Meludah Ke Kiri Untuk Halau Syaitan

APABILA SYAITAN MENGGANGGU DI DALAM SOLAT

 

عَنْ أَبِي، الْعَلاَءِ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ، أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاَتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَىَّ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خِنْزِبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي ‏.‏

Uthman bin Abi al-‘As radiallahu ‘anhu datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya syaitan telah datang dalam solat ku dan dia mengganggu bacaan ku. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Itulah syaitan yang yang dipanggil Khinzib. Apabila engkau merasai gangguannya, mohonlah perlindungan daripada Allah, dan meludahlah ke sebelah kiri mu tiga kali. Uthman berkata: Aku melakukan hal itu, lalu Allah menghindarkan syaitan daripada ku. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 2203]

 

Daripada hadis ini kita ketahui bahawa apabila diganggu syaitan ketika solat yang menyebabkan hilang khusyu’, was-was dan lain-lain, hendaklah seseorang:

 

 

Meludah bermaksud bukan sekadar meniup, tetapi ia disertai sedikit air liur.

 

Timbul persoalan jika seseorang solat jemaah. Jika dia meludah ke kiri, maka itu akan mengganggu jemaah di sebelah.

 

Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah ditanya:

 

إذا كان الإنسان مع الجماعة فكيف يتفل عن يساره ؟

Apabila seseorang itu solat secara berjemaah. Bagaimana dia boleh meludah ke sebelah kirinya?

 

فالجواب : إن كان آخر واحد على اليسار أمكنه أن يتفل عن يساره في غير مسجد ، وإلا فليتفل عن يساره في ثوبه في غترته في منديل ، فإن لم يتيسر هذا كفى أن يلتفت عن يساره ويقول : أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ” انتهى.

Jawapan: Apabila dia berada di kiri dan hujung saf. Maka dia boleh meludah ke sebelah kirinya jika bukan di masjid. Jika tidak, dia boleh meludah ke sebelah kirinya pada pakaiannya, kopiahnya atau sapu tangannya. Jika dia tidak dapat meludah, maka cukup sekadar dia berpaling ke arah kiri dan membaca: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

 

Kata beliau lagi:

 

يكفي أن تستعيذ بالله من الشيطان الرجيم بدون تفل لكي لا تؤذي من حولك

Cukup untuk dia menyebut Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam tanpa perlu meludah agar tidak menganggu orang sekeliling yang sedang solat.

 

Kesimpulannya:

1- Membaca ta’awuz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم): Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

2- Meludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali.

3- Jika solat berjemaah, dan di sebelah kiri ada jemaah lain, hendaklah seseorang meludah pada pakaiannya sendiri, atau sapu tangan.

4- Ludah yang dimaksudkan ialah yang sekadar ada sedikit air liur.

 

Sumber: http://islamqa.info/ar/144942

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *