Kenapa perlu berselawat?

menyintai-ALLAH

Fadhilat Selawat

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً ” قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Orang yang paling dekat dengan ku pada hari Kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atas ku.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, hadis no: 446, hadis hasan gharib]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.

[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 621]

عَنْ سَعِيدِ بْنِ عُمَيْرٍ الأَنْصَارِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ وَكَانَ بَدْرِيًّا ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مِنْ أُمَّتِي صَلاةً مُخْلِصًا مِنْ قَلْبِهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرَ صَلَوَاتٍ ، وَرَفَعَهُ بِهَا عَشْرَ دَرَجَاتٍ ، وَكَتَبَ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ ، وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ

Sa’id bin ‘Umair al-Ansori meriwayatkan daripada ayahnya yang merupakan ahli perang Badar berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa daripada umat ku yang berselawat ke atas ku dengan ikhlas daripada hatinya, Allah akan berselawat kepadanya dengan sepuluh selawat, Allah akan mengangkat darjatnya dengan sepuluh darjat, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan, dan Allah akan memadam daripadanya sepuluh kejahatan [Imam an-Nasaie dalam As-Sunan Al-Kubra, Kitab az-Zinah, hadis no: 9500, Shaikh al-Albani menyebutkan dalam al-Silsilah al-Sahihah, hadis ini mempunyai syawahid]

عَنْ الطُّفَيْلِ بْنِ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرَأَيْتَ إِنْ جَعَلْتُ صَلَاتِي كُلَّهَا عَلَيْكَ ؟ قَالَ : ” إِذَنْ يَكْفِيَكَ اللَّهُ مَا أَهَمَّكَ مِنْ دُنْيَاكَ وَآخِرَتِكَ

Ubay bin Ka’ab berkata: Seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah, apa pendapat engkau jika aku menjadikan keseluruhan selawat aku untuk engkau. Baginda menjawab: Jika begitu, Allah akan mencukupkan keperluan engkau di dunia dan akhirat.

[Musnad Ahmad, Musnad Al-Ansar, hadis no: 20734, Shaikh Syu’aib al-Arnaouth berkata: hadis hasan]

نْ أَبِي هَانِئٍ ، أَنَّ أَبَا عَلِيٍّ الْجَنْبِيِّ حَدَّثَهُ ، أَنَّهُ سَمِعَ فَضَالَةَ بْنُ عُبَيْدٍ ، يَقُولُ : سَمِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلا يَدْعُو فِي صَلاةٍ لَمْ يُمَجِّدِ اللَّهَ ، وَلَمْ يُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ” ثُمَّ عَلَّمَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَسَمِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلا يُصَلِّي ، فَمَجَّدَ اللَّهَ وَحَمِدَهُ ، وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ادْعُ تُجَبْ ، وَسَلْ تُعْطَ

Fadhalah bin ‘Ubaid radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mendengar seseorang berdoa di dalam solatnya tanpa memuji Allah dan tanpa berselawat ke atas nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Engkau tergesa-gesa wahai orang yang solat. Kemudian baginda sallallahu ‘alaihi wasallam mengajar beliau. Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam terdengar seorang lelaki solat, lalu dia memuji Allah dan berselawat ke atas nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Berdoalah, (doa) engkau akan dijawab, memintalah, engkau akan diberikan.

[Imam an-Nasaie dalam al-Sunan al-Kubra, kitab al-Masajid, hadis no: 1189, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih an-Nasaie]

عَنْ أَوْسِ بْنِ أَوْسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ قُبِضَ ، وَفِيهِ النَّفْخَةُ ، وَفِيهِ الصَّعْقَةُ ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِيهِ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ ” قَالَ : قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَكَيْفَ تُعْرَضُ صَلَاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرِمْتَ ؟ يَقُولُونَ : بَلِيتَ ، فَقَالَ : ” إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

Aus bin Aus radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya hari yang paling mulia ialah hari Jumaat, padanya Adam diciptakan, padanya Adam dimatikan, padanya ditiupkan sangkakala, padanya kedengaran jeritan. Perbanyakkannlah selawat kepada aku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kalian akan dibentangkan kepada ku. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana selawat kami dipersembahkan kepada engkau sedangkan engkau telah reput? Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan jasad para nabi kepada bumi.

[Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, hadis no: 885, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud]

عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصَلِّي عَلَيَّ إِلَّا صَلَّتْ عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ مَا صَلَّى عَلَيَّ ، فَلْيُقِلَّ الْعَبْدُ مِنْ ذَلِكَ ، أَوْ لِيُكْثِرْ

‘Amir bin Rabi’ah radiallahu ‘anhu meriwayatkan nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang Muslim itu berselawat ke atas ku melainkan para malaikat akan berselawat ke atasnya dengan apa yang dia selawatkan ke atas ku.  Hendaklah seseorang (berselawat) sama ada banyak mahupun sedikit.

[Sunan Ibn Majah, Kitab Iqomah as-Solat, hadis no: 897, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan dalam Sahih Ibn Majah]

Balasan Tidak Berselawat

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ ، وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ ، إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةً ، فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan, nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah sesuatu kaum duduk dalam satu majlis yang mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalamnya, melainkan mereka akan rugi. Jika Allah mahu, Allah akan mengazab mereka, jika Allah mahu, Allah akan mengampuni mereka.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 3327, hasan sahih]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ ، عَنْ أَبِيهِ عَلِيِّ بْنِ حُسَيْنٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : ” الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ ، ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Hussain bin ‘Ali radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Orang yang kedekut ialah sesiapa yang aku disebut di sisinya, kemudian dia tidak berselawat kepada ku.

[Musnad Ahmad, Musnad Ahlil Bait, hadis no: 1672, Shaikh Syu’ab al-Arnaouth berkata: Isnadnya kuat]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ ، وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ ، وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Celakalah manusia yang aku disebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat kepada ku. Celakah manusia yang masuk ke dalam bulan Ramadhan, kemudian bulan itu berlaku pergi tanpa diampuni dosanya. Celakah manusia yang dapat hidup bersama ibu bapa yang sudah tua, tetapi itu tidak memasukkannya ke dalam syurga.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 3496, hasan gharib]

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ نَسِيَ الصَّلَاةَ عَلَيَّ خَطِئَ طَرِيقَ الْجَنَّةِ

Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang lupa berselawat ke atas ku, dia akan tersilap jalan menuju ke syurga.

[Sunan Ibn Majah, Kitab Iqomah as-Solat, hadis no: 898, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan sahih dalam Sahih Ibn Majah]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *