Munafiqkah Kita?

<Adakah kita kelompok munafiq di bawah?>

 

عَنْ ثَوْبَانَ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , أَنَّهُ قَالَ

Tsauban radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

 

” لَأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ , بِيضًا ,

Sekelompok manusia daripada umatku akan dikenali kerana mereka datang pada hari Kiamat dengan kebaikan yang umpama gunung Tihamah.

 

فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا ” ,

Lalu Allah menjadikan (kebaikan mereka itu) debu-debu yang berterbangan.

 

قَالَ ثَوْبَانُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , صِفْهُمْ لَنَا , جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لَا نَكُونَ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَا نَعْلَمُ ,

Tsauban berkata: Wahai Rasulullah, ceritakan ciri-ciri mereka kepada kami agar kami tidak termasuk dalam kalangan mereka tanpa kami sedari.

 

قَالَ : ” أَمَا إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: Mereka itu adalah saudara kamu, daripada jenis kamu.

 

وَيَأْخُذُونَ مِنَ اللَّيْلِ كَمَا تَأْخُذُونَ ,

Mereka mengambil mengambil waktu malam (sebagai waktu beribadah) sebagaimana kamu mengambil waktu malam (untuk beribadah padanya)

 

وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ انْتَهَكُوهَا

Tetapi, mereka adalah kelompok manusia yang bersunyi-sunyi dengan perkara yang Allah haramkan lalu mereka pun melakukan perkara yang haram itu.

 

[Sunan Ibn Majah, Kitab az-Zuhud, hadis no: 4243]

 

فمن هؤلاء من تكون خلواته في مشاهدة الفضائيات الفاسدة ،

Mereka itu termasuklah orang-orang yang ketika bersendirian mereka menonton filem-filem yang haram.

 

والنظر في الإنترنت إلى مواقع الجنس الفاضح ،

Mereka melawat laman-lama pornografi di internet.

 

واستعمال أسماء مستعارة للمحادثة والمراسلة مع الأجنبيات ،

Mereka menggunakan identiti yang lain ketika ber’chatting’ dengan bukan mahram.

 

ثم تجد هؤلاء لهم نصيب في الظاهر من الاستقامة ، في اللباس ، والصلاة ، والصيام ،

Kemudian, kalian melihat mereka pada zahirnya sangat istiqamah dalam kebaikan sama ada dalam sudut berpakaian, solat dan puasa.

 

ومن هنا كان هذا الحديث محذِّراً لهؤلاء أن يكون حالهم حال المنافقين ،

Hadis ini merupakan amaran kepada mereka ditakuti perlakuan mereka itu sebenarnya perlakuan orang munafiq.

 

أو أن يكونوا أعداء لإبليس في الظاهر ، أصدقاء له في السرِّ

Dan juga amaran kerana ditakuti mereka itu musuh kepada iblis secara zahir, tetapi rakan kepada iblis secara rahsia.

 

http://www.islamqa.com/ar/ref/134636

 

~~~~~~~~~~

 

Membaca hadis di atas membuatkan kita terdiam. Apakah kedudukan kita di akhirat kelak. Kita semua mempunyai rahsia-rahsia hitam yang hanya diketahui Allah.

 

Ketika kita duduk seorang diri di dalam bilik, menghadap komputer riba. Kita membuka laman sosial, menatap satu persatu wajah-wajah ‘indah dan cantik’ si gadis yang bukan mahram. Sedangkan di luar kita sering mengajak manusia menundukkan pandangan.

 

Kita di luar hebat penampilannya, yang lelaki berjanggut panjang mengikut sunnah, berseluar singkat kerana takut dijamah api neraka. Berjalan menundukkan pandangan, mahu bertegur sapa dengan Muslimah segan rasa di jiwa.

 

Yang Muslimah sungguh sopan penampilannya. Tiada hiasan menghiasi wajahnya, tiada wangian yang merosakkan jiwa penghidunya. Tiada gurau senda dengan si jejaka.

 

Al-Quran, zikir semuanya terzahir padanya.

 

Tetapi tatkala bersendirian, semuanya hilang begitu sahaja. Seolah-olah tiada Allah yang memerhatikan segala apa yang dilakukan. Movie ditonton tanpa rasa berdosa, muzik didengar menjadi halwa telinga. Foto-foto bukan mahram ditatap dengan ceria.

 

Resah, gelisah, takut, gerun, putus asa! Siapakah yang akan terselamat daripada amalnya menjadi debu jika inilah hasilnya? Siapakah di antara kita yang selamat daripada maksiat ketika tidak dilihat manusia?

 

Membuka penjelasan para ulama’, sedikit melegakan jiwa, walau masih tidak aman sepenuhnya.

 

Para ulama’ menjelaskan, hadis di atas perlu dibaca sekali dengan hadis di bawah agar difahami maksudnya.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ :

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

 

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ ،

Setiap umat ku akan dimaafkan kecuali golongan yang menyebarkan (tentang dosa-dosa yang mereka lakukan)

 

وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ :

Sesungguhnya antara perbuatan al-Mujaharah ialah seseorang melakukan dosa di waktu malam, dan Allah telah menutup dosanya (daripada diketahui orang lain), lalu orang tadi di waktu pagi berkata:

 

 يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ، وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ ).

Ya Fulan! Aku telah melakukan itu dan ini semalam. Sesungguhnya dia telah tidur dalam keadaan Tuhannya menutupkan dosanya itu, tetapi dia bangun pada waktu pagi lalu membuka apa yang telah Allah tutupkan.

 

رواه البخاري ( 5721) ومسلم ( 2990 (

[Sahih al-Bukhari : 5721 dan Muslim : 2990]

 

أن حديث ثوبان في المنافقين ، وحديث أبي هريرة في المسلمين ، فلا تعارض بينهما ، لا سيما إذا حملنا النفاق هنا على النفاق العملي الذي لا ينافي أخوة الإيمان .

Hadis Tsauban adalah berkaitan orang munafiq, manakala hadis Abu Hurairah berkaitan dengan orang Islam. Maka tiada pertentangan antara kedua hadis ini apatah lagi nifaq yang dimaksudkan di sini adalah nifaq amali yang mana sifat nifaq ini tidaklah menafikan hubungan persaudaraan sebagai saudara seagama.

 

Yang dimaksudkan dalam hadis Tsauban adalah mereka yang melakukan maksiat ketika bersama kelompok-kelompok dan rakan-rakan maksiat, dan bukan ketika bersendirian sahaja.

 

قوله صلى الله عليه وسلم ( إِذَا خَلوا بِمَحَارِمِ الله ) لا يقتضي خلوتهم في بيوتهم وحدهم ! بل قد يكونون مع جماعتهم .

 

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam “mereka adalah kelompok manusia yang bersunyi-sunyi dengan perkara yang Allah haramkan” tidaklah bermaksud mereka bersunyi-sunyi dengan maksiat mereka di rumah mereka ketika mereka bersendirian. Bahkan sebaliknya, mereka melakukan maksiat itu secara berkumpulan.

 

فليس هؤلاء بمعافين ، والمعافى الذي في حديث أبي هريرة الذي يظهر لنا أنه يفعل المعصية الغالبة عليه وحده ، ولذا جاء في الحديث أنه شخص بعين ، وأن ربَّه قد ستره ، (يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ ) ، وحديث ثوبان فيه الجمع ( قوْم ) و ( خَلَوا ) .

Mereka ini tidak akan mendapat kemaafan. Yang dimaafkan dalam hadis Abu Hurairah, zahirnya, menunjukkan bahawa dia melakukan maksiat itu bersendirian. Oleh kerana itu disebutkan dalam hadis itu bahawa dia adalah seorang individu, maka Allah menutupi dosanya…. Sedangkan dalam hadis Tsauban, ia menggunakan lafaz jama’/plural iaitu perkataan kaum ( قوْم ) dan mereka bersunyi-sunyian (خَلَوا)

 

قال الشيخ محمد ناصر الدين الألباني رحمه الله: الذي يبدو أن ( خلوا بمحارم الله ) ليس معناها ” سرّاً ” ، وإنما : إذا سنحت لهم الفرصة انتهكوا المحارم ، فـ ” خلَوا ” ليس معناها ” سرّاً

Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata: Kelihatannya maksud “mereka adalah kelompok manusia yang bersunyi-sunyi dengan perkara yang Allah haramkan” tidak bermaksud ‘secara rahsia’. Sebaliknya ia bermaksud: Apabila peluang untuk melakukan maksiat muncul, maka mereka terus melakukan maksiat itu. “Mereka bersunyi-sunyian” di sini bukanlah bermaksud “secara rahsia”.

 

Shaikh Mukhtar al-Syanqitee berkata:

قال الشيخ محمد المختار الشنقيطي حفظه الله :

أي : أن عندهم استهتاراً ، واستخفافاً بالله عز وجل ، فهناك فرق بين المعصية التي تأتي مع الانكسار ، والمعصية التي تأتي بغير انكسار ،

Dalam diri mereka terdapat sifat lalai dan memandang enteng kepada Allah. Terdapat perbezaan antara maksiat yang dituruti dengan rasa bersalah dan maksiat yang dilakukan tanpa rasa bersalah.

 

بين شخص يعصي الله في ستر ، وبين شخص عنده جرأة على الله عز وجل ، فصارت حسناته في العلانية أشبه بالرياء ، وإن كانت أمثال الجبال ، فإذا كان بين الصالحين : أَحْسَنَ أيما إحسانٍ ؛ لأنه يرجو الناس ولا يرجو الله ،

Terdapat beza antara seseorang yang melakukan maksiat kepada Allah secara rahsia dengan seseorang yang bermaksiat dengan berani (secara terbuka). Dia melakukan kebaikan di khalayak umum hanya kerana menunjuk-nunjuk walaupun kebaikan itu setinggi gunung. Apabila dia bersama-sama orang baik dia melakukan kebaikan kerana dia mengharapkan manusia, dan bukan mengharapkan Allah.

 

فيأتي بحسنات كأمثال الجبال ، فظاهرها حسنات ، ( لكنهم إذا خلوا بمحارم الله انتهكوها ) فهم في السر لا يرجون لله وقاراً ، ولا يخافون من الله سبحانه وتعالى ، بخلاف من يفعل المعصية في السر وقلبه منكسر ، ويكره هذه المعصية ، ويمقتها ، ويرزقه الله الندم ،

Dia datang dengan kebaikan setinggi gunung, zahirnya ia kelihatan baik. “Akan tetapi mereka apabila bersunyian dengan perkara yang Allah haramkan, terus mereka melakukannya”. Mereka ini tatkala rahsia tidak mengharapkan perlindungan Allah, tidak jua rasa takut kepada Allah. Berbeza dengan orang yang melakukan maksiat secara rahsia dan hatinya rasa bersalah, dan dia membenci pula maksiat tersebut. Allah mengurniakan kepadanya perasaan menyesal.

 

فالشخص الذي يفعل المعصية في السر وعنده الندم ، والحرقة ، ويتألم : فهذا ليس ممن ينتهك محارم الله عز وجل ؛ لأنه – في الأصل – معظِّم لشعائر الله ، لكن غلبته شهوته ، فينكسر له .

Manusia yang melakukan maksiat secara tersembunyi dengan penuh penyesalan, luluh hatinya, dan terseksa jiwanya: Insan ini bukanlah manusia yang sengaja melanggar larangan Allah. Ini kerana dia pada asalnya seorang yang mengagungkan syariat Allah, akan tetapi hawa nafsu telah menewaskannya

 

~~~~~~~~~~~~~~

 

Usah bergembira sangat dengan penjelasan ulama’ di atas. Cuba kita periksa diri kita, adakah ada penyesalan tatkala melakukan maksiat?

 

Adakah kebaikan yang kita zahirkan ikhlas kerana Allah?

 

Atau kita selepas melakukan maksiat tidak berasa apa-apa. Adakah kita ini musuh kepada iblis atau teman sulitnya?

 

Moga Allah lindungi kita.

 

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agama mu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *