Seminar Manahij al-Muhaddisin

manahij cropped2
PengenalanTentatif SeminarBiografi PembentangLokasi ProgramPenajaanPendaftaran

Assalamualaikum.

Adakah anda berminat untuk mengetahui tentang ulama-ulama hadis dan kitab-kitab mereka?

Adakah anda ingin mengetahui bagaimanakah para ulama hadis menyusun kitab hadis mereka?

Adakah anda ingin mengetahui apakah perbezaan nama kitab-kitab hadis seperti Musnad, Jami’, Sunan dan lain-lain nama?

Adakah semua hadis yang ada di dalam 6 kitab hadis yang utama adalah sahih?

Apakah perbezaan setiap kitab hadis dan keistimewaan yang ada pada setiap kitab tersebut?

Insya-Allah, Seminar Manahij al-Muhaddisin adalah seminar yang akan membantu anda semua untuk menemui jawapan untuk persoalan-persoalan di atas.

Seminar 1 hari tidak akan mampu memberikan jawapan kepada persoalan yang banyak tentang banyak kitab hadis dan metodologi ramai ulama. Akan tetapi, seminar 1 hari ini merupakan satu pintu masuk untuk kita mula cuba untuk memahami metodologi setiap ulama hadis dalam menyusun kitab-kitab mereka.

Dengan mempelajari ilmu Manahij al-Muhaddisin, Insya-Allah kita akan lebih menghargai jasa-jasa para ulama hadis.

Ia juga akan membantu kita untuk tidak salah faham apabila membaca hadis-hadis yang ada di dalam kitab-kitab hadis.

Maklumat lanjut seminar adalah seperti berikut:

Seminar Manahij al-Muhaddisin (Methodologi ulama-ulama hadis)

Speaker: Dr. Rozaimi Ramle

Tarikh: Sabtu 17 Mac 2018

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi: Kuala Lumpur

Yuran:

Awam RM70 / Pelajar RM50

Pendaftaran berkumpulan (minima 5 orang): Awam RM60 / Pelajar RM40

Alumni seminar Al-Kahfi: Awam RM60 / Pelajar RM40

No. tel: 011-5680 5645

Peserta akan menerima nota seminar

manahij al-muhaddisin

 

Sabtu 17 Mac 2018

08:15 pagi           : Pendaftaran

09.00 pagi           : Slot 1

10.30 pagi           : Rehat

10.50 pagi           : Slot 2

01.00 tengahari : Rehat/Solat Zuhur

02.15 petang      : Slot 3

03.30 petang      : Rehat/minum petang/solat Asar

03.45 petang      : Slot 4

05.00 petang      : Bersurai

dr rozaimi poster

Dr. Rozaimi Ramlee merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu’tah, Jordan.

Kemudian Dr. Rozaimi meneruskan pencarian ilmunya dengan mendalami ilmu hadis di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Dr. Rozaimi memperolehi PhD dalam bidang hadis di University Of Jordan.

Beliau merupakan seorang pendakwah yang aktif mengajar di masjid dan surau-surau dan kerap dijemput membentangkan kertas kerja di pelbagai tempat. Selain itu, Dr. Rozaimi juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa negeri Perlis.

 

Kuala Lumpur.

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mampu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangat untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemampuan

Bagaimana mahu menaja seminar ini?

– Penaja boleh menghubungi nombor 011 5680 5645 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
– Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
– Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!