هُمْ مَعَ آبَائِهِمْ “، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، بِلَا عَمَلٍ؟ قَالَ: ” اللهُ عَزَّ وَجَلَّ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا عَامِلِينَ ”

Daripada Abdullah bin Abi Qais, maula kepada Ghuthaif, dia pergi berjumpa ‘Aisyah lalu memberi salam kepadanya. ‘Aisyah bertanya: Siapakah itu? Dia menjawab: Aku adalah Abdullah maula Ghuthoif bin ‘Azib. ‘Aisyah berkata: Ibn ‘Afif? Dia menjawab: Ya. Wahai Ummul Mukminin. Lalu dia bertanya kepadanya tentang dua rakaat selepas Asar, adakah baginda pernah menunaikannya. ‘Aisyah menjawab: Ya. Dia bertanya pula tentang anak orang kafir. ‘Aisyah menjawab: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Mereka bersama ayah-ayah mereka. Aku bertanya: Ya Rasulullah, tanpa mereka lakukan sebarang amal pun? Baginda menjawab: Allah lebih tahu apa yang mereka lakukan. [Musnad Ahmad, Musnad Aisyah, no: 24545, sahih lighairihi].

Sebahagian pula memilih untuk tawaqquf berdasarkan riwayat berikut.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهم ـ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ أَوْلاَدِ الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ ‏ “‏ اللَّهُ إِذْ خَلَقَهُمْ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا عَامِلِينَ ‏”‏‏.‏

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang anak orang musyrik. Baginda menjawab: Ketika Allah menciptakan mereka, Allah lebih tahu apa yang mereka lakukan. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, no: 1383].

Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa anak-anak ini sebagaimana orang yang tidak sampai kepadanya mesej dakwah, mereka akan diuji di akhirat kelak. Ini adalah pendapat Abu Hassan al-Asyaari, Al-Baihaqi, Ibn Taimiyyah, Imam Ahmad dan lain-lain. Ini berdasarkan riwayat berikut:

عَنِ الْأَسْوَدِ بْنِ سَرِيعٍ، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” أَرْبَعَةٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: رَجُلٌ أَصَمُّ لَا يَسْمَعُ شَيْئًا، وَرَجُلٌ أَحْمَقُ، وَرَجُلٌ هَرَمٌ، وَرَجُلٌ مَاتَ فِي فَتْرَةٍ، فَأَمَّا الْأَصَمُّ فَيَقُولُ: رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الْإِسْلَامُ وَمَا أَسْمَعُ شَيْئًا، وَأَمَّا الْأَحْمَقُ فَيَقُولُ: رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الْإِسْلَامُ وَالصِّبْيَانُ يَحْذِفُونِي بِالْبَعْرِ، وَأَمَّا الْهَرَمُ فَيَقُولُ: رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الْإِسْلَامُ وَمَا أَعْقِلُ شَيْئًا، وَأَمَّا الَّذِي مَاتَ فِي الْفَتْرَةِ فَيَقُولُ: رَبِّ، مَا أَتَانِي لَكَ رَسُولٌ، فَيَأْخُذُ  مَوَاثِيقَهُمْ لَيُطِيعُنَّهُ، فَيُرْسِلُ إِلَيْهِمْ أَنْ ادْخُلُوا النَّارَ، قَالَ: فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَوْ دَخَلُوهَا لَكَانَتْ عَلَيْهِمْ بَرْدًا وَسَلَامًا “،

Daripada Al-Aswad bin Sari’, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Terdapat empat pada hari kiamat nanti. Seorang lelaki pekak yang tidak pernah mendengar apa-apa pun, seorang lelaki yang gila, seorang lelaki yang nyanyuk, dan seorang lelaki yang mati dalam keadaan fitrah. Adapun yang pekak berkata: Tuhan ku, Islam telah datang kepada ku akan tetapi aku tidak dapat mendengar apa-apa pun. Lelaki yang gila pula berkata: Islam telah datang kepada ku akan tetapi kanak-kanak melemparkan najis unta kepada ku. Yang nanyuk pula berkata: Tuhan ku, Islam telah datang kepada ku akan tetapi aku tidak faham sedikit pun. Adapun yang mati dalam fatrah berkata: Tuhan ku, tiada rasul yang datang kepada ku. Allah menerima perjanjian mereka untuk mentaatiNya. Diutuskan kepada utusan yang akan memerintahkan mereka untuk masuk ke neraka. Baginda berkata: Demi tuhan yang diri Muhammad di tanganNya. Seandainya mereka masuk ke neraka itu, maka ia akan menjadi sejuk dan selamat untuk mereka. [Musnad Ahmad, Musnad Al-Aswad, no: 16301, hadis hasan].

Sebahagian ulama pula berpendapat mereka menjadi penghuni syurga berdasarkan hadis-hadis di bawah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ،

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Setiap anak Adam dilahirkan dalam fitrah. Kedua ibu bapanya yang akan mengyahudikan, atau menasranikan, atau memajusikannya.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, no: 1385]

Dalam sebuah hadis yang panjang:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صلى الله عليه وسلم وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ ‏”‏‏.‏ قَالَ فَقَالَ بَعْضُ الْمُسْلِمِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَوْلاَدُ الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ وَأَوْلاَدُ الْمُشْرِكِينَ‏.‏

Adapun lelaki yang tinggi yang berada di Raudhah, sesungguhnya itu adalah Nabi Ibrahim. Adapun anak-anak yang berada di sekelilingnya, itu semua adalah anak-anak yang mati dalam keadaan fitrah. Sebahagian umat Islam bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dengan anak-anak orang musyrik. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Mereka itu termasuk jua anak-anak orang musyrikin. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Ta’bir, no: 7047].

عَن أَنَسٍ ، قال : قال رَسُول اللهِ صلى الله عليه وسلم : أطفال المشركين خدم أهل الجنة.

Daripada Anas radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Anak-anak orang musyrikin adalah pembantu kepada penghuni syurga. [Musnad Al-Bazzar, Musnad Anas bin Malik, no: 7466. Sanadnya dhaif. Shaikh al-Albani menyatakan ia adalah sahih lighairihi dengan banyaknya jalan sanad].

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). [Al-Isra’: 15].

Inilah pendapat yang dipegang oleh Imam al-Bukhari, An-Nawawi, Ibnu Jauzi, dan Al-Qurtubi.