Kelebihan Membaca al-Quran

Ulum al-Quran

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Di dalam Riadussolihin, susunan al-Imam an-Nawawi disebutkan banyak hadis-hadis berkaitan kelebihan al-Quran. Antara hadis-hadis berikut ialah:

 

1- Menjadi syafaat kepada pembacanya

عن أَبي أُمَامَةَ – رضي الله عنه – ، قَالَ : سَمِعْتُ رسولَ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – ، يقول : (( اقْرَؤُوا القُرْآنَ ؛ فَإنَّهُ يَأتِي يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيعاً لأَصْحَابِهِ )) رواه مسلم .

Abu Umamah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. [Sahih Muslim]

 

2- Menjadi peguam bela di hari akhirat

وعن النَّوَّاسِ بنِ سَمْعَانَ – رضي الله عنه – ، قَالَ : سَمِعْتُ رسولَ الله – صلى الله عليه وسلم – ، يقولُ : (( يُؤْتَى يَوْمَ القِيَامَةِ بِالقُرْآنِ وَأهْلِهِ الذينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ في الدُّنْيَا تَقْدُمُه سورَةُ البَقَرَةِ وَآلِ عِمْرَانَ ، تُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا )) رواه مسلم

An-Nawwas bin Sam’an radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pada hari kiamat, Al-Quran dan orang yang beramal dengannya di dunia akan dibawa dengan didahului oleh surah al-Baqarah dan surah Ali ‘Imran. Kedua-dua surah ini akan berhujah untuk orang tersebut. [Sahih Muslim]

 

3- Ciri manusia terbaik

وعن عثمان بن عفان – رضي الله عنه – ، قَالَ : قَالَ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : (( خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ )) رواه البخاري

Uthman bin ‘Affan radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik kalian ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya. [Sahih al-Bukhari]

 

4- Pahala bagi yang mahir dan tidak mahir tetapi masih membacanya

وعن عائشة رضي الله عنها ، قالت : قَالَ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : (( الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ )) متفقٌ عَلَيْهِ .

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Orang yang mahir membaca al-Quran akan bersama malaikat yang mulia. Mereka yang merangkak-rangkak dalam membaca al-Quran dan mengalami kesukaran ketika membacanya akan mendapat dua pahala. [Muttafaq ‘Alaihi]

 

Dan banyak lagi hadis-hadis yang dibawakan oleh Imam an-Nawawi di dalam Riadussolihin.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *