Modul Remaja Soleh
Modul Remaja Soleh (MRS) merupakan satu modul yang mengkhususkan kepada golongan sasaran iaitu generasi remaja.
MRS memfokuskan kepada asas aqidah Islam, pemantapan asas Ibadah – Bersuci dan Solat, pemurnian akhlak, dan penghayatan sirah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta para sahabat.
Berikut adalah modul-modul yang ada.
Dua Syahadah
– Memahami asas-asas Tauhid
– Memahami kepentingan mengikuti sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
– Mengenali perkara-perkara yang merosakkan aqidah
Jom Solat
– Mendalami kenapa kita perlu mendirikan solat dan apakah kepentingannya dalam kehidupan
– Memahami Tatacara Bersuci dan Solat yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
– Membaca hadis-hadis yang berkaitan dengan tatacara bersuci dan solat
Mudahnya Solat
– Menunjukkan Islam sebuah agama yang mudah dan fleksibel
– Memahami cara-cara mendirikan solat dalam keadaan-keadaan tertentu
– Menzahirkan kepentingan menjaga solat dalam keadaan apa sekali pun
Zikrul Maut
– Mengingatkan peserta kepada kematian
– Memahami tatacara menguruskan jenazah bermula daripada sebelum kematian sehingga kepada proses pengebumian
Sunnah-Sunnah Harian
– Melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
– Memahami sunnah-sunnah harian yang dipraktiskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
– Mempraktiskan sunnah-sunnah harian di dalam kehidupan sebenar
Info Modul Remaja Soleh (KRS)
MRS biasanya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam atau pun 2 hari 1 malam. Ia juga boleh dilakukan dalam tempoh 1 hari (pagi hingga petang). Lokasi yang sering menjadi pilihan Al-Kahfi ialah masjid-masjid yang fasilitinya mencukupi.
Isi kandungan modul bergantung kepada tempoh masa MRS dijalankan.
Fasilitator
Fasilitator Al-Kahfi terdiri daripada bekas guru sekolah agama, pelajar-pelajar dalam bidang agama dan bukan bidang agama daripada IPTA dan IPTS yang ada.
Seandainya tuan/puan berminat untuk menjemput Al-Kahfi melaksanakan program KRS di tempat tuan/puan seperti di sekolah, masjid, dewan dan lain-lain, boleh emelkan jemputan kepada alkahfi@alkahfi.com.my atau hubungi nombor berikut 013 315 6204.
Di bawah merupakan koleksi gambar program-program MRS yang telah dijalankan sebelum ini.
Kem Remaja Soleh 2012- Masjid Salahuddin al-Ayyubi