Sya’ban: Persediaan Menuju Ramadhan

sya'ban

Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata:

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ‏.‏ قَالَ ‏ “‏ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ‏”‏ ‏.‏

Aku pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Siyam, Bab Saumin Nabiy, hadis no: 2357. Shaikh Al-Albani menyatakan ia hadis hasan, Sahih an-Nasaie].

Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan:

و فيه دليل على استحباب عمارة أوقات غفلة الناس بالطاعة و أن ذلك محبوب لله عز و جل كما كان طائفة من السلف يستحبون إحياء ما بين العشاءين بالصلاة ويقولون : هي ساعة غفلة و لذلك فضل القيام في وسط الليل المشمول الغفلة لأكثر الناس فيه عن الذكر

Di dalam hadis ini terdapat dalil menunjukkan digalakkan beribadah di saat-saat manusia lain lalai daripada ketaatan, dan ia merupakan perbuatan yang disukai oleh Allah.  Ia sebagaimana yang dilakukan oleh generasi salaf, mereka suka menghidupkan waktu antara dua Isya’ dengan mendirikan solat. Mereka berkata: Itu merupakan saat manusia lalai, maka begitu juga dengan kelebihan melakukan Qiamullail pada pertengahan malam kerana kelalaian ramai manusia pada ketika itu daripada mengingati Allah. [Lathoif al-Maarif m/s 109].

b) Dalil-Dalil Membanyakkan Puasa di Bulan Sya’ban

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ ، حَتَّى نَقُولَ : لَا يُفْطِرُ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ : لَا يَصُومُ ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ ”

 ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam biasa berpuasa hingga kami menyatakan baginda tidak pernah berbuka (maksudnya setiap hari berpuasa). Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam turut berbuka sehinggakan kami menyatakan bahawa baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat baginda berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.” [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, Bab Sawm al-Sya’ban, hadis no: 1969]

c) Bolehkah Berpuasa Penuh Sebulan di Bulan Sya’ban?

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : ” كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ : قَدْ صَامَ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ : قَدْ أَفْطَرَ ، وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا ” .

Daripada  Abu Salmah: Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu tentang puasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau menjawab: Baginda sering berpuasa sehingga kami menyatakan sesungguhnya dia berpuasa, dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami berkata: Baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat dia berpuasa melebihi jumlah puasanya di bulan Sya’ban. Baginda berpuasa di bulan Sya’ban keseluruhannya, baginda berpuasa di bulan Sya’ban kecuali sedikit sahaja (hari yang baginda tidak berpuasa) [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam an-Nabiy Fi Ghairi Ramadhan.., hadis no: 1156]

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ يَصُومُ مِنَ السَّنَةِ شَهْرًا تَامًّا إِلاَّ شَعْبَانَ وَيَصِلُ بِهِ رَمَضَانَ ‏.‏

Ummu Salamah Radiallahu ‘anha menyatakan bahawa nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah berpuasa sunat sebulan penuh kecuali Sya’ban dan diteruskan dengan berpuasa (fardhu) Ramadhan. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Sawm, Bab Sawmi an-Nabiy, hadis no: 2353. Shaikh Al-Albani mensahihkannya dalam Sahih an-Nasaie]

Ulama berbeza pendapat dalam mengharmonikan riwayat yang menyatakan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa penuh di bulan Sya’ban, dan yang menyatakan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berpuasa penuh.

Antara pendapat yang ada ialah:

  • Kadang-kala Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa penuh di bulan Sya’ban, dan kadang-kala tidak penuh sebulan.
  • Kadang-kala Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa di awal Sya’ban, kadang-kala di pertengahan Sya’ban, dan kadang-kala di akhir Sya’ban.
  • Maksud penuh dalam riwayat di atas ialah ‘kebanyakan hari’. Ini sebagaimana dalam riwayat Sahih Muslim di atas  (‘، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا ‘Baginda berpuasa di bulan Sya’ban keseluruhannya, baginda berpuasa di bulan Sya’ban kecuali sedikit sahaja (hari yang baginda tidak berpuasa) ) yang mana pernyataan kedua menghuraikan maksud pernyataan pertama.

Ia juga selari dengan riwayat berikut:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ مَا صَامَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم شَهْرًا كَامِلاً قَطُّ غَيْرَ رَمَضَانَ، وَيَصُومُ حَتَّى يَقُولَ الْقَائِلُ لاَ وَاللَّهِ لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى يَقُولَ الْقَائِلُ لاَ وَاللَّهِ لاَ يَصُومُ‏.‏

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan. Baginda berpuasa sehingga orang berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda tidak berpuasa sehingga orang berkata: Demi Allah, baginda tidak berpuasa. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, Bab Ma Yuzkaru Min Sawmi an-Nabiy wa Iftharihi, hadis no: 1971]. Ini adalah pendapat ‘Abdullah bin Al-Mubarak. Ini juga pendapat yang dipilih oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani.

Ulama berbeza pendapat tentang hikmah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membanyakkan puasa di bulan Sya’ban. Antara pendapat itu ialah:

  • Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menggantikan puasa-puasa sunat sebelum ini yang tidak sempat dilakukan. Ini berdasarkan riwayat berikut akan tetapi ia riwayat yang lemah:

عَنْ عَائِشَةَ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – يَصُومُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، فَرُبَّمَا أَخَّرَ ذَلِكَ حَتَّى يَجْتَمِعَ عَلَيْهِ صَوْمُ السَّنَةِ فَيَصُومَ شَعْبَانَ

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sering berpuasa sebanyak tiga hari dalam setiap bulan. Boleh jadi baginda menangguhkan puasa sunat tersebut sehingga berkumpul padanya puasa sunat sepanjang tahun, lalu baginda berpuasa di bulan Sya’ban. [At-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Awsath, Bab Al-Alif, no: 2098. Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan ia dhaif kerana terdapat perawi bernama Ibnu Abi Laila.

  • Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam ingin meraikan isteri-isteri baginda yang mengqadhakan puasa Ramadhan dalam bab ini.
  • Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam ingi memuliakan Ramadhan. Ini berdasarkan riwayat berikut akan tetapi ia riwayat yang lemah.

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ ‏”‏ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ ‏”‏ ‏.‏ قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ ‏”‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ ‏.‏ وَصَدَقَةُ بْنُ مُوسَى لَيْسَ عِنْدَهُمْ بِذَاكَ الْقَوِيِّ ‏.‏

Daripada Anas radiallahu ‘anhu: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya: Puasa apakah yang paling afdhal selepas Ramadhan? Baginda menjawab: Sya’ban, untuk memuliakan Ramadhan. Baginda ditanya lagi: Sedekah apakah yang paling afdhal? Baginda menjawab: Sedekah dalam bulan Ramadhan. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab az-Zakat, Bab Ma Jaa Fi Fadhli as-Sadaqah, hadis no: 663. Hadis gharib. Perawi bernama Sodaqoh bon Musa bukanlah perawi yang kuat].

Bahkan ia bertentangan dengan hadis sahih berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ ‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah puasa di bulan Allah Al-Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat malam. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Fadhli Sawmi al-Muharram, hadis no: 1163]

  • Ini kerana amal diangkat pada bulan Sya’ban. Inilah pendapat yang dipilih Al-Hafiz Ibnu Hajar berdasarkan hadis Usamah bin Zaid yang menyebutkan: ‘Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa.’

Rujukan:

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathul Bari, http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=3604&idto=3606&bk_no=52&ID=1247 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *