Memburu Malam al-Qadar

doalqadar

Mengenali Malam al-QadarKelebihan Malam al-QadarBilakah malam al-Qadar?Tanda-Tanda Malam al-QadarAmalan-Amalan Yang Perlu Untuk Memburu Pahala Lailatul QadarBolehkah Wanita Haidh Mendapat Lailatul QadarI’tikafBatasan Waktu I’tikafDi Manakah Lokasi I’tikaf?Bolehkah wanita melakukan I’tikaf?Adab-Adab I'tikaf

Malam yang penuh keberkatan

Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ , فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. (3) Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (4) [Ad-Dukhan: 3-4].

Malam yang diberkati di atas bermaksud malam Lailatul Qadar. Ini berdasakan firman Allah Ta’ala di bawah:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam al-Qadar.” [Al-Qadar: 1]

  1. Pahala amalan kebaikan digandakan lebih baik daripada jumlah pahala beramal selama 1000 bulan
  2. Kesejahteraan sehingga masuk waktu Subuh

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ , تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ , سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) dengan kesejahteraan hingga terbitnya fajar.” [Al Qadar: 3-5].

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ ، فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ ، وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ “

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kalian untuk berpuasa. Pintu-pintu langit telah dibuka, pintu-pintu neraka telah ditutup. Syaitan-syaitan telah dirantai kerana Allah. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka sesungguhnya benar-benar di haram daripadanya. [Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Sughra, Kitab as-Siyam, hadis no : 2106]

  1. Keampunan buat yang menghidupkan malam tersebut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan (pahala), diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1901]

Ia berlaku pada 10 malam akhir Ramadhan, khususnya malam ganjil

Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari mengemukakan hampir lebih empat puluh pendapat tentang bilakah berlakunya malam al-Qadar. Dan yang paling hampir kepada kebenaran ialah ialah ia berlaku pada malam ganjir sepuluh akhir Ramadhan. Ini berdasarkan riwayat-riwayat berikut:

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ ، وَيَقُولُ : ” تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ “

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhl Lailatilqadar, hadis no : 2020]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ “

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadhan [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhl Lailatilqadar, hadis no : 2017]

” الْتَمِسُوهَا فِي تِسْعٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي سَبْعٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي خَمْسٍ يَبْقَيْنَ أَوْ فِي ثَلَاثِ أَوَاخِرِ لَيْلَةٍ “

Abu Bakrah radiallahu ‘anhu berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Carilah (Lailatul Qadar) pada sembilan malam yang akhir, atau tujuh malam yang akhir, atau lima yang akhir, atau tiga malam yang akhir. [Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Sawm, hadis no : 794, hasan sahih]

Al-Imam Ibn Hajar berkata

قوله – أي : الإمام البخاري – ‏:‏ ” ‏باب تحري ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر ” : في هذه الترجمة إشارة إلى رجحان كون ليلة القدر منحصرة في رمضان ، ثم في العشر الأخير منه ، ثم في أوتاره ، لا في ليلة منه بعينها ، وهذا هو الذي يدل عليه مجموع الأخبار الواردة فيها ‏…  قال العلماء : الحكمة من إخفاء ليلة القدر ليحصل الاجتهاد في التماسها بخلاف ما لو عينت لها ليلة لاقتصر عليها ، كما تقدم نحوه في ساعة الجمعة .

Al-Imam Al-Bukhari memberikan bab (Mencari Malam al-Qadar pada malam ganjil di sepuluh akhir). Bab ini merupakan isyarat kepada kuatnya hujah bahawa malam al-Qadar hanya berlaku dalam bulan Ramadhan, kemudian ia berlaku pada malam sepuluh akhir daripadanya, kemudian ia berlaku pada malam-malam ganjil tersebut. Tidak ada satu malam yang khusus. Inilah yang ditunjukkan oleh riwayat-riwayat berkaitannya. Para ulama berkata: Hikmah dirahsiakan malam al-Qadar ialah agar manusia berusaha mencarinya berbanding jika didedahkan secara khusus bilakah berlakunya malam al-Qadar, nescaya manusia akan tidak lagi berusaha.

Bolehkah ia berlaku pada malam genap?

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah radiallahu ‘anhu, Ibn Taimiyyah rahimahullah mempunyai huraian yang menarik, beliau berkata:

الْحَمْدُ لِلَّهِ ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ هَكَذَا صَحَّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ : ” { هِيَ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ } . وَتَكُونُ فِي الْوِتْرِ مِنْهَا . لَكِنَّ الْوِتْرَ يَكُونُ بِاعْتِبَارِ الْمَاضِي فَتُطْلَبُ لَيْلَةَ إحْدَى وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ ثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ خَمْسٍ وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَلَيْلَةَ تِسْعٍ وَعِشْرِينَ

Segala puji bagi Allah. Malam al-Qadar itu berlaku pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan. Inilah yang sahih daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di mana baginda bersabda: Ia berada pada sepuluh akhir Ramadhan, dan ia berlaku pada malam yang ganjil daripadanya. Akan tetapi malam ganjil boleh dikira bermula daripada awal, maka ia adalah malam dua puluh satu, malam dua puluh tiga, malam dua puluh lima, malam dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.

وَيَكُونُ بِاعْتِبَارِ مَا بَقِيَ كَمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” { لِتَاسِعَةٍ تَبْقَى لِسَابِعَةٍ تَبْقَى لِخَامِسَةٍ تَبْقَى لِثَالِثَةٍ تَبْقَى } . فَعَلَى هَذَا إذَا كَانَ الشَّهْرُ ثَلَاثِينَ يَكُونُ ذَلِكَ لَيَالِيَ الْأَشْفَاعِ . وَتَكُونُ الِاثْنَيْنِ وَالْعِشْرِينَ تَاسِعَةً تَبْقَى وَلَيْلَةُ أَرْبَعٍ وَعِشْرِينَ سَابِعَةً تَبْقَى .

Ia juga boleh dikira daripada jumlah malam yang berbaki sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: pada sembilan malam yang akhir, atau tujuh malam yang akhir, atau lima yang akhir, atau tiga malam yang akhir. Oleh yang demikian, apabila bulan Ramadhan itu mempunyai tiga puluh hari, maka malam-malam akhir ini akan berlaku pada malam yang genap, iaitu malam dua puluh dua yang mana ia merupakan malam sembilan akhir Ramadhan, malam dua puluh empat yang mana ia adalah malam tujuh akhir Ramadhan.

 وَهَكَذَا فَسَّرَهُ أَبُو سَعِيدٍ الخدري فِي الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ . وَهَكَذَا أَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الشَّهْرِ . وَإِنْ كَانَ الشَّهْرُ تِسْعًا وَعِشْرِينَ كَانَ التَّارِيخُ بِالْبَاقِي . كَالتَّارِيخِ الْمَاضِي

Inilah yang dihuraikan oleh Abu Sa’id al-Khudri dalam sebuah hadis yang sahih. Inilah juga yang di lakukan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam bulan Ramadhan. Seandainya Ramadhan tersebut mempunyai dua puluh sembilan hari, maka hari-hari akhir akan sama dengan hari-hari ganjil jika dikira dari awal Ramadhan.

. وَإِذَا كَانَ الْأَمْرُ هَكَذَا فَيَنْبَغِي أَنْ يَتَحَرَّاهَا الْمُؤْمِنُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ جَمِيعِهِ كَمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” { تَحَرَّوْهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ } وَتَكُونُ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ أَكْثَرَ . وَأَكْثَرُ مَا تَكُونُ لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ كَمَا كَانَ أبي بْنُ كَعْبٍ يَحْلِفُ أَنَّهَا لَيْلَةَ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ .

Oleh yang demikian, maka hendaklah seorang yang beriman mencari malam al-Qadar itu pada keseluruhan sepuluh malam akhir Ramadhan sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Carilah ia pada sepuluh malam akhir Ramadhan. Ia lebih kerap berlaku pada malam tujuh akhir Ramadhan. Ia juga lebih sangat kerap terjadi pada malam dua puluh tujuh sebagaimana Ubay bin Ka’ab bersumpah ia terjadi pada malam dua puluh tujuh.

[Majmu’ Fatawa, Bab Lailatulqadar, jilid 25, m/s 285 (Syamilah)]

Malam tersebut dingin

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ : ” لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلْقَةٌ لا حَارَّةٌ وَلا بَارِدَةٌ تُصْبِحُ شَمْسُها صَبِيحَتَهَا ضَعِيفَةً حَمْرَاءَ “

Ibn ‘Abbas meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada malam al-Qadar: Ia malam yang tenang, cerah, tidak panas, dan tidak juga sejuk. Pada pagi keesokannya, matahari memancar tidak terlalu panas dan berwarna kemerahn. [Syu’ab al-Iman, Iltimasu Lailatil Qadar, hadis no: 3419. Al-Baihaqi menyatakan ia hadis dhaif, rujuk Fadhail al-Awqat, no: 101]

Siang keesokannya tidak terlalu panas

Ubay bin Ka’ab radiallahu ‘anhu berkata:

وَاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ ، إِنَّهَا لَفِي رَمَضَانَ يَحْلِفُ مَا يَسْتَثْنِي ، وَوَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ ، هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقِيَامِهَا ، هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ ، وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا ” .

Demi Allah yang tiada yang berhak disembah selainNya. Sesungguhnya ia (iaitu malam al-Qadar) berlaku pada bulan Ramadhan. Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui di malam yang mana. Ia adalah malam yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami menghidupkannya. Ia adalah malam yang kedua puluh tujuh. Petandanya ialah matahari akan terbit pada siang hari tersebut dengan cerah tetapi ia tidak panas terik [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, hadis no: 762]

Ia juga dapat diketahui melalui mimpi

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ ، فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ ” .

Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa beberapa orang sahabat nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bermimpi melihat malam al-Qadar pada tujuh akhir Ramadhan. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Aku melihat mimpi kalian bertepatan dengan tujuh malam akhir Ramadhan. Sesiapa yang mahu mencarinya, hendaklah mencari ia pada tujuh malam akhir Ramadhan. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Lailatilqadar, hadis no: 2015]

Adakah mendapat ganjaran kelebihan malam al-Qadar jika tidak melihat tanda malam al-Qadar?

Shaikh Salih al-Munajid menjawab:

قد ترى ليلة القدر بالعين لمن وفقه الله سبحانه وذلك برؤية أماراتها ، وكان الصحابة رضي الله عنهم يستدلون عليهما بعلامات ولكن عدم رؤيتها لا يمنع حصول فضلها لمن قامها إيمانا واحتسابا

Malam al-Qadar dapat dilihat dengan mata bagi sesiapa yang Allah berikan petunjuk, begitu juga dengan bermimpi akan tanda-tandanya. Para sahabat radiallahu ‘anhum pernah dapat melihat tanda-tandanya. Akan tetapi jika tidak dapat melihat tanda-tandanya tidaklah menghalang seseorang daripada memperolehi kelebihan malam al-Qadar bagi sesiapa yang menghidupkan malam itu dengan keimanan dan mengharap. [http://islamqa.info/ar/21905 ]

1) Membanyakkan amal soleh secara umumnya melebihi kebiasaan yang dilakukan.

2) Antara amalan yang perlu diberi keutamaan ialah: –

  • Solat Terawih/Qiamullail
  • Membaca al-Quran
  • I’tikaf

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ رَمَضَانٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ ، اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا “

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2044 ]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْج النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ” ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ .

 ‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2026]

  • Bersungguh-sungguh beribadah

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ “

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk ke dalam sepuluh akhir (Ramadhan), baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya) [Sahih Muslim, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 1174]

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ “

‘Aisyah radiallahu ‘anha  bekata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadhan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain [Musnad Ahmad, Hadis as-Sayyidah ‘Aisyah, hadis no : 23968, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya sahih]

Imam Sufyan at-Tsauri rahimahullah berkata:

أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك

Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadhan, aku suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan at-Tsauri rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya. [Lathoif al-Maarif m/s 160]

Imam Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah menyatakan:

و نقل بعض أصحابهم عن ابن عباس أن إحياءها يحصل بأن يصلي العشاء في جماعة و يعزم على أن يصلي الصبح في جماعة و قال مالك في الموطأ بلغني أن ابن المسيب قال : من شهد ليلة القدر ـ يعني في جماعة فقد أخذ بحظه منها و كذا قال الشافعي في القديم : من شهد العشاء و الصبح ليلة القدر فقد أخذ بحظه منها

Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhu bahawa menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya : Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya. [Lathoif al-Maarif m/s 159]

  1. e) Doa Malam Lailatul Qadar

عَنْ عَائِشَةَ , أَنَّهَا قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو , قَالَ : ” تَقُولِينَ : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

‘Aisyah radiallahu ‘anhu berkata Wahai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, apa pendapat engkau, seandainya aku mengetahui malam yang manakah adalah malam Lailatul Qadar, apa yang patut aku baca pada di dalam doa? Jawab baginda sallallahu ‘alaihi wasallam : Bacalah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau Pemaaf, Engkau jua Mencintai Kemaafan, maafkanlah aku [Sunan Ibn Majah, Kitab ad-Dua’, hadis no: 3850, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

قال جويبر : قلت للضحاك : أرأيت النفساء و الحائض و المسافر و النائم لهم في ليلة القدر نصيب ؟ قال : نعم كل من تقبل الله عمله سيعطيه نصيبه من ليلة القدر.

Juwaibir berkata : Aku bertanya kepada ad-Dhohak rahimahullah : Adakah engkau berpendapat mereka yang haidh, musafir, dan tidur akan tetap memperolehi ganjaran Lailatul Qadar? Jawab ad-Dhahak : Ya! Setiap orang yang Allah menerima amalannya, maka Allah akan memberi ganjarannya daripada malam Lailatul Qadar .

إخواني المعول على القبول لا على الاجتهاد و الاعتبار ببر القلوب لا بعمل الأبدان رب قائم حظه من قيامه السهر كم من قائم محروم و كم من نائم مرحوم نام و قلبه ذاكر و هذا قام و قلبه فاجر

Saudaraku, syarat untuk diterimanya amalan bukanlah sekadar pada usaha yang ada, sebaliknya ia bergantung kepada kebaikan hati, bukan jua sekadar pada amalan badan.

Boleh jadi orang yang bangun malam hanya memperolehi keletihan daripada bangunnya itu. Berapa ramai yang bangun malam haram (daripadanya kelebihan Lailatul Qadar) dan berapa ramai yang tidur dirahmati (dengan Lailatul Qadar) kerana tidurnya dalam keadaan hatinya mengingati Allah. Sedangkan yang bangun tadi hatinya busuk.

[Lathoif al-Maarif m/s : 166]

Oleh itu mereka yang haidh, atau penat bekerja sehingga tertidur pada malam al-Qadar, sakit atau ada sebab-sebab lain menyebabkan tidak dapat membanyakkan ibadah pada waktu malam. Hendaklah mereka bersungguh-sungguh beribadah di waktu mereka suci, lapang dan sihat. Perbanyakkanlah ibadah di waktu malam sejak minggu pertama Ramadhan. Istiqamahlah solat terawih dan membaca al-Quran. Jika ditakdirkan haidh datang pada sepuluh akhir Ramadhan, insya-Allah pahala itu tetap berjalan kerana konsistennya kita melakukan sejak awal Ramadhan ketika suci. Renungilah hadis di bawah:

Abu Burdah berkata:

سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا ‏”‏‏.‏

Aku mendengar Abu Musa berulang kali menyebutkan: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang itu sakit atau bermusafir, maka ditulis baginya (pahala) sebagaimana ketika dia beramal dalam keadaan bermukim dan sihat [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa as-Siyar, hadis no: 2996]

Shaikh Uthman al-Khamees berkata:

والحيض مرض عارض يمنع صاحبته مماكانت تفعله وهي صحيحة، فإذا أتاها وكان لها رصيد من العبادة، وعادة من الطاعة لم يمنعها من مواصلتها إلا الحيض فإن لها من الأجر مثل ما كانت تعمل وهي صحيحة

Haidh adalah penyakit yang menghalang pemiliknya daripada melakukan kebiasaan yang dilakukan ketika sihat. Seandainya datangnya haidh sedangkan dia memiliki ibadah yang biasa dia lakukan, dan tiada apa yang menghalangnya daripada terus melakukannya melainkan haidh. Maka si wanita ini akan tetap menerima pahala sebagaimana ketika dia beramal dalam keadaan tidak haidh [ http://www.almanhaj.com/vb/showthread.php?t=24822 ]

Ustazah Sakinah bte Muhammad Nasiruddin al-Albani, iaitu anak perempuan kepada muhaddis kontemporari terkenal, Shaikh al-Albani, menukilkan jawapan ayahnya:

فعلى مثل تلك المرأة أن تَغتنم وقْتَ طهارتها وتمكُّنِها من قيام العشر الأخير، أو على الأقلّ: الأوتار، أو أقلّ من القليل: اليوم أو ليلة السابع والعشرين،

Untuk hal yang sedemikian, hendaklah seorang wanita itu mengambil peluang ketika dia dalam keadaan suci untuk menghidupkan malam sepuluh akhir Ramadhan, atau sekurang-kurangnya pada malam-malam yang ganjil, atau paling kurang menghidupkan malam atau siang ke dua puluh tujuh Ramadhan.

فإن الله عز وجل إذا عَلم مِن أَمَتِه أنها كانت تَفعل ذلك في حالةِ تمكُّنِها مِن القيام بالصلاة، ثم فَجَأها العُذْرُ؛ كُتِب لها ما كان يُكْتَب لها في حالة الطُّهر،

Sesungguhnya apabila Allah tahu bahawa seorang hamba perempuannya itu akan melakukan ibadah seperti solat pada waktu yang dia mampu bersolat, lalu datang kepadanya saat uzur. Maka ditulis untuknya pahala sebagaimana ditulis untuknya pahala ketika dia dalam keadaan suci.

هذه نقطة مهمّة جدًا، ثمرتها أن يَحرص المسلم على التفصيل السابق؛ أن يشغل وقته دائمًا بالطاعة ما استطاع،

Ini merupakan satu titik penting. Hasilnya, umat Islam akan lebih berusaha bersungguh-sungguh, menyibukkan dirinya dengan ketaatan semampu yang boleh.

حتى إذا زادتِ الطاعةُ، فمرَّت العبادة؛ تُكتب له رغم أنه لا يَتمكَّن مِن القيام بها” اهـ

Sehinggalah ketaatan itu akan bertambah, dan ibadat itu akan berterusan. Maka akan ditulis pahala untuknya pada ketika dia tidak mampu melakukannya.[
http://tamammennah.blogspot.com/2009/09/blog-post_07.html ]

Apakah maksud I’tikaf?

اللُّبْثُ فِي الْمَسْجِدِ عَلَى صِفَةٍ مَخْصُوصَةٍ بِنِيَّةٍ

Duduk di dalam masjid dengan sifat-sifat yang khas dan dengan niat (ibadah) [Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah]

Dr. Khalid al-Musyaiqih menyatakan dalam Fiqh al-I’tikaf:

يتفق قول الفقهاء على أنه في الشرع: لزوم مسجد لطاعة الله تعالى.

Ulama feqah bersepakat bahawa maksud I’tikaf di sisi syara’ ialah melazimi masjid untuk mentaati Allah.

Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf:

Dalil al-Quran:

وَلاَ تُـبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْـتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ البقرة : 187

Dan janganlah kamu campuri mereka (iaitu isteri-isteri kalian( itu, sedang kamu beri`tikaf dalam masjid”[Al-Baqarah : 187]

Dalil-dalil As-Sunnah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ رَمَضَانٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ ، اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2044]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْج النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ” ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ .

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkanNabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2026]

Hukum I’tikaf

قال ابن المنذر: “وأجمعوا على أن الاعتكاف سنة لا يجب على الناس فرضاً إلا أن يوجبه المرء على نفسه نذراً فيجب عليه وقد نقله أيضاً ابن حزم، والنووي، وابن قدامة، وشيخ الإسلام، والقرطبي، وابن هبيرة، والزركشي، وغيرهم.

Imam Ibn al-Munzir berkata: Ulama telah sepakat bahawa hukum I’tikaf adalah sunat, dan tidak wajib ke atas manusia melainkan jika seseorang mewajibkan ke atas dirinya dengan bernazar, maka ketika itu hukumnya wajib. Kesepakatan tentang hukum ini turut dinukilkan oleh Ibn Hazm, An-Nawawi, Ibn Qudamah, Ibn Taimiyyah, al-Qurthubi, Ibn Hubairah, al-Zarkasyi dan lain-lain. [Fiqh al-I’tikaf]

Imam an-Nawawi dalam Al-Majmu’ menyatakan:

فالاعتكاف سنة بالإجماع ولا يجب إلا بالنذر بالإجماع ، ويستحب الإكثار منه ، ويستحب ويتأكد استحبابه في العشر الأواخر من شهر رمضان للأحاديث السابقة هنا

I’tikaf hukumnya sunnah menurut kesepakatan ulama. Ia tidak wajib kecuali apabila seseorang bernazar untuk beri’tikaf, maka ia menjadi wajib menurut ijma’ ulama. Digalakkan membanyakkan beri’tikaf, dan lebih ditekankan lagi galakan itu pada 10 akhir daripada Ramadhan berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan sebelum ini.

Ulama’ bersepakat bahawa I’tikaf tidak mempunyai had masa maksima, akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu I’tikaf.

Pertama: Paling minimum ialah satu hari. Ini pendapat Abu Hanifah, sebahagian ulama Maliki, dan sebahagian mazhab Syafie.

Kedua: Satu hari satu malam. Ini mazhab Malik.

Ketiga: Sepuluh hari. Ini salah satu riwayat imam Malik.

Keempat: Seketika. Ini pendapat majoriti ulama. Ini adalah pendapat mazhab Syafie.

Kelima: Satu malam daripada Maghrib hingga Subuh berdasarkan nazar Umar radiallahu ‘anhu untuk melakukan i’tikaf pada waktu malam sahaja.

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada masa minima untuk I’tikaf. I’tikaf sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

وَأَمَّا أَقَلُّ الاعْتِكَافِ فَالصَّحِيحُ الَّذِي قَطَعَ بِهِ الْجُمْهُورُ أَنَّهُ يُشْتَرَطُ لُبْثٌ فِي الْمَسْجِدِ , وَأَنَّهُ يَجُوزُ الْكَثِيرُ مِنْهُ وَالْقَلِيلُ حَتَّى سَاعَةٍ أَوْ لَحْظَةٍ

Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’]

Berdasarkan pendapat majoriti, jika seseorang tidak mampu I’tikaf 24 jam kerana bekerja, ada kelas dan sebagainya. Dia boleh melakukan I’tikaf dengan tidur dan beribadah di masjid pada malam hari, dan pada siangnya meneruskan urusan kehidupannya. Akan tetapi jika seseorang dapat I’tikaf 24 jam di masjid selama 10 hari akhir Ramadhan, maka itu adalah lebih utama kerana itulah sifat I’tikaf Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan itulah yang sempurna.

Bilakah bermulanya waktu I’tikaf 10 akhir Ramadhan?

Pendapat pertama: Masuk ke masjid sebelum masuk waktu Maghrib 20 Ramadhan. Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab.

Pendapat kedua: Selepas Solat Subuh 21 Ramadhan. Ini merupakan pendapat Al-ImamAl Auza’ie, Al-Laits dan At-Tsauri, Al Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan Al-Imam As-Son’ani Rahimahumullah. Mereka berdalilkan hadis berikut:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ رَمَضَانٍ ، وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِي اعْتَكَفَ فِيهِ ، قَالَ : فَاسْتَأْذَنَتْهُ عَائِشَةُ أَنْ تَعْتَكِفَ ، فَأَذِنَ لَهَا ، فَضَرَبَتْ فِيهِ قُبَّةً ، فَسَمِعَتْ بِهَا حَفْصَةُ ، فَضَرَبَتْ قُبَّةً ، وَسَمِعَتْ زَيْنَبُ بِهَا ، فَضَرَبَتْ قُبَّةً أُخْرَى ، فَلَمَّا انْصَرَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْغَدَاةِ ، أَبْصَرَ أَرْبَعَ قِبَابٍ ، فَقَالَ : مَا هَذَا ؟ فَأُخْبِرَ خَبَرَهُنَّ ، فَقَالَ : مَا حَمَلَهُنَّ عَلَى هَذَا آلْبِرُّ ، انْزِعُوهَا فَلَا أَرَاهَا ، فَنُزِعَتْ فَلَمْ يَعْتَكِفْ فِي رَمَضَانَ ، حَتَّى اعْتَكَفَ فِي آخِرِ الْعَشْرِ مِنْ شَوَّالٍ

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan I’tikaf dalam setiap Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda akan masuk ke dalam tempat I’tikafnya. Lalu ‘Aisyah meminta izin untuk turut beri’tikaf, lalu baginda mengizinkannya. ‘Aisyah pun mendirikan khemah di situ, lalu Hafsah mendengar tentang hal tersebut, lalu Hafsah pun mendirikan khemah, lalu Zainab pula mendengar tentang hal itu, lalu Zainab pun mendirikan khemah yang lain. Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selesai daripada solat Subuh, baginda terlihat empat buah khemah lalu baginda berkata: Apa ini? Lalu baginda diberitahu tentang hal mereka itu. Lalu baginda pun berkata: Mereka bukan melakukan kebaikan. Tanggalkan semua khemah ini, aku tidak mahu melihatnya. Lalu khemah-khemah pun dibuka dan baginda tidak melakukan I’tikaf pada Ramadhan tersebut, sehinggalah baginda melakukan I’tikaf pada sepuluh akhir bulan Syawal.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2041]

Akan tetapi pendapat jumhur berkata hadis di atas menunjukkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sudah berada di masjid sejak Maghrib lagi, dan hanya masuk ke tempat i’tikaf yang mana di situ baginda tidur dan sebagainya selepas solat Subuh.

Untuk lebih berhati-hati dicadangkan agar mengambil pendapat pertama agar tidak terlepas malam Lailatulqadar seandainya ia berlaku pada malam 21 Ramadhan.

Ulama jua berbeza pendapat pada waktu bilakah kita perlu keluar daripada masjid, pada Maghrib hari terakhir Ramadhan, atau selepas solat Aidilfitri.

Imam an-Nawawi menukilkan dalam Al-Majmu’:

قال الشافعي والأصحاب : ومن أراد الاقتداء بالنبي صلى الله عليه وسلم في الاعتكاف في العشر الأواخر من رمضان فينبغي أن يدخل المسجد قبل غروب الشمس ليلة الحادي والعشرين منه ، لكي لا يفوته شيء منه ، يخرج بعد غروب الشمس ليلة العيد ، سواء تم الشهر أو نقص ، والأفضل أن يمكث ليلة العيد في المسجد حتى يصلي فيه صلاة العيد ، أو يخرج منه إلى المصلى لصلاة العيد إن صلوها في المصلى . .

Imam al-Syafie dan ulama-ulama mazhab Syafie berkata: Sesiapa yang mahu mencontohi nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam melakukan I’tikaf pada 10 akhir Ramadhan, hendaklah dia masuk ke masjid sebelum terbenamnya matahari malam ke 21 supaya tidak terlepas sedikit pun daripadanya. Hendaklah dia keluar selepas terbenamnya matahari pada malam raya tidak kira Ramadhan itu cukup sebulan atau tidak. Yang lebih afdhal adalah dia tinggal di masjid pada malam raya itu sehingga dia solat hari raya di situ, atau dia keluar dari masjid itu menuju ke musolla untuk mendirikan solat ray ajika ia didirikan di musolla.

 

Ulama sepakat bahawa I’tikaf mesti dilakukan di masjid.

Ini berdalilkan ayat berikut ayat 187 surah al-Baqarah: “….. Sedang kamu beri’tikaf dalam masjid”.

Akan tetapi para ulama’ berbeza pendapat adakah ia sah dilakukan di semua masjid yang mendirikan solat lima waktu berjemaah, atau hanya untuk masjid jami’/masjid yang dilakukan solat fardhu Jumaat atau hanya khusus untuk 3 buah masjid sahaja?

Pertama: Di setiap masjid (termasuk surau-surau) walaupun di situ tiada solat jemaah dan Jumaat. Ini merupakan pendapat mazhab Maliki dan Syafie.

Kedua: Di masjid yang ada solat jemaah (dalam konteks Malaysia termasuklah surau-surau di kawasan perumahan). Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi, Ahmad, Ishaq dan Abu Tsaur.

Ketiga: Di masjid jami’ (iaitu yang ada solat Jumaat). Ini pendapat Al-Hakam, Hammad, dan Az-Zuhri.

Keempat: Hanya di tiga masjid sahaja iaitu Masjid al-Haram, An-Nabawi dan Al-Aqsa. Ini pendapat sahabat bernama Huzaifah bin al-Yaman radiallahu ‘anhu.

Bagi wanita pula, ulama mazhab Hanafi membenarkan mereka I’tikaf di masjid rumah mereka iaitu ruangan khas untuk solat. Akan tetapi mazhab Syafie, Ahmad, dan Malik tidak membenarkan wanita I’tikaf dalam masjid rumahnya.

 

Wanita juga boleh melakukan I’tikaf.

Ini berdasarkan kisah isteri-isteri nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di atas dan dalil-dalil berikut.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْج النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ” أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ” ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ .

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkanNabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir daripada Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 1896]

Bagi wanita yang haidh pula. Jika dia berpegang dengan pendapat ulama menyatakan puasa bukan syarat sah i’tikaf, dan wanita haidh dibenarkan duduk di dalam masjid. Maka dia boleh melakukan i’tikaf [Sahih Fiqh as-Sunnah].

Manakala majoriti ulama menyatakan wanita haidh tidak boleh melakukan I’tikaf. Akan tetapi wanita yang istihadah dibenarkan melakukan I’tikaf.

عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتِ اعْتَكَفَتْ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم امْرَأَةٌ مِنْ أَزْوَاجِهِ مُسْتَحَاضَةٌ، فَكَانَتْ تَرَى الْحُمْرَةَ وَالصُّفْرَةَ، فَرُبَّمَا وَضَعْنَا الطَّسْتَ تَحْتَهَا وَهْىَ تُصَلِّي‏.‏

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Salah seorang isteri nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mengalamai istihadah telah melakukan I’tikaf. Dia melihat adanya darah kemerahan dan kekuningan. Kadangkala kami meletakkan bekas di bawahnya ketika dia solat. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, no: 2037].

Perkara-Perkara Yang Membatalkan I’tikaf

1)                Keluar masjid tanpa alasan syar’i dan tanpa ada keperluan.

Ulama sepakat keluar daripada masjid atas keperluan yang tidak dapat dilakukan di masjid seperti buang air, makan dan minum apabila tiada makanan di masjid dan lain-lain tidak membatalkan I’tikaf. Jika keluar masjid tanpa keperluan mereka juga sepakat ia membatalkan I’tikaf [Fiqh al-I’tikaf]

Ini berdasarkan riwayat-riwayat berikut yang menunjukkan boleh keluar apabila ada keperluan.

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اعْتَكَفَ ، يُدْنِي إِلَيَّ رَأْسَهُ ، فَأُرَجِّلُهُ ، وَكَانَ لَا يَدْخُلُ الْبَيْتَ ، إِلَّا لِحَاجَةِ الإِنْسَانِ ” .

‘Aisyah berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam apabila melakukan I’tikaf, baginda akan menghulurkan kepalanya kepada aku lalu aku menyikatnya. Baginda tidak akan masuk ke dalam rumah melainkan untuk hajat biasa seorang manusia (iaitu membuang air) [Sahih Muslim, Kitab al-Haidhi, hadis no: 297]

أَنَّ صَفِيَّةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا جَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم تَزُورُهُ فِي اعْتِكَافِهِ فِي الْمَسْجِدِ، فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ، فَتَحَدَّثَتْ عِنْدَهُ سَاعَةً، ثُمَّ قَامَتْ تَنْقَلِبُ، فَقَامَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مَعَهَا يَقْلِبُهَا،

Sofiyyah radiallahu ‘anha menceritakan bahawa dia pergi menziarahi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di tempat I’tikafnya di masjid pada sepuluh akhir Ramadhan, lalu berbual-bual seketika dengan baginda. Kemudian beliau bangun untuk pulang, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berdiri bersama untuk menemaninya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tikaf, hadis no: 2035]

2) Jima’ (bersetubuh) -Ibn al-Munzir telah menukil ijma’/kesepakatan ulama’ bahawa yang dimaksudkan dengan mubasyaroh dalam surat Al Baqarah ayat 187 adalah jima’ (hubungan intim).

Adab-adab I’tikaf

Seseorang itu hendaklah memfokuskan untuk melakukan ibadah-ibadah seperti membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan sebagainya. Kerana itu adalah fokus I’tikaf. Antara kesilapan yang sering berlaku ialah apabila masa I’tikaf dihabiskan dengan banyak tidur dan berbual-bual.

Kebersihan masjid juga hendaklah dijaga. Peralatan yang dibawa hendaklah dikemaskan agar tidak mengganggu orang yang solat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *