Melintas Hadapan Orang Solat

Hadis 1:

عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ ، أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ أَرْسَلَهُ إِلَى أَبِي جُهَيْمٍ يَسْأَلُهُ ، مَاذَا سَمِعَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَارِّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي ؟

Busr bin Sa’id meriwayatkan bahawa Zaid bin Khalid mengutusnya kepada Abu Juhaim radiallahu ‘anhu untuk bertanya kepadanya tentang apa yang dia dengar daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tentang orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat.

فَقَالَ أَبُو جُهَيْمٍ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ ” ،

Abu Juhaim menjawab: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Seandainya orang yang lalu di hadapan orang solat tahu apakah (dosa) yang akan menimpanya, nescaya berhentinya dia selama empat puluh masa lebih baik untuknya daripada melintas di hadapan orang yang solat.

قَالَ أَبُو النَّضْرِ : لَا أَدْرِي ، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً .

Perawi bernama Abu an-Nadhr berkata: Aku tidak tahu. Adakah dia menyebutkan empat puluh hari, atau empat puluh bulan, atau empat puluh tahun.

[Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, hadis no: 488]

Hadis 2:

حَدَّثَنَا أَبُو صَالِحٍ السَّمَّانُ ، قَالَ : رَأَيْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ يُصَلِّي إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ ، فَأَرَادَ شَابٌّ مِنْ بَنِي أَبِي مُعَيْطٍ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ ،

Abu Soleh al-Samman berkata: Aku melihat Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu pada hari Jumaat, beliau sedang solat ke arah sesuatu yang menghalanginya daripada manusia. Seorang pemuda dari Bani Abu Mu’aith ingin lalu di hadapannya.

فَدَفَعَ أَبُو سَعِيدٍ فِي صَدْرِهِ فَنَظَرَ الشَّابُّ فَلَمْ يَجِدْ مَسَاغًا إِلَّا بَيْنَ يَدَيْهِ ، فَعَادَ لِيَجْتَازَ فَدَفَعَهُ أَبُو سَعِيدٍ أَشَدَّ مِنَ الْأُولَى فَنَالَ مِنْ أَبِي سَعِيدٍ ،

Abu Sa’id menghalang pemuda itu pada dadanya. Pemuda itu melihatnya dan tidak menemui sebarang laluan melainkan di hadapan Abu Sa’id. Sekali lagi dia cuba melintas lalu Abu Sa’id menghalang dengan lebih keras, lalu pemuda itu pun beredar dari Abu Sa’id.

ثُمَّ دَخَلَ عَلَى مَرْوَانَ فَشَكَا إِلَيْهِ مَا لَقِيَ مِنْ أَبِي سَعِيدٍ ، وَدَخَلَ أَبُو سَعِيدٍ خَلْفَهُ عَلَى مَرْوَانَ فَقَالَ : مَا لَكَ وَلِابْنِ أَخِيكَ يَا أَبَا سَعِيدٍ ؟ قَالَ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ ، فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

Kemudian pemuda itu pergi menemui Marwan lalu pemuda itu mengadu kepada Marwan apa yang Abu Sa’id lakukan kepadanya. Abu Sa’id pun kemudian bertemu dengan Marwan, lalu Marwan berkata: Apa halnya engkau dan anak saudara engkau ini wahai Abu Sa’id? Abu Sa’id menjawab: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang kalian solat ke arah sutrah, lalu seseorang mahu melintas di hadapannya, hendaklah dia menghalangnya. Seandainya dia enggan, perangilah dia. Sesungguhnya dia syaitan [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat hadis no:487]

Hadis 3:

حَدَّثَنِي صَدَقَةُ بْنُ يَسَارٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لا تُصَلِّ إِلا إِلَى سُتْرَةٍ ، وَلا تَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْكَ ، فَإِنْ أَبَى فَلْتُقَاتِلْهُ ؛ فَإِنَّ مَعَهُ الْقَرِينَ

Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah kalian solat melainkan ke arah sutrah. Janganlah kalian biarkan seseorang lalu di hadapan kalian. Seandainya dia enggan (iaitu tetap mahu lalu), perangilah dia kerana bersamanya adalah syaitan [Sahih Ibn Khuzaimah, Kitab as-Solat, hadis no: 779]

Huraian:

(Ringkasan daripada Fathul Bari oleh Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani)

A- Hadis-hadis di atas menjadi dalil haramnya melintas di hadapan orang solat.

B- Ulama berbeza pendapat tentang mereka orang yang melintas di hadapan orang solat kerana tiada laluan lain. Adakah berdosa atau tidak?

Zahir dua hadis di atas menunjukkan berdosa kerana Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu tetap menolak orang yang lalu walau tiada laluan lain.

Ibn Daqiq al-Eid pula menukilkan bahawa ulama mazhab Maliki membahagikan perincian mengikut keadaan:

1- Yang berdosa ialah orang yang melintas sahaja. Iaitu apabila orang yang solat, solat ke arah sutrah (sesuatu yang menjadi penghadang seperti beg, dinding, kerusi etc), bukan di laluan orang ramai, dan terdapat ruang lain untuk orang lalu.

2- Yang berdosa ialah orang yang solat sahaja. Iaitu apabila seseorang solat di kawasan laluan orang ramai tanpa sutrah atau jauh dari sutrah, dan orang yang lalu tidak menemui jalan yang lain untuk dia lalui.

3- Yang berdosa ialah kedua-duanya, iaitu yang melintas dan yang sedang solat. Iaitu seperti nombor 2 tetapi orang yang melintas masih mempunyai jalan lain untuk melintas.

3- Kedua-duanya tidak berdosa. Iaitu seperti nombor 1, tetapi yang melintas tidak menemui jalan yang lain untuk melintas.

C- Disyariatkan menghalang orang yang lalu di hadapan kita ketika solat. Majoriti ulama menyatakan perbuatang menghalang ini hukumnya sunat. Akan tetapi ulama Zahiri menyatakan wajib.

Akan tetapi hak menghalang ini hanya ada untuk mereka yang solat menghadap sutrah sahaja. Sesiapa yang solat tidak menghadap sutrah, dia tidak berhak menghalang orang lalu, akan tetapi yang melintas itu tetap berdosa.

D- Ulama berbeza pendapat tentang jarak yang dilarang melintas di hadapan orang solat. Ada yang menyatakan sejauh kawasan sujud orang yang solat, ada yang menyatakan sejauh 3 hasta, ada yang menyatakan sejauh jarak balingan batu. Ada yang menyatakan mengikut uruf. Akan tetapi lebih utama tidak melintas langsung walaupun pada jarak-jarak di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *