Seminar Solat

Cover Solat

PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangPendaftaranLokasi ProgramBiasiswa

 Seminar Kesempurnaan Solat

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh
 
Sudah sempurnakah solat kita?
Adakah solat kita benar-benar mengikuti solat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam?
Bagaimana cara solat ketika sakit?
Bolehkah menjamak solat kerana terlalu sibuk?
Bagaimana mahu bersuci dengan badan yang dibaluti simen.
| Seminar Kesempurnaan Solat | 14 dan 15 Februari 2015 | UIAM Gombak |

 Gabungan Pembentang Berkaliber

Daftar segera sebelum terlambat. Dewan hanya mampu memuatkan 200 orang sahaja.

Sebarang pertanyaan, hubungi 013 315 6204 / 013 659 1241

Yuran? RM 100 untuk pelajar  sahaja dan RM 120 untuk selain daripada pelajar

Pendaftaran boleh dilakukan di sini http://bit.ly/solat2015

Sebarang pertanyaan, hubungi 013 315 6204 / 013 659 1241
Makan minum (3 kali sehari) dan nota disediakan kepada semua peserta

 

Sabtu 14 Februari 2015

08.15 pagi            : Pendaftaran

08.45 pagi            : Ucapan aluan pengerusi majlis

09.00 pagi            : Slot 1- Ustaz Tuan Badrul Hisyam

– Kedudukan solat di dalam Islam

– Hukum meninggalkan solat

– Rukun-rukun wudhu

10.30 pagi            : Rehat/Minum pagi

10.50 pagi            : Slot 2- Ustaz Tuan Badrul Hisyam

  • Rukun-rukun wudhu
  • Perkara sunat dalam wudhu
  • Pembatal-pembatal wudhu
  • Tatacara mandi wajib

01.15 tengahari    : Rehat/Makan tengahari/Solat Zuhur

02.30 petang       : Slot 3- Ustaz Tuan Badrul Hisyam

  • Rukun-rukun solat
  • Perkara-perkara sunat di dalam solat
  • Tatacara solat

04.35 petang       : Rehat/Minum petang/Solat Asar

05.30 petang       : Slot 4- Ustaz Tuan Badrul Hisyam

  •  Tatacara solat

06.30 petang       : Bersurai

 

Ahad 15 Februari 2015

09.00 pagi           : Slot 5- Ustaz Mohd Khairil Anwar

  • Konsep rukhsah di dalam Islam
  • Tayamum

10.30 pagi           : Rehat/Minum pagi

10.50 pagi           : Slot 6- Ustaz Mohd Khairil Anwar

  • Solat Jama’ dan Qasar
  • Solat ketika sakit
  • Solat di atas kenderaan

01.15 tengahari    : Rehat/makan tengahari/Solat Zuhur

02.30 petang       : Slot 7- Ustaz Fadzil Kamaluddin

  • Hukum solat berjemaah
  • Tatacara solat berjemaah
  • Adab ke masjid

04.30 petang       : Rehat/minum petang/solat Asar

05.30 petang       : Slot 8- Ustaz Fadzil Kamaluddin

  • Panduan khusyuk dalam solat

 

TuanBadrul

 

Ustaz Tuan Badrul Hisyam

Pendidikan:
– Kolej Islam Sultan Alam Shah (2003)
– Darul Quran Jakim (2007)
– Undang-Undang Syariah, Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah (2012)
– Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2013)

Karier:
– Al-Rajhi Bank Malaysia (2012-2013)
– Securities Commission Malaysia (2013-Sekarang)

Kegiatan dakwah:
– Aktif mengajar di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
– Antara topik yang diajar ialah Aqidah dan Feqh.

MKA

Ustaz Mohd Khairil Anwar bin Abdul Latiff merupakan seorang pendakwah muda yang aktif mengajar di surau dan masjid.

Beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidalam Fiqh dan Usul al-Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak. Tamat pengajian sarjana mudanya, beliau menyambung pula pengajian di peringkat sarjana dalam bidang hadis di universiti yang sama.

Sekarang, Ustaz Mohd Khairil Anwar atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz MKA sedang berkhidmat sebagai kaunselor di Institut Jantung Negara (IJN).

Selain daripada memberikan kuliah, Ustaz turut aktif dalam membentangkan kertas kerja dalam seminar-seminar yang disertai.

Ustaz Mohd Khairil Anwar turut menjadikan penulisan sebagai salah satu medium dakwahnya. Buku pertama beliau yang diterbitkan ialah Amalan Berzikir : Antara Sunnah dan Rekaan Manusia. Selain daripada itu, beliau juga aktif menulis artikel di dalam akhbar Sinar Harian.

DSC_0032

Ustaz Fadzil Kamaruddin merupakan pengasas Tahfiz al-Quran Al-Wildan di Gombak. Beliau mendapat pendidikan di Pakistan dan Universiti Islam Madinah.

Kini beliau merupakan pendakwah bebas yang aktif mengajar di surau, masjid dan pejabat-pejabat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.



LT 1, Kuliyyah Of Engineering, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.

UIAM

Koordinat : 3.253379,101.732301


View Larger Map

Pengangkutan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak terletak kira-kira 6 kilometer dari stesen LRT Gombak. Tambang dari KL Sentral ke Gombak ialah RM 2.40

 

Dari stesen LRT Gombak, peserta boleh memilih untuk menaiki bas Rapid KL nombor 231 dengan tambang pada kadar RM 1 sahaja. Peserta juga boleh menaiki teksi pada kadar tambang sekitar RM 8 sahaja.

Dana Pendidikan Al-Kahfi

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كَانَ أَخَوَانِ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم، فَكَانَ أَحَدُهُمَا يَأْتِى النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم وَالآخَرُ يَحْتَرِفُ، فَشَكَا الْمُحْتَرِفُ أَخَاهُ إِلَى النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: «لَعَلَّكَ تُرْزَقُ بِهِ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Daripada Anas bin Malik radiallahu ‘anhu, beliau berkata: “Pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ada dua orang bersaudara, yang satu suka datang menemui Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam (untuk menuntut ilmu agama) dan yang lainnya kuat bekerja. Maka yang kuat bekerja mengadu kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tentang keadaan saudaranya itu, lantas baginda bersabda: “Boleh jadi engkau mendapat rezeki disebabkan oleh saudaramu (yang rajin belajar itu).” [Sunan at-Tirmizi, hadis no. 2345. Hasan Sahih]

Objektif

  • – Memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk turut sama menyertai seminar yang dianjurkan.
  • – Memberi galakan serta menimbulkan rasa kecintaan terhadap majlis ilmu dalam diri para peserta khususnya anak-anak muda.
  • – Membantu aktivis dakwah untuk meningkatkan penguasaan ilmu mereka sebagai persediaan sebelum turun bertemu masyarakat.

Golongan Sasaran

  • – Pelajar; mahasiswa/mahasiswi
  • – Aktivis-aktivis dakwah

Peluang Untuk Melabur Saham Akhirat
Mengejar ganjaran bersedekah?

Bagaimana mahu menaja biasiswa ini? 

  • – Penderma boleh menghubungi nombor 013-315 6204 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
  • – Penderma boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
  • – Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
  • – Pihak urusetia Al-Kahfi Services akan mencari mereka yang berkelayakan untuk menerima biasiswa ini
  • – Jika terdapat lebihan dana, ia akan dibawa ke program seterusnya seperti seminar dan kem remaja, dan digunakan untuk menaja golongan sasaran.

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *