Melihat Aurat Sesama Jenis

NASIHAT AURAT LELAKI DENGAN LELAKI

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَرْهَدٍ الْأَسْلَمِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” الْفَخِذُ عَوْرَةٌ

Jarhad al-Aslami radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Paha adalah aurat. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Adab, hadis no: 2740, hasan gharib]

 

Dalam Al-Fiqh Al-Manhaji disebutkan tentang aurat lelaki di hadapan lelaki dan wanita yang mahram:

 

حدود عورة الرجل ما بين السرَّة والركبة بالنسبة للرجال أيَّاً كانوا، وبالنسبة لمحارمه من النساء

Batasan aurat lelaki dengan lelaki ialah antara pusat dan lutut (pusat dan lutut tidak termasuk), begitu juga dengan mahram yang wanita.

 

 

Walaupun pusat dan lutut tidak termasuk, akan tetapi ia perlu ditutup kerana apabila dibuka lutut, kebiasaannya paha akan kelihatan, apabila dibuka pusat, bawah pusat akan kelihatan. Bahkan, sebahagian ulama mazhab Syafie menyatakan pusat dan lutut termasuk jua sebagai aurat.

 

Adalah diharamkan untuk kaum lelaki melihat aurat lelaki yang lain.

 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

 ” لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ

Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki, tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita. Janganlah seorang lelaki berbaring dengan lelaki lain dalam satu kain, dan jangalah seorang wanita berbaring dengan wanita lain dalam satu kain. [Sahih Muslim, Kitab al-Haidhi, hadis no: 517]

 

Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim:

 

وَأَمَّا أَحْكَامُ الْبَابِ فَفِيهِ تَحْرِيمُ نَظَرِ الرَّجُلِ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ ، وَالْمَرْأَةِ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ ، وَهَذَا لَا خِلَافَ فِيهِ . وَكَذَلِكَ نَظَرُ الرَّجُلِ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةِ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ حَرَامٌ بِالْإِجْمَاعِ

Dalam hadis ini terdapat pengharaman seorang lelaki melihat aurat lelaki, dan pengharaman seorang wanita melihat aurat wanita. Hal ini tidak ada khilaf padanya. Begitu juga haram seorang lelaki melihat aurat perempuan, dan haram seorang perempuan melihat aurat lelaki. Ini haram dengan kesepakatan ulama.

 

Kata beliau lagi:

 فَهُوَ نَهْيُ تَحْرِيمٍ إِذَا لَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا حَائِلٌ ، وَفِيهِ دَلِيلٌ عَلَى تَحْرِيمِ لَمْسِ عَوْرَةِ غَيْرِهِ بِأَيِّ مَوْضِعٍ مِنْ بَدَنِهِ كَانَ ، وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .

Hadis ini menunjukkan larangan yang membawa maksud haram (berbaring di bawah satu kain) apabila tidak adanya pelapik antara mereka berdua. Ini menjadi dalil haramnya menyentuh aurat tidak kira dengan mana-mana anggota badannya. Ini merupakan hal yang disepakati.

 

Oleh itu, kaum lelaki, janganlah duduk di dalam bilik atau ke tandas dengan sekadar memakai ‘boxer’. Begitu juga ketika bersukan atau aktiviti-aktiviti lain.

 

Wallahua’lam.

 

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *