Perkhidmatan

Seminar IlmiahRemaja Soleh

pesertaseminar

Seminar Ilmiah merupakan program utama Al-Kahfi. Kekerapan penganjuran Seminar Ilmiah ialah 2 bulan sekali.

Seminar Ilmiah memfokuskan kepada subjek-subjek berkaitan kehidupan seorang Muslim seperti Aqidah, Feqah, Akhlak, Sirah dan sebagainya.

Ia bertujuan untuk mengembalikan umat Islam kepada budaya ilmu. Seminar Ilmiah juga memudahkan golongan yang tidak dapat menghadiri kuliah-kuliah mingguan kerana kekangan masa untuk tidak terlepas daripada menimba ilmu.

Seminar Ilmiah akan dibentangkan oleh pembentang-pembentang berkaliber yang merupakan lulusan dalam bidang pengajian Islam di pusat pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa.

Setiap peserta akan dibekalkan dengan nota atau buku teks yang akan menjadi panduan dalam setiap Seminar Ilmiah.

Tajuk-tajuk Seminar Ilmiah boleh dilihat di sini

http://alkahfi.com.my/perkhidmatan/seminar/

tigasegi

Modul Remaja Soleh merupakan modul-modul yang dibina untuk menyampaikan ajaran Islam kepada golongan remaja.

Modul Remaja Soleh ini merangkumi asas Aqidah Islam, Feqh bersuci dan solat, akhlak, tadarus al-Quran dan sirah.

Kebiasaannya, program ini dianjurkan oleh Al Kahfi di masjid selama 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam, dan ada juga yang selama 1 hari sahaja.

Modul ini juga sesuai digunakan di sekolah-sekolah. Modul Remaja Soleh mensasarkan untuk menyediakan peserta dengan asas-asas Islam bagi mengharungi kehidupan mereka.

Maklumat berkaitan Modul Remaja Soleh boleh dilihat di sini

http://alkahfi.com.my/perkhidmatan/remajasoleh/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *