Seminar Al-Quran 2.0

iklanwebsitequran
PengenalanIsi Kandungan SeminarPembentangLokasiPenajaanPendaftaran

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Seminar al-Quran 2.0 merupakan siri kedua seminar al-Quran anjuran Al-Kahfi.

Untuk siri kedua ini, peserta akan memahami beberapa topik daripada ilmu yang dikenali sebagai ‘Ulum al-Quran:

  • Sejarah pengumpulan dan pembukuan al-Quran.
  • Apakah maksud al-Quran diturunkan dengan 7 huruf.
  • Pengenalan kepada Qiraat.
  • Pengenalan kepada ilmu tafsir.
  • Jenis-jenis tafsir
  • Berkenalan dengan kitab-kitab tafsir

Berikut merupakan maklumat ringkas seminar di atas:
Tarikh/hari: Sabtu/19 Mac 2016
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

*Peserta akan mendapat nota seminar.
*Jamuan makan disediakan untuk minum pagi, tengahari dan petang.
*Sebarang pertanyaan hubungi 013 315 6204 atau emelkan kepada alkahfi@alkahfi.com.my

Seminar al-Quran 2B

Sabtu 19 Mac 2016

8.00 pagi             : Pendaftaran

8.45 pagi             : Mukadimah

9.00 pagi             : Slot 1 – Ustaz Yasir Ramlee

  • Sejarah pengumpulan dan pembukuan al-Quran

10.30 pagi           : Rehat/Minum pagi

10.45 pagi           : Slot 2- Ustaz Yasir Ramlee

  • Apakah maksud al-Quran diturunkan dengan 7 huruf
  • Berkenalan dengan ilmu Qiraat

01.00 tengahari : Rehat/Makan Tengahari/Solat Zuhur

02.30 petang      :Slot 3- Ustaz Abdullah Bukhari

  • Pengenalan kepada ilmu tafsir
  • Bagaimana ulama menafsirkan al-Quran
  • Jenis-jenis tafsir

04.30 petang      : Rehat/Minum Petang/Solat Asar

05.15 petang      : Slot 4- Ustaz Abdullah Bukhari

  • Berkenalan dengan kitab tafsir

06.30 petang      : Bersurai

yasirakhirnya

Ustaz Yasir Ramlee

Pendidikan:

– Ijazah Sarjana Muda, Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

– Ijazah Sarjana, Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

– Sedang menyiapkan PhD, Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Karier:

– Guru di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak

– Pendakwah bebas

speaker-bukhari

 

Ustaz Abdullah Bukhari

Pendidikan:

– Diploma, Tahfiz al-Quran, Darul Quran.

– Ijazah Sarjana Muda, Usuluddin (Al-Quran dan As-Sunnah), Universiti Malaya.

– Ijazah Sarjana, Tafsir al-Quran, Universiti Malaya.

Karier:

– Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

– Pendakwah bebas

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.

UIAM

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mampu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Catering

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangan untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemampuan

Bagaimana mahu menaja seminar ini? 

  • – Penaja boleh menghubungi nombor 013 315 6204 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
  • – Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
  • – Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
  • Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!