Sahihkah Hadis Zikir Ya Azhim, Ya Azhim Ketika Berbuka Puasa?

ibnu asakir

Daripada Anas bin Malik radiallahu ‘anhu: daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda:

” مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَصُومُ، فَيَقُولُ عِنْدَ إِفْطَارِهِ :

Tidaklah seorang muslim berpuasa lalu dia membaca ketika berbuka puasa:

يَا عَظِيمُ يَا عَظِيمُ، أَنْتَ إِلَهِي لا إِلَهَ غَيْرُكَ، اغْفِرْ لِيَ الذَّنْبَ الْعَظِيمَ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذَّنْبَ الْعَظِيمَ إِلا الْعَظِيمُ،

((Ya Azhim, Ya Azhim, Engkau Tuhanku tiada yang berhak disembah selain Engkau. Ampuni dosa ku yang besar. Sesungguhnya tidak yang dapat mengampunkan dosa yang besar kecuali yang besar jua.))

إِلا خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ “،

melainkan akan keluar daripadanya dosa-dosanya seperti hari ibunya melahirkan dia.

وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ : ” عَلِّمُوهَا عَقِبَكُمْ فَإِنَّهَا كَلِمَةٌ يُحِبُّهَا اللَّهُ ورَسُولُهُ، وَيُصْلِحُ بِهَا أَمْرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ “

Nabi s.a.w juga bersabda: Ajarkan ia kepada anak-anak kamu. Sesungguhnya ia merupakan kalimah yang Allah dan rasulNya cintai, dan dengannya akan diperbaikkan urusan dunia dan akhirat.

Berikut merupakan petikan daripada Tarikh Dimashq oleh Ibnu Asakir, 54/238, no: 6761.

محَمَّد بْن علي بْن أَحْمَد بْن موسى بْن عَبْد اللَّه أَبُو عَبْد اللَّه السمرقندي قدم دمشق، وحدث بها عن أبي علي عَبْد اللَّه بن عبد الرحمن النيازكي.روى عنه : عَبْد العزيز الكتاني.

أَخْبَرَنَا أَبُو مُحَمَّدٍ ابْنُ الأَكْفَانِيِّ ، ثنا عَبْدُ الْعَزِيزِ الْكَتَّانِيُّ ، أَنْبَأَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ أَحْمَدَ بْنِ مُوسَى بْنِ عَبْدِ اللَّهِ السَّمَرْقَنْدِيُّ ـ قَدِمَ عَلَيْنَا قِرَاءَةً عَلَيْهِ ـ، ثنا أَبُو عَلِيٍّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ النَّيَازَكِيُّ ، ثنا الشَّيْخُ الصَّالِحُ أَبُو يَعْقُوبَ يُوسُفُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ الْمُذَكِّرُ ، ثنا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْفَضْلِ ، ثنا أَبُو مُحَمَّدٍ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ يَعْقُوبَ ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ مَنْصُورٍ ، ثنا عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ الْبَصْرِيُّ ، ثنا عَمْرُو بْنُ جُمَيْعٍ ، عَنْ أَبَانٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ : ” مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَصُومُ، فَيَقُولُ عِنْدَ إِفْطَارِهِ : يَا عَظِيمُ يَا عَظِيمُ، أَنْتَ إِلَهِي لا إِلَهَ غَيْرُكَ، اغْفِرْ لِيَ الذَّنْبَ الْعَظِيمَ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذَّنْبَ الْعَظِيمَ إِلا الْعَظِيمُ، إِلا خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ “، وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ : ” عَلِّمُوهَا عَقِبَكُمْ فَإِنَّهَا كَلِمَةٌ يُحِبُّهَا اللَّهُ ورَسُولُهُ، وَيُصْلِحُ بِهَا أَمْرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ” .شَاذٌّ بِمَرَّةٍ، وَفِي إِسْنَادِهِ مَجَاهِيلُ.

Dalam teks di atas dihujungnya secara jelas Ibnu Asakir menyatakan:

شَاذٌّ بِمَرَّةٍ، وَفِي إِسْنَادِهِ مَجَاهِيلُ.

Syaz tanpa ragu lagi, pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang majhul.

Sungguh menghairankan apabila ada sebahagian orang menukilkan hadis ini daripada Ibnu Asakir tetapi mereka tidak menukilkan komentar Ibnu Asakir kepada hadis ini. Apakah yang mahu mereka sembunyikan?

Al-Imam Muhammad Thahir al-Fattaniy turut menukilkan hadis ini dalam kitabnya Tazkirah al-Maudhu’aat, m/s 90, dan beliau menukilkan kalam Imam Ibnu Asakir ini. Daripada tajuk kitab oleh Al-Fattaniy kita sudah nampak jelas status hadis ini yang sangat bermasalah.

Ibnu al-Iraq al-Kinani pula dalam kitabnya Tanzih al-Syariah al-Marfu’ah, 2/335, menyatakan tentang hadis ini:

من حديث أنس وفيه عمرو بن جميع ومجاهيل

Daripada Hadis Anas. Padanya ada perawi bernama Amru bin Jami’, dan perawi-perawi yang tidak diketahui.

Perawi kepada hadis ini adalah Aban bin Iyyash. Beliau seorang perawi yang sangat bermasalah, dan Imam Syu’bah bin al-Hajjaj mempunyai perkataan-perkataan yang sangat keras kepada beliau yang tidak sanggup saya nukilkan di sini. Boleh dirujuk di dalam kitab-kitab al-Jarh wa at-Ta’dil seperti Al-Jarh wa Al-Ta’dil oleh Imam Abu Hatim al-Razi, 1/134, Ad-Dhuafa’ oleh Imam al-Bukhari, m/s 29, Al-Dhua’fa’ oleh Al-‘Uqaili, 1/39.

Ibnu Jauzi menukilkan kesimpulan kalam ulama al-Jarh wa al-Ta’dil berkaitan Aban bin Iyyash. Antaranya: Imam Ahmad berkata beliau Munkarul Hadis. Yahya bin Ma’in berkata: Matrukul Hadis. Imam An-Nasaie, Al-Razi dan Ad-Daraquthni menyatakan beliau Matruk. [Ibnu Jauzi, ad-Dhuafa’ wa al-Matrukin, 1/19]

Bahkan, Amru bin Jami’ mengambil hadis ini daripada Aban bin Iyyash. Beliau merupakan seorang yang sangat bermasalah. Yahya bin Ma’in menyatakan beliau: Kazzab. Ad-Daraquthni dan ulama-ulama lain menyatakan beliau: Matruk. Ibn ‘Adiy menyatakan: Beliau tertuduh memalsukan hadis. Al-Bukhari berkata: Munkarul Hadis. [Adz-Dzahabi, Mizan al-I’tidal, 3/251].

Oleh yang demikian, tidak sepatutnya kita menyebarkan hadis ini kerana ia hadis yang terlalu lemah.

 

*Penulis (Mohd Masri bin Mohd Ramli) adalah pengurus Al-Kahfi Services. Beliau sedang melanjutkan pendidikan di peringkat sarjana dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.