Seminar Ramadhan: Memburu Keampunan Tuhan

cpramadhan2016
PengenalanIsi Kandungan SeminarPembentangLokasiTajaanPendaftaran

Antara topik yang akan dikupas ialah:

Fiqh Puasa

  • Sejarah Pensyariatan Puasa.
  • Syarah Sah, Wajib dan Rukun Puasa.
  • Perkara Yang Membatalkan Puasa.
  • Rukhsah-Rukhsah Dalam Berpuasa.
  • Isu-Isu Kontemporari Dalam Puasa.

Fiqh Ramadhan

  • Sunnah-sunnah di bulan Ramadhan.
  • Bagaimana mahu mendapatkan lailatulqadar.
  • Ibadah wanita uzur ketika Ramadhan.
  • Ramadhan: Proses penyucian jiwa.

 

Daftar segera!

SEMINAR RAMADHAN : MEMBURU KEAMPUNAN TUHAN
Pembentang: Dr. Abdul Basit | Ustaz Zainal Abidin | Ustaz Ahmad Hasyimi

Tarikh: Sabtu 14 Mei 2016
Lokasi: UIA Gombak
Masa: 9.00 pagi – 6.30 petang
Yuran: RM 60 Pelajar / RM 80 Awam

Sebarang persoalan, hubungi 013 315 6204 atau emelkan kepada alkahfi@alkahfi.com.my

*Peserta akan mendapat nota seminar
*Sarapan, makan tengahari dan minum petang disediakan

sramadhan2016

Sabtu 14 Mei 2016

8.00 pagi             : Pendaftaran/Sarapan

9.00 pagi             : Slot 1 – Ustaz Zainal Abidin

  • Definisi Puasa
  • Sejarah Pensyariatan Puasa
  • Penentuan Masuknya Ramadhan

10.30 pagi           : Rehat

10.45 pagi           : Slot 2- Ustaz Zainal Abidin

  • Syarat Sah Puasa
  • Syarat Wajib Puasa
  • Rukun Puasa
  • Pembatal-Pembatal Puasa

01.00 tengahari : Rehat/Makan Tengahari/Solat Zuhur

02.15 petang      :Slot 3- Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman

  • Rukhsah-rukhsah dalam berpuasa
  • Isu-isu kontemporari berkaitan puasa
  • Sunnah-sunnah dalam bulan Ramadhan

04.30 petang      : Rehat/Minum Petang/Solat Asar

05.15 petang      : Slot 4- Ustaz Ahmad Hasyimi bin Che Pa

  • Sunnah-sunnah dalam bulan Ramadhan
  • Ramadhan proses penyucian jiwa

06.30 petang      : Bersurai

ustzainaledited

Ustaz Zainal bin Abdul Rahim merupakan seorang pendakwah yang muda yang mengajar di sekitar Kuala Lumpur. Antara topik yang diajar ialah feqh dan akidah. Beliau merupakan graduan pengajian Islam dari Universiti Al-Iman, Yaman. Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Basit PNG

Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Kelantan Darul Naim. Beliau dikenali dengan kunyahnya Abu Anas Madani.

Dr. Abdul Basit mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah.

Dr. Abdul Basit memperolehi ijazah sarjana muda, sarjana (master) dan doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan anak Malaysia ketiga yang berjaya memperolehi PhD daripada universiti terulung tersebut.

Dr. Abdul Basit merupakan seorang yang aktif dalam bidang dakwah melalui penulisan, kuliah-kuliah, dan pembentangan kertas kerja di seminar-seminar. Beliau juga sering muncul dalam rancangan agama di kaca televisyen.

Sekarang beliau merupakan penyelia di Pondok Sungai Durian dan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan.

Hasil penulisan beliau boleh di baca di laman blog Dr. Abdul Basith sendiri www.abuanasmadani.com

ahmadhasyimi (1)

Ustaz Ahmad Hasyimi merupakan seorang pendakwah bebas yang aktif mengajar di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan imam di Masjid al-Mustaqim Ampang.

Ustaz Ahmad Hasyimi merupakan lulusan bidang hadis daripada Universiti Islam Madinah.

Beliau terkenal dengan kata-katanya yang sering menyentuh jiwa manusia, terutamanya apabila bercakap soal penyucian jiwa.

 

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.

UIAM

 

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mampu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Catering

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangan untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemampuan

Bagaimana mahu menaja seminar ini? 

  • – Penaja boleh menghubungi nombor 013 315 6204 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
  • – Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
  • – Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
  • Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *