Seminar Kenali Asas Hadis Sahih, Dhaif dan Palsu

poster-seminar-asas-hadis
PengenalanBiografi PembentangTentatif SeminarLokasi SeminarPenajaanPendaftaran

Seminar Asas Kenali Hadis Sahih, Dhaif dan Palsu 

Ahad 30 Oktober 2016

Apakah objektif seminar ini?

  • Peserta akan memahami status-status hadis.
  • Peserta akan memahami apakah kriteria menjadikan sesuatu hadis itu diterima atau ditolak.
  • Peserta akan dapat mencuba bagaimanakah ulama hadis menilai sesuatu hadis melalui sesi praktikal yang dilakukan dihujung seminar.

Apakah yang akan diterima oleh peserta?

  • Peserta akan dibekalkan dengan buku Kenali Asas Hadis Sahih, Dhaif dan Palsu susunan Dr. Shayuthy yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang bernilai RM25 (mengikut harga pasaran).
  • Buku ini akan dijadikan sebagai teks rujukan seminar.
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang turut disediakan kepada semua peserta.

poster-seminar-asas-hadis

hadis1

Siapakah pembentang kita?

kamilinUstaz Ahmad Kamil bin Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Minat beliau dalam bidang hadis mula bercambah apabila beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang tersebut di Universiti Islam Madinah (UIM) dan berjaya memperolehi keputusan kelas pertama pada tahun 2008.

Di atas minat yang tinggi, beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama di peringkat sarjana di Universiti Imam Al-Sa’ud, Riyadh dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang pada tahun 2013.

Kini, Ustaz Kamilin sedang menyiapkan PhD beliau dalam bidang hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau aktif dalam berkongsi ilmu sama ada melalui kuliah-kuliah, daurah, tulisan di FB mahupun dalam bentuk diskusi online di telegram. Beliau banyak memfokuskan kepada seni dalam berinteraksi dengan hadis.

Perkongsian beliau boleh dibaca di laman FB rasmi beliau https://www.facebook.com/Kamilin-Jamilin-Seni-Hadith-1743258955902336/?fref=ts

Tentatif Seminar

08.15 pagi           : Pendaftaran

09.00 pagi           : Slot 1- Pengenalan kepada ilmu hadis

10.30 pagi           : Rehat

10.40 pagi           : Slot 2- Mengenali hadis sahih dan hasan

01.00 tengahari : Rehat

02.15 petang      : Slot 3- Mengenali hadis dhaif dan palsu

03.40 petang      : Sesi praktikal

04.30 petang      : Minum petang/Bersurai

Seminar kali ini akan diadakan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur.

masjidnegara

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mampu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Catering

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangan untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemampuan

Bagaimana mahu menaja seminar ini? 

  • – Penaja boleh menghubungi nombor 013 315 6204 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
  • – Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
  • – Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
  • Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!